Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 25-08-2019  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Nothing Last Forever
-- Sidney Sheldon

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: NurLiyanaNajwa
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43095

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 106
Ahli: 0
Jumlah: 106




  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 7 jam, 51 minit yang lalu
budakbesar: 6 hari yang lalu
azemi: 10 hari yang lalu
Firdaus15: 17 hari yang lalu
NurLiyanaNajwa: 20 hari yang lalu
secureofficemovers: 21 hari yang lalu
Naqiu: 27 hari yang lalu
nawfaa79: 28 hari yang lalu


Hebahan Aktiviti
Topik: Seminar Rukyah dan Hisab anjuran Hizbut Tahrir Ahad (6/Sept/09)


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Hebahan Aktiviti
    »» Seminar Rukyah dan Hisab anjuran Hizbut Tahrir Ahad (6/Sept/09)

Please Mendaftar To Post


Oleh Seminar Rukyah dan Hisab anjuran Hizbut Tahrir Ahad (6/Sept/09)

pemburu_harimau
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2008
Ahli No: 33850
Posting: 559
Dari: Di kawasan yang ada Harimau

blank   avatar


posticon Posting pada: 05-09-09 17:28


Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) dengan Kerjasama Khilafah Centre dengan ini menganjurkan Forum Ru'payah dan Hisab, Matla' Syar'iyyah atau Matla' Assabiyyah . Butir-butir forum adalah seperti berikut:

Tarikh : 6 September 2009 (Ahad)
Masa : 8.30 pagi - 1.00 tengahari
Tempat : Khilafah Centre, 47-7, Jalan 7/7A, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, Selangor

Semua di Jemput Hadir, Masuk Adalah Percuma




DIMANAKAH KHILAFAH CENTRE, SEKSYEN 7, BANDAR BARU BANGI?
Cari dalam Wikimapia laaaaa... ini dia:
http://www.wikimapia.org/#lat=2.970955&lon=101.7735028&z=18&l=0&m=b&search=khilafah%20centre


-----------------
Harimau adalah makhluk Tuhan,
Kenapa mahu memburu harimau yang comel ini?



  


  Member Information For pemburu_harimauProfil   Hantar PM kepada pemburu_harimau   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 05-09-09 17:30


As salamualaikum wbt dan salam ukwahfillah

Maaflah sebab tidak dapat join kerana ada kelas esok dari pagi sampai ke petang. Apa-apa pun terima kasih di atas iklan.

p/s

Marul, terima kasih atas pelawaan di blog teman. syukran jazilan


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

  


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

pemburu_harimau
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2008
Ahli No: 33850
Posting: 559
Dari: Di kawasan yang ada Harimau

blank   avatar


posticon Posting pada: 05-09-09 17:34


Pada 05-09-09 17:30 , Daeng_Jati posting:

!!! QUOTE !!!

As salamualaikum wbt dan salam ukwahfillah

Maaflah sebab tidak dapat join kerana ada kelas esok dari pagi sampai ke petang. Apa-apa pun terima kasih di atas iklan.

p/s

Marul, terima kasih atas pelawaan di blog teman. syukran jazilan



miss event lagi kaa??... tak apa lah daeng...
nak buat macamana...

p/s:
siapa yang free esok... boleh datang laaaa....
majlis ilmu niiii.....


-----------------
Harimau adalah makhluk Tuhan,
Kenapa mahu memburu harimau yang comel ini?



  


  Member Information For pemburu_harimauProfil   Hantar PM kepada pemburu_harimau   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 05-09-09 17:36


Pemburu pokok, teman ni pelajar siswazah part-time. Jadi masa sabtu dan ahad memang terhad. Kelas memang hari sabtu dan ahad saja...

p/s

Ni pun teman online lepas kelas Keselamatan Radiologi ni, kat Jabatan Nuklear


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

  


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

pemburu_harimau
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2008
Ahli No: 33850
Posting: 559
Dari: Di kawasan yang ada Harimau

blank   avatar


posticon Posting pada: 05-09-09 17:53


aku menjemput warga ukhwah.com yang free pagi esok... datang lah...


