Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Tidak semua yang kita mahu boleh didapat. Jika Allah tidak memberi sekarang, ia akan ditunda atau diganti yang lebih baik.
-- Dari Drama Kiamat Sudah Dekat

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 206
Ahli: 0
Jumlah: 206




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Sumpah Awie


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Sumpah Awie

Please Mendaftar To Post


Oleh Sumpah Awie

wafie
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15378
Posting: 517
Dari: Sabak Bernam Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 20-12-08 15:02


Mahu saman
Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammad
[email protected]

KUALA LUMPUR: “Saya sumpah dengan nama Allah tidak pernah melakukan perbuatan itu. Saya tidak pernah buat perkara dianggap paling bodoh iaitu hendak menganiaya bangsa saya sendiri,” kata pelakon dan penyanyi, Ahmad Azhar Othman atau lebih dikenali sebagai Awie, 41.

Dia berkata, sejak berita mengenainya tersiar di Metro Ahad 14 Disember lalu, telefon bimbitnya seolah-olah di bursa saham dengan panggilan bertalu-talu.

Katanya, kenyataan yang dikeluarkan Jamaluddin Yusof (Presiden Pertubuhan Dakwah dan Islamiah Malaysia (Pekida) itu menyebabkan pemikirannya terganggu.

“Oleh itu, hari ini (semalam), buat pertama kali dalam sejarah hidup, saya sudah mengarahkan peguam saya mengambil tindakan undang-undang di mahkamah sivil terhadap Jamaluddin,” katanya yang juga ahli Pekida berstatus ‘Ayahanda’ yang berdaftar pada 2005.






Awie meluahkan rasa hati dipendamnya itu pada sidang media di sebuah hotel di ibu negara di sini, semalam.




Turut hadir, bekas pemimpin kanan Pekida Pusat bertaraf ‘Ayahanda’, Datuk Seri S Jaafar, Datuk Paduka Ab Malek Ranting dan Datuk Seri Dr Paiman Shakimon.

Beberapa teman rapat, termasuk pelakon Hans Issac, Afdlin Shauki dan pengarah filem, Mamat Khalid serta anggota Kumpulan Wings hadir bagi memberikan sokongan kepada penyanyi itu.

Metro Ahad 14 Disember lalu melaporkan mengenai Pekida yang bakal melaksanakan program pemutihan terhadap lebih 15,000 ahli songsang, termasuk pemimpin berpangkat ‘Abang Long’ dan ‘Ayahanda’ yang dikenal pasti terpesong daripada matlamat serta perjuangan asal pertubuhan itu.

Kenyataan itu menyebut pemutihan secara berperingkat dalam tempoh terdekat turut membabitkan Awie yang dikatakan menyimpang daripada asas perjuangan Pekida.

Laporan itu memetik kenyataan Jamaludin bahawa program pemutihan itu bertujuan membersihkan Pekida daripada ahli yang terbabit kegiatan negatif membabitkan lebih 15,000 ahli itu, dengan sebahagian besarnya di Selangor dan Kuala Lumpur.

Jamaluddin berkata, pemutihan itu bukan bermaksud terus membuang ahli songsang, tetapi cuba memulihkan mereka terlebih dulu dan jika tidak berjaya, keahlian mereka dilucutkan.

Beliau turut mendakwa antara ahli yang menyimpang ialah Awie yang bergerak sebagai ahli seumur hidup Pekida serta mempunyai kumpulannya sendiri.

Awie juga dituduh mengambil RM3,600 terhadap ahli yang mahu melakukan sumpah selain didakwa sebagai seorang ketua gengster.

Walaupun berang dengan tohmahan itu, Awie yang berpakaian agaknya kuning cerah, berkata dia sedia dipecat bila-bila masa jika dilakukan mengikut peraturan ditetapkan.

“Saya boleh meletakkan kad keahlian bila-bila masa, tetapi perlu dilakukan mengikut peraturan, termasuk memberikan ruang kepada saya menjawab surat tunjuk sebab yang perlu dikemukakan pengurusan Pekida.

