Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 25-08-2019  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Layang-layang naik ke udara kerana menentang angin bukan kerana mengikut arah angin

-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: NurLiyanaNajwa
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43095

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 29
Ahli: 0
Jumlah: 29




  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 11 jam, 59 minit yang lalu
budakbesar: 6 hari yang lalu
azemi: 10 hari yang lalu
Firdaus15: 17 hari yang lalu
NurLiyanaNajwa: 20 hari yang lalu
secureofficemovers: 21 hari yang lalu
Naqiu: 27 hari yang lalu
nawfaa79: 28 hari yang lalu


Jejak Ukhwah
Topik: Siapa pernah jadi penghuni hospital?


Carian Forum

Moderator: Administrator, halesolurun_84
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jejak Ukhwah
    »» Siapa pernah jadi penghuni hospital?

Please Mendaftar To Post


Oleh Siapa pernah jadi penghuni hospital?

nur_kasih511
Warga 3 Bintang
Menyertai: 19.03.2008
Ahli No: 32942
Posting: 108
Dari: MaRanG, GaNuUu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 17-02-09 21:11


salam..
Kalian pernah jadi penghni hospital?tak kirala sebagai pesakit atau menemani orang sakit...mesti best kan waktu duduk hospital 2 kan..rasa tak hendak balik saja kan.. :lol: makanan kat hospital kan menyelerakan...haha..tak begitu tman2?

macam saya sendiri, pernah jaga adik kat hospital selama 2 bulan..dan peristiwa tak dapat lupa bila ada gegaran kat hospital..kecoh satu hspital..tapi alhamdulillah, tak ada apa yang berlaku...

kalian pula bagaimana?jom kongsi pengalaman..


-----------------
Sahabat yang baik adalah sahabat yang selalu mengingatkan kita kepada Allah, hari ini kita bersahabat, esok kita bersahabat, dan selamanya kita bersah


Bookmark and Share

  


  Member Information For nur_kasih511Profil   Hantar PM kepada nur_kasih511   Quote dan BalasQuote

nurzatul
WARGA SETIA
Menyertai: 03.09.2006
Ahli No: 26160
Posting: 733
Dari: yogyakarta...

Perak   avatar


posticon Posting pada: 17-02-09 22:38


salamun alaik..

syukur alhamdulillah bila da besar-besar ini tak adalah jadi pnghuni hospital..cuma kerja dalam hospital saja..huhu..dulu masa kecik merasala juga dok dalam incubator kejap..hehe..ish sedap ke mknn hospital?ana tengok pun xslera..hehe.. :-P

Bookmark and Share

  


  Member Information For nurzatulProfil   Hantar PM kepada nurzatul   Pergi ke nurzatul's Website   Quote dan BalasQuote

qing_er
Warga 2 Bintang
Menyertai: 24.01.2004
Ahli No: 6711
Posting: 45
Dari: Pontian,Johor D.Takzim

Johor   avatar


posticon Posting pada: 17-02-09 22:52


Hospital Swasta memang sedap makanannya..tapi hospital awam ikut class agaknya...kadang-kadang dia tukar jenis pinggan atau tray saja.. sudah biasa duduk berbulan di hospital awam menjaga abang... merasa juga duduk seorang macam dalam hotel dihospital swasta sebab nak cepat kesan perubatannya ..semua ada..cuma saya saja ditebuk sana sini..sambung wayar... tak mahu lah masuk lagi situ... nak berada dalam keadaan sihat senantiasa.. demam2 sudahlah... masuk bersalin ke tu tak apa..sebab dapat baby..hehe...

Bookmark and Share

  


  Member Information For qing_erProfil   Hantar PM kepada qing_er   Quote dan BalasQuote

Abdullah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 261
Posting: 248
Dari: Malaysia

blank  


posticon Posting pada: 17-02-09 23:19


Assalamualaikum,

Tiga hari untuk operation apendicitis..memang lawak, pergi hospital sendiri, sign surat operation sendiri, masuk OT seorang-seorang. Parents terkejut bila telefon bagitahu sekejap lagi pukul 2 pm nak operate. Servis okla kat hosp swasta tu pun company bayar.

Pengalaman lain setakat bertapa di hospital ada lah bila anak demam, wife yang tidur di hospital. Tak terbalas jasa wife yang letih bermalam di hospital selama seminggu jaga anak, sekarang Alhamdulillah anak makin besar dah tak demam, syukur kepada Allah.

