Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya
-- Ibnu Abbas

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 164
Ahli: 0
Jumlah: 164




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 20 jam 35 saat yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Cerpen
Topik: Cintaku tertinggal di Perak


Carian Forum

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» Cintaku tertinggal di Perak

Please Mendaftar To Post


Oleh Cintaku tertinggal di Perak

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 03-01-09 01:21


Salam..sekadar nak mencuba ....

alkisahnya........

Tajuk : Cintaku tertinggal di Perak

“Abang Syah, saya tidak tahu sampai bila hubungan saya terus macam ni, kami asyik bertengkar saja”. Nurul memulakan cerita tentang masalah cintanya kepada aku. 2 hari lepas Nurul telefon aku untuk bagi tahu masalah cintanya. Aku hanya akur dengan temujanji ini. Aku bukanlah kaunselor yang boleh memberi nasihat atau memberi tunjuk ajar. Aku tidak pasti Kenapa Nurul berjumpa aku tentang masalah cintanya ni. Sebelum ni aku selalu dengar masalah Nurul melalui rakan-rakan Nurul terdekat.

Hari ini entahlah seolah-olah masalah Nurul membawa aku kepada kisah cintaku dulu. “Syah, Kenapa Syah berubah macam ni. Apa kesilapan Ain sehinggakan Syah tergamak putuskan hubungan ni. Cakap Syah, cakap”. Ain memaksa aku untuk menjelaskan. Aku perasan airmatanya sudah mengalir. Aku rasa serba salah untuk menjelaskan. “Ain, Syah bukan berniat nak putuskan hubungan ni, tapi Syah...” “Tapi apa Syah, Syah ada orang lain ke? Syah” Ain memintas kata-kataku sambil mengesat airmatanya. Aku cuba menjelaskan sedaya yang mungkin tentang semua ni. Tapi niatku bukan untuk menyakiti hatinya. Aku masih sayangkan Ain.

Nurfarain aku panggil nama manjanya Ain, seorang yang aku kenal suatu ketika dulu, masa tu aku baru nak datang ke Universiti ni. Aku seronok sangat Ain tunjukkan macam-macam, jalan ke sana-sini tentang Universiti. Entahlah macam mana aku boleh terus rapat dengan Ain, dalah Ain senior satu semester dari aku tapi umur aku lebih 2 tahun dari usia Ain. Dah umur 23 tahun baru nak masuk belajar. Tak apalah, baru dapat rezeki.


“Huh... Mungkin dia tak sayangkan Nurul lagi Abang Syah” Keluhan Nurul mengejutkan lamunanku. Entahlah aku terus teringat kisah cintaku bersama Ain. “Nurul, abang faham ya. Abang pun dulu terlibat juga dalam masalah cinta ni. Tapi buat masa sekarang ni abang selesa untuk bersendiri selama tempoh belajar ni. Apa pun tentang masalah Nurul tu, Nurul kena sabar dan tabah ya. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya”. Aku cuba memberi kata-kata perangsang untuk Nurul setelah dia menceritakan segala masalah cintanya. Bagi aku Nurul masih muda lagi dalam menempuh alam percintaan ni.

Tapi zaman sekarang ini tidak lagi mengira soal umur untuk bercinta, budak-budak sekolah pun sama ada sekolah rendah atau sekolah menengah sudah tahu bercinta. Sudah pandai ‘dating’, itu ini semua. Dibuktikan lagi kes-kes buang bayi, rakaman video lucah dan macam-macam lagi. Aku sendiri pun pening dengan zaman budak sekolah sekarang ini. Ini tak masuk Universiti yang banyak lagi cubaan dan dugaan ni. Ya Allah, jauhkan hamba-hambaMu ini dari segala maksiat.
Pertemuan aku dengan Nurul berakhir macam tu saja. Aku tidak pasti sama ada dia terima nasihat aku atau tidak. Apa pun aku mengharap Nurul melakukan yang terbaik dalam hidupnya.

