Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Seekor ikan di tangan lebih berharga dari dua ekor ikan di kolam
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 141
Ahli: 0
Jumlah: 141




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 18 jam, 28 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Klinik Ukhwah
Topik: Kemurungan


Carian Forum

Moderator: Administrator, Meow, dramian219
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Klinik Ukhwah
    »» Kemurungan

Please Mendaftar To Post


Oleh Kemurungan

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 30-12-08 08:43


KEMURUNGAN
Apakah itu kemurungan?
Mengapa seseorang mengalami kemurungan?
Bagaimana mengenal pasti seseorang mengalami kemurungan?
Bagaimana membantu seseorang yang mengalami masalah kemurungan?
Apakah yang akan berlaku sekiranya tiada bantuan diberikan?
Di manakah seseorang boleh mendapatkan bantuan?


Apakah itu kemurungan?
Kemurungan adalah penyakit mental yang menyebabkan perasaan (mood) seseorang individu menjadi semakin menurun.

Ini akan menjejaskan kehidupan harian individu tersebut, termasuklah pemikiran, perasaan, tingkah laku dan kesejahteraannya.

Sekiranya tidak ditangani secara efektif, ianya boleh mendorong kepada tindakan membunuh diri.



Mengapa seseorang mengalami kemurungan?
Sebab-sebab terjadinya kemurungan termasuklah:


Kemurungan boleh berlaku di dalam keluarga


Peristiwa atau kejadian yang menyebabkan seseorang tertekan


Contoh: Kematian ahli keluarga, gagal dalam peperiksaan, perceraian ibu bapa


Penyakit kronik


Contoh: Epilepsi (Sawan), asma dan kanser


Ciri-ciri peribadi


Penyalahgunaan dadah


Penggunaan ubat-ubatan tertentu


Contoh: Steroid, ubat cegah kanser



Bagaimana mengenal pasti seseorang mengalami kemurungan?
Ciri-ciri kemurungan termasuklah:


Sentiasa sedih dan menangis


Mudah tersinggung


Tidak bermaya


Tidak berupaya untuk menikmati aktiviti-aktiviti kegemaran


rasa bersalah yang tidak menentu


Sakit - sakit badan


Kehilangan fungsi tubuh yang tidak boleh diperjelaskan


Contoh: Sentiasa mengalami sakit kepala, letih atau sakit perut


Mengasingkan diri daripada sahabat dan keluarga


Cubaan untuk mencederakan diri sendiri dan membunuh diri



Bagaimana membantu seseorang yang mengalami masalah kemurungan?
Antara langkah-langkah yang boleh diambil termasuklah:


Menggalakkan individu tersebut untuk berbual dengan orang yang beliau percaya, seperti


Ibu bapa


Ahli keluarga yang dipercayai


Kaunselor sekolah


Guru agama




Jadilah sahabat yang sentiasa memberi sokongan


Mendengar


Menghibur hati


Menasihati
ATAU

Memberi cadangan untuk mendapatkan bantuan daripada individu yang lebih berkelayakan:


Doktor


Ahli Psikologi


Pakar Psikiatri

"Minta pertolongan adalah langkah pertama untuk mengatasi masalah kemurungan"



Apakah yang akan berlaku sekiranya tiada bantuan diberikan?
Terdapat banyak keburukan apabila kemurungan tidak ditangani. Ini termasuklah:


Kesan ke atas fizikal. Contoh:


Masalah kurang berat badan atau masalah kegemukan


Gangguan kitaran haid


Anemia




Kesan ke atas Psikologi. Contoh:


Perasaan rendah diri


Risiko untuk bunuh diri




Kesan ke atas sosial. Contoh :


Pencapaian sekolah yang lemah


Ponteng


Penyalahgunaan dadah atau minuman keras



Di manakah seseorang boleh mendapatkan bantuan?
Pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

"Minta pertolongan adalah langkah pertama untuk mengatasi masalah kemurungan"


-----------------
Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.


Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

RuMaishaaa

Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 749
Posting: 1276
Dari: Kg.Batu Muda, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 17-12-09 05:32


ni salah satu penyakit masa kini..

ramai sangat menghadapi kemurungan.. salah satu kerana tertekan dengan keadaan..

Kalau budak kecil, kerana hajatnya tak dapat..tak siapa nak berkawan, ibubapa tiada, selalu jadi pasif dalam setiap perkara..

kalau budak besar, akibat kemurungan.. selalu ternampak perkara-perkara pelik.. tindakan pun menakutkan.. asyik nak pukul orang..mencuri..pecah kereta..

mutakhir..ramai penjahat akhir-akhir ini kerana tidak cukup duit. Hatta aircond surau pun di bawa lari.. Menakutkan! nak kerja pun tak aman. Asyik kena kunci pintu pejabat saja~~


-----------------

::KASIH SAYANG KUNCI KEAMANAN SEJAGAT::


Bookmark and Share

    


  Member Information For RuMaishaaaProfil   Hantar PM kepada RuMaishaaa   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.222387 saat. Lajunya....