Oleh |
.: Uniknya Malaysia :. |
syemarly
Menyertai: 06.08.2004 Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH
|
Posting pada: 07-12-08 16:25
salam.. sebagai seorang rakyat malaysia, pastinya anda tahu apa yang unik dan menariknya di malaysia.. saya ada satu assignment yang memerlukan saya menyenaraikan 25 keunikan malaysia..ia bukan tarikan yang biasa-biasa..malah yang luar biasa.. kirenya apa yang unik d malaysia tidak terdapat di negara lain..kalau anda nyatakan bahawa pantai2 peranginan d malaysia ni unik dan best, adakah anda pasti d negara lain tidak terdapat pantai peranginan yang seunik di sini? jika ya..mungkin itu adalah jawapannya..namun jika anda pasti ada pantai lain yang lebih unik, tentunya pantai kita tidakla seunik mana..senang kan? k..tu hanya contoh saja.. so..boleh tolong tak?..nyatakan apa yang uniknya yang ada dan terdapat di malaysia..atau dengan kata lain..apa keunikan malaysia kita ini..k..
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 07-12-08 19:27
bukankah Melaka dan Penang telah diisytiharkan sebagai World Heritage..pasti banyak benda yang unik di situ..antara yang paling biasa ialah Kota A Famosa dan Stadthuys..dan banyak lagi tinggalan sejarah oleh Belanda, Inggeris dan Portugis.. Petronas Twin Tower, pastinya satu ikon yang berbeza daripada kebanyakan pencakar langit yang lain kerana twin towernye... Tanjung Piai, bahagian paling selatan dalam Asia, apa yang menarik?paya bakau agaknya.. Taman Negara, merupakan hutan hujan tertua di dunia, berusia 130 juta tahun jika tak silap saya..(fakta ni kena cari gali sikit)...dengan banyak flora fauna yang tidak dapat dijumpai di kebanyakan tempat lain..juga mempunyai tak silap jambatan gantung terpanjang di dunia (canopy walk) sepanjang 510m dan 45 m tinggi.. Gua Niah, gua terbesar di dunia..dengan keluasan lantai bersamaan dengan 10 hektar, dan ketinggian dalaman mencapai 75 m..salah satu penempatan terawal manusia iaitu 40000 tahun dahulu.. Sg Lembing, mempunyai bekas lombong bijih timah jenis syaf yang terdalam dan terbesar di dunia..dengan panjang sehingga 322 km dan kedalaman 610m sehingga 700m SMART Tunnel, terowong kegunaan pelbagai paling panjang di dunia (multi-purpose tunnel - stormwater and motorway tunnel) Selat Melaka, selat terpanjang dan tersibuk di dunia, dianggarkan lebih 50000 kapal belayar melaluinya setiap tahun membawa 1/5 perdagangan dunia.. Bujang Senang, buaya paling ganas di dunia.. setakat yang dapat terfikir..tak pasti bermanfaat ke tak maklumat yang saya bagi ni..
|
ewanz
Warga 1 Bintang Menyertai: 16.05.2007 Ahli No: 29954
Posting: 30
Dari: taiping
|
Posting pada: 07-12-08 21:03
nak tahu uniknya malaysia senang saja lawatilah laman web malaysia tourism. macam-macam info ada..hehe
|
syemarly
Menyertai: 06.08.2004 Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH
|
Posting pada: 07-12-08 22:18
nampaknya ada yang tak paham maksud saya ek..macam ni.. my lecturer saya nak saya cari apa yang uniknya dengan malaysia..bukan setakat tempat yang menarik dilawati tapi segala apa yang berkaitan dengan malaysia.. da tu pula jangan apa yang kita statekan tu ada persamaan dengan di negara lainnya.. let say lah Kalau kita katakan nasi lemak tu menjadi keunikan malaysia..tapi pastikan jangan negara lain turut mempunyai nasi lemak jugak..tu namanya keunikan kita yang tak ada dimana2 pun..Kalau nasi lemak tu konon ada di singapura dan indonesi..maka ia taklah jadi keunikan kita...faham kan? atau contoh lain, kita katakan kita punya institusi beraja..adakah itu satu keunikan..ya..tapi ia jadi tak unik bilamana brunei juga ada institusi beraja.....so..tak unik lah namanya...hehe.. ikutkan..memang senang saja tajuk ni...tapi rupanya payah..thats yang lah saya tanya pendapat kalian di sini.. tapi tak apa..suggest saja apa-apa..Kalau sesuai akan saya masuk snarai saya nanti..k.. (cadangan tanya tourisme guide tu nampaknya tak berapa nak tepat lah...anyway thank you atas cadangan..huhu..)
