Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Allah SWT memberikan kita dua telinga, dua mata, satu mulut dan otak di tengah antaranya, mesti bersebab. Dengar dan lihat kanan kiri, timbang dengan otak.
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 228
Ahli: 0
Jumlah: 228




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: TIDAK TAAT KEPADA RAJA ADALAH DERHAKA - Mufti


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» TIDAK TAAT KEPADA RAJA ADALAH DERHAKA - Mufti

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 2

Go To Page: 1 · 2

Oleh TIDAK TAAT KEPADA RAJA ADALAH DERHAKA - Mufti

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 07-02-09 12:09


IPOH 6 Feb. - Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria (gambar) berkata, sesiapa sahaja yang tidak taat kepada pemerintah ataupun raja yang memerintah sesebuah negeri, orang itu dianggap derhaka.

Katanya, di dalam al-Quran jelas menyuruh umat Islam supaya sentiasa taat kepada Allah, rasul dan pemerintah iaitu raja.

''Raja yang adil dan bijaksana dalam melaksanakan tugas demi kepentingan umat Islam asalkan tidak bertentangan dengan syariat, wajib dihormati.

''Oleh itu, kita wajib menghormatinya selama mana raja itu memerintah di sesebuah negeri itu,"
kata beliau ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin semalam yang enggan meletak jawatan walaupun dititah oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Mohammad Nizar enggan melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Perak dengan alasan masih menyandang secara sah mengikut Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.

Mengulas lanjut, Harussani berkata, seseorang yang tidak taat kepada raja selagi raja itu tidak melakukan perkara yang dilarang, bererti derhaka.

''Kita juga diwajibkan taat kepada ibu bapa serta guru dan jika tidak taat itu bererti menderhaka kepada mereka," katanya.

--->UTUSAN MELOYA


-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

akil78
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.01.2009
Ahli No: 36927
Posting: 209
Dari: selangor, malaysia

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 07-02-09 12:14


ana nak tanya..
betul ke berita yang anta dapat tu..
ana kurang yakin dalam berita utusan..
semua berita dalam utusan adalah ikut telunjuk umno..
kita kena siasat siapa yang jadi dalang semua ini..
tak fikir ke kita Kenapa 3 org adun perak hilang..
bila muncul tiba-tiba lompat parti..
tak ke pelik..
sepatutnya sprm sisat 3 adun ini..
ana yakin Allah bersama dengan orang-orang yang benar..

Bookmark and Share

    


  Member Information For akil78Profil   Hantar PM kepada akil78   Pergi ke akil78's Website   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 07-02-09 12:14


!!! QUOTE !!!

Mengulas lanjut, Harussani berkata, seseorang yang tidak taat kepada raja selagi raja itu tidak melakukan perkara yang dilarang, bererti derhaka.


Jika benar bagai dikata tuan Mufti, apa jawapannya untuk ini:

ISTIADAT PERTABALAN JIN (TABAL JIN)

TABAL JIN adalah merupakan suatu istiadat turun temurun bagi Salahsilah Kesultanan Perak. Cuma di Negeri Perak ini sahaja yang ada istiadat TABAL JIN didalam Tanah Melayu ini. Negeri Perak merupakan salah satu negeri yang tertua dirantau ini dan Sultan yang memerintah biasanya didampingi oleh JIN-JIN Islam.

Disini lah kita akan melihat kedaulatan seseorang Sultan itu dimana baginda akan di NOBATKAN dahulu sewaktu hari pertabalan baginda. Istiadat Tabal Jin ini biasanya dilakukan pada sebelah senja/malam dan diterangi hanya oleh dian (lilin) sahaja.

Istiadat TABAL JIN dimulakan dengan paluan NOBAT DIRAJA pada sabelah senja sehari selepas Istiadat TABAL ADAT disempurnakan. Istiadat ini dilakukan pada waktu malam.

Selepas Jejawat Berlembing dan Jejawat Berpayung Ubur serta Jejawat Perempuan, memegang kaki dian dan Bentara Perempuan membawa Perkakas Istiadat Merenjis mengambil tempat masing-masing didalam Balairong Seri didahului oleh Panglima Dalam dan diapit oleh Panglima Perang Kanan dan Panglima Perang Kiri, dan dibelakang nya Pawang DiRaja menatang akan PEDANG CURA SIMANJA KINI, bersama Toh Seri Nara DiRaja menatang PONTOH BERNAGA dan PONTOH ULAR LIDI diatas talam berlapikkan kain kuning dan diikuti olih Sida-Sida. Biduanda-Biduanda menatang PERKAKAS KERAJAN masuk ke Balairong Seri dan diletakkan kesemua diatas meja yang disediakan di iringi dengan paluan NOBAT.

Selepas itu Pawang DiRaja dengan menatang PEDANG CURA SIMANJA KINI dan Toh Seri Nara DiRaja menatang PONTOH BERNAGA dan PONTOH ULAR LIDI keluar dari Balairong Seri didahului oleh Panglima-Panglima masuk ke Kamar Persenangan lalu mempersembahkan kepada Kebawah Duli Paduka Seri Sultan. Baginda kemudian diiringi berangkat ke Balairong Seri dengan iringan paluan NOBAT 'Raja Berangkat'.

Apabila sampai di Singgahsana, Baginda Sultan akan bersemayam diatas 'Chior Keemasan' yang disediakan dihadapan Singgahsana. Kemudian Pawang DiRaja mengadap dan mempersembahkan PEDANG CURA SIMANJA KINI kepada Baginda Sultan yang akan meriba Pedang tersebut. Selepas itu PERKAKAS KERAJAN dibawa mengadap oleh Sida-Sida dan Biduanda-Biduanda kehadapan Baginda Sultan.

Kemudian dikuti pula oleh Bentara Toh Ratna Senari dan Bentara Toh Ratna Wati masuk mengadap membawa PERKAKAS ISTIADAT MERENJIS dan dikuti pula oleh Toh Setia Guna (Ketua Nobat) bersama Ahli-Ahli Nobat DiRaja masuk ke Balairong Seri memohon limpah perkenan Baginda untuk meletak PERKAKAS NOBAT DIRAJA ditempat yang telah disediakan. Kemudian 'Istiadat Memulih' PERKAKAS KERAJAN dan PERKAKAS NOBAT DIRAJA dijalankan dan juga 'Merenjis Tepung Tawar'. Satelah selesai bacaan Doa Selamat disempurnakan oleh Sahibul Mufti Kerajaan Negeri Perak.

Satelah selesai upacara 'Memulih Perkakas Kerajan dan Merenjis Tepung Tawar', diikuti pula dengan 'Istiadat Bersiram Tabal' (Mandi Sampat) dimulakan di PANCA PERSADA. Baginda Sultan dan isteri akan berangkat dari Pintu Besar Istana. Pawang DiRaja memulakan 'Istiadat Mengelilingi Balai Panca Persada' sebanyak tujuh kali dan dibantu oleh Bomoh dan Pawang Tempatan dan Bentara-Bentara yang membawa 'Perkakas Merenjis'. Sepanjang keberangkatan Baginda NOBAT dipalu sehingga Baginda bersemayam diatas 'Perterakna Seri Panca Persada'.

Semua Putera dan Puteri baginda akan mengambil tempat di belakang Perterakna serta diringi oleh yang.bahagian.Orang Kaya-Kaya Panglima Kinta Seri Amar DiRaja, yang.bahagian. Orang Kaya-Kaya Panglima Bukit Gantang Seri Amar DiRaja dan yang.bahagian.Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan. Istiadat 'Merenjis Tepung Tawar' disempurnakan diikuti dengan bacaan Doa Selamat oleh Sahibul Samahan Mufti Kerajaan Negeri Perak.

Selepas itu 'Upacara Bersiram Tabal' (Mandi Sampat) pula dimulakan oleh Pawang DiRaja sendiri dari awal hingga akhir keatas Perkakas Istiadat Bersiram Tabal. Kain putih direntangkan dan daun nyiur muda bentuk jari lipan ditaruhkan keatas kain putih yang diregang dan dipegang oleh Toh-Toh Puan ditiap-tiap penjuru. Istiadat Bersiram Tabal dimulakan dengan mengambil sebatil GELUK berisi Air Datu dan dicurahkan keatas kain putih sehingga habis Enam Belas Batil GELUK yang berisi air.

NOBAT dipalukan sepanjang Istiadat Bersiram Tabal. Satelah selesai Istiadat Bersiram Tabal, Baginda berdua akan menyalin pakaian dan berangkat turun dari Seri Panca Persada berselimut dengan 'Kain Benang Emas Kekuningan', dan diarak balik ke ISTANA.

Satelah menukar kepada Pakaian Kebesaran DiRaja, DYMM Paduka Seri Sultan Perak akan berangkat masuk ke BALAIRONG SERI (NOBAT dipalu) dan bersemayam diatas PETERAKNA SINGGAHSANA. Pawang DiRaja melulakan 'Istiadat Merenjis Air Panca Bicara' keatas PERKAKAS KERAJAN yang sedia ada terletak diatas meja dihadapan Singgahsana, 'Merenjis Tepung Tawar' ketasa Baginda Sultan dan diikuti dengan meletakkan 'BUNGA PENCAWA PENCARA' ditelinga Baginda.

Pada waktu istiadat ini NOBAT DIRAJA akan memainkan lagu diantara empat hingga sembilan lagu. Toh Setia Guna (Ketua Nobat) akan memerhatikan gerak geri Paduka Seri Sultan ketika paluan NOBAT dipalukan. Dari sini, kedaulatan seseorang Sultan itu akan dapat diketahui.

Mengikut adat, sekiranya Baginda dapat bertahan lama diatas Singgahsana (iaitu dapat bertahan sehingga tujuh lagu keatas dipalukan oleh NOBAT) ini menunjukkan pertabalan Baginda telah direstui oleh JIN-JIN KERAJAN dan Baginda akan memerintah Negeri Perak ini lama atau pun panjang umur. Akan tetapi sekiranya Baginda hanya dapat bertahan empat atau lima lagu sahaja...petandanya umur Baginda mungkin pendek. Toh Setia Guna akan memberi isyarat kepada Ahli Nobat supaya memberhentikan paluan NOBAT apabila melihat Baginda Sultan dalam keadaan 'resah gelisah' diatas Peterakna Singgahsana.

Sewaktu NOBAT dipalukan, PEDANG CURA SIMANJA KINI akan 'bergerak-gerak' dengan sendirinya (dimana seakan-akan hendak keluar dari sarungnya). Ini menunjukkan JIN KERAJAN berserta dalam ISTIADAT TABAL JIN ini dan merestui pertabalan Baginda. Istiadat TABAL JIN selamat disempurnakan selepas upacara 'SANTAPAN NASI BERASTANOKA' dijalankan dengan bacaan doa selamat.

sumber: http://www.geocities.com/aizaris/tabaljin2

ADAKAH INI SYARIAT NABI?


-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 07-02-09 12:18


Pada 07-02-09 12:14 , akil78 posting:

!!! QUOTE !!!

ana nak tanya..
betul ke berita yang anta dapat tu..
ana kurang yakin dalam berita utusan..
semua berita dalam utusan adalah ikut telunjuk umno..
kita kena siasat siapa yang jadi dalang semua ini..
tak fikir ke kita Kenapa 3 org adun perak hilang..
bila muncul tiba-tiba lompat parti..
tak ke pelik..
sepatutnya sprm sisat 3 adun ini..
ana yakin Allah bersama dengan orang-orang yang benar..


Sumber UTUSAN MELOYA jika melibatkan kepentingan UMNO untuk menyerang Pembangkang biasanya mereka akan memastikan mereka mendapat 'peluru' paling besar 'kaliber'nya (rujuk pengkelasan peluru untuk memahami maksud Kaliber) untuk menembak.

Namun, jika ditamsil secara Pembalikan Psikologi, Mungkin kenyataan Tuan Mufti adalah mesej tersembunyi kepada Umat Islam untuk berhati-hati & bangkit apabila tiba masanya.

Wallahu'alam...


-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 07-02-09 12:20


Ini sumber dari http://rajakita.perak.gov.my/bmtabalpusaka.html tetapi versi yang diringkaskan.

Istiadat Tabal Pusaka

Istiadat Tabal Pusaka, yang dahulunya dikenali sebagai Istiadat Tabal Jin, berlangsung di dalam Balairong Seri dan di Panca Persada. Istiadat ini disempurnakan pada waktu malam dan disaksikan oleh kerabat-kerabat diraja rapat, orang besar-besar serta pemimpin-pemimpin negeri. Pakaian majlis ini adalah baju Melayu hitam, bertengkolok hitam dan bersamping kain benang emas tetapi tidak memakai bintang-bintang kurniaan. Istiadat ini bermula di Balairong Seri, dan para undangan dipandu ke tempat duduk di Balairong Seri. Istiadat dimulakan dengan paluan nobat.

Antara perkakas kerajaan yang dibawa masuk ke dalam Balairong Seri ialah pedang 'Cura Si Manja Kini', Pontoh Bernaga dan Pontoh Ular Lidi yang dipersembahkan kepada Sultan. Istiadat ini diikuti dengan Istiadat Memulih Perkakas Kerajaan dan Perkakas Nobat, dan selepas itu, Istiadat Bersiram Tabal disempurnakan di atas Panca Persada di pekarangan istana. Apabila Paduka Seri Sultan dan Raja Perempuan berangkat tiba di kawasan Panca Persada, Raja Cik Muda akan memulakan Istiadat Mengelilingi Balai Panca Persada sebanyak tujuh kali bersama-sama dengan para bomoh dan bentara yang membawa perkakas merenjis.

Baginda Paduka Seri Sultan dan Raja Perempuan menaiki Panca Persada, diiringi oleh Raja Muda dan Raja Di Hilir serta isteri mereka, dan diikuti oleh orang besar-besar serta isteri. Sebaik sahaja Paduka Seri Sultan dan Raja Perempuan selamat bersemayam di atas kemuncak Panca Persada, Raja Cik Muda memulakan Istiadat Bersiram Tabal. Air siram adalah air daripada tujuh kuala Sungai Perak yang telah dibekaskan pada Istiadat Mengambil Air Bersiram Tabal dua atau tiga hari terlebih dahulu.

Selesai sudah istiadat ini, baginda berdua berangkat turun dari Panca Persada berselimut dengan kain benang emas serta dipandu berangkat balik ke istana diringi dengan paluan nobat. Setelah menyalinkan pakaian, Paduka Seri Sultan dan Raja Perempuan berangkat masuk ke dalam Balairong Seri semula, dan bersemayam di atas petarakna singgahsana. Istiadat Merenjis Air Panca Bicara dilangsungkan, dan setelah selesai istiadat itu diikuti pula Istiadat Santapan Nasi Berastakona.


-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 07-02-09 12:23


!!! QUOTE !!!

Katanya, di dalam al-Quran jelas menyuruh umat Islam supaya sentiasa taat kepada Allah, rasul dan pemerintah iaitu raja.


Betulkan hamba yang jahil ini jika tersilap, bukankah Ketaatan itu pertama kepada Allah, kedua rasul, & ketiga IBU (yang disebut sebanyak 3 kali oleh Rasulullah) kemudian Bapa?


-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 07-02-09 12:30


Kepada akhi Daeng, bukan niat hamba menyakiti hati Melayu tuan hamba yang hamba kenal menyanjungi akar Melayu, tetapi apa jawapan kita kelak di depan Rabbul Jalil untuk segala perkara yang pernah kita tahu, pertahankan, sanjungi, rupa-rupanya hanya sebuah Fatamorgana yang menyesatkan?

Akhi Daeng, hamba dengan rendah hati memohon disanggah kenyataan & tulisan mengenai upacara Sultan kita andai ianya Fitnah sama sekali.

Namun jika benar, moga Allah menjadi penunjuk jalan yang lurus kepada kita semua.

Mungkin kejadian pergolakan politik di Perak adalah asbab / PetunjukNya yang dibuka bagi menghapuskan kebatilan di Bumi Allah s.w.t. yang telah lama berakar umbi.

-SEGALANYA MUNGKIN-


-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

akil78
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.01.2009
Ahli No: 36927
Posting: 209
Dari: selangor, malaysia

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 07-02-09 12:38


BN takut Pilihanraya, Sokongan Rakyat kepada Pakatan meningkat        
Oleh : Herman Samsudeen    
Friday, 06 February 2009
Situasi politik Perak yang meruncing mempamerkan belang sebenar Barisan Nasional (BN) yang masih fobia dengan kekalahan dalam Pilihanraya Umum lalu. Mereka tiada pilihan melainkan dengan mengumpan 2 Adun PKR yang sedang dibicarakan dan Seorang Adun DAP untuk menyokong mereka.

Pakatan Rakyat yang mencabar BN untuk bertanding semula dalam Pilihanraya tergempar ternyata lebih yakin dan berani berbanding pemimpin BN yang ada sekarang.


BN nyata tidak yakin untuk memenangi kerusi yang dimiliki oleh Pakatan dan khuatir akan kehilangan lebih banyak kerusi kepada Pakatan jika Pilihanraya diadakan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For akil78Profil   Hantar PM kepada akil78   Pergi ke akil78's Website   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 07-02-09 13:28


hehe...kalau da rasa sangsi dan benci sangat dengan utusan melayu yang dikatakan UTUSAN MELOYA tu baik jangan bacan percaya....apa yang ditulis dalam tu kalau tak puas hati rujuk nama2 yang ditulis...senang cerita..tak payah nak peningkn kepala...tak pun pergi cari kat harakah ke, suara keadilan ke yang dianggap memberikan fakta or isu yang benar....(ye ke?)..hehe..

dah best namanya UTUSAN MELAYU, nak juga bagi gelaran2 yang menurunkan standard...hehe...entah apa lagi gelaran lepas ni...tapi hakikat lah kan, kalau kita tak puas hati or benci sesuatu tu pasti akan ada lah hal-hal yang negatif ditujukan......lumrah......

Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 07-02-09 13:34


Kerja kat UTUSAN MELOYA ye? Maaflah jika terasa. Anda patut bangga hamba promote paper kerajaan :sopan:

Sudah, jangan nak 'corner baring', kalau niat nak provok tanpa hujah tuntas & pendapat kukuh, ada lebih baik anda DIAM.

-KEMBALI KE TOPIK-


-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

budakbesar
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.05.2005
Ahli No: 16407
Posting: 98
Dari: labuan

Sabah  


posticon Posting pada: 07-02-09 13:51


baik baca urtv ke, mangga ke kan?
at least lebih actual?
itu ke maksud korangg???

alahai...

lawan lah dalil mufti tu kalau mampu?

Bookmark and Share

    


  Member Information For budakbesarProfil   Hantar PM kepada budakbesar   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 07-02-09 13:59


Pada 07-02-09 13:51 , budakbesar posting:

!!! QUOTE !!!


lawan lah dalil mufti tu kalau mampu?


Dulu bising kata TGNA & TGHH bukan maksum, apa Mufti Perak bukan Manusia?

Bah, kamu di Sabah (jika benar) tidak mempunyai SULTAN, masakan kamu mengerti perasaan Melayu di Semenanjung yang dipersimpangan sama ada memilih ADAT @ SYARIAT?

Tolong hormati kami. Bukan persoalan melawan Mufti, tetapi ini soal Muhasabah sesama Muslim. Tiada yang maksum kecuali Rasul.


-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 07-02-09 18:09


Pada 07-02-09 13:34 , Laskar_Allah posting:

!!! QUOTE !!!

Kerja kat UTUSAN MELOYA ye? Maaflah jika terasa. Anda patut bangga hamba promote paper kerajaan :sopan:

Sudah, jangan nak 'corner baring', kalau niat nak provok tanpa hujah tuntas & pendapat kukuh, ada lebih baik anda DIAM.

-KEMBALI KE TOPIK-

hehe...saya tak kerja kat sana pun...nak suruh diam pula, sapa sebenarnya yang provok sapa ni? saya ada tangan, ada laptop dan ada otak nak taip atau yang paling penting saya ahli ukhwah.com..haha.., but tak berniat nak provok.sebenarnya saudara patut gunakan ketuntasan dan kebernasan saudara itu untuk tak melabel2 sesuatu tu ikut suka hati saja... saya taulah pendapat saudara tu bernas, tuntas dan apa lagi yang nas-nas tu. tapi idea bernas pun bagi gelaran macam tu, bernas dan tuntas ke??/ :jangan:

P/S : bila kita mencelah dianggap provok...nak dia saja yang betul....lumrah :roll:


-----------------
Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari)


Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 07-02-09 18:16


Tidak mengapa, jika anda tak senang dengan gelaran-gelaran yang hamba cipta, hamba minta maaf ye? :welcome:

Baiklah, jika saudara tidak redha di cop sebagai provokator murahan, apa kata menyumbang sepatah dua pendapat di setiap topik yang dilawati tanpa 'corner baring'?

Boleh kan? :-)

Jadi, sudi-sudikan jika ada input bernas saudara untuk ditaip disini atau dimana-mana.

Sekali lagi hamba mohon maaf diatas 'ketidak bernasan' hamba.

p/s: Pesanan JPJ- Mencelah-celah tanpa sebab membahayakan pemanduan. Ikut lorong anda :sopan:

-KEMBALI KE TOPIK (BUAT KALI KEDUA)-


-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

miss_zai
Warga 2 Bintang
Menyertai: 08.01.2009
Ahli No: 36672
Posting: 62
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 07-02-09 18:33


Salam..

Sabar..sabar...org lain yang berbalah..jangan kita pun ikut sama ....

Bookmark and Share

    


  Member Information For miss_zaiProfil   Hantar PM kepada miss_zai   Pergi ke miss_zai's Website   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 07-02-09 18:33


corner baring tu sejenis kuih ke?haha... saya tak pastilah saudara ini membaca setiap apa yang saya postingkan. bila da melencong dr tajuk akan diperkatakan corner baring. maybe berlaku corner baring pun sebab saudara da tunjukkan corner tu. so, saya just nak tanya or perbetulkan corner tu.

ok berbalik kepada topik, dr apa saya baca tentang komen saudara berkaitan kenyataan Mufti tu, saudara seolah-olah mempertikaikan. adakah ini disebabkan kekuatan semangat saudara terhadap parti saudara menidakkan kenyataan Mufti ni? sehinggakan saudara memberikan analogi lain untuk disama ertikan dengan maksud mufti tersebut. secara umumnya bila rakyat tidak patuh dengan arahan raja or sultan pastinya akan dianggap derhaka. so dr perspektif saudara yang tuntas dan bernas ni apa hala tujunya kenyataan mufti tersebut? adakah sekadar agenda pihak BN atau UTUSAN MELAYU yang sengaja mereka-mereka kenyataan tu? apa sebenarnya yang saudara nak dr buka topik ni?????

P/S : bagi saya(tapi bukan saya..hehe),sebenarnya provokator ni adalah satu kerja yang boleh menilai sejauh mana ahli2 yang diprovok itu memberikan hujah yang benar dan berfakta. tapi jika sebaliknya seperti, mencaci or mengutuk provokator ianya telah melambangkan sikap tidak profesional dalam perbincangan, hanya mengikut emosional dan ketaksuban kepada parti. :berfikir:


-----------------
Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari)


Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

udang_kara
Warga 2 Bintang
Menyertai: 27.12.2003
Ahli No: 6022
Posting: 57
Dari: Putrajaya

Kedah  


posticon Posting pada: 07-02-09 18:59


mungkin Nizar nampak macam derhaka kepada sultan..tapi jangan lupa..beliau juga adalah MB sebuah negeri bernama Perak....yang membawa amanah rakyat. apapun..GE 13 akan datang 3 tahun lagi..dan pastinya..rakyat Perak tidak akan lupakan apa yang telah berlaku sekarang...


so..whats next? kedah?

