Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 24-02-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika kamu ingin tinggi, jangan hanya merenung gunung, panjatlah. Jika kamu ingin bijaksana, jangan merenung kitab, amalkanlah.
-- Meow (warga Ukhwah.com)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: atbar1981
Hari Ini: 0
Semalam: 1
Jumlah Ahli: 43128

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 45
Ahli: 0
Jumlah: 45




  Yang Masuk Ke Sini
atbar1981: 8 jam, 21 minit yang lalu
muslimin23: 1 hari, 23 jam, 42 minit yang lalu
z_tornado: 2 hari yang lalu
sarashanee: 9 hari yang lalu
CikIzzah1992: 11 hari yang lalu
Qiamulail: 26 hari yang lalu


Peluang Pekerjaan
Topik: KERJAYA DI IZO-OIC, KL


Carian Forum

Moderator: Administrator, RuMaishaaa
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Peluang Pekerjaan
    »» KERJAYA DI IZO-OIC, KL

Please Mendaftar To Post


Oleh KERJAYA DI IZO-OIC, KL

najwa_adila
Warga 4 Bintang
Menyertai: 29.07.2005
Ahli No: 17677
Posting: 288
Dari: Ardhullahil Waasi'ah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 26-02-09 19:09


Iklan rasmi belum dikeluarkan lagi sebab pejabat pun baru saja dibuka..

IZO (International Zakat Organization) ialah sebuah badan antarabangsa yang ditubuhkan atas inisiatif Kerajaan Malaysia dan Pertubuhan OIC dan dengan kerjasama BMB Group Ltd yang berpangkalan di Kepulauan Cayman. Setakat ini telah membuka cawangan di 4 buah negara termasuk Egypt (cairo), AS (New York), UK (london) dan Arab Saudi (Jeddah) serta yang terbaru ialah di KL bertempat di bangunan Tabung Haji Jalan Ampang / Tun Razak.

Tiada spesifik jawatan lagi tapi saya dimaklumkan oleh PA to The Managing Director nya sesiapa yang berminat boleh menghubungi beliau (03-21615230) untuk temujanji/temuduga.

PENTING!! - PA tersebut seorang wanita berbangsa Arab so yang nak telefon tu MESTILAH fasih berbahasa arab atau Inggeris ye :kelip:

Syarat utama untuk sebarang jawatan ialah boleh berbahasa Inggeris dan Arab.. maklum saja lah kan nama pun sebuah pertubuhan Islam Antarabangsa..

untuk rujukan lanjut mengenai IZO boleh layari

IZO-OIC Kuala Lumpur

Saya nak try pergi interview sok...saja saja nak try 'saham'

:-D

-- kalau ikut pemahaman saya badan ni lebih kurang fungsinya macam pusat zakat lah, cuma ia di peringkat antarabangsa dan antara negara-negara Islam sahaja --


-----------------
Tiada Aku Tanpa-Mu...
cute


Bookmark and Share

    


  Member Information For najwa_adilaProfil   Hantar PM kepada najwa_adila   Pergi ke najwa_adila's Website   Quote dan BalasQuote

najwa_adila
Warga 4 Bintang
Menyertai: 29.07.2005
Ahli No: 17677
Posting: 288
Dari: Ardhullahil Waasi'ah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 26-02-09 19:10


KL : 21 Februari 2009     

DANA ZAKAT DIRANCANG BAGI MAJUKAN EKONOMI ISLAM

SEBUAH Dana Zakat dan Kebajikan Sejagat bernilai berbilion dolar dirancangkan oleh Pertubuhan Zakat Antarabangsa (IZO) dan sebuah firma khidmat kewangan dan pengurusan aset alternatif Islam yang berpusat di Cayman Islands, The BMB Group.

Dana itu akan menguruskan zakat dan dana kebajikan yang lain bagi mengurangkan kemiskinan di kalangan 57 anggota Muktamar Islam (OIC).

Satu majlis menandatangani perjanjian itu telah diadakan di Kuala Lumpur kelmarin yang dihadiri oleh Menteri di Pejabat Perdana Menteri Malaysia yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah IZO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

'Peranan IZO ialah mempertegakkan zakat sebagai alat kemajuan ekonomi, Takaful sosial serta peningkatan kerjasama antara masyarakat dan negara Islam di dunia. Dana Zakat dan Kebajikan Antarabangsa ini akan memberikan ketelusan bagi kepakaran operasi dan kewangan yang diperlukan bagi pengurusan dana,' menurut Datuk Seri Dr Ahmad Zahid.

'Setiap Muslim harus mempertimbangkan bahawa di semua negara Islam, kedua-dua individu dan pemerintah, mempunyai tanggungjawab bagi menyelesaikan krisis kemiskinan, rasuah dan jurang secara kolektif yang dihadapi oleh jutaan Muslim. Satu-satunya cara menghuraikan krisis itu ialah melalui tanggungjawab zakat. Pelaksanaan zakat dilakukan mengikut Al-Quran dan Sunah.'

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) anak syarikat The BMB Group, BMB Islamic, Dr Humayon Dar, berkata terdapat penekanan terhadap pematuhan Syariah dalam perbankan dan kewangan Islam tetapi pengumuman dana itu merupakan satu permulaan 'bagi trend kewangan Islam yang baru yang menekankan tanggungjawab sosial dan pembangunan masyarakat'.

Beberapa anggota OIC telah pun melahirkan komitmen dalam IZO dan pelbagai inisiatifnya.

Selain menguruskan dana itu, The BMB Group juga akan membantu kerajaan OIC dalam projek khas. Bagi tahun ini, saiz dana itu dijangka mencapai RM2 bilion ($0.84 bilion).

Pengarah Urusan IZO, Encik Mohammad Hassan Esa, berkata zakat merupakan alat yang dapat mengurangkan kemiskinan bukan sahaja di kalangan negara-negara Islam, malah juga di seluruh dunia.

Dana itu akan melabur dalam projek-projek pembangunan masyarakat. Tiga bidang yang disasarkan ialah menjana pendapatan melalui pembiayaan yang murah kepada syarikat kecil dan sederhana (semua), pembangunan perniagaan sosial dan peruntukan bagi pembiayaan kecemasan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For najwa_adilaProfil   Hantar PM kepada najwa_adila   Pergi ke najwa_adila's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.082455 saat. Lajunya....