Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Tidak semua yang kita mahu boleh didapat. Jika Allah tidak memberi sekarang, ia akan ditunda atau diganti yang lebih baik.
-- Dari Drama Kiamat Sudah Dekat

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 193
Ahli: 0
Jumlah: 193




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 14 jam, 55 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: :: MUJADDID - Keperluan untuk menentang IsRAeL ::


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» :: MUJADDID - Keperluan untuk menentang IsRAeL ::

Please Mendaftar To Post


Oleh :: MUJADDID - Keperluan untuk menentang IsRAeL ::

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 29-01-09 23:18


Tenangkan hati dan buka minda kita, agar mudah kita fahami apa yang ingin disampaikan melalui mesej ini..jangan pula bertindak emosi...

____________________________________________________________

Siapakah itu Mujaddid dan apa peranan mereka?

Kalau kita faham, persoalan Mujaddid ini amat penting kepada umat Islam. Namun rata-rata umat Islam tidak faham bahkan tidak tahu adanya Mujaddid. Malangnya termasuk para ulama turut memandang sepi terhadap persoalan penting ini. Kalau pun ada menyebut tentang tokoh Islam sepanjang zaman, nama Mujaddid tidak sedikit pun pernah di sentuh . Ini adalah satu kegagalan kita umat Islam dan kejayaan besar musuh-musuh Islam terutamanya Yahudi.

aqsa

Baca : MUJADDID, Pemimpin Kebenaran Pewaris Rasul : Khazanah Yang Sudah Lama Dilupakan Umat Islam

Yahudi bukan sahaja tenggelamkan sejarah Mujaddid bahkan Yahudi berjaya meyakinkan umat Islam bahawa Mujaddid tidak ada apa-apa peranan atau perananya kecil sahaja. Sebaliknya tertonjol ulama yang berperanan kecil tetapi digambarkan sebagai tokoh Islam yang berjasa. Mengapa Yahudi berusaha keras menutup kebesaran Mujaddid? Kerana Yahudi tahu bahawa Mujaddid sajalah yang telah benar-benar mampu menghidupkan roh Islam serta Mujaddid juga yang bakal mengalahkan Yahudi. Sebagai contoh, mana ada dikalangan umat Islam menonjolkan ketokohan para Mujaddid yang lalu. Kalau ada pun kisah hidup Mujaddid tersebut hanyalah sekadar bersifat fakta sejarah tetapi bukan falsafah disebalik sejarah dan peribadi mereka.

Adakah kita benar-benar mengenali dan menghayati sejarah perjuangan Umar Ibnu Abd Aziz, Abu Hassan Ashaari, Imam Shafei, Imam Fakhruddin Ar Razi, Imam Ghazali, Imam As Sayuti, cukup sekadar menyebut nama Mujaddid terdahulu. Kita hanya mengenali mereka pada nama dan ilmunya. Jauh sekali dari mengkagumi mereka dan dijadikan sebagai idola.

Kemunculan Mujaddid akan datang ditunggu dan paling ditakuti oleh Yahudi. Mereka akan memerangi Mujaddid yang bakal datang. Sebelum kemunculannya, Yahudi sudah pun memerangi Mujaddid tersebut secara perang saraf bertujuan menghakis sama sekali keyakinan umat Islam terhadap Mujaddid. Termasuk para ulama. Bahkan melalui ulama Yahudi berjaya mengajarkan bahawa asal saja disebut Mujaddid akan cuba disesatkan. Maka umat Islam memandang serong kepada siapa saja yang dikatakan Mujaddid. Sekaligus hilang kekuatan umat Islam.

Siapa itu Mujaddid?

Hadis Rasulullah ada menyebut lebih kurang maksudnya, ‘Akan lahir setiap awal kurun seorang yang akan membaharui agama.’ Membaharui agama itulah Mujaddid, bukan membawa agama baru tetapi mentajdid atau mengembalikan roh agama sehingga umat Islam dizaman itu dapat merasakan roh Islam itu seolah-olah baru beragama. Kaedah, pendekatan, teknik, uslub yang dibawa Mujaddid tidak sama dengan ulama sezaman. Mereka adalah Sohibuzzaman, wakil Tuhan, rasul lil Rasul, ulama berwatak Rasul, pemimpin kebenaran dan ketua para Wali. Mujaddid sangat dipimpin oleh Allah swt dab Rasulullah saw. Mereka mendapat ilham dan ilmu hikmah. Mereka juga amat berjaya dalam memimpin roh manusia.

Peranan Mujaddid.

Setiap Mujaddid yang Tuhan utus setiap awal kurun itu beserta peranan masing-masing. Setiap Mujaddid membawa peranan untuk menyelesaikan atau mengatasi masaalah yang paling utama dizaman Mujaddid itu muncul. Contohnya zaman Umar Ibnu Abd Aziz masaalah besarnya ialah kepimpinan. Maka Beliau mentajdidkan kaedah kepimpinan. Zaman Abu Hassan Ashaari umat Islam menghadapi masaalah dengan percampuran ilmu ketuhanan dengan falsafah. Beliau membawa kaedah mengenali Allah swt melalui kaedah Ilmu Sifat Dua Puluh. Zaman Imam Shafei pula bekaitan dengan memahami hukum hakam dalam Islam. Beliau memperkenalkan Usul Fiqh dan Qawaidul Fiqh. Imam Fakhruddin mengenai Ilmu Al Quran dan Imam Al Ghazali mengenai penggabungan ilmu atau menyatukann ilmu.

Dan begitulah seterusnya. Amat besar jasa para Mujaddid dan Mujaddid juga dijamin kejayaan dalam perjuangan mereka kerana mereka adalah pemimpin yang dijanjikan oleh Allah swt.

