Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika seseorang kena tipu, yang bersalah bukan yang menipu tetapi yang tertipu
-- Peribahasa India

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 260
Ahli: 0
Jumlah: 260




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: TOL NAIK LAGI


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» TOL NAIK LAGI

Please Mendaftar To Post


Oleh TOL NAIK LAGI

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  


posticon Posting pada: 26-02-09 14:48


Kadar tol 5 lebuhraya naik Ahad ini
Feb 26, 09 11:42am
Kadar tol bagi lima lebuhraya, termasuk Lebuhraya Utara Selatan (Plus) naik sebanyak 5 peratus mulai 1 Mac ini.

Empat lagi leburaya ialah Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) dan Lebuhraya Baru Pantai (kenapa).

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kerja Raya Datuk Ir Mohamad Zin Mohamad.

Kadar kenaikan tol terbabit adalah seperti berikut:

Lebuhraya Utara-Selatan (Plus): Kadar kenaikan tol untuk sistem kutipan tol tertutup Plus dinaikkan 0.68 sen sekilometer bagi kereta. Bagaimanapun, kenaikan ini tidak membabitkan tol di Plaza Tol Bukit Kayu Hitam, Tambak Johor dan Bangunan Sultan Iskandar.

Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint). Plaza tol Pantai: naik 50 sen dari RM1.50 kepada RM2 (naik 33) dan Plaza tol Damansara: naik 30 sen dari RM1 kepada RM1.30 (naik 30%).

Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh)(Lebuhraya E12): Kadar tol dinaikkan sebanyak 50 sen bagi kereta - dari RM1.50 hingga RM2 (naik 33%).

Kadar tol Lebuhraya Sungai Besi (Besraya): Kadar tol dinaikkan sebanyak 10 sen bagi kereta - dari RM1.30 kepada RM1.40 (naik 7.7%). Bayaran hanya dibuat di Plaza Tol Mines kerana Tol Salak Selatan Jaya telah ditutup mulai semalam.

Lebuhraya Baru Pantai (kenapa): Kadar tol dinaikkan sebanyak 40 sen bagi kereta - dari RM1.60 kepada RM2 (naik 25%).

Dalam kenyataannya, Mohd Zin menyifatkan kenaikan kadar tol baru itu sebagai sangat kecil.

Mohd Zin berkata, sebenarnya kadar tol di lebuhraya Plus, Sprint dan Akleh sepatutnya dinaikkan pada 1 Januari 2008, tetapi telah ditangguhkan kepada 28 Februari lalu.

"Berikutan penangguhan itu, kerajaan terpaksa membayar pampasan berjumlah RM245 juta, iaitu RM177 juta kepada Plus, RM38 kepada Sprint dan RM30 juta kepada Akleh," katanya.

Menurut Mohd Zin lagi, kenaikan kadar tol itu tidak seharusnya dilihat sebagai membebankan kerana mutu dan kualiti lebuhraya berkenaan terjamin, selain menjadi laluan altenatif di kawasan berkenaan.

Kewujudan lebuhraya berkenaan juga, katanya, telah membawa rahmat kepada rakyat dan negara, dengan menggalakkan pembangunan, perumahan, perniagaan dan juga meningkatkan sosio-ekonomi penduduk sekitar.



Alhamdulillah naik lagi kadar tol, banyak lah duit kerajaan akan dapat nanti di gunakan untuk RAKYAT :-D :-D :-D

Bookmark and Share

    


  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

khalifah

Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 204
Posting: 485
Dari: kg batu muda,sentul, KuaLa LUmpUr

Johor   avatar


posticon Posting pada: 26-02-09 15:04


pergh....best gila..hadiah paling bermakna...

ps
nak balik kg kat johor ikut PLUS
nak pergi trainning centre kat bangi ikut BESRAYA
nak pergi kerja kat PJ ikut lebuh raya pantai baharu (dan.P.E)
nak lawat akak kat ampang ikut AKLEH
semua tol naik 5%....
nasib baik jarang sangat ikut SPRINT...kalau tak....tak tahulah....


-----------------
khalifah Allah di muka bumi......