Bookmark and Share

    


  Member Information For udang_karaProfil   Hantar PM kepada udang_kara   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 07-02-09 19:01


Pada 07-02-09 18:33 , sya_ryn posting:

!!! QUOTE !!!



ok berbalik kepada topik, dr apa saya baca tentang komen saudara berkaitan kenyataan Mufti tu, saudara seolah-olah mempertikaikan. adakah ini disebabkan kekuatan semangat saudara terhadap parti saudara menidakkan kenyataan Mufti ni? sehinggakan saudara memberikan analogi lain untuk disama ertikan dengan maksud mufti tersebut. secara umumnya bila rakyat tidak patuh dengan arahan raja or sultan pastinya akan dianggap derhaka. so dr perspektif saudara yang tuntas dan bernas ni apa hala tujunya kenyataan mufti tersebut? adakah sekadar agenda pihak BN atau UTUSAN MELAYU yang sengaja mereka-mereka kenyataan tu? apa sebenarnya yang saudara nak dr buka topik ni?????


Haa, kan bagus begini, ada input :bunga:

Ok, berbalik kepada persoalan saudara:

!!! QUOTE !!!

ok berbalik kepada topik, dr apa saya baca tentang komen saudara berkaitan kenyataan Mufti tu, saudara seolah-olah mempertikaikan.

Mempertikaikan? Jika itu yang ada dalam perbendaharaan bahasa Melayu maka jawapan hamba YA. Hamba TIDAK menafikan kenyataan beliau bahawa Pemerintah wajib ditaati, TETAPI secara Ingat-Mengingati BUKAN Membuta Tuli.

Sila rujuk di sini --->Patik bermuram durja

Adakah Tuan Mufti tersebut telah meneliti secara KESELURUHAN konsep Pemerintah yang wajib ditaati selagi tidak melanggar syariat seperti yang beliau sendiri tamsilkan?

Jawapan:___________________________
-------------------------------------------------------------------------------

!!! QUOTE !!!

adakah ini disebabkan kekuatan semangat saudara terhadap parti saudara menidakkan kenyataan Mufti ni? sehinggakan saudara memberikan analogi lain untuk disama ertikan dengan maksud mufti tersebut.

1) Tahukah saudara hamba berpaksi (parti) apa?
Jawapnya: ISLAM tidak kira alirannya.

Hamba kurang arif apa paksi parti saudara (BN mungkin?)

2) Analogi apa sya_ryn, yang ini ke: Ketaatan itu pertama kepada Allah, kedua rasul, & ketiga IBU (yang disebut sebanyak 3 kali oleh Rasulullah) kemudian Bapa?- Cuba bagitau hamba analogi mana satu? :berfikir:
-------------------------------------------------------------------------------

!!! QUOTE !!!

secara umumnya bila rakyat tidak patuh dengan arahan raja or sultan pastinya akan dianggap derhaka. so dr perspektif saudara yang tuntas dan bernas ni apa hala tujunya kenyataan mufti tersebut?

Dari perspektif hamba yang dikatakan tuntas oleh saudara (terima kasih, wah hampir menhampiri Riak hamba ni), Hala tuju mufti tidak lain & tidak bukan:

1- MUNGKIN menyuruh umat Melayu Islam ikut sahaja apa yang dititah, diarah, dibuat oleh Pemerintah tanpa usul periksa & tanpa banyak soal;

ATAU

2- MUNGKIN (seperti posting ke-3 hamba): Namun, jika ditamsil secara Pembalikan Psikologi, Mungkin kenyataan Tuan Mufti adalah mesej tersembunyi kepada Umat Islam untuk berhati-hati & bangkit apabila tiba masanya.
-------------------------------------------------------------------------------

!!! QUOTE !!!

adakah sekadar agenda pihak BN atau UTUSAN MELAYU yang sengaja mereka-mereka kenyataan tu?

Saudara yang cakap, bukan hamba! :jangan:
-------------------------------------------------------------------------------

!!! QUOTE !!!

apa sebenarnya yang saudara nak dr buka topik ni?????

Tak lebih, hamba hanya nak Melayu buka mata & Iman. Jika saudara peribumi Sabah jua nak ambil iktibar dari khilaf kami Melayu Semenanjung, kecil tapak tangan nyiru hamba tadahkan. Sekian.

-Solat Time-


-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 07-02-09 22:06


Pada 07-02-09 12:30 , Laskar_Allah posting:

!!! QUOTE !!!

Kepada akhi Daeng, bukan niat hamba menyakiti hati Melayu tuan hamba yang hamba kenal menyanjungi akar Melayu, tetapi apa jawapan kita kelak di depan Rabbul Jalil untuk segala perkara yang pernah kita tahu, pertahankan, sanjungi, rupa-rupanya hanya sebuah Fatamorgana yang menyesatkan?

Akhi Daeng, hamba dengan rendah hati memohon disanggah kenyataan & tulisan mengenai upacara Sultan kita andai ianya Fitnah sama sekali.

Namun jika benar, moga Allah menjadi penunjuk jalan yang lurus kepada kita semua.

Mungkin kejadian pergolakan politik di Perak adalah asbab / PetunjukNya yang dibuka bagi menghapuskan kebatilan di Bumi Allah s.w.t. yang telah lama berakar umbi.

-SEGALANYA MUNGKIN-



Saya tidak kisah hal berkenaan.

Berkenaan Istiadat Tabal Jin, maaf saya tiada maklumat yang cukup dan tidak cukup ilmu. Secara pendeknya apa yang dapat nyatakan ialah, Tabal Jin adalah pertabalan Sultan yang bakal memerintah Perak Darul Ridzuan, iaitu sebagai pemerintah kerajaan Perak secara realiti (manusia) dan jin. Jin juga di bawah takluk kekuasaan Duli Paduka Sultan. Secara tasawwuf dan ilmu ghaibnya saya tidak dapat jelaskan, maaf. Ilmu saya yang tidak cukup menyebabkan saya tidak dapat menjelaskan secara terperinci.

Apa yang dapat saya jelaskan, Sultan yang adil sultan mempunyai Daulat, namun begitu dalam erti penceritaan zaman kini (secara generiknya zaman selepas pencabulan hak dan perancunan oleh pihak penjajah kepada Sultan yang memerintah, rasanya (pada pendapat daif saya) segala daulat itu telah pun tiada. Sekadar memetik perjanjian Demang Lebar Daun dan Sang Sapurba;

Sembah Demang Lebar Daun: “Adapun tuanku, segala anak cucu patek sedia akan jadi hamba ke bawah duli Yang di-Pertuan; hendaklah ia diperbaiki oleh anak cucu duli tuanku. Dan jika ia berdosa, sebesar-besar dosanya pun, jangan difadhihatkan, dinusta dengan kata-kata jahat. Jikalau besar dosanya dibunuh, itupun jikalau berlaku pada hukum Syara’.”

Titah Sang Sapurba: “Akan minta ayahanda itu hamba kabulkanlah. Tetapi hamba minta satu janji pada ayahanda hamba”

Sembah Demang Lebar Daun: “Janji yang mana itu, tuanku?”

Titah Sang Sapurba: “Hendaklah akhir zaman kelak anak cucu ayahanda hamba jangan derhaka pada anak cucu kita. Jikalau ia zalim dan jahat pekerti sekali pun”.

Sembah Demang Lebar Daun: “Baiklah tuanku. Tetapi jikalau anak buah tuanku dahulu mengubahkan dia, maka anak cucu patek pun mengubahkanlah.”

Titah Sang Sapurba: “Baiklah, kabullah hamba akan wa’adat itu.”

Sejarah Melayu

Cuba kita selusuri dan ambil inti disebalik perjanjian ini. Dan harus bila kita mengkaji sejarah mempunyai daya pemikiran dari kepelbagaian perspektif. Sudut pandang dari Islam, Adat, Istiadat, Budaya dan Sosial.

Dan Konsep Daulat juga perlu dilihat dari Perspektif Islam. Apa itu Daulat? Dan Kenapa Sultan dahulukala mempunyai Daulat?

Malah sekarang kuasa Sultan telah tiada. Ini juga salah satu "tulah" (boleh saya katakan begitu). Ada satu (1) lagi perjanjian yang boleh diteladani iaitu perjanjian Sultan Muzaffar Syah dengan Tok Temong.

Kini isu Sultan Perak cukup hangat diperkatakan dek sebab peristiwa semalam. Alhamdulillah ada perkembangan yang baik. Setiap orang tercari-cari tentang Sultan Perak sama ada untuk mengutuk dan membela. Dalam internet saja sudah banyak laman yang mengutuk dan membela Sultan. Apakata sama-sama kita selusuri sejarah penting tradisi Kesultanan Melayu Nusantara ini? Jangan hanya sekadar menumpukan kepada sesuatu perkara saja seperti suasana kini dan kemudian semuanya reda. Saya sendiri ada mempunyai pendapat yang bercanggah dengan sejarah Melayu Nusantara ini. Sememangnya begitulah dalam tradisi pengkajian ilmu sejarah ini, lebih-lebih lagi sejarah kesultanan melayu nusantara yang banyak tidak dijelaskan secara realitinya. Dan pada pendapat saya (sejak mengabdikan diri dalam mengkaji sejarah Nusantara) banyak sangat sejarah yang terpesong dari kebenaran. Itulah hakikatnya yang melayu hilang jati dirinya yang kini terkapai-kapai. Hingga satu system propaganda yang begitu sistematik dan menyerap secara sistemik dalam jiwa orang melayu. Malah orang melayu dah tak kenal siapa melayu itu hingga semangat Nasionalisma itu yang melampaui.

Sejarah Kesultanan Melayu ini begitu signifikan dengan orang melayu dan orang yang bernaung di bawah pemerintahan Duli Tuanku (cuba bayangkan suasana Kegemilangan Islam Nusantara), dan kita fikirkan sejenak usaha bersungguh-sungguh penjajah untuk menghapuskan tradisi kesultanan Nusantara ini. Secara generiknya, penjajah tidak dapat menghapuskan tradisi kesultanan Melayu Nusantara khususnya di Semenanjung. Namun begitu, propaganda dan jarum yang halus telah dicucuk kepada orang-orang melayu. Dan secara sistematiknya meracuni kerabat Diraja melayu. Fikiran yang diracuni dengan sistem sekular dan budaya barat. Tengok sajalah sistem pendidikan tanah melayu di era penjajahan dulu, golongan bangsawan dan diraja diajar di sekolah beraliran inggeris kemudian dihantar ke Inggeris untuk meneruskan sistem Inggeris ini. Dan kini, inilah hasilnya. Mereka telah berjaya dengan gemilangnya dan kini mereka boleh duduk selesa dan biarkan ianya bergerak secara spontannya dalam dunia Nusantara ini. Dan terbuktilah kini, contohnya di Malaysia Kerabat Diraja sudah hilang jati dirinya dan semestinya Daulatnya telah tiada.

Berkenaan isunya di Perak, ‘cerita-cerita istana’ yang tidak sedap didengar dikalangan kerabat sendiri banyak berhembus sepoi-sepoi bahasa. Sesiapa yang rapat dengan Istana pasti tahu berkenaan isu ini.


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 07-02-09 22:26


Terima kasih atas respon akhi Daeng.

Ada seperkara yang menjadi persoalan di benak hamba, yakni mengenai kepercayaan bahawa Raja-raja @ Sultan Melayu berakar umbikan Wali Allah Iskandar Dzulkarnain?

Sedangkan majoriti rakyat Malaysia khususnya Melayu mengetahui Kesultanan Melayu bermula oleh Parameswara, seorang Nusantara beragama Hindu sebelum memeluk Islam setelah menjadi Sultan Melaka.

Secara terangnya, kita tahu Iskandar Dzulkarnain adalah beragama Tauhid/Hanif/Islam. Bagaimana Raja-raja alam Melayu ada 'kena-mengena' sedangkan Parameswara BUKAN Muslim? Dan apakah ada bukti pemilikan walau Satu (1) barang kebesaran warisan Iskandar Dzulkarnain yang dimiliki Raja-raja Melayu terutama Kesultanan Perak?

Maafkan pertanyaan hamba ini jika terlalu berat untuk diperhalusi oleh akhi Daeng.

-MOGA ALLAH MENYULUHI JALAN KEBANGKITAN KHALIFAH-


-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 07-02-09 22:35


Ya, memang ini antara percanggahan yang ada. Perwarisan dari Iskandar Zulkarnain dan Susurgalur dari Aceh ataupun Samudera ataupun Perlak ataupun Samudera Pasai (Pada Zaman Kegemilangannya).

Perak dan Aceh adalah begitu signifikan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 07-02-09 22:37


Dan ada alat kebesaran Sultan Perak yang cuma 'replika' dan bukan yang asli dan ada yang telah hilang. Kenapa? hehehehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 07-02-09 22:43


Pada 07-02-09 22:37 , Daeng_Jati posting:

!!! QUOTE !!!

Dan ada alat kebesaran Sultan Perak yang cuma 'replika' dan bukan yang asli dan ada yang telah hilang. Kenapa? hehehehe


Hamba ada tertiup di daun telinga hamba, bahawa Sultan Azlan Shah bukan Sultan Haq Negeri Perak, mungkinkah ada kaitan dengan pernyataan akhi? Siapa tahu, Ujian Allah kali ini sebenarnya perancangan Allah yang LEBIH AKBAR dari kejatuhan PR; untuk mengembalikan yang Haq kepada Berhak sekaligus menghapuskan Kebatilan ratusan tahun umat Melayu kepada Nur Islamiyyah yang hakiki?

-ALLAH MAHA MERANCANG-


-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 07-02-09 22:48


Kepada Laskar Allah, jawapannya ialah Ya. Sepatutnya pada dahulunya Sultan Abdullah yang sepatutnya ditabalkan, tapi itu peristiwa dulu. Tapi ianya penting untuk susurgalur yang selepasnya.

p/s

Cuba kaitankan Peristiwa 'Pangkor' dengan Peristiwa Sultan Dihina.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 07-02-09 22:50


Agak menarik Peristiwa Bersejarah semalam dengan Peristiwa ratusan tahun dahulu. Perkataan 'Pangkor' dalam dua (2) zaman yang berbeza.


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 07-02-09 22:53


Subhanallah! Kronologi ini semakin menarik. Maafkan hamba, ingatan Kisah Pangkor semakin luput diingatan, jika tiada keberatan akhi mengkiaskannya buat tatapan Ukhwahian, sekaligus akhi menyusun kembali kronologinya yang berkaitan Sultan Dihina baru-baru ini?

Adakah kerana 'tertabalnya' MB baru dari Pangkor Dr Zambry?


-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 07-02-09 23:01


Tuan Penguasa,

Mohon kebenaran Tuan untuk membenarkan perbincangan ini berlanjutan, kerana MUNGKIN apa yang akan timbul dari sesi hamba & Daeng yang 'agak terkeluar topik' ini akan menghamburkan sesuatu yang PENTING & merungkai sekaligus menyimpulkan topik ini satu hari nanti, biiznillah.

Terima kasih atas kerjasama Tuan.


-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 07-02-09 23:23


Sementara menantikan jawapan akhi Daeng, mari review (dengan izin) pandangan bebas blogger di bawah:

07 Februari 2009
Mustahil Nizar durhaka.

Berita yang tidak bertanggung jawab dan putar belit dengan suatu plot yang terancang dengan ending yang nampak semata-mata ingin melaga-lagakan individu dan kelompok tertentu dengan pihak Istana perak adalah satu tindakan yang sangat tidak bertanggung jawab.

Sebagai warga Perak semua maklum dan mengetahui bahawa hubungan Ir. Nizar dengan pihak istana sangat baik dari mula dia diangat menjadi menteri besar sehinggalah kepada saat terakhir dia mengadap DYMM Sultan Perak pada 4 Feb yang lepas.

Berulang kali juga dia memberi kenyataan akhbar bagi menafikan berita yang sering mengapi-apikan bahawa hubungan beliau dengan istana tidak baik.

Antara persoalan yang di putar belit ialah Nizar durhaka kepada sultan Perak pada pertemuan 4 Feb yang lepas.

Saya mengakui sebagaimana kenyataan Nizar dalam banyak kenyataan akhbar, malah saya lah orang yang pertama mendengar cerita bagaimana pada 4 Feb dia " mohon ampun dari Tuanku dengan Sembah Durhaka".

Sebenarnya ramai yang tidak faham dengan apakah maksud "sembah durhaka" dalam bahasa istana sehingga pihak yang tidak bertanggung jawab memutar belit mengatakan Nizar durhaka kepada Sultan.

Secara umum saya faham dengan usaha baling batu dan sembunyi tangan oleh pihak yang mengambil peluang untuk menaikkan kemarahan dan kebencian rakyat yang memang tidak boleh menerima hakikat kalau ada yang durhaka kepada raja dari dulu hingga sekarang.

Begitulah Nizar yang saya yakin tidak pernah dan berhasrat untuk durhaka kepada Sultan, rekod hubungan baiknya dengan DYMM Sultan Perak dan Raja Muda berterusan sejak diangkat menjadi MB hinggalah sekarang.

Pihak yang menjadi api dalam sekam terus menerus meniupkan istilah kononnya ada yang durhaka kepada raja.

Sebenarnya 'sembah durhaka' bermaksud dalam bahasa biasa kurang setuju atau mohon dipertimbangkan semua dalam maksud yang saya fahami.

Disebabkan mnasalah yang berat pada perkiraan Menteri Besar perlu diadakan pilihanraya semua dengan permohonannya supaya di bubarkan DUN. Maka sewajarnya beliau memohon DYMM Tuanku mempertimbangkan permohonan itu sehalus dan sebaik mungkin.

Sebab itu keputusan yang dibuat oleh DYMM Tuanku mestilah mengambil kira kepada cadangan awal dari memanda Menteri Besar yang masih sah. Amat malang kalau ada "lembaga" lain yang memberi nasihat yang terlebih malang kalau ianya diterima dan seterusnya mengundang kekecohan yang siapapun tidak merancangnya kerana ianya meledak dengan sendirinya.

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 11:09:00

http://idhamlim.blogspot.com/2009/02/musatahil-nizar-durhaka.html


-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 07-02-09 23:33


Pada 07-02-09 18:59 , udang_kara posting:

!!! QUOTE !!!

mungkin Nizar nampak macam derhaka kepada sultan..tapi jangan lupa..beliau juga adalah MB sebuah negeri bernama Perak....yang membawa amanah rakyat. apapun..GE 13 akan datang 3 tahun lagi..dan pastinya..rakyat Perak tidak akan lupakan apa yang telah berlaku sekarang...


so..whats next? kedah?


Most probably, & jangan terlepas pandang Selangor. Kedua-dua negeri adalah sasaran panas BN.


-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

jebat_86
Warga 3 Bintang
Menyertai: 31.10.2008
Ahli No: 35674
Posting: 121

blank   avatar


posticon Posting pada: 07-02-09 23:56


ISH3..politik xabis2 lagi..
seolah-olah Islam ni dapat dibangunkn kembali dengan politik saja..
tak ada cara lain ke? kalau pasal politik saja sesama Islam nak gduh,
cakap mufti tak nak dengar..cakap org kafir (DAP,MCA,etc) nak dengar..
aku tak nak lah join politik..
ISlam belum tentu dapat manfaat lagi tapi masing-masing dah brpecah..
ish3..masing-masing cuba tgakkn benang yang basah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For jebat_86Profil   Hantar PM kepada jebat_86   Quote dan BalasQuote

kapten06
WARGA SETIA
Menyertai: 04.01.2007
Ahli No: 28008
Posting: 1266
Dari: KEDAH

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 08-02-09 00:05


Daeng boleh tahu tak kat mana daeng dapat maklumat mengenai sejarah negeri perak? saya pun berminat juga dalam menkaji sejrah ini...boleh share kat sini tak? Disini saya ada satu link yang menceritakan sejarah negeri kedah yang pernah di postkan oleh saudara hafeezul kalau tak silap saya..memang menarik. Terpulang lah kepada anda nak percaya atau tidak...

http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/


p/s minta maaf penguasa melencon sikit...

Bookmark and Share

    


  Member Information For kapten06Profil   Hantar PM kepada kapten06   Pergi ke kapten06's Website   Quote dan BalasQuote

jamian
Warga 1 Bintang
Menyertai: 31.01.2009
Ahli No: 36971
Posting: 39
Dari: telok panglima garang

Selangor  


posticon Posting pada: 08-02-09 00:12


ternyata politik malaysia telah memecah belahkan bangsa melayu ,wahai bangsaku bangkitlah tak kira anda dari parti mana bn,pas,pkr ke bersatulah.

jangan diperbesar2kan perkara kecil,dunia hanya sementara,manfaatkanlah ia sebaik mungkin.

maklumat lanjut sila klik disini:-
http://xpres2u.blogspot.com

Bookmark and Share

    


  Member Information For jamianProfil   Hantar PM kepada jamian   Pergi ke jamian's Website   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 08-02-09 00:14


Pada 07-02-09 23:56 , jebat_86 posting:

!!! QUOTE !!!

ISH3..politik xabis2 lagi..
seolah-olah Islam ni dapat dibangunkn kembali dengan politik saja..
tak ada cara lain ke? kalau pasal politik saja sesama Islam nak gduh,
cakap mufti tak nak dengar..cakap org kafir (DAP,MCA,etc) nak dengar..
aku tak nak lah join politik..
ISlam belum tentu dapat manfaat lagi tapi masing-masing dah brpecah..
ish3..masing-masing cuba tgakkn benang yang basah..


Salam Derhaka Laksamana jebat_86.

YA, memang Islam dapat dibangunkan kembali dengan Politik Islam, memang tiada cara lain. Nak tahu mengapa? Rajin-rajinkan jemari tuan hamba yang tangkas bermain senjata untuk tangkas jua mencari tentang Sistem Khilafah yang bertebaran di Ukhwah.com.

Nampaknya darah panas tuan hamba semenjak berpencak dengan Tuah masih menggelegak sehingga mengabui pertimbangan tuan hamba tentang Muhasabah @ Mempertikai.

Jangan dikesalkan jika suatu hari nanti tuan hamba akan terpaksa menelan kembali kata-kata tuan hamba yang tiada mahu mempercayai politik lagi.

Tegakkan benang basah? :sopan:

SELAMAT MENYELAMI POLITIK


-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 08-02-09 00:15


Pada 08-02-09 00:05 , kapten06 posting:

!!! QUOTE !!!

Daeng boleh tahu tak kat mana daeng dapat maklumat mengenai sejarah negeri perak? saya pun berminat juga dalam menkaji sejrah ini...boleh share kat sini tak? Disini saya ada satu link yang menceritakan sejarah negeri kedah yang pernah di postkan oleh saudara hafeezul kalau tak silap saya..memang menarik. Terpulang lah kepada anda nak percaya atau tidak...

http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/


p/s minta maaf penguasa melencon sikit...


Terima kasih maklumat, dun wery InsyaAllah approve punya :-)


-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 08-02-09 00:19


Pada 08-02-09 00:12 , jamian posting:

!!! QUOTE !!!

ternyata politik malaysia telah memecah belahkan bangsa melayu ,wahai bangsaku bangkitlah tak kira anda dari parti mana bn,pas,pkr ke bersatulah.

jangan diperbesar2kan perkara kecil,dunia hanya sementara,manfaatkanlah ia sebaik mungkin.


Politik Malaysia tidak memecahkan bangsa Melayu, kerana ia telah disulam sebegitu rapi oleh Raja Segala Raja untuk 'sesuatu' yang lebih akbar dibelakang hari. Dari perkara kecillah akan muncul perkara Besar.


-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

rie_boyz
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.10.2006
Ahli No: 26704
Posting: 133
Dari: upm bintulu,sarawak

Terengganu  


posticon Posting pada: 08-02-09 00:22


jsbb tu politik dengan islam tak dapat dipisahkn...sesetengah tu ada yang menafikan semua tu cakap politik suku islam suku..itula org yang tak gunakan akal sebaik-baiknya untuk mendalami islam yang sebenarnya..

Bookmark and Share

    


  Member Information For rie_boyzProfil   Hantar PM kepada rie_boyz   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 08-02-09 07:43


Pada 07-02-09 13:51 , budakbesar posting:

!!! QUOTE !!!


lawan lah dalil mufti tu kalau mampu


Alahai budakbesar, kenyataan taghut itu senang sangat untuk disanggah. Mungkin bagi orang awam yang kurang ilmu sang mufti boleh tunjuk pandai, tetapi tidak bagi pejuang Islam yang dibina dengan tsaqafah Islam yang murni.

