Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Allah SWT memberikan kita dua telinga, dua mata, satu mulut dan otak di tengah antaranya, mesti bersebab. Dengar dan lihat kanan kiri, timbang dengan otak.
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 202
Ahli: 0
Jumlah: 202




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 17 jam, 2 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: Matematik Adalah Bahasa...


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» Matematik Adalah Bahasa...

Please Mendaftar To Post


Oleh Matematik Adalah Bahasa...

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 30-12-08 11:12


As salamualaikum wbt dan salam ukhwahfillah,

Sekadar bertanya dan ayuh kita berkongsi pendapat dan idea. Matematik adalah bahasa fizik. Jadi untuk merungkai entiti dan misteri fizik hanyalah matematik!

Adakah anda sokong?
Adakah anda menolak?

Nyatakan pendapat anda sekalian.

p/s

Pakar matematik, Nozabizz sila beri penjelasan dan pendapat ehe...
Pakar fizik, Al-Walid juga perlu memberi pendapat...
Dan juga kawan-kawan lain yang berminat dan mengetahui amatlah dialu-alukan memberi pendapat.


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

azemi
WARGA SETIA
Menyertai: 16.01.2004
Ahli No: 6494
Posting: 681
Dari: K.pilah Somban

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 30-12-08 11:31


Interesting topic.huhuuu..saya sokong bahawa semua ilmu di dunia ini ialah memiliki bahasa rahsia masing-masing...semua perkara yang kita lihat, kita buat, dan kita rasa, sumanya adalah tanda..sumanya adalah 'bahasa'..dalam erti kata lain, tanda-tanda yang menunjukkan keseimbangan..mungkin hanya orang matematik yang faham bahasa matematik..

contohnya:

2 darab 1.5 = 3

apabila ditukar kan kepada bahasa; jumlah harga bagi 2 kotak sabun berharga rm1.5 sekotak ialah rm3..hehehhe..maafla DJ, ambo gurau saja ni..tapi yang atas tu ambo setuju lah..

p/s: saya faham bahasa seni..ngeh3.. :-D


-----------------
"Hujung FIKIR pangkal AGAMA"-Pak Hamka


Bookmark and Share

    


  Member Information For azemiProfil   Hantar PM kepada azemi   Pergi ke azemi's Website   Quote dan BalasQuote

NoZaBiZz
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.10.2006
Ahli No: 27091
Posting: 268
Dari: UTM Skudai

Johor  


posticon Posting pada: 30-12-08 11:47


apa pula pakar2 ini. hmmm... kalau nak diikutkan sains ini berkait2. kimia relate dengan bio, fizik, math... begitulah sebaliknya. fizik ini ada banyak principle, ada banyak rumus dan konsep yang perlu difahami. cumanyer bila dah ada rumus macam momentum, energy, motion etc , nak solve kenalah guna nombor. dalam seharian2 ini, kita communicate biasanya guna huruf atau nombor saja. math pun ada guna guna fizik untuk mengira. espeacially dalam applied math. bidang yang ana ceburi sekarang ini applied math. banyak kena guna rumus fizik lah. navier stokes equation, energy equation, moentum equation etc. related lah semuanya. sebab tua sarjana Islam kita boleh menguasai beberapa bidang sains. wallahu'alam

Bookmark and Share

    


  Member Information For NoZaBiZzProfil   Hantar PM kepada NoZaBiZz   Pergi ke NoZaBiZz's Website   Quote dan BalasQuote

shafiqah88
Warga 4 Bintang
Menyertai: 11.09.2008
Ahli No: 34910
Posting: 308
Dari: irbid, jordan

blank  


posticon Posting pada: 30-12-08 13:00


maksudnya, matematik pun bhse lah ye?? huhu... ye agaknya..

Bookmark and Share

    


  Member Information For shafiqah88Profil   Hantar PM kepada shafiqah88   Pergi ke shafiqah88's Website   Quote dan BalasQuote

sanada_yukimura
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2004
Ahli No: 8184
Posting: 419
Dari: negeri matahari terbenam ( kedah )

japan  


posticon Posting pada: 30-12-08 14:07


macam tu ka? menarik.. Habis bahasa kimia sama bio apa?

