Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 05-06-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Semua masalah boleh diselesaikan dengan cemerlang, asalkan kita menumpukan pada penyelesaian, bukan pada masalah. Allah SWT menyertakan penyelesaian untuk setiap masalah.
-- Kang Razzi Armansur

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: wyd1014
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43135

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 43
Ahli: 0
Jumlah: 43




  Yang Masuk Ke Sini
wyd1014: 27 hari yang lalu
izdham: 36 hari yang lalu
nadiahhazirah92: 46 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: Megah Jika Tiada Dara


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Megah Jika Tiada Dara

Please Mendaftar To Post


Oleh Megah Jika Tiada Dara

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 04-01-09 14:00


KUALA LUMPUR: Mengaibkan apabila semakin ramai remaja perempuan beragama Islam di negara ini kehilangan dara pada usia muda.

Lebih membimbangkan, segelintir mereka berbangga dengan status itu dan beranggapan remaja yang masih dara sebagai kelompok ketinggalan zaman.

Hasil temu bual Metro Ahad dengan sekumpulan remaja yang pernah terjerumus dalam pelbagai gejala sosial juga mendapati, ada remaja yang kini berusia 15 tahun memberitahu kali pertama mereka melakukan hubungan seks ketika berusia 10 tahun.

Ada juga yang mengaku seawal usia lapan tahun, mereka mula merokok, minum arak dan mengambil dadah jenis syabu. Ikuti pengakuan mereka yang ditemu bual FUAD HADINATA YAACOB dan SHAMRAN SARAHAN.

-----------------------------------------------------------------------------------

# MIRA, 15, dari Johor

“PERTAMA kali saya melakukan hubungan seks ketika di tahun 5. Pasangan saya ialah teman lelaki saya ketika itu. Masa itu saya tak tahu apa-apa tetapi ia berlaku sekali saja. Masuk tingkatan satu, saya lakukan sekali lagi bersama teman lelaki juga.

Sejak itu, seminggu dua atau tiga kali saya buat. Ketika tingkatan tiga, saya mula bertukar pasangan. Pernah saya buat dengan dua lelaki sekali gus.

Apabila sudah kerap, saya jadi ketagih. Jika dulu teman lelaki tolong puaskan tetapi bila dia tiada, saya cari orang lain, termasuk juga yang baru sehari kenal.

Rumah dan hotel antara tempat saya memuaskan nafsu dan seingat saya, pernah 20 lelaki menjadi pasangan saya pada satu masa. Bila ketagih, saya cari lelaki yang ada masa lapang. Jika tidak, saya ke bandar bersama rakan, cari lelaki yang boleh jadi mangsa.

Malah, saya buat jadual untuk aktiviti ini. Pagi ke sekolah dan petang saya lakukan aktiviti merosakkan ini. Sabtu dan Ahad saya khaskan untuk teman lelaki, manakala Selasa dan Rabu untuk lelaki lain. Khamis dan Jumaat pula dengan rakan dan ada juga dengan lelaki lain.

Cuma Isnin saya berehat di rumah kerana tidak mahu aktiviti saya diketahui keluarga. Kebanyakan pasangan saya berusia 20 tahun ke atas dan bekerja. Jika saya lakukan hubungan seks bersama rakan sekolah, pasti kegiatan saya mudah terbongkar.

Di kalangan kira-kira 20 kawan perempuan saya, saya percaya 17 sudah tiada dara. Ini satu kebanggaan buat kami.

Siapa yang masih ada dara akan kami kutuk dan pulaukan. Ada juga sebelum ini masih dara tetapi selepas dipengaruhi, mereka terjebak dan turut menggadaikan tubuh.

Bagi yang enggan lakukan seks, kami pulaukan dan hasut mereka melakukan seks dengan mana-mana lelaki. Saya berani kata situasi ini seperti satu trend di kalangan kami, malah sesiapa yang berkawan dengan mat rempit dipandang hebat.

Sikap cabar-mencabar ini menyebabkan ramai remaja rosak akhlak, tidak kira lelaki atau perempuan. Remaja lelaki juga ramai yang tiada teruna kerana mudah dapat ‘awek’ seperti saya.

Saya kini ketagih, malah sehari pernah buat sampai lima kali bersama lima lelaki berasingan. Kali terakhir sebelum PMR pada Oktober lalu dan kini saya masih cuba bertahan. Semuanya berpunca daripada pergaulan bebas saya bersama rakan.”



# NANI, 16, dari Kuala Lumpur

“SAYA mula mengenali seks tahun lalu apabila menjadi mangsa kerakusan teman lelaki ketika saya tinggal bersamanya selama tiga hari selepas keluar rumah. Sejak itu, saya mula ketagih seks.

Apabila ketagih datang, saya melakukan onani untuk memuaskan diri sendiri, sama ada di tandas sekolah atau rumah. Ada ketika saya tak mampu tahan sehingga menawarkan diri kepada lelaki, tetapi bukan rakan sekolah.

Sekurang-kurangnya, sekali sehari saya melakukan seks. Ada lelaki yang saya kenal dua ke tiga minggu, terus saya ajak lakukan seks.

Malah pernah saya pelawa seorang lelaki bangsa lain yang saya baru kenal beberapa minit. Sukar untuk memuaskan ketagihan saya. Malah saya pernah melakukan seks bersama lima lelaki, namun masih tidak puas.

Apabila ketagih, saya hubungi mana-mana lelaki yang saya kenal dan ajak mereka lakukan seks. Biasanya rumah atau hotel murah menjadi lokasi pilihan saya untuk melampias nafsu. Pernah juga saya lakukan seks di tepi tasik pada waktu tengah hari kerana tidak mampu tahan gelora nafsu.

Saya cuba bertahan daripada melakukan perbuatan terkutuk ini, namun tidak mampu. Perkara ini masih berterusan dan kali terakhir saya melakukannya dua minggu lalu.”



# ANIS, 15, dari Negeri Sembilan

“SAYA mula terbabit dengan rokok, arak dan dadah sejak darjah dua. Semuanya kerana pengaruh mat rempit. Melalui mereka juga, saya mula kenal syabu. Selain itu, saya kerap keluar bandar ikut mereka dan mengikuti perlumbaan haram. Selepas menang, kami minum arak beramai-ramai dan bila mabuk, kami melakukan seks.

Siang saya sekolah seperti biasa dan petang saya keluar. Saya pernah bekerja di kedai makan dengan gaji RM60 sehari. Duit ini saya beli syabu yang dibekalkan teman lelaki dan apabila sudah kena, saya tidak tidur dua ke tiga hari.

Pernah saya tidak tidur lebih sebulan angkara syabu. Dalam tempoh itu saya bekerja di kedai makan ini dari petang sampai jam 3 atau 4 pagi setiap hari. Dapat duit, saya ‘enjoy’ dan ‘make up’ (mencantikkan) motosikal.

Ramai rakan sebaya saya boleh dikatakan tiada dara. Bagi kami, dara tidak penting lagi, yang penting seronok dan gembira. Sesiapa yang ada dara akan diperlekehkan.”



# SARAH, 15, dari Selangor

“TIADA istilah ‘suci’ atau masih dara di kalangan saya dan rakan. Malah, kami mengutuk rakan yang tiada teman lelaki dan masih dara. Apa salahnya kalau saya dan rakan mahu berseronok dan melakukan hubungan seks ketika masih muda?

Di sekolah sekitar Klang, saya sering melakukan hubungan seks bersama rakan lelaki, terutama di kalangan pelajar tingkatan empat dan lima. Pada mulanya saya tidak berani, tapi perasaan itu hilang semata-mata tidak mahu dikutuk rakan.

Saya anak sulung daripada empat adik beradik. Saya tidak suka dipanggil budak perawan di kalangan rakan.

Ketika di tingkatan dua, saya berkenalan dengan seorang pelajar lelaki tingkatan empat. Bersamanya, saya mula berjinak-jinak dengan seks. Saya kerap melihat video klip lucah dalam telefon bimbit rakan.

Kali pertama saya dan teman lelaki lakukan hubungan seks di sebuah stor di sekolah. Akibat ketagihan, kami kerap lakukan hingga di luar sekolah, sama ada di rumah atau hotel murah. Dalam pada itu, saya juga mula berasa bangga dan rakan pula tidak lagi boleh memperkecilkan saya.