Ayat An Nisa' 59 berkenaan ketaatan kepada ulil amri' biasanya diperalatkan oleh pelacur agama untuk memuaskan hati ketua mereka. Oleh itu mari kita lihat tafsiran para ulama' yang jujur lagi tsiqah. Maka kita akan dapat lihat bagaimana sang mufti menjual ayat2 Allah dengan harga yang sangat murah.

“Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah RasulNya, dan ulil amri di antara kalian. Kemudian, jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (al-Quran) dan Rasul (sunnah), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama bagimu dan lebih baik akibatnya.” (QS. al-Nisaa’:59)

Pendapat senada dikemukakan oleh al-Hafidz al-Suyuthi dalam kitab Tafsirnya, al-Durr al-Mantsur, Imam An Nasafi dalam Madaarik al-Tanziil wa Haqaaiq al-Ta`wiil, Imam Syaukani dalam Fath al-Qadî, Ibnu Araby dalan Al Ahkam Al Quran dan serta kalangan mufassir lainnya. Saya petik penjelasan Imam An Nasafi berkenaan tafsir ayat ini.

............................................................................................
“Ayat ini menunjukkan bahwa taat kepada para pemimpin adalah wajib, jika mereka sejalan dengan kebenaran. Apabila ia berpaling dari kebenaran, maka tidak ada ketaatan bagi mereka. Ketetapan semacam ini didasarkan pada sabda Rasulullah saw,

“Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam kemaksiatan kepada Allah.” (hari. Ahmad).

Dituturkan bahwa Maslamah bin Abdul Malik bin Marwan berkata kepada Abu Hazim,” Bukankah engkau diperintahkan untuk mentaati kami, sebagaimana firman Allah, “dan taatlah kepada ulil amri diantara kalian..”
Ibnu Hazim menjawab, “Bukankah ketaatan akan tercabut dari anda, jika anda menyelisihi kebenaran, berdasarkan firman Allah, “jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah, iaitu kepada Rasul pada saat beliau masih hidup, dan kepada hadits-hadits Rasul setelah beliau saw wafat..”

.................................................................................................

Imam Syaukani menjelaskan makna ulil amri' adalah


“Ulil amriy adalah para imam, sultan, qadhi, dan setiap orang yang memiliki kekuasaan syar’iyyah, bukan kekuasaan thaghutiyyah"
.................................................................................................


Kalau nak bahas bab ketaatan kepada pemimpin, ia merupakan bab yang panjang dan telah dibahas oleh banyak ulama' kerana ia polemik yang dah berlaku sekian lama. Telah, sedang dan akan terus ada ulama' yang menggunakan ayat2 Allah untuk kepentingan periuk nasi dan tembolok mereka. Mereka akan terus mempertahankan si taghut selagi mana si taghut itu memberi makan kepada mereka.

Saya petik 2 penjelasan dari Imam An Nasafi dan Imam Syaukani diatas untuk mendedahkan kesalahan kenyataan Harussani dari 2 aspek.

1) Tiada ketaatan bagi perkara yang bertentangan dengan Islam
2) Ulil Amri yang wajib ditaati adalah mereka yang mendapat kekuasaan secara syar'ie, bukan melalui adat atau pun sistem sekular demokrasi.

Saya harap
1) Saudara2 semua dapat melihat bahawa sistem demokrasi yang diamalkan ini tiada sumber Islam. Maka apabila ada permasalahan timbul, maka tiada sumber AlQuran, Sunnah, Ijma' Sahabah mahupun kias sebagai rujukan. Yang ada undang-undang Lord Reid dan undang-undang negeri Perak.

2) Memahami tiada ketaatan kepada hukum taghut dan juga penguasa yang mendapat kekuasaan secara taghut. Pemimpin hari ini bukanlah pemimpin Islam yang sah, tetapi pemimpin taghut.

3) Memahami pendirian ulama'2 kerajaan di Malaysia, bahawa mereka hanya berani memperjuangkan Islam dalam soal remeh temeh tetapi akan terus menjaga kepentingan tuan-tuan mereka. Kalau kita cerdik sedikit, sepatutnya kita dah lama dapat membaca makar Harussani. Bagaimana beliau lepas tangan dalam isu murtad sebelum ini, beliau adalah AJK Islam Hadhari dan beliau tidak setuju dengan khilafah.


Jadi kawan-kawan, dengan ilmu yang kita ada, ada yang sampai masuk universiti,sepatutnya kita melihat soal kehidupan dengan pemikiran Islam yang jernih, tiada Islam kecuali Islam semata. Tolak tepi taghut Melayu, Adat dsbnya, ambil Islam saja. Smeoga kita akan lebih cerdik. Tak begitu Laskar Allah, Daeng Jati?

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

rozali
Warga Rasmi
Menyertai: 15.08.2006
Ahli No: 25823
Posting: 8

blank   avatar


posticon Posting pada: 08-02-09 09:51


senang macam mana lah,kita kaji tol2 dan buat sahabat jangan percaya pada berita harian,utusan dan lain lah..sb banyak fitnah yang dilemparkan..so ana cadang kaji lah selain dari sumber2 ni

Bookmark and Share

    


  Member Information For rozaliProfil   Hantar PM kepada rozali   Quote dan BalasQuote

rozali
Warga Rasmi
Menyertai: 15.08.2006
Ahli No: 25823
Posting: 8

blank   avatar


posticon Posting pada: 08-02-09 09:59


dan buat sahabat-sahabat sekalian, perlu faham betul-betul tafsiran taat kepada pemimpin 2...sila rujuk kitab al-ahkam al-sultaniah, anta akan tahu apakah ciri-ciri seorang pemimpin yang perlu ditaati sebagaimana dalam firman Allah 2..dan balik kepada sultan perak 2..antara isi kandungan dalam kitab al-ahkam sultaniah antara ciri-ciri pemimpim ialah ia boleh menjadi imam dalam solat dalam jamaah dan lain sila rujuk kitab ini.

Bookmark and Share

    


  Member Information For rozaliProfil   Hantar PM kepada rozali   Quote dan BalasQuote

samudra
WARGA SETIA
Menyertai: 06.12.2005
Ahli No: 20847
Posting: 721
Dari: Tanah Melayu

stkitts_nevis   avatar


posticon Posting pada: 08-02-09 10:41


Tidak taat kepada raja adalah derhaka , tidak taat kepada tuhan masuk neraka , dari kenyataan mufti Perak aku hanya paham hanya wajib taat kepada Raja dan pemerintah
yang adil dan patuh kepada Allah sahaja.

kalau raja dan pemimpin yang derhaka kepada Allah ....BOLEH BELAH..



Bookmark and Share

    


  Member Information For samudraProfil   Hantar PM kepada samudra   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 08-02-09 10:57


Pada 08-02-09 09:51 , rozali posting:

!!! QUOTE !!!

senang macam mana lah,kita kaji tol2 dan buat sahabat jangan percaya pada berita harian,utusan dan lain lah..sb banyak fitnah yang dilemparkan..so ana cadang kaji lah selain dari sumber2 ni
maaf tuan tanah tajuk, melencong kejap...hhehe

untuk bacaan mana yang sebetulnya...

!!! QUOTE !!!


Utusan Meloya, Berita Hairan, TV3 Suku itulah gelaran yang diberikan kepada media arus perdana atau boleh dikatakan media propaganda kerajaan BN, atas alasan berita yang mereka khabarkan lebih merupakan propaganda dari UMNO/BN. Tetapi bagaimana pula pesanan yang ingin disampaikan oleh Harakah? Keadilan? Apakah mereka juga bukan alat propaganda PR?

Baru-baru ini saya terserempak dengan sebuah forum yang sememangnya pro-UMNO. Sebuah tajuk telah dibuka berkisar tentang harga minyak runcit yang kerajaan sepatutnya beri kepada rakyat. Setelah puas menanyakan soalan kepada pembuka tajuk tersebut, didapati pembuka tajuk tersebut hanya pandai "cut & paste" maklumat yang didapati daripada Harakah. Lidah rasmi PAS.

Berikut merupakan formula yang telah dihebahkan kepada umum oleh Harakah.

    Harga Minyak Global 1 Tong = USD 92.70 (bersamaan dengan RM 319.82)
    1 Tong bersamaan dengan 159 liter
    Nilai Ringgit sekarang berbanding Dolar = RM 3.45
    Harga satu liter > RM 319.82 / 159 liter = RM 2.01

    Subsidi kerajaan = RM 0.30
    Harga sepatutnya > RM 2.01 - RM 0.30 = RM 1.71 (harga sepatutnya)
    Harga sekarang = RM 2.45 sen

    Beza kerajaan tipu Rakyat Malaysia = RM 2.45 - RM 1.71 = RM 0.74 apa liter.

    - Harakah 25/09/2008

Formula yang diguna pakai oleh Harakah lebih kurang sama dengan formula yang saya gunakan, boleh rujuk semula disini. Terdapat beberapa ralat didalam formula Harakah tersebut.

1. Tiada kos pengangkutan dan lain
2. Harga minyak mentah global bukanlah $92.70/tong

Mungkin ada yang bertanya dimana saya mendapat kos pengangkutan tersebut? Dimana sumber saya bagi formula tersebut? Ianya dari akhbar TheStar, sehari sejurus kerajaan menaikkan minyak secara mendadak. Dan mungkin juga ada yang akan berkata harga $92.70/tong itu adalah harga minyak mentah yang PERNAH menjunam dahulu dan bukan harga sekarang.

    masa artikel ni ditulis memang minyak masih di bawah USDS100..tetapi sejak berapa hari lepas minyak mengalami kenaikan sedikit..so harga sekarang tidak sama...

Untuk rekod, artikel tersebut ditulis dan terbit pada tanggal 25 Sept 2008. Harga tertinggi minyak mentah pada tarikh tersebut adalah $108.55 dan harga PALING rendah adalah $103.35.



Persoalannya bagaimana Intan Abdullah(penulis artikel) mendapat harga $92.70/tong? Atau beliau ingin mengelirukan pembaca? Atau beliau ingin menghasut pembaca supaya lebih membenci kepada kerajaan?

    Sesungguhnya kalau orang munafik dan mereka yang dihatinya ada penyakit dan penggempar-penggempar (penghasut-penghasut) di Madinah tidak menghentikan (kegiatannya) sudah tentu kami akan perintahkan engkau menyerang mereka, kemudian mereka tiada dapat tinggal berjiran dengan engkau kecuali sementara waktu saja.

    - al-Ahzab:60

Jika tiada logik pada harga tersebut, saya fikir artikel Harakah tersebut juga tidak mempunyai bukti yang kukuh untuk mengatakan kerajaan menipu rakyat Malaysia. Dan ini menunjukkan berita ini hanyalah satu fitnah dah propaganda dari mereka yang tidak bertanggungjawab.

    Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

    - al-Hujurat:6

Banyak lagi kes kita boleh lihat bagaimana Harakah cuba menyembunyikan fakta atau berita yang menyelebelahi kerajaan. Lihat sahaja kes ahli Keadilan(muslim) baru-baru ini yang telahpun mengaku mengadakan zina,

    Saya telah diberikan seorang wanita China oleh Mohammad Imran dan pada malam tersebut saya telah melakukan hubungan seks dengan wanita itu di dalam sebuah bilik di Sri Sayang Apartment.

    - Fairul Azrim Ismail 24/09/2008

Adakah Harakah menerbitkan berita tentang perihal tersebut? Tidak. Kerana apa? Malu atau takut rakyat tahu perangai sebenar pejuang dan pemimpin PR? Adakah ini ketelusan didalam PR? Menutup segala keburukkan yang terang lagi tersuluh.

Suara keadilan, sebuah lagi akhbar terbitan PKR juga pernah memfitnah Musa Hasan yang kononnya beliau lumpuh dan berada dalam keadaan nazak selepas menjalani pembedahan pintasan koronari(rujukan: malaysiakini), tetapi apa cerita sebaliknya? Sama sekali tidak benar.

    Dalam edisi terbaru Suara Keadilan, kami telah menerbitkan pembetulan dan menarik balik berita mengenai kesihatan Ketua Polis Negara.

    - Tian Chua 20/09/2008

Jadi mereka ini juga boleh dikatakan sebagai agen propaganda PR dan bukannya media yang telus. Saya berharap sangat jika Harakah(atau kita patut panggil Haprakah: Lidah bercabang PAS?) lebih telus dan menerbitkan berita yang kualitinya tinggi supaya suatu hari nanti boleh menggantikan media perdana. Janganlah pandai mengkritik orang lain tetapi tidak sedar diri sendiri pun tidak betul dan cuba menyembunyikan perkara buruk diri sendiri.

    Kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak

sumber : http://wacanapascapru12.blogspot.com/2008/09/harakah-hurakah-atau-haprakah.html



-----------------
Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari)


Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

Mulya
WARGA SETIA
Menyertai: 10.09.2007
Ahli No: 31000
Posting: 1015
Dari: SELANGOR DARUL EHSAN

indonesia  


posticon Posting pada: 08-02-09 11:31


Pada 07-02-09 12:23 , Laskar_Allah posting:

!!! QUOTE !!!

!!! QUOTE !!!

Katanya, di dalam al-Quran jelas menyuruh umat Islam supaya sentiasa taat kepada Allah, rasul dan pemerintah iaitu raja.


Betulkan hamba yang jahil ini jika tersilap, bukankah Ketaatan itu pertama kepada Allah, kedua rasul, & ketiga IBU (yang disebut sebanyak 3 kali oleh Rasulullah) kemudian Bapa?

dalam alqur'an..taatilah ALLAH dan taatilah RASUL dan ulil amri..tu benar...(tapi ulil amri yang macam mana..??bukan toghut..)


-----------------
ya allah terimalah hidup matiku untukmu.."ya allah..izinkanlah aku mati untukMU..hamba mohon dengan sangat ya allah.."kuatkanlah aku dan berikanlah kesabaran


Bookmark and Share

    


  Member Information For MulyaProfil   Hantar PM kepada Mulya   Pergi ke Mulya's Website   Quote dan BalasQuote

Mulya
WARGA SETIA
Menyertai: 10.09.2007
Ahli No: 31000
Posting: 1015
Dari: SELANGOR DARUL EHSAN

indonesia  


posticon Posting pada: 08-02-09 11:41


alhamdulillah..
kami di indonesia tidak ada yang maha mulia melainkan ALLAH...saat pertama mendengar manusia mengatakan yang maha mulia kepada manusia..,telinga ni terus saja rasa lain..macam sakit...wajah saya terus berubah...saya bukan pendukung pemimpin toghut...

raja dijaga oleh jin jin islam..??ih.ih..ih..hebat...kalau macam tu tak payahlah ALLAH yang jaga...

kalau lah boleh bersahabat dengan jin walau pun islam..mengapa rasul xberkawan dengan jin ..??ramai jin yang kafir sebab manusia meminta bantuan kepadanya...

WALAU PUN seorang mufti sekali pu yang berkata wajib...hal tu belum pasti boleh jadi wajib..kalau seseorang dah mempersekutukan ALLAH..maka tiada ketaatan bgnya...mufti bukan nabi..bukan pula orang yang dijamin benar...mufti bukan maksum...

Bookmark and Share

    


  Member Information For MulyaProfil   Hantar PM kepada Mulya   Pergi ke Mulya's Website   Quote dan BalasQuote

akil78
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.01.2009
Ahli No: 36927
Posting: 209
Dari: selangor, malaysia

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 08-02-09 12:36


salam ukhwah..
janganlah kita bertengkar hanya kerana percakapan mufti,..
sepatutnya kita bertengkar macam mana nak tarik gol remaja supaya cintakan Allah dan Rasul...
supaya merreka sentiasa ke masjid untuk solat berjemaah..
kita kena bersatu padu dalam menjayakan program yang di sertai...
ana syorkan kita wujudkan satu program mesra remaja..
di mana kita sentiasa dekat dengan remaja supaya dapat lembutkan hati mereka supaya sentiasa ingat pada Allah dan seterusnya taat pada perintah Allah..

bolehlah kita bincang sama-sama..
mengenai mufti hanya org yang layak sahaja boleh komen..

Bookmark and Share

    


  Member Information For akil78Profil   Hantar PM kepada akil78   Pergi ke akil78's Website   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 08-02-09 14:02


Alhamdulillah,

Penerangan terperinci wuzaraa diharap mencerahkan kita semua yang masih jerebu minda. Syukran ya akhi.

Berbalik kepada persoalan awalan hamba sebelum ini, pada hemat hamba yang dhaif ini segala Kejadian yang terjadi dewasa ini merupakan petunjuk JELAS bahawa Allah s.w.t Yang Maha Agung sedang menyingkapkan tabir kesedaran yang jelas kepada umat Islam Malaysia.

Rentetan kejadian kejatuhan PR di Perak, keputusan Sultan Perak yang dipertikai rakyat, pembongkaran salasilah bangsawan Melayu, yang seterusnya akan membawa kepada pembongkaran kebobrokan Pemerintah & Pemerintahan di Bumi Allah s.w.t ini akan terjawab serta melopongkan pemuka-pemuka Agama & Tanahair.

Allah Maha Mengetahui!

-INSYAALLAH, SAATNYA KHILAFAH MEMIMPIN DUNIA AKAN TIBA-


-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 08-02-09 14:05


Pada 08-02-09 11:31 , Mulya posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 07-02-09 12:23 , Laskar_Allah posting:

!!! QUOTE !!!

!!! QUOTE !!!

Katanya, di dalam al-Quran jelas menyuruh umat Islam supaya sentiasa taat kepada Allah, rasul dan pemerintah iaitu raja.


Betulkan hamba yang jahil ini jika tersilap, bukankah Ketaatan itu pertama kepada Allah, kedua rasul, & ketiga IBU (yang disebut sebanyak 3 kali oleh Rasulullah) kemudian Bapa?

dalam alqur'an..taatilah ALLAH dan taatilah RASUL dan ulil amri..tu benar...(tapi ulil amri yang macam mana..??bukan toghut..)



Terima kasih akhi Mulya atas pembetulan anda. Moga Allah membangkitkan umat dengan PEMIMPIN yang dinantikan.


-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 08-02-09 14:11


Pada 08-02-09 10:57 , sya_ryn posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 08-02-09 09:51 , rozali posting:

!!! QUOTE !!!

senang macam mana lah,kita kaji tol2 dan buat sahabat jangan percaya pada berita harian,utusan dan lain lah..sb banyak fitnah yang dilemparkan..so ana cadang kaji lah selain dari sumber2 ni
maaf tuan tanah tajuk, melencong kejap...hhehe

untuk bacaan mana yang sebetulnya...


Terima kasih jua dikalungkan buat saudara sya_ryn yang sudi memuhasabah PR :bunga:

InsyaAllah akan diambil tindakan sewajarnya dari yang bertanggungjawab.

p/s: Dah kali ke-3 melencong ni, apa kata yuk kembali? :-)


-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 08-02-09 14:16


Pada 08-02-09 12:36 , akil78 posting:

!!! QUOTE !!!

salam ukhwah..
janganlah kita bertengkar hanya kerana percakapan mufti,..
sepatutnya kita bertengkar macam mana nak tarik gol remaja supaya cintakan Allah dan Rasul...
supaya merreka sentiasa ke masjid untuk solat berjemaah..
kita kena bersatu padu dalam menjayakan program yang di sertai...
ana syorkan kita wujudkan satu program mesra remaja..
di mana kita sentiasa dekat dengan remaja supaya dapat lembutkan hati mereka supaya sentiasa ingat pada Allah dan seterusnya taat pada perintah Allah..

bolehlah kita bincang sama-sama..
mengenai mufti hanya org yang layak sahaja boleh komen..


Salam ukhwah kembali.

Benar kata enta. Muhasabah & Dakwah kepada muda-mudi adalah penting bagi mengembalikan kegemilangan Islam. Tetapi Muhasabah & Dakwah kepada Pimpinan jua aula kerana mereka adalah Kepala Nusa dan Umat yang mana keputusan merekalah akan menentukan hala tuju Islam.

p/s: Sedangkan Rasulullah & Khalifah Ar-Rasyidin menerima nasihat umatnya, mustahilkah seorang Mufti?


-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

pejuang_terakhir
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2007
Ahli No: 30837
Posting: 533
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 08-02-09 15:29


teringat kes terengganu selepas menang PR tahun lepas.tuanku mizan tak perkenan idris jusoh jadi menteri besar selepas itu ditentang oleh set2 idris tapi rakyat dibelakang tuanku kerana keterlampauan yang dibuat oleh kerajaan idris.apa-apa pun disini ada 2 situasi berbeza.diterengganu,kerajaan BN menang tapi sultan yang pilih MB dan rakyat sokong tapi di perak,sultan yang pilih kerajaan tapi rakyat menentang......tapi,as-sultan mizan lain.tuanku rapat dengan rakyat.tuanku pernah jadi imam solat selepas itu selalu berjemaah subuh kat masjid.org yang perasan memang macam tuanku.tasbih sentiasa saja dibawa kemana-mana

Bookmark and Share

    


  Member Information For pejuang_terakhirProfil   Hantar PM kepada pejuang_terakhir   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 09-02-09 10:46


tak mengapalah... tak dosa tak taat pada sultan, malah insyaAllah dapat pahala. Tapi kalau derhaka pada Allah, jelaslah dosa.

Semoga, sahabat-sahabat PAS dah mula kenal Harussani ni, selama ni saya duduk cerita ramai yang tak percaya.

TINGGALKAN DEMOKRASI, KEMBALI PADA ISLAM

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 09-02-09 10:47


dalam surah Luqman menyebut:
jangan kamu ikut Ibu bapa kamu sekiranya mereka menyuruh kamu syirik kepada Allah....


minta rujuk...Surah Luqman diantara nasihat Luqman
ialah


1jangan kamu syirik kepada Allah

2. tunaikan solat
3. jangan kamu ikut ibu bapa kamu sekiranya mereka menyuruh kamu syirik


Allahumma Inna Na_u'zubika minal syirk wal_kufr...Ya Allah kamu mohon berlindung denganMu dari syirik dan kufur...Amin


Sebenarnya rakyat Perak Daeng Jati lebih tahu akan hal negeri Perak...dari ana...selaku rakyat Kelate

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

acok_86
WARGA SETIA
Menyertai: 29.06.2006
Ahli No: 25020
Posting: 565
Dari: tawau,SABAH BAH

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 09-02-09 13:10


SIAPA YANG DERHAKA RAJA MELAYU???

Isu perak berlanjutan. Perlantikan menteri besar yang angkat sumpah dihadapan Sultan perak baru-baru ini amat meragukan dari sudut perlembagaan dan undang-undang.

Macam mana seorang menteri besar baru dilantik, sedangkan dalam masa yang sama, dari sudut perundangan, menteri besar yang sedia ada masih sah lagi status MBnya.

Tapi apa yang pelik dari kerjabuat UMNO. sebab, pada UMNO, semuanya tidak mustahil.

Tindakan melantik MB baru dikala MB lama masih sah lagi seperti seorang bapa yang mendesak menantunya menceraikan anak perempuannya. Menantu itu tidak mentalakkan isterinya lagi, tetapi si bapa telah menikahkan anak perempuannya dengan lelaki yang lain.

Bukankah tindakan itu adalah tindakan yang kurang bijak. Yang pastinya, manusia itu tidak semuanya bijak, bahkan sebijak-bijak mana pun manusia itu, pasti ada masanya dia tidak bijak, walaupun ia dikenali sebagai orang yang bijak.

Isu menderhaka kepada sultan menjadi perbincangan. Pelik juga. Kenapa isu menderhaka sultan yang diisukan kini, sedangkan masa mahathir jadi PM dulu, beliau ”cabut taring” raja-raja melayu (seperti British ”cabut taring” raja-raja melayu dalam sejarah Malayan Union). masa tu, seorang pun pemimpin UMNO tak membantah. Bukankah masa tu, Najib sudah jadi kabinet Mahathir???