Masih banyak perkara lagi yang perlu dilakukan dalam hidup ini. Tapi Nurul aku lihat seorang yang tidak mudah putus asa. Dia terima dan dengar apa yang aku katakan dengan tekun. Kadang-kadang dia bersetuju dengan apa yang telah aku katakan, kadang-kadang dia juga rasa bersalah dengan apa yang dia lakukan bersama teman lelakinya itu walau pun tidak sejahat mana namun boleh mengundang kepada perkara yang lebih teruk lagi. Harapan aku pada Nurul, semoga dia tabah dan dapat memikirkan apa hala tuju hubungan tersebut. Aku rasa seolah-olah berjaya juga menasihatkan orang agar tidak terjebak ke lembah durjana ini. Entahlah. Biar mereka memikirkannya sendiri. Jalan sudah diberikan, hanya mereka sendiri sahaja yang memilih jalan yang betul dan bermanfaat dalam hidup.

Bukan mudah memikirkan masalah orang lain sedangkan masalah sendiri tidak tertanggung. Apa pun. Aku ikhlas untuk memberikan nasihat yang termampu. Pandai-pandailah mereka gunakan sebaiknya. Ain aku tidak bermaksud untuk meninggalkan Ain, tapi jalan yang kita pilih itu walau pun niat kita ke laman bahagia namun tidak semestinya menjanjikan proses yang sempurna. Pelbagai dugaan akan dihadapi, jika diri kita kuat mungkin kita akan melepasi tahap dugaan yang kecil. Namun pasti di masa mendatang akan ada lagi dugaan paling mencabar. Bukan aku tidak mampu mengharungi dugaan tersebut tapi kita tak salah untuk memilih jalan yang lebih baik lagi. Buat masa ini kita masih di alam untuk menuntut ilmu. Bukan menolak jika ada jodoh kita semasa belajar ni tapi terpulang pada ketentuan Allah SWT, jika ditakdirkan ada hala tuju ke laman bahagia itu pasti kita akan sama-sama harunginya.

Namun, banyak perkara lagi perlu kita lakukan. Apa yang aku mampu katakan pada Ain, kita bercinta masa menuntut ilmu ini pasti ada perkara tak baik akan kita lakukan. Biarlah kita korbankan hubungan ini sementara menunggu saat itu tiba. Kita sendiri pernah membincangkan baik buruk soal cinta ini, maksiat terutamanya. Mungkin pada awalnya kita dapat elak tapi bercinta ini pun sudah dikaitkan dengan maksiat kecil yakni zina hati.

Aku akui Ain taat agama dan arif hal agama jadi lebih baik kita manfaatkan hal-hal agama dalam kehidupan kita sebaik yang mungkin. Cukuplah orang-orang di sekitar kita dan kawan-kawan kita telah terjerumus. Tugas kita pula adalah untuk menyedarkan mereka daripada terjerumus lagi teruk. Tidak bermakna kita nak tunjuk baik, sekurang-kurangnya mereka mendapat nasihat dan kesedaran. Memang cinta itu fitrah, tapi adakah kita mendahulukan cinta kepada siapa yang sepatutnya? Kita pasti tahu. Kasih sayang dalam kehidupan tidak semestinya wujud dari cinta berlainan jantina tapi wujud dalam pelbagai cara. Ain pasti lebih mengetahui.Sekiranya salah apa yang aku katakan kepada Ain, sekurang-kurangnya aku telah luahkan isi hati aku tentang hubungan kami yang aku putuskan ini.

Sayang tetap sayang, biarlah sayang ini terisi terus dengan persahabatan. Tidak salah bersahabat berlainan jantina andainya tahu menjaga segala yang ditetapkan dalam agama tentang adab pergaulan. Ain. Aku minta maaf. Tidak bermaksud mengecewakan Ain, cukuplah apa yang aku telah katakan Ain dapat memahaminya.