Bookmark and Share

  


  Member Information For AbdullahProfil   Hantar PM kepada Abdullah   Quote dan BalasQuote

bintanghati2008
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.07.2008
Ahli No: 34147
Posting: 217
Dari: kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 18-02-09 10:09


assalammualaikum

saya pernah masuk hospital... masa itu darjah 6.. accident.. tangan kena simen.. hehehe.. makanan kat stu kurang enak ( tak best) sebab semua nya tawar..

yang paling geram.. ada jururawat itu marah pesakit lain... macam tak beradap... tau lah penat... tapi jangan lah marah.. kasihan pesakit itu...

Bookmark and Share

  


  Member Information For bintanghati2008Profil   Hantar PM kepada bintanghati2008   Quote dan BalasQuote

imni_1612
Warga 4 Bintang
Menyertai: 10.09.2008
Ahli No: 34904
Posting: 336
Dari: Kuala Lumpur

Perak   avatar


posticon Posting pada: 18-02-09 10:14


salam..imni pernah jadi penghuni di wad sakit pediatrik..masa tu umor 9tahun...lepas subuh mak kejut bersiap pergi hospital..:-)pukul 7.30 pagi dah pakai pakaian pesakit tu..nak kena operate dalam mulut ni..berkenaan dengan gigi lah jugak :-D hehe..erm lepas itu dalam pukul 9 macam tu..nurse suruh naik atas katil..hehe best nya..naik lif atas katil..:lol:lepas itu..terus masuk bilk bedah..nurse semua baik-baik..mereka cakap akak nak cucuk ni..sakit macam kena gigit nyamuk saja..haha..lepas itu nampak dyorang tampal macam-macam wayar kat badan dengan setiap jari kaki dan tangan..hehe...:-)tak lama lepas itu..imni pun tak tau nak cerita..sedar2 dah ad kat wad yang pagi tadi..:-)disebabkan imni ni budak baik..so tak payah lah mak tunggu sampai malam..:-)dapat lah rasa tidur kat wad 1 malam..pengalaman ni mungkin tak dapat dilupakan seumur hidup ni..:-)

Bookmark and Share

  


  Member Information For imni_1612Profil   Hantar PM kepada imni_1612   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 18-02-09 10:38


!!! QUOTE !!!

Kalian pernah jadi penghni hospital?tak kirala sebagai pesakit atau menemani orang sakit...


tak pernah.. hehe..

!!! QUOTE !!!

syukur alhamdulillah bila da besar-besar ini tak adalah jadi pnghuni hospital..cuma kerja dalam hospital saja..huhu..dulu masa kecik merasala juga dok dalam incubator kejap


nurzatul jadi doktor ye? bukankah kalau duduk dalam incubator ni untuk baby sakit kuning? ke tak cukup bulan? huhu main hentam saja

!!! QUOTE !!!

merasa juga duduk seorang macam dalam hotel dihospital swasta sebab nak cepat kesan perubatannya ..semua ada..cuma saya saja ditebuk sana sini..sambung wayar... tak mahu lah masuk lagi situ... nak berada dalam keadaan sihat senantiasa


qing_er sakit apa? moga cepat sembuh ye..

!!! QUOTE !!!

pergi hospital sendiri, sign surat operation sendiri, masuk OT seorang-seorang. Parents terkejut bila telefon bagitahu sekejap lagi pukul 2 pm nak operate


Erk.. boleh pula macam tu... Kenapa tak habis operate saja baru bagitahu famili.. at least mereka dah lega.. :-D

!!! QUOTE !!!

yang paling geram.. ada jururawat itu marah pesakit lain... macam tak beradap... tau lah penat... tapi jangan lah marah.. kasihan pesakit itu


mana-mana hospital ada saja nurse macam ni.. :-(

!!! QUOTE !!!

salam..imni pernah jadi penghuni di wad sakit pediatrik..masa tu umor 9tahun...lepas subuh mak kejut bersiap pergi hospital..pukul 7.30 pagi dah pakai pakaian pesakit tu..nak kena operate dalam mulut ni..berkenaan dengan gigi lah jugak


bestnya.. tak sedar apa-apa dah lepas itu..
tapi tak ada rasa sakit ke pas tu.. :berfikir:



Bookmark and Share

  


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

syift
Warga 2 Bintang
Menyertai: 30.12.2008
Ahli No: 36558
Posting: 49
Dari: Diatas Bumi yang Nyata....

