Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
.....dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.
-- Yusuf: 12

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 188
Ahli: 0
Jumlah: 188




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 16 jam, 40 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Jejak Mahasiswa
Topik: macam mana nak study chemistry ni


Carian Forum

Moderator: Administrator, istisafa
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jejak Mahasiswa
    »» macam mana nak study chemistry ni

Please Mendaftar To Post


Oleh macam mana nak study chemistry ni

zatie
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.07.2005
Ahli No: 17090
Posting: 209
Dari: sHaH aLaM

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 15-02-09 10:16


salam...
saya ni dah las sem...
tapi kalau subject chemistry saya slow sikit
tatau lah kenapa...
sem ni pula kena ambil 2 subject chemistry..
inorganic dengan chemical analysis...
cemana ni...
huhuhuh
lec pula agak grg...
pernah pagi tanya kat dia dia marah balik...
wuaaaa
anyone can help me??

Bookmark and Share

    


  Member Information For zatieProfil   Hantar PM kepada zatie   Quote dan BalasQuote

putri_iman
Warga 3 Bintang
Menyertai: 01.11.2008
Ahli No: 35705
Posting: 116
Dari: Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 15-02-09 11:58


lec marah bila student bertanya? lec apa macam tu. ish...memang tak patut.
mungkin saudari boleh bertanya dengan lec lain. atau buat group discussion dengan kawan-kawan. yang penting, niat belajar kerana Allah dan cuba pupuk minat terhadap subjek ini. kimia ni mungkin susah tapi InsyaAllah, cubalah yang terbaik..

Bookmark and Share

    


  Member Information For putri_imanProfil   Hantar PM kepada putri_iman   Quote dan BalasQuote

Nurizmi
WARGA SETIA
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20156
Posting: 539
Dari: utara...

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 15-02-09 12:22


Bismillah....


Chemistry?...
hmm..ni lah subjek yang paling best..:-)
hmm..memang ianya agak susah...

cuba pupuk minat..
insyAllah..andai minat, semuanya akan mudah untuk diterokai...

Bookmark and Share

    


  Member Information For NurizmiProfil   Hantar PM kepada Nurizmi   Pergi ke Nurizmi's Website   Quote dan BalasQuote

syahadahtul_nur
Warga 5 Bintang
Menyertai: 10.09.2008
Ahli No: 34899
Posting: 385
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 15-02-09 13:11


Pada 15-02-09 12:22 , Nurizmi posting:

!!! QUOTE !!!

Bismillah....


Chemistry?...
hmm..ni lah subjek yang paling best..:-)
hmm..memang ianya agak susah...

cuba pupuk minat..
insyAllah..andai minat, semuanya akan mudah untuk diterokai...


ye,saya sokong...kalau da minat,segala cabaran dan dugaan yang mendatang pun sanggup ditempuhi.tapi macam mana nak pupuk minat tu?


-----------------
ANDAI kota itu peradaban,rumah kami adalah budaya,dan menurut ibu,tiang serinya adalah agama (FT, Tuhan Manusia)


Bookmark and Share

    


  Member Information For syahadahtul_nurProfil   Hantar PM kepada syahadahtul_nur   Quote dan BalasQuote

zatie
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.07.2005
Ahli No: 17090
Posting: 209
Dari: sHaH aLaM

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 18-02-09 22:50


Pada 15-02-09 13:11 , syahadahtul_nur posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 15-02-09 12:22 , Nurizmi posting:

!!! QUOTE !!!

Bismillah....


Chemistry?...
hmm..ni lah subjek yang paling best..:-)
hmm..memang ianya agak susah...

cuba pupuk minat..
insyAllah..andai minat, semuanya akan mudah untuk diterokai...


ye,saya sokong...kalau da minat,segala cabaran dan dugaan yang mendatang pun sanggup ditempuhi.tapi macam mana nak pupuk minat tu?

hehehe
mslahnya...saya kurang sikit nak minta chemistry ni...
hahaha


Bookmark and Share

    


  Member Information For zatieProfil   Hantar PM kepada zatie   Quote dan BalasQuote

azmuddin
Warga Rasmi
Menyertai: 03.02.2009
Ahli No: 37012
Posting: 6
Dari: jordan(study)

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 19-02-09 02:35


ana memang bukan dalam bdng ini..tapi cuma mampu bagi nasihat saja..banyak-banyak brtawakkal pada yang esa..kerana itulah segala-glenye..jika twkl kita itu tinggi dan tanpa rasa ragu,,insyaallah,semua akan brjln dengan baik..cuma kena lah faham betul-betul lah konsep twkkl tu sendiri..jangan salah faham..hehehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For azmuddinProfil   Hantar PM kepada azmuddin   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 19-02-09 07:50


