Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 25-08-2019  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Orang yang berada di puncak gunung itu tidak diletakkan di situ, sebaliknya mendaki dari bawah
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: NurLiyanaNajwa
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43095

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 33
Ahli: 0
Jumlah: 33

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 3 jam, 6 minit yang lalu
budakbesar: 6 hari yang lalu
azemi: 10 hari yang lalu
Firdaus15: 17 hari yang lalu
NurLiyanaNajwa: 20 hari yang lalu
secureofficemovers: 21 hari yang lalu
Naqiu: 27 hari yang lalu
nawfaa79: 28 hari yang lalu

Bincang Agama
Topik: SUJUD SYUKUR....

Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» SUJUD SYUKUR....

Please Mendaftar To Post

Oleh SUJUD SYUKUR....

asyiya_mizuki
Warga Rasmi
Menyertai: 31.12.2008
Ahli No: 36579
Posting: 13
Dari: pulau pinang

PulauPinang  

posticon Posting pada: 15-02-09 10:02

PERNAHKAH ANDA LAKUKAN SUJUD SYUKUR SETIAP HARI???ATAU BILA dapat PERKARA BAIK BARU NAK LAKUKAN???SAMA kita KONGSI....

Bookmark and Share

  Member Information For asyiya_mizukiProfil   Hantar PM kepada asyiya_mizuki   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar

posticon Posting pada: 15-02-09 10:23

memang lah dapat perara baik baru org nak lakukan.. takkan lah Kalau dapat bad news or sumthing bad happened pun nak sujud syukur??? peleks??

Bookmark and Share

  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

nizam_maniz
Warga 2 Bintang
Menyertai: 27.02.2008
Ahli No: 32740
Posting: 65
Dari: S'gOr-terGaNu-M'kA

Terengganu   avatar

posticon Posting pada: 15-02-09 12:24

salam..

cuma pendapat saya yang dangkal...

tak kira masa dan ketika, kita perlu sentiasa mengucapkan syukur pada Allah..
kalau sujud syukur, buat lepas solat ..

Wallahu a'lam..

Bookmark and Share

  Member Information For nizam_manizProfil   Hantar PM kepada nizam_maniz   Quote dan BalasQuote

aleyamaisara
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.05.2007
Ahli No: 30035
Posting: 186
Dari: skudai,johor

Sabah  

posticon Posting pada: 15-02-09 12:31

salam...
betul.sepatutnya kita tak perlu tunggu ada berita baik tapi baru nak bersyukur..hari2 kita bangun tidur pun da kira sangat beruntung sebab Allah masih lagi nak bagi pinjam nyawa kat kita.

masih ramai yang tak tahu cara-cara dan bacaan dalam sujud syukur ni. bagi sesiapa yang ada ilmu bolehlah kongsi2..

*ingatan buat diri yang lemah ini..

Bookmark and Share

  Member Information For aleyamaisaraProfil   Hantar PM kepada aleyamaisara   Quote dan BalasQuote

hyekal
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.01.2006
Ahli No: 21857
Posting: 235
Dari: bndar diRaja

Perak   avatar

posticon Posting pada: 17-02-09 06:25

Pada 15-02-09 13:26 , immad posting:

!!! QUOTE !!!

boleh baca

Oleh itu,untuk mempraktikkannya.kita perlulah membiasakan diri dengan syarat-syarat dan kaedah melakukannya.Antara syarat yang perlu dipenuhi sebelum melakukan sujud syukur ialah

*berwuduk(suci dari sebarang najis)

*menutup aurat

*mengadap kiblat

.Ringkas bukan?untuk pengetahuan semua,cara menunaikan sujud ini seperti melakukan sujud tilawah.Ketika sujud,lafaz-lafaz tahmid dan zikir akan dibaca.

http://imaduiam.wordpress.com/

Assalamualaikum,
erm, maaflh bertanya,tapi rasanya ini adalah kali pertama saya dengar
ADA SYARAT DI DALAM SUJUD SYUKUR.

boleh mntak sumber tak?

sebab setahu saya, untuk bersujud syukur :
TIDAK PERLU BERWUDHU'
TIDAK PERLU MENGHADAP KIBLAT
DAN TIDAK PERLU MENUTUP AURAT seperti dikatakan saudari.

ringkasnya, tidak ada syarat khusus di dalam sujud syukur ini.

itu adalah pengetahuan saya dan sbhagian besar rakan-rakan di sini.

harap jelaskan.

-----------------
Wallahua'lam.
isLam terbina atas lima perkara,tetapi
mujtamak terbina atas SATU kesepakatan..