Bookmark and Share

    


  Member Information For sanada_yukimuraProfil   Hantar PM kepada sanada_yukimura   Pergi ke sanada_yukimura's Website   Quote dan BalasQuote

NoZaBiZz
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.10.2006
Ahli No: 27091
Posting: 268
Dari: UTM Skudai

Johor  


posticon Posting pada: 30-12-08 14:46


bahasa kimia dan bio adalah bahasa saintifik huhuhu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For NoZaBiZzProfil   Hantar PM kepada NoZaBiZz   Pergi ke NoZaBiZz's Website   Quote dan BalasQuote

MatBoo
Warga 3 Bintang
Menyertai: 25.11.2008
Ahli No: 36066
Posting: 98

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 30-12-08 15:01


aku layan cerita "NUMBERS".. pun ada kaitan dengan matematik juga..

Bookmark and Share

    


  Member Information For MatBooProfil   Hantar PM kepada MatBoo   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 31-12-08 07:06


ooo begitu ke azemi, ada bahasa rahsia tu? bolehlah buat kod2 bila nak berkomunikasi...

p/s

teringat zaman sekolah dulu gunekan bahasa kod tersendiri bila menulis kepada kawan-kawan... seronok betul

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 31-12-08 07:08


Terima kasih NoZaBiZz kerana berkongsi pendapat. erm... boleh kongsi bahasa matematik gunaan ni tak? apa contohnya, lepas tu huraiannya?

p/s

mana al-walid ni?

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 31-12-08 07:10


Pada 30-12-08 14:07 , sanada_yukimura posting:

!!! QUOTE !!!

macam tu ka? menarik.. Habis bahasa kimia sama bio apa?


kimia gunakan persamaan kimia dia.. ehe. Teman raselah semua aspek sains ini memerlukan matematik sebagai keperluan kuantitatifnya. Kerana dengan nombor, data lebih persis...

p/s

ada sesiapa nak kongsi bahasa matematik dalam kimia?


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 31-12-08 07:11


Pada 30-12-08 15:01 , MatBoo posting:

!!! QUOTE !!!

aku layan cerita "NUMBERS".. pun ada kaitan dengan matematik juga..

ye, teman suka tengok cerita ini dulu, seronok sebab mereka mencari bukti2 penyiasatan dengan menggunakan matematik, banyak kebarangkalian yang digunakan...


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

ah_mad
Warga Rasmi
Menyertai: 01.01.2009
Ahli No: 36592
Posting: 15

blank   avatar


posticon Posting pada: 01-01-09 22:08


salam..saya org baru disini.
pada saya math ni bahasa sains dan digunakan dalam kejuruteraan,falsafah,muzik dll.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ah_madProfil   Hantar PM kepada ah_mad   Quote dan BalasQuote

Violet-8
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.12.2008
Ahli No: 36178
Posting: 74

malaysia  


posticon Posting pada: 01-01-09 23:54


Salam,


         Saya memang tidak berminat sangat dengan Matematik. Sebab tulah asyik fail kat sekolah....Pernah seorang lecturer saya bercerita, ada satu pertandingan Matematik Sedunia yang berlangsung di Taiwan. Pemenang pertama pada masa itu dari Iran. Saya rasa sebab itulah Iran memang ramai saintis yang boleh membina nuklear mereka sendiri. Tokoh-tokoh silam yang pakar matematik pun berasal dari mereka juga seperti Ibu Sina dll..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Violet-8Profil   Hantar PM kepada Violet-8   Quote dan BalasQuote

shafiqah88
Warga 4 Bintang
Menyertai: 11.09.2008
Ahli No: 34910
Posting: 308
Dari: irbid, jordan

blank  


posticon Posting pada: 02-01-09 01:06


hmm ha ah.. org yang jumpa formule2 semua nya org islam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For shafiqah88Profil   Hantar PM kepada shafiqah88   Pergi ke shafiqah88's Website   Quote dan BalasQuote

Dna
Warga Rasmi
Menyertai: 31.12.2008
Ahli No: 36574
Posting: 19

PulauPinang  


posticon Posting pada: 02-01-09 02:39


Matematik memang boleh dikategorikan sebagai bahasa..
tak semestinya semua soalan math bernombor2...
da juga soalan math yang guna perkataan...
contohnya soalan probability...
huhu...

p/s: jiwa kacau bla belajar probability...mintak2 dah tak payah belajar probability..