Sejak hari aku jelaskan segalanya. Aku dan Ain tidak macam dulu. Ain telah mengelak dari bertembung dan berjumpa dengan aku. Aku tidak salahkan Ain, hak Ain untuk tidak mlayan aku lagi. Aku pasti apa aku lakukan ini adalah terbaik dalam hidup Ain. Hidup sebagai pelajar Universiti aku terus lalui hari demi hari, tahun demi tahun. Akhirnya saat yang ditunggu-tunggu telah tiba. Hari konvokesyen. Kawan aku telah memaklumkan Ain telah menaburkan khidmat di negeri kelahirannya iaitu Negeri Perak sebagai guru sejarah setahun yang lepas. Aku hadirkan diri semasa Hari Konvokesyen Ain, Ain tergolong dalam pelajar terbaik. “Ain, tahniah” Ain hanya tersenyum ketika aku mengatakan kalimah itu. Pada masa tu seseorang ada di sisi Ain. Aku tak pasti siapa. Apa pun aku mendoakan kebahagiaan Ain. Kali ini aku pula baru nak menerima ijazah. Ain tentu tahu aku Konvo tahun ni tapi tak apalah. Mungkin Ain sibuk tak pun Ain sudah mendirikan rumah tangga. All the best Ain.

Aku bagaimana pula? Huh..Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Paling menggembirakan aku tergolong dalam senarai pelajar terbaik Hari Konvokesyen kali ini. Syukur tidak terkata dengan rezeki Allah SWT. Kali ini saat gembira aku kongsi bersama ibu bapa tersayang, dari jauh mereka datang. Tidak sia-sia mereka datang melihat anak mereka ini berjaya akhirnya. Lepas ini aku ingin membalas jasa ibu bapa aku yang telah bertungkus-lumus mencari rezeki bagi menyara kehidupan aku belajar. Ain. Aku mencarimu saat ini. Bukan menagih cinta tapi ingin berkongsi kegembiraan ini. Aku tak kisah jika Ain telah melupakan aku, sekalung doa untuk mengucapkan kebahagiaanmu.

“Encik Syah, bos panggil ke bilik. Bos cakap ada meeting” Nora mengejutkan aku dari lamunan panjang. Nora tersenyum menggeleng tengok reaksi terkejut aku.Nora masih tercengat dipintu bilik aku. Nora setiausaha ketua jabatan aku tempat aku berkerja.”Thanks Nora. Kejap lagi saya datang". Aku bangun dari kerusi empuk ni yang buatkan aku mengelamun tadi. Nora berlalu pergi ke mejanya. Huh..aku mengeluh, entah apa lagi yang perlu dimesyuaratkan ni. Aku menuju ke bilik bos, tiba dibilik sahaja semua orang yang terlibat dah ada. Mesyuarat kali ini membincangkan tentang pelarasan kenaikan gaji tahunan yang diumumkan dalam Bajet baru-baru ini. Tugas jabatan adalah untuk melaraskan segala gaji kakitangan-kakitangan awam peringkat pusat yakni Putrajaya.

Aku selaku Akauntan yang bertanggungjawab dalam hal-hal gaji ini. Beberapa kakitangan bawah aku menjalankan tugas seperti yang telah aku arahkan. Lagi pun pelarasan ini untuk kebaikan mereka juga. Eloklah tu mereka buat, lagi cepat mereka lakukan kerja tersebut cepatlah juga mereka dapat imbuhannya. Aku tersenyum sendiri melihat telatah mereka yang tekun untuk menyiapkan kerja tersebut. Semua faham, tentang gaji atau bonus pasti tekun buat kerja. Tapi aku dah nasihatkan mereka, apa-apa kerja pun kena lakukan dengan ikhlas barulah dapat keberkatan dan rezeki yang banyak. Macam gurulah pula bila mengatakan sedemikian. Kadang-kadang aku dikenakan oleh orang bawahan aku, bila aku bagi nasihat atau menegur mereka pasti mereka akan cakap “baik cikgu”. Apa yang pasti mereka tahu aku dari Universiti yang menawarkan kos pendidikan. Pernah beberapa orang daripada mereka bertanyakan Kenapa aku tak jadi guru? Masa tu aku rasa nak tergelak saja, sama ada lucu atau aku sedih. Apa yang aku jelaskan kepada mereka. Aku memang jadi cikgu tapi cikgu kepada mereka semua. Memang hangatlah bila aku bagi jawapan macam tu.

