Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 17-09-2019  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan seseorang untuk menyambut datangnya kesempatan.
-- Benjamin Disraeli

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: mengintaisyurga
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43096

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 37
Ahli: 0
Jumlah: 37




  Yang Masuk Ke Sini
IbnuKhaldun: 9 hari yang lalu
alongmina: 13 hari yang lalu
muslimin23: 19 hari yang lalu
kasih_kekasih: 23 hari yang lalu
budakbesar: 30 hari yang lalu
azemi: 34 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: MUI haramkan merokok


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» MUI haramkan merokok

Please Mendaftar To Post


Oleh MUI haramkan merokok

Addey
WARGA SETIA
Menyertai: 13.03.2005
Ahli No: 15105
Posting: 948
Dari: kota marudu

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 28-01-09 08:36


Daripada BORHAN ABU SAMAH
[email protected]

JAKARTA 27 Jan. - Majlis Ulama Indonesia (MUI) memutuskan merokok dan yoga adalah haram bagi umat Islam.

Bagi merokok, MUI memutuskan bahawa ia haram kepada wanita Islam yang mengandung dan kanak-kanak.

Selain itu, merokok di tempat awam juga dihukum sebagai haram.

Majlis itu juga memutuskan senaman yoga yang mengandungi meditasi dan ritual agama adalah haram bagi umat Islam.

"Merokok adalah haram bagi wanita yang mengandung dan kanak-kanak, merokok di tempat awam juga haram dan begitu juga bagi ahli majlis ulama," kata H.M. Amin semua yang mempengerusikan mesyuarat itu di Padang Panjang, Sumatera Barat, kelmarin.

Beliau yang dipetik agensi berita Antara berkata, merokok bagi wanita mengandung dan kanak-kanak adalah berdosa.

Beliau juga meminta kerajaan menggubal undang-undang bagi menyokong fatwa tersebut.

Seorang penasihat MUI, Nurhayati Hakim berkata, keputusan itu dibuat sebulat suara dan ia sejajar dengan ajaran Nabi Muhammad S.A.W.

"Sekurang-kurangnya fatwa itu menetapkan had, supaya orang ramai tidak merokok sesuka hati mereka," katanya.

Namun, MUI juga mengeluarkan fatwa bahawa yoga yang berbentuk senaman untuk kepentingan kesihatan sebagai dibolehkan.

"Fatwa tersebut diperlukan agar umat Islam tidak mencampuradukkan yang hak dengan yang batil," kata Amin yang juga Ketua MUI Pusat.

Menurutnya, fatwa MUI itu adalah berlandaskan al-Quran iaitu ayat 33 surah Muhammad yang mewajibkan umat Islam mentaati Allah SWT dan Rasulullah SAW serta tidak merosak pahala amalan yang diperbuat.

Ayat yang mensyaratkan larangan mencampuradukkan yang hak dengan yang batil pula, katanya terdapat dalam surah Al-Baqarah ayat 42.

"Fatwa tersebut lebih berdasar, persoalan hukum yoga setelah munculnya berita tentang fatwa ahli Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada 22-24 Oktober 2008 di Kota Bharu, Kelantan, Malaysia, yang memutuskan yoga adalah haram," katanya.

Atas fatwa tersebut, menurut beliau, menyebabkan banyak persoalan timbul dan termasuk permintaan agar MUI mengkaji, membahas dan juga memfatwakan masalah yoga.

Yoga oleh masyarakat Indonesia umumnya sebagai salah satu bentuk senaman pernafasan.

Difahamkan juga yoga wujud sejak sejak 6 abad sebelum Masihi, jauh sebelum agama Hindu lahir.

Yoga awal tidak terkait dengan agama, tetapi dalam perkembangannya banyak pendita Hindu yang mendalami yoga yang kemudian melakukan asimilasi yoga dengan ajaran agama Hindu. - Utusan

Bookmark and Share

  


  Member Information For AddeyProfil   Hantar PM kepada Addey   Quote dan BalasQuote

yuhada
Warga 3 Bintang
Menyertai: 13.10.2006
Ahli No: 26939
Posting: 130
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 28-01-09 11:59


CERDIK PANDAI YANG BODOH

- Aku pelik dengan sikap manusia. Di dalam kecerdikan dan kepandaian mereka pun ada kebodohannya.

* Eh, bagaimana tu. Aku tak fahamlah. Engkau selalu cakap yang aneh-aneh. Apa maksudnya yang sebenar, biar senang aku yang memang bodoh ni faham.

- Maksud aku kebodohannya tu tak sepatutnya ada. Bahkan sangat ketara pulak.

* Eh.... Aku lagi tak faham.

- Begini... selalunya manusia kagum dengan keindahan alam semulajadi yang diciptakan. Tapi malangnya Pencipta ciptaan itu sikit pun tak dikaguminya. Bukankah aneh... hasil ciptaan sangat dikagumi, tapi Penciptanya langsung tak diambil peduli.

* Agaknya sebab manusia hanya nampak yang lahir saja .

- Seumpama manusia yang kagum dengan kereta, tapi tak mengkagumi perekanya, maka begitulah kebanyakan manusia ini. Mereka terpesona dan mabuk dengan ciptaan Tuhan, tapi tak pula terpesona dan mabuk dengan Tuhan.