Namun tanpa disedari, saya tersilap langkah terlanjur dengan teman lelaki. Selepas setahun berkenalan, saya disahkan mengandung. Kini saya bergelar ibu. Tidak sangka jadi begini, daripada seronok bertukar menjadi mimpi ngeri buat saya.”



# NIZA, 16, dari Pahang

“SEBAGAI bukti cinta kepada kekasih, saya serahkan kesucian (dara) saya kepadanya. Kami menjalin hubungan sejak dua tahun lalu ketika di tingkatan dua dan kerap melakukan hubungan seks jika berpeluang bersama.

Kami terlanjur ketika baru saling mengenali selama dua hari. Ketika itu dia berusia 19 tahun dan bekerja. Mulanya memang saya takut melakukannya, tapi dia mendesak dan menyatakan dia sayangkan saya.

Akhirnya saya tewas dengan pujukan dan sanggup menyerahkan tubuh. Sejak itu saya mula seronok ketika bersamanya.

Apabila tamat waktu sekolah, dia datang ambil saya. Ketika itu, jika ada ruang dan peluang, kami melakukan hubungan seks, tidak kira di mana. Pernah kami lakukannya di kawasan ladang dan semak di kawasan kampung saya (perkampungan Felda sekitar Kuantan, Pahang).

Selepas lama bersama, saya disahkan mengandung pertengahan tahun ini. Saya tidak menyesal menyerahkan tubuh kepadanya, walaupun sekarang kami sudah lama tidak berhubung.”



p/s: Mungkin cerita-cerita begini sudah muak untuk kita bincangkan. Mengucap ana membaca dedahan sebegini rupa. Apa nak jadi masyarakat melayu kita yang beragama Islam?

Mungkin perkara ini luar biasa di dalam ukhwah tapi renung-renungkan lah di sekeliling kita kerana kita masih ada keluarga,anak,sepupu,jiran tetangga mahupun rakan-rakan yang memerlukan bimbingan dan nasihat kita untuk mereka keluar dari kancah maksiat ini. Bantulah mereka.


Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

immad

Menyertai: 18.09.2004
Ahli No: 11221
Posting: 968
Dari: minal mahdi ila lahdi(UIAM)

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 04-01-09 14:08


seramnya baca..mehnah dunia akhir zaman..meremang bulu roma.
macam langsung dah tak budak agama..adik-adik ni solat tak sebenarnya ek?
nak salahkan ibu bapa..tak baik juga..entahlah...orang palestin sibuk nak pertahankan diri..dia sibuk nak jual diri...kalau tiada dara disebabkan aktiviti lasak tu..mungkin boleh terima lagi...YaAllah berilah petunjuk pada adik-adik ni..selamatkanlah keturunan dari rahim mereka....bekalkanlah mereka dengan iman dan islam...ameen...

Bookmark and Share

    


  Member Information For immadProfil   Hantar PM kepada immad   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 04-01-09 14:12


Assalamualaikum
erk....orang Pahang pun diintebiu di sini..aduih... :cry:
darjah dua dah terlibat?? :berfikir:
ramainya koresponden eh...??hebat juga wartawan ni mendapatkan berita sensasi sebegini...apakah di luar sana sudah terlalu sesak dengan anak muda seperti mereka ini..aduih..tatot...ya Allah, selamatkan kami semua...terutamanya hambaMu yang tidak mengetahui... :-(



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 04-01-09 14:17


Pada 04-01-09 14:12 , sayatetapsaya posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum
erk....orang Pahang pun diintebiu di sini..aduih... :cry:
darjah dua dah terlibat?? :berfikir:
ramainya koresponden eh...??hebat juga wartawan ni mendapatkan berita sensasi sebegini...apakah di luar sana sudah terlalu sesak dengan anak muda seperti mereka ini..aduih..tatot...ya Allah, selamatkan kami semua...terutamanya hambaMu yang tidak mengetahui... :-(



erk.. mana -mana tempat pun sama sayatetapsaya.. pasal kena cekup dengan JAIP malam new year di hari itu lagi dasyat..



Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

lemochi_adachi
WARGA SETIA
Menyertai: 10.10.2008
Ahli No: 35332
Posting: 420
Dari: SABAK BERNAM

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 04-01-09 14:22


betul tu semua tempat pun same jangan cakap bandar saja..kampung pun ada...felda..macam-macam agy lah..kat sek agama pun xmustahil..

Bookmark and Share

    


  Member Information For lemochi_adachiProfil   Hantar PM kepada lemochi_adachi   Quote dan BalasQuote

aieyda
WARGA SETIA
Menyertai: 02.04.2004
Ahli No: 8177
Posting: 1241
Dari: jurassic park naungan puteri cik siti wan kembang

australia   avatar


posticon Posting pada: 04-01-09 14:48


kalau nafsu dah menguasai diri,tak kira dah owg ada ilmu agama atau tidak..maaf kalau aku cakap macam ni tapi itulah hakikatnya sekarang..
yang tak ada ilmu agama lagi lah ligat..
pernah saya baca kat mana tah,budak-budak mat salleh kat oversea sana pernah kata kalau dalam usia 15 tahun masih ada dara dan belum buat seks,tu owg tak bertamadun..
jangan lah masyarakat kita jadi macam downg..

Bookmark and Share

    


  Member Information For aieydaProfil   Hantar PM kepada aieyda   Pergi ke aieyda's Website   Quote dan BalasQuote

wafie
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15378
Posting: 517
Dari: Sabak Bernam Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 04-01-09 15:02


ya allah apa nak jadilah dengan orang melayu sekarang ini(islam) pada siapa kita nak tuding jari ini???? sedih melihat kelakuan pelapis kita ini.

Bookmark and Share

    


  Member Information For wafieProfil   Hantar PM kepada wafie   Quote dan BalasQuote

aieyda
WARGA SETIA
Menyertai: 02.04.2004
Ahli No: 8177
Posting: 1241
Dari: jurassic park naungan puteri cik siti wan kembang

australia   avatar


posticon Posting pada: 04-01-09 15:10


tak payah nak tuding jari pada sesiapa..
bergantung pada diri sendiri lah nak bentuk diri macam mana..

Bookmark and Share

    


  Member Information For aieydaProfil   Hantar PM kepada aieyda   Pergi ke aieyda's Website   Quote dan BalasQuote

putri_iman
Warga 3 Bintang
Menyertai: 01.11.2008
Ahli No: 35705
Posting: 116
Dari: Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 04-01-09 15:24


Pada 04-01-09 15:02 , wafie posting:

!!! QUOTE !!!

ya allah apa nak jadilah dengan orang melayu sekarang ini(islam) pada siapa kita nak tuding jari ini???? sedih melihat kelakuan pelapis kita ini.


betul tu.. sedih sangat bila tengok perangai remaja sekarang ni. macam-macam masalah sosial yang berlaku. macam manalah agaknya masyarakat kita pada masa akang datang ni ye? sekarang ni pun budaya barat dah semakin menular dalam masayarakat kita. esok?? tak tau apalagi yang akan berlaku. mana perginya iman kita, agama kita?

Bookmark and Share

    


  Member Information For putri_imanProfil   Hantar PM kepada putri_iman   Quote dan BalasQuote

mimi_eniliana
WARGA SETIA
Menyertai: 27.10.2008
Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka

Perak   avatar


posticon Posting pada: 04-01-09 16:24


kalau lah boleh tukar manusia2 yang gemarkan kelucahan.. dan gatal2 ni dengan anak-anak kecil di gaza sana kan best?
tak payah susah2 rejam.. bagi saja buat yahudi tu bomkan ..huh.. berasap pula baca...
sedangkan darjah satu pergi sekolah bawa botol susu..mak balik pun nangis... darjah dua dah pandai ber"tuuuuut" ?

cis...mangkuk tingkat betul!1

Bookmark and Share

    


  Member Information For mimi_enilianaProfil   Hantar PM kepada mimi_eniliana   Pergi ke mimi_eniliana's Website   Quote dan BalasQuote

nadia_khalit
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.06.2008
Ahli No: 33692
Posting: 163
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 04-01-09 16:27


astaghfirullah..
erm..gerun pulak den dengar..
SEMOGA ALLah pelihara kita semua..AAMIN

Bookmark and Share

    


  Member Information For nadia_khalitProfil   Hantar PM kepada nadia_khalit   Quote dan BalasQuote

NoZaBiZz
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.10.2006
Ahli No: 27091
Posting: 268
Dari: UTM Skudai

Johor  


posticon Posting pada: 04-01-09 16:44


Semoga dengan tangan2 kita sebagai ibu bapa pada masa hadapan akan melahirkan generasi yang Qur’anic, Encyclopedic and Ijtihadic.. insyaALLAH

Bookmark and Share

    


  Member Information For NoZaBiZzProfil   Hantar PM kepada NoZaBiZz   Pergi ke NoZaBiZz's Website   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 04-01-09 17:45


budak-budak ni tak tahulah nak cakap apa. ada juga beli paper harian metro...sampai macam tu sekali gelgatnya....