Kita berada diawal kurun ke 15.

Seorang Mujaddid telah muncul diawal kurun ini. Hanya tidak diketahui siapa orangnya. Kemungkinan besar ini adalah Mujaddid terakhir menjelang kiamat. Mujaddid akhir atau Mujaddid bongsu ini ada keistimewaan tersendiri. Diantaranya Mujaddid bongsu ini diberi kuasa pemerintahan. Perjuangannya bensambung kezaman empayar Islam pimpinan Al Mahdi. Beliau juga adalah orang kanan Al Mahdi bergelar Putera Bani Tamim(PBT).

Perjuangan PBT bersama Al Mahdi inilah bakal mengambil alih semula Baitul Muqaddis setelah terlebih dahulu ditawan sepenuhnya oleh Israel. Banyak hadis-hadis mengenai Mujaddid termasuk PBT yang sangat tidak difahami oleh para ulama sezaman kecuali diri Mujaddid itu sendiri faham kerana difahamkan secara ilham oleh Allah swt.

Di kalangan Mujaddid hanya dua orang sahaja yang diberi keistimewaan kuasa pemerintahan iaitu Umar Ibnu Abd Aziz, selaku Mujaddid pertama di kurun kedua dan Mujaddid bongsu Putera Bani Tamim di kurun ke 15 ini. Peranan PBT ini amat besar kerana dizamannya umat Islam menghadapi berbagai masalah. Seolah-olah seluruh masalah dizaman Mujaddid terdahulu semuanya terhimpun dizaman Mujaddid bongsu ini. Oleh itu Mujaddid bongsu ini diberi kelebihan untuk mampu mengatasi semua masaalah yang banyak serta berbagai jenis itu.

Mengapa Yahudi takut dan berusaha memusnahkan Mujaddid bongsu ini namun gagal?

Yahudi gagal memusnahkan Putera Bani Tamim kerana atas faktor janji Tuhan. Kalau bukan atas faktor janji Tuhan semasa diawal perjuanganya sudah dimusnahkan. Namun Tuhan membela biarpun Yahudi usahakan melalui berbagai cara. Hasil dari kegagalan usaha untuk memusnahkan PBT itu, membuatkan Yahudi semakin yakin terhadap PBT serta yakin akan kekalahan dipihak mereka. Yang tidak yakin hanyalah umat Islam. Para ulama turut menyumbang dalam menjadikan umat Islam ragu terhadap Mujaddid PBT ini. Begitu juga terhadap Al Mahdi. Secara licik Yahudi melahirkan Al Mahdi palsu sebagai mana liciknya Yahudi melahirkan Mustapha Kamal Atatturk yang maha zalim itu. Hingga natijah dari ramainya Al Mahdi palsu maka Al Mahdi sebenarnya pun turut ditolak oleh umat Islam. Namun atas faktor janji Tuhan maka PBT serta Al Mahdi tetap muncul dan bakal menguasai dunia sekaligus mengalahkan Yahudi.

Mengetahui situasi inilah maka Yahudi amat takut kepada dua tokoh simpanan Allah dizaman ini. Kerana melalui pimpinan PBT serta Al Mahdi inilah umat Islam akan membangunkan empayar kali kedua. Bumi penuh dengan keadilan, kemakmuran, aman dan sejahtera setelah menamatkan cengkaman angkara kezaliman Yahudi. Kepada dua pimpinan inilah sumber kekuatan umat Islam yang bukan kekuatan lahiriah tetapi kekuatan rohaniah, karamah atau bantuan Allah. Cuba kita renungkan sejenak, Yahudi ada tempat bersandar kekuatan iaitu Amerika dan Presiden Amerika, dipihak umat Islam mahu bersandar kepada siapa? Mana pemimpin dan negara sandaran bagi umat Islam? Semuanya sudah djinakkan oleh Yahudi semenjak ratusan tahun yang lalu melalui berbagai cara terutamanya sistem ideologi yang sangat terpisah dari Tuhan.

Akibatnya iman, taqwa, perpaduan dan syariat Tuhan amat terpinggir dari kehidupan umat Islam. Tuhan sudah tidak dibawa campur tangan dalam menghadapi kekuatan Yahudi. Ramainya jumlah umat Islam, minyak, kuasa beli, sumber asli semuanya tidak menjadi kekuatan untuk menentang Yahudi kerana tiada pemimpin, tiada iman,tiada taqwa dan tiada perpaduan. Lebih-lebih lagi amat jauh dari bantuan dan pertolongan Allah swt yang merupakan sumber kekuatan paling utama. Semua kekuatan itu, yakni bantuan dan pertolongan Allah, pemimpin, iman, taqwa dan perpaduan hanya akan dikembalikan oleh PBT dan Al Mahdi, dua tokoh yang amat ditakuti juga amat dimusuhi oleh Yahudi. Bani Israel sudah pernah membunuh para Nabi. Maka tidak hairan mereka juga mahu membunuh Al Mahdi dan PBT.

Malang sungguh umat Islam termasuk ulama kerana turut sama memusuhi tokoh yang bakal menyelamatkan seluruh umat Islam. Kalau beginilah sikap umat Islam, kita sama-sama lihat Yahudi akan terus mengganas tanpa ada kuasa dunia dapat menghalangnya termasuk PBB. Semoga Bush juga berusia panjang agar dia dapat melihat kebesaran Allah melalui Al Mahdi dan PBT dan kebenaran Islam. Juga agar Bush dapat melihat pengganas Zionis akan musnah dan akhirnya terbukti tidak ada apa yang Bush sebut sebagai pengganas Islam. Seluruh dunia akan berkata yang sebenar-benarnya pengganas ialah Zionis Israel.


