Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
It is possible to fail in many ways...while to succeed is possible only in one way.
-- Aristotle

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 171
Ahli: 0
Jumlah: 171




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 19 jam, 34 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Suara Hatiku
Topik: KITA HANYA MAMPU LONTAR BATU , BAKAR BENDERA, PIJAK GAMBAR


Carian Forum

Moderator: Administrator, zulman
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Suara Hatiku
    »» KITA HANYA MAMPU LONTAR BATU , BAKAR BENDERA, PIJAK GAMBAR

Please Mendaftar To Post


Oleh KITA HANYA MAMPU LONTAR BATU , BAKAR BENDERA, PIJAK GAMBAR

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 12-01-09 17:40


Mari kita sama-sama fikir dan renungkan tentang apa yang berlaku di Genting Gaza. Ratusan orang Palestine telah dibunuh. Ribuan lagi sedang diancam kebuluran dan sedang menanti maut.

Apa yang kita mampu buat :

Di Beirut - ribuan umat Islam berarak di jalanraya membakar bendera, memijak gambar bush. Hasilnya 1 maut dan berpuluh lagi cedera setelah bertempur dengan polis sendiri.

Di Indonesia - ribuan pelajar menunjuk perasaan dijalanan. Bakar bendera, pijak gambar pemimpin yahudi dan pemimpin Amerika. Dua cedera kerana dirempuh penunjuk perasaan.

Di Germany - ribuan rakyat Palestin dan penyokong mereka beraras di jalanan. Bakar bendera, bakar gambar. Tujuh orang penunjuk perasaan cedera dibelasah polis.

Di Malaysia - Kempen pun bermula tiga hari lepas. Boikot Nescafe , boikot McD, boikot Tesco . Boikot semua barangan yahudi . Semalam saya pergi Tesco ... saja jalan-jalan tengok apa yang orang Malaysia beli. Tesco penuh sesak, isteri pergi shopping. Dalam troli ada Nescafe. Bapa melayan anak-anak kat McD. Bila rakyat Malaysia nak berarak di jalanraya ? Tunggu hari jumaat ... lepas solat jumaat kumpul ramai-ramai depan masjid... ganggu orang lalu lalang. Lepas tu berarak pergi ke Kedutaan Amerika . Menjerit... bakar bendera, pijak gambar Bush.

Bendera beli di Tesco . Jom kita bakar ramai-ramai.

Itulah sahaja yang umat Islam mampu buat. Berarak, buat bising dijalan, baling batu, bakar bendera, pijak gambar. Lepas tu lapar ... pergi makan kat McD.

Orang Yahudi ketawa besar. Umat Islam cuma mampu menjerit di jalanan. Bakar bendera, pijak gambar.

Umat Islam tiada semangat untuk berjuang. Semangat mereka telah dipadamkan oleh pemimpin-pemimpin Islam. Berperang bukanlah lagi jihad sebenar. Ekonomi adalah jihad sebenar. Membina senjata bukan wajib bagi umat Islam. Perusahaan makanan lebih penting. Mengangkat sejata melawat kafirrun bukan lagi wajib. Wajib bagi kita ialah membina ekonomi. Membina ekonomi adalah jihad yang utama. Mari kita sama-sama membangunkan ekonomi berlandaskan riba' yang dicipta oleh yahudi. Ekonomi adalah jihad sebenar.

Di Genting Gaza... lebih ramai yang mati. Yang kebuluran, yang menanti maut.

Umat Islam di negara-negara lain sedang bermaharajalela di jalan-jalan raya. Bakar bendera, pijak gambar.

Teruskanlah ... jihad sebenar ialah ekonomi.

:-(


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

srikandi_khaulah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 30.07.2007
Ahli No: 30520
Posting: 139
Dari: Bandar Baru Bangi

Selangor  


posticon Posting pada: 12-01-09 17:49


Betul. Memang jihad sebenar buat masa ini ialah ekonomi. Saudara kita di palestine sana pun tak pernah suruh kita mesti datang angkat senjata di Palestin. Ini kerana mereka ada cukup saf yang punya semangat juang yang tinggi.Yang mereka mahu cuma bantuan kewangan, makanan, doa dan ingatan daripada kita-saudara sesama Islam. Bayangkan apa yang mereka rasa jika saudara seislam sikit pun tak ambil kisah? Seolah mereka berjuang seorang diri menentang musuh. Kerana itu, mereka sentiasa perlukan kita untuk terus mempromosi perjuangan mereka di serata dunia-dan tidak melupakan mereka.
Kesannya, moral dan semangat mereka untuk berjuang akan bertambah.

Jihad ekonomi? Pasti. Itu kerja kita di sini.

Bookmark and Share

    


  Member Information For srikandi_khaulahProfil   Hantar PM kepada srikandi_khaulah   Pergi ke srikandi_khaulah's Website   Quote dan BalasQuote

dmz
WARGA SETIA
Menyertai: 28.09.2006
Ahli No: 26613
Posting: 442
Dari: selangor

malaysia  


posticon Posting pada: 12-01-09 19:27


Hmmm...kalau ikutkan hati memang malas nak fikirkan tentang Palestin ni. Bukan apa, terasa geram sangat kerana pemimpin-pemimpin negara Islam tak berbuat apa-apa kepada golongan Yahudi Israel ni....masing-masing menjaga TEMBOLOK sendiri saja dan langsung tak ada rasa "kalau cubit peha kiri, peha kanan terasa juga..." masing-masing berdiam diri....apa dah jadi dengan manusia ISLAM ni....
Kita sebagai rakyat awam bukan boleh nak buat tindakan apa-apa pun, kita hanya bergantung kepada keputusan pemimpin....


-----------------
http://studiouniversiti.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For dmzProfil   Hantar PM kepada dmz   Pergi ke dmz's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.202622 saat. Lajunya....