Mengikut ”Aqidah” orang melayu, Raja tidak boleh diderhakai. Tapi itu aqidah melayu dulu; iaitu dikala raja mempunyai kuasa mutlak. Tapi kini, malaysia sudah merdeka. Bukankah Tengku Abdur Rahman sendiri bersetuju dengan perlembagaan Malaysia yang digubal UMNO bersama dengan Bristish, menyatakan raja yang wujud di Malaysia adalah raja berpelembagaan..

Apabila sebut raja berpelembagaan, bermakna, bukan rakyat sahaja boleh derhaka dengan rajanya, tapi raja juga boleh menderhaka.

Menderhaka??? Menderhaka dengan siapa???

Menderhaka dengan perlembagaan yang UMNO buat bersama British dulu. Bersama lord Red. Menderhaka dengan undang-undang yang dipersetujui oleh pihak raja juga.

Raja berpelembagaan bukanlah seperti raja yang mempunyai kuasa mutlak. Ia terikat dengan undang-undang. Bila raja langgar undang-undang, bermakna raja telah menderhaka dengan ”kedaulatan undang-undang”.

Ingat!!! taring raja melayu sudah dicabut oleh UMNO.

Oleh itu, dalam hal ini, UMNO wajib dipersalahkan. Sebab, agama islam di Malaysia jadi rosak, semuanya kerana UMNO. Raja melayu tidak direspek lagi, semuanya kerana UMNO. Bangsa melayu jadi bangsat, semuanya kerana UMNO. Bangsa lain dilihat jijik, semuanya kerana UMNO.

UMNO wajib dipersalahkan. Kalau aku seorang diri pun. Aku akan lawan UMNO. Sebab, UMNOlah pemunah Islam, agamaku; pemunah raja melayu, rajaku; pemunah bangsa melayu, bangsaku; pemunah bangsa-bangsa lain, saudaraku.

UMNO.. ia adalah jijik dan kotor !!!!

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
http://pergi-82.blogspot.com/

[email protected]

Bookmark and Share

    


  Member Information For acok_86Profil   Hantar PM kepada acok_86   Quote dan BalasQuote

acok_86
WARGA SETIA
Menyertai: 29.06.2006
Ahli No: 25020
Posting: 565
Dari: tawau,SABAH BAH

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 09-02-09 13:20


negara kita jelas mempunyai undang-undang yang mana sudah dipersetujui oleh semua pihak..tidak kira raja,menteri,pegawai,petani,peladang, kecil,tua,muda,lelaki mahupun perempuan semuanya terikat dengan undang-undang yang kita sepakati dulu..

siapa yang langgar undang-undang, maka kita semua ada hal untuk mempersoalkannya..tidak timbul masalah derhaka ataupun tidak..

mahathir langgar perlembagaan, rakyat berhak menegur
anwar langgar perlembagaan, rakyat berhak menegur
haji hadi langgar perlembagaan, rakyat berhak menegur
lim kit siang langgar perlembagaan, rakyat berhak menegur
raja langgar perlembagaan, rakyat berhak menegur
rakyat langgar perlembagaan, semua berhak menegur

semua dijamin bebas saling menegur didalam perlembagaan..so tidak timbul soal derhaka atu tidak..org yang derhaka ialah org yang bersekongkol melanggar perlembagaan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For acok_86Profil   Hantar PM kepada acok_86   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 09-02-09 17:27


!!! QUOTE !!!

negara kita jelas mempunyai undang-undang yang mana sudah dipersetujui oleh semua pihak..tidak kira raja,menteri,pegawai,petani,peladang, kecil,tua,muda,lelaki mahupun perempuan semuanya terikat dengan undang-undang yang kita sepakati dulu..

siapa yang langgar undang-undang, maka kita semua ada hal untuk mempersoalkannya..tidak timbul masalah derhaka ataupun tidak..


ye saja saudara sokong PAS, tapi apa guna kalau saudara kata perlu terikat dengan undang-undang kapiak ni? Kita menegur sesiapa pun hatta sultan adalah jika ia bertentangan dengan hukum Allah, bukan kerana ia bertentangan undang-undang negara.

Tapi masalahnya,dalam kes Perak ini yang ada rujukan cuma undang-undang kapiak, itulah dia namanya demokrasi, tidak bersumber dari Islam. Tak nampak lagi ke kekufuran demokrasi ni? bukalah minda tu ye...

alkibru... bathorul haq wa ghamtun nas(-alhadith)
kesombongan... menolak kebenaran dan memandang hina orang lain.

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 09-02-09 17:59


Its ok wuzaraa, "Kerak nasi disiram lagikan lembut".

Biar masa menentukan...


-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

Muddathsir787
WARGA SETIA
Menyertai: 20.10.2007
Ahli No: 31449
Posting: 943
Dari: Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 09-02-09 19:04


Pada 07-02-09 23:56 , jebat_86 posting:

!!! QUOTE !!!

ISH3..politik xabis2 lagi..
seolah-olah Islam ni dapat dibangunkn kembali dengan politik saja..
tak ada cara lain ke? kalau pasal politik saja sesama Islam nak gduh,
cakap mufti tak nak dengar..cakap org kafir (DAP,MCA,etc) nak dengar..
aku tak nak lah join politik..
ISlam belum tentu dapat manfaat lagi tapi masing-masing dah brpecah..
ish3..masing-masing cuba tgakkn benang yang basah..




Salam..

Wahai Hang Jebat..

Tuan Hamba jangan nak menyampuk..
Hamba tengah syok dengar perbahasan antara Laskar_Allah dan Daeng..

Berilmiah dan berisi..

Hamba cadangkan ada baiknya kita ikuti perbahasan dengan lebih mendalam,

Insya-ALLAH...

p/s:

-- Daeng Tulih; Ya, memang ini antara percanggahan yang ada. Perwarisan dari Iskandar Zulkarnain dan Susurgalur dari Aceh ataupun Samudera ataupun Perlak ataupun Samudera Pasai (Pada Zaman Kegemilangannya). --


Harap kalian boleh letak apa-apa rujukan pada hamba (walau buku lama sekalipun.. sebab hamba benar-benar berminat..)



Yang benar,
Hang Muddathsir787.


-----------------
.: Allahumma Sollia'l a Saiyyidina Muhammad :. "Ya ALLAH kurniakanlah kejayaan, kegemilangan, kecemerlangan & kebangkitan teguh Islam dalam rahmatMu"


Bookmark and Share

    


  Member Information For Muddathsir787Profil   Hantar PM kepada Muddathsir787   Quote dan BalasQuote

alhikam
Warga 5 Bintang
Menyertai: 11.09.2007
Ahli No: 31028
Posting: 361
Dari: Syamal

Perlis  


posticon Posting pada: 09-02-09 21:06


Pada 08-02-09 00:12 , jamian posting:

!!! QUOTE !!!

ternyata politik malaysia telah memecah belahkan bangsa melayu ,wahai bangsaku bangkitlah tak kira anda dari parti mana bn,pas,pkr ke bersatulah.

jangan diperbesar2kan perkara kecil,dunia hanya sementara,manfaatkanlah ia sebaik mungkin.

maklumat lanjut sila klik disini:-
http://xpres2u.blogspot.com


Balik2 melayu juga . Selagi mana perjuangan untuk melayu selagi itulah melayu akan layu ..

Perjuangan hanya untuk Islam dan memartabatkan nilai2 nya

Bookmark and Share

    


  Member Information For alhikamProfil   Hantar PM kepada alhikam   Quote dan BalasQuote

beeman
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.02.2008
Ahli No: 32524
Posting: 116
Dari: atas pokok

Sarawak   avatar


posticon Posting pada: 10-02-09 01:05


Pada 09-02-09 21:06 , alhikam posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 08-02-09 00:12 , jamian posting:

!!! QUOTE !!!

ternyata politik malaysia telah memecah belahkan bangsa melayu ,wahai bangsaku bangkitlah tak kira anda dari parti mana bn,pas,pkr ke bersatulah.

jangan diperbesar2kan perkara kecil,dunia hanya sementara,manfaatkanlah ia sebaik mungkin.

maklumat lanjut sila klik disini:-
http://xpres2u.blogspot.com


Balik2 melayu juga . Selagi mana perjuangan untuk melayu selagi itulah melayu akan layu ..

Perjuangan hanya untuk Islam dan memartabatkan nilai2 nya


Nabi bersabda: Bukan Golongan kami mereka yang assabiyah(fanatik bangsa)-Hadis Sahih

Nabi diturunkan kepada bangasa Arab kerana mereka adalah bangsa yang sangat degil dan jahat dizaman jahiliyyah.sanggup bunuh kaum lain jika kaumnya diganggu.tapi mereka sanggup pula bunuh anak sendiri yang sama kaum atau bngsa.bila islam datang menyinari kegelapan hati bangsa arab mereka jadi bangasa yang terbilang.jadi maksunya islam membentuk bangsa bukan bangsa menentukan agamanya.sekarang lebih 250 ribu melayu masul kristian.apa yang pembela melayu buat.tak perlu buat apa-apa sebab mealyu tak hilang cuma agama saja bertukar agaknya.itulah jadinya bila ingkar suruhan Allah.Allah suruh letak agama di depan barulah bnagsa pun akan terjaga.ni tidak.nak juga letak melayu kat depan sampai mata pun jadi kabur tak nampak kebenaran.tengok staement jenayah, no. 1 orang melayu, kaki judi orang melayu, pusat serenti orang melayu, sumbang mahram orang melayu, rogol pun oirang melayu, rasuah piun orang melayu,kebas bini orang pun orang melayu, hasil anak luar nikah pun melayu, dan banyak lagi kejahatn yang dilakukan org melayu jahiliyyah modern.jangan dok khayal dengan cerita kesultanan melayu melaka.itu bagai langit dengan bumu bezanya dengan hal melayu yang layu sekarang.ingat orang china dan india dan bangsa lain lebih ramai yang islam jika nak compare dengan jumalh melayu yang islam.

nabi besabda: "Tidak akan berzina seorang muslim,tiadak akan mencuri seorang muslim".

pasal musfti tu bagi saya mufti harunsani buat statement umum.cubas slidik kes dulu.nizar bertindak atas dasr keadilan.apa itu adil? adil tu beri hak kepada yang berhak.nizar berhak keran ikut perlembagaan.tak kira sapa kat depan dia.dia tak takut walau ditekan dan diserang habis-habisan oleh media putar Bn.kita hormat pendapat harunsani sebagi mufti tapi itu pendapat seorang mufti yang berkhidmat kepada seorang raja.pendapat ulama lain perlu dirujuk juga seperti dato harun din timbalan mursyidul am PAS dan ramai lagi.

sekadar memberi pendapat.Allah yang Maha Mengetahui.

Tegakkan ISLAM!tegakkan keadilan dan kebenan!

Bookmark and Share

    


  Member Information For beemanProfil   Hantar PM kepada beeman   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 10-02-09 07:48


!!! QUOTE !!!

pasal musfti tu bagi saya mufti harunsani buat statement umum.cubas slidik kes dulu.nizar bertindak atas dasr keadilan.apa itu adil? adil tu beri hak kepada yang berhak.nizar berhak keran ikut perlembagaan.tak kira sapa kat depan dia.dia tak takut walau ditekan dan diserang habis-habisan oleh media putar Bn.kita hormat pendapat harunsani sebagi mufti tapi itu pendapat seorang mufti yang berkhidmat kepada seorang raja.pendapat ulama lain perlu dirujuk juga seperti dato harun din timbalan mursyidul am PAS dan ramai lagi.


1. Kenyataan Harussani jelas bertentangan dengan hukum Syara. Saya dah jelaskan dalam posting terdahulu berkenaan tafsiaran ayat 65 an NIsa, berkenaan ketaatan kepada ulil amri.

2. Tak usahlah kita jadi golongan yang taksub kepada ulama'. Upgrade diri kita jadi muttabi'(mengikut bersandarkan dalil) bukannya mukallid ami(bertaklid buta). Kerana tindakan mengikut kata ulama' tanpa menilai kebenarannya adalah suatu kemaksiatan. Lebih lagi jika ia disebarkan, mungkin kita akan dipertanggungjawabkan atas kesalahfahaman orang lain. Allah mencerca mereka yang taksub ulama'

Mereka menjadikan orang-orang alim dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah serta mempertuhankan al-Masih putera Maryam. Padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan Yang Maha Esa. Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Mahasuci Allah dari apa yang mereka persekutukan. (QS at-Taubah : 31).

3. Terbaru, saya berasa cukup terkilan apabila si mufti mengaitkan ia dengan qadha wa qadar. Suatu masa dahulu, apabila ada sesetengah khalifah menzalimi rakyatnya, mereka turut menyatakan ini qadha. Nampaknya Harussani turut berani mempermainkan rukun Iman pula, memang dasar ulama' kerajaan. saya harap kawan-kawan dari PAS akan sedar siapa Harussani, ulama' jahat yang mengikut telunjuk pemerintah kufur. Dulu berbuih saya cerita tak faham-faham, lah ni harapnya nampak lah ye...

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

fikrul_mustanir
WARGA SETIA
Menyertai: 03.11.2006
Ahli No: 27196
Posting: 744
Dari: The Future Khilafah State

blank   avatar


posticon Posting pada: 10-02-09 08:14


Salam,

Antara lawak tok mufti yang paling lawak ialah katanya apa yang berlaku di Perak merupakan Qada' Allah makanya rakyat kenalah terima dengan redha.

Alahai...kekecohan di Perak angkara tangan-tangan manusia yang tolak hukum Allah, tiba-tiba untuk redakan keadaan dan menyembunyikan kesalahan, Allah pula yang dituding sebagai Pelakunya.

Masaalah aqidah pun tak clear...bagaimana lah boleh jadi tok mufti?

Wasalam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For fikrul_mustanirProfil   Hantar PM kepada fikrul_mustanir   Quote dan BalasQuote

pejuang_terakhir
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2007
Ahli No: 30837
Posting: 533
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 10-02-09 08:56


apakah "daulat" itu sebenarnya????adakah keramat,mukjizat atau istidraj?andai lah sultan bertaraf wali allah harus lah ia mempunyai keramat ke atau apa-apa kelebihan yang allah kurniakan pada dia.tapi pegangan org melayu berkurun lamenye,andai derhaka kepada sultan kena tulah lah dan sebagainya.macam maksum saja sultan ni ek...

p/s:=teringat kisah sultan mahmud mangkat dijulang yang menacak keris di kaki megat seri rama yang lepas tu muntah darah selepas itu mati.pada org melayu itu kerana kena tulah daulat as-sultan,sedangkan sebelum tu sultan dah buat sesautu yang mungkar dengan mengarahkan isteri megat seri rama dibunuh belah perut hanya kerana nangka.sesuatu yang begitu bodoh..dalam kejadian itu,megat seri rama pun dianggap penderhaka kerana menuntut bela di atas haq kematian isterinya.kasihan megat seri rama menjadi mangsa di atas kebodohan dan kejahilan orang-orang melayu masa tu...betul kan hamba jika hamba tersalah.hamba cuma insan biasa yang tidak lepas dari kesalahan

Bookmark and Share

    


  Member Information For pejuang_terakhirProfil   Hantar PM kepada pejuang_terakhir   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 10-02-09 08:57


Assalammualaikum
pandangan ana akan hal daulat tuanku...


Daulat sebenarnya Daulah...huruf Tha marbuthah di hujung kalimah boleh di sebut Daulah makna : negara...

bila Rakyat sebut Daulah Tuanku bermaksud mengingati Tuanku akan harus UTAMAkan Negara...Daulah....
Daulah Tuanku....


WaLlahu A'lam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 10-02-09 09:03


minta kita faham bila di sebut Qada'...maka perlu faham takrif Qada'


Qada' bermaksud : perancangan...sepanjang perancangan ini ada DOA, USAHA, Tawakkaltu A'lah Allah....baru tiba Qadar yakni TAQDIR...


kita hanya merancang 10 tahun dari masa ini...kita tidak tahu...siapa yang akan dijemput awal oleh malaikat Maut...siapa yang akan jadi pemimpin 10 tahun lalu...


kira betullah apa yang HarusSani beritahu kita...


HarusSani adalah Insan Alim dalam banyak Hal...


Qada' Qadar.....


harus faham taktifnya dahulu baru nak kritik Mufti...

jika lah kita jadi Raja...adakah kita boleh sebaik Sultan Azlan...khuatir kita akan lebih buruk ...masa kita bicara kan hal negeri Perak ini...kita hanya rakyat biasa yang serba kekurangan...tup tup dapat duit ! million....Adakah kita akan jadi Abdan Syakura...



Wallahu A'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 10-02-09 09:06


Pada 10-02-09 09:03 , Saifuddin posting:

!!! QUOTE !!!

minta kita faham bila di sebut Qada'...maka perlu faham takrif Qada'


Qada' bermaksud : perancangan...sepanjang perancangan ini ada DOA, USAHA, Tawakkaltu A'lah Allah....baru tiba Qadar yakni TAQDIR...


kita hanya merancang 10 tahun dari masa ini...kita tidak tahu...siapa yang akan dijemput awal oleh malaikat Maut...siapa yang akan jadi pemimpin 10 tahun lalu...


kira betullah apa yang HarusSani beritahu kita...


HarusSani adalah Insan Alim dalam banyak Hal...


Qada' Qadar.....


harus faham taktifnya dahulu baru nak kritik Mufti...




Wallahu A'lam


apa yang hang mengarut makna qadha wa qadar begitu ni? payah kalau orang faham qadha wa qadar ikut ilmu kalam ni... pergi mai pergi mai tang tu. qadha tu lain, qadar tu lain...

dalam kehidupan kita ada perkara yang kita boleh kawal ada perkara yang kita tak boleh nak kawal. kalau kita nak makan,nak minum, nak mencuri, nak berzina, nak rampas kuasa, itu semua dalam kawalan kita. maka kita akan dipertanggungjawabkan, ada dosa pahala.

ada juga perkara yang kita tidak boleh kawal, kita kena tunduk kepadanya. 1) perkara yang bersifat sunnatullah, 2) perkara yang bukan bersifat sunnatullah tetapi kita tidak mampu nak elak, contohnya naik kapal terbang terhempas, memerintah elok-elok kena guling, hidup baik-baik kena serang, belajar rajin2 tetapi sampai masa exam demam, nak tembak monyet tertembak orang. Dalam 2 pekara yang kita tidak boleh kawal ini, kita tidak ada pilihan, inilah yang dinamakan qadha.

kita tidak beroleh pahala mahupun dosa dalam perkara yang dah diqadha'kan. Tetapi kita ada ketetapan dosa dan pahala dalam perkara yang boleh kita kawal. jadi, harap-harap sahabat-sahabat dah faham apa itu qadha. kalau nak faham detail, marilah masuk halaqah Hizbut Tahrir. Ia dibahaskan dalam Bab ke2 dalam kitab yang pertama, Nizamul Islam.

Manakala qadar adalah sifat, karektor sesuatu benda, baik benda hidup atau mati. Contohnya air mendidih pada 100 degree C pada tekanan atmosfera, manusia ada naluri dan gharizah, pisau boleh memotong.

Simple kan sebenarnya penjelasan bagi qadha wa qadar. Yang menjadikannya berbelit adalah golongan mutakallimin(ahli kalam) seperti muktazilah, jabariah, assya'riah. sebab tu ramai yang belajar qadha wa qadar tak faham-faham.

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 10-02-09 09:16


Qada' ada dua
1. Qada' Mubram yakni Qada' yang Tetap...makna Mubram adalah Tetap seperti jodoh ajal Maut pertemuan adalah qada' Mubram...


apa apa yang hang faham akan takrif Qada' serta Qadar...mai kita bahas bab Qada' Qadar
Allah menetapkan Qadar semua makhluqnya 50,000 tahun sebelum langit dan BUMI diciptakan...rujuk hadis Sahih.



Allah menetapkan Qadar makhluqnya atas sifat Qudrat IradatNya...



rujuk Kitab tafsir fizilil Quran dalam Tafsir Surah Al Mulk...(Surah Kerajaan)


kitab warna merah terbitan jabatan Agama Islam Kelate...
bacalah kitab Tafsir tersebut...

10 tahun dari masa ini kita tak tahu... Allah sudah tahu apa akan jadi kepada negara ini...

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 10-02-09 09:22


!!! QUOTE !!!

Allah menetapkan Qadar makhluqnya atas sifat Qudrat IradatNya...


bro, qadha wa qadar tak ada kena mengena dengan kudrah dan iradah Allah. tak ada kena mengena dengan ilmu allah dan catitan di Lauhul Mahfuz. Buang jauh pemikiran ahli kalam tu, hang jadi pening karang.

Contohnya, hang boleh sokong Harussani, apa yang terjadi di Perak ada qadha wa qadar. maka terimalah. kalau begitu, orang Islam kena serang di Qaza, Bosnia adalah kita terima saja lah?? Kang bangang namanya.

Ye, bagi orang Islam yang diserang itu, memang qadha bagi mereka. tetapi bagi yang menyerang, meraka ada pilihan nak serang atau tidak. Lepas ni kita curi barang kawan kita, lepas tu bagitahu kat dia dah qadha, terima sajalah barang anda aku dah curik. MENGARUT.

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 10-02-09 10:01


hang yang jahil...baca lah tafsir fizilalQur'an...nak buat fitnah ...bila masa kawe...
baca tafsir Surah al Mulk...kitab kulit Merah terbitan Jabatan Agama Islam Kelate...Yusuf Zaki penterjemahnya...


jahil ...bacalah banyak sikit...rujuk tafsir Fi Zilalil Quaran...Surah Al Mulk...kalau tak ada cari di Jabatan Agama Islam kelate...
Allah yang bersifat Qudrat menetapkan Taqdir makhluqnya....

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 10-02-09 10:11


maksud kawe begini...bulan depan kita tak tahu siapa yang akan ke alam barzakh...


yang mati yang syahid... nak berjuang memang berjuang perlu sehingga kita meninggal dunia...

nak bekerja usaha jua dari kekuatan yang Allah beri kepada kita...kalaulah hari ini saya uzur...sudah tentu saya baring di katil...makan ubat...nak makan kurang selera ...tak adalah saya boleh menaip berbicara dengan Tuan wuzaraa

apa hal ana muta_ASIF jiddan sebab terkasar bahasa...


pandangan ana Insan dhaif...
jika wuzaraa nak bicara akan hal Qada' Qadar dipersilakan...

puak kafir mati masuk neraka...mujahidiin naik syahid...


sama hal dengan jamal Abdul naser selepas dia jatuhkan hukuman kepada AsSyahid Sayid Qutub penulis kitab fi zilalil QURAN
tidak lama selepas hal tersebut....jamal abdul nasir mati ditembak...

semua akan ke akhirat...mudah-mudahan kita dianugerahkan Rahmat untuk masuk alJannah...

tanah alJannah berbau RAIHAN...
sedangkan
gerun kepada api neraka yang panas dan gelap...maksud hadis sahih...
WalLlahu A'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 10-02-09 10:13


artikel yang diambil dari satu laman Islam
Allah Swt memerintahkan kepada kaum muslimin supaya mentaatiNya, Rasulnya dan Pemerintah di kalangan kaum muslimin seperti yang diperintahkan dalam Surah An-Nisa : 59,

Hai orang-orang yang beriman, ta'atilah Allah dan ta'atilah Rasul(Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berselisihan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (al-Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Kemudian. Yang demikian itu adalah lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. (Surah an-Nisa : 59)


Nabi saw telah menggariskan supaya segala arahan pemerintah wajib ditaati selagi ianya tidak melanggar syariat Islam. Ini disebutkan dalam hadis baginda yang bermaksud,

Wajib bagi seorang muslim untuk mendengar dan taat (kepada penguasa) dalam perkara yang ia senangi dan ia benci kecuali apabila diperintah berbuat kemaksiatan. Apabila penguasa memerintahkan melakukan kemaksiatan maka tidak perlu didengari dan ditaati (kemaksiatan itu). (Hadis Riwayat Bukhari 13/121, Muslim 3/1469)

Umat Islam juga diperintahkan sentiasa taat kepada pemerintah dan dilarang memeranginya walaupun mereka melakukan perkara yang zalim. Ini disebutkan di dalam hadis yang bermaksud;

Barangsiapa yang melihat sesuatu yang ia benci dari penguasanya maka hendaklah ia bersabar. Barangsiapa yang meninggalkan jama'ah walau sejengkal maka dia mati dalam keadaan jahiliyyah. (Hadis Riwayat al-Bukhari, 7143 & Muslim, 1849)

Imam Ibnu Abil Izzi rahimahullah berkata:
"Adapun taat kepada penguasa tetap wajib sekalipun mereka zalim, kerana keluar dari ketaatan terhadap mereka akan menimbulkan keburukkan yang banyak melebihi kezaliman mereka. Bahkan sabar di atas kezaliman penguasa adalah penghapus dosa, melipat gandakan pahala, kerana tidaklah Allah menimpakan hal itu kecuali kerana keburukkan perbuatan kita sendiri. Balasan itu setimpal dengan perbuatan. Wajib bagi kita untuk bersunguh-sungguh meminta ampun kepada Allah, taubat dan memperbaiki diri. Maka apabila rakyat ingin membebaskan diri dari kezaliman penguasa hendaklah mereka mengawali dengan meninggalkan perbuatan zalim pada diri mereka sendiri." (Syarah al-Aqidah at-Thohawiyyah, 2/542)

Alangkah bagusnya ucapan Abdul Malik bin Marwan ketika berkata: "Berlaku adillah kepada kami wahai seluruh rakyat. Kalian menghendaki dari kami seperti pemerintahan Abu Bakar dan Umar, akan tetapi kalian tidak mahu berjalan bersama kami dan tidak pula mencontohi di zaman Abu Bakar dan Umar". (Sirojul Muluk, hal.100))

Sesungguhnya Allah Bersama Orang Yang Bersabar

Walaupun seseorang itu terasa dizalimi oleh pemerintah, maka ketika itu, adalah lebih baik dia bersabar dan tidak melakukan sebarang pemberontakan atau menunjukkan sikap tidak puas hati, kerana pemberontakan terhadap pemerintah akan mengundang kemudharatan yang lebih besar.

