Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 18-04-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Betapa banyak lukisan tiruan Mona Lisa, tetapi orang ramai masih lagi berusaha nak melihat lukisan Mona Lisa yang asli.
-- Louis Amstrong

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 72
Ahli: 0
Jumlah: 72




  Yang Masuk Ke Sini
Kang: 11 hari yang lalu
lidah-penghunus: 13 hari yang lalu
muslimin23: 21 hari yang lalu


Rawatan Alternatif
Topik: Kulit kepala bermasalah punca rambut gugur


Carian Forum

Moderator: Administrator, Prof_Muslim
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Rawatan Alternatif
    »» Kulit kepala bermasalah punca rambut gugur

Please Mendaftar To Post


Oleh Kulit kepala bermasalah punca rambut gugur

lemochi_adachi
WARGA SETIA
Menyertai: 10.10.2008
Ahli No: 35332
Posting: 420
Dari: SABAK BERNAM

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 11-12-08 10:26


Syampu rambut setiap hari elak bakteria membiak

MASALAH rambut gugur memang merunsingkan apatah lagi jika terdapat bahagian yang hampir menampakkan kulit kepala. Rambut gugur adalah proses biasa dialami setiap individu dengan anggaran 70 helai sehari iaitu sebanyak segenggam tangan kecil. Bagaimanapun, anda patut mula bimbang apabila jumlah rambut gugur lebih banyak daripada itu.

Secara umumnya terdapat banyak sebab rambut gugur. Gaya pemakanan dan pencemaran alam sekitar menjadi antara punca masalah keguguran rambut selain disebabkan genetik atau keturunan keluarga.

Pakar Rambut dan Kulit Kepala (Trikologis), Mark Birch yang ditemui di pusat penjagaan rambut Svenson baru-baru ini, berkata faktor keturunan adalah punca umum menyebabkan keguguran rambut. Seandainya anda mempunyai ibu, bapa atau datuk yang botak, ini bermakna anda berisiko mengalami nasib sama.

“Masalah keguguran rambut juga lebih kerap berlaku di kalangan lelaki berbanding wanita dengan nisbah, seorang daripada lima wanita mengalami keguguran rambut berbanding seorang daripada tiga lelaki mengalaminya. Ia boleh mula berlaku pada usia semuda usia 15 tahun hingga pertengahan 30 an lagi,” katanya.

Bagaimanapun, terdapat perbezaan corak keguguran rambut di antara lelaki dan wanita. Lelaki lazimnya mengalami botak secara tiba-tiba sedangkan wanita pula mengalami penipisan rambut yang membuatkan rambut kelihatan jarang. Keadaan ini dikenali sebagai Alopecia Areata iaitu disebabkan banyak folikel kulit kepala kurang matang. Puncanya tidak diketahui tetapi ia termasuk dalam kategori masalah auto imun.

“Antara punca berlakunya Alopecia Areata adalah akibat tekanan psikologi kronik berpanjangan, terkejut dan tekanan melampau. Ia juga boleh berlaku akibat kecederaan kulit kepala dan berlaku jangkitan bakteria atau virus. Keguguran rambut juga boleh berlaku akibat perubahan hormon semasa hamil dan alahan ke atas ubat-ubatan.

Satu lagi corak keguguran rambut dikenali sebagai Traction Alopecia. Ia berlaku akibat tekanan melampau pada rambut akibat penggunaan produk bahan kimia dalam dandanan rambut. Tekanan terlalu lama menyebabkan rambut gugur, merosakkan folikel dan memperlahankan pertumbuhan rambut lalu akhirnya terhenti,” katanya.

Keguguran bercorak Pseudopelade menyebabkan setompok rambut kelihatan gugur dan bagi sesetengah orang ia menyebabkan hampir keseluruhan rambut gugur dengan beberapa helai saja yang tinggal. Ia jarang berlaku di kalangan wanita mahupun kanak-kanak dan tidak diketahui sebabnya.

Rambut gugur juga boleh berlaku akibat Tinea Capitis (jangkitan kulat pada kulit kepala). Jangkitan ini disebarkan haiwan seperti anjing, kucing, lembu dan tikus hamsters. Kebanyakan mamalia mempunyai kulat kulit yang hidup tanpa simptom tetapi ia boleh disebarkan kepada manusia. Ia menyebabkan keguguran rambut atau rambut kelihatan seperti tunggul sehingga menampakkan kulit kepala. Keguguran rambut juga berlaku selepas bersalin, jangkitan serius, penyakit kronik, tekanan psikologi, pembedahan, ubat dan diet kurang protein juga dikenali sebagai Telogen Effluvium.

Katanya mereka yang bermasalah rambut gugur perlu mendapatkan rawatan sewajarnya dengan mengenalpasti punca sebenar termasuk faktor keturunan disamping mengubah gaya hidup seperti pemakanan, rambut perlu dijaga dengan sebaiknya.

Oleh kerana hampir 90 peratus rambut diperbuat daripada komponen protein (asid amino), mineral seperti zink, zat besi, kalsium dan magnesium serta vitamin A, B-kompleks, C & D baik untuk menggalakkan sel keratin rambut. Bagaimanapun terlalu banyak vitamin A & D menyebabkan keguguran rambut. Ubah gaya masakan daripada menggoreng kepada kukus. Minyak membuatkan rambut kering, lemah dan mudah pecah di hujungnya. Jika anda menggunakan banyak bahan kimia pada rambut, pastikan anda menjaganya dengan baik dengan merawat rambut.

