Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 06-07-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Nothing Last Forever
-- Sidney Sheldon

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: wyd1014
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43135

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 51
Ahli: 0
Jumlah: 51




  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 4 hari yang lalu
wyd1014: 12 hari yang lalu
haykal77: 20 hari yang lalu
Kakngah: 20 hari yang lalu
lidah-penghunus: 22 hari yang lalu


Sirah dan Tokoh Islam
Topik: Belsungkawa Prof Datuk Dr Ismail Salleh


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Sirah dan Tokoh Islam
    »» Belsungkawa Prof Datuk Dr Ismail Salleh

Please Mendaftar To Post


Oleh Belsungkawa Prof Datuk Dr Ismail Salleh

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 31-08-09 14:13


Prof Datuk Dr Ismail Salleh: Dia sudah tiada

Catatan Ismail Hashim
Mon | Aug 31, 09 | 11:47:45 am MYT

SAYA mula 'kenal' sosok tokoh ini sewaktu di bangku sekolah menengah. Setiap kali dia muncul di televisyen saya seolah ternanti-nanti dia mengutarakan ayat: "Pada pandangan saya..." dan selesai dia menyatakan demikian, saya akan tersenyum-simpul.    

Dalam hati, saya ketawa. Suara kecil saya menyatakan "he he he... macamlah dia boleh nampak."

Sesungguhnya tiada sedikit pun niat untuk memperkecilkan beliau. Sebaliknya sekadar menjadikan ayat yang diucapkannya itu bahan lelucon untuk diri sendiri.

Semakin hari usia saya semakin meningkat. Pensyarah buta dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bernama Profesor Datuk Dr Ismail Md Salleh yang sering muncul di kaca TV itu juga saya lihat semakin terkenal.

Malah saya semakin kagum kepadanya setelah mendengar satu temu bual di TV yang menceritakan kisah hidup beliau.

Ismail Salleh mula hilang deria penglihatan sepenuhnya ketika berusia 13 tahun. Namun, kecacatan itu bukan pematah semangat dan menjadikannya lemah.

Sebaliknya 'kegelapan' dijadikannya tiket untuk mengatur langkah berada di puncak menara gading dan seterusnya mencipta nama di persada dunia.

Ismail, 61, beruntung, kerana mempunyai abang, Zakaria Salleh yang bertindak sebagai 'mata', penjaga, pembantu peribadi dan pemandu kepadanya sejak kecil.

Saya pernah membaca dan mendengar di media massa tentang 'perjuangan' Zakaria, yang menjadi 'tukang baca', 'tukang tulis' dan segala 'tukang' kepada Ismail sepanjang insan kurang upaya ini menuntut ilmu dari peringkat sekolah hingga ke universiti.

Saya juga meluahkan (tetapi sekadar di dalam hati), sepatutnya Zakari turut diberi ijazah atau apa saja kelulusan yang dimiliki adiknya, kerana dialah 'sumber ilmu' kepada Profesor Datuk Dr Ismail Salleh.

Kembali kepada ikon istimewa itu.

Ismail dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan pada 2 September 1947. Sebagai seorang anak yang dibesarkan dalam keadaan serba kekurangan, keazaman dan kecekalan beliau untuk berjaya menjadi aspirasi ramai anggota masyarakat, terutama golongan kurang upaya.

Beliau antara orang yang layak disifatkan sebagai 'Towering Malays'.

Mendapatkan Sarjana Muda Ekonomi dan Sains Politik dari Universiti New York pada 1973 sebelum menyambung pengajian ke peringkat Sarjana dan doktor falsafah (PhD) dalam bidang ekonomi di Universiti Illinois, Amerika Syarikat pada 1974 dan 1977.

Guiness Book of Record mencatatkan beliau sebagai orang cacat penglihatan pertama di dunia mendapat Doktor Falsafah.

Dr Ismail sering memberikan pendapat mengenai ekonomi dan kedudukan sosioekonomi dan politik orang Melayu, terutama pendidikan dan program pembangunan kemiskinan dalam pelbagai forum, termasuk siaran televisyen.

Memulakan kerjaya pertama sebagai pensyarah ekonomi di Jabatan Penganalisis Ekonomi dan Dasar Awam di Fakulti Ekonomi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sejurus menamatkan pengajian.

Beliau kemudiannya dilantik sebagai Ketua Jabatan pada 1981.

Pernah memegang pelbagai jawatan dalam bidang akademik termasuklah sebagai Naib Canselor Universiti Kolej Antarabangsa Teknologi Twintech (IUCTT) dan Presiden Persatuan Kebangsaan Kolej Swasta Bumiputera.

Dalam bidang ekonomi, beliau diamanahkan sebagai Timbalan Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik Antarabangsa (ISIS), Timbalan Pengarah Eksekutif Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Ekonomi, Pusat Perniagaan Malaysia serta Ahli Majlis Perunding Ekonomi Negara II (MAPEN II) - Jawatankuasa Kerja bagi Penyusunan Semula Masyarakat.

Pada 2001, dianugerahkan doktor kesusasteraan Universiti Antarabangsa Irish oleh Kesatuan Eropah bagi mengiktiraf sumbangan beliau kepada negara ini dan juga komuniti antarabangsa.