Bookmark and Share

  Member Information For hyekalProfil   Hantar PM kepada hyekal   Quote dan BalasQuote

immad

Menyertai: 18.09.2004
Ahli No: 11221
Posting: 968
Dari: minal mahdi ila lahdi(UIAM)

Terengganu   avatar

posticon Posting pada: 17-02-09 23:41

maaf mungkin kekeliruan dari bahan bacaan saya dan kesilapan tidak meneliti pelbagai sumber..menurut imam syaukani,memang tidak ada nas yang jelas tentang keperluan berwudhu' dan sebagainya..

harap maaf atas kesilapan.thank you to hyekal...:)

Bookmark and Share

  Member Information For immadProfil   Hantar PM kepada immad   Quote dan BalasQuote

dR_Muslimah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 22.06.2008
Ahli No: 33752
Posting: 40
Dari: bumi ALLAH

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 18-02-09 01:15

salam..
ni dari jabatan mufiti selangor.. insyaAllah sahih..

http://www.muftiselangor.gov.my/E-Book/KoleksiArtikelIstinbat/Sujud%20Syukur.htm

1) PENGERTIAN SUJUD SYUKUR

Sujud syukur dari segi syarak ialah suatu sujud (sujud terima kasih) yang dilakukan oleh seseorang ketika mendapat nikmat atau terhindar dari bencana.

Perkataan syukur merupakan kata terbitan daripada perkataan ( ) yang bernaksud penga-kuan ke atas kebaikan yang diberikan kepada seseorang. Terjemahan dalam Bahasa Melayu ialah ucapan terina kasih.

Sebagaimana firman Allah SWT:

Ertinya :

"……………………….Dan sesiapa yang bersyukur, maka sesungguhnya faedahnya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri, (tetapi) sesiapa yang kufur ( tidak bersyukur)(maka tidaklah menjadi hal kepada Allah) kerana sesungguhnya Allah itu Maha Kaya lagi Maha Terpuji.

(Surah Luqman : 12)

Ayat ini menjelaskan kepada kita bahawa seorang hamba yang mendapat nikmat atau terhindar daripada suatu kecelakaan atau dengan erti kata lain ianya boleh dianggap sebagai kesan nikmat. Kesan nikmat akan nampak dan terlaksana dalam kehidupan seorang insan menerusi lisan (perkataan), hati (perasaan) dan perbuatan. Ertinya ketika seorang hamba itu menerima nikmat daripada Allah SWT, atau mendapat berita yang menggembirakan, maka lisannya akan berikrardan sedar bahawa nikmat yang ia dapat itu dating daripada Allah SWT. Maka, hendaklah ia bersyukur sambil mengucap Alhamdulillah memuji-muji Allah SWT. Manakala hatinya akan menjadi lapang, tenteram, damai serta sejahtera, mengakui dengan kebaikan-kebaikan yang telah diterima tersebut. Dengan demikian, kesan nikmat itu akan mengubah tingkah lakunya untuk sentiasa melaksanakan perkara-perkara yang diredhai Allah SWT.

Sebagaimana hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tirmizi:

Ertinya :

"Dari Abu Bakrah .a.Bahawasanya Nabi s.a.w. apabila telah datang kepadanya suatu urusan yang menyenangkan atau beliau gembira kerana sesuatu, beliau sujud ke tanah sebagai berterima kasih kepada Allah SWT."

( Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tirmizi)

Abdurrahman bin 'Auf menceritakan bahawa suatu ketika beliau melihat Nabi SAW mengadap kiblat iaitu bersujud dengan sujud yang panjang sehingga kata Abdurrahman bin 'Auf : "Aku menyangka bahawa Allah telah mencabut nyawa baginda ketika itu. Lalu aku mendekati baginda dan duduk disisi baginda. Maka baginda mengangkat kepalanya dan berkata: Siapa ini? Abdurrahman, jawabku.. Baginda bertanya lagi: Apa kamu buat di sini. Aku menjawab: Wahai utusan Allah tuan telah bersujud dengan suatu sujud yang mengkhawatirkan aku kalau-kalau Allah telah mencabut nyawa tuan di dalam sujud tersebut, maka baginda berkata: Sesungguhnya Jibril 'alaihissalam tadi dating kepadaku dan menggembirakan aku, katanya:

Sebagaimana hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tirmizi:

Ertinya :

Ertinya :
"Diriwayatkan oleh Ahmad dari hadis Abdurrahman Ibn "Auf (ra) bahawasanya Jibril berkata kepada Nabi SAW : Allah Taala berfirman : Sesiapa yang bersalawat ke atas kamu. Aku (Allah Taala) akan berselawat ke atasnya dan sesiapa memberikan salam kepada kamu. Aku ( Allah Taala) akan memberikan salam kepadanya."