Keseronokan dan keterujaan kita terhadap sesuatu bidang akan membuatkan otak kita sentiasa positif dengan apa yang dihadapi. Dalam konteks ini ialah Kimia.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 19-02-09 07:57


Saya cuba petik pandangan seorang kenalan yang nama penanya 'Imakubex' - seorang pengelola Lama Portal Ilmiah Islamiah 'IluvIslam' berkenaan cara menambah ilmu selain dari kuliah:

Tulisan ini adalah khasnya ditujukan kepada rakan-rakan pelajar penulis yang seringkali memberi alasan tiada masa untuk membaca dan menambah ilmu di luar apa yang diperlukan dalam bidang pengajian masing-masing (tetapi peliknya boleh menonton beribu-ribu episod drama Korea). Apa yang ditulis disini telah dicuba sendiri oleh penulis dan penulis mendapati bahawa ianya sangat efektif dalam usaha untuk menambah ilmu untuk menghidupkan kembali budaya ilmu dalam masyarakat Islam.

'Hardware' dan 'software' yang diperlukan:
1. Semangat dan keinginan untuk mengetahui perkara diluar silibus pengajian
2. iPod / pemain mp3
3. Laptop / komputer yang mempunyai akses internet
4. Aplikasi komputer untuk mendownload 'podcast'
5. Buku dan majalah ilmiah

Sebelum bermula, tanyalah diri soalan-soalan ini:
1. Apa yang kita mahu pelajari?
2. Sedalam mana kita mahu mempelajari subjek ini?

Metod:

1. Melalui 'podcast'

'Podcast' ialah file-file multimedia yang dihantar melalui teknologi RSS ke komputer peribadi. Ini bermakna, podcast yang telah didaftarkan didalam aplikasi komputer akan memuat turun apa-apa 'file' multimedia yang baru yang diletakkan dalam laman web yang menjadi 'host' podcast itu.

Untuk menggunakan podcast ini sangat mudah. Cari mana-mana laman web yang menjadi 'host' kepada podcast tajuk yang kita mahu, muat turun podcast itu, dan masukkan 'file' tersebut dalam pemain mp3, iPod ataupun cakera padat. Bahan-bahan tersebut kemudiannya boleh didengar di dalam kereta dalam perjalanan ke tempat kerja, contohnya, semasa berjalan ke kelas ataupun di dalam kereta api dan bas. Daripada kita mendengar musik yang tidak memberi manfaat kepada kita, lebih elok kita mendengar sesuatu yang informatif, jika kita tidak mahu mendengar ayat-ayat suci Al Quran.

Contoh podcast yang boleh didownload ialah podcast dari agensi berita BBC, CNN dan Aljazeera. Selain itu, terdapat juga podcast tentang subjek-subjek tertentu seperti Sejarah Republik Rom, Sejarah Empayar Rom, Falsafah dan sebagainya. Antara laman web yang mempunyai seleksi podcast yang banyak ialah learnoutloud.com. InsyaALLAH kita boleh mendapat igambaran tentang subjek yang kita ingin pelajari dengan mendengar podcast-podcast berkaitan.

2. Buku dan majalah

Buku ini merupakan cara tradisional untuk mempelajari sesuatu, dan pada pandangan penulis, merupakan kaedah paling efektif untuk mempelajari sesuatu dengan ketiadaan guru. Namun begitu, amatlah sukar untuk kebanyakan antara kita untuk membaca dan menghabiskan buku-buku dan majalah-majalah ilmiah. Oleh itu, penulis ingin mencadangkan cara yang mudah untuk mengatasi masalah ini.

Sebelum tidur, bacalah satu buku ilmiah selama 5 minit setiap hari atau dua hari sekali. Andai tidak mahu membaca sesuatu yang sangat berat, maka bacalah majalah-majalah ilmiyah seperti 'The Economist' ataupun majalah lain yang ada di luar sana. Apa yang penting disini ialah konsistensi dan disiplin. 5 minit tidaklah lama jika dibandingkan dengan 1 episod anime ataupun drama Korea. 5 minit hanya 0.3% daripada 24 jam sehari, dan jika kita tidur selama 6 jam, 5 minit hanyalah1.4% daripada 6 jam. Hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih.

Marilah sama-sama kita mengembalikan budaya ilmu masyarakat Islam masa lampau.

Wallahua'lam

Nota Kaki:

Imakubex adalah mahasiswa Imperial College London yang menuntut ilmu Fizik. Masih muda dan amat berwibawa dan bersemangat dengan tradisi keilmuan. Kredit kepada beliau.


