Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Makin lama kita fikirkan sesuatu, makin malas kita nak buat sesuatu

-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 188
Ahli: 0
Jumlah: 188




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 14 jam, 44 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: Syiriknya Selawat Syifa’ & Selawat Nariyah


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Syiriknya Selawat Syifa’ & Selawat Nariyah

Please Mendaftar To Post


Oleh Syiriknya Selawat Syifa’ & Selawat Nariyah

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 01-12-08 20:12


Selawat Syifa’:

اَللَّهُمَّ صَلِ عَلىَ مُحَمَّدٍ طِبِّ القُلُوْبِّ وَدَوَاِئهَا، وَعَافِيَةِ اْلأَبْدَانِ وَشِفَاِئهَا، وَنُوْرِاْلأَبصَارِ وَضِيَاِئهَا، وَعَلىَ أَلِهِ وَسَلَّمَ

Maksudnya: “Ya Allah, berikanlah selawat dan salam kepada Muhammad, yang memberi penawar dan pengubat hati (kalbu), yang memberi kesihatan dan penyembuhan badan, cahaya dan yang menerangkan pandangan mata. Juga ke atas keluarga beliau.”

Selawat ini banyak diamalkan oleh banyak tokoh-tokoh perubatan dan bomoh-bomoh tertentu di dalam negara kita (Malaysia) mahu pun di luar negara. Ia digunakan sebagai zikir atau bentuk doa untuk mengubati/merawat individu tertentu yang mengalami masalah kesihatan tertentu.

Ianya juga sangat popular malahan sehingga dinasyidkan dan dilagukan sebagai zikir-zikir harian. Malangnya, kebanyakan dari mereka (yang mengamalkannya) hanya tahu melafazkan dan melagukannya. Namun tidak mahu mengambil tahu berkenaan makna dan kesyirikan yang terkandung di dalamnya.

Lebih malang lagi, selawat tersebut tidak pernah diajarkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam melalui mana-mana riwayat hadis, apatah lagi tidak juga diamalkan oleh sahabat-sabahat Rasulullah sendiri. Maka, ianya adalah tergolong di dalam bentuk selawat-selawat ciptaan dan rekaan manusia berdasarkan akal dan nafsu.

Jika kita perhatikan satu persatu rangkap perkataan di dalam selawat tersebut, terdapat penyandaran sifat yang tidak selayaknya kepada Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Salam iaitu dengan sifat “yang memberi penawar”, “pengubat hati (kalbu)”, “yang memberi kesihatan”, “penyembuhan badan”, dan “yang menerangkan pandangan mata”. Padahal kita mengetahui bahawa yang mampu menyembuhkan dan memberi kesihatan badan, yang mampu mengubati hati, dan yang mampu menerangkan pandangan mata adalah hanya Allah Subhanahu wa Ta’ala semata-mata. Berkenaan sifat yang dinisbahkan (atau disandarkan) kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam tersebut, beliau sendiri tidak mampu berbuat apa-apa, apatah lagi untuk orang lain.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (maksudnya):

“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Aku tidak berkuasa memberi manfaat kepada diriku dan tidak (pula) menolak kemudharatan kecuali yang dikehendaki Allah”.” (Surah al-A’raaf, 7: 188)

“...dan apabila aku sakit, Dialah (Allah) yang menyembuhkan aku,” (Surah asy-Syu’araa, 26: 80)

“Barangsiapa yang tidak diberi cahaya (petunjuk) oleh Allah, maka tidaklah dia memiliki cahaya sedikit pun.” (Surah an-Nuur, 24: 40)

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa Salam sendiri bersabda (maksudnya):

“Janganlah kamu melampaui batas dengan mengagung-agungkan aku sebagaimana kaum Nasrani telah melakukannya terhadap Isa anak Mariam. Sesungguhnya tiadalah aku melainkan seorang hamba, maka katakanlah, “(Muhammad) Hamba dan Pesuruh Allah”.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 3445, daripada ‘Umar al-Khatthab radhiyallahu ‘anhu)