Bookmark and Share

    


  Member Information For DnaProfil   Hantar PM kepada Dna   Quote dan BalasQuote

azemi
WARGA SETIA
Menyertai: 16.01.2004
Ahli No: 6494
Posting: 681
Dari: K.pilah Somban

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 02-01-09 08:25


Pada 01-01-09 22:08 , ah_mad posting:

!!! QUOTE !!!

salam..saya org baru disini.
pada saya math ni bahasa sains dan digunakan dalam kejuruteraan,falsafah,muzik dll.


salam ukhwah buat ah_mad, ya saya setuju dengan awak..cuma betul ke muzik ada guna bahasa math juga?maaf, saya tidak tahu tentang itu.hehe..sebab masa sek rendah, saya memang tidak suka dengan mata pelajaran muzik..nama not2 saya tak hafal pun..sebab memang tak minat.hehe..jadilah sekarang ni buta muzik.. :lol:


-----------------
"Hujung FIKIR pangkal AGAMA"-Pak Hamka


Bookmark and Share

    


  Member Information For azemiProfil   Hantar PM kepada azemi   Pergi ke azemi's Website   Quote dan BalasQuote

ah_mad
Warga Rasmi
Menyertai: 01.01.2009
Ahli No: 36592
Posting: 15

blank   avatar


posticon Posting pada: 02-01-09 14:58


yup,musik menggunakan nisbah.inipun saya dapat tahu dalam buku Matematik Merentas Tamadun, tulisan Prof. Mohd Rofa dr UPM..dalam buku tupun ada mengatakan bahawa Imam syafie pernah mengatakan" sesiapa yang mempelajari matematik maka panjanglah akalnya" dan hujjatul Islam, Imam Ghazali menyatakan " sesiapa yang tidak mengetahui Mantik, maka jangan dipercayai ilmunya."
Matematik ni banyak digunakan dalam sains(kejuruteraan,sains tulen),sains sosial,falsafah, lukisan (geometri), muzik dll.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ah_madProfil   Hantar PM kepada ah_mad   Quote dan BalasQuote

NoZaBiZz
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.10.2006
Ahli No: 27091
Posting: 268
Dari: UTM Skudai

Johor  


posticon Posting pada: 02-01-09 15:15


wah... bagusnya. mana boleh dapat buku ini ek... berkobar-kobar semangat nak belajar matematik ini...

Bookmark and Share

    


  Member Information For NoZaBiZzProfil   Hantar PM kepada NoZaBiZz   Pergi ke NoZaBiZz's Website   Quote dan BalasQuote

ah_mad
Warga Rasmi
Menyertai: 01.01.2009
Ahli No: 36592
Posting: 15

blank   avatar


posticon Posting pada: 02-01-09 15:33


try di DBP ato Dawama..ada dijual kat situ

Bookmark and Share

    


  Member Information For ah_madProfil   Hantar PM kepada ah_mad   Quote dan BalasQuote

azemi
WARGA SETIA
Menyertai: 16.01.2004
Ahli No: 6494
Posting: 681
Dari: K.pilah Somban

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 02-01-09 15:35


Pada 02-01-09 14:58 , ah_mad posting:

!!! QUOTE !!!

yup,musik menggunakan nisbah.inipun saya dapat tahu dalam buku Matematik Merentas Tamadun, tulisan Prof. Mohd Rofa dr UPM..quote]
..


Wah, menarik ya..meaning that adakah menguasai matematik adalah syarat untuk seorang ilmuan?atau asas matematik dan mantik sahaja?hmm.sebab itu tokoh2 Islam zaman dahulu dapat menguasai pelbagai cabang ilmu dalam satu-satu masa kan..

p/s: ada terbeli buku "Kebenaran Mutlak: Memahami Kesempurnaan"

Judul: Kebenaran Mutlak: Memahami Kesempurnaan
Pengarang: Malim Ghozali fikir
Penerbit: Seladang Books
Harga: RM59 (+ beberapa RM hasil kenaikan minyak..ngehe..)