Telah disebutkan dalam kisah-kisah para ulama muktabar sepanjang sejarah Islam, mereka dipenjara dan disebat seperti Imam Ahmad, dibuang negeri seperti Imam Nawawi, tetapi mereka tetap bersabar tanpa membawa pengikut-pengikut mereka keluar memerangi pemerintah.

Demikianlah, contoh tauladan yang ditunjukkan oleh ulama-ulama silam supaya ianya menjadi pedoman dan ikutan kepada kaum muslimin seluruhnya. Inilah tanda-tanda kekuatan iman yang dibuktikan oleh tokoh-tokoh ulama Islam dalam berhadapan dengan pemerintah yang zalim.

Allah swt berfirman, maksudnya,
"Sesungguhnya, Allah bersama orang-orang yang sabar"

Di antara dua kemudharatan, pilihlah kemudharatan yang kecil

Demikianlah, disebutkan dalam usul fiqh, jika bertembung dua kemudharatan, maka pilihlah kemudharatan yang lebih kecil.

Islam telah mengajar umatnya supaya berfikir sebelum melakukan sesuatu tindakan. Umat Islam disuruh supaya menilai sesuatu tindakan dan mengkaji kesan yang bakal diperoleh dari tindakan tersebut, lalu Islam menuntut umatnya memilih tindakan yang paling tepat dan tidak merugikan kepentingan kaum muslimin sekalian.

Isu Di Perak

Oleh itu, dalam menilai situasi di Perak, pada pendapat saya, Ir Nizar dan exco-exconya wajib taat kepada ulil amri iaitu Sultan Perak, Sultan Azlan Shah supaya mereka meletakkan jawatan mereka selaku exco kerajaan negeri dan Menteri Besar dengan baik tanpa mengadakan sebarang bantahan di jalanan yang akhirnya bakal membawa kesan buruk kepada masyarakat seperti kacau bilau, tindakan keras pihak berkuasa dan macam-macam lagi perkara yang mungkin kita tidak fikirkan untuk terjadi.

Tindakan meletakkan jawatan sebenarnya akan lebih mententeramkan keadaan yang sedang panas dan pihak Pakatan Rakyat sebenarnya tidak perlu cepat melatah jika mereka yakin mereka di pihak yang benar.

Ingatlah wahai saudara-saudaraku, merundur sedikit ke belakang itu bukan bermakna anda kalah! Tetapi berundurnya anda seketika tanda anda mengumpul kekuatan. Tidak kiralah kekuatan dari segi strategi mahupun kekuatan iman!

Tuntut Keadilan Dengan Bermaruah!

Saya selaku orang awam yang tidak mengetahui keadaan sebenar yang berlaku dalam isu di perak hanya dapat membaca akhbar-akhbar seperti Utusan, Harakah dan lain-lain sumber media yang ada. Boleh jadi, setiap media tersebut benar dalam penyampaiannya, boleh jadi tidak. Maka disebabkan itu, saya perlu lebih berhati-hati dalam membuat tindakan, supaya saya tidak tergolong dalam golongan yang Allah sebutkan sebagai orang yang menyesal di atas tindakan salahnya, (Rujuk Surah Al-Hujurat).

Disebabkan banyaknya kecelaruan di kalangan rakyat, maka banyaklah rakyat bertindak mengikut batas pengetahuan yang mereka ada, dan yang paling malangnya, mereka bertindak atas dasar emosi yang akhirnya mencemarkan imej "keislaman" mereka. Dan lebih malang lagi, terjadinya permusuhan dan pergaduhan antara pihak yang terlibat.

Maka kerana itu, bila Ir Nizar dan exconya meletak jawatan, dan keadaan kembali tenang, maka ketika itu, tuntutlah keadilan di Mahkamah.

Jika anda yakin anda dipihak yang benar, maka ketahuilah, Jika anda menang, anda menang dengan bermaruah! Tetapi jika anda kalah sekali pun, anda kalah dengan bermaruah jua! Kerana anda tahu, keadilan yang mutlak akan disempurnakan oleh Allah swt di akhirat nanti. Maka bersabarlah dan tenanglah wahai saudaraku, kerana Allah bersama orang-orang yang sabar!

Kesimpulan

Kita telah menyaksikan betapa, sebenarnya demokrasi ini tidak banyak membantu masyarakat kita untuk bersatu melainkan kita kembali kepada agama Allah iaitu agama Islam. Kerana, terbukti orang-orang yang bersatu atas dasar iman, lebih kuat ukhwahnya berbanding orang-orang yang bersatu kerana keduniaannya.

Oleh kerana itu, tidak perlulah kita berslogan dan berkempen untuk mempertahankan prinsip demokrasi kerana ia sebenarnya punca perpecahan manusia. Kita selaku orang-orang yang percaya bahawa demokrasi hanyalah wadah dan alat semata-mata dan disebabkan jalan dan alat ini banyak kekurangan dan banyak pula bahayanya kepada umat, maka eloklah kita fikirkan kembali betapa perlunya kita berhati-hati dalam melangkah dan menggunakannya supaya parang tak makan tuannya dan duri di jalanan tak tertusuk di kaki.

Sebagai kesimpulan, taatlah kepada ulil amri, wala'lah kepada mereka walaupun tidak memihak kepada anda. Inilah sebenarnya yang dikehendaki dari tarbiyyah kalian! Maka zahirkanlah kesan dari tarbiyyah kalian! Disebabkan itu bersabarlah walaupun ianya sangat pahit untuk ditelan. Ingatlah! Sesungguhnya setiap kesusahan pasti ada kesenangan.

Wallahua'lam.


(Mohon dibetulkan yang mana salah melalui email saya)


Oleh:
Ahmad Humaizi @ Abu Bakr Al-Humaidi Bin Din Mustafaha
Lumut, Perak.

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

akil78
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.01.2009
Ahli No: 36927
Posting: 209
Dari: selangor, malaysia

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 10-02-09 10:15


Allahumma Inna Na_u'zubika minal syirk wal_kufr...Ya Allah kamu mohon berlindung denganMu dari syirik dan kufur...Amin


Sebenarnya rakyat Perak Daeng Jati lebih tahu akan hal negeri Perak...dari ana...selaku rakyat Kelate

nak bagi pemetulan sikit..
janganlah kita menulis ayat Al-Quran ke bentuk tulisan rumi..
bahaya, makna akan lari Kalau kita tulis bahasa Al-Quran ke bahasa rumi..
harap kita semua mohon ampun dan taubat kepada Allah atas kesalahan yang kita lakukan..
moga sentiasa di rahmati Allah selalu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For akil78Profil   Hantar PM kepada akil78   Pergi ke akil78's Website   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 10-02-09 10:16


Yunus 27
“Dan untuk orang-orang yang melakukan kejahatan (syirik dan maksiat), balasan tiap-tiap satu kejahatan mereka ialah kejahatan yang sebanding / setimpal dengannya serta akan ditimpakan kehinaan;

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 10-02-09 10:18


keburukan ini berlaku dari sebab jenayah RASUAH...lompat si katak lompat....

Hadith ini riwayat:

Abu Daud (3580),
Tirmidhi (1338). Imam Tirmidhi kata: Hadith Hasan Sahih. Imam Tirmidhi berkata bahawa dia pernah tanya Imam Darimi tentang sanad hadith ini dan beliau menjawab bahawa sanad inilah yang paling sahih
Ibn Majah (2313) dengan lafaz: لعنة الله على الراشي و المرتشي. Basshar Awwad Maaruf kata: Sanadnya sahih
Ahmad (6532),(6778), (6779), (6830), (22399);
(6778) & (6984) dengan lafaz لعنة الله على الراشي و المرتشي.
(9023) (9031) dengan lafaz لعن الله الراشي و المرتشي;
Ibn Hibban (1196)
Hakim
Tabarani dalam Saghir (58): Al-Haithami kata: Perawi2nya Thiqat
Abu Ya'lah (4601)

Saya periksa hampir semua sanad di atas dan tiada Ismah b Muhammad yang disebut oleh Ibn Adi. Menurut Ibn Adit Ismah ini adalah munkarul hadith bukan hadith ini munkar .

Shaikh Arnauut menghukum hampir semua sanad Ahmad sebagai sahih atau qawiyy

Oleh itu saya merasakan penilaian Imam Tirmidhi terhadap hadith ini adalah jelas dan paling muktabar dan tiada jalan melainkan kita menerimanya iaitu hadith ini: hasan sahih
Wallahu A'lam


assalamualaikum,
saya jumpa ada 5 ancaman Allah kepada puak fsik ini di akhirat, dalam Hadis Sahih Bukhari, jilid 3 yakni no hadis 1382,1383,1384,1385

hal kisah bagaimana azab fasikin yang buat dosa ghulul, rasuah.


seorang nama kirkirah mati, rasulullah sallallhu alaihi Wasalamkata, dia dalam neraka...

Rasulullah tahu yang kirkirah dalam neraka kerana dosa ghulul no hadis no 1383

hadis no 1382 panjang sedikit, antaranya ahli neraka keraa dosa ghululminta tolong Rasulullah, Rasulullah jawap :
Saya tidak boleh menolong kamu sedikit pun. Sesungguhnya saya pernah sampaikan kapada kamu.

Soalan: jadi rasuah politik ada termasuk dalam ancaman Allah ini...

kirkirah masuk neraka kerana rasuah sehelai jubah...sila rujuk hadis no 1383 jilid 3 sahih Bukhari.

Fikirkan lah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 10-02-09 10:22


Pilih teman yang baik...saya masih nak berteman dengan YB Nizar Jamaluddin sebab dia muttaqin

Ayat 24 Surah Al A’raf.
Allah Subhanahuwataala berfirman “ Turunlah kamu sekalian, sebahagian kamu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain, dan kamu mempunyai tempat kediaman dan kesenangan (tempat mencari kehidupan) di muka bumi sampai waktu yang telah ditentukan

Ayat 25 Surah Al’Araf:
Allah berfirman “Di bumi itu kamu hidup dan di bumi itu kamu mati, dan dari bumi itu pula kamu akan dibangkitkan.


Hadis 2436 jilid 4 Sahih Muslim
Dari Haritsah bin Wahab .a katanya dia mendengar Nabi Saw bersabda “Mahukah kamu sekelian ku beritahu siapa ahli Jannah?” Jawab para sahabat “ Tentu ya rasulullah” Sabda Baginda “ Muslim dhaif bila dihina orang, lalu dia bersumpah dengan menyebut nama Allah dan mereka berdoa kepadaNya, maka doa nya sungguh diperkenankan Allah” kemudian baginda bertanya pula “Mahukah kamu kuberitahu siapa penduduk neraka?” jawab mereka “tentu” Sabda Baginda “setiap orang yang kasar, besar mulut, angkuh, mewah, namun kikir/bakhil dan sombong”
Hadis 2437 Sahih Muslim:
Dari Abu hurairah .a katanya Rasulullah saw bersabda “Ada dua macam penghuni neraka yang belum terlihat olehku dewasa ini : pertama , orang yang membawa cemeti seperti ekor sapi, digunakannya untuk memukul manusia, kedua wanita yang berpakaian tetapi seperti bertelanjang dan pandai merayu menggoda, rambut mereka disasak seperti punuk unta miring, Mereka tidak dapat mencium jannah. Sesungguhnya bau jannah itu dapat dicium dari jarak yang sangat jauh

Hadis 2438

Dari abu hurairah .a katanya dia mendengar rasulullah saw. Bersabda “ Tidak lama , jika usiaku panjang, engkau akan lihat suatu kaum memegang cemeti seperti ekor sapi ditangannya .mereka itu sentiasa berada dalam kemurkaan Allah Taala sepanjang pagi dan petang


Memilih kawan hadis no 2256 jilid 4 sahih Muslim
Dari Abu Musa Radhiallahu anhu dari Nabi Sallallahu alaihi waSalam bersabda “ Perumpamaan berkawan dengan Insan Baik dan berkawan dengan orang jahat, tak ubahnya seperti berkawan dengan penjual minyak wangi atau tukang tiup api di bengkel besi. Jika berkawan dengan penjual minyak athar adakalanya engkau diulisi minyak athar atau engaku membeli daripadanya atau setidak-tidaknya engkau dapat tercium bau wangi. Dan jika berkawan dengan peniup api di bengkel tukang besi, adakalanya pakaianmu biasa terbakar atau setidak tidaknya engkau tercium bau busuknya…

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 10-02-09 10:25


mohon akil78 bawakan doa tersebut selengkapnya dalam tulisan Arab sebab doa tersebut ada dalam doa dari Hadis sahih tulisan Ustaz Zahazan...hard cover...price RM 20 ke atas...
ASIF ana tak ada font ARAB...boleh rujuk dalam BUKU tulisan ustaz Zahazan ada di pasaran...Doa Dari Hadis Sahih...panjang hadis tersebut...

saya cuma nak sampaikan saja... ASIF

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 10-02-09 10:29


Peristiwa yang sedang berlaku serta akan terjadi di akhir Zaman...


Apabila Nabi Isa AlaihisSalam Turun

Hadis sahih Muslim jilid 1 No. 127.

Dari Abu Hurairah .a katanya Rasulullah saw. Bersabda “Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya telah dekat masanya Isa Ibnu Maryam akan turun di tengah-tengah kamu. Dia akan menjadi Hakim yang ADIL, akan dihancurnya salib, dibunuhnya bab*/khinzir, dihapuskannya pajak, dan kekayaan akan melimpah ruah (ma’mur) sehingga tidak seorang pun lagi bersedia menerima pemberian”

Hadis 128

Jabir bin Abdullah .a mendengar Nabi saw. Bersabda”Akan senantiasa ada hingga hari Kiamat segolongan umatku yang berjuang menegakkan kebenaran dan mereka pasti menang” sementara itu nabi ‘Isa a.s akan turun ke tengah-tengah umat. Lalu pemimpin-pemimpin mereka berkata kepadanya: “Sudilah Anda solat dan menjadi Imam (pemimpin) kami.” Jawab Nabi ‘Isa a.s ,”Tidak, Masing-masing kamu boleh menjadi pemimpin bagi yang lain, selaku suatu kehormatan yang dilimpahkan Allah kepada ummat ini”.



Dari Ibnu Umar .a katanya Rasulullah saw. Berbicara mengenai dajjal di hadapan orang banyak. Sabda beliau “Sesungguhnya Allah Taala tidak picek (buta matanya sebelah). Ketahilah sesungguhnya Al masih Dajjal yang picek mata kanannya seperti buah anggur mengembung”

Dari Anas bin malik .a katanya Rasulullah saw. Bersabda “Tidak ada seorang Nabi melainkan dia mengingatkan ummatnya supaya waspada terhadap sipicek pembohong besar. Ketahuilah dia picek, sedang Tuhanmu tidak picek. Antara kedua matanya tertulis k-f- (kafir)

Dari Hudzaifah .a katanya Rasulullah saw. Bersabda “ aku lebih tahu tentang dajjal daripada dajjal itu sendiri. Dia mempunyai dua sungai yang mengalir. Yang satu kelihatan oleh mata mengalirkan air putih bersih, sedang yang satu lagi kelihatan bagai api bergejolak yang sedang mengalir.Siapa yang menemukannya hendaklah didatangi sungai yang kelihatan seperti api menyala, lalu picingkan mata, tundukkan kepala dan minumlah airnya. Maka sesungguhnya itulah air. Sejuk. dajjal matanya tertutup oleh selapi daging tebal. Antara kedua matanya terdapat tulisan”kafir” yang dapat dibaca oleh setiap orang mukmin baik yang tahu tulis baca atau tidak”

Dari Hudzaifah .a dari Nabi saw. Sabdanya”dajjal selalu membawa air dan api. Api itu sebenarnya adalah air sejuk, sedang air sebenarnya adalah api. Kerana itu waspadalah kamu agar tidak celaka”

Dari Nawas bin Sam’an .a katanya “Pada suatu pagi Rasulullah saw. Berbicara mengenai dajjal. Tempo-tempo beliau merendahkan suara dan kadang-kadang meninggikannya, sehingga kami merasakan seolah-olah berada dalam kelompok lebah. Petang hari kami mendatangi beliau. Beliau sudah tahu persoalan kami. Tanya beliau “apakah kabar kalian?” jawab kami” Ya Rasulullah, tadi pagi anda berbicara mengenai dajjal. Kadang kadang anda merendahkan suara kadang-kadang meninggikan suara sehingga kami merasakan seolah-olah berada dalam kelompok lebah” Jawab Rasululah saw. “Bukan dajjal yang mengkhuatirkanku terhadap kamu sekelian. Jika dia muncul, sedang aku sudah tidak berada disampingmu, maka ummat manusia akan menjadi pembela atas dirinya sendiri, dan Allah Taala penggantiku menjadi pembela atas setiap orang muslim. dajjal pemuda berambut kerinting, mata picek. Aku lebih condong mengatakannya serupa dengan abdul uzza bin qathan. Barang siapa di antara kamu bertemu dengannya bacakan kepadanya permulaan surat Kahfi. Dia muncul di suatu tempat sunyi antara Syam dan Iraq. Lalu dia merusak ke kanan dan ke kiri. “Wahai hamba Allah! Kerana itu teguhkan pendirianmu!. “Tanya kami”Ya rasulullah, berapa lama dia tinggal di bumi” jawab Rasululah saw.”empat puluh hari. Satu hari seperti setahun,satu hari seperti sebulan, satu hari seperti sepekan(minggu)dan selebihnya seperti hari-hari kamu sekarang.” Tanya kami” ya Rasulullah, ketika sehari seperti setahun, cukupkah kalau kami solat seperti solat kami sekarang?” Jawab beliau”tidak, tetapi hitunglah bagaimana pantasnya”Tanya kami berapa kecepatannya berjalan dibumi?” Jawab beliau “Seperti hujan ditiup angin. Dia mendatangi suatu kaum, maka diajaknya kaum itu supaya iman kepadanya, lalu meraka iman dan mematuhi segala perintahnya. Diperintahkannya langit supaya hujan maka turunlah hujan. Diperintahkannya bumi supaya subur maka tumbuhlah tumbuh-tumbuhan. Bila hari telah petang, ternak mereka pulang ke kandang dalam keadaan lebih gemuk dan dengan susu lebih besar cukupmakan. Kemudia didatanginya kaum yang lain dan diajaknya mereka supaya iman kepadanyaTetapi mereka menolak ajakannya. Maka ia berlalu dari mereka. Besok pagi negeri mereka menjadi kering kerontang dan kekayaanan mereka habis ludes. Kemudian dia lewat di suatu negeri yang telah rusak binasa. Katanya”keluarkan perbendaharaanmu. Maka keluarlah seluruh kekayaan negeri itu dan pergi mengikuti dajjal seperti pemimpin lebah diikuti rakyatnya. Kemudian dipanggil seorang muda remaja lalu dipukulnya dengan pedang sehingga anak muda itu belah dua dan belahannya terlempar sejauh anak panah dipanahkan. Dajjal memanggil tubuh yang terbelah itu kembali. Dia datang seutuhnya dan dengan wajah berseri-seri sambil tertawa. Sementra dajjal asyik dengan perbuatan-perbuatannya yang merusakkan, Allah Taala membangkitkan Isa Al Masih Ibnu Maryam. Dia diturunkan dekat menara putih sebelah timur Damsyiq, memakai dua pakai bewarna, berpegang pada sayap dua malaikat. Apabila dia menundukkan kepala hujan turun,dan apabila dia mengangkat kepala berjatuhan daripadanya biji-biji perak bagaikan mutiara. Orang kafir tidak diperkenankan bau nafasnya. Siapa yang menciumnya dia langsung mati. Bau nafasnya tercium sejauh mata memandang. Maka dicari dajjal dan bertemu olehnya di pintu gerbang kota Lud. (sebuah kota dekat Baitul Maqdis), lalu dibunuhnya dajjal. Kemudian didatanginya kaum yang dipelihara Allah dari kejahatan dajjal. Maka diusapnya mereka dan dikabarkan kepada mereka kedudukannya di Syurga. Allah mewahyukan kepada Isa a.s ”Aku akan mengeluarkan hamba-hambaku yang tak terkalahkan oleh sesiapa pun Kerana itu selamatkanlah hamba-hambaKu yang Soleh ke bukit” lalu Allah Taala membangkitkan ya’juj dan Ma’juj Mereka turun melanda dari tempat yang tinggi. Gelombang pertama melewati telaga Thiber, lalu mereka minum habis air telaga tersebut Kemudian lewat pula kumpulan yang lain. Kata mereka”sesungguhnya dahulu di sini ada air. Nabi Isa dan para sahabatnya terkepung sehingga sebuah kepala sapi lebih berharga bagi mereka dari seratus dinar bagi seorang kamu hari ini (kerana kekurangan makanan) Nabiyallah Isa dan para sahabatnya mendoakan semoga AllahTaala menghancurkan ya’juj ma’juj maka dikirimkan kepada mereka penyakit hidung seperti pada haiwan-haiwan sehingga mereka mati semuanya. Kemudian nabi Isa dan para sahabatnya turun ke Bumi. Tetapi tidak sejengkal tanah pun didapati melainkan penuh dengan bangkai-bangkai busuk. Nabiyallah Isa dan para sahabatnya mendoakan semoga Allah sudi menyingkirkan bangkai-bangkai busuk itu. Maka dikirimkan Allah burung-burung sebesar unta lalu diangkatnya bangkai-bangkai tersebut. Dan dilemparkannya di tempat yang dikehendaki Allah. Kemudian diturunkan Allah hujan, sehingga walaupun rumahnya tanah liat dan rumah-rumah bulu di bersihkannya. Sehingga bumi kelihatan seperti kaca Kemudian diperintahkan Allah kepada bumi “ Tumbuhkanlah tumbuh-tumbuhanmu dan kembalikanlah keberkatanmu. Ketika itu sekelompok keluarga kenyang makan sebuah delima. Dan mereka dapat berteduh di bawah kulitnya, Rezeki mereka sangat berkah sehingga susu seekor unta cukup untuk orang sekampung. Susu seekor sapi cukup untuk orang satu qabilah. Susu seekor biri-biri cukup untuk sekelompok keluarga dekat. Ketika mereka berada dalam keadaan keredhaan Tuhan yang demikian, tiba-tiba Allah mengirimkan angin baik melewati ketiak mereka, maka tercabut ruh setiap mukmin dan orang muslim. Maka tinggal orang jahat belaka, bercampur-baur seperti keldai. Maka ketika itu terjadilah Kiamat.