-----------------
Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari)


Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

Aezza
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.09.2005
Ahli No: 18979
Posting: 264
Dari: Klang

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 04-01-09 17:56


ya ALLAH..jauhkanlah diriku dari berdampingan dengan golongan manusia macam ni.. ( actually..sangat terkejut bila baca paper tadi..)


-----------------
Surah Muhammad: 7


Bookmark and Share

    


  Member Information For AezzaProfil   Hantar PM kepada Aezza   Pergi ke Aezza's Website   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 04-01-09 18:15


Firman ALLAH SWT Surah 24 Al Nur ayat 2

Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

Dna
Warga Rasmi
Menyertai: 31.12.2008
Ahli No: 36574
Posting: 19

PulauPinang  


posticon Posting pada: 04-01-09 18:33


budak-budak zaman sekrang dah semakin dahsyat..
Kalau kecil-kecil dah jadi macam ni..
sok besaq tak tau lah...

bla baca rasa macam tengah baca cerita dengong..tapi itulah hakikatnya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For DnaProfil   Hantar PM kepada Dna   Quote dan BalasQuote

syahadahtul_nur
Warga 5 Bintang
Menyertai: 10.09.2008
Ahli No: 34899
Posting: 385
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 04-01-09 18:53


Sangat menakutkan remaja pada masa kini.seolah-olah perkara mungkar sebegitu merupakan perkara biasa bagi mereka.Ya ALLAH,lindungilah kami dari segala perkara yang membawa kemungkaranMu..ameen.

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahadahtul_nurProfil   Hantar PM kepada syahadahtul_nur   Quote dan BalasQuote

humaira13
Warga 1 Bintang
Menyertai: 24.12.2008
Ahli No: 36484
Posting: 31
Dari: Klang,selangor

Selangor  


posticon Posting pada: 04-01-09 18:54


Ya Allah.. makin menjadi2.. kegiatan yang tidak sihat dan keruntuhan moral.. yang sedihnya bangser sendiri pula.. tu..

apa nak jadi.. ni..
apa yang nak dibanggakan entah..
apalah rasa ibu ayah mereka..
mesti hancur berkecai...

itula.. anak yang ditatang bagai minyak yang penuh
semut gigit pun tak bagi dijentiknya..

sama-sama lah kita ingat mengingati anatra kita semua...

Bookmark and Share

    


  Member Information For humaira13Profil   Hantar PM kepada humaira13   Quote dan BalasQuote

diella
Warga 4 Bintang
Menyertai: 25.12.2006
Ahli No: 27880
Posting: 219
Dari: alor star

Kedah  


posticon Posting pada: 04-01-09 20:37


YA ALLAH...apa nak jadi ni..
astaghfirullah..
sedihnya dengar crita2 begini..
:(:(:(
SEMOGA ALLAH pelihara kita semua..
amin..

Bookmark and Share

    


  Member Information For diellaProfil   Hantar PM kepada diella   Pergi ke diella's Website   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 04-01-09 20:48


Pada 04-01-09 17:56 , Aezza posting:

!!! QUOTE !!!

ya ALLAH..jauhkanlah diriku dari berdampingan dengan golongan manusia macam ni.. ( actually..sangat terkejut bila baca paper tadi..)



jangan lah macam tu dik... sepatutnya kita-kita yang faham agama ni lah yang patutnya mendekati mereka. kita tak dapat bayang macam mana kalau berada di tempat mereka. suasana mereka sangat berbeza dengan kita yang cukup kasih sayang dan perhatian keluarga ni...

mereka datang dari keluarga yang banyak masalah. saya bukan cakap berdasarkan pembacaan tapi apa yang saya dah selami sendiri....

jujur saya katakan, saya pun tak terdaya dan tak tahu sebenarnya nak handle anak-anak yang bermasalah macam ni macammana. sebab saya tak faham keadaan mereka. bila dah cuba faham, dengar sendiri luahan perasaan mereka, masalah keluarga mereka, ketandusan kasih sayang keluarga mereka, bergaul bebas dengan lelaki, pergi pub, pergi clubbing, ponteng sekolah, tak reti solat, terjebaknya mereka dengan aktiviti2 dadah, arak, seks (yes saya dah bersembang dengan adik-adik macam ni) dan saya rasa begitu kasihan.... teramat derita dirasakan.... walaupun mungkin mereka berasa seronok dengan itu semua tapi hakikatnya, deep inside them, they want to become a good person. kerana itu fitrah manusia... mana-mana manusia pun tetap ada keinginan untuk menjadi baik itu (tapi tinggal keinginan sahaja mostly).

kita jangan tuduh mereka sahaja dan jangan dipandang keji, jangan jelek.... sebaliknya berasa kasihan lah pada mereka, doakan mereka, dan jika anda mampu dan berdaya, dekati lah mereka dan cuba didik mereka dengan cahaya Islam. memang kita tak boleh bagi hidayah tapi kita lah yang sepatutnya berdakwah kepada mereka dan membantu mereka kembali ke jalan yang benar....

saya pernah nak cuba 'didik' adik ni yang memang dah rosak... saya pernah selalu datang lawat dia di flat perumahannya (in KL) dan saja lah datang tanya khabar... ajar dia solat... alhamdulillah dia ada keinginan untuk berubah... tapi lani dah lost contact... nombor dia dah tukar... saya pun tak tau nak buat apa dah.. kawan-kawan flat tu pun dah tak nampak dia langsung di flat tu..

tapi kadang-kadang, adik-adik yang bermasalah ni ada yang terlalu ego, kurang hajar, biadap dan memang tak makan saman dengan sesiapa, dan yang join macam-macam geng kat KL tu. so susah nak dekat. golongan ni memang saya pun tak reti nak dekat.... saya rasa budak-budak ni kena ajar dengan cara kekerasan... tapi entah lah.... saya tak mampu. berdakwah sememangnya bukan perkara yang mudah.

ni baru yang segelintir... yang di luar sana, sepertimana yang ditulis oleh wartawan ni lah... kita yang dah biasa berada dalam lingkungan orang baik-baik ni tentu akan berasa terkejut. seperti kita ini. lebih-lebih lagi orang2 yang terlibat dalam jemaah. sah-sah lah selalu berdampingan dengan orang2 yang sama-sama melibatkan diri dalam program2 keagamaan saja..

tanggungjawab itu terjatuh ke atas bahu kita juga, wahai sahabat-sahabat muslimin dan muslimatku.... tapi saya sendiri tak terdaya.... sedihnya...


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

shimaku
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2008
Ahli No: 34002
Posting: 783
Dari: ~Below Da Wind Go To KL~

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 04-01-09 21:04


Perkara seperti ini memang sudah lali kita dengar...ia semakin menjadi-jadi walaupun telah banyak pengajaran dan kisah-kisah seumpanya di siarkan di media massa dan media cetak tapi remaja sekarang degil....membudayakan barat adalah trend mereka..Yang salah dan haram di sisi agama keseronokkan mereka....entahla apa nak jadi dengan mereka..bertaubat tak nak...semoga mereka cepat sedar.. Semoga saya terus terpelihara dari godaan tersebut...

Bookmark and Share

    


  Member Information For shimakuProfil   Hantar PM kepada shimaku   Pergi ke shimaku's Website   Quote dan BalasQuote

akasia
WARGA SETIA
Menyertai: 21.03.2006
Ahli No: 23581
Posting: 754
Dari: bandar minyak bumi kenyalang

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 04-01-09 21:19


Pada 04-01-09 17:56 , Aezza posting:

!!! QUOTE !!!

ya ALLAH..jauhkanlah diriku dari berdampingan dengan golongan manusia macam ni.. ( actually..sangat terkejut bila baca paper tadi..)



kalau boleh saya lagi nak berdamping dengan org begini... org yang tak tahu, kita buat tak tahu, lagi mereka tak tahu... peace :welcome:


-----------------
http://www.stormreaders.net/putraborneo


Bookmark and Share

    


  Member Information For akasiaProfil   Hantar PM kepada akasia   Quote dan BalasQuote

cahaya_hearty
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.01.2009
Ahli No: 36619
Posting: 72
Dari: nEgeri adAt pErpatih

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 04-01-09 21:46


masyaAllah..
sedih tengok dunia sekarang neh..
macam-macam benda pelik dan dsyat berlaku..
semoga Allah menguatkan iman kita semua..
huhu..