“Malah, jika apa yang didakwa itu ada asasnya, saya bersedia meletakkan jawatan sebagai ahli Pekida,” katanya.

Tanpa berselindung, Awie berkata, sikapnya yang gemar berdiam diri menimbulkan pelbagai tuduhan terhadapnya.

“Keadaan itu sudah menjadi sejarah hari ini (semalam),” katanya merujuk kepada sidang media berkenaan.

Menceritakan latar belakangnya dengan penuh emosi, kata Awie, dia dibesarkan dalam keluarga beragama, malah ibu dan bapanya juga sudah menunaikan haji dan banyak mengajarnya menjadi insan berguna.

“Perjalanan dan pengalaman dilalui sepanjang hayat dalam industri seni dilalui dengan sebaik-baiknya. Janganlah membanding sikap dan diri saya dengan malaikat dan Rasul.

“Saya insan biasa dan tidak mahu dilabelkan sebagai hipokrit. Saya hanya membawa diri sebagai penyanyi dan pelakon dan dianugerahkan apa saja, saya tetap begini,” katanya sekali-sekali menyelitkan unsur sinis terhadap pihak yang memfitnahnya.

Awie turut menjelaskan ada ketikanya, dia terfikir kemungkinan dianggap sebagai bahan atau benda yang tidak berakal, tidak berperasaan dan boleh diperkotak-katikkan.

“Kita perlu saling hormat menghormati, saya bukan ulama dan pendeta yang bijak berkata-kata. Saya bukan bodoh sangat, tetapi saya seorang insan yang dianugerah Allah akal dan suara untuk berfikir dan berkata-kata,” katanya.

Awie seterusnya berkata, isu itu benar-benar mengganggu kehidupan hariannya, terutama dalam beberapa kerjaya yang sedang dilakukan.

Katanya, dia memperoleh pendapatan dengan menyanyi serta berlakon, bukannya merompak atau sanggup mengambil duit orang dengan sewenang-wenangnya.

“Saya ada lima perut yang perlu saya tanggung dan saya suap di rumah, nak makan apa jika masyarakat termakan dengan fitnah ini,” katanya yang mengakui saman yang akan dibuat untuk membersihkan namanya yang tercemar.



Ikuti sebahagian soal jawab Awie dengan wakil media:

WARTAWAN: Bilakah saman fitnah terhadap Jamaluddin ini akan difailkan di mahkamah sivil?

AWIE: Saya sudah mengarahkan peguam bertindak dan mengambil tindakan dalam tempoh terdekat.

WARTAWAN: Adakah laporan polis ada dibuat berkaitan isu itu?

AWIE: Ada, saya membuat laporan polis pada hari berita itu disiarkan dalam Metro Ahad pada 14 Disember lalu di Kota Bharu, Kelantan.

WARTAWAN: Adakah Awie akan meletakkan jawatan sebagai ahli Pekida?

AWIE: Saya tidak ada masalah untuk meletakkan jawatan dan boleh dilakukan pada bila-bila masa. Bagaimanapun, prosedur perlu dilakukan, termasuk memberikan saya surat tunjuk, supaya saya boleh jawab. Jika ada ada asas saya boleh meletakkan kad keahlian saya.

WARTAWAN: Kemungkinan ada pihak lain yang mungkin disaman?

AWIE: Buat masa ini, saya lebih melihat dan memberikan tumpuan kepada menyaman Jamaluddin yang membuat fitnah terhadap saya.


p/s hmm entahlah tak tau nak cakap apa....macam -macam kes kat malaysia ini,pada sesiapa ada yang ingin memberi komen..


