Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.
-- ali-Imran: 139

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 119
Ahli: 0
Jumlah: 119

  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 12 jam, 29 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu

Suara Hatiku
Topik: nafkah anak

Carian Forum

Moderator: Administrator, zulman
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Suara Hatiku
    »» nafkah anak

Please Mendaftar To Post

Oleh nafkah anak

bintanghati2008
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.07.2008
Ahli No: 34147
Posting: 217
Dari: kuantan

Pahang   avatar

posticon Posting pada: 24-09-09 14:34

salam...

selepas bercerai, adalah menjadi kewajipan bekas suami menanggung nafkah anak.. bagaimana kalau si bekas suami tak jalankan tanggungjawab itu dengan betul??? saya ada seorang kawan yang mempunya masalah ini... ex husband dia tak bagi nafkah yang tetap... apa pendapat warga ukhwah sekalian????

Bookmark and Share

  Member Information For bintanghati2008Profil   Hantar PM kepada bintanghati2008   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar

posticon Posting pada: 24-09-09 17:01

ISLAM mewajibkan nafkah anak disediakan oleh bapa. Kewajipan membayar nafkah anak berdasarkan firman Allah SWT bermaksud: "Kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka upahnya" (Surah al-Talaq: ayat 6)

http://peguamsyarie.blogspot.com/2008/04/nafkah-anak.html

-----------------

Bookmark and Share

  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 25-09-09 10:19

Ramai bapa yang mengabaikan nafkah anak apabila bercerai. Si ibu yang terpaksa bekerja keras menanggung anak-anak sendirian. Nanti jawablah depan Allah kat akhirat. Kalau nak bawa ke mahkamah syariah pun makan masa dan kes tak tentu selesai.

-----------------

Hargai semasa ada....

Bookmark and Share

  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

istisafa

Menyertai: 16.12.2003
Ahli No: 5723
Posting: 626
Dari: Kelana Jaya

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 25-09-09 10:25

Rujuk kepada mahkamah syariah.. tapi memanglah ambil masa yang lama nak selesai apatah lagi kalau sibapa jenis insan yang berhati kering. Kalau yang tak berkemampuan boleh dapatkan khidmat guaman dari Biro Bantuan Guaman.

Bookmark and Share

  Member Information For istisafaProfil   Hantar PM kepada istisafa   Quote dan BalasQuote

SNMA
Warga 5 Bintang
Menyertai: 08.12.2009
Ahli No: 38572
Posting: 379
Dari: SELANGOR

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 26-01-10 08:56

Ni ha, baru kejap ni, Wawa tengok tv, siapa2 ada masalah nak tuntut masalah nafkah anak, boleh minta bantuan kerajaan d Jabatan Kehakiman Malaysia atau hubungi hotline 03-88864800.

Biasanya ambil masa yang lama lah nak tuntut nafkah anak ni. kadang-kadang kita ni malas nak turun naik mahkamah. kasihan pada anak pun ada. Ye lah, jika dia besar nanti, dia tahu yang Ayahnya tak hendak bertanggung jawab pada dia. Sedihnyaaa... ALHAMDULILLAH Ayah Wawa menghargai ami adik beradik.. Syukur dapat Ayah yang sempurna d mata ku ..
"Robbi firghli waliwa lidayya, warhamhuma kama robbayani soghiro, Amin.."

-----------------
~~Wonder Mom to be~~ "Aku akan tetap melayanmu dengan baik, kerana aku tak mahu kebaikanku hilang kerana sikap burukmu itu" - ReMiNDeR -

Bookmark and Share

  Member Information For SNMAProfil   Hantar PM kepada SNMA   Quote dan BalasQuote

silent_reader
Warga Rasmi
Menyertai: 25.01.2010
Ahli No: 39139
Posting: 10
Dari: johor bahru

Johor   avatar

posticon Posting pada: 26-01-10 12:33

Pada 26-01-10 08:56 , SNMA posting:

!!! QUOTE !!!

Ni ha, baru kejap ni, Wawa tengok tv, siapa2 ada masalah nak tuntut masalah nafkah anak, boleh minta bantuan kerajaan d Jabatan Kehakiman Malaysia atau hubungi hotline 03-88864800.