Allahyarham aktif membantu golongan senasib dengannya. Dilantik sebagai Presiden Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) pada 2007 dan pernah memegang jawatan Pengerusi, Majlis Antarabangsa Asia Tenggara bagi Pendidikan Untuk Orang Cacat Penglihatan pada 1999.

Juga pernah diberi penghormatan sebagai Ketua Kontinjen negara semasa Sukan Timur Jauh dan Pasifik Selatan untuk Orang Kurang Upaya (Fespic) yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 2006.

Bapa kepada enam cahaya mata itu pernah berkata tugasnya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Twintech Holdings dan Naib Canselor Universiti Kolej Antarabangsa Teknologi Twintech tidak menghalangnya untuk terus memperjuangkan peningkatan akses terhadap infrastruktur OKU yang pada pendapatnya masih jauh ketinggalan berbanding negara lain di dunia.

Pada 18 Disember 2007, Dr Ismail terus melakar sejarah apabila dilantik sebagai Senator dari kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) pertama.

Apa pun, setiap yang hidup memang sudah dijanjikan dengan sebuah kematian.

Pada 27 Ogos baru lalu pakar ekonomi itu meninggal dunia semasa dalam penerbangan dari China ke Singapura.

Ismail ke China kerana menghadiri satu mesyuarat mengenai urusan universitinya, International University College of Technology Twintech.

Isteri Allahyarham, Datin Hasnah Wahab yang turut berada dalam penerbangan itu menemani suaminya mendapati Dr Ismail yang sedang tidur di kerusi sebelahnya tiba-tiba terlintuk kepalanya ke atas bahunya.

"Saya dapati suami saya sudah tidak bernyawa dan bila saya pegang, tangannya sudah sejuk," kata Hasnah.

Menurut cerita Hasnah, suaminya meninggal dunia dalam kapal terbang kira-kira 2.30 pagi iaitu kira-kira sejam suku sebelum pesawat itu dijadual tiba di Lapangan Terbang Changi.

Setelah siap semua urusan berkaitan, jenazah Ismail kemudian disembahyangkan oleh Imam Hasan Al-Attas bersama pegawai kedutaan dan jemaah masjid di Pulau Singa itu.

Jenazah kemudian diterbangkan dari Lapangan Terbang Senai, Johor untuk diterbangkan oleh pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia ke Lapangan Terbang Subang, dibawa ke Kajang, Selangor dan dikebumikan di situ pada jam 10.30 malam.

Saya turut disapa pilu mendengar berita kematian itu. Masakan tidak, selepas ini tiada lagi intelek buta yang bernama Dr Ismail Salleh 'menghiburkan' hati saya dan rakyat Malaysia amnya.

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=22313&Itemid=1


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

saidatul_aisyah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 02.07.2008
Ahli No: 33897
Posting: 34
Dari: Bidor

Perak   avatar


posticon Posting pada: 31-08-09 16:37


Al-fatihah.
Ana kagum dengan arwah. Tak pernah jumpa orang yang cekal macam arwah.Biar pun buta, Allah masih kurniakan mata hati untuk arwah. Kenapa lah semua orang yang baik-baik pergi bulan mulia ini.Subhanallah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For saidatul_aisyahProfil   Hantar PM kepada saidatul_aisyah   Pergi ke saidatul_aisyah's Website   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 31-08-09 17:17


Takziah untuk keluarga arwah. Moga arwah ditempatkan dikalangan orang beriman dan bertaqwa..


-----------------



Hargai semasa ada....


Bookmark and Share

    


  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

smile_roses
WARGA SETIA
Menyertai: 21.09.2003
Ahli No: 3694
Posting: 895
Dari: Bumi Allah

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 31-08-09 17:26


Takziah untuk keluarga arwah.. Moga ditempatkan dikalangan yang soleh..


-----------------
engkau selalu lupa
sedang hatimu tetap lalai
padahal umur kian tiada
namun dosamu makin bertambah


Bookmark and Share

    


  Member Information For smile_rosesProfil   Hantar PM kepada smile_roses   Pergi ke smile_roses's Website   Quote dan BalasQuote

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 04-10-09 11:00


Assalamualaikum

Memang kagum dengan beliau....
Walaupun buta, tapi masih mampu jadi orang penting negara dan dapat belajar sehingga ke PhD.
Saya yang celik ni macam mana? Mampukah sampai ke tahap PhD? moga-moga dikabulkan... Amin...

Al-Fatihah buat arwah....

:


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

najah_musla
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.09.2006
Ahli No: 26198
Posting: 319
Dari: Gunung Semanggol

Perak   avatar


posticon Posting pada: 07-10-09 19:39


Pada 04-10-09 11:00 , rimbabara posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum

Memang kagum dengan beliau....
Walaupun buta, tapi masih mampu jadi orang penting negara dan dapat belajar sehingga ke PhD.
Saya yang celik ni macam mana? Mampukah sampai ke tahap PhD? moga-moga dikabulkan... Amin...

Al-Fatihah buat arwah....

:



alfatihah buat arwah...insyaAllah yang celik ni mampu sampai ke tahap PhD..yang penting ada sokongan disisi....
amin....moga dikabulkan segala hajat


-----------------
Allah akan mengangkat darjat bagi orang2 beriman dan orang2 yang mempunyai ilmu pengetahuan...


Bookmark and Share

    


  Member Information For najah_muslaProfil   Hantar PM kepada najah_musla   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.095005 saat. Lajunya....