Aku sendiri pun tak tahu Kenapa aku tak mahu jadi guru. Huh. Tapi tak apalah. Aku bersyukur dengan apa yang ada sekarang. Lagi pun kos yang aku pelajari “open” kos. Maksudnya kos ini menawarkan kerja jadi guru tapi pelbagai jenis kerja lain. Jadi bolehlah memilih kerja yang ada keinginan di hati. Aku memilih untuk menjadi akauntan, impian aku masa sekolah dulu. Kawan-kawan aku ramai yang memilih propesyion perguruan. Macam best saja mereka jadi guru, cemburu jugalah. Nanti bolehlah ajar anak aku nanti. Huh . Anak. Aku ada isteri dah ke? ...aku terus teringat Ain. 1 tahun sudah berlalu, adakah Ain sudah berpunya? Entahlah. Syah. Cukup Syah. Hatiku melawan monolog akalku.

Huh.....Kedengaran lagu semua tentang kita dendangan Peterpan berkumandang diradio ruang pejabat. Kakitangan aku suka dengar radio. “Hiburan time kerja bos, nanti tak tension” Terdengar suara salah seorang dari mereka bila aku menjenguk. Aku senyum. “Kerja jangan tangguh ye” Nasihatku. “ok bos” sahut mereka semua sambil senyum. Beginilah kehidupan pejabat aku. Kadang-kadang menyeronokkan. Aku menyambung kerja yang masih banyak lagi. Ain, Ain buat masa ni. Aku tak makan lagi ni. Jam menunjukkan pukul 2.40pm. Aku tak pergi lunch lagi. Nora ajak makan bersama tadi aku tolak, alasan banyak kerja. Entahlah. Aku ingatkan Ain. Aduh...Kenapalah Ain muncul masa ni. Tidakkkkk.....

“Syah kena makan banyak tau, Ain tak suka tengok Syah tak makan. Kalau Syah nak, Ain boleh masakkan Syah setiap hari. Macam hari ini. Ain yang masak tau. Special untuk Syah” Ain senyum. Aku turut senyum sambil menambah sayur kubis. Hermm..sedap juga budak Ain ni masak. Aku berselera sangat. “ Eh tak apalah Ain, susahkan Ain saja. Kalau Ain tu isteri Syah, bolehlah masak setiap hari". Aku perli Ain, Ain makin tersenyum. Kecantikannya terserlah saat tu. Memang Ain cantik. Bertuah badan. Aku rasa bangga pula. “ Kalau nak Ain ni jadi isteri Syah dan masakkan Syah setiap hari, Syah pinanglah Ain sekarang” Glurpp. Aku tersedak.”Eh Syah...Syah ok ke?..Syah?.” Ain cemas lalu hulurkan tangannya menyerahkan botol minuman.” Erm..ok..hurm..” aku tegaskan pada Ain. rasa lega lepas minum air. Huh. Ain ni biar betul. Nak pinang apanya. Nak pinang guna duit daun ke? Erm.. Aku berdiri tenangkan diri.

Aku lihat sekeliling keadaan cafe tak ramai pelajar yang makan. Ada pun pelajar yang berbincang. Entahlah salah guna cafe ke tak. Pelajar yang nak makan kat cafe tak dapat makan, terpaksa bungkus makanan saja. Meja kerusi pelajar gunakan untuk study group. Dah tiada tempat lain, gunakan cafe sajalah. Macam aku juga dengan group aku. Tak apa, janji study. “Syah ok ke ni? Duduklah.” Ain memujuk aku sambil mengemas bekas makanan.” Tak apa Ain, Syah ok.”Aku duduk semula. “ Ain serius ke apa yang Ain katakan tadi?” Aku rasa tak puas hati pula tanya soalan kepada Ain. “Dahtu, tak kan Ain main-main pula. Ain seriuslah Syah. Tentang pinang sekarang tu, Ain gurau saja. Ain faham situasi Syah dan situasi kita ni. Tapi suatu hari nanti bolehkan Syah” Ain merenung mata aku sambil tersenyum, renungan Ain seolah-olah mengharap sesuatu yang indah dan bahagia. Aku serba salah direnung macam tu.” InsyaAllah. Aku menegaskan kepada Ain. Saat tu Ain tersenyum. “ Terima kasih Syah, sayang Syah” Ain tiba-tiba mengapai tangan aku dan memegangnya.