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For wafieProfil   Hantar PM kepada wafie   Quote dan BalasQuote

azemi
WARGA SETIA
Menyertai: 16.01.2004
Ahli No: 6494
Posting: 681
Dari: K.pilah Somban

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 20-12-08 17:17


Apa istimewanya PEKIDA?ada ke sahabat-sahabat dalam ukhwah ni anggota PEKIDA?saya setuju dengan langkah pemulihan dalam PEKIDA..sebab di kampung saya sendiri, saya lihat org yang 'claim' diri dia anggota PEKIDA tu, langsung tak bawa mesej dakwah sesuai dengan nama PEKIDA, malah lebih buruk lagi..saya keliru bagaimana sebuah pertubuhan NGO seperti PEKIDA, seolah-olah menguasai urusan kemasyarakat, menaikkan status sosial kita dalam masyarakat sekiranya menjadi anggota PEKIDA..Kenapa ini berlaku??saya confius!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For azemiProfil   Hantar PM kepada azemi   Pergi ke azemi's Website   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 20-12-08 21:28


PEKIDA?rasanya pernah nampak majlis mereka di pulau pinang taip tak tahu betul ke tak.selalunya bila ada majlis pekida,signboard dia mesti ada letak baldi warna biru rasanya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

tasbih_30
WARGA SETIA
Menyertai: 27.02.2006
Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK

congo  


posticon Posting pada: 21-12-08 02:14


:) ........................................

Bookmark and Share

    


  Member Information For tasbih_30Profil   Hantar PM kepada tasbih_30   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 21-12-08 09:47


maaf nak mencelah sedikit..apa yang saya tahu tentang perkida ni...ramai orang2 bawahan perkida ni memang teruk..minum arak...hidu gam..isap rokok...(tetapi mungkin tak semua)..kerana sekarang ni ramai budak yang mengaku budak pekida..tapi bukan nak dakwah orang..tapi jagi ganster lagi ada lah...yang sungguh menajupkan pulak..ada budak darjah 6 ni mengaku budak 3 line jugak...aduh..aduh...

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

wafie
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15378
Posting: 517
Dari: Sabak Bernam Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 21-12-08 11:38


Pada 21-12-08 09:47 , muslimin23 posting:

!!! QUOTE !!!

maaf nak mencelah sedikit..apa yang saya tahu tentang perkida ni...ramai orang2 bawahan perkida ni memang teruk..minum arak...hidu gam..isap rokok...(tetapi mungkin tak semua)..kerana sekarang ni ramai budak yang mengaku budak pekida..tapi bukan nak dakwah orang..tapi jagi ganster lagi ada lah...yang sungguh menajupkan pulak..ada budak darjah 6 ni mengaku budak 3 line jugak...aduh..aduh...


betul tu antaranya rakan-rakan ana sendiri kalau yang baik-baik itu boleh di bilang dengan jari.... :-(


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For wafieProfil   Hantar PM kepada wafie   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 22-12-08 13:34


assalamualaikum
setahu saya Pekida ni ada dua group..
satu group gangster
satu lagi group baik...masjid group...
memang ada angkat sumpah nak jadi ahli pekida...

group apa jua kita join yang utama aqidah perlu betul...


http://pokding.blogspot.com/

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

intifada08
Warga 2 Bintang
Menyertai: 26.08.2008
Ahli No: 34648
Posting: 52
Dari: Kedah

armenia  


posticon Posting pada: 22-12-08 13:44


ada sesetengah orang panggil pekida ni kongsi gelap Melayu..tapi taktau lah betul ke tak...walau bagaimanapun, sekarang ni ada yang claim pekida tapi dok pukul2 orang..tu yang pelik sikit tu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For intifada08Profil   Hantar PM kepada intifada08   Quote dan BalasQuote

swordofdeen
WARGA SETIA
Menyertai: 11.06.2003
Ahli No: 1307
Posting: 632
Dari: Somewhere on this earth

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 22-12-08 13:56


Awie = ayahnda

macam mana awie boleh jadi pangkat ayahnda?

Bookmark and Share

    


  Member Information For swordofdeenProfil   Hantar PM kepada swordofdeen   Pergi ke swordofdeen's Website   Quote dan BalasQuote

Maricella

Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 198
Posting: 275
Dari: gemas

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 22-12-08 14:04


huhu tak tau apa-apa pun pasal ini..thehe.. :lol: :lol: :oops:


-----------------
Cinta dunia ibarat madu yang beracun,
cinta akhirat bagai hempedu yang mujarab.