-----------------
Harimau adalah makhluk Tuhan,
Kenapa mahu memburu harimau yang comel ini?



  


  Member Information For pemburu_harimauProfil   Hantar PM kepada pemburu_harimau   Quote dan BalasQuote

pemburu_harimau
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2008
Ahli No: 33850
Posting: 559
Dari: Di kawasan yang ada Harimau

blank   avatar


posticon Posting pada: 08-09-09 21:48


ini link dia, semua gambar-gambar ada dalam link ni:
http://www.mykhilafah.com/dalam-negara/1576-munaqasah-ruyah-a-hisab-dapat-sambutan

Munaqasah Ru’payah & Hisab dapat sambutan

BANGI 6 September - Untuk ke sekian kalinya, Khilafah Centre telah menganjurkan Munaqasah yang bertajuk “Ru’payah & Hisab- Penjelasan Waqi’ & Fiqh (Matla’ syar’iyyah atau Matla’ Assabiyah)” yang memaparkan penjelasan dan kupasan menyeluruh mengenai realiti dan hukum syarak berhubung penetapan tarikh satu Ramadhan dan juga satu Syawal.

Perbincangan yang dipengerusikan oleh Ustaz Abu Arsyad itu menghadhirkan dua orang penceramah iaitu ustaz Hafiz Ismail yang membentangkan realiti hisab/falak (ilmu astronomi) dan penceramah kedua adalah Presiden HTM sendiri iaitu Ustaz Abdul Hakim Othman, yang menyampaikan persoalan dan penyelesaian fiqh tentang perbezaan awal dan akhir Ramadhan.

Kehadhiran adalah sangat menggalakkan sehingga memenuhi ruang seminar yang terbatas kepada 120 orang sahaja itu, sehingga melimpah ke ruang belakang. Khilafah Centre adalah pusat percambahan pemikiran umat yang terletak di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, Selangor. Di samping itu, aktiviti lain yang diadakan adalah pameran dan juga penjualan buku-buku dan CD-CD Islam.


Menurut Ustaz Abu Syahid selaku pengarah projek, tajuk tersebut dipilih bagi memberi penerangan dan penyelesaian tentang masalah perpecahan umat Islam di seluruh dunia dengan perbezaan tarikh permulaan Ramadhan dan Syawal. Secara faktanya, sungguh aneh untuk berlakunya perbezaan di zaman teknologi yang serba canggih ini. Tajuk ini juga dilihat kurang diperbahaskan memandangkan umat telah menyerahkan segala-galanya kepada pemerintah untuk menentukannya dan ada sesetengahnya pula, hanya terus bertaklid buta kepada pendapat yang dipegangnya. Walhal perkara ini tidak boleh dipisahkan dari hukum syarak dan ia akan menjadi persoalan dosa dan pahala yang akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.

Pembentang pertama telah menjelaskan secara terperinci untuk memberi kefahaman kepada peserta yang hadhir berkenaan pembentukan hilal (anak bulan) yang menjadi elemen penting dalam perkiraan bulan untuk tahun qamariyyah. Peserta dijelaskan tentang bagaimana dan bila berlakunya ijtima’ (conjunction), apakah yang dimaksudkan dengan sinodis, irtifa’, azimut, imkanuru’payah dan beberapa perkara lain lagi yang terkait dengan putaran bumi dan bulan serta kaedah pencerapan hilal secara astronomi. Sejarah dan perkembangan hisab juga telah disentuh sepintas lalu. Ketepatan dan keterbatasan hisab telah dijelaskan di penghujung pembentangan dan bagaimana ia berperanan dalam penentuan awal dan akhir Ramadhan.

Dalam pembentangan pertama ini juga, peserta disajikan dengan persembahan multimedia yang memaparkan pergerakan hilal serta lahirnya hilal pada setiap awal bulan, alat-alat yang digunakan seterusnya memaparkan bagaimana umat Islam berpuasa dan berhari-raya pada tarikh-tarikh yang berbeza di seluruh dunia.