|
ewanz
Warga 1 Bintang Menyertai: 16.05.2007 Ahli No: 29954
Posting: 30
Dari: taiping
|
Posting pada: 07-12-08 22:36
owh...iyakah...salah rupanya..sory-sory...=( nanti kalau ana dapat info ana kongsi sama syemarly ya..
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 07-12-08 22:57
hmm...baik..paham... kalau macam tu, Stadthuys dan Kota A Famosa masih boleh dikekalkan kan? mungkin kalau begitu, itemnya lebih banyak kepada makanan, kebudayaan setempat, contohnya wau bulan ke, kuih dodol ke, wayang kulit ke...sirih ganggang ke.. senang cerita, tanya P.D bab ni, dia pakar tentang institusi kemelayuan....
|
syemarly
Menyertai: 06.08.2004 Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH
|
Posting pada: 09-12-08 16:53
Pada 07-12-08 22:57 , sayatetapsaya posting:!!! QUOTE !!! kalau macam tu, Stadthuys dan Kota A Famosa masih boleh dikekalkan kan? mungkin kalau begitu, itemnya lebih banyak kepada makanan, kebudayaan setempat, contohnya wau bulan ke, kuih dodol ke, wayang kulit ke...sirih ganggang ke..
U SURE yang WAW BULAN dan WAYANG KULIT tak ada kat NEGARA LAIN?? anyway A FAMOSA SAYA YAKIN tak ada kat tempat LAIN SEPEETI SGPORE OR INON..tapi entah-entah KOTA A FAMOSA ADA juga kat POTUGIS KAN?? AH..tak apa..LISTKAN saja..HUHU
|
rdwira
WARGA SETIA Menyertai: 22.09.2007 Ahli No: 31169
Posting: 999
Dari: KL
|
Posting pada: 09-12-08 16:57
masyarakat majmuk negara lain tidak sehebat malaysia budu , keropok lekor.... tiada dinegara lain teh tarik..
|
ewanz
Warga 1 Bintang Menyertai: 16.05.2007 Ahli No: 29954
Posting: 30
Dari: taiping
|
Posting pada: 09-12-08 20:41
Pada 09-12-08 16:57 , rdwira posting:!!! QUOTE !!! masyarakat majmuk negara lain tidak sehebat malaysia
yup betul tu thats why lah malaysia dikatakan sebagai truly asia segalanya ada di sini
|
skater
WARGA SETIA Menyertai: 24.04.2004 Ahli No: 8611
Posting: 542
Dari: Kuala Terengganu
|
Posting pada: 09-12-08 21:54
malaysia memang unik.. institusi raja memainkan peranan penting bagi malaysia.. kita perlu akui... kalau tempat tu .. terengganu agaknya..hehehe
|
perantaujauh
Warga 1 Bintang Menyertai: 21.11.2008 Ahli No: 36009
Posting: 31
Dari: EUROPE
|
Posting pada: 09-12-08 22:53
malaysia unik ,malaysia ada 9 institusi beraja, di mana institusi beraja di malaysia adalah terbanyak di dunia.. malaysia adalah unik di mana makanan lebihan yang tidak dapat dimakan akan diubah dengan penuh inovasi supaya jadi produk makanan yang baru.. contonhya jika durian terlampau banyak, kita buat serawa durian, ikan kalau banyak kita buat ikan kering, pisang kalau banyak, kita buat pisang salai dan cekodok..ini memang pasti tidak ada di negara lain
|
perantaujauh
Warga 1 Bintang Menyertai: 21.11.2008 Ahli No: 36009
Posting: 31
Dari: EUROPE
|
Posting pada: 09-12-08 22:57
yang smart tunnel tu memang unik , satu saja seumpamanya di dunia, siap masuk discovery channel lagi, binaan nya dikagumi jurutear2 dari china, german, us dan perancis..