-----------------
:: NoBoDy iS PeRFeCT ::
______________________________________
http://www.mymindstories.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

Meshaal
Warga 1 Bintang
Menyertai: 26.10.2008
Ahli No: 35602
Posting: 40
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 30-01-09 02:54


Dalam kitab Ar raddu ila man akhlada ilal ard, ada pertanyaan mengapa ditentukan di awal kurun saja ada mujaddid? Mengapakah pembaharuan berlaku di awal kurun saja?

Kerana menurut kebiasaannya para ulama pada masa 100 tahun mereka berpecah dan terbengkalainya sunnah dan lahir perkara bid’ah. Maka di waktu itu perlu adanya pembaharuan bagi agama. Maka Allah pun mendatangkan orang yang kemudian untuk mengganti orang dahulu (khalaf).

Maka inilah yang dimaksudkan hadis:

Ertinya: “Senantiasa ada satu toifah di kalangan umatku selama mana mereka mendirikan agama dan tidak memberi mudharat pada mereka itu oleh siapapun yang menghina mereka dan tidak pula orang yang menyalahi mereka sehingga datang pada mereka perintah Allah dan mereka kelihatan atas segenap manusia”

Senarai mujaddid secara lengkap terdapat dalam kitab Taqwim Al Fikri Ad Dini (hal 330-331) oleh Syeikh Mahmud Syarqawi. Juga dalam kita Ad Dakwah Al Temmah oleh Syed Abdullah bin ‘Alwi Al Haddad.

Berikut ialah nama-nama para mujaddid itu:

1. Mujaddid abad 1 : Khalifah Umar bin Abdul Aziz
2. Mujaddid abad 2 : Imam As Syafie
3. Mujaddid abad 3 : Ibnu Suraij Al Iraqi @ Abul Hassan As Syaari
4. Mujaddid abad 4 : Imam Al Baihaqi @ Syeikh Abu Hamdi Isfaraini As Shafie
5. Mujaddid abad 5 : Imam Ghazali
6. Mujaddid abad 6 : Imam Fakhurrazi
7. Mujaddid abad 7 : Ibnu Daqiqi ‘Id
8. Mujaddid abad 8 : Al Balqini
9. Mujaddid abad 9 : Imam As Sayuti
10. Mujaddid abad 10 : Imam Muhammad Ar Ramli
11. Mujaddid abad 11 : Abdullah Salim Al Basri
12. Mujaddid abad 12 : Ad Dardir
13. Mujaddid abad 13 : Al Syarqawi

Ada ulama berpendapat bahwa berlaku dalam sejarah lahir lebih dari seorang mujaddid untuk satu zaman (mujaddid secara kolektif). Tapi kebanyakan dari kurun-kurun itu hanya seorang saja mujaddid yang lahir.

Perlu diingat bahwa nama-nama mereka yang disebut mujaddid di atas, bukanlah ditunjuk Allah dan Rasul. Telah kita katakan bahwa Al Qur’an dan Hadis tidak menamakan siapakah mujaddid untuk sesuatu kurun, tetapi ia adalah yang dipersetujui dan diiktiraf oleh ummat Islam.

----------------------------

Diharap xmunculla jawapan sesat:

"Urutan seterusnya yang ke-14: Abuya Syeikh Imam Ashaari Muhammad At-Tamimi."

:jangan:


-----------------
Jana Wang USD dengan blog anda di http://pakej-jana-wang-adsense.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeshaalProfil   Hantar PM kepada Meshaal   Pergi ke Meshaal's Website   Quote dan BalasQuote

as-syafie
WARGA SETIA
Menyertai: 25.01.2007
Ahli No: 28366
Posting: 461
Dari: Mesir Darul Ulama'

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 30-01-09 10:08


Pada 30-01-09 02:54 , Meshaal posting:

!!! QUOTE !!!

Dalam kitab Ar raddu ila man akhlada ilal ard, ada pertanyaan mengapa ditentukan di awal kurun saja ada mujaddid? Mengapakah pembaharuan berlaku di awal kurun saja?

Kerana menurut kebiasaannya para ulama pada masa 100 tahun mereka berpecah dan terbengkalainya sunnah dan lahir perkara bid’ah. Maka di waktu itu perlu adanya pembaharuan bagi agama. Maka Allah pun mendatangkan orang yang kemudian untuk mengganti orang dahulu (khalaf).

Maka inilah yang dimaksudkan hadis:

Ertinya: “Senantiasa ada satu toifah di kalangan umatku selama mana mereka mendirikan agama dan tidak memberi mudharat pada mereka itu oleh siapapun yang menghina mereka dan tidak pula orang yang menyalahi mereka sehingga datang pada mereka perintah Allah dan mereka kelihatan atas segenap manusia”

Senarai mujaddid secara lengkap terdapat dalam kitab Taqwim Al Fikri Ad Dini (hal 330-331) oleh Syeikh Mahmud Syarqawi. Juga dalam kita Ad Dakwah Al Temmah oleh Syed Abdullah bin ‘Alwi Al Haddad.

Berikut ialah nama-nama para mujaddid itu:

1. Mujaddid abad 1 : Khalifah Umar bin Abdul Aziz
2. Mujaddid abad 2 : Imam As Syafie
3. Mujaddid abad 3 : Ibnu Suraij Al Iraqi @ Abul Hassan As Syaari
4. Mujaddid abad 4 : Imam Al Baihaqi @ Syeikh Abu Hamdi Isfaraini As Shafie
5. Mujaddid abad 5 : Imam Ghazali
6. Mujaddid abad 6 : Imam Fakhurrazi
7. Mujaddid abad 7 : Ibnu Daqiqi ‘Id
8. Mujaddid abad 8 : Al Balqini
9. Mujaddid abad 9 : Imam As Sayuti
10. Mujaddid abad 10 : Imam Muhammad Ar Ramli
11. Mujaddid abad 11 : Abdullah Salim Al Basri
12. Mujaddid abad 12 : Ad Dardir
13. Mujaddid abad 13 : Al Syarqawi

Ada ulama berpendapat bahwa berlaku dalam sejarah lahir lebih dari seorang mujaddid untuk satu zaman (mujaddid secara kolektif). Tapi kebanyakan dari kurun-kurun itu hanya seorang saja mujaddid yang lahir.