Syaikh Muhammad Jamil Zainu berkata:

“Sesungguhnya yang menyembuhkan dan yang memberi kesihatan badan, hati, dan mata hanyalah Allah sahaja. Adapun Rasulullah tidak memiliki kekuasaan untuk memberi manfaat bagi dirinya dan tidak pula untuk selainnya. Bentuk selawat ini (selawat Syifa’ di atas) menyalahi firman Allah Subhanahu wa Ta’ala (maksudnya),

“Katakanlah (Muhammad): “Aku tidak berkuasa mendatangkan kemudharatan dan tidak pula kemanfaatan kepada diriku, melainkan apa yang dikehendaki Allah...” (Surah Yunus, 10: 49) (Rujuk: Fadhilat Selawat Kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, m/s. 113-114, Mubarak Mahfudh Bamuallim. Juga al-Firqatun Najiyah, m/s. 192-193, Syaikh Muhammad Jamil Zainu)

Selawat Nariyah:

اَللَّهُمَّ صَلِّ صَلاَةً كَامِلَةً، وَسلِّمْ سَلاَمًا تَامَّا عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الَّذِيْ تَنْحَلُ بِهِ الْعُقَدُ، وَتَنْفَرِجُ بِهِ الْكُرَبُ، وَتُقْضَ بِهِ الْحَوَاِئجُ، وَتُنَالُ بِهِ الرَّغَائِبُ، وَحُسْنُ الْخَوَاتِيْمِ وَيُسْتَسْقَى الْغَمَامُ بِوَجْهِهِ الْكَرِيْمِ، وَعَلىَ أَلِهِ وَصَحْبِهِ عَدَدَ كُلِّ مَعْلُوْمٍ لَكَ

Maksudnya: “Ya Allah, berikanlah selawat dan keselamatan yang sempurna kepada penghulu kami, Muhammad, yang dengannya akan terlerai pertikaian hidup, hilang segala kesedihan, dipenuhi segala apa yang diperlukan, tercapai segala keinginan dan hasil yang baik (husnul Khatimah), tersiramilah hati yang gersang dengan perantaraan wajahnya yang mulia. Dan semoga dilimpahkan pula kepada keluarganya, para sahabatnya sebanyak ilmu-Mu.”

Jika kita benar-benar memahami akan hakikat kebenaran, telah jelas bahawa aiqdah tauhid yang disebutkan di dalam al-Qur’an dan apa yang diajarkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam mewajibkan supaya setiap Muslim meyakini bahawa hanya Allah yang mampu menyelesaikan (meleraikan) pertikaian di dalam kehidupan, menghilangkan segala kesusahan, yang memenuhi segala bentuk keperluan, dan memperkenankan permohonan orang yang berdoa kepada-Nya.

Seseorang Muslim tidak dibenarkan berdoa kepada selain Allah. Walaupun kepada para Malaikat dan Nabi yang dekat dengan Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Allah berfirman (maksudnya),

“Katakanlah: “Panggillah mereka yang kamu anggap (tuhan) selain Allah, sebenarnya pada hakikatnya mereka tidak memiliki sebarang kuasa untuk menghilangkan bahaya daripadamu dan tidak pula memindahkannya” . Sesungguhnya yang mereka seru itu, mereka sendiri sentiasa mencari jalan agar mereka menjadi yang paling dekat (kepada Allah), mengharapkan rahmat-Nya dan takut akan azab-Nya. Sesungguhnya azab Tuhanmu adalah suatu yang (harus) ditakuti.” (Surah al-Isra’, 17: 56-57)

“Hanya kepada Allah kami menyembah, dan hanya kepada Allah kami memohon pertolongan.” (Surah al-Fatihah, 1: 5)