Pengulas oleh: Dr.Talib Samat
Memahami Keagungan Ayat-ayat al-Quran Secara Saintifik
sumber:http://dakkapilah.blogdrive.com/

Ulasan Buku

Kemunculan buku Kebenaran Mutlak:Memahami Kesempurnaan yang dihasilkan Malim Ghozali fikir hasil penyelidikannya lebih sepuluh tahun merupakan suatu petanda positif kemampuan pemikir-pemikir Melayu untuk menandingi kemampuan pemikir-pemikir Barat yang sememangnya boleh dicabar penemuan-penemuan mereka dalam bidang saintifik.

Penghasilan buku yang sangat tinggi nilainya dalam menyuburkan sains al-Quran menerusi buku Kebenaran Mutlak:Memahami Kesempurnaan 2006. yang dilakukan oleh penulis kreatif Malim Ghozali fikir atau nama sebenarnya Mohamed Ghozali Abdul Rashid membuktikan keunggulan pemikir Melayu bersaing dengan hasil kajian saintis Barat yang sering memandang remeh pencapaian ilmu orang Islam.

Buku Kebenaran Mutlak: Memahami Kesempurnaan (versi Melayu)
hasil kajian teliti dan mendalam Malim Ghozali fikir terhadap pelbagai rahsia sains al-Quran yang terungkap dalam al-Quran, rahsia bilangan solat, tawaf,haji,6666 ayat al-Quran dan bukti-bukti matematik dan saintifik makna amalan umat Islam yang diungkapkan dalam buku ini berupaya membuka minda dan jiwa umat Islam agar lebih mencintai ilmu pengetahuan.

Dalam suasana masa kini dan gelombang kesedaran kerajaan untuk meningkatkan kesedaran saintifik dan matematik berasaskan sains al-Quran,buku ini berupaya membakar semangat dan cara berfikir umat Islam agar mencintai ilmu pengetahuan dan bekerja keras membangunkan tamadun Islam ke arah kegemilangannya.

Dalam suasana intelektual dan sarjana lslam masa kini yang terlalu kurang dalam menghasilkan buku yang berupaya membersihkan rohani dan jasmani agar beriman kepada Allah, sumbangan dan kehadiran buku ini sangat besar maknanya dalam menghidupkan tradisi ilmu Islam.

Kemunculan buku ini berupaya membuktikan apa yang terkandung dalam al-Quran itu boleh dibuktikan secara saintifik dan matematik yang menunjukkan apa sahaja ayat-ayat Allah itu mempunyai rahsia dan hikmah yang tersendiri.Bukan diletak begitu sahaja oleh Allah S.W.T yang diteliti dengan rapi oleh Malim Ghozali fikir menerusi bukunya ini yang mempunyai versi bahasa Melayu dan Inggeris.

Keunggulan buku ini dalam mentafsirkan Surah-surah al-Quran secara saintifik untuk membuktikan kebesaran ciptaan Allah yang di luar jangkauan fikiran manusia biasa boleh ditelusuri dengan meneliti kandungan buku ini bab demi bab secara tertib.

Dalam Bab Prolog difokuskan "Usaha Mencari Sains Al-Quran". Bab 1
difokuskan "Ambil Kira Yang Ghaib" dengan menumpukan
perbincangan di segi puji-pujian dan salam penghormatan,Yang Nyata dan yang Ghaib,Yang Kelihatan dan Yang Tersembunyi", Cahaya Kelihatan dan yang tidak kelihatan, imbang dan lawan imbang,alam semesta yang mengembang, konsep pasangan, model piawaian, logik dan antilogik dan putaran electron.

Manakala dalam Bab 2
dipusatkan perbincangan tentang Al-Quran,nisbah emas (the golden ratio dan transformasi Ghoz Gt)).Dalam bahagian ini difokuskan pengertian nisbah emas,angka-angka Fibonacci dan alam semulajadi, pengungkaian misteri nisbah emas, kesucian Al-Quran, kunci panca Illahiah dan 6666.

