Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 20-09-2019  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
5,000 tahun dulu Confusius berkata, "Belajar!"; 1,500 tahun dahulu ayat Quran pertama ialah, "Baca!"
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: mengintaisyurga
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43096

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 46
Ahli: 0
Jumlah: 46




  Yang Masuk Ke Sini
IbnuKhaldun: 11 hari yang lalu
alongmina: 15 hari yang lalu
muslimin23: 21 hari yang lalu
kasih_kekasih: 26 hari yang lalu
budakbesar: 32 hari yang lalu
azemi: 36 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Dr Juanda Mufti Perlis yang baru


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Dr Juanda Mufti Perlis yang baru

Please Mendaftar To Post


Oleh Dr Juanda Mufti Perlis yang baru

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 28-01-09 01:14


Tahniah Dr Juanda. Beliau seorang yang low profile tetapi tulisannya amatlah menyentuh jiwa. Pernah dengar ucapannya di forum di DBP bersama Dr Maza tahun 2006 dulu.

Isnin Disember 1, 2008
Dr Juanda, Mufti Perlis baru gantikan Dr Asri?
Oleh ZIEMAN


PETALING JAYA: Teka-teki siapa bakal menggantikan Dr Mohd Asri Zainul Abidin sebagai Mufti Perlis akhrinya terjawab.


Menurut sumber sahih, bekas naib Mufti Sarawak, Dr Juanda Jaya dijangka akan mengambilalih jawatan Mufti Perlis tidak lama lagi.


Walau bagaimanapun, menurut sumber itu lagi, tarikh perlantikan Dr Juanda belum lagi ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Perlis.


Ini disebabkan beliau akan berlepas menunaikan fardhu Haji ke tanah suci hari esok. Dr Juanda juga gagal dihubungi kerana sibuk membuat persiapan terakhir untuk ke tanah suci.


Dr Juanda akan berada di Mekah selama dua minggu.


Dengan perlantikan ini, lenyaplah segala desas desus siapa bakal menggantikan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, yang telah menamatkan perkhidmatannya semalam.


Dr Asri berlepas ke United Kingdom jam 10.45 pagi tadi untuk cuti sabatikal bagi menyempurnakan kajian perbandingan mengenai tafsiran hadis antara fundementalis dengan orientalis.


Sebelum ini, pesaing terdekat Dr Juanda ialah Dr Azwira A Aziz, pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) juga dikatakan antara pilihan mengisi kekosongan kerusi Mufti Perlis itu.


Dr Juanda berusia 37 tahun dan berketurunan Melanau disifatkan lebih ‘liberal’ dan merupakan kenalan Dr Asri.


Bakal Mufti baru yang menulis di ruangan sebuah akhbar arus perdana ini dikatakan mempunyai pemikiran yang sederhana dan aliran beliau senang diterima ramai kerana lembut dan tidak kontroversi dengan ahli sunnah.


Sebelum perlantikan rasmi ini, Dr Juanda pernah ditemuramah oleh mStar Online mengenai peluang beliau mengisi kerusi penting di Perlis itu.


Dr Juanda menyifatkan jawatan Mufti sebagai ’satu amanah yang besar.’


“Ini amanah besar dan saya kena tanggung risiko yang besar. Pencapaian saya tidak boleh kurang dari apa yang telah dijalankan oleh Dr Asri,” kata Dr Juanda ketika itu.


Menurut beliau lagi, Dr Asri telah membawa kedudukan Mufti Perlis ke peringkat nasional.


"Peranan yang dimainkan Mufti bukan setakat pemimpin pada masyarakat di Perlis saja,” katanya.


Dr Juanda juga mengaku banyak menimba pengalaman bersama Dr Asri dan berharap dapat menjalankan tanggungjawab barunya dengan berkesan, seperti mana yang pernah dilakukan oleh Dr Asri.


"Islam perlu dimartabatkan dan fahaman yang salah itu perlu diperbetulkan,” jelas tokoh agama kelulusan Universiti Al-Azhar yang juga bekas penolong pengarah di bahagian dakwah Jabatan Agama Islam Sarawak.


Ramai yang ternanti-nanti apakah agaknya arus perubahan yang akan dibawa oleh pemegang Ijazah Sarjana Syariah pengkhususan penggubalan Undang-undang Keluarga Islam Malaysia dari UKM ini.


-----------------



Bookmark and Share

  


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

syahadahtul_nur
Warga 5 Bintang
Menyertai: 10.09.2008
Ahli No: 34899
Posting: 385
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 28-01-09 01:25


owh,Dr Juanda ye...patut lah macam pernah dengar saja namanya rupa-rupanye beliau merupakan naib Mufti Sarawak.selalu jumpa nama Dr Juanda Jaya dalam majalah-majalah berilmiah.


-----------------
ANDAI kota itu peradaban,rumah kami adalah budaya,dan menurut ibu,tiang serinya adalah agama (FT, Tuhan Manusia)


Bookmark and Share

  


  Member Information For syahadahtul_nurProfil   Hantar PM kepada syahadahtul_nur   Quote dan BalasQuote

syahadahtul_nur
Warga 5 Bintang
Menyertai: 10.09.2008
Ahli No: 34899
Posting: 385
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 28-01-09 01:27


salam tengah malam...syukran ummiq for the info.

Bookmark and Share

  


  Member Information For syahadahtul_nurProfil   Hantar PM kepada syahadahtul_nur   Quote dan BalasQuote

azemi
WARGA SETIA
Menyertai: 16.01.2004
Ahli No: 6494
Posting: 681
Dari: K.pilah Somban

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 28-01-09 09:05


Orang sarawak diimport untuk berkhidmat di Perlis.hehe..tahniah Dr Juanda!!=)..ya, tulisan Dr selalu muncul dalam majalah dan akhbar..

Bookmark and Share

  


  Member Information For azemiProfil   Hantar PM kepada azemi   Pergi ke azemi's Website   Quote dan BalasQuote

nasrun_qalbi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 11.12.2007
Ahli No: 31989
Posting: 103
Dari: baiti jannati

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 28-01-09 09:58


dulu ana selalu ternanti-nantikan nak baca ruangan Tajdid Iman dalam Berita Harian setiap Isnin..owh beliau dah nak jadi mufti ya..alhamdulillah..tahniah2.

Bookmark and Share

  


  Member Information For nasrun_qalbiProfil   Hantar PM kepada nasrun_qalbi   Quote dan BalasQuote

lat-terang
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.03.2008
Ahli No: 32894
Posting: 156
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 28-01-09 10:07


Insya allah satu lagi golongan yang memperjuangkan ISlam muncul...moga tergolong dalam ulama yang berjuang untuk tegkkan Islam tanpa segan silu dan jauh sekali dr menjual agama untuk dunia

Bookmark and Share

  


  Member Information For lat-terangProfil   Hantar PM kepada lat-terang   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.120253 saat. Lajunya....