Biasanya ambil masa yang lama lah nak tuntut nafkah anak ni. kadang-kadang kita ni malas nak turun naik mahkamah. kasihan pada anak pun ada. Ye lah, jika dia besar nanti, dia tahu yang Ayahnya tak hendak bertanggung jawab pada dia. Sedihnyaaa... ALHAMDULILLAH Ayah Wawa menghargai ami adik beradik.. Syukur dapat Ayah yang sempurna d mata ku ..
"Robbi firghli waliwa lidayya, warhamhuma kama robbayani soghiro, Amin.."

oo iyakah.ada bantuan kerajaan pula heh?
ada syarat apa-apa tak hendak apply bantan tu?

is not for me..but untuk rakan sekerja ni..dia ada problem nafkah dengan bekas suami.kasihan dia..kesnya sebab bekas suami dia tu masih student lagi..tak dapat nak sara betul-betul lagi..
macam mana ek?

Bookmark and Share

  Member Information For silent_readerProfil   Hantar PM kepada silent_reader   Quote dan BalasQuote

SNMA
Warga 5 Bintang
Menyertai: 08.12.2009
Ahli No: 38572
Posting: 379
Dari: SELANGOR

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 26-01-10 20:35

kadang-kadang bila fikir, org lelaki ni, kalau tak hendak sara anak, janganlah buat anak. Ni tak, time nak kahwin, punyalah berjanji setia, bersedia nak memikul tanggungjawab bla..bla..bla.. tapi bila dah dapat anak, macam-macam alasan diberi, student lah, Mak sakit lah, org Miskin lah, bayar hutanglah .. (Mengomel pula Wawa ni.. :-D )

Hm, Wawa personally tak call lagi no telefon 2 sebab Wawa fikir, bekas suami amat memahami hukum agama so Wawa tak payah susah2 nak paksa dia bayar nafkah anak Wawa. Mungkin juga Wawa terasa hati sebab dikata Wawa gunakan anak Wawa ni untuk minta duit dia (please lah..! )

Ha, silent_reader, try lah call. Bersama2 kongsi maklumat..

-----------------
~~Wonder Mom to be~~ "Aku akan tetap melayanmu dengan baik, kerana aku tak mahu kebaikanku hilang kerana sikap burukmu itu" - ReMiNDeR -

Bookmark and Share

  Member Information For SNMAProfil   Hantar PM kepada SNMA   Quote dan BalasQuote

pausputih
Warga 2 Bintang
Menyertai: 09.09.2009
Ahli No: 37466
Posting: 63

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 27-01-10 02:38

Sesungguhnya diri kami berlindung kepada Allah yang Maha Mengetahui daripada Syaitan laknatullah yang direjami...
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Belas Kasih...

Wahai Allah,tunjukkanlah kami dengan "Nur" dan untuk engkau dalam hal yang dikehendaki dr engkau kepada kami ,dalam hal yang timbul dr kami kepada engkau dan dalam hal yang berjalan antara kami dan makhluk engkau...

Ya Allah kasihanilah kesusahan kami,tampallah kekurangan kami, jdkanlah belas kasihmu dalam urusan kami,ciptakanlah untuk kami lisan yang benar,jdkanlah kefahaman untuk menyampaikan dan berbicara dengan Benar sesuai dengan Sunnah dan Al-Qur'an....
Ya Allah ya tuhan kami,ingatkanlah kami bila kami lupa,bgunkanlah jika lengah,ampunilah jika berbuat maksiat,terimalah kebajikan kami,kasihanilah kami kerana sesungguhnya engkaulah zat yang maha kuasa atas segala sesuatu...

Ya Allah,sinarilah hati kami dengan kitabmu Al-Qur'an,lapangkanlah dada kami,mudahkanlah urusan kami,lepaskanlah lisan kami,hilangkanlah kesusahan kami,sinarilah hati kami,muliakanlah isi hati kami dengan cinta dan faham pengertian,berilah kami rezeki Al-Qur'an,ilmu dan akal....

Wahai Allah zat yang mengkabulkan hajat,muliakanlah kami dengan bermacam kebajikan....
Allah mencukupi kita, sebaik-baiknya zat yang mengurus, sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong..
Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan Allah yang Maha Luhur dan Maha Agung...

Wahai tuhan kami berilah kami kebaikan dunia dan akhirat dan lindungilah kami dari siksaan nerakamu Ya Allah.

Semoga Allah melimpahkan selawat dan salam atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W, seluruh keluarga dan para sahabat beliau....

Segala Puji bagi Allah tuhan sekalian alam....Amin Ya Robbal Alaminn

-----------------
Sesungguhnya yang baik itu belum tentu benar,namun sesungguh-sungguhnya yang benar itu sememangnya baik....