Bookmark and Share

    


  Member Information For khalifahProfil   Hantar PM kepada khalifah   Pergi ke khalifah's Website   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  


posticon Posting pada: 26-02-09 15:25


Pada 26-02-09 15:04 , khalifah posting:

!!! QUOTE !!!

pergh....best gila..hadiah paling bermakna...



hadiah semperna ulang tahun pertama selepas PRU12
hehhehe


p/s: khalifah- anda balik ganu sajalah, tol karak dan lpt tak naik lagi... :-D :-D

Bookmark and Share

    


  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

PuteraAlamMaya
Warga 2 Bintang
Menyertai: 23.01.2009
Ahli No: 36871
Posting: 51
Dari: KL

Johor  


posticon Posting pada: 26-02-09 15:35


kenapa naik sebab nak cover 'rugi untung' tol Dato' Harun arah KL yang baru tutup. memang tak patut ada tol pun. daripada federal highway nak u-turn ke arah PJS tak sampai 3km pun kena 1.60.

Besraya naik sebab nak cover 'rugi untung' tol salak selatan yang tutup semalam.

Plus naik sebab nak cover 'rugi untung' diskaun 10% org guna daripada 12mlm-7pagi.

Akleh & Sprint ngada nak naik sama sebab 'rugi' tak untung sama macam tol2 lain.

Peh...mcmnilah kehidupan kat area lembah kelang & sewaktu dengannya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For PuteraAlamMayaProfil   Hantar PM kepada PuteraAlamMaya   Quote dan BalasQuote

khalifah

Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 204
Posting: 485
Dari: kg batu muda,sentul, KuaLa LUmpUr

Johor   avatar


posticon Posting pada: 26-02-09 15:37


Pada 26-02-09 15:25 , izdham posting:

!!! QUOTE !!!


p/s: khalifah- anda balik ganu sajalah, tol karak dan lpt tak naik lagi... :-D :-D


tak tahulah boleh tahan berapa lama tol karak dengan LPT tu...huhuhu

ps
johor pun kena balik juga...mesti adil bagi kedua belah pihak...hehehehe



-----------------
khalifah Allah di muka bumi......


Bookmark and Share

    


  Member Information For khalifahProfil   Hantar PM kepada khalifah   Pergi ke khalifah's Website   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 26-02-09 15:58


Agak-agak bila tol naik,harga tiket bas naik tak? huhu..
selepas ini kan mesti saja ada peluang masing-masing nak naikkan harga..



Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

PuteraAlamMaya
Warga 2 Bintang
Menyertai: 23.01.2009
Ahli No: 36871
Posting: 51
Dari: KL

Johor  


posticon Posting pada: 26-02-09 16:22


macam teori dominolah yang ni naik yang lain semua naik...

tapi kalau minyak naik lagi cepatlah segala-galanya naik...

masa minyak turun , tak turun sangat pun harga...slow...dah berminggu barulah turun, ada yang tak turun2 pun. minyak naik, naik lagi...best..

Bookmark and Share

    


  Member Information For PuteraAlamMayaProfil   Hantar PM kepada PuteraAlamMaya   Quote dan BalasQuote

intifada08
Warga 2 Bintang
Menyertai: 26.08.2008
Ahli No: 34648
Posting: 52
Dari: Kedah

armenia  


posticon Posting pada: 26-02-09 17:39


Tol naik takpa lagi sebab bukan 24 jam guna. Kalau elektrik dan air naik apa macam?..pening dibuatnya....tapi memang tak patut pun tol naik dan sepatutnya tak payah ada tol pun..

Bookmark and Share

    


  Member Information For intifada08Profil   Hantar PM kepada intifada08   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 26-02-09 18:59


Terima Kasih Barisan Nasional :bunga:

TRADISI MEMBELA(SAH) RAKYAT :-D


-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 26-02-09 19:35


Apa komen ahli ukhwah yang pro aspirasi ini? Mesti jawapan anda kerajaan sedang menanggung rugi besar. So sekali lagi rakyat lah kena bantu. hehehe..dah paham dah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 26-02-09 21:22


"Tok Dolah berKomedi!" - Nazri Aziz :lol:

Abdullah minta kabinet timbang semula kenaikan tol
26/02/2009 9:01pm

PATTAYA 26 Feb. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau akan meminta Kabinet menimbang semula kenaikan tol di lima lebuh raya yang akan dinaikkan di antara 0.68 sen hingga 50 sen berkuatkuasa 1 Mac ini kerana kenaikan itu tidak sesuai dalam keadaan sekarang.