Manakala dalam Bab 3
ditumpukan perbincangan tentang Surah Al-Fatehah, Surah Ar-Rahman dan Muqatta'at dengan mengaitkan huraian tentang
pusat graviti, analisis beban dan analisis asakan tekanan Surah Al-Fatehah, keindahan tersembunyi Surah Ar-Rahman, huruf-huruf muqatt'at, huruf-huruf yang membentuk perkataan Quran,maklumat dan ilmu.

Manakala dalam Bab 4
difokuskan perdebatan tentang bulatan dan misteri pergi dengan mengaitkan huraian mengenai ketentuan dalam prinsip ketidaktentuan,model FnC, Kenapa 21, teorem bulatan, tawaf:konsep bulatan sempurna,lokus jemaah ketika mengerjakan tawaf,pergerakan cahaya:teori gelombang,kelajuan cahaya C,model keseimbangan Ghoz(GEM),pergi:mengukur yang tidak mungkin terukur.

Manakala dalam Bab 5
difokuskan huraian tentang titik paling padat: dinamo kehidupan dengan mengaitkan penjelasan tentang
konsep titik paling padat, meninjau semula "lubang hitam", teori string, teori talian Ilahiah dan 11 dimensi alam semesta.

Manakala dalam Bab 6
difokuskan perbincangan ilmiah tentang sistem suria: 9,10 atau 11 planet dengan menghubungkaitkan tentang sumbangan ahli-ahli ilmu falak Islam dan mimpi Nabi Yusuf a.s mengenai 11. planet dalam ( Surah Yusuf:4).

Buku ini diakhiri dengan epilog yang berupa catatan-catatan kenangan menghasilkan buku ini dan puisi "Terbangun Di Tengah Malam" yang puitis dan merangsang pembaca berfikir tentang kebesaran Allah selaku Pencipta alam ini.

Mungkin sepanjang 50 tahun kemerdekaan Malaysia inilah satu-satunya buku yang membicarakan secara saintifik dan ilmiah rahsia sains al-Quran yang ditulis oleh warga Malaysia yang berupaya mencabar sintis-saintis atau pemikir Barat yang sering memandang rendah pencapaian ilmu umat Islam.Malim Ghozali fikir membuktikan orang Melayu dan umat Islam di Malaysia juga boleh menghasilkan teori-teori ilmu yang luar biasa dan cemerlang.

Saya pernah mengikuti Malim Ghozali fikir berceramah tentang penemuan-penemuan terbarunya tentang sains al-Quran seperti terkandung dalam buku ini di beberapa buah masjid di Kuala Kangsar dan Ipoh menggunakan kaedah moden di samping mempromosi buku ini secara langsung ke tengah masyarakat pembaca dan umat Islam yang meminatinya.

Usaha-usaha serius dan berterusan Malim Ghozali fikir berceramah tentang buku ini di pelbagai masjid dan institusi ilmu di negara ini membuktikan keseriusannya memasyarakatkan ilmu ke tengah masyarakat.

Kesungguhannya mempopularkan buku ini juga dilakukan menerusi media elektronik untuk menyedarkan kefahaman masyarakat tentang konsep sains Islam berasaskan kitab suci al-Quran ajar diteladani oleh para penulis lain agar buku karangan mereka diketahui dan dibaca oleh pembaca secara meluas.

http://www.ipij.info/modules/newbb/viewtopic.php?topic_id=422&forum=21

bagi ahli2 matematik, saya merasakan buku ini sesuai dengan anda..saya baca tapi kurang faham kerna matematiknya sulit untuk difahami..tapi insyaAllah, bagi anda, anda akan dapat merasai makna kesempurnaan yang sebenarnya


-----------------
"Hujung FIKIR pangkal AGAMA"-Pak Hamka


Bookmark and Share

    