Perak  


posticon Posting pada: 18-02-09 11:11


syift pun pernah masuk hospital..itulah kenangan yang tak dapat syift lupakan...masa itu pada tahun 1999..syift lumpuh..tak boleh bangun langsung..nak makan pun kena bersuap..nak pegang benda pun tak boleh..apa-apa yang nak buat semuanya mengharapkan org..tapi time itu..doktor suspect spinar court..harapan nak sembuh pun Tuhan saja yang tahu...hampir sebulan lebih jugalah duduk hospital..2 minggu dekat Hospital Ipoh..transfer ke Hospital Neurologi KL 2 minggu then transfer balik ke Hospital Ipoh 2 minggu..kesudahannya minta balik rumah sebab dah tak tahan duduk hospital..dengan makanannya tak sedap...dan rasa macam menyusahkan parents saja..nak dijadikan cerita time duduk kat neurologi tu.tiba-tiba saja ada seorang pesakit ini meninggal dunia..wahh cuak juga time itu..duduk depan katil pula tu..apa lagi malam tu tak boleh tidur lah...haahaa..asyik teringat saja...huhu.. :-D apa pun Alhamdulillah..berkat doa parents,cikgu2..kawan-kawan..jrn2..sanak saudara..family..dan ramai lagi..syukur Alhamdulillah sekarang ini syift sihat seperti sedia kala..dah tak payah makan ubat yang berbelas biji hari2 kena telan...huhu...dan sekarang ini pun dah dapat kerja tetap..Alhamdulillah..Bersyukur sesangat...

dikesempatan ini syift nak ucapkan terima kasih banyak-banyak..berkat doa yang diberikan..semua itu tak dapat syift nak balas..huhu..(sedih pulak bila teringat balik cerita ni..)hmm


-----------------
"Usahlah kau merebut kasih,Yang engkau sendiri tidak pasti,Kerana Tiada Kasih Yang Abadi melainkan kasih ILAHI......"


Bookmark and Share

  


  Member Information For syiftProfil   Hantar PM kepada syift   Pergi ke syift's Website   Quote dan BalasQuote

maisarahlisa
WARGA SETIA
Menyertai: 29.12.2003
Ahli No: 6068
Posting: 466
Dari: Pahang~Selangor~Dubai

Pahang  


posticon Posting pada: 18-02-09 12:06


Salam

Setakat ini belum pernah warded tapi banyak kali tidur kat hospital sebab temankan mak.. operate mata dan kencing manis... biasalah mana lena.. sian mak...

Bookmark and Share

  


  Member Information For maisarahlisaProfil   Hantar PM kepada maisarahlisa   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 18-02-09 13:25


oh. pernah. di sebuah hospital di Perth, Australia.

dapat lah rasa naik stretcher, dibantu paramedik, dibawa ambulans, masuk A&E, dan duduk wad, dengan bosannya.

tapi best sebab nurse-nurse sana sangat penyayang dan lembut. tenang rasanya. kita sakit pun akan rasa gembira dengan layanan mereka. semua selesa lah kat sana walaupun govt hospital.

doktor saya lelaki (mat salleh lah). muda. smart dan handsome macam Cyclops (James Marsden) dalam XMen. heheh. sempat tu. :P

maklumlah tengah melancong. so ada juga tangkap2 gambar masa kat accident & emergency tu. haha.. merapu.


-----------------



Bookmark and Share

  


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

nurzatul
WARGA SETIA
Menyertai: 03.09.2006
Ahli No: 26160
Posting: 733
Dari: yogyakarta...

Perak   avatar


posticon Posting pada: 18-02-09 22:17


!!! QUOTE !!!

syukur alhamdulillah bila da besar-besar ini tak adalah jadi pnghuni hospital..cuma kerja dalam hospital saja..huhu..dulu masa kecik merasala juga dok dalam incubator kejap


nurzatul jadi doktor ye? bukankah kalau duduk dalam incubator ni untuk baby sakit kuning? ke tak cukup bulan? huhu main hentam saja

!!! QUOTE !!!



eh taklah akak..ana pembantu farmasi dulu..sekarang da xkeje..sambung belajar pula..hehe..dulu dok incubator sebab lahir tak cukup bulan..huhu..



-----------------
masih ku di dalam pencarian abadi..yang belum pasti kutemui jika mendamba cinta selain Illahi...