Dari Abu Said Al Kudri .a katanya :”Rasulullah saw menceritakan yang panjang mengenai dajjal. Antara lain beliau menceritakan: dajjal itu datang. Dia terlarang masuk Madinah. Kerana itu dia berhenti di sebuah kebun di pinggir kota. Pada hari itu datang kepadanya seorang lelaki elok. Kata lelaki itu”Aku memastikan bahwa engkau adalah dajjal yang diceritakan Rasulullah saw kepada kami” kata dajjal kepada para pengikutnya “Bagaimana pendapat kalian, jika kubunuh orang ini. Aku bisa menghidupkannya kembali. Ragukah kalian akan hal itu.? Jawab mereka”Tidak maka dibunuhnya orang itu, kemudian dihidupkannya kembali. Setelah hidup kembali lelaki itu berkata kepada dajjal,”Demi Allah ,sekarang aku tambah yakin engkau sesungguhnya Dajjal”.Dajjal hendak membunuhnya kembali, tetapi dia tidak sanggup lagi melakukannya. Kata Abu Ishaq ”Lelaki itu ialah Nabi Khidhir ‘alaihissalam”


Dari Anas bin Malik ra.a katanya Rasulullah saw bersabda:”Tidak sebuah jua negeri, melainkan semua diinjak oleh dajjal.Kecuali makkah dan madinah. Semua jalan yang menuju ke sana dijaga malaikat dengan berbaris. Maka berhenti dajjal disebuah kebun (dipinggir kota Madinah). Madinah bergoyang (gempa) tiga kali. Orang-orang kafir dan orang munafik keluar semuanya dari kota Madinah menemui dajjal”

Dari Abu Hurairah .a katanya Rasulullah saw bersabda:”Segeralah kamu beramal sebelum terjadi enam perkara (1) Sebelum matahari terbit dari barat (2)keluar dajjal (3) keluar dabbatul ard (binatang melata) (5) peristiwa yang menimpa dirimu sendiri(maut) (6) peristiwa yang menimpa orang banyak (kiamat)

Dari Ma’qil bin Yasar .a katanya rasulullah saw bersabda:”Beribadat masa-masa sulit sama dengan hijrah kepadaku”

Dari Abdullah .a dari Nabi saw sabdanya:”Tidak terjadi kiamat melainkan kerana kejahatan manusia

Perang besar antara dua kekuatan besar (Sahih Muslim jilid 4)
Hadis 2461 dari Abu Hurairah .a katanya “Rasulullah saw. Bersabda “Belum akan terjadi kiamat sebelum dua golongan besar saling memerangi satu sama lain, sedangkan kurban di kedua pihak sangat besar pula.dan alas an kedua-duanya hanya satu”

Hadis sahih Muslim No 2463jilid 4.
Dari Tsauban .a katanya rasulullah saw, bersabda”sesungguhnya Allah taala telah memperlihatkan kapada ku peta bumi secara keseluruhannya, sehingga aku dapat melihat bumi sebelah Timur dan barat dan sesungguhnya kekuasaan ummatku akan sampai ke seluruh tempat yang telah diperlihatkan Allah Taala kepadaku. Kepadaku diberikan dua jenis perbendaharaan, iaitu merah dan putih. Aku memohon kepada Tuhan untuk membantu ummatku agar mereka tidak binasa dengan musim susah yang panjang, dan agar mereka tidak dijajah oleh kuasa asing selain mereka sendiri, sehingga kekuasaan mereka menjadi hancur luluh. Tuhanku berfirman “Ya Muhammad, apabila Aku telah memutuskan suatu keputusan, maka keputusanKu tidak dapat diubah lagi Aku memperkenankan doamu untuk ummatmu, bahawa mereka tidak akan binasa dengan musim susah yang panjang. Dan bahawa Aku tidak akan menjajahkan kepada mereka suatu kekuatan musuh selain diri mereka sehingga kekuatan mereka hancur luluh, sekalipun musuh-musuh mereka bersatu mengelilingi, kecuali bila sebagian mereka membinasakan yang sebagian dan mereka saling tawan menawan.

Hadis no 2464 jilid sahih Muslim
Dari Amir bin saad dari bapanya ra. Katanya “Pada suatu hari Rasulullah saw. Datang dari daerah perbukitan. Ketika baginda sampai di Masjid bani Muawiyah baginda masuk ke masjid lalu solat dua rakaat.kami pun solat pula bersama-sama dengan baginda. Baginda berdoa kepada Tuhan panjang sekali. Setelah mendoa baginda menoleh kepada kami lalu bersabda “Aku memohon kepada tuhanku tiga perkara. Dia memperkenankan dua perkara dan menolak satu perkara. Aku memohon kepada Tuhanku supaya jangan membinasakan ummatku dengan musim susah yang panjang. Maka diperkenankan. Aku memohon supaya ummatku jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang melanda ummat Nabi Nuh, atau seperti tentera dan Firaun yang tenggelam di lautan), permohonanku itu diperkenankanNya juga. Aku memohon supaya ummatku jangan dibinasakan kerana pertentangan sesama mereka. Permohonanku ini tidak diperkenankan”

Hadis no 2474 sahih Muslim jilid 4 dari Abu Hurairah .a dari nabi saw, sabdanya “Belum terjadi kiamat sebelum dibangkitkan dajjal, pembohong besar yang jumlahnya hampir 30 orang. Semuanya mengatakan bahawa mereka adalah rasulullah.

Hadis no 2486 jilid 4 sahih Muslim ,kiamat sudah dekat:
Dari Anas .a katanya rasulullah saw bersabda “(Jarak waktu. Aku diutuskan dan hari kiamat seperti ini “Baginda memberikan isyarat dengan merapatkan telunjuk dengan jari tengah”

Hadis no 127 jilid 1 sahih Muslim
Dari Abu Hurairah .a katanya rasulullah saw bersabda “Demi Allah yang jiwaku di TanganNya, sesungguhnya telah dekat masanya Isa ibnu Maryam akan turun di tengah-tengah kamu. Dia akan menjadi hakim yang Adil, akan dihancurkannya salib, dibunuhnya bab*, dihapuskannya pajak dan kekayaan akan melimpah ruah sehingga tidak seorang pun lagi yang bersedia (layak ) menerima pemberian”

Hadis sahih Muslim jilid 4 no 2294
Dari Anas bin Malik .a. katanya rasulullah saw bersabda “sebagian di antara tanda-tanda hari kiamat ialah hapusnya ilmu agama , berjangkitnya kejahilan, merajalelanya perzinaan (pelacuran), melimpahnya minuman keras, habis (extince) kaum lelaki, dan yang tinggal hanya wanita, dengan nisbah seorang lelaki berdiri di tengah-tengah lima puluh wanita”

Hadis sahih Muslim jlid 4 no 2014
Dari Mughirah bin Syu’bah .a katanya “Tidak ada sahabat yang bertanya kepada Rasulullah s.a.w. perihal dajjal yang lebih banyak dari pertanyaanku” Kerana itu Rasulullah saw. Bersabda kepadaku, “Hai anakku, Engkau tak usah terlalu risau memikirkannya. Dia tidak akan mencelakakanmu” Kataku, “Orang ramai mengatakan dajjal mempunyai sungai yang mengalir dan bukit roti.” Sabda baginda, “Itu amat mudah bagi Allah Ta’ala menciptakannya.”



Robohnya Kaabah
Hadis 1512 Bukhari
Aisyah .anha berkata :”Nabi s.a.w. bersabda :”Kaabah itu akan diperangi oleh musuh , tetapi mereka mereka itu lalu ditenggelamkan dalam bumi yakni di Baida’, suatu tempat antara Makkah dan Madinah”

Hadis 1513 dari Ubaidillah bin Akhnas , katanya :”Aku diberitahu oleh Ibnu Abi Mulaikah dari Ibnu Abbas .anhuma dari Nabi s.a.w. , sabdanya: ”Seolah-olah aku dapat melihat orang-orang yang merobohkan Kaabah itu berkulit hitam, merenggangkan kedua kakinya dan membongkar Kaabah itu batu-batunya satu demi satu”

Hadis 1514 dari Ibnu Syihab dari Sa’id bin Musayyab bahawasanya Abu Hurairah .a. berkata:” Rasulullah s.a.w bersabda :” Kaabah itu akan diruntuhkan oleh yang mempunyai dua betis yang kecil, berasal dari negeri Habasyah (Abesenia)”

Keterangan:
Ya’juj dan ma’juj keluar, Kaabah dirobohkan dan tidak ada yang berhaji di baitullah adalah tanda-tanda dekat hari Kiamat tiba.

Hadis 94 jilid 1 Muslim
Dari Abu Hurairah .a, katranya Rasulullah saw. Bersabda “Sesungguhnya Allah akan meniupkan angin dari Yaman lebih lembut dari Sutera. Namun tidak seorang pun yang tertinggal (iman) di hatinya” Abu Alqamah mengatakan “Walaupun seberat biji bayam?” Kata Abdul Aziz “Iman yang seberat debu pun akan tercabut olehnya”


Hadis sahih Muslim jilid 4 no 2293
Dari Anas bin malik .a katanya Rasulullah saw. Bersabda “ Sebagian di antara tanda-tanda hari Kiamat ialah hapusnya Ilmu (Agama Islam), berjangkitnya kejahilan, melimpahnya minuman keras dan merajalelanya perzinaan (pelacuran)”


Hadis sahih Muslim jilid 4 no 2294
Dari Anas bin malik .a katanya Rasulullah saw. Bersabda “Sebagian di antara tanda-tanda hari Kiamat ialah : hapusnya Ilmu (Agama Islam) , ber jangkitnya kejahilan, merajalelanya perzinaan (pelacuran), melimpahnya minuman keras, habis/extince kaum lelaki dan yang tinggal hanya wanita dengan perbandingan seorang lelaki berdiri ditangah-tengah lima puluh wanita.


Hadis sahih Muslim jilid 4 no 2295
Dari Abdullah dan Abu Musa .a. keduanya berkata bahawa Rasulullah saw. Bersabda :”Sebelum terjadi hari kiamat terlebih dahulu hapus ilmu (Addin) dan berjangkit kejahilan (maksiat, kejahatan dan sebagainya) dan banyak terjadi pembunuhan.



Hadis sahih Muslim jilid 4 no 2296
Dari Abu Hurairah .a katanya Rasulullah saw. Bersabda “Tanda hari Kiamat semakin dekat, dihapus (dicabut) Ilmu (Addin), lalu timbul fitnah (bala bencana/kekacauan). Di mana-mana dijumpai kebakhilan serta banyak pembunuhan”



Hadis sahih Muslim jilid 4 no 2297
Dari Abdullah bin Amru bin Al‘Ash, katanya dia mendengar Rasulullah saw. Bersabda “ Allah tidak menghapuskan ilmu (Addin) dengan cara mencabutnya dari dada seluruh manusia tetapi dengan jalan mewafatkan para Ulama’. Apabila Ulama’ sudah habis, umat manusia mengangkat orang bodoh menjadi pemimpin mereka. Lalu mereka bertanya kepada para pemimpin yang bodoh. Si pemimpin memberi fatwa tanpa pengetahuan, menyesatkan orang banyak maka sesatlah mereka semuanya”


Bila wanita lebih banyak daripada pria/pemuda
Hadis 965 sahih Muslim jilid 2
Dari Abu Musa .a dari Nabi saw. Sabdanya “Kelak akan datang suatu masa di mana seorang lelaki berkeliling membawa emas/zahab untuk disedekahkannya, tetapi dia tidak mendapatkan orang yang bersedia menerima sedekahnya itu. Akan terjadi pula kelak, seorang laki-laki direbuti oleh empat puluh wanita yang kesemuanya menginginkan lelaki itu untuk menjadi suaminya. Hal itu terjadi kerana jumlah lelaki jauh lebih sedikit daripada perempuan”

Bila zaman makmur
Hadis 966 sahih muslim jilid 2
Dari Abu Hurairah .a katanya Rasulullah saw bersabda “Tidak akan terjadi Kiamat sebelum harta kekayaan telah bertumbuk tumpuk dan melimpah ruah; sehingga seorang lelaki pergi kemana-mana sambil membawa hartanya untuk dizakatkannya, tetapi dia tidak mendapatkan seorang jua pun yang bersedia / layak menerima zakatnya itu; dan sehingga tanah Arab menjadi subur makmur kembali dengan padang-padang rumput dan sungai-sungai”

Hadis 967 Sahih Muslim jilid 2

Dari Abu Hurairah .a., dari Nabi saw. Sabdanya “Tidak akan terjadi kiamat, sebelum harta kekayaan telah bertumpuk-tumpuk dan melimpah ruah (kemakmuran telah merata); sehingga si pemilik harta merasa sedih kerana tidak ada orang yang bersedia menerima sedekahnya. Dan orang yang dimintanya untuk menerima sedekahnya menjawab; “Aku tidak memerlukan sedekah anda”

Hadis 968 sahih Muslim jilid 2

Abu Hurairah .a. katanya Rasulullah saw. Bersabda:”Kelak bumi akan memuntahkan jantung hatinya berupa tiang-tiang emas dan perak. Maka datanglah seorang pembunuh seraya berkata:” Kerana inilah aku jadi pembunuh. Kemudian datang pula si perompak, lalu berkata:”kerana inilah aku putuskan silaturrahim. Kemudian datang pula si pencuri seraya berkata:Kerana inilah tanganku dipotong. Sesudah itu mereka tinggalkan saja harta kekayaan itu, tiada mereka ambil sedikitpun.

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 10-02-09 10:29


Kepada wuzaraa - aliran asya'iroh adalah ahlu sunnah wal jama'ah. Sila semak sejarah tentang kelahiran aliran asya'irah ini. Majoriti ulamak adalah beraliran asya'iroh.

Imam Abu Hasan al Asya'hari itu sendiri menolak muktazilah, dan golongan ahlu sunnah wal jama'ah inilah yang menentang golongan jabariyah, qadariyyah serta fahaman lain yang bercanggah dengan ahlu sunnah wal jama'ah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 10-02-09 10:37


kawe dari kanak-kanak...mak abah ajar ikut Ulama' nusantara yang aliran Imam Abu Hassan Asya'hari

bila kawe dewasa baru temu kumpulan wahabi...
kawe rakyat Kelate...


kawe tak ngaji wahabi...


ngaji Al Quran dan hadis koho...koho...kawe penuntut ilmu...maka sahabat nak bahas...boleh bahas...cuma perlu ilmiah sikit...baru sedap nak baca...


kita adalah penuntut Ilmu...
Al Ilmu Nurun

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 10-02-09 12:03


Pada 10-02-09 10:29 , Anak_Pejuang posting:

!!! QUOTE !!!

Kepada wuzaraa - aliran asya'iroh adalah ahlu sunnah wal jama'ah. Sila semak sejarah tentang kelahiran aliran asya'irah ini. Majoriti ulamak adalah beraliran asya'iroh.

Imam Abu Hasan al Asya'hari itu sendiri menolak muktazilah, dan golongan ahlu sunnah wal jama'ah inilah yang menentang golongan jabariyah, qadariyyah serta fahaman lain yang bercanggah dengan ahlu sunnah wal jama'ah.


ana tak menafikan kebanyakan ulama' nusantara berfahaman aqidah assya'riah, tetapi bukan majoriti ulama'. Malah, ulama' sunnah yang masyhur termasuk 4 imam mazhab mengkritik assya'riah. sama ada muktazilah, jabariah mahupun assya'riah, kesemuanya membahas aqidah dengan method kalam, sesuatu yang tidak dilakukan oleh nabi, para sahabat dan tabien yang lain.

kita tinggalkan persoalan kalam, kita bincang apa yang dinyatakan saifudin, bahawa apa yang dinyatakan oleh Harussani adalah benar qadha.

Kerajaan BN rampas kuasa, maka kerajaan Pakatan rakyat digulingkan, kemudian sang mufti suruh mereka terima dengan hujah ia qadha. Inikah pandangan yang diajar oleh assya'riah?

Jika inilah pandangan assya'riah dalam pembahasan qadha wa qadar, jelas ia keliru. Tamsilan yang mudah, kita curi duit kawan kita, kemudiann kita kata ia qadha allah. Jelas, ia mendakwa Allahlah yang menyebabkan ia mencuri. Bagi kes Perak, jika diambil pandangan Harussani dan saifudin,-qadha Allah- maka Allah yang punya angkara. ini jelas kurang ajar, menyalahkan Allah. Ya, bagi assya'riah ada konsep kasb ikhtiari, tetapi hakikatnya begitulah. Sebagai golongan mutakallimin, assya'riah masih lagi membahas qadha' wa qadar sebagai demikian. Ia jelas keliru.

Jika tidak demikian, saya minta saifudin atau anak pejuang, huraikan kes di Perak tersebut mengikut pandangan assya'riah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

Annursyam
Warga 4 Bintang
Menyertai: 30.08.2004
Ahli No: 10824
Posting: 317
Dari: Jelapang padi

Kedah  


posticon Posting pada: 10-02-09 13:32


kita ambil apa yang kita rasa betul,
yang salah kita tolak...
semoga Allah tunjukkan jalan yang benar.....
tak perlu bertelagah........

Bookmark and Share

    


  Member Information For AnnursyamProfil   Hantar PM kepada Annursyam   Pergi ke Annursyam's Website   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 10-02-09 14:14


Salam mungkin komen dan ulasan saya agak lewat.iaitu dengan berkenaan tindakan DYMM Sultan Azlan yang dilihat agak kontroversi di dalam penyelesaian kemelut politik di Perak.saya ringkaskan ulasan kerana tak mahu mengulangai fakta-fakta yang sudah tersebar didalam dunia blog dan reality diluar sana .

Soalan satu Kenapa Sultan memilih BN.

Jawapannya: kerana ada sesetengah pendapat dari segi perundangan Sultan mempunyai hak melantik dan melucut jawatan seseorang menteri Besar. Dan ianya dikatakan mengikut undang-undang tubuh Negeri. Alasannya pun mudah baginda mendengar perakuan dan pengakuan daripada 28 adun BN serta 3 adun bebas yang “menyokong BN”.

Soalan kedua : Kenapa Sultan tak mahu tunggu NIzar dijatuhkan melalui undi tak percaya didalam dewan?

Jawapannya: Jangan lupa Sivakumar sebagai speaker dewan pakatan rakyat dah tak iktiraf tiga adun bebas tu sebagai adun, dan menurutnya tak layak hadir sidang dewan.dan dengan kuasa dia sebagai speaker jangan haraplah tiga adun “haram” tu dibenarkan masuk mengundi. Jadi situasi adun BN dan Pakatan akan jadi sama iaitu 28:28. Dan hal dispute ni akan kembali kepada sultan untuk membuat keputusan. Jadi pada ketika itu Sultan sudah semestinya mengekalkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat pada 8 mac lalu daripada memilih BN, dan inilah yang YB Nizar mahukan.sekiranya pada ketika itu Sultan memilih BN maka Sultan dianggap membelakangi kehendak rakyat.Dan jika Sultan memilih BN , Sultan akan dianggap favour kepada “kerajaan orang melayu” sahaja (27 adun BN semuanya melayu 1 saja MCA)dan ini tidak baik untuk imej baginda dan Sultan semestinya ingin mengelak dari tersepit didalam situasi diatas.

Soalan ketiga: Kenapa Sultan tak mahu bubarkan dewan?

Jawapannya: Mungkin factor kos, atau pun Sultan tak mahu 59 kawasan adunnya negerinya “panas” dan masyarakat berpecah dan tension kerana perbedaan politik , juga mungkin pada pikiran baginda daripada PRU seluruh negeri lebih baik perkara untuk dua adun sahaja iaitu changkat jering dan behrang sahaja(jangan lupa dua adun tu ada kes, kalau sabit kesalahan maka akan hilang status sebgai wakil rakyat , kos pun kurang dan hanya dua kawasan tu sahaja yang terlibat. Dan walaupun Sultan tahu mereka ni tak beretika(atas lompatan), tapi atas nama demokrasi sultan terpaksa terima perakuan mereka sebagai adun bebas yang menyokong BN sehingga mahkamah memutuskan nasib dan satatus mereka . Sultan kan bekas hakim, baginda tahu seseorang tidak dikatakan bersalah sehingga ianya diputuskan di mahkamah.Kepada Pakatan , Usahalah secara bijak dan melalui perundangan, sabar dan tunggu sahajalah kalau benar mereka ni bersalah dan ketika itu rebutlah kembali peluang anda melalui perkara, dan jika anda menang anda akan kembali mengepalai Kerajaan negeri Perak.

Jadinya Sultan Azlan telah melakukan tindakan bijak dengan menghantar “bola” masalah ini kepada mahkamah, dan biar mahkamah membuat keputusannya.

Apa pun …Daulat Tuanku..

sedikit tambahan , saya berani jamin situasi politik di perak takkan tenang sehingga PRU yang akan datang, kecuali DUN changkat jering dan Behrang distiharkan kosong atau seballiknya oleh mahkamah serta keputusan mengenai kes dua adun bebas yang ada kes rasuah tu, kalau mereka bebas dari disabitkankan kesalahan maka BN akan lega dan sedikit konfiden memerintah negeri sekurang-kurangnya sehingga PRU akan datang, dan jika mereka sangkut” maka…faham-faham sendirilah akan kesannya.
selain itu kalau pun diistihar kosong maka disini BN dan Pakatan akan berentap dan ini sekali lagi jadi penentu siapa yang berhak mengepalai kerajaan ngeri perak


http://ryzulosman.blogspot.com


-----------------
Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.


Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

beeman
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.02.2008
Ahli No: 32524
Posting: 116
Dari: atas pokok

Sarawak   avatar


posticon Posting pada: 10-02-09 14:32


saya dok cari sebab Kenapa harunsani cakap macam tu.hairan juga pada mulanya.ooooo..rupa-rupanya harunsani ni mufti UMNO.

sila teliti klip video ceramah dato seri ir nizar:

http://www.kelantan.tv/index.php?option=com_content&task=view&id=525&Itemid=49

Bookmark and Share

    


  Member Information For beemanProfil   Hantar PM kepada beeman   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 10-02-09 14:36


Beeman baru tahu ke? tak mengapalah... sekurang2nya dah tahu dan terima. Bagi mereka yang taksub dengan Harussani, apa pun tak boleh nak terima, payah- payah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

advastrade
Warga 2 Bintang
Menyertai: 14.11.2008
Ahli No: 35882
Posting: 55

blank   avatar


posticon Posting pada: 10-02-09 14:41


salam..hukum siapakah yang lebih baik??manusia atau Allah

Bookmark and Share

    


  Member Information For advastradeProfil   Hantar PM kepada advastrade   Quote dan BalasQuote

adzizi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 13.10.2006
Ahli No: 26934
Posting: 177

malaysia  


posticon Posting pada: 10-02-09 15:23


Kelakar lah manusia ni ek..tak tahu hape2 tapi da letak hukum macam-macam..ada ke bukti UMNO ni jahat?Utusan Malaysia pun kena tempias...Hai manusia2..tak habis dengan fitnah..cuba renungkan..ambil akhbar utusan malaysia dan ambik pula harakah..kalau isu sokong kerajaan cuma 2 muka saja tapi dalam harakah pula start dari page 1 sampai last page asyik kutuk UMNO/BN..Kelakar lah...da terang-terang dalam islam 2 kata fitnah itu lebih buruk dr membunuh,fitnah yang terbesar sekali ialah apabila seseorang menceritakan perkara yang tidak benar lalu org lain mempercayainya,itulah fitnah yang terbesar sekali

Bookmark and Share

    


  Member Information For adziziProfil   Hantar PM kepada adzizi   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 10-02-09 21:08


Salam Derhaka rakyat Ukhwah.com.