  Member Information For azemiProfil   Hantar PM kepada azemi   Pergi ke azemi's Website   Quote dan BalasQuote

ah_mad
Warga Rasmi
Menyertai: 01.01.2009
Ahli No: 36592
Posting: 15

blank   avatar


posticon Posting pada: 02-01-09 22:42


wow..bagus buku tu en azemi, saya akan cuba dptkannya.pada pendapat saya menguasai matematik boleh menjadikan hidup kita lebih ceria dan kritis lagi kreatif.
Perasan tak, banyak unversiti di negara2 maju fakulti matematik dan sainsnya lebih 'ternama' berbanding lain-lain fakulti.
Kepentingan/peranan matematik:
http://en.wikipedia.org/wiki/Music_and_mathematics
http://mathforum.org/dr.math/faq/faq.why.math.html

Bookmark and Share

    


  Member Information For ah_madProfil   Hantar PM kepada ah_mad   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 03-01-09 01:03


best saja matematik...hehe..matematik diaplikasikan kepada bahasa maybe jadi penyelesaian masalah...suka matematik tapi tak suka matematik tambahan....

Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

NoZaBiZz
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.10.2006
Ahli No: 27091
Posting: 268
Dari: UTM Skudai

Johor  


posticon Posting pada: 03-01-09 01:23


apa beza matematik dan matematik tambahan? kedua-duanya ada nombor. hehe... kat universiti, matematik tambahan itu jadi asas kepada cabang2 matematik di universiti...

Bookmark and Share

    


  Member Information For NoZaBiZzProfil   Hantar PM kepada NoZaBiZz   Pergi ke NoZaBiZz's Website   Quote dan BalasQuote

ah_mad
Warga Rasmi
Menyertai: 01.01.2009
Ahli No: 36592
Posting: 15

blank   avatar


posticon Posting pada: 03-01-09 01:30


slalunya,kalau boleh buat add maths, maths biasa kira kacang saja..heheheh..tapi kalau boleh buat add maths, tak tentu lagi boleh buat fizik..pengalaman saya dulu-dulu lah ..
NoZa ambil apa kat UTM skudai?

Bookmark and Share

    


  Member Information For ah_madProfil   Hantar PM kepada ah_mad   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 03-01-09 01:37


Pada 03-01-09 01:23 , NoZaBiZz posting:

!!! QUOTE !!!

apa beza matematik dan matematik tambahan? kedua-duanya ada nombor. hehe... kat universiti, matematik tambahan itu jadi asas kepada cabang2 matematik di universiti...
pening lah dengan add math...hehe..memang sama, number pun ...banyak sangat selok beloknya...satu soalan pun 2 muka surat just jawapan saja...hehe..tapi memang suka kira-kira...matematik dan akaun best.... :-D


-----------------
Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari)


Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

NoZaBiZz
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.10.2006
Ahli No: 27091
Posting: 268
Dari: UTM Skudai

Johor  


posticon Posting pada: 03-01-09 01:46


Pada 03-01-09 01:30 , ah_mad posting:

!!! QUOTE !!!

slalunya,kalau boleh buat add maths, maths biasa kira kacang saja..heheheh..tapi kalau boleh buat add maths, tak tentu lagi boleh buat fizik..pengalaman saya dulu-dulu lah ..
NoZa ambil apa kat UTM skudai?


hmmmm... ambil apa ek... :berfikir: ambil bidang matematik lah. tapi more to applied math... kos matematik ini org tak pandang sangatlah. tak setanding dengan engineering, medic etc...

xperlah adik sya_rin... belajarlah apa jua ilmu yang kita termampu kat dunia ini. insyaALLAH dipermudahkanNYA.

Bookmark and Share

    


  Member Information For NoZaBiZzProfil   Hantar PM kepada NoZaBiZz   Pergi ke NoZaBiZz's Website   Quote dan BalasQuote

ah_mad
Warga Rasmi
Menyertai: 01.01.2009
Ahli No: 36592
Posting: 15

blank   avatar


posticon Posting pada: 03-01-09 23:19


Pada 03-01-09 01:46 , NoZaBiZz posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 03-01-09 01:30 , ah_mad posting:

!!! QUOTE !!!

slalunya,kalau boleh buat add maths, maths biasa kira kacang saja..heheheh..tapi kalau boleh buat add maths, tak tentu lagi boleh buat fizik..pengalaman saya dulu-dulu lah ..
NoZa ambil apa kat UTM skudai?