Selain daripada itu banyak riwayat yang menceritakan bahawa ramai diantara para sahabat yang melakukan sujud syukur seperti:

Abu Bakar al-Siddiq. Beliau bersujud syukur ketika mendengar khabar terbunuhnya Musailamah al-Kazzab dalam pertempuran menumpas kaum murtad di Bandar al-Yamamah.

Ali binAbi Talib bersujud syukur ketika mendapati bahawa Za'al al-Tsadyah diantara orang-orang yang terbunuh dikumpulan al-Khawarij.

Imam Bukhari meriwayatkan bahawa Ka'ab bin Malik telah bersujud ketika sampai kepadanya berita bahawa Allah telah menerima taubatnya.

Disini dapatlah dikatakan bahawa sikap syukur itu lebih merupakan suatu tindakbalas seorang hamba ketika ciberikan suatu nikmat oleh Allah SWT atau mendapat berita yang menggembirakan atau terhindar dari bahaya kepada suatu amalan yang sifatnya ketaatan kepada Allah.

2) SEBAB-SEBAB SUJUD SYUKUR

Secara umumnya sujud syukur itu dilakukan apabila seorang hamba itu mendapat nikmat atau terhindar dari suatu bencana atau mendapatkan kembali sesuatu yang telah hilang atau selamat dari merbahaya.

Dalam hal ini hokum sujud syukur menurut mazhab Syafii dan Hanbali adalah sunat, sama ada nikmat yang diperolehi atau bencana yang dialami itu khas bagi dirinya atau am bagi semua umat Islam, seperti kemenangan ke atas musuh, hilangnya wabak yang merbahaya dan sebagainya. Tetapi terdapat suatu pandangan dikalangan mazhab Hanbali bahawa sujud syukur hanya dilakukan bagi nikmat yang sifatnya umum untuk semua umat Islam dan bukan untuk nikmat yang khas.

3) SYARAT-SYARAT SUJUD SYUKUR

Menurut mazhab Syafi'e dan Hanbali disyaratkan sepertimana hendak melakukan solat iaitu thaharah, suci daripada hadas kecil ataupun besar, mengadap kiblat dan menutup aurat.

4) KAIFIAT SUJUD SYUKUR

Cara pelaksanaanya adalah sebagai berikut:

1) Mengadap kiblat

2) Bertakbir kemudian sujud sekali dengan membaca doa sepertimana doa sujud di dalam solat.

3) Bertakbir sekali lagi untuk bangkit daripada sujud, kemudian salam tanpa membaca doa tasyahud.
(untuk salam boleh dilakukan sekali)

5) HUKUM SUJUD SYUKUR DI DALAM SOLAT

Menurut mazhab Syafi'e dan Hanbali bahawa sujud syukur tidak dibenarkan dilakukan di dalam solat kerana ianya termasuk dalam katogeri sujud di luar solat. Apabila dikerjakan maka solatnya dianggap batal kecuali dalam keadaan jahil atau lupa.

6) HUKUM SUJUD SYUKUR PADA WAKTU YANG DILARANG
MENGERJAKAN SOLAT

Makruh hukumnya mengerjakan sujud Syukur pada waktu-waktu yang dilarang mengerjakan solat sunat seperti selepas solat Subuh atau selepas solat Asar. Meskipun pada ketika itu berlaku sebab-sebab yang membolehkan mengerjakan solat sunat. Begitu juga tidak dibenarkan mengerjakan sujud syukur ketika mendengar khutbah Jumaat.

7) RUKUN SUJUD SYUKUR

1) Berniat untuk sujud syukur

2) Membaca takbiratul ihram ketika hendak sujud

3) Satu kali sujud

4) Memberi salam sesudah sujud

8) PENUTUP

Mudah-mudahan akan dapat sama-sama laksanakan sujud syukur ini dalam kehidupan kita seharian sebagai salah satu lambing ketaatan dan kesyukuran kita kepada Allah SWT, pemberi rezeki.

Bookmark and Share

  Member Information For dR_MuslimahProfil   Hantar PM kepada dR_Muslimah   Pergi ke dR_Muslimah's Website   Quote dan BalasQuote

syift
Warga 2 Bintang
Menyertai: 30.12.2008
Ahli No: 36558
Posting: 49
Dari: Diatas Bumi yang Nyata....

