Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Wang bukan segala-galanya tetapi hampir segalanya memerlukan wang!
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 163
Ahli: 0
Jumlah: 163




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 10 jam, 57 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: PLKN: Pesawah vs Artis


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» PLKN: Pesawah vs Artis

Please Mendaftar To Post


Oleh PLKN: Pesawah vs Artis

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 20-02-09 03:50


Diana Danielle Danny Beeson vs Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi

/

/

Kes 1

Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi dari Kampung Titi Serong, Jalan Kuala Perlis, merupakan pemuda pertama yang didapati bersalah kerana gagal menghadiri PLKN, pada 11 May 2005.

Beliau didakwa dengan sengaja mengingkari notis bertarikh 9 Julai 2004 yang memintanya melaporkan diri di Kem Dusun Resort, Kuala Nerang, Kedah.

Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi yang merupakan seorang daripada empat beradik kepada seorang ibu tunggal, telah berhenti persekolahan selepas tamat pelajaran tingkatan dua SMK Syed Alwi di Kayang. Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi yang bekerja mengambil upah membuat bendang secara harian untuk menanggung ibu dan dua adiknya, memilih untuk menjalani hukuman penjara.

Abangnya pula (21 tahun) dilaporkan berada di Melaka bagi mencari pekerjaan, dan dua orang adiknya berusia 16 dan 15 tahun. Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi dilaporkan oleh akhbar The Star sebagai meminjam RM7 daripada ibunya untuk menghadiri kesnya di mahkamah.

Majistret Wan Norzanuar Wan Ahmad menjatuhkan hukuman penjara 14 hari atau RM600 ke atas Ahmad Harizal selepas dia gagal membayar denda berjumlah RM600. Ahmad Harizal yang kesempitan wang telah memilih untuk hukuman penjara 14 hari.

Kes 2

/

Pelakon Diana Danielle Danny Beeson (gambar), 17, tidak akan mendaftar menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) hari ini.

Pelakon berkenaan membuat rayuan supaya diberi kelonggaran untuk menangguhkan penyertaannya dalam program itu yang sepatutnya bermula hari ini selama tiga bulan.

Penangguhan itu dibuat kononnya kerana Diana terikat dengan kontrak penggambaran sebuah filem berjudul Kecoh Betul. Menurut pengarah filem itu, Baldev Singh, syarikat produksi White Merpati Entertainment yang menerbitkan filem berkenaan telah berurusan dengan Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dalam mendapatkan kelonggaran bagi pihak Diana.

Permohonan itu dibuat minggu lepas setelah Diana terikat dengan perjanjian penggambaran filem arahannya dari 22 Disember sehingga 22 Januari depan.

Alasan penangguhan Diana itu tiada langsung dalam peraturan PLKN.

Sumber:
Blog Ustaz Suhaimi Saad


-----------------
http://al-ahkam.net/home/index.php

http://www.alwahy.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

alifmimyanun
WARGA SETIA
Menyertai: 19.06.2003
Ahli No: 1540
Posting: 2292
Dari: langit kujunjung bumi kupijak

Johor  


posticon Posting pada: 20-02-09 07:40


masaalah ini sudah selesai. diyana dah pergi plkn kemasukan januari lalu.

tapi memang pengurusan plkn bermasaalah. pelaksaneannye pun bermasaalah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For alifmimyanunProfil   Hantar PM kepada alifmimyanun   Pergi ke alifmimyanun's Website   Quote dan BalasQuote

adieq85
Warga 5 Bintang
Menyertai: 27.08.2008
Ahli No: 34673
Posting: 358
Dari: dari Kuantan merantau ke Bangi

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 20-02-09 07:46


nampak sangat berat sebelah..Kenapa orang yang susah tu dihukum sedangkan dialah yang mencari rezeki untuk familynya tapi yang senang tu disanjung dan diberi kelonggaran lagi..macam ni lah gaya hidup kat dunia..sian juga..

Bookmark and Share

    


  Member Information For adieq85Profil   Hantar PM kepada adieq85   Quote dan BalasQuote

Huwaina
Warga 3 Bintang
Menyertai: 05.06.2003
Ahli No: 1062
Posting: 138
Dari: kedah

Kedah  


posticon Posting pada: 20-02-09 08:54


Sememangnya zaman sekarang artis disanjung dan dijunjung. Sepatutnya bantulah orang yang lebih memerlukan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For HuwainaProfil   Hantar PM kepada Huwaina   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 20-02-09 09:34


Masa tahun 2005 tu kan PLKN masih baru..
So pihak kerajaan ni nak tunjukkanlah betapa seriusnya kalau orang tak mematuhi PLKN.
Kalau tak dibuat begitu,mesti ramai yang tak takut dan buat sambil lewa..
Kes pesawah tu kiranya macam satu pengajaran lah..
Nak bagitahu yang Pak Najib ni betul-betul pentingkan semangat muhibah antara kaum dan cintakan negara..KONON... :-l

Saya ingat lagi..
Dulu pun ada kes peserta yang kena masuk PLKN ni.
Dia buat rayuan sebab tengah pregnant.
Apa-apa pun..
Rasanya semua masalah ni boleh dibawa berbincang..
Kalau kita ambil tindakan sendiri..
Buat senyap saja..
Macam ni lah jadinya..



Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

shimaku
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2008
Ahli No: 34002
Posting: 783
Dari: ~Below Da Wind Go To KL~

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 20-02-09 09:41


Pada 20-02-09 09:34 , halesolurun_84 posting:

!!! QUOTE !!!

Masa tahun 2005 tu kan PLKN masih baru..
So pihak kerajaan ni nak tunjukkanlah betapa seriusnya kalau orang tak mematuhi PLKN.
Kalau tak dibuat begitu,mesti ramai yang tak takut dan buat sambil lewa..
Kes pesawah tu kiranya macam satu pengajaran lah..
Nak bagitahu yang Pak Najib ni betul-betul pentingkan semangat muhibah antara kaum dan cintakan negara..KONON... :-l

Saya ingat lagi..
Dulu pun ada kes peserta yang kena masuk PLKN ni.
Dia buat rayuan sebab tengah pregnant.
Apa-apa pun..
Rasanya semua masalah ni boleh dibawa berbincang..
Kalau kita ambil tindakan sendiri..
Buat senyap saja..
Macam ni lah jadinya..



Dulu di awal permulaan memang susah untuk melepaskan diri dari mengikuti PLKN , tapi setelah beberapa tahun kali ni masuk siri 6 memang senang pelatih2 yang sepatutnya melaporkan diri melepaskan diri dengan memberikan alasan yang kekadang tu tak munasabah... saya sendiri yang bekerja under JLKN dah lali dengan alasan2 pelatih yang ingin melepaskan diri..

sekarang ni bagi pelatih yang menanggung keluarga akan di beri pengecualian, pelatih yang ada penyakit kronik dan mendapat pengesahan dari doktor akan di berikan pengecualian juga..Manakala bagi yang sambung study akan di berikan penangguhan sampai habis study..ada yang dah habis study tapi masih buat penangguhan dan fikir ia akan di abaikan bila dah lama buat penangguhan..

Sebenarnya menjadi pelatih PLKN ada faedahnya bagi yang berfikiran positive..so fikir-fikirkan renung2kan... :sopan:


-----------------
** Keep your friends close,
    And your enemies closer**


Bookmark and Share

    


  Member Information For shimakuProfil   Hantar PM kepada shimaku   Pergi ke shimaku's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.112134 saat. Lajunya....