Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 31-05-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kita bergerak ke arah apa yang difokus
-- Dari filem Kung Fu Panda

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: wyd1014
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43135

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 19
Ahli: 0
Jumlah: 19




  Yang Masuk Ke Sini
wyd1014: 22 hari yang lalu
izdham: 31 hari yang lalu
nadiahhazirah92: 41 hari yang lalu


Suara Hatiku
Topik: diterima kawan..


Carian Forum

Moderator: Administrator, zulman
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Suara Hatiku
    »» diterima kawan..

Please Mendaftar To Post


Oleh diterima kawan..

Nur_Din
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.04.2008
Ahli No: 33163
Posting: 81
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 01-03-09 10:26


Assalamualaikum
saya nak minta pandangan para sahabat ukhwah sekalian..
masalah ini pada mulanya saya ingat hanya masalah biasa..sampailah ia berulang lagi..saya nak tahu..sama ada dalam hal ni, salah saya atau sebaliknya..
begini..saya memulakan pengajian di institusi pengajian di perlis ni 2 tahun yang lepas..saya merupakan lepasan dari sebuah sekolah agama..yang mana budaya dan cara hidup sekolah masih saya pegang sampai hari ini..
bila sampai perlis, macam-macam jenis orang saya jumpa kat institut ni..dan saya begitu berhati-hati memilih rakan..memandangkan rmmate saya pun seorang yang agak 'bebas'..saya bertemu dengan seorang akak dari sekolah agama yang pada saya, dia memiliki ciri-ciri pendamping yang baik..tapi malang, dia bukan seperti yang saya sangka..sebaliknya, dia yang 'makan' saya balik..dia sebarkan macam-macam fitnah tentang saya..saya sedih sangat dan hampir tukar institut..selepas kejadian tu, saya menyendiri dan hadir 3 orang kawan yang mula rapat dengan saya..tapi masing-masing mempunyai perangai yang kadang-kadang saya tak tahan..seorang terlalu blur sampai kerja dia pun saya yang kena buat, seorang lagi begitu asyik bercinta sampai lalai dengan tugasan dan seorang lagi suka melayan lelaki2..saya tak suka..ditegur, tak dengar..penat..sehingga exam pada sem tu, result saya jatuh teruk..masuk sem baru..saya berkawan dengan kelompok budak-budak pandai dalam kelas..4 orang perempuan..ingat nasib dalam berkawan akan berubah..tapi benda yang sama juga yang berlaku..saya asyik dibuli dan saya ibarat tidak wujud bagi mereka..bila masa susah mereka cari saya..bila senang, mereka lupa kan saya..saya dah puas menangis..Kenapa begitu sukar untuk mencari kawan..belum untuk mencari sahabat..setiap kali saya yang makan hati dengan perbuatan mereka..mereka suka bersosial, membicarakan tentang lelaki, dan menggoda lelaki..ya Allah..puas saya tegur, sindir..mereka kata saya berlagak alim..apa patut saya buat..?ada mulut-mulut jahat yang mengatakan saya bertukar-tukar kawan seperti tukar baju..saya tak bermaksud begitu.. tapi asyik2 saya yang terkena dan makan hati..siapa yang boleh tahan...?patutkah saya memilih untuk tidak punya kawan???? :cry: :cry: :cry:


-----------------
Jalan kebahagian ada di depanmu. Carilah ia dalam lautan ilmu, amal soleh, dan akhlak yang mulia. Semoga rahmat dan keberkatan dari ALLAH mengiri


Bookmark and Share

    


  Member Information For Nur_DinProfil   Hantar PM kepada Nur_Din   Quote dan BalasQuote

NoZaBiZz
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.10.2006
Ahli No: 27091
Posting: 268
Dari: UTM Skudai

Johor  


posticon Posting pada: 01-03-09 11:33


hmm... bagaimana ek nak cakap. perempuan ini memang dihiasi dengan sifat sensitif. lecturer saya pernah cakap "lelaki kalau satu rumah duduk 10 org tak kisah, perempuan satu rumah 3 org pun dah bising". saya juga mengaplikasikan apa yang saya belajar di sekolah agama dulu. saya berkawan dengan mereka yang bukan dikatakan agak bebas, tapi memang bebas. tak pakai tudung, kaki disko etc. camnielah, urusan mereka pasal lelaki itu, perkara normal lah itu. kita jangan campur adukkan urusan peribadi dengan urusan persahabatan.

ada segelintir yang sukar untuk dinasihat. semua org tau benda halal dan haram, cumanyer biasalah bisikan syaitan. kebanyakan mereka yang agak liar ini, mereka tak suka dinasihat. better kita buat kepimpinan melalui tauladan. kita ajak dia sikit-sikit pergi usrah etc. cumanyer nak ditegaskan, jangan terlalu emotional. menangis bukan jalan penyelesaian. bagaimana kita nak berdakwah jikalau kita sendiri tak kuat. ini peringatan untuk diri saya...