Bookmark and Share

  


  Member Information For nurzatulProfil   Hantar PM kepada nurzatul   Pergi ke nurzatul's Website   Quote dan BalasQuote

SuteraUngu
Warga Rasmi
Menyertai: 21.12.2005
Ahli No: 21335
Posting: 11
Dari: selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 19-02-09 00:07


salam..nak menyebok juga ni..

pernah jaga mak di hospital tg karang...nurse2 kat situ cengir2 belaka..kalau kita tanya buat tak tau saja..yang paling bestnya saya kena tengking dengan doktor hanya disebabkan satu masalah simple..yang paling bestnya bila saya dapat sedarkan benda tu memang salah dia padan muka..hehe

kali kedua jaga mak juga di HBTAR mak kena apendics..duduk kelas 1 alhamdulillah nurse2 kat situ tau nak beri senyuman..

kali ketiga saya sendiri di hospital sg buloh dikhuatiri apendics...hari pertama satu penyeksaan sehari semalam tak tidur sakit yang teramat sangat..bila dah sah bukan apendics dr bagi makan ubat alhamdulillah 2 hari di hospital saya dapat rehat yang paling best sekali..nurse2 kat situ pun baik-baik belaka..terutamanya Puan Zakiah..selepas lengkap pakej percutian 3 hari 3 malam saya di hospital sg buloh balik lah saya..sampai sekarang saya masih ingat muka opah yang dok sebelah katil saya auntie yang dok depan katil saya dan makcik azizah yang suka sembang dengan saya..

nak pesan sikit kat sesiapa yang jadi nurse..jangan lah cengir2 sangat..sebab bila yang sihat jaga orang sakit pun boleh jadi sakit juga bila tengok nurse cengir sangat.

Bookmark and Share

  


  Member Information For SuteraUnguProfil   Hantar PM kepada SuteraUngu   Quote dan BalasQuote

adieq85
Warga 5 Bintang
Menyertai: 27.08.2008
Ahli No: 34673
Posting: 358
Dari: dari Kuantan merantau ke Bangi

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 19-02-09 07:35


saya dua-dua sekali pernah..jadi pesakit pun ye..teman orang sakit pun ye..masa kecil2 dulu rajinla masuk wad..sekali masuk 2 minggu..sampai doktor2 dan nurse pun kenal dah..lepas doktor datang check saya, saya ikut pula doktor tu check org lain dalam wad tu..dapat juga masuk satu bilik yang memang khas untuk orang-orang yang sakit teruk sikit lah..kalau teman orang sakit ni pernah lah 2 tahun yang lepas..jaga ayah dan kemudian mak..makanan sedap tu..tak juga..sebab makanan yang mereka buat biasanya tawar saja.. :-D tapi dah sakit..makan saja lah.. :sopan:

Bookmark and Share

  


  Member Information For adieq85Profil   Hantar PM kepada adieq85   Quote dan BalasQuote

nadia_khalit
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.06.2008
Ahli No: 33692
Posting: 163
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 19-02-09 10:10


huhu..kecil-kecil pernah dok hospital dalam umur 5tahun..
tapi time tu tak rasa apa ..budak-budak..bila nak kena injection saja,,mak suruh pandang lampu..tau2 da habis kena inject..tak ada rasa sakit..hehe
DA BESAR..satu sem Student nurse kena dok hospital 10 minggu,ish,,sampai da naik boring tengok ward tu..hehe
apa-apa pun yang penting ambil pengalaman..
borink tak borink..da tanggungjawab ..

Bookmark and Share

  


  Member Information For nadia_khalitProfil   Hantar PM kepada nadia_khalit   Quote dan BalasQuote

ardani
WARGA SETIA
Menyertai: 24.06.2008
Ahli No: 33778
Posting: 451
Dari: queensland lake

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 19-02-09 12:28


hospital???
dulu agak ngeri kalau kena masuk wad..tapi masa kena denggi saya pula yang paksa nurse masukkan kat wad..bukan apa, tak larat tiap-tiap pagi kena p klinik nak ambik darah..xpasal2 time kerja abang terganggu nak tunggu saya setle.. dapat lah merasa pakej 4h 3m di wad hospital kajang..dan disana lah bermulanya episod baru :-) memang pakej lengkap Tuhan bagi :sopan: masa di wad, sentiasa ada saja sahabat yang datang lwt menceriakan suasana..thanks kepada uc yang hadir, tak lupa juga kkk2 housemate Baiturridwan, BBB..i love u all.. :welcome:

Bookmark and Share

  


  Member Information For ardaniProfil   Hantar PM kepada ardani   Quote dan BalasQuote

akil78
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.01.2009
Ahli No: 36927
Posting: 209
Dari: selangor, malaysia

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 14-04-09 14:27


Assalamualaikum semua..
Alhamdulillah syukran..
masuk hospital..
memang selalu masuk hospital..
tapi tak masuk wad lah.
cuma masuk tengok ayah sakit, isteri buat pembedahan.. dan macam-macam lagilah..
heee..


