Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Orang bodoh hanya berdiam diri, tetapi orang yang paling bodoh adalah yang bercakap perkara yang dia sebenarnya bodoh
-- -- Meow (Warga Ukhwah.com)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 181
Ahli: 0
Jumlah: 181




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 15 jam, 2 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: ...oh nenek mariam...


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» ...oh nenek mariam...

Please Mendaftar To Post


Oleh ...oh nenek mariam...

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 07-09-09 22:19


salam..

membaca muka depan paper hari ni terasa sedih dan kesal sikit.. gara-gara wasiat nenek mariam yang nak dikebumikan mengikut cara kristian..saya serasa macam ada konspirasi lah... takkan lah nenek tu sempat nak buat wasiat macam tu..erm..tapi nak buat caman lah kan.. tapi yang kesalnya kita d malysia ni tak bersungguh2 nak tarik ddie kembali menetap d malysia sedari dulu.. jika ini berlaku tentu aqidahnye masih boleh diperbaiki.. anak2nya lebih berhak atasnye.. tapi keluarganya seolah-olah macam ada halangan untuk buat demikian.. .. entah lah.. tapi tu lah..eksal2 sangat..sudahla kekesalan kita masih tak hilang dek pemergian natrah tanpa iman, kini bertambah seorang lagi bekas seorang yang pernah bgelar muslim pergi tanpa bersyahadah.. tapi mana tau kan..kot2 dalam hatinye masih ada sisa2 keyakinan kepada allah, moga-moga akan terselamat jua d akhirat...wallahua'lam.. :berfikir:


-----------------
:: NoBoDy iS PeRFeCT ::
______________________________________
http://www.mymindstories.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

rdwira
WARGA SETIA
Menyertai: 22.09.2007
Ahli No: 31169
Posting: 999
Dari: KL

uganda   avatar


posticon Posting pada: 08-09-09 12:59


erm..baca paper BH hari ini..
anak beliau sedang berusah mengumpulkan wang untuk membawa pulang mayat ke malaysia...

tahniah kepada seorang artis yang menyumbangkan RM 11,000 sebagai sumbangan untuk menampung kos membawa pulang mayat mariam..

dan menurut petikan BH juga mengatakan nenek mariam tu pernah berkata..dia mahu dikebumikan di negara dimana dia dilahirkan...


-----------------
http://sukatolong.wordpress.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For rdwiraProfil   Hantar PM kepada rdwira   Quote dan BalasQuote

ikrimah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.12.2008
Ahli No: 36514
Posting: 154
Dari: terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 08-09-09 17:42


salam...
da memang government tak ambil kisah mana bab akidah rakyatnyer..
usahla kat korea..kat malaysia pun da beribu2 minta nak murtad..hanya kepada Allah kita serahkan segalanye..ana bimbang esok...government kita dpersoal saja pasal tak jaga akidak rakyatnyer..tak takut ke azab Allah yang sangat pedih..
takutla

Bookmark and Share

    


  Member Information For ikrimahProfil   Hantar PM kepada ikrimah   Quote dan BalasQuote

irashahirah
WARGA SETIA
Menyertai: 08.10.2005
Ahli No: 19675
Posting: 407
Dari: jay bee

Johor   avatar


posticon Posting pada: 08-09-09 17:51


saya nangis bila baca paper tadi.. rasa kasihan, kesal.. macam-macam yang saya fikir... apelah perasaan anak-anak nya lagi... apa yang saya mampu lakukan, doa agar arwah tetap di sisi yang Maha Esa

Bookmark and Share

    


  Member Information For irashahirahProfil   Hantar PM kepada irashahirah   Quote dan BalasQuote

strawberri
Warga 5 Bintang
Menyertai: 24.12.2004
Ahli No: 13269
Posting: 391
Dari: Alaska Timur

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 08-09-09 20:41


sebut pasal korea..
saya teringat seseorang dari 'korea' dalam ukhwah ni dulu.
maaf OT pula.

betul kata ikrimah tu..kat Malaysia, ramai yang murtad, tapi kerajaan buat derk saja.. apala nak jadi.. bala nanti semua dapat..kalau org tu seorang saja tak apalah jugak



Bookmark and Share

    


  Member Information For strawberriProfil   Hantar PM kepada strawberri   Pergi ke strawberri's Website   Quote dan BalasQuote

kakisamun
WARGA SETIA
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 630
Posting: 2852
Dari: perut ibuku

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 09-09-09 10:34


Mariam bukan lagi rakyat Malaysia

Oleh Siti Nurbaiyah Nadzmi dan Jalal Ali Abdul Rahim
[email protected]



KUALA LUMPUR: Urusan membawa pulang jenazah Mariam Johari, 88, dari Korea Selatan semalam buntu apabila warga emas yang terkandas di negara berkenaan sejak 64 tahun lalu itu, disahkan bukan lagi rakyat Malaysia.