dalam persahabatan ini, ada tingkat2 ukhwah kan. tingkat tertinggi kita menyayangi sahabat kita melebihi kita menyayangi diri kita sendiri. sama-sama berusaha untuk menjadi sahabat yang terbaik untuk sahabat kita. semoga mereka membuka hati dan minda untuk menghargai persahabatan kita yang tak berbelah bahagi. berkawan lah dengan sesiapa saja. maka anda akan disayangi. wallahualam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For NoZaBiZzProfil   Hantar PM kepada NoZaBiZz   Pergi ke NoZaBiZz's Website   Quote dan BalasQuote

Nur_Din
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.04.2008
Ahli No: 33163
Posting: 81
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 01-03-09 21:25


Terima kasih atas nasihat dan pandangan nozabizz..
saya hargai sangat-sangat..saya dah nampak apa tindakan yang saya perlu ambil..
mungkin saya tak berani dan kuat..baru diuji begini saya dah hampir mengalah dan nak bawa diri..padahal benda-benda ni boleh mematangkan saya untuk menempuh ujian yang lebih mencabar pada masa hadapan..
doakan saya semoga saya lebih kuat dan tak jemu menyampaikan ilmu.
terima kasih sekali lagi...=)

Bookmark and Share

    


  Member Information For Nur_DinProfil   Hantar PM kepada Nur_Din   Quote dan BalasQuote

silverwings
Warga Rasmi
Menyertai: 21.12.2008
Ahli No: 36433
Posting: 11
Dari: Tumpat, Kelantan.

Kelantan  


posticon Posting pada: 01-03-09 22:59


Salam..
Bagi saya pula, one need to be brave in life. you must learn how to stand up on your own. Daripada cerita anda tadi, anda boleh disimpulkan sebagai seorang yang suka berkawan. Erm, sikap ini ada pro and contra nya. Menunjukkan anda seorang yang suka bergaul. Tapi juga menunjukkan anda tidak berani bersendiri. Betul tak? Sekiranya anda tidak sesuai dengan seseorang itu, anda akan cuba beralih kepada orang baru. Dengan harapan baru, agar perhubungan itu berjaya. Dan apabila benda yang sama berulang kembali, anda merasakan kekecewaan yang mendalam kerana pisang sudah berbuah dua kali. Tapi nampaknya dalam kisah ini, pisang tersebut sudah berbuah 3 kali. Dimana akhirnya anda mempersalahkan diri sendiri di atas semua yang telah berlaku. Dan mula mempersoalkan tindakan anda sebelum ini, adakah patut untuk bertindak tidak berkawan?

Maaflah jika saya menyinggung perasaan anda. Bagi pendapat saya, anda harus belajar untuk menjadi independent. apa kena mengena dengan independent? Being independent is key to happiness.
1.    jangan terpengaruh dengan perangai buruk orang disekeliling anda. Tetapkan iman, dan tabahkan hati ketika menerima dugaan.
2.    bersifat terbuka. Anda sudah puas menegur, menasihati tetapi umpama mencurah air ke daun keladi. Anda juga telah menangis kerana mereka. Anda pula yang dikata berlagak alim. Apa kata anda teruskan hidup anda dan mendoakan mereka dari jauh? Moga-moga pada suatu hari nanti mereka akan sedar dan mengerti bahawa ada kebenaran disebalik kata – kata anda itu.
3.    baik berpada-pada. Anda sanggup melakukan kerja untuk orang lain padahal hati anda yang menjeruk rasa. Cuba katakan tidak untuk benda-benda sebegitu.and you’ve just give them a lesson on pride. Sampai result anda teruk? Tak berbaloi rasanya untuk kawan-kawan sebegitu. Bantu diri anda dahulu sebelum membantu orang lain.
4.    and lastly, let nature decides who will be your friends. Tak best lah, cari kawan ni… try to be more relax. Senyum pada semua orang. Orang mengata anda suka bertukar kawan sama macam bertukar baju? Oh thanks, can i be your friend too? Hoho. Think positive, okay? One day you’ll find yourself a good friend. Saya yakin. Anda pun sama, harus ada keyakinan terhadap diri sendiri.

Akhir kata, saya berharap anda akan memandang perkara ini secara positif. Moga-moga kata-kata saya ini dapat membantu anda. Segala yang silap dan salah saya pohon kemaafan dari anda. Wassalam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For silverwingsProfil   Hantar PM kepada silverwings   Pergi ke silverwings's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.093414 saat. Lajunya....