-----------------
gunakanlah hidup ini ke jalan yang betul supaya mendapat keredhaan dan rahmat dari Allah...
sentiasa mencari ilmu Allah dan beramal dengannya...


Bookmark and Share

  


  Member Information For akil78Profil   Hantar PM kepada akil78   Pergi ke akil78's Website   Quote dan BalasQuote

wani86
Warga 1 Bintang
Menyertai: 14.04.2005
Ahli No: 15815
Posting: 22
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 14-06-09 00:02


hehe.sy pernah.thn ogos thn lepas.kene denggi.waaaa 6 hari duk kat wad.ok la duk kat hospital kepala batas tu.tp yg tak best nye time nak pi toilet terpaksa bwk sekali bde infuse tu.da la denggi kene minum air byk.so maksud nye pegi toilet je la keje nye.tp overall staff semua best2.doctor pn baik2.mknan pon sedap

Bookmark and Share

  


  Member Information For wani86Profil   Hantar PM kepada wani86   Quote dan BalasQuote

swordofdeen
WARGA SETIA
Menyertai: 11.06.2003
Ahli No: 1307
Posting: 632
Dari: Somewhere on this earth

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 17-06-09 00:38


Menghuni pernah beberapa kali. Menjaga yang menghuni juga pernah.

Bookmark and Share

  


  Member Information For swordofdeenProfil   Hantar PM kepada swordofdeen   Pergi ke swordofdeen's Website   Quote dan BalasQuote

kakisamun
WARGA SETIA
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 630
Posting: 2852
Dari: perut ibuku

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 10-07-09 15:28


Pada 17-02-09 22:38 , nurzatul posting:

!!! QUOTE !!!

salamun alaik..

syukur alhamdulillah bila da besar-besar ini tak adalah jadi pnghuni hospital..cuma kerja dalam hospital saja..huhu..dulu masa kecik merasala juga dok dalam incubator kejap..hehe..ish sedap ke mknn hospital?ana tengok pun xslera..hehe.. :-P


ermm.. teringat waktu selalu melawat kawan baik kampung aku kat Hospital Putrajaya.. punya la lama dia kena tahan dlm wad 2.. sakit doktor pon pening.. bila sebut pasal makanan ni.. kawan aku 2 pulak yg x lalu.. "last2" selalunya waktu aku melawat 2 aku je yg makan.. sedap juga.. tambah2 bagi org yg mcm aku ni semuanya sedap.. tambah2 makanan "free".. petikan dalam iklan.. "mmg berbaloi" :lol: ahaks..

Bookmark and Share

  


  Member Information For kakisamunProfil   Hantar PM kepada kakisamun   Quote dan BalasQuote

Jue_Effendy
WARGA SETIA
Menyertai: 10.11.2008
Ahli No: 35812
Posting: 760
Dari: Kota Kinabalu

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 10-07-09 15:44


Jue tak pernah jadi penghuni hospital tapi kalau jaga orang di hospital pernah lah..... yang jue paling tak suka bila terhidu bau ubat-ubatan....makanannya pula tak tahu la sedap ke tak tapi yang pastinya kalau jue nak melawat orang sakit kat hospital ni mesti dorang minta tolong tapau kat luar....


-----------------
bila waktu telah terhenti....
teman sejati hanyalah amal....


Bookmark and Share

  


  Member Information For Jue_EffendyProfil   Hantar PM kepada Jue_Effendy   Pergi ke Jue_Effendy's Website   Quote dan BalasQuote

ardani
WARGA SETIA
Menyertai: 24.06.2008
Ahli No: 33778
Posting: 451
Dari: queensland lake

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 10-07-09 15:48


hahaha...xyah minta tlg jue...ms sy dok spital dulu, hr2 tiap ms melawat ade je y dtg bw mcm2..ms discasj pak guard siap tegur, dia kata sy leh buka kedai..yelaa kalo dh sorg dtg bw seplastik buah laa, air 100 plus laa..xmuat tgn nk bw trun..bg kat adk2 nursg kolej segi y wat praktikal kat sn..rezeki kongsi sm2 hehe..