Bookmark and Share

  Member Information For pausputihProfil   Hantar PM kepada pausputih   Quote dan BalasQuote

ikhwan_islam
Warga 5 Bintang
Menyertai: 05.02.2009
Ahli No: 37043
Posting: 360
Dari: KUIS Bangi

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 27-01-10 06:29

Pada 27-01-10 02:38 , pausputih posting:

nak berdo'a erk?

Bookmark and Share

  Member Information For ikhwan_islamProfil   Hantar PM kepada ikhwan_islam   Quote dan BalasQuote

SNMA
Warga 5 Bintang
Menyertai: 08.12.2009
Ahli No: 38572
Posting: 379
Dari: SELANGOR

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 27-01-10 06:59

Copy paste Harian M etro hari ni..

SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam menggesa hakim mahkamah syariah di negeri itu tidak melengahkan prosiding tanpa alasan yang munasabah dan menyelesaikan kes dalam tempoh masa yang sepatutnya.

SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam menggesa hakim mahkamah syariah di negeri itu tidak melengahkan prosiding tanpa alasan yang munasabah dan menyelesaikan kes dalam tempoh masa yang sepatutnya. “Beta seringkali mendapat aduan orang ramai mengenai kes mahkamah syariah yang tertangguh begitu lama hanya disebabkan perkara remeh yang sepatutnya boleh dielakkan seperti hakim menghadiri kursus, peguam syarie mempunyai kes lain, saksi tidak dapat hadir, prosiding tidak lengkap dan sebagainya. “Justeru, beta menyeru Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (Jakess) mengatasi masalah ini supaya kes atau perbicaraan dijalankan mengikut jadual dan diharapkan ia dapat diselesaikan dalam tempoh masa sepatutnya,” titah baginda pada majlis pengurniaan watikah pelantikan Hakim-Hakim Mahkamah Syariah Negeri Selangor di Istana Bukit Kayangan di sini, semalam. Sultan Sharafuddin bertitah keutamaan perlu diberi kepada kes mal yang membabitkan rumahtangga supaya tiada yang teraniaya akibat kelalaian pihak tertentu.

Beta juga tidak mahu lagi mendengar aduan negatif terhadap institusi kehakiman syariah yang secara tidak langsung menjejaskan imej agama Islam di Selangor, titah baginda.

Sultan Selangor turut menyeru hakim mahkamah syariah supaya mematuhi segala etika sebagai seorang hakim yang berwibawa, tegas dan berkeyakinan dalam mengendalikan setiap kes. Titah baginda, seseorang hakim mahkamah syariah akan melanggar etika kehakiman apabila membiarkan kepentingan persendiriannya bercanggah dengan tugas kehakiman hingga menjejaskan kedudukannya sebagai seorang hakim. Justeru, baginda menasihatkan hakim terbabit melaksanakan keadilan sebagaimana yang dikehendaki hukum syarak dan memberi penghakimannya berdasarkan undang-undang berkaitan ketika mendengar sesuatu kes. “Apabila menjalankan tugas kehakiman, beta berharap seseorang hakim mahkamah syariah itu mest berada dalam keadaan tenang dan sempurna supaya dapat memberi penghakimannya dengan baik. “Seseorang hakim mahkamah syariah juga tidak boleh dipengaruhi mana-mana pihak dihakimi dan mendengar dalam keadaan terbuka akan hujah daripada kedua-dua belah pihak,” titah baginda. Sultan Selangor juga berharap dengan penambahan bilangan hakim mahkamah syariah di negeri itu, Jakess dapat menguruskan kes mal dan jenayah serta kes mahkamah rayuan secara lebih efisien dan sistematik. “Sistem e-Syariah yang sedia ada harus dipertingkatkan dan diperluaskan penggunaannya supaya ia membantu hakim dan kakitangan Jakess mengendalikan rekod dan maklumat mengenai setiap kes dengan lebih berkesan,” titah baginda. - Bernama

------------- jangan putus asa=-----------

-----------------
~~Wonder Mom to be~~ "Aku akan tetap melayanmu dengan baik, kerana aku tak mahu kebaikanku hilang kerana sikap burukmu itu" - ReMiNDeR -

Bookmark and Share

  Member Information For SNMAProfil   Hantar PM kepada SNMA   Quote dan BalasQuote

silent_reader
Warga Rasmi
Menyertai: 25.01.2010
Ahli No: 39139
Posting: 10
Dari: johor bahru

Johor   avatar

posticon Posting pada: 27-01-10 10:57

Pada 26-01-10 20:35 , SNMA posting:

!!! QUOTE !!!

kadang-kadang bila fikir, org lelaki ni, kalau tak hendak sara anak, janganlah buat anak. Ni tak, time nak kahwin, punyalah berjanji setia, bersedia nak memikul tanggungjawab bla..bla..bla.. tapi bila dah dapat anak, macam-macam alasan diberi, student lah, Mak sakit lah, org Miskin lah, bayar hutanglah .. (Mengomel pula Wawa ni.. :-D )

Hm, Wawa personally tak call lagi no telefon 2 sebab Wawa fikir, bekas suami amat memahami hukum agama so Wawa tak payah susah2 nak paksa dia bayar nafkah anak Wawa. Mungkin juga Wawa terasa hati sebab dikata Wawa gunakan anak Wawa ni untuk minta duit dia (please lah..! )

Ha, silent_reader, try lah call. Bersama2 kongsi maklumat..

ok..nanti i bagi numb tu kat officemate...

tak tahu how to help her...dia nampak macam susah sangat sekarang...bekas suami dia still study so tak boleh nak support banyak soal nafkah ni..sedangkan dia dah nak brsalin dah..kalau ikutkan gaji dia, macam xckup nak sara anak yang lain-lain lagi..

oo..akak pun macam ada pngalaman pahit saja soal nafkah ni...

tu lah..org lain xmerasa kan..bila diri sendiri susah seorang-seorang..

Bookmark and Share

  Member Information For silent_readerProfil   Hantar PM kepada silent_reader   Quote dan BalasQuote

SNMA
Warga 5 Bintang
Menyertai: 08.12.2009
Ahli No: 38572
Posting: 379
Dari: SELANGOR

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 27-01-10 16:05

tak rugilah pengalaman macam ni. yang untungnya kita, bila kita bertanggungjawab, anak2lah yang akan jadi harta kita. Maybe d dunia kita susah tapi kalau betul caranya, INSYA ALLAH kat akhirat kita senang. :-) Happy nak teruskan hidup sebab ada anak-anak. Bab nafkah, 2 bukan masalah sebab Wawa cuma tak diberi nafkah, bukan tak diberi 'tangan' dan 'kaki'.

-----------------
~~Wonder Mom to be~~ "Aku akan tetap melayanmu dengan baik, kerana aku tak mahu kebaikanku hilang kerana sikap burukmu itu" - ReMiNDeR -

Bookmark and Share

  Member Information For SNMAProfil   Hantar PM kepada SNMA   Quote dan BalasQuote

SNMA
Warga 5 Bintang
Menyertai: 08.12.2009
Ahli No: 38572
Posting: 379
Dari: SELANGOR

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 27-01-10 16:12

Thursday, April 3, 2008
Nafkah Anak
Hak Muslim disiarkan dalam Berita Harian 3 April 2008
__________________________

Bapa wajib kerja untuk bayar nafkah anak
[email protected].

Soalan

APAKAH keputusan akan dibuat mahkamah atas tuntutan nafkah anak jika tuntutan itu melebihi kemampuan pendapatan saya iaitu RM1,400. Tuntutan yang dibuat, iaitu nafkah setiap anak RM500 seorang setiap bulan (jumlah keseluruhan RM1,500 sebulan); perbelanjaan sekolah RM200 setiap anak serta perbelanjaan Hari Raya RM1,000. Apakah mahkamah menentukan bayaran nafkah anak mengikut kemampuan seseorang atau ada garis panduan menetapkan bayaran itu dan apa akan jadi jika saya tidak dapat membayar tuntutan yang ditetapkan mahkamah?
Bapa tak mampu,
Kuala Lumpur

Jawapan

ISLAM mewajibkan nafkah anak disediakan oleh bapa. Kewajipan membayar nafkah anak berdasarkan firman Allah SWT bermaksud: "Kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka upahnya" (Surah al-Talaq: ayat 6)

Kami percaya saudara memahami konsep kewajipan menyediakan nafkah itu, cuma persoalan saudara adalah berkaitan dengan kemampuan saudara melebihi daripada permintaan atau keperluan anak seperti yang dituntut oleh ibunya. Namun, jika bapa masih hidup, ada kemudahan kewangan dan berkemampuan berusaha serta bekerja, fuqaha sepakat mewajibkan bapa membiayai nafkah anak tanpa berkongsi dengan sesiapa walaupun ibu kepada anak itu.