Imam Ibnu Katsir rahimahullah menjelaskan berkenaan ayat ini,

“Yang dapat melakukan semua itu hanyalah Allah yang tidak ada sekutu bagi-Nya. Menciptakan dan meemrintahklan hanyalah hak Allah semata. Di mana berkenaan firman Allah (maksudnya): “Orang-orang musyrik dahulu sering menyatakan “Kami menyembah Malaikat, ‘Isa al-Masih, dan ‘Uzair”. Mereka itulah yang diseru sebagai tempat memohon sesuatu oleh orang-orang musyrik.” (Rujuk: Tafsir Ibnu Katsir di bawah perbahasan ayat 56-57 Surah al-Isra’)

Jika kita perhatikan rangkap selawat tersebut, dengan ia menunjukkan bentuk-bentuk permohonan doa kepada Nabi. Malah sifat-sifat yang tidak selayaknya, tetapi malah sebenarnya berlebih-lebihan (ghuluw) disandarkan kepada Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Salam.

Penutup:

Dari dua bentuk selawat yang telah kita lihat di atas, kita dapat perhatikan bahawa sifat-sifat yang dinisbatkan atau disandarkan kepada Nabi dalam untaian (atau rangkap) selawat tersebut sangat berlebih-lebihan dan memerangkap seseorang jatuh ke dalam lembah kesyirikan. Sekiranya beliau Shallallahu ‘alaihi wa Salam mendengarnya, sudah pasti beliau tidak akan redha. Ini adalah berdasarkan beberapa dalil di bawah ini,

Firman Allah (maksudnya):

“(Dialah Allah) Yang telah menciptakan aku, lalu Dialah yang memberi aku petunjuk, dan Yang memberi makan dan minuman kepadaku, dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku.” (Surah asy-Syu’araa’, 26: 78-80)

Dari Abdullah Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhu, dia berkata: “Ada seorang lelaki berkata kepada Nabi: “Apa yang Allah kehendaki dan engkau?” Lantas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam bersabda:

“Adakah kamu menjadikan aku setara dengan Allah? (dalam riwayat yang lain, “tandingan bagi Allah?). Tidak, tetapi katakanlah: “Apa yang dikehendaki Allah sahaja”.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Adabul Mufrad, no. 783)

Begitulah penjelasan daripada Rasulullah Shallallhu ‘alaihi wa Salam sendiri.

Oleh itu, perlu kita fahami bahawa, sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Salam. Tidak ada kaifiyah (cara) selawat yang lebih baik daripada kaifiyah yang diajarkan beilau Shallallahu ‘alaihi wa Salam sendiri. Jauhilah bentuk-bentuk beribadah yang direka cipta oleh manusia yang dengannya akan mengakibatkan pelbagai kesesatan dalam beragama.

“Ya Allah, selamatkanlah kami dari sikap ghuluw (berlebih-lebihan) dan dari sifat kemusyrikan yang besar atau pun yang kecil”



Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 01-12-08 20:40


Persoalan Selawat Syifa' dan Selawat Tafrijiyyah yang dikatakan mensyirikkan Allah serta membesarkan Nabi Muhammad melebihi Allah ini baru saja timbul. Kadangkala terjemahan di dalam bahasa Melayu yang tidak tepat yang menyebabkan ia mirip seperti mensyirikkan Allah.. sedang hakikat makna sebenar tidak sebegitu..

Sebagai contoh perkataan Tib dalam selawat Syifa itu adalah kata nama yang membawa makna penawar atau ubat.. bukan bermakna 'yang memberi penawar'.. ia sama sekali tidak sama dengan kata Syifa' yang bermakna kesembuhan.. sesungguhnya Penyembuh menggunakan penawar untuk menyembuh penyakit.. maka makna Selawat Syifa adalah Allah sebagai Syafi (Penyembuh) menjadikan Muhammad sebagai penawar kepada hati-hati..

Sesungguhnya adalah lebih baik kita mendengarkan penjelasan dari yang lebih faham:

(Penjelasan dari Dato' Dr Hj Haron Din al-Hafiz)



-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

husninamalin
Warga 2 Bintang
Menyertai: 08.10.2007
Ahli No: 31363
Posting: 44
Dari: gombak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 01-12-08 20:41


salam....selawat ni memang saya selalu amal kan...boleh di katakan tak 'miss' lah amalanya...tak tau lah pulak boleh mendtgkan syirik...