Perlu diingat bahwa nama-nama mereka yang disebut mujaddid di atas, bukanlah ditunjuk Allah dan Rasul. Telah kita katakan bahwa Al Qur’an dan Hadis tidak menamakan siapakah mujaddid untuk sesuatu kurun, tetapi ia adalah yang dipersetujui dan diiktiraf oleh ummat Islam.

----------------------------

Diharap xmunculla jawapan sesat:

"Urutan seterusnya yang ke-14: Abuya Syeikh Imam Ashaari Muhammad At-Tamimi."

:jangan:



Insya Allah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For as-syafieProfil   Hantar PM kepada as-syafie   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 30-01-09 10:36


Pada 30-01-09 02:54 , Meshaal posting:

!!! QUOTE !!!



----------------------------

Diharap xmunculla jawapan sesat:

"Urutan seterusnya yang ke-14: Abuya Syeikh Imam Ashaari Muhammad At-Tamimi."

:jangan:




anda bersikap bias dengannya???

ikutkan daripada senarai para mujaddid tu tak ada seorang pun yang mengakui diri mereka sendiri adalah mujaddid pada kurun itu.. hanya apa yang dizahirkn adalah ilmu2 dan idea2 pembaharuan yang dimilikinya yang tentunya tidak begitu disenangi org pada awalnya.. reformis mana yang begitu mudah memenangi hati masyarakat melainkan setelah pelbagai mehnah dan ujian yang menyekat dan menghalang mereka untuk mengembangkan ideanya keserata masyarakat.. kadangkala sampai mati pun ilmunya disanggah masyarakat yang biasanya hanya mnegikut ketetapan pemerintah waktu itu. namun dalam penentangan yang diterimanya masih ada juga segelintir drpada pengikutnya mempertahankannya namun apakandayanya...

tapi, lama kelamaan org baru perasan dan mengakui bahawa ilmunya itu sebenarnya benar-benar rasional dan membantu usaha menghilangkan keraguan dan kepincangan dalam urusan2 agama yang wujud dalam pelbagai cabang...

contohnya, mujaddid umar abd aziz, beliau membawa pembaharuan dalam hal-hal kekhalifahan.. begitu juga dengan imam al-ghazali, beliau bawa pembaharuan dalam bidang falsafah, smentara as-syafie, membawa pembaharuan dalam bidang fiqhiah.. dan sememangnya setiap mujaddid itu membawa pembaharuan masing-masing bagi memperbetulkan se
terusnya mengharmonikan segala apa yang mencalari islam d kala itu...


jadi siapa pun dia, kadangkala kita tak menyedarinya walhal mereka ada d kalangan kita, jangan pula menidakkannya..jika tidak bersetuju pun jangan pula menunjukkan penentangan..siapa pun dia biarkanla masa yang menentukannya...wallahua'lam..


-----------------
:: NoBoDy iS PeRFeCT ::
______________________________________
http://www.mymindstories.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

yuhada
Warga 3 Bintang
Menyertai: 13.10.2006
Ahli No: 26939
Posting: 130
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 30-01-09 15:55


Berkenalan dengan Sheikh Muhammad Fadhlullah As Suhaimi

RIWAYAT hidup alim ulama atau tokoh tokoh aktivis Islam tempatan tidak banyak di ketahui olih masyarakat Islam hari ini.Di antaranya ialah Sheikh Muhammad Fadhlullah As Suhaimi

Nama Sheikh Muhammad Fadhlullah as-Suhaimi sangat tidak asing di kalangan masyarakat Islam di negara ini, khususnya pada dekat 40-an hingga 60-an. Beliau bukan sahaja pendakwah yang terkemuka, tetapi juga pemimpin gerakan Islam yang amat berjasa di negara ini. Sheikh Fadhlullah Suhaimi merupakan anak kepada Sheikh Muhammad Suhaimi, wali Allah yang dipercayai oleh pengikut Kumpulan Al-Arqam yang akan muncul sebagai Imam Mahdi. Sheikh Fadhlullah Suhaimi dilahirkan pada 1886 di Singapura dalam sebuah keluarga ulama yang berketurunan Ba'Alawi Bani BaSyaiban yang berasal dari Hadhramaut. Keluarganya berpindah dari Tanah Arab ke India pada abad ke-10, kemudian ke Jawa, sebelum ke Singapura. Bapanya mempunyai murid yang ramai di Klang dan Singapura. Selepas mendapat pendidikan asas daripada bapanya, Kiyai Agung Sheikh Muhammad bin Abdullah Suhaimi, beliau telah berangkat ke Makkah untuk mendalami ilmu agama.