Tanpa semena-mena Ain lepaskan semula. Ain perhatikan sekeliling. Aku pun sama. Nasiblah semua pelajar sibuk hal masing-masing. Tak pasti ada ke tak pelajar yang sempat melihat adegan tadi. Aku perhatikan Ain yang tunduk malu. Mungkin serba salah. Aku kaget air matanya menitik. Ain mengangkat mukanya. Ya Allah, Ain Kenapa ni. Ain menangis sambil mengesat air matanya. “Syah, Ain minta maaf atas apa yang berlaku tadi. Ain tak sengaja Syah. Tiba-tiba saja Ain rasa disayangi dan tak Ain tak dapat kawal diri Ain memegang tangan Syah. Maafkan Ain ye Syah. Mungkin Syah dah fikir Ain jahat” Ain terkedu lagi. Aku serba salah melihat Ain menangis.” Jangan nangis ye, Syah maafkan. Syah tau Ain tak sengaja. Syah tak fikir buruk kat Ain. Kesat air mata tu, malu tengok pelajar lain nanti.” Aku rasa nak kesat saja air mata Ain ni. Huh. Syah, jangan buat hal. Hati aku menegaskan aku. “ Ya Allah apa Ain buat ni” Ain menangis lagi.

Aduh, seganlah pula macam ni.” Ain, cukup ye. Tak apa. Syah tak marah ye". Aku pujuk lagi. Nasiblah tangisan Ain tak mendayu-dayu. Kalau tak, kantoi aku diperhatikan oleh pelajar-pelajar kat cafe ni. Tak pasal-pasal ada gosip aku kecewakan perempuan kat Universiti ni sehinggakan perempuan tu menangis. Harap-harap tak adalah.”Ain....jangan macam ni ye. Tak apa. Syah tak marah pun ye". Aku cakap lemah lembut saja pujuk Ain.

Aku tengok Ain dah tersenyum sikit. Mungkin termakan pujuk rayu aku dengan kelembutan kata-kata aku tadi. Huh..lega. “ Terima kasih Syah. Apa pun Ain tak ada niat macam tu” Ain menjelaskan lagi.”Tak apa. Cukup ye. Ni bekas makanan ni Syah bawa balik ye. Biar Syah yang cuci pula, lagi pun Ain dah susah-susah masak untuk Syah. Tempat cuci cafe ni dah rosak ye. Aku memujuk sambil tukar cerita.” Apa lah Syah ni. Berkira sangat. Tak apa, biar Ain cucilah.”Ain makin tersenyum. Aduh, cantiknya senyuman. Syah, sabar. Sabar. Hati aku melawan perasaan aku lagi. “ Alah, isteri dah masak jadi tugas suami pula cuci bekas ye” Ain ketawa keriangan. Aku saja usik Ain bagi Ain ceria sikit. “ Apa-apa sajalah Syah” Ain menjawab.” Syah saja saja usik Ain. Aku lihat Ain makin gembira. Kira oklah dah ceria. Tak adalah adegan sedih tadi. Selamat aku. Aku senyum sendiri. “ Kenapa Syah senyum-senyum ni” Ain perhatikan aku rupanya. Kemas bekas makanan pun sempat tengok aku lagi. “ Tak ada apalah". Aku senyum lagi.

Hujan lebat mematikan ingatan romantik aku bersama Ain. Aku tersenyum sendiri mengingat kenangan tu. Aku menerawang jauh perhatikan bangunan-bangunan sebelah pejabat aku ni. Tak tahulah Kenapa teringat kenangan terindah bersama Ain masa belajar dulu. Masa tu seronok sangat. Kini tinggal kenangan. Selama bersama Ain sekali saja bersentuh tangan semasa makan di cafe waktu dulu. Tapi aku akui memang Ain seorang yang warak dan boleh menjadi impian wanita solehah. Aku sudah memilikinya dulu tapi sekarang? Entahlah. Mungkin Ain sudah ada kehidupan baru. Masa dulu aku melepaskan Ain bukan kerana tidak sayang tapi untuk mencari jalan yang sebaiknya dalam soal cinta. Nurfarain. Aku tetap sayang padamu. Semoga dirimu berbahagia selalu. Masa kerja dah habis. Aku nak pulang. Hujan kat luar masih kedengaran. Esok dan hari seterusnya, adakah aku terus macam ni? Entahlah. Cintaku tertinggal nun jauh di sana.........
                                    