MAWAR,
Hilang hargamu wahai sekuntum mawar murahan,
Menayangkan kecantikkan yang tiada kesempurnaan,
Hanya terus bertuhankan nafsu dan keseronokan,
Dirimu ditinggalkan patah kelayuan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For cahaya_heartyProfil   Hantar PM kepada cahaya_hearty   Quote dan BalasQuote

Aezza
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.09.2005
Ahli No: 18979
Posting: 264
Dari: Klang

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 04-01-09 23:21


tapi kadang-kadang, adik-adik yang bermasalah ni ada yang terlalu ego, kurang hajar, biadap dan memang tak makan saman dengan sesiapa, dan yang join macam-macam geng kat KL tu. so susah nak dekat. golongan ni memang saya pun tak reti nak dekat.... saya rasa budak-budak ni kena ajar dengan cara kekerasan... tapi entah lah.... saya tak mampu. berdakwah sememangnya bukan perkara yang mudah.


terime kasih kak syahidatul untuk nasihat yang diberi.. tapi macam kata akak lah mengenai perangai2 budak bermasalah ni.. tu yang menyebabkan saya berharap agar tiada pendamping saya seperti mereka. tapi saya faham maksud kak shye..

actually, masa form 4 dan 5 saya bersekolah asrama di kL. walaupun dalam sekolah berasrama..masih dapat lihat jugak sikap agak liar segelintir budak-budak yang kebanyakkanya dr area situ.

bagi saya yang rasa kerdil ni.. agak sukar untuk mendekati manusia macam mereka..

p/s: agaknya saya memang perlu mengahadiri kursus khas bagi mendekati mereka agaknya..




-----------------
Surah Muhammad: 7


Bookmark and Share

    


  Member Information For AezzaProfil   Hantar PM kepada Aezza   Pergi ke Aezza's Website   Quote dan BalasQuote

Violet-8
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.12.2008
Ahli No: 36178
Posting: 74

malaysia  


posticon Posting pada: 04-01-09 23:28


Nak kata apa lagi...........ada yang tak menyesal tu. Dari apa yang mereka bercerita ni, nadanya mereka bangga berbuat maksiat..Seolah-olah hati mereka ni kosong dengan iman. Mereka masih muda lagi. Mudah-mudahan Allah Taala memberi petunjuk kepada mereka supaya mereka ni insaf....

Bookmark and Share

    


  Member Information For Violet-8Profil   Hantar PM kepada Violet-8   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 04-01-09 23:39


hhuuuu....seramnya baca berita ini.

hhmm....kalau macam itu....malaslah nak ada anak-anak....kalau ada anak....tak tahu bagaimana nak besarkan anak-anak itu dalam siatuasi sekarang...takut anak-anak jadi spoil....takut menghasilkan product Islam yang sia-sia.....imej Islam juga yang terjejas lepas itu...."umat Islam yang sosial, orang Islam yang banyak kat pusat serenti, gejala baby luar nikah, isteri (orang Islam) yang berzina sehingga lahirkan baby luar nikah yang bukan dari benih suami, perempuan2 Islam yang tak malu terjebak dengan gejala bohsia, umat Islam merokok dan hisap dadah,".......umat Islam menyusah-nyusahkan urusan perkahwinan (termasuklah hal hantaran) sehingga menyuburkan budaya zina sebelum kahwin...oopppsss. :-P

teringat satu hadith Rasulullah SAW...."umat Islam umpama buih di lautan....musuh Islam memamah umat Islam seperti hidangan"....lemahnya umat Islam seperti buih2 di lautan....senang saja buih2 itu pecah....cukup sekadar dengan tiupan sahaja boleh buatkan buih2 itu pecah.

p/s: jgnkan nak bebaskan masjidil aqsa dan umat Islam di palestin....umat Islam di malaysia nak bebaskan diri sendiri dari serangan hendap budaya barat pun tak mampu. :-?


-----------------
http://al-ahkam.net/home/index.php

http://www.alwahy.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

are_dik
Warga 3 Bintang
Menyertai: 25.11.2004
Ahli No: 12567
Posting: 93
Dari: student

Perak   avatar


posticon Posting pada: 05-01-09 00:41


Pada 04-01-09 18:15 , hafeezzul posting:

!!! QUOTE !!!

Firman ALLAH SWT Surah 24 Al Nur ayat 2

Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.



-entah nak jadila dengan anak mude ni..kecil-kecil dah macam tuu...tak sangka betul..risaula...macamaner lah dengan generasi akan datang nanti...

samer2la solat hajat untuk dunia kita...
SELAMATKAN DUNIA INI DARI KEHANCURAN.....


-----------------
intanz'9


Bookmark and Share

    


  Member Information For are_dikProfil   Hantar PM kepada are_dik   Pergi ke are_dik's Website   Quote dan BalasQuote

tanta
Warga Rasmi
Menyertai: 07.12.2008
Ahli No: 36218
Posting: 3
Dari: bumi padang pasir

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 05-01-09 06:50


yang pasti..kebykknnya adalah dari golongan melayu dan beragama islam......

Bookmark and Share

    


  Member Information For tantaProfil   Hantar PM kepada tanta   Quote dan BalasQuote

humaira13
Warga 1 Bintang
Menyertai: 24.12.2008
Ahli No: 36484
Posting: 31
Dari: Klang,selangor

Selangor  


posticon Posting pada: 05-01-09 07:30


Pada 05-01-09 06:50 , tanta posting:

!!! QUOTE !!!

yang pasti..kebykknnya adalah dari golongan melayu dan beragama islam......


itula.. yang menjadi masalahnya...
macam mana nak banteras.. gejala yang tidak sihat ni? :berfikir:


-----------------
Nur itu cahaya yang menyinari kegelapan


Bookmark and Share

    


  Member Information For humaira13Profil   Hantar PM kepada humaira13   Quote dan BalasQuote

Addey
WARGA SETIA
Menyertai: 13.03.2005
Ahli No: 15105
Posting: 948
Dari: kota marudu

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 05-01-09 07:57


Hanya Satu Punca Kenapa semua ini terjadi.... Hanya Satu.......

Bookmark and Share

    


  Member Information For AddeyProfil   Hantar PM kepada Addey   Quote dan BalasQuote

Luqiem
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.08.2008
Ahli No: 34587
Posting: 155
Dari: Jerantut Ke Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 05-01-09 09:21


Assalamualaikum

Pendedahan yang dibuat oleh wartawan tersebut bukanlah perkara baru, tetapi perkara yang sering kali kita dengar di halwa teliga kita… sebagai orang islam kita perlu rasa sedih kerana mereka yang terlibat adalah anak bangsa kita sendiri.. begitu mudah mereka terpengaruh dengan penyakit social ini… apa yang berlaku bukan kehendak kita, tapi ia merupakan cabaran buat kita bagaimana nak membantu golongan ini kembali kepada allah.. dan sudah pastilah ia berkait rapat dengan IMAN… jika iman kita mantap sudah pasti gejala seperti pergaulan bebas ini dapat dihindarkan… namun jika rapuh iman kita maka kemungkinan kita akan menjadi salah seorang daripada mereka.. nauzubillah, semoga kita dijauhkan daripada ujian seperti ini…


-----------------
Dunia Hanya Sementara, Akhirat Kekal Selama-Lamanya
http://www.luqiem.my-ads4bucks.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For LuqiemProfil   Hantar PM kepada Luqiem   Pergi ke Luqiem's Website   Quote dan BalasQuote

ZuLLgp
Warga 2 Bintang
Menyertai: 01.06.2008
Ahli No: 33592
Posting: 45
Dari: B.M

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 05-01-09 09:31


cedih dengar...

betul lah , pernah dengar org tua kata, zaman sekarang nak cari perempuan masih dara ibarat macam nak cari lelaki yang tidak merokok..

moga kita di jauh kan semua itu.....mesti buat sesuatu untuk kekang gejala gni..