Bookmark and Share

  


  Member Information For ardaniProfil   Hantar PM kepada ardani   Quote dan BalasQuote

annamuslimah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.06.2003
Ahli No: 1423
Posting: 149
Dari: Kuantan

Pahang  


posticon Posting pada: 30-08-09 22:54


nak jugak menyelit celah2 orang ni hehe ana pernah masuk hospital sebab jaga dan melawat orang saja...harap-harap ana ni tak kan sekali2 lah dimasukkan ke hspital atas sebab apa sekalipun sebab ana ni bau ubat pun dah nak muntah.... apa lagi kalau tengok jarum...ngeriiiiii ekeke

Bookmark and Share

  


  Member Information For annamuslimahProfil   Hantar PM kepada annamuslimah   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3081
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 31-08-09 06:03


penghuni hospital???masa demam denggi saja jadi penghuni hospital..bosan pun ada jugak..

Bookmark and Share

  


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

ainul_mardhiah86
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.10.2005
Ahli No: 19847
Posting: 207
Dari: tHe gArDen KnoWlEDge AnD ViRtUe

Johor   avatar


posticon Posting pada: 09-09-09 12:20


sekadar melawat...
kadang-kadang terasa juga nak duduk kat ward...1 week ke...


-----------------
HiDuP iNi InDah JikA sEgAlAnyA kEraNa AllAH


Bookmark and Share

  


  Member Information For ainul_mardhiah86Profil   Hantar PM kepada ainul_mardhiah86   Quote dan BalasQuote

nur_kasih511
Warga 3 Bintang
Menyertai: 19.03.2008
Ahli No: 32942
Posting: 108
Dari: MaRanG, GaNuUu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 09-09-09 12:28


Pada 09-09-09 12:20 , ainul_mardhiah86 posting:

!!! QUOTE !!!

sekadar melawat...
kadang-kadang terasa juga nak duduk kat ward...1 week ke...



isk2 da jugak ek yang nak duduk hospital..hu2..pelik-pelik :berfikir:

Bookmark and Share

  


  Member Information For nur_kasih511Profil   Hantar PM kepada nur_kasih511   Quote dan BalasQuote

kakisamun
WARGA SETIA
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 630
Posting: 2852
Dari: perut ibuku

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 09-09-09 14:02


Pada 09-09-09 12:28 , nur_kasih511 posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 09-09-09 12:20 , ainul_mardhiah86 posting:

!!! QUOTE !!!

sekadar melawat...
kadang-kadang terasa juga nak duduk kat ward...1 week ke...



isk2 da jugak ek yang nak duduk hospital..hu2..pelik-pelik :berfikir:


.. :lol:.. manusia memang pelik..

Bookmark and Share

  


  Member Information For kakisamunProfil   Hantar PM kepada kakisamun   Quote dan BalasQuote

insyiratulhana
Warga Rasmi
Menyertai: 07.09.2009
Ahli No: 37459
Posting: 4
Dari: perak - Shah Alam

Perak   avatar


posticon Posting pada: 09-09-09 14:24


saya juga ingin berkongsi lah... masuk hospital tu tak pernah lah... tapi jaga orang pernah.. pernah jaga adik 2 minggu kat HTAR, accident patah kaki.. penat jugak jaga orang sakit ni... macam-macam kerenah.. kat wad tu semuanya kes patah, lelaki pulak tu.. boleh lah tengok macam-macam kerenah.. ada yang patah tiga tapi perangai tak macam patah.. maklumla kaki saja.. dapat kerusi roda satu wad dia round.. masib baik patah peha tak boleh bangun kalau tak dengan dia2 sekali joint..

2 lah pengalaman..

Bookmark and Share

  


  Member Information For insyiratulhanaProfil   Hantar PM kepada insyiratulhana   Quote dan BalasQuote

adieq85
Warga 5 Bintang
Menyertai: 27.08.2008
Ahli No: 34673
Posting: 358
Dari: dari Kuantan merantau ke Bangi

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 10-09-09 07:42


memang pernah lah..demam panas & kemalangan..makanan tu biasa saja..banyak tawar dari cukup rasa..huhu..ada makcik jual mee masuk wad, saya beli lah..baru best..masa duduk wad bangunan lama, sekali dengan tempat baby baru lahir..best juga.boleh tengok-tengok..dah selalu sangat duduk wad, nurse dan doktor dah jadi member..hehe..;-) dah selalu sangat duduk wad, nurse dan doktor dah jadi member..hehe..last duduk hospital masa darjah lima..tu pun sebab doa2 nak demam dan duduk hospital..nak merasa duduk wad bangunan baru yang cantik..hehe..lepas itu tak duduk dah..dah sihat..duduk pun lepas tu seban jaga mak dan ayah saja.. :-)

Bookmark and Share

  