Perak  

posticon Posting pada: 18-02-09 07:59

Pada 18-02-09 01:15 , dR_Muslimah posting:

thank you ya dR_Muslimah..info yang dR_Muslimah pamerkan di ruangan ini memberi syift memahami cara-cara hendak melakukan sujud syukur... :-D

-----------------
"Usahlah kau merebut kasih,Yang engkau sendiri tidak pasti,Kerana Tiada Kasih Yang Abadi melainkan kasih ILAHI......"

Bookmark and Share

  Member Information For syiftProfil   Hantar PM kepada syift   Pergi ke syift's Website   Quote dan BalasQuote

nabilboy
Warga Rasmi
Menyertai: 01.04.2005
Ahli No: 15538
Posting: 1
Dari: kuantan

PulauPinang  

posticon Posting pada: 18-02-09 08:08

alhamdulillah...ada juga panduan nya...terima kasih sangat-sangat... :)

Bookmark and Share

  Member Information For nabilboyProfil   Hantar PM kepada nabilboy   Quote dan BalasQuote

Muddathsir787
WARGA SETIA
Menyertai: 20.10.2007
Ahli No: 31449
Posting: 943
Dari: Selangor

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 18-02-09 12:22

!!! QUOTE !!!

7) RUKUN SUJUD SYUKUR

1) Berniat untuk sujud syukur

2) Membaca takbiratul ihram ketika hendak sujud

3) Satu kali sujud

4) Memberi salam sesudah sujud

AlhamdulilLah.. Terima kasih atas penerangan bermakna..

HambaNYA yang jahil,
-- Muddathsir

-----------------
.: Allahumma Sollia'l a Saiyyidina Muhammad :. "Ya ALLAH kurniakanlah kejayaan, kegemilangan, kecemerlangan & kebangkitan teguh Islam dalam rahmatMu"

Bookmark and Share

  Member Information For Muddathsir787Profil   Hantar PM kepada Muddathsir787   Quote dan BalasQuote

hyekal
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.01.2006
Ahli No: 21857
Posting: 235
Dari: bndar diRaja

Perak   avatar

posticon Posting pada: 18-02-09 15:31

erm, perihal sujud syukur ni mudah saja sebenarnya..
tak pernah lagi saya dengar bahawa ada rukun2 dan syarat2 tertentu untuk bersujud syukur ni.
saya rasa kaifiat2 itu adalah antara sunnat sahj..

berkenaan dengan rukun, itu adalah rukun sujud tilawah,bukannya rukun sujud syukur.

sujud syukur boleh dibuat pada :
SEMUA WAKTU (kecuali di dalam solat)
SEMUA TEMPAT (tidak perlu menghadap kiblat)
tanpa perlu kepada takbiratul ihram dan sbagainya, hanya sujud dan cakaplah apa yang kita nak cakap.

Bookmark and Share

  Member Information For hyekalProfil   Hantar PM kepada hyekal   Quote dan BalasQuote

ilahkisas
Warga 2 Bintang
Menyertai: 29.01.2005
Ahli No: 13966
Posting: 50
Dari: kedah

Kedah  

posticon Posting pada: 18-02-09 17:11

Assalammualaikum....terima kasih kepada sesiapa yang memberi info ni.banyak juga kebaikkn nya....semoga kita sma2 mlakuknnya...amin.

Bookmark and Share

  Member Information For ilahkisasProfil   Hantar PM kepada ilahkisas   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida

Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....

egypt   avatar

posticon Posting pada: 01-03-09 01:07

salam alaik..
nak add on sikit info solat sunat syukur..
mostly..kita lakukan pabila ada sesuatu yang best..happy berlaku..hhehe

contoh menang dalam pertandingn..cemerlang dalam exam....dll.
solat ni.. dilakukan 2 rakaat atau lebih..seberapa banyak yang mahu.

niat sahaja aku solat sunat syukur..2 rakaat kerana Allah taala.
lepas bagi salam..berdoalah..

ni antara doa..ana taip maksudnya..
nak yang arab..kena tengok dalam buku ye ;)

ya Allah, baikkanlah keberkesanan perbuatan kami
dalam segala urusan dan selamtknlah kami dari kehinaan dunia
dan azab akhirat.

ya Allah, tunjukkanlah kami kepada perkara yang benar itu adalah benar
dan pandulah kami supaya mengikutinya. dan tunjukkanlah kami perkara
yang batil itu adalah batil supaya kami meninggalknnye..

waallahu'alam..

-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
bAraKalLahu Lakum..

Bookmark and Share

  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 

Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.

Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri

Loading: 0.12614 saat. Lajunya....