hmmmm... ambil apa ek... :berfikir: ambil bidang matematik lah. tapi more to applied math... kos matematik ini org tak pandang sangatlah. tak setanding dengan engineering, medic etc...

xperlah adik sya_rin... belajarlah apa jua ilmu yang kita termampu kat dunia ini. insyaALLAH dipermudahkanNYA.

saya hormat org yang ambil applied maths ni, tanpa math,engineering tak menjadik

Bookmark and Share

    


  Member Information For ah_madProfil   Hantar PM kepada ah_mad   Quote dan BalasQuote

srikandi_khaulah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 30.07.2007
Ahli No: 30520
Posting: 139
Dari: Bandar Baru Bangi

Selangor  


posticon Posting pada: 04-01-09 01:11


matematik adalah bahasa fizik eh?
terima kasih sebab beritahu.
tak berapa tahu pasal fizik sebab tak ambil pun subjek tu (setakat sains am saja).

Yang saya tahu, kebanyakan cabang ilmu ada konsep "kesimbangan" atau "persamaan". Tak kira lah ilmu apa pun.

agama
matematik
kimia
fizik
biologi
perakauan
psikolgi

bla bla bla....(ada sesiapa yang tau lagi?)

Contohnya ilmu perakaunan (tumpang lalu ye...hehe)...kalau amaun yang kita kira tu tak seimbang, maknanya adalah benda yang kita silap kira...jadilah akaun itu senget (tak seimbang).

jadi, pastikan akaun yang kita buat tu seimbang sekali pun orang kata kita macam orang tak betul
(sebab cakap seorang-seorang bila mencari punca Kenapa lah akaun ni tak seimbang ye?)


--> ah_mad, saya pun hormat pada orang yang mengamalkan ilmunya...he.

Bookmark and Share

    


  Member Information For srikandi_khaulahProfil   Hantar PM kepada srikandi_khaulah   Pergi ke srikandi_khaulah's Website   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 04-01-09 01:17


Pada 03-01-09 01:46 , NoZaBiZz posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 03-01-09 01:30 , ah_mad posting:

!!! QUOTE !!!

slalunya,kalau boleh buat add maths, maths biasa kira kacang saja..heheheh..tapi kalau boleh buat add maths, tak tentu lagi boleh buat fizik..pengalaman saya dulu-dulu lah ..
NoZa ambil apa kat UTM skudai?


hmmmm... ambil apa ek... :berfikir: ambil bidang matematik lah. tapi more to applied math... kos matematik ini org tak pandang sangatlah. tak setanding dengan engineering, medic etc...

xperlah adik sya_rin... belajarlah apa jua ilmu yang kita termampu kat dunia ini. insyaALLAH dipermudahkanNYA.
adik? haha...terima kasih kak...adik sya_ryn ni suka belajar benda baru dan benda-benda pelik... :berfikir:


-----------------
Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari)


Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

az-zahra
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.10.2003
Ahli No: 4378
Posting: 130
Dari: dari atas pokok

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 04-01-09 01:58


assalamualaikum

setuju sangat matematik adalah bahasa fizik. kerna matematik diperlukan untuk mengungkapkan kebanyakan prinsip2 fizik. seperti newton (ahli matematik) yang menggunakan matematik untuk menerangkan elektron. schrodinger dengan persamaan perigi keupayaan dan lain-lain.

wallahua'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For az-zahraProfil   Hantar PM kepada az-zahra   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 05-01-09 14:25


Kalau kita selidik asal usul komputer, kita akan dapati orang yang mula-mula mencipta komputer adalah ahli matematik bukannya jurutera ataupun pakar IT... :berfikir:...Penting juga kan matematik ni... :welcome:

compute --> computer


-----------------
DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...


Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

mie_sya
Warga 1 Bintang
Menyertai: 05.12.2007
Ahli No: 31925
Posting: 27
Dari: Ipoh, Perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 12-01-09 01:35


salam...
saya memang suka matematik...
tapi bagi yang tidak meminati matematik, ianya boleh dipupuk...
kerna kehidupan kita sering kali bermain dengan nombor...

