Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika anda taknak bekerja, carilah duit sebanyak-banyaknya; nanti anda tak perlu bekerja
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 224
Ahli: 0
Jumlah: 224




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Sirah dan Tokoh Islam
Topik: SERUAN KHALIFAH UMAR AL KHATTAB BERGEMA KEMBALI


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Sirah dan Tokoh Islam
    »» SERUAN KHALIFAH UMAR AL KHATTAB BERGEMA KEMBALI

Please Mendaftar To Post


Oleh SERUAN KHALIFAH UMAR AL KHATTAB BERGEMA KEMBALI

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 13-12-08 17:49


Assalamualaikum w.b.t Ikhwan sekalian.

Situasi umat Islam semakin meruncing dari hari ke sehari. Tiap detik Islam ditindas di segenap ruang. Apakah kita tidak cukup gagah untuk menentang kembali? Atau takdir masih tidak menyebelahi?

Ikhwan sekalian, panglima-panglima agung Islam telah lama meninggalkan kita, namun wasiat & amanat mereka masih ada. Dikala kita masih di dalam dilema & dogma, ayuh kita hayati kembali salah satu seruan penting dari Khalifah nan agung.

Seruan ini akan terus bergema selagi Islam tidak kembali gemilang di singgahsananya yang Haq.

--->SERUAN UMAR KEMBALI


-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

Wawa_83
WARGA SETIA
Menyertai: 20.12.2004
Ahli No: 13173
Posting: 817
Dari: SeLaNgOR - My LoVeLy with ALLAH's LoVe..!

Selangor  


posticon Posting pada: 13-12-08 21:09


Terfikir sejenak lepas tengok video tu .. memang kita kena lawan 'musuh' dalam diri kita dulu ... Tewaskn nafsu kita sebelum keluar 'berjihad' .. Btapa Umar Bin Khattab ni seorang yag Optimis.. Kagum sungguh, semoga kita semua diberi kekuatan dan ksempatan untuk berbuat kbajikn dijalan-NYA, Amin..

Bila Wawa tengok video tu, rasanya macam ada org kejut Wawa bangun dari tidur yang melalaikan .. Bagus betul video2 macam ni..

Warga u.c, Rugi tak tengok video ni .. rasa trpana seketika ..

LAILAHA ILLALLAH .. MUHAMMADUR RASULULULLAH ..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Wawa_83Profil   Hantar PM kepada Wawa_83   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 14-12-08 17:33


Hamba cedok semula terjemahan Surat Umar yang pernah disiarkan di Ukhwah suatu ketika dulu untuk renungan kita kembali:

Akidah Tunggak Kekuatan
Diluluskan pada Sabtu, 21 Februari 2004 @ 15:27:05 oleh littlemuslimah
Tazkirah

umair menulis "Oleh: Dr. Taufik Wa’I

Takwa merupakan kekuatan, amanah merupakan bekalan, ukhwah merupakan ikatan, hidayah merupakan jalan kebahagian, ketaatan kepada Allah merupakan kemenangan, mengikuti manhaj-Nya merupakan jalan yang lurus, maksiat merupakan celaan dan lemah merupakan kehinaan.