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

owl_UM
WARGA SETIA
Menyertai: 23.04.2007
Ahli No: 29697
Posting: 1654
Dari: Kuala Lumpur

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 19-02-09 08:29


by: zatie

!!! QUOTE !!!


salam...
saya ni dah las sem...
tapi kalau subject chemistry saya slow sikit
tatau lah Kenapa...
sem ni pula kena ambil 2 subject chemistry..
inorganic dengan chemical analysis...
cemana ni...huhuhuh
lec pula agak grg...
pernah pagi tanya kat dia dia marah balik...wuaaaa
anyone can help me??


Wassalam Cik Zatie... EERR... Ya, mula-mula mungkin akan berasa sedikit
sukar dan muak bila mula belajar mengenai atom (basic unit of an
element), protons, nucleus, particular ratio bagi setiap bahan (contoh
mudah pembentukan air melalui atom hidrogen dan oksigen) serta
macam-macam mentega lain yang perlu dipelajari... Tapi... Saya jamin
saudari akan mula meminati dan menyayangi kimia apabila saudari
bayangkan apa yang boleh dilakukan oleh CHEMISTRY ini nanti....
    
Cuba bayangkan saudarilah orang pertama di dunia ini, InsyaAllah, yang
menemukan cara untuk membelah ion-ion pada molecule ataupun
saudarilah saintis mujahidah Islam pertama yang mencipta senjata kimia
pertama penyakit cacar yang dipasang pada nuclear warhead (peledak
nuklear) yang mungkin akan membantu kita menakluk Palestine satu masa
nanti....

Guaranteed!!!!
Saudari Zatie lah merupakan antara wanita yang disanjung dalam persada
dunia satu masa nanti dan masyhur sehingga ke akhir zaman diingati
setiap bayi yang lahir di muka bumi - iaitu nama saudari Zatie terpapar
di muzium dan buku-buku teks... Sekian nasihat saya, seorang bekas
guru tusyen di Sunway City dalam subjek kimia dua tahun lepas...



p/s: Camnaalah aku boleh terlibat jaddiik cikgu dulu niiee...
Haha... Thought so, quite funny...

Bookmark and Share

    


  Member Information For owl_UMProfil   Hantar PM kepada owl_UM   Quote dan BalasQuote

Nurizmi
WARGA SETIA
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20156
Posting: 539
Dari: utara...

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 19-02-09 08:44


Pada 19-02-09 07:50 , Daeng_Jati posting:

!!! QUOTE !!!

Keseronokan dan keterujaan kita terhadap sesuatu bidang akan membuatkan otak kita sentiasa positif dengan apa yang dihadapi. Dalam konteks ini ialah Kimia.


a'ah..betul...

ana suka perhatikan sesuatu bahan..macam mana atom2 tersebut brgabung dan membentuk jisim...menarik sekali....mengkaji bahan yang terdapat di dalam alam semesta serta perubahan yang berlaku ke atas bahan ini apabila berinteraksi antara satu sama lain.

minat boleh dipupuk bila kita ada rasa 'ingin tahu'...

lama2 kalau kita perhatikan, dengan sendiri kita akan teruja dengan apa yang tersirat di sebalik kejadian sesuatu bahan..

hmm..apa yang berlaku jugak, tersirat rahsia kebesaran Allah..yang sepatutnya seorang muslim perlu menerokai dan mengkaji untuk menambahkan keimanan dan pengetahuan...:-)


-----------------
“muslimah sejati bukan dilihat dari sifat ramahnya dalam berbicara,tetapi dilihat dari sejauhmana ia bisa menjaga kehormatan dirinya dalam menutur kata”


Bookmark and Share

    


  Member Information For NurizmiProfil   Hantar PM kepada Nurizmi   Pergi ke Nurizmi's Website   Quote dan BalasQuote

bintanghati2008
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.07.2008
Ahli No: 34147
Posting: 217
Dari: kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 19-02-09 09:04


assalammualaikum...

saya salah seorang pelajar chemical.. masa mula-mula ambil chemistry... saya fail 1 sem.. sebab saya tak fokus subject chemistry... kali ke 2... alhamdulillah.. seronok juga belajar chemistry..

semua itu dorongan kawan-kawan yang sudi membantu dan juga lecturer yang memahami...

tak salah jika kita minta tolong senior... jangan malu untuk bertanya

what ever pun.. good luck

Bookmark and Share

    


  Member Information For bintanghati2008Profil   Hantar PM kepada bintanghati2008   Quote dan BalasQuote

noorul_02
Warga Rasmi
Menyertai: 16.02.2009
Ahli No: 37190
Posting: 8
Dari: utara malaysia

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 19-02-09 09:15


ooo.. saya baru saja grad tahun lepas bachelor of chemical sciences.. tak adalah pandai sangat pun.. cuma nak bagitahu, kimia ni kan rajin2 buat latihan.. buat pasti year question banyak-banyak sikit.. kalau tak tahu, bncang2 dengan kawan.. kalau kawan pun tak tahu, tya senior, kalau senior pun ala2 kompius, tya terus kat lec.. tak semestinya lec tu, maybe lec lain pun tau jugak ap yang kita tak faham tu.. ok.. lepas itu setel lah masalah awak.. :kelip:


-----------------
Friends Myspace Comments



    


  Member Information For noorul_02Profil   Hantar PM kepada noorul_02   Quote dan BalasQuote

fizizzuddin
Warga 1 Bintang
Menyertai: 17.02.2009
Ahli No: 37209
Posting: 40

blank   avatar


posticon Posting pada: 19-02-09 11:50


BELAJAR...BELAJAR...DAN BELAJAR.TAK TAHU TANYA GURU.WALAU MACAM mana PUTAR BELIT SOALAN JAWAPAN DIA YANG TU JUGALAH.TAHU FORMULAR,LAGI SENANG KERJA.OPS..LUPA pula,BACA "INNA MA'AL 'USRI YUSROO"- SURAH AL INSYIRAH BILA DAH BLUR TAK DAPAT NAK JAWAB SOALAN...INSYAALLAH.

Bookmark and Share

    


  Member Information For fizizzuddinProfil   Hantar PM kepada fizizzuddin   Quote dan BalasQuote

melon
Warga 2 Bintang
Menyertai: 13.02.2007
Ahli No: 28719
Posting: 65
Dari: kuala lumpur

saudiarabia  


posticon Posting pada: 20-02-09 00:03


saya pun student chemistry juga
sekarang dah sem 2
kimia memang agak susah
kadang-kadang bila lec ajar saya tak faham pun.huhu.
nak pecah kepala otak saya
lab pun banyak,asyik buat lab repot saja.huhu
tapi susah2 kita pun kemudian senang balik,betul tak?
good luck 4 zatie
doakan kejayaan kita bersama

Bookmark and Share

    


  Member Information For melonProfil   Hantar PM kepada melon   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 20-02-09 04:11


sekadar berkongsi nasihat & pengalaman.

belajar subject2 yang kurang dipractikkan dalam kehidupan seharian...tambah lagi sebagai pelajar....seperti chemistry....biology.....wave engineering...electrical engineering....dan so on...adalah sangat susah....unless you guys are a doctor or technician or engineer or lecturer.....then those subjects are easy for you.

pemahaman memahami subject2 itu tidak cukup....perlu ditambah dengan beberapa perkara....antaranya....FAHAM KONSEP & FORMULA....INGAT & HAFAL FORMULA or nama2 chemical substances or drugs.....and BUAT LATIHAN OR EXERCISE mengira.

bagi subject2 yang related dengan biology....tidak boleh tidak...kena HAFAL BULAT2 FAKTA & NAMA2 organs or cells or tissues or animal berkaitan.

p/s: naruto-san teringat bagaimana susahnya menghafal & mengingati nama2 muscles & vessels (artery, vein - and also lymphatic system)....dan juga bagaimana susahnya mengingati nama2 drugs (segala group of drugs, the mechanism of actions, interation of drugs with other subtances, dosages, its chemical & brand name of drugs).....sampai satu tahap...naruto-san menaruh perasan benci kepada international chemist society sebab bagi nama ubat yang entah hape2 yang sangat susah untuk diingat.....tapi lama2 bila dah hafal semuanya, faham segala formula & konsep...segalanya mudah sehingga sekarang.


-----------------
http://al-ahkam.net/home/index.php

http://www.alwahy.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

PuteraAlamMaya
Warga 2 Bintang
Menyertai: 23.01.2009
Ahli No: 36871
Posting: 51
Dari: KL

Johor  


posticon Posting pada: 20-02-09 09:38


dgrlah lagu 'chemistery' - butterfingers.
hehe...

bab-bab kimia ni banyak formula, istilah2 & jadual2nya agaknya. Ana pun dapat 6 saja masa SPM. hehe...

kena check maklumat kat internet & library serta bantuan rakan2lah kalau lecturer garang macam singer - menawan keluarga bahagia... hehe..

Bookmark and Share

    


  Member Information For PuteraAlamMayaProfil   Hantar PM kepada PuteraAlamMaya   Quote dan BalasQuote

fizal86_anakpadi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.07.2006
Ahli No: 25417
Posting: 179
Dari: sg petani

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 20-02-09 10:10


kami belajar kimia hari2...sampai dah berpinau otak
kena rajin bincang dengan kawan-kawan
menghafal
main-main
hehe
baru ok
lect tak marah agaknya....mungkin tu cara dia tegor
lect sukala kalau kita p tanya dia apa-apa

Bookmark and Share

    


  Member Information For fizal86_anakpadiProfil   Hantar PM kepada fizal86_anakpadi   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.256932 saat. Lajunya....