Oleh |
rahsia buah tamar |
nur_muslimin
Warga 2 Bintang Menyertai: 16.12.2008 Ahli No: 36366
Posting: 49
Dari: matahari terbit
|
Posting pada: 07-01-09 13:03
dan salam sejahtera. Mukjizat Saintifik memperkatakan kebaikan yang ada pada amalan berpuasa berdasarkan kepada ayat ke 184 dalam surah al-Baqarah yang berbunyi: "dan berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui." Mukjizat Saintifik akan memperkatakan satu lagi pembongkaran berdasarkan kepada kalam atau pun sabda Nabi yang yang di utus oleh Tuhan untuk menyampaikan al-Quran. Sabdanya bermaksud: "Apabila seseorang dari kalangan kamu berbuka, maka hendaklah dia berbuka dengan tamar. Jika dia tidak ada, maka hendaklah dia berbuka dengan air kerana ia adalah penyuci." (Diriwayatkan oleh Abu Daud, kitab Puasa, nombor 2355 dan At-Tirmizi, kitab Sedekah, nombor 658) Timbul persoalan di sini, mengapa perlu tamar sebagai santapan pertama ketika berbuka puasa? Jawapannya ada pada buku "Puasa, Hikmah dan Hukum menurut Islam dan Perspektif Sains Moden" karangan Syeikh Abdul Majid al-Zindani. Mari kita sama-sama telusurinya. Dalam muka surat 32 ada dinyatakan rahsia berbuka puasa dengan tamar. Ianya berbunyi: "Tamar dikira makanan yang paling kaya dengan gula glukosa. Oleh itu, ia dikira sebagai makanan terbaik yang dibekalkan kepada tubuh pada ketika itu. Ia mengandungi kadar nisbah gula yang tinggi yang berkitar di antara 75-87% iaitu 55% glukosa dan fruktosa sebanyak 45%. Fruktosa akan bertukar kepada glukosa dengan kecepatan yang tinggi dan ia akan diserap secara langsung melalui sistem penghadaman bagi melegakan kehausan tubuh.Begitu juga vitamin-vitamin yang terkandung dalam tamar. Kesemuanya mempunyai peranan yang aktif terhadap proses pembentukan makanan dan ia juga mempunyai kesan penenang terhadap saraf-saraf." Jelas sekali sabda Rasul utusan Tuhan. Kebenarannya terbukti oleh eksperimen sains yang dilakukan di zaman ini. Sedangkan ketika sabda itu berlangsung, tiada langsung peralatan yang bertujuan untuk mengkaji khasiat tamar. Benar sekali sabda Rasul adalah wahyu Tuhan, Pencipta buah tamar dan sekalian alam. .. ----------------- د سيني برمولا سڬالاڽ
|
sasuke-kun
WARGA SETIA Menyertai: 21.09.2004 Ahli No: 11297
Posting: 525
Dari: klate-jepun
|
Posting pada: 07-01-09 13:24
suka berbuka dengan tamar madu, tamar hitam dan air kosong (ye ke??)
|
imni_1612
Warga 4 Bintang Menyertai: 10.09.2008 Ahli No: 34904
Posting: 336
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 07-01-09 14:20
imni suka tamar yang daripada china yang tak ada biji tu..sedap..:-p
|
wirrna
Warga 1 Bintang Menyertai: 29.12.2008 Ahli No: 36544
Posting: 31
|
Posting pada: 10-01-09 15:35
wirrna amat menyukai tamar segar yang berwarna kuning dan merah, al kisah ramadhan yang lalu, wirrna mengalami kenaikan berat badan yang mendadak kerana mengambil tamar ini secara keterlaluan, alhamdulillah hanya kenaikan berat badan tapi tiada mengalami kemudaratan lain, insyaAllah wirrna akan ingat...apa apa yang kita buat jangan keterlaluan...apa apa yang kita suka jangan berlebihan...makan sebelum lapar...berhenti sebelum kenyang...itu yang patut di amalkan...
|
adieq85
Warga 5 Bintang Menyertai: 27.08.2008 Ahli No: 34673
Posting: 358
Dari: dari Kuantan merantau ke Bangi
|
Posting pada: 10-01-09 16:44
apa yang pernah saya baca..makan buah tamar ni dapat mengenyangkan perut..
|