(Akubah : 27.11.2008 KL)
:malu: :malu:


-----------------
Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari)


Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 03-01-09 07:32


Assalamualaikum
kisah betul ke ni sya_ryn... :berfikir:
dari segi cubaan untuk berjinak ke alam percerpenan ni..suatu prestasi yang agak memberangsangkan..tapi, jika tema yang ingin dibawa itu menyentuh serba banyak tentang agama, saya rasa nukilan ini agak gagal sebenarnya..huhu..Ain warak eh... :berfikir: entahlah..pendapat saya sahaja...no offense...

P/S : tahniah..buatlah lagi cerpen eh..mungkin garapan boleh diolah dengan lebih baik...



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 04-01-09 11:36


menarik lah.. ni pengalaman sendiri ke sya_ryn? hehe..

teringat satu lagu dulu..
Cintaku tertinggal di Malaysia.. erm sapa nyanyi ye? hehe.. :sopan: :sopan:



Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

istisafa

Menyertai: 16.12.2003
Ahli No: 5723
Posting: 626
Dari: Kelana Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 04-01-09 11:40


Salam, memang menarik..

cintaku tertinggal dimalaysia tu penyanyinya DEWA19..

Bookmark and Share

    


  Member Information For istisafaProfil   Hantar PM kepada istisafa   Quote dan BalasQuote

azemi
WARGA SETIA
Menyertai: 16.01.2004
Ahli No: 6494
Posting: 681
Dari: K.pilah Somban

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 05-01-09 15:17


Hm.syah ke sya_ryn??ehehe..percubaan yang baik dari cikgu sya_ryn..ada bakat menulis rupanya cikgu kita ni..cintaku tertinggal dimana ye.ekeke

p/s: sya_ryn, bila nak singgah sungai buloh..makan sate peyjal jom.. :-D


-----------------
"Hujung FIKIR pangkal AGAMA"-Pak Hamka


Bookmark and Share

    


  Member Information For azemiProfil   Hantar PM kepada azemi   Pergi ke azemi's Website   Quote dan BalasQuote

azemi
WARGA SETIA
Menyertai: 16.01.2004
Ahli No: 6494
Posting: 681
Dari: K.pilah Somban

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 05-01-09 15:17


tak ada sambungan part II ke? :-P ..

p/s: TT, ada cerpen nukilan sendiri kongsila.. :-P


-----------------
"Hujung FIKIR pangkal AGAMA"-Pak Hamka


Bookmark and Share

    


  Member Information For azemiProfil   Hantar PM kepada azemi   Pergi ke azemi's Website   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 05-01-09 15:51


terima kasih kepada yang bagi komen. sekadar mengisi lapang semasa cuti sem baru-baru ni.harap-harap dimaafkan segala ketidakkreatifan dalam penulisan cerpen ni. nak mengikut jejak abang yang cerpennya selalu keluar dalam paper...cemburu lah juga...hehe...thank you all...

p/s : bukan pengalaman sendiri, sekadar nampak dipersekitaran dan dinukilkan

p/s ; azemi, nak singgah tang mananya..hehe..

Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

aqil
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.08.2005
Ahli No: 17966
Posting: 162
Dari: PAHANG

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 12-10-09 19:17


best juga cerita ni
smbungla part II
minat pula nak tau seterusnya

Bookmark and Share

    


  Member Information For aqilProfil   Hantar PM kepada aqil   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 23-12-09 02:04


Pada 12-10-09 19:17 , aqil posting:

!!! QUOTE !!!

best juga cerita ni
smbungla part II
minat pula nak tau seterusnya

sudah diadaptasi ke filem pendek untuk tugasan kuliah saya..hehe..

Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

syanadh
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.04.2005
Ahli No: 15549
Posting: 97
Dari: Tangkak

Johor   avatar


posticon Posting pada: 10-10-10 16:20


ada sdkit tarikan untuk saya katakan: tak ada smbungan ke??takkan hbis begini saja..xbes lah...hehe :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For syanadhProfil   Hantar PM kepada syanadh   Pergi ke syanadh's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.513948 saat. Lajunya....