--------------------
Berilah Kekuatn kepada Kmi Ya Allah

Bookmark and Share

    


  Member Information For ZuLLgpProfil   Hantar PM kepada ZuLLgp   Quote dan BalasQuote

Addey
WARGA SETIA
Menyertai: 13.03.2005
Ahli No: 15105
Posting: 948
Dari: kota marudu

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 05-01-09 09:38


hanya ada satu sebab punca ini berlaku.... DAKWAH cara Nabi SAW telah ditinggalkan....

Bookmark and Share

    


  Member Information For AddeyProfil   Hantar PM kepada Addey   Quote dan BalasQuote

Addey
WARGA SETIA
Menyertai: 13.03.2005
Ahli No: 15105
Posting: 948
Dari: kota marudu

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 05-01-09 09:40


Ya Allah... Selamatkanlah umat ini..... selamatkanlah Ya Allah... Kau bangkitkanlah setiap Umat islam untuk menjadikan kerja Nabi sebagai Maksud HIDUP

Bookmark and Share

    


  Member Information For AddeyProfil   Hantar PM kepada Addey   Quote dan BalasQuote

baraq
Warga Rasmi
Menyertai: 20.11.2008
Ahli No: 35996
Posting: 17
Dari: skudai

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 05-01-09 11:22


astaghfirullah hal azim..
10,20 tahun nanti macam mana agaknya malaysia ni..
tulah, orang dakwah, kursus sembahyang semua cakap sesat..
program hiburan digalakkan lagi..
pendidikan sekular dibangga2kan,SAR,sama suruh tutup..

Bookmark and Share

    


  Member Information For baraqProfil   Hantar PM kepada baraq   Quote dan BalasQuote

adieq85
Warga 5 Bintang
Menyertai: 27.08.2008
Ahli No: 34673
Posting: 358
Dari: dari Kuantan merantau ke Bangi

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 05-01-09 12:04


:-( :-(

sedih betul kenangkan remaja2 ni..dah tak ada dara pun boleh berbangga lagi..lebih baik berbangga sebab dapat tahan hawa nafsu dan serahkan pada suami nanti..ada tu yang sanggup hilangkan dara semata-mata tak mahu kena kutuk ketinggalan zaman dan dipanggil gadis perawan..bila dah hilang dara, boleh pulak dia berbangga sebab dapat masuk geng..ada juga kenyataan yang keluar tak pentingkan dara dan maruah tapi lebih pentingkan keseronokan saja..takutnya saya perkara macam ni..minta dijauhkan.. moga mereka ni mendapat hidayah ALLAH dan masih ada kesempatan untuk bertaubat :-( :-(

Bookmark and Share

    


  Member Information For adieq85Profil   Hantar PM kepada adieq85   Quote dan BalasQuote

adieq85
Warga 5 Bintang
Menyertai: 27.08.2008
Ahli No: 34673
Posting: 358
Dari: dari Kuantan merantau ke Bangi

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 05-01-09 13:01


Pada 04-01-09 20:48 , syahidatul posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 04-01-09 17:56 , Aezza posting:

!!! QUOTE !!!

ya ALLAH..jauhkanlah diriku dari berdampingan dengan golongan manusia macam ni.. ( actually..sangat terkejut bila baca paper tadi..)



ni baru yang segelintir... yang di luar sana, sepertimana yang ditulis oleh wartawan ni lah... kita yang dah biasa berada dalam lingkungan orang baik-baik ni tentu akan berasa terkejut. seperti kita ini. lebih-lebih lagi orang2 yang terlibat dalam jemaah. sah-sah lah selalu berdampingan dengan orang2 yang sama-sama melibatkan diri dalam program2 keagamaan saja..




macam saya ni..setiap hari dikelilingi oleh orang2 agama..ustaz & ustazah..staff biasa pun ada yang islamik..suasana kerja pun yang islamik..tapi jangan terkejut kalau kata ada juga stafnya yang dah hilang dara atau teruna..ustaz dan ustazah pun hilang sifat2nya kerana duit..macammana tu..apatah lagi insan2 di luar sana yang memang terdedah dengan perkara2 macam ni.. :-(

Bookmark and Share

    


  Member Information For adieq85Profil   Hantar PM kepada adieq85   Quote dan BalasQuote

aieyda
WARGA SETIA
Menyertai: 02.04.2004
Ahli No: 8177
Posting: 1241
Dari: jurassic park naungan puteri cik siti wan kembang

australia   avatar


posticon Posting pada: 05-01-09 13:16


Pada 04-01-09 14:00 , hafeezzul posting:

!!! QUOTE !!!


-----------------------------------------------------------------------------------

# MIRA, 15, dari Johor

“PERTAMA kali saya melakukan hubungan seks ketika di tahun 5.

# ANIS, 15, dari Negeri Sembilan

“SAYA mula terbabit dengan rokok, arak dan dadah sejak darjah dua.


hmm..pelik jugak dalam usia 11 tahun dan 8 tahun dah kenal apa tu sex..hairan jugak..



-----------------
-biar orang mengatakan kebaikan kita bukan mengutuk kejahatan yang kita lakukan -


Bookmark and Share

    


  Member Information For aieydaProfil   Hantar PM kepada aieyda   Pergi ke aieyda's Website   Quote dan BalasQuote

Eisyaa
Warga 3 Bintang
Menyertai: 06.02.2005
Ahli No: 14148
Posting: 144
Dari: Perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 05-01-09 14:09


astaghfirullah..dunia akhir zaman...penuh dugaan dan cabaran..menakutkan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For EisyaaProfil   Hantar PM kepada Eisyaa   Pergi ke Eisyaa's Website   Quote dan BalasQuote

haffiss86
Warga 1 Bintang
Menyertai: 20.10.2008
Ahli No: 35488
Posting: 24
Dari: pendang

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 05-01-09 14:53


salam

masyaallah.....
ana memang terkejut besar betul....
apa dah jadi dengan manusia zaman sekarang ni....
tak tahu bezakan dosa dan pahala...
yang mana baik yang mana jahat......

insaf lah wahai manusia...
kita hidup tak lama haya sementara akhirat jugak tempat yang kekel abadi.....bertaubat lah sebelum pintu keampunan masih terbka untuk kita semua......

sesungguhnya allah maha mengampun lagi mengasihani....
berpenganglah kamu semua dengan tali allah....
Al-quran dan As-sunnah jadi panduan kita....

amin...ya allah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For haffiss86Profil   Hantar PM kepada haffiss86   Quote dan BalasQuote

unanjaga
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.08.2008
Ahli No: 34507
Posting: 190
Dari: Batu Pahat,Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 05-01-09 15:50


Bila membaca rentetan persistiwa yang berlaku pada muda mudi zaman sekarang yang kebanyakan nya telah terjebak dengan kerosakan akhlak terutama nya seks bebas,nyata rakyat Malaysia ini(sebahagian) telah tidak lagi mempedulikan maruah diri baik pada sisi masyarakat apa lagi pada sisi ugama,hidup mereka telah benar benar juah terpesong dari landasan ugama...Dalam hal ini kita tidak bolih hanya menyalahkan hanya pada pihak tertentu saja,semua pihak ada tanggung jawab nya sendiri...Juga tiap permasalahan ini pasti ada puncanya,dan yang pasti menjadi puncanya ialah bilamana panduan atau pertunjuk ugama telah di tinggalkan(laksanakan hukum Allah),maka apa jua kemungkaran akan merata bagai kan malam yang gelap,lalu kita tidak lagi dapat mengenal jalan kebenaran.

Bookmark and Share

    


  Member Information For unanjagaProfil   Hantar PM kepada unanjaga   Pergi ke unanjaga's Website   Quote dan BalasQuote

humaira13
Warga 1 Bintang
Menyertai: 24.12.2008
Ahli No: 36484
Posting: 31
Dari: Klang,selangor

Selangor  


posticon Posting pada: 05-01-09 18:39


Hmm.. macammna.. kita.. nak tolong.. bangsa.. sendiri?
kalau mereka sendiri enggan?
yang sedih tu...apalah.. yang seronok sangat buat macam.. tu..
dosa toksahla.. kata..
aib ibu bapa.. saja.. ish3...