Surat Umar (.a.):
Umar al-Khattab (.a.) telah menulis surat peperangan kepada Saad bin Abi Waqqas (.a.) dengan katanya:
“Sebaik-baik persiapan menghadapi musuh dan sehebat-hebat helah dalam peperangan ialah takwa kepada Allah. Oleh itu aku memerintahkan kamu dan tentera yang bersama dengan kamu supaya bertakwa. Aku juga memerintahkan kamu dan mereka yang bersama kamu agar lebih berwaspada dengan maksiat yang kamu semua lakukan daripada musuh-musuh kamu. Sesungguhnya dosa merupakan tentera yang aku takuti lebih daripada musuh. Sesungguhnya kemenangan muslimin adalah di sebabkan maksiat yang dilakukan musuh kepada Allah. Kalau tidak, kita sebenarnya tiada kekuatan. Kerana bilangan kita lebih kecil berbanding bilangan mereka, persenjataan mereka jauh lebih hebat daripada persenjataan kita. Maka jika kita juga berada dalam maksiat kepada Allah, mereka lebih mempunyai kekuatan berbanding kita. Jika kita tidak menundukkan mereka dengan kelebihan kita (akidah) maka kita tidak akan menundukkan mereka dengan kekuatan kita (persenjataan). Ketahuilah sesungguhnya kamu semua berada di jalan yang sentiasa diawasi oleh malaikat Allah yang mengetahui apa yang kamu lakukan, oleh itu malulah dengan mereka. Janganlah sekali-kali kamu melakukan maksiat kepada Allah sedangkan kamu berada di atas jalan-Nya. Dan jangan sekali-kali kamu berkata, jika musuh kita lebih jahat daripada kita mereka tidak akan sekali-kali dapat menewaskan kita. Mintalah bantuan daripada Allah untuk diri-diri kamu sebagaimana kamu meminta kemenangan daripada Allah ke atas musuh-musuh kamu.”


Maharaja China
Sebuah kisah lagi ketika mana Raja Parsi mengutuskan utusan kepada Maharaja China untuk meminta bantuan setelah tentera muslimin berjaya membuka kota Madain. Lalu utusan tersebut menceritakan kepada Maharaja China perihal tentera muslimin yang dapat menundukkan tentera Parsi sedangkan bilangan tentera Parsi jauh lebih ramai berbanding tentera muslimin. Maka berlakulah dailog di antara Maharaja China dengan utusan Raja Parsi.

Maharaja China: Adakah mereka menunaikan janji-janji mereka?

Utusan Parsi: Ya.

Maharaja China: Apakah yang mereka katakan sebelum mereka memerangi kamu?

Utusan Parsi: Mereka menyeru kami memilih satu antara tiga, mengikut agama mereka atau membayar jizyah dan perlindungan atau perang.

Maharaja China: Bagaimana ketaatan mereka kepada ketua mereka?

Utusan Parsi: Mereka taat dengan ketua mereka.

Maharaja China: Apakah yang mereka halalkan dan apakah yang mereka haramkan?

Utusan Parsi: Mereka mengharamkan perkara-perkara yang sesat, buruk, jijik dan segala bentuk kejahatan.

Maharaja China: Adakah mereka menghalalkan apa yang telah mereka haramkan dan mengharamkan apa yang telah mereka halalkan.

Utusan Parsi: Tidak…mereka meyakini syariat mereka adalah kekal selama mana wujudnya langit dan bumi. Mereka berpegang tiada ketaatan kepada hamba dalam perkara yang menyanggah Pencipta.

Maharaja China: Sesungguhnya mereka tidak akan hancur selama-lamanya. Sehinggalah mereka menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.

Lantas Maharaja China mengutuskan suratnya kepada Raja Parsi dengan katanya: “Sesungguhnya aku tidak keberatan untuk mengutus kepada kamu tentera yang awalnya di Maru (salah satu kota di Parsi) dan akhirnya di China. Tetapi, mereka (tentera muslimin) sebagai mana yang diceritakan oleh utusan kamu. Jikalau mereka ingin merata gunung, pasti mereka akan mampu meratakannya. Jika mereka membentengi jalan (laluan tentera China), mereka akan menhancurkan kami selama mana mereka berakhlak sebagaimana yang diceritakan oleh utusan kamu. Oleh itu menyerahlah kepada mereka dengan cara damai. Janganlah kamu menyerang mereka selama mana mereka tidak menyerang kamu.”

Inilah dia risalah keimanan. Inilah dia umat Islam yang gagah dengan keimanan dan keislaman mereka. Adakah kita sudah mengarap iman, amal dan istiqamah secara serius?


-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.086491 saat. Lajunya....