* Kalau semua orang mabuk dengan Tuhan, nanti semua orang tak pergi kerja. Asyik dengan tasbih dan sejadah sahaja.

- Tidak. Terbukti, orang yang mabuk dengan Tuhanlah yang berjaya mentadbir dunia,seperti zaman Khalifah Islam yang empat,Islam mengembangkan sayapnya hingga berjaya menakluki tiga suku dunia.Yang aku bertambahhairan, pakar-pakar ciptaan Tuhan dianggap ilmuan.

* Pakar-pakar ciptaan Tuhan?

- Mereka yang pakar tentang batu, laut,haiwan manusia dan fisiologinya dan entah apa-apa lagi.Bukankah apa yang mereka kaji itu semunya ciptaan Tuhan? Lalu setelah mendapat ilmu-ilmunya maka merekapun diberi ijazah, degri serta berbagai-bagai gelaran. Bahkan di kagumi dan dihormati. Padahal mereka inilah golongan yang jahil tentang Tuhan dan ilmu ketuhanan.

* Mereka belum mendapat hidayah .

- Mereka inilah cerdik pandai yang bodoh. Cerdik yang tidak memberi makna apa-apa. Kerana cerdiknya pada perkara yang tak utama, tapi bodohnya pada perkara yang utama.

* Jadi sebenarnya apa salah mereka?

- Mereka tak salah. Kerana mereka sebenarnya tidak diberi hidayah dan taufik. Tapi kita yang memberi pengiktirafan kepada mereka sehingga mengkagumi kepintaran dan kecerdikan mereka itulah yang salah. Mereka bukanlah manusia yang pandai luar biasa, tapi mereka sama sahaja seperti manusia lain yang tidak ada apa-apa istimewanya. Sebabnya, apalah yang hendak dikagumi perkara yang dapat disentuh dan dirasa (hasil ciptaan) tapi jahil terhadap pekara yang tak dapat disentuh dan dirasa iaitu Tuhan Yang Maha Esa. Tapi kalau kedua-duanya dikagumi hingga timbul rasa Hebatnya Kekuasaan Tuhan, rasa malu dengan Tuhan,rasa hinanya diri... waktu itu, barulah mereka benar-benar menjadi orang yang cerdiknya luar biasa. Itulah pengiktirafan sebenarnya di dalam Islam.

Bookmark and Share

  


  Member Information For yuhadaProfil   Hantar PM kepada yuhada   Quote dan BalasQuote

budakbesar
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.05.2005
Ahli No: 16407
Posting: 98
Dari: labuan

Sabah  


posticon Posting pada: 28-01-09 15:15


suka sangat dengan tindakan MUI.

kat indonesia ni, org merokok tak ingat dunia.
dalam bas tertutup rapat, kat kantin, kat mana2lah.
pernah pengalaman, saya berurusan dengan orang di kaunter imigresen, orang imigresen tu sambil merokok lagi... bayangkan benda ni jadi kat Malaysia.

MUI berani putuskan fatwa macam tu, walaupun tahu rokok tu antara sumber ekonomi utama indonesia.
banyak politikus menentang perkara tu, siap minta kaji semula lagi, pandangan dr sudut ekonomi lah, dan sebagainya.
begitu juga halnya dulu waktu undang-undang Pornografi mahu digubal, yang berlebihan dalam menentang perkara itu adalah para politikus...

Malaysia bila lagi nak keluar fatwa tentang merokok? takkan risau dengan mereka menteri2 yang merokok agaknya? hehehh

Bookmark and Share

  


  Member Information For budakbesarProfil   Hantar PM kepada budakbesar   Quote dan BalasQuote

ANSHU
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.01.2009
Ahli No: 36822
Posting: 342
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 28-01-09 15:45


hm...agak setuju dengan MUI...tapi kalau boleh dispesifikkan kesan2 bahaya merokok pada golongan ibu2 mengandung dan kanak-kanak yang mendorong kepade pengharaman rokok keats mereka mungkin akan lebih jelas lagi...saya beminat lah dengan tajuk ni...isu yang sesuai untuk dibincangkan...

hm..dulu pernah belajar...hukum haram untuk sesuatu makanan hanya boleh disabitkan andainye ia menyebabkan ketagihan dan menghilangkan keupayaan seseorang untuk berfikir..rokok ni memang menyebabkan ketagihan..tapi taklah sampai hilangkan keupayaan befikir..so macam mana tu...mesti ulama2 MUI ada alasan kukuh untuk pengharaman..sesiapa yang arif tolong kongsi besame...

Bookmark and Share

  


  Member Information For ANSHUProfil   Hantar PM kepada ANSHU   Quote dan BalasQuote

sayang_semuanya
WARGA SETIA
Menyertai: 23.03.2007
Ahli No: 29304
Posting: 486
Dari: Pasir Ris

singapore   avatar


posticon Posting pada: 30-01-09 18:18


mengapa zaman ini rokok HARAM??

jawapannya, rokok itu membahaya kan diri kita...
kan Rasul kita sabda... tak ingat lah bunyi nya macam mana... tapi lebih kurang maksudnya... apa apa yang memudratkan kita, itu lah haram untuk di gunakan....

wallahu a'lam

Bookmark and Share

  


  Member Information For sayang_semuanyaProfil   Hantar PM kepada sayang_semuanya   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.104928 saat. Lajunya....