  Member Information For adieq85Profil   Hantar PM kepada adieq85   Quote dan BalasQuote

sadiqah

Menyertai: 14.04.2005
Ahli No: 15800
Posting: 684
Dari: Tawau_KL_tawau_pjaya

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 10-09-09 07:46


pernah duduk hospital hampir sebulan. masa tu umur dalam 6 tahun.
masuk hospital sebab kaki melecur terpijak bara api. tak perasan sebab bekas terbakar tu macam dah lama..memang perit tiap kali nurse basuh luka dan ganti balutan..pengalaman yang tidak dapat dilupakan..sampai sekarang parut tu masih ada :-(


-----------------
hIdUP mEsTi TeRuS..


Bookmark and Share

  


  Member Information For sadiqahProfil   Hantar PM kepada sadiqah   Quote dan BalasQuote

nur_kasih511
Warga 3 Bintang
Menyertai: 19.03.2008
Ahli No: 32942
Posting: 108
Dari: MaRanG, GaNuUu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 10-09-09 09:07


Pada 10-09-09 07:46 , sadiqah posting:

!!! QUOTE !!!

pernah duduk hospital hampir sebulan. masa tu umur dalam 6 tahun.
masuk hospital sebab kaki melecur terpijak bara api. tak perasan sebab bekas terbakar tu macam dah lama..memang perit tiap kali nurse basuh luka dan ganti balutan..pengalaman yang tidak dapat dilupakan..sampai sekarang parut tu masih ada :-(



siapa suruh pijak bara api??kan dah kena...lain kali pakai kasut boot kak...selamat.. :lol: Alhamdulilah, Allah sayangkan akak aku seorang ini.. :sopan:

Bookmark and Share

  


  Member Information For nur_kasih511Profil   Hantar PM kepada nur_kasih511   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 10-09-09 09:19


Ini kena '3rd Degree Burn' ke, sampai duduk spetal sebulan?


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

  


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

irashahirah
WARGA SETIA
Menyertai: 08.10.2005
Ahli No: 19675
Posting: 407
Dari: jay bee

Johor   avatar


posticon Posting pada: 10-09-09 17:22


salam~

wa.. saya tak suka duduk hospital! pernah masuk hospital 4 hari sebab allergic dengan low blood pressure... aduhhh.. bosan gila.. memang tak boleh handle.. tiap-tiap hari tanya kat doktor bila saya boleh keluar... tak suka.. tak sukeee.... ada makanan free pun saya tak slera nak makan~ suasana hospital membuat saya brasa lebih sakit... huhuhu

Bookmark and Share

  


  Member Information For irashahirahProfil   Hantar PM kepada irashahirah   Quote dan BalasQuote

RuMaishaaa

Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 749
Posting: 1276
Dari: Kg.Batu Muda, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 11-09-09 06:04


salam ramadhan Kareem..

Sebelum ni, pernah menjaga Mak di hospital. Masa form 3. Sampai terlambat pergi kelas tambahan. Waktu tu, mak disyaki kena barah usus. Tapi, alhamdulillah..sampai sekarang masih sihat dan tiada unsur barah tu.

Tahun lepas lah merasa sendiri duduk Hospital Ampang.Sebab lahirkan Ainul Izzah. rasa bagaikan "first class". "Nice" lah layanan mereka dan otomatik mengubah persepsi jururawat dan amah di situ.


-----------------

::KASIH SAYANG KUNCI KEAMANAN SEJAGAT::


Bookmark and Share

  


  Member Information For RuMaishaaaProfil   Hantar PM kepada RuMaishaaa   Quote dan BalasQuote

ainul_mardhiah86
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.10.2005
Ahli No: 19847
Posting: 207
Dari: tHe gArDen KnoWlEDge AnD ViRtUe

Johor   avatar


posticon Posting pada: 11-09-09 11:53


Pada 09-09-09 12:28 , nur_kasih511 posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 09-09-09 12:20 , ainul_mardhiah86 posting:

!!! QUOTE !!!

sekadar melawat...
kadang-kadang terasa juga nak duduk kat ward...1 week ke...



isk2 da jugak ek yang nak duduk hospital..hu2..pelik-pelik :berfikir:


haha...dah tu orang asyik cerita saja pasal dok kat hospital, teringin juga lah...pelik pun pelikla...huhu


-----------------
HiDuP iNi InDah JikA sEgAlAnyA kEraNa AllAH


Bookmark and Share

  


  Member Information For ainul_mardhiah86Profil   Hantar PM kepada ainul_mardhiah86   Quote dan BalasQuote

sadiqah

Menyertai: 14.04.2005
Ahli No: 15800
Posting: 684
Dari: Tawau_KL_tawau_pjaya

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 11-09-09 12:22


Pada 10-09-09 09:19 , Daeng_Jati posting:

!!! QUOTE !!!