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 10-12-08 09:04
hmm..nak kata saya sure 100% taklah saya pasti, tapi saya hanya membantu menyenaraikan apa yang saya rasa unik dan tiada di tempat lain..tentang dia wujud kat tempat lain atau tak, saya rasa syemarly kenalah buat kajian sikit..bukankah ini assignment syemarly..saya hanya membantu...tapi, saya yakin, boleh tu.. wayang kulit, wau bulan, budu, keropok lekor, sata, otak-otak.. gasing, terompah, sirih ganggang, tepak sirih, keris.. tapi, saya rasa memang banyak yang lebih kepada kebudayaan Melayu dan makanan..
|
syemarly
Menyertai: 06.08.2004 Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH
|
Posting pada: 10-12-08 14:15
thank you atas idea kalian semua..its seemingly more to kebudayan dan mkanan melayu..tapi tak apa..masih boleh masuk list..huhu.. tapi kan...Kalau boleh saya nak list saya nanti berwarna warni dengan kepelbagaian yang ada dr segala sudut keunikan malaysia..erm...bukan demand tau..tapi lebih kepada nak score A nanti..hik...hik... saya baru terpikir satu keunikan malaysia adalah...kemeriahan 'balik raya'...tol tak? rasanya tak ada kat tmpat2 lain... atau 'mahathir mohamad' dan 'anwar ibrahim'... sebab saya ada pgalaman / org lain juga agaknya, masa p arab, nama2 ni snatiasa di sebut2 oleh org sana...bagus tu..tol2 tkenal..maybe ni boleh masuk snarai lah....
|
rdwira
WARGA SETIA Menyertai: 22.09.2007 Ahli No: 31169
Posting: 999
Dari: KL
|
Posting pada: 10-12-08 16:14
balik raya ..rasanya tak unik... di indonesia..pakistan...india... mereka berpusu2 juga balik raya...naik keretapi.. sampai yang ada duduk atas bumbung...hehehehhe org kristian di negara lain juga turut balik kampung untuk menyambut perayaan christmas... tapi kalau syemar boleh ,emjuruskan kepada point yang lebih khusus mengenai balik kampung... maybe terdapat keunikannya..
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 10-12-08 16:44
Syemarly, sesungguhnya Malaysia memang unik di mata dunia. Sebut pasal Malaysia ini pertama kali bermain di fikiran adalah kepelbagaian bangsanya selain keadaan semulajadi setempatnya. Dari kota metropolitan hinggalah ke suasana keislamikan. Selain itu Malaysia adalah syurga membeli belah dengan harga yang berpatutan dan berkualiti. Di Kuala Lumpur misalnya kita ada Petaling Street yang menawarkan kuasa pembelian yang besar. Sebut sahaja apa jenis peralatan dan perkakasan, boleh dikatakan ada. Malaysia sebagai tempat variasi makanan satu lagi tarikan pelancong ke Malaysia. Kepelbagaian makanan yang pelbagai jenis dan unik tambahan pula berwarna warni berhias membuat perut kita berbunyi supaya diisi. Malah pernah direkod negara Asia termasuk Malaysia paling ramai mengidap penyakit obesiti dan kencing manis dek kepelbagaian jenis makanannya. Makanan dari budaya melayu, cina dan india terutamanya yang memberi kesan signifikan dalam variasi makanan. Bila membicara faktor kebudayaan, memang tidak dapat dinafikan bahawa Malaysia memang kaya dengan adat budayanya yang pelbagai. Adat kebudayaan Melayu, Cina dan India dan adat budaya ini tertanam dalam jiwa orang Malaysia lama-kelamaan terdapat interaksi dan pertembungan budaya yang membawa satu kebudayaan yang unik contohnya budaya Baba dan Nyonya (interaksi Budaya Melayu dan Cina) dan budaya Mamak (interaksi Budaya Melayu dan India). Kebudayaan melayu misalnya telah