Menjelang Perang Dunia Pertama, Sheikh Fadhlullah Suhaimi sudah belajar di Universiti al-Azhar, Mesir. Ketika dí Mesir, beliau menjadi pengarang majalah 'al-Ittihad', sekali gus pengurus kepada Syarikat Ittihidah dan Matba'ah Ittihad. Beliau menyiapkan karya pertamanya, "Pelajaran Tauhid" terbitan Matba'ah Ittihad pada 1914. Beliau kemudian kembali ke Singapura dan dilantik sebagai Mudir Madrasah as-Saqqaf pada 1916 sebelum berhijrah ke Jawa kerana membuka sekolah Arab di sana. Selepas kembali ke Singapura beliau menerbitkan kitab-kitab agama dan menerbitkan majalah "Jasa" di Johor Bahru. Beliau juga mengasaskan Kullíyyah al-Attas di Johor Bahru atas dorongan Datuk Syed Hassan Ahmad al-Attas pada 1931. Pada 1937, beliau membuka Kulliyyah al-Firdaus yang mengajar tafsir dan fiqh di Singapura sehingga awal 1942 yang terhenti akibat perang Jepun. Selepas itu, Sheikh Fadhullah mengajar di Kota Bharu, Kelantan beberapa ketika pada zaman Jepun sehinggalah beliau dilantik sebagai mudir Kuliyyah al-Lughah wa ad-Din, Pekan, Pahang pada 1955.

Beliau juga pernah menjadi Imam di masjid al-Ma'ruf, Singapura selain menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Jabatan Agama Islam Johor. Pada 1936, beliau mengasaskan Madrasah al–Ma'arif al-Islamiyah di Ipoh Road, Singapura yang kemudian diwarisi oleh anaknya, Ustaz Taha Suhaimi. Walaupun terlibat dalam dunia pendidikan di Singapura, Johor Bharu, Jawa , Kelantan dan Pahang, nama beliau mula menonjol dalam perdebatan Kaum Muda - Kaum Tua yang tercetus sebelum Perang Dunia Kedua lagi. Beliau yang mendokong fahaman Ahli Sunnah wal Jamaah bertentangan pendapat dengan Sheikh Hassan Ahmad atau terkenal sebagai Hassan Bandung yang dikatakan mendokong pemikiran Ibn Taimiyah dan Ibn Qayyim.

Melalui majalah "Pembela Islam" dan kitab Soal Jawab, Hassan Bandung melontarkan pemikiran-pemikiran baru yang dianggap bertentangan dengan Kaum Tua. Sheikh Fadhlullah kemudian menghasilkan "Buah Kulliyyah al-Attas" untuk menjawab pemikiran Hassan Bandung. Perdebatan berterusan ini membawa kepada cabaran oleh Hassan Bandung untuk berlawan pendapat melalui majalahnya, "Pembela Islam." Persoalan pegangan Ahli Sunnah, amalan bidaah dan fahaman Kaum Muda kemudian dijelaskan secara bijaksana oleh Sheikh Fadhlullah sehingga ia dapat diselesaikan dengan baik.

Walau bagaimanapun, Sheikh Fadhlullah dikatakan pernah berdebat dengah Hassan Bandung pada awal 1950 di Pulau Pinang. Beberapa pengikut Hassan Bandung yang terkenal seperti 'Sheikh' Tahir Jalaluddin, 'Sheikh' Abdullah Maghribi dan 'Sheikh' Ibrahim Aqibi bergiat di Pulau Pinang, kerana itu perdebatan berlaku di sana. Selain itu juga, beliau telah menghasilkan lebih Sebuah karya agama dalam pelbagai bidang seperti fiqh, tafsir, táuhid, sejarah, pemikiran Kaum Muda dan lain-lain, serta menterjemahkan kitab "al-Munjid" yang diterbitkan di Jakarta. Beliau juga dikatakan berjaya menghasilkan sebuah tafsir al-Quran. Tumpuan kegiatan dakwah beliau banyak terfokus kepada usaba-usaha membangunkan semula umat Islam seperti zaman kegemilangan dahulu. Beliau turut terlibat dalam gerakan tariqat kerana ayahnya sendiri adalah pengasas Aurad Muhammadiyah yang terkenal itu.

Gelaran yang diberikan oleh muridnya, Pehin Mufti Haji Ismail, 'al-'Allamah al-Murabbi al-khabir wal khatibul Qadir wa daie al-Basyir ila Allah asy – syaikh Muhammad Fadhlullah ibn asy - Syaikh Muhammad as-Suhaimi menggambarkan keluasan ilmunya. Dalam bidang politik, Sheikh Fadhlullah mula terlibat secara langsung ketika berada di Kelantan kerana kebanyakan muridnya terlibat dalam politik. Antara murid yang terkenal di kelantan ialah Ustaz Wan Sulaiman Ibrahim yang pernah belajar di Kuliah al-Attas sebelum menjadi wakil rakyat PAS 1959.

Syeikh Fadhlullah juga beberapa kali mewakili umat lslam di Kelantan dalam persidangan- persidangan politik Melayu di Kuala Lumpur sekitar selepas Perang Dunia Kedua. Di Singapura, beliau juga terlibat dalam beberapa pertubuhan Islam. Ketika gerakan kemerdekaan mulai memuncak, nama Sheikh Fadhlullah mulai terkenal sebagai seorang ulama yang aktif dalam gerakan antípenjajah. Semasa para ulama bersidang di Muar atas anjuran Umno, Sheikh Fadhlullah telah hadir mewakili umat Islam Singapura walaupun beliau bukan ahli Umno.

Dalam Persidangan Alim Ulama Malaya Kedua di Kuala Lumpur pada 23 Ogos 1951 yang telah berjaya menubuhkan PAS, Shaikh Fadhlullah memainkan peranan penting ke arah menjayakan usaha menubuhkan parti politik Islam ini. Walaupun tidak memegang apa-apa jawatan dalam PAS ketika itu, nama Sheikh Fadhlullah telah diputuskan oleh persidangan tersebut sebagai salah seorang daripada lima ulama yang akan mengemukakan rayuan kepada Raja-Raja Melayu untuk membolehkan sebuah pertubuhan ulama diasaskan, sekaligus menyelaraskan jabatan-jabatan agama di seluruh negara.