Perdana Menteri berkata kajian semula itu akan dibincangkan pada mesyuarat mingguan Kabinet esok yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kajian semula adalah perkara terbaik yang perlu dilakukan. Selepas itu kita akan buat keputusan yang wajar,” katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan Asean di sini hari ini.

Abdullah berkata walaupun kenaikan itu selaras dengan terma perjanjian konsesi yang ditandatangani antara pihak kerajaan dan pemegang konsesi lebuh raya berkenaan, kelulusan yang diberikan Kabinet beberapa minggu lepas mungkin tidak sesuai dengan situasi sekarang.

“Walaupun dipertimbangkan daripada segi syarat-syarat konsesinya patut dinaikkan, tetapi situasi pada masa sekarang ini tidak wajar dinaikkan kerana keadaan rakyat yang susah,” katanya.

Sebaliknya, beliau berkata satu pendekatan baru akan dicari untuk menangani isu itu, termasuk peruntukan dalam pakej ransangan kedua yang akan dibentangkan di Parlimen 10 Mac. - Bernama

:lol: :lol: :lol:

p/s: Sapa punya kerja niii bagi naik Tol... ke Tok Jib dah tak sabar naik takhta kuttt... Langkah bendoi niii.... :lucu:


-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

Muddathsir787
WARGA SETIA
Menyertai: 20.10.2007
Ahli No: 31449
Posting: 943
Dari: Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 26-02-09 21:47


Pada 26-02-09 19:35 , hafeezzul posting:

!!! QUOTE !!!

Apa komen ahli ukhwah yang pro aspirasi ini? Mesti jawapan anda kerajaan sedang menanggung rugi besar. So sekali lagi rakyat lah kena bantu. hehehe..dah paham dah...



Hmm, kelakar bila baca;

" Statement Pak Lah tentang kenaikan harga tol perlu difikirkan semula berikutan ekonomi yang gawat..".


Yang tersirat disebalik tersurat..

Apa sekalipun tol WAJIB naik, cukai/tax TETAP NAIK.. dan akhirnya macam biasa.. BARANG NAIK..

Sebabnya..

Dari sumber ni gomen nak bayar hutang.. hutang berbilion dollar kita (sampai 7 generasi pun belum tentu mampu nak bayar..)

Hmm, macam mana nak trace hutang berbilion tueer..?? :berfikir: :berfikir: :berfikir:


"Gomen Only Know How To Tax & Then Throw The Money.."
Setuju..?? :berfikir:


Luahan hati pekerja swasta..


HambaNYA yang jahil cuma,
-- Muddathsir


-----------------
.: Allahumma Sollia'l a Saiyyidina Muhammad :. "Ya ALLAH kurniakanlah kejayaan, kegemilangan, kecemerlangan & kebangkitan teguh Islam dalam rahmatMu"


Bookmark and Share

    


  Member Information For Muddathsir787Profil   Hantar PM kepada Muddathsir787   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 26-02-09 23:24


lepas ni gaji aku habis sebab kena bayar tol saja lah..kalau sekarang ni pergi dan balik seremban ke kl dah kena 20 ringgit 1 hari..(tak masuk minyak) lepas ni berapa lah duit aku habis..huh..nak kumpul duit buat kawin pun alamat tak jadi kahwin lah..huh..

tanks barisan nasional....waa percaya sama lu......

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

alifmimyanun
WARGA SETIA
Menyertai: 19.06.2003
Ahli No: 1540
Posting: 2292
Dari: langit kujunjung bumi kupijak

Johor  


posticon Posting pada: 26-02-09 23:27


sapa kata semi value saja boleh naik tol. ahah hah hah ha.
releks, kemungkinan untuk tidak naik adalah tinggi sempene kempen perkara 3 bukit.