Maka tiada alasan seseorang bapa berdalih tidak mampu menyara anaknya kerana gaji kecil. Setiap bapa pada masa kini akan sedaya upaya berusaha mendapatkan rezeki lebih untuk menyara anaknya, melainkan dia bercerai dengan ibu kepada anaknya menggunakan helah berpendapatan kecil dan tidak mampu menyara anak seperti dituntut.

Garis panduan yang digunakan oleh mahkamahmerujuk peda kemampuan bapa berdasarkan hadis Rasulukllah SAW diriwayatkan Aishah ra katanya: "Hindu binti Utbah berkata; Wahai Rasulullah, Abu Sufyan adalah seorang lelaki bakhil dan tidak tidak pernah memberi aku harta yang mengcukupi untuk aku dan anak aku melainkan harta yang aku ambil tanpa pengetahuannya. Lalu Rasulullah SAW bersabda: "Ambillah harta (Abu Sufyan) apa yang mencukupi untuk kamu dan anak kamu dengan baik."

Berdasarkan hadis itu jelas nafkah anak tetap menjadi kewajipan seorang bapa walau dalam apa juga keadaan. Jika bapa tidak memberi nafkah, maka ibu boleh mengambil harta bapa sekadar yang mencukupi bagi menampung perbelanjaan anak itu. Inilah menunjukkan ibu boleh menuntut nafkah anak dengan menyenaraikan setiap keperluan bulanan anak itu ke mahkamah.

Jika ia tidak mempunyai harta tapi mampu membuat kerja, wajib ke atasnya berusaha mencari kerja yang membolehkannya membiayai nafkah anaknya. Dengan itu bapa yang menganggur dan mengharapkan ibu membayar keperluan anak adalah lelaki yang tidak amanah dan berdosa mengabaikan tanggungjawabnya.

Oleh itu, ibu akan cuba membuktikan kepada mahkamah bapa berkemampuan bukan setakat dengan gaji bulanan malah merujuk juga wang simpanan di mana-mana akaun bank bapa, tabung haji, insurans bulanan, koperasi dan sebagainya. Mahkamah biasanya mengambil pendekatan membandingkan keperluan nafkah anak dengan kemampuan defendan untuk menentukan suatu nilai bagi nafkah anak.

Alasan pendapatan dipotong untuk membayar pinjaman peribadi, kad kredit, insurans diri atau tabungan haji bukanlah alasan yang kukuh untuk menentukan ketidakmampuan bapa. Mahkamah akan merujuk fiqh aulawiyyad dalam bab yang manakah satu perlu diutamakan di antara membayar pinjaman peribadi atau kad kredit dengan membayar nafkah anak yang hakiki, perlulah diutamakan yang wajib iaitu memberi nafkah kepada anak.

Kegagalan melaksana perintah mahkamah yang menetapkan nilai yang wajib bayar kepada anak boleh menyebabkan saudara dikenakan saman Penghutang Penghakiman di mana ibu boleh menuntut hutang iaitu bayaran nafkah anak yang tertunggak dibayar dengan mendapatkan Perintah Pemotongan pendapatan majikan saudara.

Jika saudara tiada majikan atau tidak bergaji tetap, tindakan penghinaan perintah mahkamah boleh dikenakan terhadap saudara yang boleh dikenakan hukuman penjara. Ibu itu juga boleh memohon penguatkuasaan perintah nafkah itu dikenakan terhadap saudara dengan menjual harta saudara yang sama nilainya dengan hutang nafkah tertunggak anak. Ingatlah, apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah SWT nescaya akan dibalas dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan)( Surah Anfaal ayat 60).

-----------------
~~Wonder Mom to be~~ "Aku akan tetap melayanmu dengan baik, kerana aku tak mahu kebaikanku hilang kerana sikap burukmu itu" - ReMiNDeR -

Bookmark and Share

  Member Information For SNMAProfil   Hantar PM kepada SNMA   Quote dan BalasQuote

pausputih
Warga 2 Bintang
Menyertai: 09.09.2009
Ahli No: 37466
Posting: 63

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 28-01-10 03:15

Pada 27-01-10 06:29 , ikhwan_islam posting:

!!! QUOTE !!!

nak berdo'a erk?

Anyway ada bunyi sepertimana sajak,lagu or syair ke tu? :berfikir:

-----------------
Sesungguhnya yang baik itu belum tentu benar,namun sesungguh-sungguhnya yang benar itu sememangnya baik....

Bookmark and Share

  Member Information For pausputihProfil   Hantar PM kepada pausputih   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 

Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.

Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri

Loading: 0.115815 saat. Lajunya....