~Pertemuan kita telah diatur dilangit dan kita di bumi telah melakukannya sebagaimana kehendak takdir~


-----------------
"sesaat pertemuan menitik perkenalan, seminit perkenalan menerbit kemesraan, sejam kemesraan mengukuhkan persahabatan, sehari persahabatan selamanya dalam ingatan"


Bookmark and Share

    


  Member Information For mie_syaProfil   Hantar PM kepada mie_sya   Quote dan BalasQuote

as-syafie
WARGA SETIA
Menyertai: 25.01.2007
Ahli No: 28366
Posting: 461
Dari: Mesir Darul Ulama'

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 12-01-09 02:05


matematik itu senang... matematik itu senang.. matematik itu senang...
hehehe... kalau kita fikir senang.. senang jadi nya... cikgu yang ajar saya matematik memang best...

Bookmark and Share

    


  Member Information For as-syafieProfil   Hantar PM kepada as-syafie   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 12-01-09 11:53


Pada 05-01-09 14:25 , sailormoon posting:

!!! QUOTE !!!

Kalau kita selidik asal usul komputer, kita akan dapati orang yang mula-mula mencipta komputer adalah ahli matematik bukannya jurutera ataupun pakar IT... :berfikir:...Penting juga kan matematik ni... :welcome:

compute --> computer



Macam tu ke sailormoon? wah banyak betul perkara yang berkait mait dengan matematik ni.. walaupun tak pandai matematik,nasib baik saya minat matematik..uhuk.. :sopan: boleh lah saya belajar lagi ye..

orang yang pandai main catur pun antara yang bijak pandai dalam matematik.. apa kaitan ye sedangkan dalam catur,tiada nombor dan istilah matematik pun..huhu :-D



Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 12-01-09 13:02


Pada 12-01-09 11:53 , halesolurun_84 posting:

!!! QUOTE !!!


Macam tu ke sailormoon? wah banyak betul perkara yang berkait mait dengan matematik ni.. walaupun tak pandai matematik,nasib baik saya minat matematik..uhuk.. :sopan: boleh lah saya belajar lagi ye..



Betul...Tapi komputer pada zaman tu adalah alat mekanikal...Asasnya tetap sama...Cuma zaman sekarang ni komputer adalah alat elektronik...


-----------------
DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...


Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

amancalledboy
Warga 3 Bintang
Menyertai: 06.07.2008
Ahli No: 33940
Posting: 128
Dari: bumi Allah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 19-01-09 11:17


salam,

erk..nak meyelit juga lah....betul lah..kalau di fikir-fikirkan..physic, kimia, bio semua ada unsur matematik..

physic=tak payah cakap lah memang banyak calculation..
bio= pun ada juga..nak kira (tangkap-tanda-lepas..er..tak ingat lah)
kimia pun sama juga..

kimia terbahagi pada banyak sub;
i)physical chemistry-banyak calculation..boleh di hubung kait kan dengan physic,contoh..bab electrochemistry..walaupon fundamental nya adalah physic tapi theory nya adalah kimia..

ii)organic chemistry-pun ada calculation..contoh, nak kira bil mol, JMR, density, molarity, molality etc.
    bil mol = mass (pergi)/ JMR
    density= mass (pergi)/ mL
    bil mol = MV/1000
etc...

iii) inorganic chemistry- ada juga calculation..nak kira quantum, semua mak nenek lah..tak suka sangat inorganic ni..

iv) biochemistry- ada juga lah agaknya..nak buat bioassay kena kira juga molarity..so ada juga lah calculation..

v) corrosion-pun ad juga..organic+physical+inorganic..so mesti lah ada calculation

vi) industry chemistry- er..tak ingat lah..dulu dapat C saja..rasa nya ada juga calculation

vii) petrochemistry- organic+industry..kompem ada calculation

dan banyak lagi lah matematik dalam kimia ni..pendek kata kimia dan matematik tu sinonim lah..


kimia untuk semua~~
hehe..

dalam hidup kita semua ada kaitan dengan kimia..apa benda yang tak ada kaitan dengan kimia? :kelip:

Bookmark and Share

    


  Member Information For amancalledboyProfil   Hantar PM kepada amancalledboy   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.366778 saat. Lajunya....