Walaupun nama beliau tidak muncul dalam kepemimpinan PAS selepas itu, tetapi beliau merupakan tenaga penting dalam meluaskan pengaruh PAS di Singapura pada awal 1950-an. Faktor kedudukan beliau sebagai Mudir Kulliyyah al-Lughah wa ad-Din di Pahang menghalang kegiatan politik belïau, tetapi anak beliau, Ustaz Taha Suhaimi telah menjadi pemimpin utama PAS Singapura sehingga 1965. Murid-murid beliau juga sama ada di Singapura, Johor, Pahang dan Kelantan kcbanyakannya menjadi pendukung perjuangan PAS di seluruh negara.

Sheikh Fadhlullah Suhaimi yang uzur kerana tua telah meninggal dunia di Singapura pada 16 ogos 1964 dalam usia 78 tahun. Dua anaknya yang terkenal ialah Ustaz Taha Suhaimi, Pesuruhjaya PAS Singapura dan Ustaz Kamil Suhaimi.

Sumber: Akhbar HARAKAH, Ruangan FIKRAH 24 RABIULAKHIR - 9 JAMADILAWAL 1429H - 15 MEI 2008

NOTA Penulis (yang juga bekas murid Ustaz Muhammad Taha As Suhaimi di Singapura):
Sheikh Muhammad As Suhaimi yang di sebut dalam artikel ini adalah juga pengasas Wirid Aurad Muhammadiah yang turut di amalkan dan di kembangkan olih anak cucu nya hingga ke hari ini.Di antaranya Allahyarham Sheikh Muhammad Khairullah As Suhaimi, Allahyarham Sheikh Muhammad Fadlullah As Suhaimi sendiri ,cucunya Allahyarham Ustaz Muhammad Taha As Suhaimi dan Peguam Ustaz Muhammad Kamil As Suhaimi.Pengamal Aurad Muhammadiah ramai di seluruh dunia terutamanya di Nusantara termasok di Malaysia.Kerajaan Malaysia telah mengharamkan Aurad Muhammadiah kerana ianya turut di amal olih Al Arqam

Bookmark and Share

    


  Member Information For yuhadaProfil   Hantar PM kepada yuhada   Quote dan BalasQuote

ikrimah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.12.2008
Ahli No: 36514
Posting: 154
Dari: terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 01-02-09 15:40


SALAM ..
ana nak tanyala saudara semua...
macam nga Al Imam As Shahid Hassan al Banna tu ....mujaddid takk...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ikrimahProfil   Hantar PM kepada ikrimah   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 06-02-09 23:08


Ibnu Mas’ud ra meriwayatkan bahawa,

“Kami mendatangi Rasulullah SAW dan baginda keluar dengan membawa berita gembira, dan kegembiraan itu terbayang pada wajahnya. Kami bertanya kepada baginda perkara yang menggembirakan itu dan kami tidak sabar untuk mendengarnya.

Tiba-tiba datanglah sekumpulan anak-anak muda Bani Hasyim yang di antaranya adalah al-Hasan dan al-Husain ra. Apabila terpandangkan mereka, tiba-tiba kedua-dua mata baginda berlinangan lalu kami pun bertanya, “Wahai Rasulullah, kami melihat sesuatu yang kami tidak sukai pada wajahmu.”

Baginda menjawab, “Kami Ahlulbait, telah Allah pilih akhirat kami lebih dari dunia kami. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehingga datanglah Panji-­panji Hitam dari Timur. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan memperoleh kejayaan.

Sesiapa di antara kamu atau keturunan kamu yang hidup pada masa itu, datangilah Imam dari ahli keluargaku walau terpaksa merangkak di atas salji. Sungguh, mereka adalah pembawa Panji-panji yang mendapat hidayah. Mereka akan menyerahkannya kepada seorang lelaki dari ahli keluargaku yang namanya seperti namaku, dan nama bapanya seperti nama bapaku. Dia akan memenuhkan dunia ini dengan keadilan dan kesaksamaan.”

(Abu Daud, At-Tarmizi, Al-Hakim, Ibnu Hibban, Ibnu Majah, Abus Syeikh, Ibnu Adi, Abu Dhabi, Ibnu Asakir & Abu Nuaim)

Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

paku
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.04.2004
Ahli No: 8497
Posting: 179
Dari: Bumi, Bima Sakti

Johor  


posticon Posting pada: 06-02-09 23:16


Bagaimana dengan para sahabat .a.? Adakah mereka mujaddid? Maaf saya kurang arif. hahhahahahha

Bookmark and Share

    


  Member Information For pakuProfil   Hantar PM kepada paku   Quote dan BalasQuote

akil78
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.01.2009
Ahli No: 36927
Posting: 209
Dari: selangor, malaysia

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 13-02-09 09:43


Alhamdulillah..
salam ukhwah ..
pada zaman Rasulullah para sahabat .a memang terkenal dengan sifat yang unggul, mulia dan di sukai oleh Rasulullah..
keimanan mereka sangat tinggi, teguh sehingga ramai para sahabat meninggal di luar dari kawasan Mekah dan Madinah disebabkan ingin menyebarkan agama Islam..

Wanita muslimah ini telah beriman pada masa awal-awal kenabian Rasulullah. Peristiwa bukit Shofa adalah sebuah titik tolak untuk membuktikan komitmennya kepada Islam. Ia adalah salah seorang muslimah yang menyokong seruan Rasulullah ketika beliau bersabda kepada kerabatnya di bukit Shofa, „Sesungguhnya aku datang untuk memberi peringatan kepada kalian, bahwa di depan kalian terdapat siksa yang amat keras !"