Sementelahan akhi Daeng masih lagi belum berkesempatan menyambung diskusi mengenai Perjanjian Pangkor, jadi molek kiranya hamba nak berkongsi suatu cereka (Cerita Rekaan) bagaimana andai Perjanjian Pangkor dapat dihalang.

Selamat Terhibur, Jangan Murka:

----------------------------------------------------------------------------------------------

~Pangkor jangan tersungkur~

Oleh Addeen Bandarsepi


“Tuan … ada penceroboh!”

Semua lensa tumpah, meleret pada aku. Satu, dua, ramai. Ada yang Melayu. Ada yang berbangsa kulit putih – penjarah. Aku mengaduh, menyapu perut punggung yang terlantun kasar atas papan jalur kapal besar itu.

Lelaki dengan pakaian laskar Eropah itu memandang aku. Tunak dan jijik. Ya, itulah Sir Andrew Clarke, Gabenor Negeri-negeri Selat. Aku tunduk ke lantai, berserah nasib – harap-harap biarlah tenggelam sabut, biar terapung, doa aku di lubuk hati.

“Lepaskan dia! Dia salah seorang penasihat beta …” Aku mendongak kepala perlahan-lahan, seorang lelaki berbadan gempal lengkap dengan pakaian kebesaran istana. Ah, itu tentu sahaja Raja Abdullah anakandanya Sultan Jaafar.

Lelaki-lelaki Melayu yang lain; Bendahara, Temenggung, Orang Kaya Menteri, Syahbandar, Raja Mahkota dan Laksamana kelihatan kurang berpuas hati dengan frasa ‘penasihat’ yang terlantun daripada jawapan Raja Abdullah itu. Cuma Datuk Sagor yang duduk terkanan dari Raja Muda Abdullah yang tersingkir itu kelihatan tersenyum. Aku yakin – perkataan ‘penasihat’ yang terbit daripada bicara spontan Raja Muda Perak itu tentu sahaja menerbitkan rasa cemburu dan dengki di kalangan pembesar-pembesar yang bertujuh itu. Ah! Memang bangsaku dari dulu-dulu lagi sudah lulus PhD rupanya; Perasaan hasad Dengki!

Sir Andrew Clarke mendengus, tidak puas hati. Pun begitu, daripada pandangan matanya dia mengarahkan supaya dibukakan ikatan tangan aku.

“Penasihat? Budak mentah sepertinya yang Tuanku angkat sebagai orang penting …” Sir Andrew Clarke itu kemudiannya bersuara mengejek. Bibirnya terjuih menghina. Kemudian lensanya singgah ke tengah laut. Malam itu laut Pangkor tenang. Bintang bertabur di dada langit. Rembulan terhias pada malam lima belas. Malam cerlang.

“Kebijaksanaan bukan terletak atas usia mahupun otot berurat, tetapi … ini, seketul geliga dalam kepala yang berfikir jernih!” tingkah daripada Raja Abdullah memanaskan malam yang berangin. Merona merah tampang lelaki Inggeris itu menahan malu.

Kemudian jeda memanggung kami di tengah-tengah kapal HMS Pluto di pesisir laut Pangkor. Masing-masing seperti terganggu dengan kedatangan aku yang tiba-tiba, tak diduga.

“Ya, Tuanku Raja Abdullah … silalah bercap mohor pada Perjanjian Pangkor ini,” pelawa Sir Andrew Clarke dengan senyuman bermakna.

“Tuanku Raja … inikah Perjanjian Pangkor 1874?” Tanya aku separuh berbisik kepada Raja Abdullah yang sudah siap siaga dengan mohor di-raja. Tercegil mata Mamak Bendahara seperti tidak merestui pertanyaan aku yang sebegitu. Pembesar-pembesar lain mengeluh kasar.

“Tuanku, betulkah ini perjanjiannya? Kalau betul, jangan Tuanku, jangan bersetuju dengannya!” arah aku. Air wajahku bertarian dengan keresahan – ini maruah bangsa!

“Hei anak muda, bolehkah kau berdiam diri!” sergah Datuk Temenggung yang duduk berselang seorang daripada Raja Abdullah yang di tengah. Kesabarannya terpancung sudah.

Raja Abdullah tidak jadi menurunkan persetujuannya, menarik balik cop mohor di-rajanya, dan kelihatan berfikir-fikir, “biarkan anak muda itu bersuara, kan dia penasihat beta ….”

Aku tersenyum. Sir Andrew Clarke dan orang-orang British yang duduk di sebelah sana kelihatan masam mencuka dengan tindakan Raja Abdullah yang melengah-lengahkan saat menurunkan persetujuan pada Perjanjian Pangkor.

“Izinkan beta berehat … fikiran beta terganggu,” Raja Abdullah tiba-tiba bersuara. Aku tersenyum sebagai seorang pemenang. Selebihnya terdengar ngomel-ngomel dan bisik-bisik kemarahan; di sebelah orang-orang Inggeris yang menjajah dan barisan pembesar Melayu yang berfikiran cangkat.

II

“Nama kamu?” Lensa kami bertembung. Angin tengah malam dari laut Pangkor itu singgah ke tulang hitam. Aku menarik akrab jaket nipis yang membalut tubuh.

“Emm … Tun, Tun Mutahir …” Entah bagaimana nama itu yang terkeluar.

Ketika itu hanya kami berdua. Aku dan Raja Abdullah, anakanda Raja Jaafar yang sepatutnya menaiki takhta negeri Perak. Malangnya apabila Raja Ali, raja yang terdahulu mangkat, Raja Abdullah yang ketika itu memegang jawatan Raja Muda tidak dipilih menjadi Sultan, sebaliknya Raja Bendahara, Raja Ismail yang terpilih menggantikan Raja Ali yang mangkat.

“Tuanku … dengarlah nasihat patik, pacal yang hina ini …” aku kembali bersuara. Merayu Raja Abdullah – kita mesti mengubah sejarah!

“Tuanku, demi kemakmuran negeri dan kebaikan rakyat … persetankan Perjanjian Pangkor yang ditawarkan oleh British!” Aku memujuk. Sungguh-sungguh. Tuanku raja kelihatan mendengar dengan sungguh-sungguh, jelas-jelas. Bola matanya jauh sekali, mindanya menerewang rata-rata.

“Tetapi … begitulah. Kongsi-kongsi gelap Ghee Hin dan kumpulan Hai San yang dikepalai Chung Keng Quee sedang bertarung merebut lombong di Larut. Sudah lama, sudah banyak nyawa terkorban. Pening beta memikirkannya …” Raja Abdullah, pewaris kesultanan Perak ke-26 itu bersuara. Perlahan-lahan. Wajahnya kelihatan sugul.

“Atau Tuanku berasa kecewa disingkirkan oleh baginda Sultan Ismail?” aku menyuarakan rasa hati. Kalau benarlah tujuan Raja Abdullah menjemput Inggeris ke Perak hanya semata-mata mahukan jawatan Sultan Perak yang sepatutnya menjadi milik baginda, ah ia sesuatu yang kepalang malang!

Di Kedah pada 1771 misalnya, tindakan Sultan Muhammad Jiwa yang melantik Tunku Abdullah sebagai penggantinya mendapat tentangan kerabat di-raja. Akhirnya, Sultan Muhammad Jiwa memilih jalan yang salah, memanggil penjarah Inggeris sebagai pembantu. Dijemputnya Syarikat Hindia Timur Inggeris dan Syarikat Jourdan, Sullivan dan ada Souza membantunya. Kesudahannya, Pulau Pinang tergadai. Malang.

Di Johor pun sama, kemangkatan Sultan Mahmud Syah III meninggalkan dua orang puteranya, Tengku Hussain dan Tengku Abdul Rahman yang bertelagah demi merebut kerusi Sultan. Sudahnya, Inggeris melalui Stamford Raffles mengambil kesempatan dan berjaya menduduki Singapura.

Raja Abdullah masih terdiam. Matanya terkebil-kebil. Seperti orang bodoh dungu pun ada lagaknya.

“Tuanku … atas apa alasannya, jangan sekali mengundang petaka – jangan jemputi Inggeris itu ke tanah kita!” Aku bersuara mengapi. Nada aku sedikit terlantun. Ada gegar.

“Perjanjian Pangkor 14 perkara ini nanti … hanya membonekakan peranan Sultan. Kalau Sultan sudah tertarik hidungnya bagai sang lembu bodoh, rakyat sudah tak punya dahan bergantungan …” aku terus-terus mencucuk Raja Abdullah yang kelihatan terdesak. Baginda tersimpang.

“Mahukah Tuanku … kelak-kelak sejarah membilang Tuanku sebagai pengkhianat? Kelak-kelak rakyat berkencing di pusara Tuanku, berdendam lama-lama dengan Tuanku … petualang yang menjemput penjarah yang mengkedarah hasil masyghul negeri ….”

Kali ini Raja Abdullah berpaling pantas. Baginda seperti terpukul dengan kata-kata aku yang tajam menikam.

“Betulkah begitu anak muda?” Belas aku melihatkan Raja Abdullah yang kelihatan tak bermaya langsung. Aku faham – permasalahan menjadikan fikirnya kusut, bagai benang yang tersimpul mati.

“Mengapa tiada di kalangan penyokong-penyokong beta yang berfikir sebagaimana kamu?” Raja Abdullah berwajah kesal. Baginda mengeluh. Kecewa.

“Anak muda … dari tadi beta berfikir-fikir, kamu kelihatan cukup aneh, buah fikir kamu bunyinya berlawanan sekali dengan apa yang beta dan orang-orang beta fikirkan. Boleh beta tahu, siapa gerangan kamu? Dari mana asal usulmu?” Raja Abdullah merenung aku – atas, bawah, atas dan bawah semula.

“Errrr … saya datang dari masa depan, Tuanku.” Dalam gugup-gugup aku bicarakan kebenarannya. “Datang dari tahun 2007.”

“2007?!”
Raja Abdullah seperti tidak percaya.

“Tetapi, bagaimana kamu tahu tentang Pangkor yang 14 perkara tu?”

“Saya membaca Tuanku! Pembacaan adalah satu kembara, sebetulnya. Melewati sempadan waktu dan susur galur perdaerahan. Membaca dan kita bisa sampai, mahupun singgah di mana-mana.”

“Tuanku …”
sekilas Raja Abdullah mengelih wajah aku yang bergelut dengan gelisah.

“Pada zaman kami … sekira-kira lapan tahun lalu, ya sekitar 1998, dunia dilanda kemeruduman ekonomi yang teruk amat. Lalu, ada di kalangan pemikir-pemikir zaman kami berfikir untuk meminjam sahaja daripada IMF untuk mengukuhkan kedudukan kewangan negara ….”

“IMF? Apa gerangannya itu?” tukas Raja Abdullah.

“Oh … itu tabung kewangan dunia. Tetapi, sebetulnya itu hanya tidak lebih sebuah agenda penjajahan juga, untuk membonekakan kuasa pemerintahan anak watan. Ya, sama seperti yang dilakukan oleh penjarah-penjarah Inggeris itu sekarang ini ….”

“Lalu?” potong Raja Abdullah, ghairah.

“Mujur pemerintah ketika itu berfikiran waras. Kata mereka, biar kita berputih tulang, berendam peluh dengan keringat pribumi, tetapi untuk memohon bantuan penjajah, jangan sekali!” jawab aku dengan yakin yang penuh.

Kemudian kami mati akal. Terdiam. Memerhatikan laut Pangkor yang berkucah putih-putih, berbusa-busa. Raja Abdullah hanya memintal-mintal misai lentiknya yang hitam, kelihatan berfikir-fikir, dalam-dalam,

“Tetapi … beta mahukan kerusi Sultan. Itu hak beta!”

Cis! Hampir-hampir sahaja aku meludah ke lantai. Awal-awal tadi aku sudah menduga, pada hati raja tak jadi itu ada seketul hati yang hitam, kalbu kesumat, dendam dan sentiasa serakah menginginkan kuasa. Tunak aku merenung dirinya, seperti mahu membahamnya sahaja, tetapi aku bersabar cukup-cukup.

“Tuanku, bukannya Tuanku tidak tahu … Perjanjian Pangkor itu akan mewujudkan jawatan Residen di negeri Perak. Dengan adanya Residen itu kelak, kuasa sultan hanya tertakluk pada urusan agama semata-mata. Apa kejadahnya sang sultan kalau begitu sudahnya?” soal aku sedikit tercalar.

“Tetapi takhta itu sepatutnya milik beta. Yang beta tuntut adalah keadilan ditegakkan ….” Raja Abdullah cuba bertahan. Mata kami bertembung, aura bertebaran. Laut Pangkor jadi panas dan merewak. Ombak sedikit berkucah. Kapal HMS Pluto sedikit terolak-olek digegah laut yang bergelora.

“Begini Tuanku …” kali ini nada aku merudum. Tiada guna amarah disergah dengan terjah. Api lawannya dengan air, lambat-lambat padamlah baranya. Air wajah Raja Abdullah masih membara dengan merah bara.

“Apakah Perjanjian Pangkor itu satu-satunya sahaja jalan keluar?” soal aku. Raja Abdullah terdiam, sekira-kira berfikir. Kemudian dia menggeleng, lambat-lambat.

“Tuanku … apa sahaja masalahnya, tentu punya jalan selesai. Tiada masalah yang tak berjawab, kecuali kematian,” aku tersenyum tiba-tiba. Raja Abdullah hampir-hampir tergelak pada bicara kematian yang muncul secara spontan itu. Sungguh, bara amarah Raja Abdullah yang setinggi julang ke tujuh tadi sudah tertimbus pada bumi liang ke tujuh. Senyuman kami kembali bertaut.

“Tuanku … pepatah orang tua kita katanya, bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Musyawarahlah akan tuanku dengan orang-orang tuanku dan kemudian dengan orang-orang Raja Ismail. Carikan kata sepakat, buangkan segala keruhan dan ambilkan semua yang jernih-jernih sahaja,” cadang aku kepada Raja Abdullah yang kelihatan terangguk-angguk.

“Cukup bijaksana akal fikir kamu, anak muda …” Raja Abdullah menepuk-nepuk bahu aku. Mesra.

“Terima kasih, Tuanku. Sejengkal pun tanah pusaka ini jangan diserah mudah ke tangan penjarah,” sahut aku ikhlas.

Laut Pangkor kembali damai. Kucah-kucah sudah mati lama. Fajar sidik kelihatan cerlang menyingsing dari bilik peraduannya.

III

“Saudara … perpustakaan kita mahu ditutup ….”

Aku mengenyeh-ngenyeh bola mata. Terkulat-kulat,

“Kita mesti mengubah sejarah. Pangkor jangan mudah-mudah terbiar sungkur.” Aku bersuara memandang gadis manis yang terpinga-pinga, tak mengerti.

“Saudara, mungkin saudara bermimpi, agaknya …” gadis pustakawan itu tersenyum tersipu-sipu. Sekilas aku mengelih jam bermuka besar pada dinding batu, hampir sepuluh malam.

“Maafkan saya …” Aku menutup buku Sejarah Melayu karangan Tun Seri Lanang. Pun, kepala masih bermain-main dengan Raja Abdullah dan peristiwa Pangkor yang bersejarah.

------------------------------------------------------------------------------------------------

Biodata: ADDEEN BANDARSEPI

NAMA pena bagi Mohd Izuddin Mahamad Nazir yang dilahirkan di Kangar, Perlis. Sangat meminati penulisan kreatif meskipun terdidik dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Ibaraki, Jepun. Beberapa karyanya pernah mendapat tempat dalam media arus perdana dan kini berkhidmat sebagai Jurutera di Sato Barcode.

Sumber: Berita Minggu 18.8.2007


-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

Muddathsir787
WARGA SETIA
Menyertai: 20.10.2007
Ahli No: 31449
Posting: 943
Dari: Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 10-02-09 21:13


Pada 10-02-09 09:22 , wuzaraa posting:

!!! QUOTE !!!

!!! QUOTE !!!

Allah menetapkan Qadar makhluqnya atas sifat Qudrat IradatNya...


bro, qadha wa qadar tak ada kena mengena dengan kudrah dan iradah Allah. tak ada kena mengena dengan ilmu allah dan catitan di Lauhul Mahfuz. Buang jauh pemikiran ahli kalam tu, hang jadi pening karang.

Contohnya, hang boleh sokong Harussani, apa yang terjadi di Perak ada qadha wa qadar. maka terimalah. kalau begitu, orang Islam kena serang di Qaza, Bosnia adalah kita terima saja lah?? Kang bangang namanya.

Ye, bagi orang Islam yang diserang itu, memang qadha bagi mereka. tetapi bagi yang menyerang, meraka ada pilihan nak serang atau tidak. Lepas ni kita curi barang kawan kita, lepas tu bagitahu kat dia dah qadha, terima sajalah barang anda aku dah curik. MENGARUT.



Salam Brother,
Tumpang lalu sikit brother, nak mencilok brother..


Kalau bro tolak ulama'..
Seperti ulama dato Harussani..

Sekarang yang tinggal cuma sami buddha, paderi.. 'father', sami Hindhu, ulama' yahudi, ulama nasrani.. ulama' suk dan macam-macam lagi termasuk ulama kerajaan langit.. ayah Pin..

So bro pilih mana bro..??

Dato Harussani tu ulama bidang dia..
Bro wuzaraa bukan 'ulama Wuzaraa' walau wara' sekalipun..

Contohnya saya bidang manufacturing.. saya jahil lagi bodoh bab IT.. Jadi saya tak hentam orang IT.. Tapi saya nak belajar dari orang IT insya-ALLAH.. Saya cuma ada ilmu manufacturing..

Bro pula bidang O&pergi (oil and gas).. so apacer sembang bab mufti pula ini..? Bro kena cari orang yang ahli bro..
Kena ambil statement dari orang yang ahli.. Belajar balik..!!
err, sama-samalah kita belajar, insya-ALLAH.. :malu:

Haiii.. isu yang tak sudah-sudah..
Inilah orang kita.. bukan isu orang Melayu.. sebab melayu mudah lupa..

Tapi orang Islam.. dan berpecah.. tambah lagi pecah belah.. Naudzubillahiminzalik..


Peringatan buat diriku yang lupa..

HambaNYA yang jahil,
-- Muddathsir..


Saya quote kata Laskar_ALLAH..

-- kembali ke topik asal --

Terima kasih..


-----------------
.: Allahumma Sollia'l a Saiyyidina Muhammad :. "Ya ALLAH kurniakanlah kejayaan, kegemilangan, kecemerlangan & kebangkitan teguh Islam dalam rahmatMu"


Bookmark and Share

    


  Member Information For Muddathsir787Profil   Hantar PM kepada Muddathsir787   Quote dan BalasQuote

dakwah_ilahi
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2004
Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah

uk   avatar


posticon Posting pada: 10-02-09 21:17


Bagi pendirian ana dalam hal mufti,sepatutnya mufti tak terbabit dalam politik dan memihak kepada satu pihak,melainkan dalam urusan islam,kaji dan teliti peranan sultan dalam amar maaruf dan nahi mungkar....hinggakan saat ini mungkar semakin menjadi-jadi di negara kita tanahair malaysia....

Bookmark and Share

    


  Member Information For dakwah_ilahiProfil   Hantar PM kepada dakwah_ilahi   Pergi ke dakwah_ilahi's Website   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 10-02-09 21:35


Daeng, maaf hamba paste dulu sejarah ringkas Perjanjian Pangkor. Harap selebihnya akhi akan ulas mengenai apa yang akhi katakan sebagai Peristiwa Perjanjian Pangkor 'Berulang'.

Tulisan dibawah adalah seperti yang diperturunkan oleh sejarawan, namun kisah sebenar mungkin masih Misteri.

Perjanjian Pangkor
-Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Perjanjian Pangkor merupakan satu perjanjian yang ditandatangani pada 20 Januari 1874 di antara Gabenor Negeri-Negeri Selat Sir Andrew Clarke di pihak Inggeris dan Raja Muda Abdullah yang berkuasa di Hilir Perak bersama-sama dengan pembesar-pembesar yang menyokong baginda iaitu Bendahara, Temenggung, Orang Kaya Menteri, Shahbandar, Raja Mahkota, Laksamana dan Dato' Sagor. Perjanjian ini memberi kebenaran untuk Inggeris mencampuri urusan negeri Perak, satu kesilapan yang telah dilakukan oleh Raja Abdullah dan membuka kepada campur tangan Inggeris secara rasmi dalam urusan negeri Melayu. Perjanjian ini ditandatangani di atas kapal HMS Pluto.

Dengan persetujuan Sultan Abdullah juga, Gabenor Sir Andrew Clarke berani bertindak menjalan dan menurunkan Sultan Ismail yang berkuasa di Hulu Perak dan bersemayam di Tanjong Belanja, Parit, daripada pangkat sultan tetapi membenarkan Sultan Ismail memakai gelaran "Sultan Muda" dengan memberi pencen 1,000 ringgit tiap-tiap bulan. Che Ngah Ibrahim tidak lagi diakui sebagai pemerintah Larut.

/

SEBAB

Perak pada masa itu merupakan pengeluar bijih timah utama yang mendahului United Kingdom pada abad ke-19. Sementara Inggeris, yang pada masa itu sudah mendapat Pulau Pinang, Melaka dan Singapura, menganggap Perak sebagai satu negeri yang amat penting. Tetapi keadaan yang tidak stabil seperti Perang Larut dan pergaduhan antara kongsi gelap Cina mengganggu perniagaan bijih timah ketika itu.

Perjanjian ini berputik daripada kemangkatan Sultan Ali pada tahun 1871. Raja Abdullah, sebagai Raja Muda, sepatutnya dilantik sebagai sultan baru akan tetapi disebabkan baginda tidak menghadiri upacara pengkebumian, Raja Bendahara Raja Ismail telah dilantik. Raja Bendahara Ismail diangkat dan ditabalkan kerana mengikut istiadat pertabalan Raja-raja Melayu, baginda adalah sultan yang sah oleh kerana baginda memiliki alat-alat kebesaran diraja (regalia). Baginda berkuasa dan mempunyai pengikut-pengikut yang ramai di Hulu Perak.

Perasaan tidak puas hati mendorong Raja Abdullah meminta bantuan Inggeris. Pada masa yang sama, berlaku permusuhan dua kongsi gelap Cina, Ghee Hin yang dipimpin oleh Chin Ah Yam dan Hai San yang dipimpin oleh Chung Keng Quee untuk merebut lombong bijih timah.

Raja Abdullah meminta pertolongan Inggeris untuk menyelesaikan dua masalah tersebut. Menurut Lucy Bird (1831-1904) dalam bukunya "The Golden Chersonese and The Way Thither" (diterbitkan pada tahun 1892 oleh pergi.P Putnam dan Anak-anak), Raja Abdullah meminta pertolongan rakannya di Singapura, Tan kirim Ching. Tan bersama seorang pedagang Inggeris di Singapura merangka surat kepada Gabenor Sir Andrew Clarke yang ditandatangani oleh Abdullah. Dalam surat tersebut, Abdullah menyatakan hasrat untuk meletakkan Perak di bawah naungan Inggeris. Pada 26 September 1872, Chung Keng Quee menghantar petisyen yang ditandatanganinya serta 44 orang lagi ketua orang Cina, meminta campurtangan Inggeris selepas diserang 12,000 orang-orang Chung San. Pihak Inggeris melihat perkara ini sebagai peluang keemasan untuk mengembangkan pengaruhnya di Asia Tenggara dan monopoli perdagangan bijih timah. Hasilnya, Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874.