Bookmark and Share

    


  Member Information For humaira13Profil   Hantar PM kepada humaira13   Quote dan BalasQuote

qudwah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2005
Ahli No: 18903
Posting: 1898
Dari: TERENGGANU

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 05-01-09 19:40


ya allah....apa dah jadi dengan budak-budak melayu zaman sekarang ni??? muda2 dah rosak...entah di mana maruah mereka...hilang semua perasaan malu kerana seks...mengucap saya bila baca artikel ni....dunia dah akhir zaman...

Bookmark and Share

    


  Member Information For qudwahProfil   Hantar PM kepada qudwah   Quote dan BalasQuote

irashahirah
WARGA SETIA
Menyertai: 08.10.2005
Ahli No: 19675
Posting: 407
Dari: jay bee

Johor   avatar


posticon Posting pada: 05-01-09 20:23


salam
nagi saya masalah macam ni berpunca dpd pelbagai kemungkinan

Pertama... dari didikan keluarga dan latar belakang keluarga.. kalau mak payah tak tekankan agama... memang teruk... budak-budak memang sifatnya nak mencuba.. tapi bila ada didikan agama yang kuat dr ibu bapa.. anak2tak akan terfikir nak buat benda-benda macam ini

Kedua.. Pengaruh kawan-kawan.. lagilah teruk kalau mak ayah abaikan anak-anak.. pengaruh kawan lagi senang nak masuk...

Ketiga.. pengaruh teknologi.. sekarang kat handphone senang-senang saja mereka nak akses video2 tut.. zaman sekarang dah terlalu bebas.. tak had.. tak ada kawalan.. bebudak tu tak payah ada hp pun tak apa..

hopefully,, bnyklah program2 yang boleh bawa remaja2 yang dah hanyut ni untuk di bukakan balik hati mereka... masih belum terlambat bagi mereka.. sama-sama kita bantu mereka kembali kepada yang Hak

Bookmark and Share

    


  Member Information For irashahirahProfil   Hantar PM kepada irashahirah   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 05-01-09 22:28


sungguh memalu dan menjejaskan imej Islam.

golongan2 ini masih budak-budak atau remaja....bagaimana nanti kalau mereka dah dewasa???.....adakah gejala zina akan semakin parah dan boleh dilakukan kat tepi jalan???.....adakah diorg2 ini yang akan sokong Islam liberal, sokong yahudi???

kalau macam ini lah gayanya....rasanya sampai bila-bila pun masjidil aqsa dan umat Islam di palestin tidak akan dapat dibebaskan.....nak harapkan diorg2 yang dah rosak ini berjihad menentang yahudi???

umat Islam kini...semakin ramai tapi useless....baik tak payah kahwin macam ini...kahwin then cerai berai......kahwin ada suami, ada isteri tapi masih melakukan zina dengan boyfriend lama, dengan boss, dengan kawan suami, dengan jiran sebelah rumah....mengarut betul.... baik tak payah ada anak....ada anak rosak.


-----------------
http://al-ahkam.net/home/index.php

http://www.alwahy.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 27-01-09 20:09


Pada 05-01-09 22:28 , naruto-san posting:

!!! QUOTE !!!

sungguh memalu dan menjejaskan imej Islam.

umat Islam kini...semakin ramai tapi useless....baik tak payah kahwin macam ini...kahwin then cerai berai......kahwin ada suami, ada isteri tapi masih melakukan zina dengan boyfriend lama, dengan boss, dengan kawan suami, dengan jiran sebelah rumah....mengarut betul.... baik tak payah ada anak....ada anak rosak.



uish marah sungguh naruto-san. :berfikir: sabaq2, nak buat bagaimana naruto-san kita dah terpilih untuk jadi fitnah akhir zaman ini. jom kita fikir dan cari jalan sama-sama. ;-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

wafie
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15378
Posting: 517
Dari: Sabak Bernam Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 27-01-09 20:13


Pada 04-01-09 15:24 , putri_iman posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 04-01-09 15:02 , wafie posting:

!!! QUOTE !!!

ya allah apa nak jadilah dengan orang melayu sekarang ini(islam) pada siapa kita nak tuding jari ini???? sedih melihat kelakuan pelapis kita ini.


betul tu.. sedih sangat bila tengok perangai remaja sekarang ni. macam-macam masalah sosial yang berlaku. macam manalah agaknya masyarakat kita pada masa akang datang ni ye? sekarang ni pun budaya barat dah semakin menular dalam masayarakat kita. esok?? tak tau apalagi yang akan berlaku. mana perginya iman kita, agama kita?


yang penting amar maruf nahi munkar itu yang utama,dan pesan kepada lelaki ,kalau kita buat tak elok pada perempuan lain,ingat kita pun ada adik kakak dan mak jika orang lain buat sebaliknya bagaimana? fikir-fikirkanlah


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For wafieProfil   Hantar PM kepada wafie   Quote dan BalasQuote

ANSHU
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.01.2009
Ahli No: 36822
Posting: 342
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 27-01-09 22:55


hm...tak tau nak kata apa lah...kecewe ada...takut pun ada...takut nak bekeluarge..takut nak hadapi persoalan di alam barzakh...persoalan di padang mahsyar...ampuni kami ya Allah

Bookmark and Share

    


  Member Information For ANSHUProfil   Hantar PM kepada ANSHU   Quote dan BalasQuote

doktor_kampung
WARGA SETIA
Menyertai: 19.05.2003
Ahli No: 505
Posting: 436
Dari: jelapang, ipoh

Perak   avatar


posticon Posting pada: 28-01-09 00:15


kasihan...nak kata jahil pun tak boleh...tak tau lah nak kategori kan apa...

Bookmark and Share

    


  Member Information For doktor_kampungProfil   Hantar PM kepada doktor_kampung   Quote dan BalasQuote

Addey
WARGA SETIA
Menyertai: 13.03.2005
Ahli No: 15105
Posting: 948
Dari: kota marudu

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 28-01-09 08:34


selagi iumat ini tidak kemabali kepada Sunnah Nabi, Selagi umat ini tidak dirawat aeperti rawatan Dakwah nabi, selagi itulah umat ini terus tenggelam dalam Lautan maksiat

Bookmark and Share

    


  Member Information For AddeyProfil   Hantar PM kepada Addey   Quote dan BalasQuote

yuhada
Warga 3 Bintang
Menyertai: 13.10.2006
Ahli No: 26939
Posting: 130
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 28-01-09 09:08


ANAK-ANAK SIAPA SEPATUTNYA YANG MENDIDIK

Di zaman para Sahabat, para tabiin dan para tabiit-tabiin,
tidak ada sekolah dan tidak ada madrasah. Anak-anak
dididik dan diajar di rumah. Ibu bapa ketika itu alim dan
berakhlak mulia. Mudah bagi mereka mendidik dan mengajar
anak-anak mereka di rumah hingga menjadi alim dan berakhlak
mulia seperti mereka juga.

Selepas zaman tabiit-tabiin, kebanyakan ibu bapa tidak
sealim dahulu lagi. Mereka tidak mampu lagi mengajar anak-anak mereka di rumah. Justeru itu tugas mengajar diserahkan kepada orang lain yang lebih alim. Kebanyakan pengajian ini berpusat di masjid-masjid dan di rumah guru-guru yang mengajar. Pelajaran yang diajar diasaskan kepada ilmu agama.Ini berterusan sehingga tugas mengajar ini keseluruhannya diserahkan kepada masyarakat. Masyarakat membina sekolah dan madrasah dan para muallim atau orang-orang yang berilmu ditugaskan untuk mengajar anak-anak di madrasah-madrasah tersebut.

Guru-guru yang mengajar di masjid, di rumah-rumah dan
di madrasah, di samping mengajar ilmu, sedikit sebanyak
turut juga memberi tarbiah atau didikan. Namun begitu, didikan di rumah oleh ibu bapa masih diteruskan. Anak-anak
belajar dan diberi ilmu agama di madrasah tetapi mereka ditarbiah dan dididik di rumah.

Di zaman ini, keadaan sudah berubah. Sekolah merata-rata.
Semua anak-anak belajar di sekolah. Tetapi kebanyakan sekolah di zaman ini hanya memberatkan ilmu dunia atau ilmu
akademik semata-mata yang tidak ada apa-apa nilai pendidikan.

Kalaupun ada mata pelajaran agama, ia sangatlah sedikit
dan tidak dijadikan mata pelajaran teras. Ia pula berbentuk
ilmiah semata-mata dan amalannya tidak ditekankan. Di
sekolah agama pun, ilmu akademik sangat diutamakan hingga
tumpuan para pelajar terbahagi dua di antara ilmu agama dan
ilmu akademik. Akhirnya ke sini tidak, ke sana pun tidak.