Bookmark and Share

    


  Member Information For alifmimyanunProfil   Hantar PM kepada alifmimyanun   Pergi ke alifmimyanun's Website   Quote dan BalasQuote

Muddathsir787
WARGA SETIA
Menyertai: 20.10.2007
Ahli No: 31449
Posting: 943
Dari: Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 27-02-09 07:21


Pada 26-02-09 23:24 , muslimin23 posting:

!!! QUOTE !!!

lepas ni gaji aku habis sebab kena bayar tol saja lah..kalau sekarang ni pergi dan balik seremban ke kl dah kena 20 ringgit 1 hari..(tak masuk minyak) lepas ni berapa lah duit aku habis..huh..nak kumpul duit buat kawin pun alamat tak jadi kahwin lah..huh..

tanks barisan nasional....waa percaya sama lu......



Takperr.. Kitte naik motor kann..??

Ubah gaya hidup anda... (macam kempen dalam tv tu.. hik..hik..hik..

:malu: :malu: :malu: )


-----------------
.: Allahumma Sollia'l a Saiyyidina Muhammad :. "Ya ALLAH kurniakanlah kejayaan, kegemilangan, kecemerlangan & kebangkitan teguh Islam dalam rahmatMu"


Bookmark and Share

    


  Member Information For Muddathsir787Profil   Hantar PM kepada Muddathsir787   Quote dan BalasQuote

PuteraAlamMaya
Warga 2 Bintang
Menyertai: 23.01.2009
Ahli No: 36871
Posting: 51
Dari: KL

Johor  


posticon Posting pada: 27-02-09 08:55


Pada 26-02-09 23:24 , muslimin23 posting:

!!! QUOTE !!!

lepas ni gaji aku habis sebab kena bayar tol saja lah..kalau sekarang ni pergi dan balik seremban ke kl dah kena 20 ringgit 1 hari..(tak masuk minyak) lepas ni berapa lah duit aku habis..huh..nak kumpul duit buat kawin pun alamat tak jadi kahwin lah..huh..

tanks barisan nasional....waa percaya sama lu......



peh.....larat ulang alik kl-seremban hari-hari....
masa, tenaga & duit beb..
tengah bujang oklah...
dah kahwin nanti....kena fikirkan sesuatu ni kawan....


-----------------
REMEMBER!!!!
WHERE EVER YOU'RE.....
DEATH WILL FIND YOU OUT.....!!!!


Bookmark and Share

    


  Member Information For PuteraAlamMayaProfil   Hantar PM kepada PuteraAlamMaya   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 27-02-09 09:04


Tol naik.. lepas ni apa lagi akan naik agaknya? :berfikir:
Kadar pembelian motor dan basikal pun naik juga agaknya.. :sopan:
Kadar pengangguran?
Tak percaya?..
Kita tunggu dan lihat saja lah dihujung episod..



Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

fizizzuddin
Warga 1 Bintang
Menyertai: 17.02.2009
Ahli No: 37209
Posting: 40

blank   avatar


posticon Posting pada: 27-02-09 11:28


TOL NAIK LAGI...TAK APA,NAIK LAH...NAIK...NAIK...PRU AKAN DATANG TAHULAH.....bengang gila ni...

Bookmark and Share

    


  Member Information For fizizzuddinProfil   Hantar PM kepada fizizzuddin   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 27-02-09 11:35


addoii.. bestnya.. kalau macam ni duduk rumah saja lahh....

syabas kerajaan malaysia.

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

PuteraAlamMaya
Warga 2 Bintang
Menyertai: 23.01.2009
Ahli No: 36871
Posting: 51
Dari: KL

Johor  


posticon Posting pada: 27-02-09 15:22


Inilah yang dinamakan pimpinan bijak....

Naikkan tol sebelum pilihanraya '2 bukit' & 1 kat s'wak....

So, apa kata orang Bukit Selambau, Bukit Saguntang & Batang Ai????

Bagilah mesej sikit kat pimpinan bijak ni....

Bookmark and Share

    


  Member Information For PuteraAlamMayaProfil   Hantar PM kepada PuteraAlamMaya   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 27-02-09 19:34


"KOMEDI HARI INI" - Nazri Aziz :lol:

Kabinet tunda kenaikan tol di lima lebuhraya
Feb 27, 09 12:53pm | malaysiakini.com

kemaskini 4:48pm Kabinet hari ini menunda keputusan menaikkan kadar tol di lima lebuh raya seperti diumumkan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Mohd Zin Mohamed semalam.