Selesai pembentangan, para peserta juga dihidangkan dengan video tentang perpecahan dan penderitaan umat Islam setelah jatuhnya Daulah Khilafah di Turki pada 28 Rajab 1342H (3 Mac 1924M) dan usaha-usaha Hizbut Tahrir di seluruh dunia untuk menyatukan semula umat Islam di bawah naungan Khilafah. Video yang dimainkan semasa rehat itu telah menyentuh emosi hadirin sehingga masing-masing tidak berganjak dari kerusi sehinggalah ke sesi pembentangan kedua.

Ustaz Abdul Hakim sebagai pembentang kedua telah menerangkan secara mendalam hukum Islam berkenaan penentuan awal dan akhir Ramadhan. Penjelasan telah didasarkan kepada dalil-dalil al-Quran dan Sunnah dan bagaimana umat Islam terkeliru di dalam pengambilan dalil sehingga berlakunya perbezaan pendapat. Seterusnya Ustaz Hakim menjelaskan bahawa satu-satunya cara yang syar’ie untuk menentukan awal dan akhir Ramadhan hanyalah dengan ru’yatul hilal (melihat anak bulan) dan tidak boleh dengan hisab semata-mata sebagaimana yang difahami oleh sebahagian umat Islam sekarang. Hisab hanya digunakan untuk menentukan kedudukan serta waktu yang tepat untuk melihat anak bulan dan bukannya untuk menentukan awal atau akhir Ramadhan itu sendiri.

Pembentang kedua juga menjelaskan secara panjang lebar berhubung persoalan matla’ (tempat melihat anak bulan) dan kesalahan umat Islam yang mengambil matla’ berdasarkan batas sempadan negara-bangsa. Akhirnya pembentangan disimpulkan dengan penjelasan bahawa perbezaan yang wujud sekarang ini sebenarnya adalah kerana faktor politik semata-mata di mana pemerintah sekular negara-bangsa merasakan mereka berhak, lalu merekalah yang menjadi penentu kepada tarikh awal dan akhir Ramadhan, bukan lagi syarak.

Justeru, penyelesaian hakiki kepada perbezaan ini adalah dengan umat Islam kembali kepada hukum syara’ yang benar dan perlunya kepada satu institusi politk antarabangsa yang akan mennyatukan umat Islam. Institusi politik ini tidak lain adalah Daulah Khilafah yang akan menjadi pemersatu umat dalam segala hal, termasuklah di dalam penetapan awal dan akhir Ramadhan yang menjadi syiar kepada Islam.

Di kesempatan ini, pihak Khilafah Centre ingin merakam penghargaan dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini. Semoga Munaqashah ini dapat memberi kefahaman yang benar kepada umat Islam dan mendapat keredhaan Allah SWT. Amin ya Rabbal ‘alamin.


-----------------
Harimau adalah makhluk Tuhan,
Kenapa mahu memburu harimau yang comel ini?



  


  Member Information For pemburu_harimauProfil   Hantar PM kepada pemburu_harimau   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 09-09-09 14:25


Salam...

Saya tak dapat hadir ke munaqashah tersebut. Tetapi ada sesuatu yang menarik nak dikongsi.

Jika perdasarkan ilmu astronomi (falaq), hilal ramadhan dijangka tidak kelihatan dan hilal syawal pula dijangka akan kelihatan. walaubagaimana pun, jangkaan falaq pada syawal tahun lepas tidak tepat. Dimana hilal syawal dijangkakan tidak kelihatan, tetapi apabila dirukyah, hilal kelihatan dibanyakan tempat di dunia. walaybagaimana pun, tahun ini di Malaysia seperti seolah telah buat ketetapan puasa hanya 29 hari saja untuk Ramadhan kali ini. Bagaimana pula, jika semasa rukyatul hilal syawal, anak bulan tidak kelihatan? Maka, ada kemungkinan orang Islam di Malaysia akan berpuasa akan berhari raya ketika ummat Islam sepatutnya masih lagi berpuasa.

Fikir-fikirkan...

wuzara
http://jemaah-islam.blogspot.com

Bookmark and Share

  


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.101035 saat. Lajunya....