Ada pula sekolah yang dinamakan sekolah agama tetapi tidak ada bezanya dengan sekolah akademik yang lain kecuali ada tambahan mata pelajaran bahasa Arab. Apa kaitannya bahasa Arab dengan agama sehingga sekolah itu dinamakan sekolah agama,kita pun tak tahu. Setakat mengajar bahasa Arab sahaja,tidak layak rasanya sesebuah sekolah itu dinamakan sekolah agama.

Melihat kepada keadaan yang wujud di sekolah ketika ini,
sukar bagi kita untuk membayangkan bagaimana pendidikan
boleh dilaksanakan di sekolah. Iklim dan suasana untuk mendidik tidak wujud di sekolah. Kalau pelajaran ialah proses mengumpul ilmu di mana ada guru yang mengajar dan ada
murid yang belajar dan matlamatnya khusus supaya murid
menjadi pandai dan berilmu pengetahuan, maka ini mudah
dicapai dan sesuai dilaksanakan di sekolah. Tetapi tarbiah atau pendidikan yang matlamatnya ialah untuk mengenal Tuhan,
membentuk akhlak yang baik dan peribadi yang luhur,
memerlukan kepada pemahaman, penghayatan, penjiwaan
dan pengamalan. Ia memerlukan bimbingan yang rapi dan
berterusan. Proses pendidikan ini sukar untuk dicapai di sekolah dalam keadaan yang ada sekarang ini.

Walaupun kementerian pelajaran telah ditukar nama kepada
kementerian pendidikan, ini sebenarnya ialah satu
‘misnomer’ atau tersalah nama. Tidak banyak berlaku usaha
pendidikan di sekolah. Yang banyak ialah pelajaran atau taalim semata-mata, khususnya ilmu dunia atau akademik. Kalau keadaan ini tidak berubah, elok rasanya nama kementerian berkenaan ditukar semula kepada nama asal iaitu kementerian pelajaran. Ia lebih tepat.

Sistem pelajaran kita sebenarnya ditiru bulat-bulat dari sistem pelajaran penjajah Inggeris. Dalam tamadun dan masyarakat Inggeris, yang ada hanyalah ‘education’ atau pelajaran atau istilah Arabnya ‘Taalim’. Tidak ada apa yang kita namakan sebagai pendidikan atau istilah Arabnya ‘Tarbiah’ di dalam sistem pelajaran mereka. Oleh itu tukarlah nama kementerian kepada nama apa sekalipun tapi kalau sistem pelajaran kita tidak diubah supaya lebih mirip kepada sistem Islam di mana ada kedua-dua unsur tarbiah dan taalim atau pendidikan dan pelajaran, maka ‘substance’nya tetap sama. Kalau ‘substance’nya sama maka buah atau hasilnya juga tetap akan sama.

Di dalam tamadun barat, pembentukan akhlak yang berasaskan
keimanan sepertimana yang kita faham sebenarnya tidak wujud. Kalaupun ada sifat baik yang diutarakan, ianya hanyalah berasaskan tradisi, ‘civility’, etika atau takutkan hukuman
undang-undang atau takut disaman di mahkamah.

Nilai akhlak agama Kristian jarang diketengahkan kerana agama Kristian sendiri membawa satu ajaran yang melemahkan
usaha mujahadah dan membina akhlak. Menurut agama Kristian,
setiap orang Kristian akan akhirnya ke Syurga kerana
segala dosa mereka di dunia telah dihapuskan dan ditanggung
oleh ‘anak tuhan’ Jesus Christ ketika dia mati disalib.

Justeru itu, tidak ada tuntutan ke atas mereka untuk berakhlak atau berlaku baik. Mereka yakin, sejahat mana pun dan seburuk mana pun akhlak mereka, Syurga itu dijamin bagi mereka.Dasar pendidikan negara pula tidak banyak tertumpu kepada pembentukan akhlak. Ia hanya menganggap warga pelajar
sebagai bahan ekonomi yang perlu diajar dan dilatih untuk
mendapat kemahiran supaya boleh mengisi keperluan
buruh (labour) dan pengurusan (management) bagi industri,
perusahaan, pertanian dan perdagangan negara. Kalaupun
ada sedikit penekanan kepada agama atau moral, ia hanya
supaya warga pelajar tidak menjadi terlalu liar dan tidak terkawal sehingga boleh merosakkan sistem yang ada. Tidak ada dasar pendidikan negara yang bertujuan untuk membentuk
manusia yang beriman, yang bertaqwa, yang berakhlak dan
yang terbina insan mereka supaya mereka dapat menjadi seorang hamba Allah yang tulin.

Mendidik sebenarnya adalah di luar kemampuan para guru
termasuk para ustaz dan ustazah di sekolah. Mereka tidak dilatih untuk itu. Mereka tidak tahu soal hati dan jiwa dan selok belok mendidik yang jauh lebih rumit dari mengajar. Mereka tidak berpeluang bergaul dan hidup bersama pelajar secara berterusan. Oleh itu mereka tidak mengenal sifat, watak dan peribadi setiap pelajar secara mendalam walhal ini adalah syarat penting dalam mendidik supaya sifat yang baik dan positif dapat disuburkan dan sifat yang buruk dan negatif dapat diungkai dan dibuang.

Tambahan lagi hasil dari suasana yang wujud, perhubungan
antara guru dengan murid lebih banyak bersifat biasa atau
‘casual’. Perhubungan ‘casual’ tidak memadai di dalam usaha
untuk mendidik. Ia tidak menimbulkan komitmen, kepercayaan,
ikatan hati dan penyerahan diri secara total. Tanpa perhubungan hati yang erat seperti ini antara guru dan murid,pendidikan tidak akan sampai ke mana.

Dalam mendidik, para murid perlu kepada seorang role
model untuk diikuti dan dicontohi. Soalnya, berapa ramaikah
para guru termasuk ustaz dan ustazah di sekolah yang watak,
akhlak, ibadah dan peribadi mereka benar-benar dapat dijadikan contoh yang baik. Kalaupun ada, murid yang mana
harus mencontohi guru yang mana kerana guru terlalu ramai.
Dalam belajar atau mengajar, tidak ada masalah kalau guru
ramai kerana hanya ilmu sahaja yang perlu disampaikan.
Tetapi di dalam mendidik, tidak boleh ada lebih dari seorang
pendidik bagi setiap murid. Pendidik itulah yang menjadi contoh dan ikutan. Kalau terlalu ramai pendidik, murid akan bercelaru dan jadi rosak. “Too many cooks spoil the brook. Even if all of them are chefs.”

Suasana dan persekitaran sekolah juga menjadi penghalang
kepada proses pendidikan. Sekolah yang bermatlamatkan
kelulusan bersijil bagi tujuan ekonomi dan untuk mendapatkan
pekerjaan tidak mencetuskan suasana yang sesuai untuk
memupuk nilai-nilai murni di dalam pendidikan yang
bermatlamatkan kesejahteraan dunia dan Akhirat. Suasana
dan nilai kedua-dua ini sangat berbeza dan bertentangan di
antara satu sama lain. Kalaupun ada mata-mata pelajaran yang
bertujuan untuk mendidik seperti agama, moral dan sebagainya,ia disampaikan dalam bentuk ilmiah semata-mata
seperti mana juga mata-mata pelajaran yang lain. Contohnya,
pelajaran agama mengajarkan bahawa solat atau sembahyang
itu wajib hukumnya. Akan tetapi, pelaksanaannya tidak pula
ditekan atau diberatkan oleh sekolah sama ada kepada guru
mahupun kepada murid. Ikut suka masing-masing. Hendak
sembahyang, sembahyanglah. Tak mahu sembahyang pun tak
apa. Kemudahan untuk bersembahyang pun tidak mencukupi
dan masa untuk menunaikannya juga tidak dikhaskan. Begitulah
juga halnya dengan hukum menutup aurat, pergaulan bebas
lelaki perempuan dan berbagai-bagai lagi.