-----------------------------
YA ALLAH.... JAUHKANLAH HAMBA MU INI DARI SIFAT MAZMUMAH...

Bookmark and Share

    


  Member Information For husninamalinProfil   Hantar PM kepada husninamalin   Quote dan BalasQuote

swordofdeen
WARGA SETIA
Menyertai: 11.06.2003
Ahli No: 1307
Posting: 632
Dari: Somewhere on this earth

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 01-12-08 21:08


Pada 01-12-08 20:40 , Meow posting:

!!! QUOTE !!!

Persoalan Selawat Syifa' dan Selawat Tafrijiyyah yang dikatakan mensyirikkan Allah serta membesarkan Nabi Muhammad melebihi Allah ini baru saja timbul. Kadangkala terjemahan di dalam bahasa Melayu yang tidak tepat yang menyebabkan ia mirip seperti mensyirikkan Allah.. sedang hakikat makna sebenar tidak sebegitu..

Sebagai contoh perkataan Tib dalam selawat Syifa itu adalah kata nama yang membawa makna penawar atau ubat.. bukan bermakna 'yang memberi penawar'.. ia sama sekali tidak sama dengan kata Syifa' yang bermakna kesembuhan.. sesungguhnya Penyembuh menggunakan penawar untuk menyembuh penyakit.. maka makna Selawat Syifa adalah Allah sebagai Syafi (Penyembuh) menjadikan Muhammad sebagai penawar kepada hati-hati..

Sesungguhnya adalah lebih baik kita mendengarkan penjelasan dari yang lebih faham:

(Penjelasan dari Dato' Dr Hj Haron Din al-Hafiz)




Yup.

Kalau pembuka topik nak berhujjah lepas ni, boleh terangkan 'huraian' terhadap ayat itu dari segi lughah arabnya? Dan bawa hujjah mereka yang memperkuat hujjah tersebut.

Bookmark and Share

    


  Member Information For swordofdeenProfil   Hantar PM kepada swordofdeen   Pergi ke swordofdeen's Website   Quote dan BalasQuote

Strawberry_Ungu
WARGA SETIA
Menyertai: 13.05.2007
Ahli No: 29927
Posting: 1053
Dari: Johor

Johor  


posticon Posting pada: 01-12-08 21:33


ayat2 dalam bahasa arab kalau diterjemahkan oleh orang yang tak arif dr sudut nahu dan sorof memang boleh menimbulkan keraguan...:kelip: ..better kita dengar penjelasan dr orang yang arif dr buat penafsiran yang tak betul

:berfikir:

.hmm..ramai kawan-kawan yang masuk darussyifa' kat tempat saya.. saya pulak tak sempat nak belajar..cuma tau sikit-sikit saja..hoho :-D

Bookmark and Share

    


  Member Information For Strawberry_UnguProfil   Hantar PM kepada Strawberry_Ungu   Pergi ke Strawberry_Ungu's Website   Quote dan BalasQuote

pulu
WARGA SETIA
Menyertai: 27.01.2005
Ahli No: 13934
Posting: 697
Dari: Gorontalo

indonesia   avatar


posticon Posting pada: 01-12-08 21:44


Allaahumma sholli alaa Muhammad ...

Rasulullaah Manusia mulia, tak tertandingi akhlak budi pekertinya, mari bershalawat kepadanya, yang mengajarkan ke arah cahaya, mengajarkan membersihkan hati, memahamkan pentingnya ilmu.

Beliau adalah utusan Allah yang penuh arti.

Saya rasa sudah banyak yang tahu, sebelum Nabi Adam Alahissalam diciptakan, Nama Rasulullah Muhammad Saw, sudah ada.