Dalam sidang medianya sebentar tadi, Mohd Zin berkata berikutan itu, kenyataannya semalam mengenai kenaikan kadar tol tersebut, dibatalkan.

Katanya, kenaikan kadar tol itu ditangguhkan sehingga akhir tahun ini, ekoran reaksi negatif orang ramai serta keadaan ekonomi sekarang.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual mengumumkan perkara yang sama dalam sidang akhbar di pejabatnya di Kementerian Kewangan di Putrajaya jam 5.30 petang ini.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta keputusan menaikkan kadar tol itu dikaji semula kerana sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk membuat keputusan.

Semalam kalangan wakil-wakil rakyat kerajaan mempertikaikan tindakan mendadak kementerian tersebut.

Semalam, Mohd Zin Mohamed mengumumkan kenaikan kadar tol - antara 0.68 sen/km hingga 50 sen - bagi Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (Sprint), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) dan Lebuhraya Baru Pantai (kenapa).

Bookmark and Share

    


  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 27-02-09 19:35


Mai tengok berapa duit hang kena "kiok":

/

Bookmark and Share

    


  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 01-03-09 13:19


Menyusahkan..tak paham..sedangkan PLUS menyatakan untung bersih pada tahun lepas 1.1bilion. Nasib tangguh, tapi selama mana?Lambat laun, sekali lagi alasan ini akan dipakai.

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

akasia
WARGA SETIA
Menyertai: 21.03.2006
Ahli No: 23581
Posting: 754
Dari: bandar minyak bumi kenyalang

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 01-03-09 17:49


pak lah da beri warning jangan naik...

ini bukan kerna pilihanraya kecil...ini kerna kita prihatin sama rakyat...uhuk

Bookmark and Share

    


  Member Information For akasiaProfil   Hantar PM kepada akasia   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 01-03-09 18:18


ala anda ini...kita kena sokong KERAjaan sebab KERAjaan kena kotakan janji2 mereka pada pihak konsesi....tak elok tau kalau mungkir janji.

tak baik mungkir janji pada pihak konsesi (baca kroni)....dan sememangnya elok, molek bahkan super duper baik menyeksa rakyat.


-----------------
http://al-ahkam.net/home/index.php

http://www.alwahy.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 01-03-09 21:14


Pada 01-03-09 18:18 , naruto-san posting:

!!! QUOTE !!!

ala anda ini...kita kena sokong KERAjaan sebab KERAjaan kena kotakan janji2 mereka pada pihak konsesi....tak elok tau kalau mungkir janji.

tak baik mungkir janji pada pihak konsesi (baca kroni)....dan sememangnya elok, molek bahkan super duper baik menyeksa rakyat.


Hidup, Hidup, Hidup UMNO!!! :lol:


-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

sidin
Warga 3 Bintang
Menyertai: 11.10.2003
Ahli No: 4251
Posting: 96
Dari: BANDAR BARU BANGI

australia  


posticon Posting pada: 01-03-09 22:21


hari ni barang mula naik dengan melampau...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sidinProfil   Hantar PM kepada sidin   Quote dan BalasQuote

ToK_iMaM
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.06.2003
Ahli No: 1071
Posting: 183
Dari: ...NeGeRi $eRaMbI MeK@H... ®..::iSLaM iS Da WaY oF LiFe ::..©..:: IIUM ::..

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 01-03-09 23:25


Alhamdulillah..tol tak jadi naik..nasib baik pemimpin kita faham masalah rakyat..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ToK_iMaMProfil   Hantar PM kepada ToK_iMaM   Pergi ke ToK_iMaM's Website   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 02-03-09 10:18


assalamualaikum
masa saya duduk di UK 2elama 2 tahun pada 15 tahun lalu
saya pernah driving mercedes 230E di highway M1 travel dari HUll ke Bristol di selatan UK serta dari Hull ke Liverpool, Manchester, Nottingham...

di highway M1 masa tersebut tiada toll
cuma di area humber brigde nak exit dari Hull saja yang ada toll...

highway M1 punya lebar...

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.143405 saat. Lajunya....