Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Setiap tindakan menghasilkan tindakbalas
-- Hukum Newton

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 194
Ahli: 0
Jumlah: 194




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Pantun
Topik: Ciri-Ciri Pantun Asli Melayu


Carian Forum

Moderator: Administrator, Maricella
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pantun
    »» Ciri-Ciri Pantun Asli Melayu

Please Mendaftar To Post


Oleh Ciri-Ciri Pantun Asli Melayu

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 29-01-09 09:50


As salamualaikum wbt dan salam ukhwahfillah.

Tak Lapuk Dek Hujan, Tak Lekang Dek Panas

Nan Tak Lapuak Dek Ujan, Nan Tak Lakang Dek Paneh

Adaik basandi syarak
Syarak basandi kitabullah
Syarak mangato adaik mamakai
Adaik manurun syarak mandaki

Saya membuka topik ini adalah bertujuan untuk menerangkan PANTUN dan ciri-ciri pantun melayu.

Pantun merupakan puisi tradisi Melayu yang di dalamnya terserlah kehalusan budi dan ketajaman fikiran. Kekayaan khazanah pantun Melayu diwarnai oleh sekumpulan pantun yang sungguh istimewa dan unik serta mewakili peri ketinggian daya pemikiran dan kehalusan bahasa Melayu. Pantun tersebut sentiasa segar dalam hafalan masyarakat Melayu, diingati generasi demi generasi, malahan berterusan hingga ke hari ini sebagai khazanah pantun klasik Melayu. Pantun klasik juga didefinisikan juga sebagai Pantun Istana berdasarkan takrifan yang diberikan oleh saya sendiri.

Contoh Pantun Klasik (Pantun Istana)

Tenang-tenang air di laut
Sampan kolek mudik ke tanjung
Hati terkenang mulut tersebut
Budi yang baik rasa nak junjung

Tingkap papan kayu bersegi
Sampan sakat di Pulau Angsa
Indah tampan kerana budi
Tinggi bangsa kerana bahasa

Dalam semak ada kebun
Dalam kebun ada bunga
Dalam gelak ada pantun
Dalam pantun ada bicara

Dalam kehidupan masyarakat melayu sehari-hari, pantun merupakan jenis sastera lisannya paling popular. Bak Kata pepatah;

”Di mana orang berkampung di sana pantun bersambung, di mana ada nikah kawin di sana pantun dijalin. Di mana orang berunding di sana pantun bergading. Dimana orang muafakat di sana pantun di angkat. Di mana ada adat dibilang, di sana pantun diulang. Di mana adat dibalas di sana pantun dilepas.”

Pantun terpendek terdiri daripada dua baris yang mempunyai ikatan berirama dan mempunyai sebutan yang sama dihujungnya. Baris-baris ini pula boleh dikumpulkan menjadi empat, enam ataupun lapan baris. Jarang terdapat pantun yang melebihi lapan baris dan pada kebiasaannya pantun terdiri daripada empat barisan.

Contoh:

Kayu mempoyan kulitnya manis
Patah galah dalam paya
Laku perempuan mulutnya manis
Cakap sepatah jangan percaya

Ciri-ciri pantun yang berbagai-bagai dapat dibincangkan dari dua aspek yang penting, iaitu aspek luaran dan dalaman. Aspek luaran pantun terdiri dari segi struktur dan ciri-ciri visual. Pantun terdiri daripada rangkap-rangkap yang berasingan. Setiap rangkap terhasil daripada baris-baris yang sejajar dan berpasangan. Setiap baris mempunyai empat dasar manakala jumlah sukukata pada sebaris ialah lapan hingga sepuluh sukukata. Setiap rangkap mempunyai pembayang dan maksud dengan rima a,b,a,b. Selain daripada rima, intonansi juga merupakan aspek yang dominan dalam pembentukan sebuah pantun.


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

budakbesar
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.05.2005
Ahli No: 16407
Posting: 98
Dari: labuan

Sabah  


posticon Posting pada: 29-01-09 11:25


suka lah topik ni =D

org sekarang selalu konfius, kata kalau pantun yang harus sama cuma bunyi ujung setiap baris saja.

butir selasih
terima kasih

hakk hakk

Bookmark and Share

    


  Member Information For budakbesarProfil   Hantar PM kepada budakbesar   Quote dan BalasQuote

ANSHU
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.01.2009
Ahli No: 36822
Posting: 342
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 29-01-09 14:02


suka baca pantun...tapi tak pandai sangat bepantun..huhu

Bookmark and Share

    


  Member Information For ANSHUProfil   Hantar PM kepada ANSHU   Quote dan BalasQuote

as-syafie
WARGA SETIA
Menyertai: 25.01.2007
Ahli No: 28366
Posting: 461
Dari: Mesir Darul Ulama'

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 30-01-09 08:46


terima kasih daun keladi,
kalau boleh nak lagi...

..............................................

kita minum dulu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For as-syafieProfil   Hantar PM kepada as-syafie   Quote dan BalasQuote

MencariSinar
WARGA SETIA
Menyertai: 19.05.2003
Ahli No: 532
Posting: 672
Dari: Seky. 9 Shah Alam

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 04-02-09 09:08


salam..

wah ciri-ciri pantun melayu..

kajang pak malau kajang bertempat,
kajang hamba mengkuang layu...

siapa boleh sambung ek?

Bookmark and Share

    


  Member Information For MencariSinarProfil   Hantar PM kepada MencariSinar   Pergi ke MencariSinar's Website   Quote dan BalasQuote

nur_tinta
WARGA SETIA
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 81
Posting: 409
Dari: Malaysia

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 05-11-09 08:27


Pada 04-02-09 09:08 , MencariSinar posting:

!!! QUOTE !!!

salam..

wah ciri-ciri pantun melayu..

kajang pak malau kajang bertempat,
kajang hamba mengkuang layu...

siapa boleh sambung ek?


dagang pak malau dagang bertempat,
dagang hamba musafir lalu


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_tintaProfil   Hantar PM kepada nur_tinta   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.119622 saat. Lajunya....