Dialah Shofiyah binti Abdul Muthalib, bibi Rasulullah sekaligus saudara perempuan sekandung Hamzah bin Abdul Muthalib. Ia masuk Islam bersama angkatan pertama orang-orang yang beriman kepada seruan dakwah nabi.

Sejak digulirkannya dakwah jahriyah (terang-terangan), Shofiyah tidak pernah lalai dalam menapaki tugas dan kewajibannya sebagai mukminah yang kaaffah (menyeluruh). Baginya, menerima Islam berarti pula rela untuk menggadaikan dirinya bagi kemuliaan Islam. Sejarah mencatat, bahwa Shofiah terhitung salah satu wanita yang amat gigih menyokong perjuangan Rasulullah. Dan segigih itu pula ia berdakwah kepada keluarga dan kaum kerabat yang terdekat. Putra laki-lakinya pun ikut masuk dalam barisan Islam. Tak ayal lagi, Shofiyah pun harus menghadapi teror, ancaman pembunuhan dan penghinaan dari musuh-musuh Islam. Shofiyah tidak pernah menyesali hal itu, karena itu memang telah disadarinya sejak awal ia menerima Islam secara utuh dan menyeluruh.

Ketika ancaman dan intimidasi begitu berat di Mekkah, Shofiyah dan anaknya ikut dalam rombongan hijrah ke Madinah. Hijrah dalam rangka menyelamatkan iman. Bertahun-tahun ia tinggal di Madinah dan selalu ikut berpartisipasi dalam perang-perang besar yang terjadi.

Perang Uhud menjadi saksi atas kegigihan Shofiyah. Dalam perang Uhud sebagian besar kaum muslimin melakukan tindakan yang tidak disiplin, lantaran tergiur oleh ghonimah (rampasan perang) yang berceceran di kaki bukit Uhud. Inilah satu kesalahan yang mengakibatkan serangan balik tentara kaum kufar. Peristiwa ini nyaris merenggut nyawa Rasulullah. Pasukan kaum muslimin kocar-kacir meninggalkan medan pertempuran. Di saat itulah naluri jihad Shofiyah menyeruak. Ia segera merenggut sebuah lembing, seraya diacung-acungkan dengan gagah.

„Apakah kalian akan meninggalkan Rasulullah ?" teriak Shofiyah bersemangat. Demi mendengan teriakan itu, semangat juang kaum muslimin yang sempat pudar, kembali bergelora. Mereka kembali menyongsong musuh dan akhirnya berhasil menyelamatkan Rasulullah.

Ketika perang usai, Hamzah saudara kandungnya gugur sebagai syahid dalam keadaan yang mengenaskan. Tubuhnya dicincang oleh Hindun yang ingin membalas dendam. Mendengar peristiwa itu Rasulullah memerintahkan putra Shofiyah untuk menjauhkan Shofiyah dari bekas medan pertempuran. Rasulullah khawatir Shofiyah akan shock melihat keadaan saudaranya itu. Namun, apa yang dikatakan muslimah itu ?

„Berita kematian saudaraku yang mati dalam keadaan tercincang demi membela agama Allah telah sampai kepadaku. Biarlah aku menjenguknya, insya Allah aku mampu bersabar ... !", demikian kata Shofiyah dengan tenang dan sabar.

Ketika Shofiyah sampai di depan jenazah Hamzah saudaranya, ia berkata, „Semoga Allah memberikan rahmat kepadamu, wahai ayah Amarah. Semoga Allah mengampunimu. Kita adalah kaum yang biasa menyaksikan kematian dan kesyahidan ... sesungguhnya kita adalah milik Allah dan sesungguhnya kita akan kembali kepada-Nya."

Di perang Khandaq (prang parit), Shofiyah kembali menorehkan catatan sejarah. Saat itu kondisi kaum muslimin di Madinah sangat kritis setelah pengkhianatan kaum Yahudi bani Qunaiqa. Pasukan musuh mengelilingi kota dari segala penjuru. Shofiyah yang tengah berjaga, melihat seorang Yahudi mengendap-endap mengelilingin benteng dan melewati parit. Mengetahui hal itu Shofiyah meminta Hasan untuk menyergap si yahudi. Namun Hasan tidak berani. Segera Shofiyah mengambil sebatang tongkat, lalu keluar dari benteng. Dengan mengendap-endap ia mendekati yahudi pengintai itu dan segera memukulkan tongkat yang dibawanya hingga si Yahudi terkapar mati.

Itulah Shofiyah binti Abdul Muthalib, sosok seorang muslimah kaaffah yang pemberani dan sabar. Di dalam tarikh Ath-Thabari diriwayatkan bahwa Shofiyah meninggal dunia pada zaman khalifah Umar bin Khattab pada usia lebih dari 73 tahun. Ia kemudian dikebumikan di pekuburan Baqi’. Beberapa hadits telah diriwayatkan dari lisan wanita sholihat itu, dan banyak pula para perawi yang meriwayatkan hadits yang berasal darinya.

Shofiyah ... semoga Allah menempatkannya pada tempat yang mulia di sisi-Nya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For akil78Profil   Hantar PM kepada akil78   Pergi ke akil78's Website   Quote dan BalasQuote

izzahtulsakinah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 28.11.2006
Ahli No: 27515
Posting: 112
Dari: Selangor

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 13-02-09 10:48


tenang dan penuh kesabaran shofiyah..

mujadid ini bagi ana topik yang sedikit berat untuk orang awam tapi ia info yang bagus dan sejarah islam yang perlu diketahui.supaya kita berbangga dengan mujadid islam yang terdahulu.