SYARAT

Perjumpaan mesyuarat Raja Muda Abdullah, Sir Andrew Clarke dan beberapa Orang-orang Besar Perak tanpa kehadiran Sultan Ismail dan Raja Yusuf di Pulau Pangkor pada 20 Januari 1874 telah menghasilkan Perjanjian Pangkor dan syarat-syaratnya adalah seperti berikut:
    
"Raja Muda Ibrahim diangkat menjadi Sultan Perak, Bendahara Ismail bekas Sultan itu dibenarkan memakai gelaran Sultan Muda; Sultan Perak hendaklah menyediakan tempat Residen itu, nasihat British Residen hendaklah diikuti kecuali pada perkara-perkara yang mengenai agama dan adat orang-orang Melayu; fasal menjaga dan memungut segala cukai dan hasil negeri, demikian pula aturan pemerintahan Am hendaklah ditetapkan dengan nasihat British Residen."

KESAN

Raja Ismail tidak mengiktiraf perjanjian tersebut tetapi nasi sudah menjadi bubur. Raja Abdullah diiktiraf Inggeris sebagai sultan dan Sir James W.W. Birch menjadi Residen Inggeris yang pertama di Perak. Berikutan dengan perjanjian ini, Inggeris terlibat secara langsung dalam urusan pentadbiran negeri Melayu.

Campurtangan Residen Inggeris telah menimbulkan rasa tidak senang di kalangan orang-orang Melayu, khasnya golongan istana yang merasa kuasa mereka telah hilang. rasa tidak senang itulah yang membuka jalan nekad orang Melayu Perak bertindak. Tanpa takut dan gentar, mereka telah berpakat membunuh Birch yang berjaya dilakukan pada tahun 1875 di Pasir Salak. Kejadian ini mengakibatnya beberapa siri peperangan antara Melayu Perak dan Inggeris hingga tahun 1876.

Ramai wira negeri Perak yang terlibat dalam pembunuhan Birch telah ditangkap dan dihukum bunuh. Antaranya Dato Maharaja Lela, Datuk Sagor, Si Puntum, Pandak Endut, Laksamana Mohamad Amin, Ngah Ibrahim dan lain-lain. Sultan Abdullah pula disingkir ke Pulau Seychelles.

Walaupun wira-wira bangsa ini berjaya dibunuh oleh Inggeris, namun peristiwa Pasir Salak itu telah mengajar Inggeris bahawa mereka tidak boleh mengambil mudah dan memperbodohkan orang Melayu.

Dengan berjaya membantutkan penentangan Melayu, Inggeris berjaya mengukuhkan kedudukannya di Perak dan kemudiannya membuka lebih banyak lombong bijih timah di Perak dan ladang-ladang getah. Perak bersama Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang kemudiannya dikenali dengan Negeri-negeri Melayu Bersekutu.


-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 10-02-09 22:37


Berkenaan peristiwa Pangkor berkenaan, ia lebih merupakan imiginasi saya sahaja. Saya ini adalah seorang yang suka berkhayal sebenarnya. Peristiwa Pangkor yang cuba saya kaitankan boleh dikatakan versi ‘unplug’ dan ‘medley’ yang menggabungkan beberapa peristiwa dalam satu cerita pentas.

Seperti Perjanjian Pangkor para pelakonnya terdiri daripada:

1.    Inggeris
2.    Raja Abdullah
3.    Raja Ismail
4.    Puak Ghe Hin
5.    Hai San
6.    Para pembesar melayu
7.    Rakyat

Masing-masing memainkan watak-watak yang tertentu dalam peristiwa ini.

Manakala dalam peristiwa pangkor yang cuba saya canang-canangkan juga sebegitu tapi bercampur aduk dan seperti yang saya nyatakan di atas versi ‘unplug’ dan ‘medley’

Para pelakonnya terdiri daripada:

1.    Kerajaan Persekutuan
2.    Sultan Perak
3.    Ir. Nizar
4.    Dr. Zambry
5.    DAP
6.    PAS
7.    Rakyat

Antara klimaks sandiwara bangsawan ini adalah:

1.    Perebutan kuasa
2.    Kuasa, status, krebiliti dan Daulat Sultan
3.    Elemen di sebalik tabir seperti pengaruh DAP yang boleh dikaitkan sebagai satu lagi kuasa.
4.    Keterdesakan dan kekeliruan rakyat

Klimaks ini menghasilkan pelbagai cerita yang mewarnai fikiran saya. (Sambil mengelamun) antaranya ialah:

1.    Sultan dihina (Pada zaman itu dan zaman kini) Faktor signifikan Perjanjian Pangkor 1874.
2.    Kerajaan Persekutuan yang saya ibaratkan sebagai Inggeris. Najib sebagai Sir Andrew Clark.
3.    Kemungkinan Ir. Nizar akan digelar sebagai JWW Birch (peristiwa yang mempunyai cerita yang sama, namun karakter yang berbeza, mungkin….)
4.    Mengamuknya anak Perak seperti Datuk Maharaja Lela Pancung Tak Bertanya Daeng Sedeli Ibni Daeng Ahmad Ibni Daeng Abdul Rahman bersama-sama saudaranya Raja Abdullah, Laksamana Raja Makhota Muhammad Amin Ibni Abdul Wakap, Sepuntum, dan beberapa orang lagi. (dan cerita ini dipersembahkan kini oleh rakyat Perak yang merusuh dan bukannya pembunuhan JWW Birch zaman kini seperti di atas, tapi berubah intonasinya pula)
5.    FRU dan Polis memulakan tangkapan suspeks yang berbahaya. (mengingatkan kisah para penguasa dan askar Inggeris yang memburu orang Perak)
6.    Kemudian Kerajaan telah berjaya menapak di Negeri Perak dengan cara yang sistematik yang seakan-akan sah.
7.    Seterusnya Kerajaan merancang untuk menawan negeri-negeri lain.

Ada beberapa perkara lagi yang saya imiginasikan, maaflah jika tidak faham dan tak bersetuju. Ianya adalah imiginasi saya sahaja.

p/s

Imiginasi saya ini versi 'unplug' dan 'medley' sebab itu berserabut. Maaf sekali lagi. Ada beberapa elemen tersirat di sana, mesti ada sesiapa yang dapat menekanya.


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 10-02-09 22:44


Pada 09-02-09 19:04 , Muddathsir787 posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 07-02-09 23:56 , jebat_86 posting:

!!! QUOTE !!!

ISH3..politik xabis2 lagi..
seolah-olah Islam ni dapat dibangunkn kembali dengan politik saja..
tak ada cara lain ke? kalau pasal politik saja sesama Islam nak gduh,
cakap mufti tak nak dengar..cakap org kafir (DAP,MCA,etc) nak dengar..
aku tak nak lah join politik..
ISlam belum tentu dapat manfaat lagi tapi masing-masing dah brpecah..
ish3..masing-masing cuba tgakkn benang yang basah..

Salam..

Wahai Hang Jebat..

Tuan Hamba jangan nak menyampuk..
Hamba tengah syok dengar perbahasan antara Laskar_Allah dan Daeng..

Berilmiah dan berisi..

Hamba cadangkan ada baiknya kita ikuti perbahasan dengan lebih mendalam,

Insya-ALLAH...

p/s:

-- Daeng Tulih; Ya, memang ini antara percanggahan yang ada. Perwarisan dari Iskandar Zulkarnain dan Susurgalur dari Aceh ataupun Samudera ataupun Perlak ataupun Samudera Pasai (Pada Zaman Kegemilangannya). --


Harap kalian boleh letak apa-apa rujukan pada hamba (walau buku lama sekalipun.. sebab hamba benar-benar berminat..)



Yang benar,
Hang Muddathsir787.


Sumber Salahsilah Perak, Sejarah Melayu, orang perseorangan, Internet, pemerhatian, kajian (batu nisan Aceh dan lain-lain)


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 10-02-09 22:48


Hamba dapat 'tangkap' beberapa maksud imaginasi Daeng.

Tapi tang maksud tersirat, kejap, bior hamba perah otak sebentar. Kalau hamba tak dapat juga sampai esok, hamba serender! Hehe.. :-D


-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 10-02-09 22:51


Oppps, chop,chop, tang Ir Nizar=JWW Birch hamba ada banyak musykil, patut beliau 'Hero' kan? :berfikir:

Ikut susunan karekter, No.3 Raja Ismail & Ir Nizar? Camno tu? :berfikir:


-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 10-02-09 23:02


Wuzaara - saya menegur anda bukan sebab isu yang berkaitan perak ini. Tetapi sikap anda tentang asyai'roh.

Silakan untuk menyebutkan ulamak yang mengkritik asya'iroh. Sila buktikan. Dan saya ingin lihat ia adalah dari ulamak muktabar 4 mazhab yang anda sebutkan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

acok_86
WARGA SETIA
Menyertai: 29.06.2006
Ahli No: 25020
Posting: 565
Dari: tawau,SABAH BAH

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 10-02-09 23:06


Pada 09-02-09 17:27 , wuzaraa posting:

!!! QUOTE !!!

!!! QUOTE !!!

negara kita jelas mempunyai undang-undang yang mana sudah dipersetujui oleh semua pihak..tidak kira raja,menteri,pegawai,petani,peladang, kecil,tua,muda,lelaki mahupun perempuan semuanya terikat dengan undang-undang yang kita sepakati dulu..

siapa yang langgar undang-undang, maka kita semua ada hal untuk mempersoalkannya..tidak timbul masalah derhaka ataupun tidak..


ye saja saudara sokong PAS, tapi apa guna kalau saudara kata perlu terikat dengan undang-undang kapiak ni? Kita menegur sesiapa pun hatta sultan adalah jika ia bertentangan dengan hukum Allah, bukan kerana ia bertentangan undang-undang negara.

Tapi masalahnya,dalam kes Perak ini yang ada rujukan cuma undang-undang kapiak, itulah dia namanya demokrasi, tidak bersumber dari Islam. Tak nampak lagi ke kekufuran demokrasi ni? bukalah minda tu ye...

alkibru... bathorul haq wa ghamtun nas(-alhadith)
kesombongan... menolak kebenaran dan memandang hina orang lain.


salam, saya tak kata saya setuju dengan semua undang-undang negara sekarang ni saudara..saya cuma kata kita kena lah ikut undang-undang yang sedia ada, lain kali jangan main hentam saja, dsini tak timbul soal pas atau tak..HTEEE HTEEE..fuh

saya tak dapat bayangkan puak2 HT yang hidup tanpa mengikuti undang-undang sekarang ni..macam mana lah mereka punya sistem pendidikan,ekonomi,politik,sosial..mereka ni pergi sekolah ke??pergi universiti ke??belajar masih stail talqi ke???masih guna bank ke??

apapun saya harap kita saling hormat pendapat org lain.

Bookmark and Share

    


  Member Information For acok_86Profil   Hantar PM kepada acok_86   Quote dan BalasQuote

gezerg
Warga 5 Bintang
Menyertai: 21.09.2006
Ahli No: 26477
Posting: 382
Dari: Perak

blank   avatar


posticon Posting pada: 10-02-09 23:11


mungkin ada benarnya kata mufti tersebut tetapi sebagai seorang ulama disegani dan sejak kebelakangan ini dilimpahi banyak rezeki ALLAH ke atas beliau, MAKA tidak perlulah beliau mengeluarkan mana mana fatwa atau kenyataan tentang ke-ta'atan ke atas pemerintah (rujuk Bi eN).

Sebabnya: APA yang beliau perjuangkan selama ini iaitu dalam isu pengkristinian ke ATAS umat ISLAM pun belum selesai dan masih AWAN AWANAN di mana 'pemerintah Bi eN' belum 'berani' menyatakan pendirian sepenuhnya.

Isu moral anak Melayu pula, pihak Bi eN masih dengan cara penyelesaian mereka (cara ALLAH tidak diendahkan).

Ana yang lemah dengan do'a ini kepada ALLAHU RABBI: Wahai mufti, tolong masuk televisyen dan cakap: Oh rakyat jangan TAAT pada pmerintah yang ambil ISLAM separuh separuh atau kata orang kampung-HAD HARI, ada hari ISLAM ada hari boleh hoooorey!!!!

Tapi sedih hanya ALLAHU RABBI sahaja tahu, beliau LANGSUNG tidak pernah KELUAR kenyataan HAQ terhadap isu yang ana timbulkan di atas.

Bukan untuk mewujudkan kebencian terhadap kerajaan, tetapi untuk meNGIMBANGI antara pendapat mufti dengan orang seperti ana yang 'belum ulama'' lagi.

Namun begitu, apa yang ana dapat simpulkan.....ana tetap hormati pendapat peribadi beliau itu dan sesungguhnya, pemerintah sendiri perlulah kembali kepada ISLAM yang HAKIKI (may be ini ayat terselindung ni yang mufti nak kata, tapi beliau masih menunggu masa sesuai....ber HUSNUZON lah pada mufti)

Itu sahaj daripa ana yang lama diam diri.

kawan-kawan: Ini sekadar pendapat ana dalam negara berpelembagaan.

Daulat Tuanku! Moga ALLAH A'zza Wajjalla membantu Tuanku mentadbir semua negeri dan terus memperkukuhkan ISLAM. Perjuangan ISLAM itu banyak liku, jika tidak hari ini kita berjaya, mungkin tahun depan nampak HASILnya, jika tidak tahun depan pun, may be 80 tahun lagi IANYA tak mengapa. ASAL dalam HATI adalah ISLAM......ALLAHU AKHBAR. Moga pejuang ISLAM semua cekal dalam PENGORBANAN.

Wallahu'alam bissowab

Jangan Lupa SELAWAT Nabi tercinta......


-----------------
Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Salallahu'alaihi Wassalam (SAW), Ahli Keluarga, Para Sahabat Baginda dan Umat Islam seluruhnya


Bookmark and Share

    


  Member Information For gezergProfil   Hantar PM kepada gezerg   Quote dan BalasQuote

solskjaer
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2004
Ahli No: 10725
Posting: 2644
Dari: manchester united

saudiarabia  


posticon Posting pada: 10-02-09 23:15


Pada 10-02-09 14:32 , beeman posting:

!!! QUOTE !!!

saya dok cari sebab Kenapa harunsani cakap macam tu.hairan juga pada mulanya.ooooo..rupa-rupanya harunsani ni mufti UMNO.

sila teliti klip video ceramah dato seri ir nizar:

http://www.kelantan.tv/index.php?option=com_content&task=view&id=525&Itemid=49


macam ni punya manusia pun ada ka?:sopan: masa ustaz harussani bagi statement berpihak pada PAS, hampa sokong...

bila dia bagi statement belah BN, kata pulak dia ni mufti BN...gila betul..penyokong apakah ini?

bagi saya,penyokong PAS ni,takbur...tak boleh ada manusia yang lebih pandai cakap ugama daripada puak PAS...



:sopan: :sopan:


-----------------
Manchester United Truly Fans


Bookmark and Share

    


  Member Information For solskjaerProfil   Hantar PM kepada solskjaer   Pergi ke solskjaer's Website   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 10-02-09 23:18


Pada 10-02-09 21:13 , Muddathsir787 posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 10-02-09 09:22 , wuzaraa posting:

!!! QUOTE !!!

!!! QUOTE !!!

Allah menetapkan Qadar makhluqnya atas sifat Qudrat IradatNya...


bro, qadha wa qadar tak ada kena mengena dengan kudrah dan iradah Allah. tak ada kena mengena dengan ilmu allah dan catitan di Lauhul Mahfuz. Buang jauh pemikiran ahli kalam tu, hang jadi pening karang.

Contohnya, hang boleh sokong Harussani, apa yang terjadi di Perak ada qadha wa qadar. maka terimalah. kalau begitu, orang Islam kena serang di Qaza, Bosnia adalah kita terima saja lah?? Kang bangang namanya.

Ye, bagi orang Islam yang diserang itu, memang qadha bagi mereka. tetapi bagi yang menyerang, meraka ada pilihan nak serang atau tidak. Lepas ni kita curi barang kawan kita, lepas tu bagitahu kat dia dah qadha, terima sajalah barang anda aku dah curik. MENGARUT.



Salam Brother,
Tumpang lalu sikit brother, nak mencilok brother..


Kalau bro tolak ulama'..
Seperti ulama dato Harussani..

Sekarang yang tinggal cuma sami buddha, paderi.. 'father', sami Hindhu, ulama' yahudi, ulama nasrani.. ulama' suk dan macam-macam lagi termasuk ulama kerajaan langit.. ayah Pin..

So bro pilih mana bro..??

Dato Harussani tu ulama bidang dia..
Bro wuzaraa bukan 'ulama Wuzaraa' walau wara' sekalipun..

Contohnya saya bidang manufacturing.. saya jahil lagi bodoh bab IT.. Jadi saya tak hentam orang IT.. Tapi saya nak belajar dari orang IT insya-ALLAH.. Saya cuma ada ilmu manufacturing..

Bro pula bidang O&pergi (oil and gas).. so apacer sembang bab mufti pula ini..? Bro kena cari orang yang ahli bro..
Kena ambil statement dari orang yang ahli.. Belajar balik..!!
err, sama-samalah kita belajar, insya-ALLAH.. :malu:

Haiii.. isu yang tak sudah-sudah..
Inilah orang kita.. bukan isu orang Melayu.. sebab melayu mudah lupa..

Tapi orang Islam.. dan berpecah.. tambah lagi pecah belah.. Naudzubillahiminzalik..


Peringatan buat diriku yang lupa..

HambaNYA yang jahil,
-- Muddathsir..


Saya quote kata Laskar_ALLAH..

-- kembali ke topik asal --

huhu..biasalah tu manusia...hamba memang tertarik dengan hujah dari prof daeng fakta yang diberikan ada kebenarannya dan buat orang berfikir...

Terima kasih..





Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 10-02-09 23:19


Pada 10-02-09 22:51 , Laskar_Allah posting:

!!! QUOTE !!!

Oppps, chop,chop, tang Ir Nizar=JWW Birch hamba ada banyak musykil, patut beliau 'Hero' kan? :berfikir:

Ikut susunan karekter, No.3 Raja Ismail & Ir Nizar? Camno tu? :berfikir:

Maaflah saya tidak mengikut susunan sebenarnya dan Perjanjian Pangkor 1874 ini saya tidak ambil 100% untuk mempersembahkan Peristiwa Pangkor ini. Saya cuba mengaitkan Perjanjian Pangkor itu dengan Peristiwa Pangkor seperti yang berlaku kini.

Perjanjian Pangkor 1874 menyaksikan Perak ada dua (2) orang sultan. Sultan Abdullah yang dilantik secara sah oleh Inggeris dan Sultan Ismail sebagai sultan yang sah dilantik dengan pertabalan sultan Perak. Saya cuba mambayangkan rakyat jelata Perak yang tika itu yang keliru dengan ada dua (2) orang Sultan di Perak. Yang ini cuba saya kaitkan dengan Menteri Besar Perak kini yang ada dua (2) orang.

Pendapat saya yang mengatakan Ir. Nizar mungkin akan digelar JWW Birch kerana sikapnya yang melawan sultan. JWW Birch sepertimana yang kita ketahui amat kurang ajar dengan orang melayu terutamanya sultan Perak. Peristiwa yang dicanang-canangkan oleh Kerajaan Malaysia terhadap Ir. Nizar kurang ajar di depan sultan. Sepertimana yang saya jelaskan sebelum ini, sejarah berulang tapi pada zaman dan situasi yang berbeza. Intonasi yang berbeza tapi rentak yang sama.


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

gezerg
Warga 5 Bintang
Menyertai: 21.09.2006
Ahli No: 26477
Posting: 382
Dari: Perak

blank   avatar


posticon Posting pada: 10-02-09 23:24


Pada 10-02-09 23:15 , solskjaer posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 10-02-09 14:32 , beeman posting:

!!! QUOTE !!!

saya dok cari sebab Kenapa harunsani cakap macam tu.hairan juga pada mulanya.ooooo..rupa-rupanya harunsani ni mufti UMNO.

sila teliti klip video ceramah dato seri ir nizar:

http://www.kelantan.tv/index.php?option=com_content&task=view&id=525&Itemid=49


macam ni punya manusia pun ada ka?:sopan: masa ustaz harussani bagi statement berpihak pada PAS, hampa sokong...

bila dia bagi statement belah BN, kata pulak dia ni mufti BN...gila betul..penyokong apakah ini?

bagi saya,penyokong PAS ni,takbur...tak boleh ada manusia yang lebih pandai cakap ugama daripada puak PAS...



:sopan: :sopan:



Ana agak setuju dengan pendapat ini tetapi bukan sepenuhnya. Dalam erti kata lain HAD-AYAT (geng Had-HARI agaknya?). Ok, serius balik.....

Sebab itu ana berkecuali tetapi perlu ditegaskan....mufti perlu bebas dpd mana mana parti. Sebaiknya beliau perlu betulkan Bi eN yang didokongi Am-no agar ISLAM dimartabatkan.

Hari ini bising nak menjaga melayu. Ishh, ALLAHU RABBI tak tanya tentang ketuanan Melayu waktu 'mati'. Tak tanya perjuangan Melayu, tak TANYA DEB. Yang ALLAHU RABBI nak tahu (bagi menentukan nasib kita di HARI PEMBALASAN) APA YANG KAMU PERJUANGKAN DENGAN ISLAM? APA KAMU TA'AT PADA AKU? (ALLAH), APA KAMU BANTU SAUDARA ISLAM KAMU YANG MEMERLUKAN BANTUAN dan seumpamanya. Maka, udah lah dengan isu Melayu, moh kita ingat ISLAM sebagai cara pembaikan masalah dunia ini.


-----------------
Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Salallahu'alaihi Wassalam (SAW), Ahli Keluarga, Para Sahabat Baginda dan Umat Islam seluruhnya


Bookmark and Share

    


  Member Information For gezergProfil   Hantar PM kepada gezerg   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 10-02-09 23:38


Pada 10-02-09 23:19 , Daeng_Jati posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 10-02-09 22:51 , Laskar_Allah posting:

!!! QUOTE !!!

Oppps, chop,chop, tang Ir Nizar=JWW Birch hamba ada banyak musykil, patut beliau 'Hero' kan? :berfikir:

Ikut susunan karekter, No.3 Raja Ismail & Ir Nizar? Camno tu? :berfikir:

Maaflah saya tidak mengikut susunan sebenarnya dan Perjanjian Pangkor 1874 ini saya tidak ambil 100% untuk mempersembahkan Peristiwa Pangkor ini. Saya cuba mengaitkan Perjanjian Pangkor itu dengan Peristiwa Pangkor seperti yang berlaku kini.

Perjanjian Pangkor 1874 menyaksikan Perak ada dua (2) orang sultan. Sultan Abdullah yang dilantik secara sah oleh Inggeris dan Sultan Ismail sebagai sultan yang sah dilantik dengan pertabalan sultan Perak. Saya cuba mambayangkan rakyat jelata Perak yang tika itu yang keliru dengan ada dua (2) orang Sultan di Perak. Yang ini cuba saya kaitkan dengan Menteri Besar Perak kini yang ada dua (2) orang.

Pendapat saya yang mengatakan Ir. Nizar mungkin akan digelar JWW Birch kerana sikapnya yang melawan sultan. JWW Birch sepertimana yang kita ketahui amat kurang ajar dengan orang melayu terutamanya sultan Perak. Peristiwa yang dicanang-canangkan oleh Kerajaan Malaysia terhadap Ir. Nizar kurang ajar di depan sultan. Sepertimana yang saya jelaskan sebelum ini, sejarah berulang tapi pada zaman dan situasi yang berbeza. Intonasi yang berbeza tapi rentak yang sama.


Konpem hamba Serender! Anda memang GENIUS! :-o

Hamba pun tak terpikior plot sebegitu yang hampir 100% sama dengan Sejarah asal. Inilah dikatakan Sejarah Mungkin Berulang (macam tajuk lagu pop..?).

Jika dari peristiwa Pangkor ini kita boleh cerakinkan & samakan dengan apa yang berlaku masa kini, tidak mustahil beberapa perkara mendatang Mungkin dapat di'teka' dari sejarah lampau yang telah berlaku (bunyinya macam khurafat juga: Meramal!)

Maha Suci Allah, segala-gala dalam PengetahuanNya. Kita hanya mampu merancang, Allah Maha Menentukan.


-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» TIDAK TAAT KEPADA RAJA ADALAH DERHAKA - Mufti

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 2

Go To Page: 1 · 2


Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.2171 saat. Lajunya....