Bookmark and Share

    


  Member Information For MaricellaProfil   Hantar PM kepada Maricella   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 22-12-08 14:37


ayahanda kira kalau style MLM adalah kira senior ahli dalam pekida...


MLM kan ada level of ranking...



awie mungkin dia join group gangster sebab nak kata dia group masjid...mungkin tidak...


kira dua group dalam pekida: group masjid
group gangster yang kira selalu ronda....

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

mas_ayu
WARGA SETIA
Menyertai: 30.01.2007
Ahli No: 28444
Posting: 1063
Dari: :pAhaNG DaRuL MaKMuR:

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 22-12-08 15:51


pekida tu apa fungsinya.? tak pernah tau pun... :-D :-D

Bookmark and Share

    


  Member Information For mas_ayuProfil   Hantar PM kepada mas_ayu   Pergi ke mas_ayu's Website   Quote dan BalasQuote

Jue_Effendy
WARGA SETIA
Menyertai: 10.11.2008
Ahli No: 35812
Posting: 760
Dari: Kota Kinabalu

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 22-12-08 15:53


Pada 22-12-08 15:51 , mas_ayu posting:

!!! QUOTE !!!

pekida tu apa fungsinya.? tak pernah tau pun... :-D :-D


a'ah....
jue pun tak pernah dengar tentang pertubuhan tu kat sabah.... :berfikir:
atau jue yang tak perasan kehadirannya....???


-----------------
bila waktu telah terhenti....
teman sejati hanyalah amal....


Bookmark and Share

    


  Member Information For Jue_EffendyProfil   Hantar PM kepada Jue_Effendy   Pergi ke Jue_Effendy's Website   Quote dan BalasQuote

erwina
WARGA SETIA
Menyertai: 11.05.2004
Ahli No: 8917
Posting: 503
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 22-12-08 15:53


:berfikir: mungkin ya mungkin tidak

Bookmark and Share

    


  Member Information For erwinaProfil   Hantar PM kepada erwina   Pergi ke erwina's Website   Quote dan BalasQuote

umar_khalil
WARGA SETIA
Menyertai: 14.01.2008
Ahli No: 32313
Posting: 1204

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 22-12-08 15:58


apa kata boleh pergi link ni...da di bincangkan tentang pekida ni,,,soalnya tentang sumpah awie,,,,tak apa lah,,da bsangkut paut..


www.ukhwah.com/viewtopic.php?topic=38184&forum=2& - 135k



Bookmark and Share

    


  Member Information For umar_khalilProfil   Hantar PM kepada umar_khalil   Quote dan BalasQuote

Jue_Effendy
WARGA SETIA
Menyertai: 10.11.2008
Ahli No: 35812
Posting: 760
Dari: Kota Kinabalu

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 22-12-08 16:19


Pada 22-12-08 15:58 , umar_khalil posting:

!!! QUOTE !!!

apa kata boleh pergi link ni...da di bincangkan tentang pekida ni,,,soalnya tentang sumpah awie,,,,tak apa lah,,da bsangkut paut..


www.ukhwah.com/viewtopic.php?topic=38184&forum=2& - 135k



oh, da boleh faham sikit pasal PEKIDA ni....
syukran ya akhi umar.....


-----------------
bila waktu telah terhenti....
teman sejati hanyalah amal....


Bookmark and Share

    


  Member Information For Jue_EffendyProfil   Hantar PM kepada Jue_Effendy   Pergi ke Jue_Effendy's Website   Quote dan BalasQuote

sasuke-kun
WARGA SETIA
Menyertai: 21.09.2004
Ahli No: 11297
Posting: 525
Dari: klate-jepun

Kelantan  


posticon Posting pada: 22-12-08 17:02


maaf tumpang tanya....
selama ni banyak kali juga dengar pasal pekida ni..
tapi apa itu pekida????? tak faham...ngo ke??

Bookmark and Share

    


  Member Information For sasuke-kunProfil   Hantar PM kepada sasuke-kun   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.123539 saat. Lajunya....