Mariam yang berasal dari Plentong, Johor, dikatakan membuat permohonan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk melucutkan kewarganegaraan sebagai rakyat Malaysia pada akhir 2007 dan permohonan itu diluluskan tahun lalu.

Timbalan Menteri Luar, Senator A Kohilan Pillay, ketika dihubungi Berita Harian berkata, Menteri Luar, Datuk Anifah Aman semalam mengesahkan Mariam bukan lagi warga Malaysia.



"Biasanya jika ada mayat bukan warga Malaysia di luar negara, maka kita tidak boleh buat apa-apa lagi. Isu nak bawa balik jenazah itu tidak timbul kerana dia bukan warga negara ini.

"Tambahan pula dalam kes Mariam, dia ada membuat wasiat untuk dikebumikan di sana (Korea Selatan) mengikut adat masyarakat Korea," katanya.

Ditanya mengenai kesahihan wasiat berkenaan, Kohilan berkata, pihaknya perlu menelitinya.

Mariam yang terkandas di Korea Selatan selepas dibawa tentera Jepun ke negara itu ketika Perang Dunia Kedua, meninggal dunia di sebuah rumah kebajikan di Seoul, Sabtu lalu.

Bagaimanapun, anaknya, Jelani Sonni, 72, kelmarin memohon bantuan Wisma Putra untuk membawa pulang jenazah Mariam kerana yakin ibunya masih Islam.

Malah, berita kematian Mariam turut mendapat simpati seorang artis wanita terkenal yang bersetuju membiayai kos membawa pulang jenazahnya supaya dapat dikebumikan secara Islam.

Di SEOUL, penerbit Korean Broadcasting Corporation (KBC), Park Keon Young yang pernah menerbitkan dokumentari mengenai kisah kehidupan Mariam, ketika dihubungi berkata, jenazah Mariam hampir dibakar di pusat pembakaran mayat, pagi semalam, tetapi ditangguhkan atas permintaan Kedutaan Malaysia.

Bagaimanapun, katanya, keadaan menjadi kecoh apabila pihak pengurusan mayat memberi kata dua kepada anak tiri Mariam, Ji Yong Un, 53, sama ada meneruskan upacara itu atau memindahkan jenazah ke hospital.

"Anak tiri Mariam menunggu dari pagi hingga ke petang tetapi tidak mendapat kata putus dari kedutaan. Bila saya menghubungi pejabat Kedutaan Malaysia di Seoul, mereka mengatakan yang mereka masih menunggu dokumen dari Kuala Lumpur," katanya.

Park berkata, jenazah Mariam ketika ini masih ditempatkan di rumah mayat berkenaan, tetapi Ji kini dalam dilema kerana sebagai pemandu bas, beliau tidak mampu menampung kos menyimpan jenazah Mariam di hospital.

Bookmark and Share

    


  Member Information For kakisamunProfil   Hantar PM kepada kakisamun   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 09-09-09 11:09


Kalau memang sah bukan Islam tak boleh nak buat apa.
Tapi kalau memang Islam rasanya ALLAH jua yang lebih mengetahui tak kiralah pengebumian cara macam mana pun..


-----------------



Hargai semasa ada....


Bookmark and Share

    


  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 12-09-09 06:16


MAIJ da declare mariam still islam even secara zahir.. ikutkan Kalau dalam court kes ni kita memang da kalah.. satunya sebab mariam sendiri yang mohon pelucutan kewargenegaraannya sendiri (entah kenapa dia macam tu ek?), slain tu dia tak mengamalkan islam dalam hidupnya lagi..bacaan alfatihah dan syahadatayn tak sebenar2nya membuktikan yang dia muslinyam d batinnya.. bahkan kononnya ada wasiat pula yang meminta agar dirinya diuruskan mengikut ritual setempat..erm.. susah jugak itu.. tapi apapun selagi terdaya kita kena jugak berkeras dapatkan beliau hatta atas asbab yang aaaaaaamat lemah. andai kalah, seharusnya kita redha dan jadikan ia pengjaran... cukup2lah nenek mariam ni dan nenek natrah yang secara zahir kita kekeliruan mengenai akidahnya...astaghfirullah..


-----------------
:: NoBoDy iS PeRFeCT ::
______________________________________
http://www.mymindstories.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.172253 saat. Lajunya....