Kalau dinosaurus dan alien saya tidak tahu hahaha... :D

Bookmark and Share

    


  Member Information For puluProfil   Hantar PM kepada pulu   Pergi ke pulu's Website   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 01-12-08 22:18


Salam

thats why ana letak icon tanda soal dalam post ana tu...

ana dapat melalui blog berikut...

http://bahaya-syirik.blogspot.com/
insyallah ana akan bawa penerangan dr. meow kepada si penulis dan kita sama-sama tunggu akan jawapannya....

apa yang penting adalah kita harus hati-hati dengan syirik ini....terkadang ia sangat halus hingga kita tidak terjangkau dek akal fikiran dan pemahaman yang kita ada...

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

swordofdeen
WARGA SETIA
Menyertai: 11.06.2003
Ahli No: 1307
Posting: 632
Dari: Somewhere on this earth

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 04-12-08 11:56


Pada 01-12-08 22:18 , muslimin23 posting:

!!! QUOTE !!!

Salam

thats why ana letak icon tanda soal dalam post ana tu...

ana dapat melalui blog berikut...

http://bahaya-syirik.blogspot.com/
insyallah ana akan bawa penerangan dr. meow kepada si penulis dan kita sama-sama tunggu akan jawapannya....

apa yang penting adalah kita harus hati-hati dengan syirik ini....terkadang ia sangat halus hingga kita tidak terjangkau dek akal fikiran dan pemahaman yang kita ada...


Baguslah macam tu. Lagi bagus kita minta penulis tu pergi jumpa Dato Dr Harun Din sekali.


Memang betul syirik halus dan kita kena berhati-hati. Tapi kita kena juga berhati-hati daripada 'mensyirikkan' (or, mengkafirkan, dalam bahasa lebih mudah - apabila kita hukum orang tu syirik lah) orang lain.

Bookmark and Share

    


  Member Information For swordofdeenProfil   Hantar PM kepada swordofdeen   Pergi ke swordofdeen's Website   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 04-12-08 12:19


Assalamualaikum
hmmm...patutnya kena tulis tajuk..syirikkah?baru nampak jelas..and then, di bawah tu, minta pandangan dari ahli UC mengenai perkara ni..baru betul..saya pun terkezut jugak..huhu..



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

alifmimyanun
WARGA SETIA
Menyertai: 19.06.2003
Ahli No: 1540
Posting: 2292
Dari: langit kujunjung bumi kupijak

Johor  


posticon Posting pada: 04-12-08 13:00


ini namanya selawat cinta nabi.
awak belajar mana tafsir2 ni ?

Bookmark and Share

    


  Member Information For alifmimyanunProfil   Hantar PM kepada alifmimyanun   Pergi ke alifmimyanun's Website   Quote dan BalasQuote

PUTERI_FUZA
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.07.2003
Ahli No: 1975
Posting: 201
Dari: Perth, Australia

australia  


posticon Posting pada: 04-12-08 13:30


terkejut sangat-sangat..
saya amalkan selawat ini..
saya ada juga baca melalui buku Dato' Dr Hj Haron Din al-Hafiz

Bookmark and Share

    


  Member Information For PUTERI_FUZAProfil   Hantar PM kepada PUTERI_FUZA   Quote dan BalasQuote

Al-Qarni
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.01.2004
Ahli No: 6699
Posting: 296
Dari: fakulti ekonomi

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 04-12-08 13:53


pusat peruabatan Darussalam dalam kitab perubatan Islam karangan Ustz Hadi Talha kata selawat syifa' ni memang elok......

Bookmark and Share

    


  Member Information For Al-QarniProfil   Hantar PM kepada Al-Qarni   Pergi ke Al-Qarni's Website   Quote dan BalasQuote

didad
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.07.2003
Ahli No: 1966
Posting: 114
Dari: penang

Selangor  


posticon Posting pada: 04-12-08 14:03


salam...

aku setuju dengan meow...

kita tak boleh translate direct dari bahasa arab ke bahasa melayu semata...

walaupun tiada hadis khusus tentang selawat ni, namun ianya tidak menyalahi kaedah..

jangan lah jadi seperti rasul melayu yang menterjemah ayat Al-Quran secara direct tanpa ilmu bahasa arab...

Bookmark and Share

    


  Member Information For didadProfil   Hantar PM kepada didad   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.18392 saat. Lajunya....