Bookmark and Share

    


  Member Information For izzahtulsakinahProfil   Hantar PM kepada izzahtulsakinah   Pergi ke izzahtulsakinah's Website   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 20-01-10 20:37


Pada 13-02-09 10:48 , izzahtulsakinah posting:

!!! QUOTE !!!

tenang dan penuh kesabaran shofiyah..

mujadid ini bagi ana topik yang sedikit berat untuk orang awam tapi ia info yang bagus dan sejarah islam yang perlu diketahui.supaya kita berbangga dengan mujadid islam yang terdahulu.


setiap muslim kena ambil tau even tak dapat nak faham...


-----------------
:: NoBoDy iS PeRFeCT ::
______________________________________
http://www.mymindstories.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

pejuang_terakhir
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2007
Ahli No: 30837
Posting: 533
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 21-01-10 09:43


mujaddid yang sebenar-benarnya hanya di sisi Allah sahaja yang Maha Mengetahui.umat Islam mengiktiraf para mujaddid itu berpandu alamat dan tanda-tanda yang disabdakan nabi,tapi Allah lagi mengetahui.sebab itu para pejuang Islam selepas kewafatan nabi berebut2 merealisasikan hadis nabi.mereka berjuang bersungguh2 supaya merekalah golongan seperti yang nabi sabdakan.contohnya mak saudara susuan nabi,ummu haram, menjadi antara antara org yang mengikuti expedisi pertama tentera laut.ummu haram merealisasikan maphum nabi bahawasanya ummu haram akan turut serta dalam expedisi pertama itu.contoh lagi sahabat yang bernama abu musa al-ashaari yang mana ikut turut serta dalam operasi pertama umat islam untuk menakluk kota constantinople.nabi juga pernah bersabda maphumnya bahawa abu musa akan turut serta dalam expedisi itu.dan ternyata umur sahabat ini panjang dan beliau turut serta dalam expedisi pertama itu walau ketika itu beliau tersangat uzur dan tua (beliau meninggal sebaik sahaja sampai dipiggir kota constantinople).ternyata betapa benarnya sabda nabi.begitu juga dengan hadis nabi yang maphumya kota constantinople akan dibuka oleh "sebaik-baik panglima dan sebaik-baik tentera dimuka bumi".yang mana sejak dari era umayyah sehingga era uthmaniah,berpuluh cubaan dan operasi dilaksanakan bagi menakluk kota constantinople.setiap pemimpin dan umat islam pada zaman itu berebut2 untuk mendapat peluang menjadi "tentera terbaik di muka bumi" seperti yang nabi sabdakan.expedisi tariq ibnu ziad dan musa ibnu nusair membuka andalus juga adalah strategi bagi membuka constantinople dr arah utara.setiap zaman akan sentiasa ada segolongan dr umat ini berjuang merealisasikan hadis nabi.berbalik pada kurun ini,telah muncul pejuang-pejuang islam yang bangkit meneraju umat ini.sabda nabi maphumnya 'akan muncul panji2 hitam dari ufuk timur bersama 1 tooifah' juga menjadi signifikan bagi pejuang-pejuang kurun ini.jika kita lihat mujahidin2 seantero dunia seperti al-qaeda,shabab,taliban,pejuang chechen etc,mereka semua menggunakan panji2 yang sama.bendera hitam yang bertuliskan kalimah toyyibah.mereka berebut2 supaya merekalah tooifah yang nabi maksudkan itu,tetapi mereka tidak sampai mengaku merekalah tooifah yang nabi maksudkan itu,jika sampai masa jika merekalah adalah tooifah yang Allah janjikan maka mereka terima dengan penuh tawaduk dan syukur


-----------------
abu muadz


Bookmark and Share

    


  Member Information For pejuang_terakhirProfil   Hantar PM kepada pejuang_terakhir   Quote dan BalasQuote

pejuang_terakhir
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2007
Ahli No: 30837
Posting: 533
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 21-01-10 10:47


uucp://upload.wikimedia.org/wikipedia/en/d/dc/Abdullah_Azzam.jpg

as-syahid abdullah azzam,pengasas gerakan mujahidin global.berjaya mengumpul ribuan umat islam dr serata dunia untuk berjihad di afghanistan dibawah payung "maktab khadamat".bercita-cita membawa pejuang ke palestin bagi berperang dengan israel dan mana-mana negara umat islam yang ditindas selepas kemenangan di afghanistan.dengan jolokan "bapa mujahidin moden",legasi beliau mekar subur sehingga sekarang dengan nama2 besar pelapis selepas beliau seperti syeikh osama laden,as-syahid ibnu khattab,abu umar dll.dan nama2 ini berjaya menggoncang dan meretakkan ego barat bahawa umat ini masih memiliki taring yang bisa merobek sehingga ke jantung puak2 kuffar.

uucp://upload.wikimedia.org/wikipedia/en/thumb/f/f8/Ibnkhattab.jpg/225px-Ibnkhattab.jpg

as-syahid ibnu khattab,panglima besar mujahidin arab di bumi chechnya.merupakan lagenda umat ini yang paling hebat.berjaya memimpin pejuang-pejuang islam dibumi caucasus mencabut kekuatan tentera russia.beliau memimpin pasukan yang diberi nama "kateebat al-maut" yang bererti "batalion maut".pasukan beliau adalah pasukan yang tidak pernah terkalah.berjaya membunuh ribuan tentera russia dalam ratusan operasi yang menjadi kajian pihak2 tentera.berjaya mengiplimenkan taktik gerila dan serangan hendap yang paling berjaya dalam sejarah.beliau syahid diracun oleh munafik yang berada dalam pasukan beliau yang telah "di beli" oleh tentera rusia.


-----------------
abu muadz


Bookmark and Share

    


  Member Information For pejuang_terakhirProfil   Hantar PM kepada pejuang_terakhir   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.228571 saat. Lajunya....