“Penjagaan paling asas adalah dengan mencuci rambut setiap hari bagi memastikan kulit kepala sihat. Pendapat yang mengatakan mencuci kerap boleh mengeringkan rambut tidak benar sama sekali. Ia sama seperti membiarkan tubuh kotor selepas terdedah kepada debu, asap serta pelbagai pencemaran lain. Kulit kepala yang bebas daripada kotoran dan bakteria adalah asas rambut sihat,” katanya.

Di Britain, ramai yang terlepas peluang kerja kerana mempunyai masalah rambut botak mahupun gugur. Walaupun ia sesuatu yang amat penting untuk diambil berat, malangnya rambut bagaikan ‘terpinggir’ dari penjagaan kecantikan kebanyakan orang.

INFO: Memilih syampu dan penjagaan rambut

    * Pilih syampu untuk kulit kepala yang sihat.
    * Elakkan syampu dua dalam satu.
    * Rambut tidak perlu di sikat kecuali jika ingin mengemaskannya.

    * Syampu rambut setiap hari agar kulit kepala bebas daripada pembiakan bakteria.
    * Pastikan anda turut menggunakan lembapan untuk rambut.
    * Urutan lima minit pada kulit kepala dapat merangsang folikel bagi membolehkan pengeluaran rambut baru.
    * Buat rawatan kulit kepala sekurang-kurangnya dua minggu sekali.


-----------------
"Hari ini adalah realiti impian kelmarin, impian hari ini adalah reliti besok hari..."


Bookmark and Share

    


  Member Information For lemochi_adachiProfil   Hantar PM kepada lemochi_adachi   Quote dan BalasQuote

Prof_Muslim

Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 11-12-08 15:03


Alhamdulillah, satu info yang sesuai untuk kita kongsikan.

Berminat prof nak kongsikan sedikit ilmu yang tahu tentang hal masalah keguguran rambut.

Prof pernah merawat seorang kawan lama yang sebaya namun ianya sudah menunjukkan masalah rambut yang mana ianya kelihatan sudah botak. Maka prof membuat diagnosis rawatan dan melihatkan punca ketaranya bagi kawan prof tersebut ialah berpunca dari masalah resdung dalaman serta kurangnya vitamin C dalam badan.

(maaf tiada alat canggih digunakan) Cuma hasil pertanyaan bagi semakan simptonnya iaitu kerap sakit / demam dan kesan stress kerja yang membebankan. Prof mengatakan kurang atau tiada vitamin C adalah faktanya seseorang yang berada dalam keadaan tekanan atau Stress itulah tandanya. Sila semak kelebihan Vitamin C.

Satu perkara lagi selain lihat rawat punca dalaman adalah dilihat juga masalah luaran iaitu penggunaan Syampoo dengan hasil campurannya.

Prof tegaskan di sini adalah kita sebagai umat Islam perlu cakna akan penggunaan Syampoo yang Syubhah atau Haram. Dikhuatiri sumber yang bukan halal dicampuri serta pengeluar bukan Islam....

Yang baik dari Allaah, Yang buruk dari diri sendiri

Wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For Prof_MuslimProfil   Hantar PM kepada Prof_Muslim   Quote dan BalasQuote

akuhambaALLAH
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.11.2008
Ahli No: 35981
Posting: 163
Dari: land below the wind

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 11-12-08 16:40


Petua Mengurangkan Rambut Gugur

Caranya adalah dapatkan daun lidah buaya, ambil lendirnya sahaja. Kemudian campurkan lendir daun lidah buaya ini bersama dengan bunga raya putih dan juga daun bunga tersebut. Ketiga-tiga bahan ini dimasukkan ke dalam blender dan blend menggunakan sedikit air (sedikit sahaja). Setelah itu sapukan ramuan yang telah siap tadi ke akar rambut anda. Pastikan ia kena pada seluruh kulit kepala. Biarkan selama lebih kurang 30 min, kemudian mandi dan bilaslah rambut anda seperti biasa. Bagi mereka yang mempunyai masalah kelemumur, syampu rambut anda menggunakan jus buah limau purut. Hasilnya, hmmmm....anda akan dapat lihat sebaik sahaja rambut anda mula mengering. Yang pasti, anda akan merasa cukup selesa selepas itu.

p/s : bagi yang sukar untuk mendapatkan bunga raya putih dan daun lidah buaya, saya nasihatkan mulalah menanam pokok-pokok ini di rumah anda, walaupun hanya menggunakan pasu sahaja.

Petua Lain Bagi Mengatasi Masalah Keguguran Rambut

i) Sapukan minyak bijan di akar rambut / kulit kepala sebelum tidur. Paginya, bersyampu dan bilaslah rambut seperti biasa. p/s : anda boleh dapatkan minyak bijan di kedai mamak

ii) Daun lidah buaya digunakan bersama daun bunga raya putih untuk dijadikan resipi bagi mengurangkan rambut gugur. Kalau tak ada daun lidah buaya, gunalah daun bunga raya putih sahaja. Itupun sudah memadai. Lagi satu petua, gunakan lendir daun rambutan untuk lebatkan rambut. Petua daun rambutan ni saya amalkan masa kecik-kecik dulu. Insyaallah, kalau buat selalu, berkesan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For akuhambaALLAHProfil   Hantar PM kepada akuhambaALLAH   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.107255 saat. Lajunya....