wujud di Tanah Nusantara sejak sekian lama. Orang melayu adalah satu bangsa yang terhasil dari interaksi pelbagai jenis bangsa. Itulah takrif melayu yang sebenarnya. Sekadar pandangan, Melayu adalah bangsa yang masih muda di dunia ini berbanding bangsa2 lain seperti Arab, Eropah, Cina dan India. Jadi adat budaya dan keadaaan sosialnya banyak bergantung pada satu keadaan sosial asas seperti budaya Hindu, Buddha dan Islam. Jikalau diteliti secara jelas, tulisan melayu disebut sebagai tulisan jawi yang diadaptasikan dari tulisan arab. Dan banyak adat budaya orang melayu berasal dari adat hindu dan buddha. Namun sejak kedatangan Islam ke Nusantara, orang melayu telah menerima Islam dengan hati yang terbuka melalui pemerintahnya. Bila pemerintah memeluk agama islam, seluruh rakyat jelata akan sama-sama menganut agama islam. Sejak dari itu asimilasi budaya dan islam mula menyusup jauh dalam jiwa melayu. Malah kedatangan bangsa Arab dari tanah hijaz telah mewujudkan satu lagi interaksi sosial bangsa dan agama yang unik. Orang melayu begitu menghormati bangsa arab kerana Islamnya. Orang melayu sudi dan rela bersaudara dengan mereka dengan cara menikahkan anak-anak mereka dengan pendatang arab ini. Dan tidak dapat disangkal lagi, begitu hormatnya bangsa melayu ini dengan orang arab ini sanggup menjemput mereka menjadi orang besar dikalangan mereka. Samaada menjadi Kadi/Hakim mahupun pemimpin. Perkahwinan bangsa melayu dan arab ini mewujudkan satu lagi pecahan etnik melayu yang dipanggil golongan sayyid dan syed (Yang ada susurgalur titisan darah Rasulullah Salallahualaihiwassalam). Bila membicara tentang etnik melayu, sememangnya ada banyak entik melayu yang mendiami Semenanjung. Ini tidak dikira dengan etnik di negara-negara jiran dan Malaysia Timur yang mempunyai lebih ramai etnik Melayu ini; Melayu Kelantan (Melayu yang masih asli) di Kelantan Melayu Yunan di Terengganu Melayu Minang di Negeri Sembilan Melayu Aceh di Perak Melayu Mandailing di Perak Melayu Rawa di Perak Melayu Riau di Johor Melayu Bugis di Johor Melayu Kerinci di Selangor Melayu Champa di Perak, Kedah dan Kelantan Melayu Jawa di Johor dan Selangor Melayu Jambi di Johor, Selangor dan Perak Melayu Batak di Perak dan Pulau Pinang Melayu Banjar di Johor, Selangor dan Perak -----------------
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 10-12-08 16:54
Selain itu Malaysia juga mempunyai ratusan seni silat yang mendaftar dengan Persekutuan Silat Kebangsaan (PESAKA) dan ada ratusan lagi yang tidak mendaftar yang bergerak secara tidak rasmi di kampung2 dan kaum kerabat terdekat. Malaysia juga mempunyai seni beladiri yang lain seperti Tae Kwan Do, Karate, Wushu, Kalari Payat dan lain-lain. Malah tidak ekstrim dikatakan Malaysia adalah syurga Seni Beladiri Dunia. Lagenda2 dan Mahaguru serta Pendekar asalnya dari Malaysia. Ramai pengamal beladiri dunia datang ke Malaysia untuk merasa sendiri belajar dari tangan mahaguru2 ni....
|
perantaujauh
Warga 1 Bintang Menyertai: 21.11.2008 Ahli No: 36009
Posting: 31
Dari: EUROPE
|
Posting pada: 11-12-08 04:41
ya, betul tu daeng_jati.. selain itu malaysia mempunyai keunikan di mana masyarakat melayu misalnya wanita masih lagi keluar bekerja di bndar besar seperti KL dengan memakai naju tradisional melayu iaitu baju kurung walaupun kerja di pejabat2 korporat ataupun di pusat membeli belah..
|