Ini kena '3rd Degree Burn' ke, sampai duduk spetal sebulan?



tak tahulah daeng, tapi yang pasti teruk juga kaki masa tu.
:-(


-----------------
hIdUP mEsTi TeRuS..


Bookmark and Share

  


  Member Information For sadiqahProfil   Hantar PM kepada sadiqah   Quote dan BalasQuote

imni_1612
Warga 4 Bintang
Menyertai: 10.09.2008
Ahli No: 34904
Posting: 336
Dari: Kuala Lumpur

Perak   avatar


posticon Posting pada: 11-09-09 13:49


Pada 18-02-09 10:38 , halesolurun_84 posting:

!!! QUOTE !!!

!!! QUOTE !!!

Kalian pernah jadi penghni hospital?tak kirala sebagai pesakit atau menemani orang sakit...


tak pernah.. hehe..

!!! QUOTE !!!

syukur alhamdulillah bila da besar-besar ini tak adalah jadi pnghuni hospital..cuma kerja dalam hospital saja..huhu..dulu masa kecik merasala juga dok dalam incubator kejap


nurzatul jadi doktor ye? bukankah kalau duduk dalam incubator ni untuk baby sakit kuning? ke tak cukup bulan? huhu main hentam saja

!!! QUOTE !!!

merasa juga duduk seorang macam dalam hotel dihospital swasta sebab nak cepat kesan perubatannya ..semua ada..cuma saya saja ditebuk sana sini..sambung wayar... tak mahu lah masuk lagi situ... nak berada dalam keadaan sihat senantiasa


qing_er sakit apa? moga cepat sembuh ye..

!!! QUOTE !!!

pergi hospital sendiri, sign surat operation sendiri, masuk OT seorang-seorang. Parents terkejut bila telefon bagitahu sekejap lagi pukul 2 pm nak operate


Erk.. boleh pula macam tu... Kenapa tak habis operate saja baru bagitahu famili.. at least mereka dah lega.. :-D

!!! QUOTE !!!

yang paling geram.. ada jururawat itu marah pesakit lain... macam tak beradap... tau lah penat... tapi jangan lah marah.. kasihan pesakit itu


mana-mana hospital ada saja nurse macam ni.. :-(

!!! QUOTE !!!

salam..imni pernah jadi penghuni di wad sakit pediatrik..masa tu umor 9tahun...lepas subuh mak kejut bersiap pergi hospital..pukul 7.30 pagi dah pakai pakaian pesakit tu..nak kena operate dalam mulut ni..berkenaan dengan gigi lah jugak


bestnya.. tak sedar apa-apa dah lepas itu..
tapi tak ada rasa sakit ke pas tu.. :berfikir:



sakit..??masa mle2 keluar hospital tu taklah rasa sakit sangat..tapi bebrpa hari kemudian lah..seksanya nak makan pun bubur saja..nak minum kena pakai straw..bibir pula membengkak..sedih tengok diri sendiri..tapi tyme tu ayah lah yang paling setia..best tidur dengan ayah.. :sopan:


-----------------
::teruskan kejayaan menuju keunggulan::



Bookmark and Share

  


  Member Information For imni_1612Profil   Hantar PM kepada imni_1612   Quote dan BalasQuote

hiddenblade
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.10.2007
Ahli No: 31318
Posting: 157
Dari: IBRAHzine

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 19-09-09 10:58


tak pernah lagi jadi penghuni hospital

tak boleh bayang bagaimana kalau terpaksa dok dalam sana
dah selalu tengok kerabat dan kawan-kawan kat sana
boring betul lah dok dalam tu


-------------------




Bookmark and Share

  


  Member Information For hiddenbladeProfil   Hantar PM kepada hiddenblade   Pergi ke hiddenblade's Website   Quote dan BalasQuote

alongmina
Warga 3 Bintang
Menyertai: 30.05.2006
Ahli No: 24619
Posting: 115
Dari: Bukit Mertajam/Kulim

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 19-09-09 20:29


ana student nurse..hari2 dok practikal kat situ..seronok juga


-----------------



Bookmark and Share

  


  Member Information For alongminaProfil   Hantar PM kepada alongmina   Pergi ke alongmina's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.119554 saat. Lajunya....