Disiplin dan kaunseling di sekolah bolehlah dianggap
sebagai usaha yang paling hampir kepada pendidikan. Namun
demikian, kedua-dua guru disiplin dan guru kaunseling hanya
mengendalikan kes-kes murid yang sudah rosak. Mereka sebenarnya bukan mendidik tetapi membaik pulih. Pendidikan
bukan baik pulih tetapi pembentukan akhlak dan peribadi
yang bermula dari awal dan dilakukan secara berterusan. Guru
disiplin dan guru kaunseling pula selalunya bukan guru darjah atau guru tingkatan bagi murid yang bermasalah tetapi guru yang khusus untuk tujuan itu. Itu sebabnya usaha mereka
kurang efektif kerana mereka tidak kenal secara mendalam
murid bermasalah yang mereka kendalikan sama ada watak
mereka, sifat mereka, apa yang mereka suka, apa yang mereka
benci dan sebagainya. Kalau murid yang bermasalah tidak
dikenali betul-betul sifat dan wataknya, tindakan disiplin dan kaunseling mungkin tidak tepat. Ini boleh menjadikan keadaan bertambah buruk dan ‘counter productive’. Murid yang kuat perasaan dan kuat emosi contohnya, kalau dilayan dengan
ugutan dan kekerasan, akan rosak dan patah jiwanya. Kalau dimanjakan, akan rosak juga. Sebaliknya, murid yang kuat
jiwa yang menyimpan marah dan benci dalam hatinya, kalau
dihukum dan disakitkan tanpa diberi kasih sayang akan berdendam sampai bila-bila. Api marahnya mungkin akan padam
buat sementara waktu tetapi baranya akan terus menyala
menunggu masa sahaja untuk marak semula dengan lebih
ganas lagi.

Tambahan kepada keadaan di sekolah, ibu bapa di zaman
ini pula umumnya sudah tidak lagi mendidik anak-anak
mereka di rumah. Mungkin kerana mereka tidak mampu, tidak
tahu bagaimana hendak mendidik atau ibu bapa sekarang
terlalu sibuk dengan kerja dan hal-hal urusan dunia.Jadi, kebanyakan anak-anak di zaman ini sebenarnya tidak
terdidik. Di rumah tidak, di sekolah pun tidak. Rumah hanya
jadi tempat penginapan dan sekolah hanya jadi tempat menimba
ilmu dan kemahiran untuk kegunaan hidup dan keperluan
ekonomi kerana itulah sebenarnya tujuan ilmu akademik. Ibu
bapa harapkan pendidikan anak-anak kepada guru dan guru
harapkan ibu bapa yang mendidik. Ibu bapa tak mampu. Guru
pun tak mampu. Akhirnya tidak ada yang membimbing anakanak
dalam hal akidah, dalam hal keimanan dan ketaqwaan,
dalam hal ibadah, dalam hal akhlak dan dalam hal hidup beragama.

Akhirnya, yang mendidik anak-anak ialah suasana dan persekitaran yang sudah nyata rosak. Agen-agen yang merosakkan suasana dan persekitaran ini lebih banyak dan lebih ramai dari pihak-pihak dan para penguasa yang mengawalnya. Bermacam-macam bentuk pengaruh liar, separuh lucah dan yang melalaikan disiarkan melalui media elektronik di kaca TV dan radio. Ini termasuklah muziknya, lagu-lagu pop, rock dan metalnya, berbagai-bagai drama, filem termasuk filem Hindustan dan drama-drama yang diimport. Program-program ini, walaupun sekali imbas nampak macam ‘innocent’ tetapi ia mengandungi pengaruh negatif yang halus yang makan dalam dan boleh merosakkan jiwa, jati diri, pegangan dan nilai hidup para pelajar. Para pelajar nampak macam Islam, nama pun nama Islam, tetapi fikiran, hati, jiwa, citarasa,kecenderungan dan nilai hidup mereka sudah tidak Islamik.

Mereka tidak kenal Islam. Jiwa mereka kosong dari keimanan
dan ketuhanan. Mereka ini akan mudah terpengaruh dengan
hal-hal yang menyeleweng dan budaya-budaya yang boleh
merosakkan akhlak dan tatasusila.

Ini ditambah lagi dengan media cetak yang memaparkan
berbagai unsur lucah dan separa lucah serta budaya-budaya
tergeliat yang melibatkan artis, pelakon, pelawak, ahli sukan dan sebagainya. Mereka inilah yang jadi contoh, ikutan, idola dan role model bagi para pelajar. Kalau golongan inilah yang dinobatkan sebagai role model dan yang sentiasa dicontohi, apa sangatlah yang hendak diharapkan dari para pelajar kita. Tak hairanlah kalau akhlak dan moral mereka runtuh. Mana perginya tokoh-tokoh seperti para Sahabat, ulama-ulama besar seperti Imam Syafie, Imam Ghazali dan pejuang dan pahlawan Islam seperti Salehuddin Al-Ayubi, Muhammad Al-Fateh dan beratus-ratus bahkan beribu-ribu lagi watak Islam yang lebih layak dicontohi di samping Rasulullah SAW sendiri. Tak cukup dengan itu, diadakan pula show dan pementasan secara live dengan muzik pop, rock, metal dan sebagainya. Tak cukup dengan artis tempatan, diimport pula artis dari luar negara. Micheal Jacksonlah, The Corrslah. Semuanya datang untuk membuat kerosakan. Dan segala-galanya dipermudahkan untuk mereka malah diberi pula sokongan dari pihak atasan tertentu.

Itu belum lagi internet di mana maksiat yang terkandung
di dalamnya seperti laut yang tidak bertepi dengan unsur
ganas dan unsur seks yang berbagai-bagai bentuk dan versi
mengikut selera dan citarasa siapa sahaja yang meminatinya.
Apa yang kita perkatakan setakat ini ialah perkara dan kegiatan yang ada permit, yang ada lesen yang sah dan yang
dibenarkan. Yang tidak melanggar undang-undang dan peraturan
negara. Itu pun sudah cukup merosakkan. Kita belum lagi memperkatakan tentang unsur dan pengaruh yang diharamkan dan yang tidak berlesen dan berpermit. Tentang VCD lucah yang dijual murah di merata-merata tempat termasuk di perkarangan sekolah. Tentang komik-komik lucah untuk tatapan kanak-kanak sekolah yang dibeli dengan duit belanja sekolah. Tentang dadah, pil-pil khayal dan berbagai-bagai lagi. Semua kegiatan yang haram ini menambahkan lagi kerosakan kepada kerosakan yang sudah tersedia tercetus oleh unsur dan pengaruh yang berlesen dan yang dibenarkan.

Ke manakah hala tuju kita sekarang? Golongan pelajar dan
anak-anak muda kita sudah rosak kerana tidak ada yang mendidik mereka ke arah akhlak yang mulia dan cara hidup yang sihat. Di rumah mereka tidak dididik. Di sekolah juga mereka tidak dididik. Mereka terdedah pula kepada suasana dan persekitaran masyarakat yang sudah hancur dan punah-ranah,yang hanya menjurus kepada berfoya-foya, berseronok-seronok,berlalai-lalai dan membuang-buang masa. Siapa yang mesti bertanggungjawab?

Bookmark and Share

    


  Member Information For yuhadaProfil   Hantar PM kepada yuhada   Quote dan BalasQuote

setanggi_syurga83
WARGA SETIA
Menyertai: 10.03.2006
Ahli No: 23348
Posting: 517
Dari: Negeri Sembilan-bumi Allah

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 28-01-09 10:22


tanda-tanda akhir zaman..sama-sama lah kita perkuatkan perisai iman dan taqwa kepada Allah..semoga Dia melindungi kita...


-----------------
-StaIrWays To HeaVen-http://nurfazilah.hadithuna.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For setanggi_syurga83Profil   Hantar PM kepada setanggi_syurga83   Pergi ke setanggi_syurga83's Website   Quote dan BalasQuote

adieq85
Warga 5 Bintang
Menyertai: 27.08.2008
Ahli No: 34673
Posting: 358
Dari: dari Kuantan merantau ke Bangi

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 28-01-09 12:11


betul tu..dah memang tanda akhir zaman ni..maksiat berleluasa..

Bookmark and Share

    


  Member Information For adieq85Profil   Hantar PM kepada adieq85   Quote dan BalasQuote

shimaku
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2008
Ahli No: 34002
Posting: 783
Dari: ~Below Da Wind Go To KL~

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 28-01-09 12:18


megah pada benda yang haram..entah apa nak jadi lah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For shimakuProfil   Hantar PM kepada shimaku   Pergi ke shimaku's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.178454 saat. Lajunya....