Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Yang dihina semakin mulia. Yang menghina semakin terhina. Selalunya begitu.

-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 193
Ahli: 0
Jumlah: 193




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: ADAKAH ALKOHOL ITU NAJIS


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» ADAKAH ALKOHOL ITU NAJIS

Please Mendaftar To Post


Oleh ADAKAH ALKOHOL ITU NAJIS

saidatul_hawa
Warga 2 Bintang
Menyertai: 28.05.2003
Ahli No: 875
Posting: 55
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 29-11-08 01:49


Assalamualaikum,ana nak tanya antum,alkohol tu dkira pula isu memakai perfume beralkohol dalam solat,adakah boleh @tak,ana minta tolong penjelasn dr antum yang lebih arif mengenai hal ini.ada pendapat mengatakn tak boleh pakai ketika solat,mngapa?ada juga yang mengatakan boleh,macam mana tu???

Bookmark and Share

    


  Member Information For saidatul_hawaProfil   Hantar PM kepada saidatul_hawa   Quote dan BalasQuote

azzak
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2007
Ahli No: 31036
Posting: 491
Dari: klang, selangor

malaysia  


posticon Posting pada: 29-11-08 02:04


Adakah Khamar (Arak) Itu Najis?

http://fiqh-sunnah.blogspot.com

Para ulama berbeza pendapat berkaitan hukum sama ada najis atau tidaknya khamar (arak),

Pendapat yang pertama menyatakan bahawa khamar itu adalah najis. Ini adalah merupakan pendapat jumhur ulama, di antaranya adalah imam mazhab yang empat, dan pendapat ini dipilih oleh sheikhul Islam Ibnu Taimiyah. Hujah mereka adalah firman Allah s.w.t.:

“Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.” (al-Ma’idah, 5: 90)

Menurut mereka, maksud kalimah rijs di situ adalah membawa najis. Maka, dengan itu mereka menyatakan bahawa kenajisan arak itu adalah termasuk kategori najis hissiyah (najis dari sudut ain yang boleh dikesan dengan pancaindera).

Pendapat kedua, khamar itu suci (tidak najis). Ini adalah pendapat Rabi’ah, al-laits, al-Muzani, dan selainnya dari kalangan salaf. Dan ini adalah pendapat yang dipilih oleh asy-Syawkani, ash-Shan’ani, Ahmad Syakir, dan al-Albani rahimahullah. Inilah pendapat yang rajih berdasarkan alasan-alasan sebagaimana yang akan dijelaskan.

Pendapat yang menyatakannya sebagai suci dan tidak najis adalah berdasarkan beberapa alasan-alasan berikut,

1 – Tidak ada keterangan dalam ayat tersebut yang menunjukkan najisnya khamar. Hal itu dapat dilihat dari beberapa sudut,

- kata rijs adalah musytarak. Kalimat/perkataan ini memiliki pengertian yang sangat banyak. Di antaranya adalah kotoran, suatu yang diharamkan, keburukan, siksa/azab, laknat, kufur, kejahatan, dosa, majis, dan lain-lain. (Rujuk: an-Nihayah, Ibnul Atsir, Lisanul ‘Arab dan Mukhtarus Shihah, juga kitab-kitab tafsir)

- Menurut Ibnu Abbas, makna rijs adalah sukhth (dibenci). Manakala Ibnu Zaid menyatakan, rijs adalah syarr (keburukan).

- Kata rijs disebutkan di dalam al-Qur’an pada beberapa tempat. Namun, tidak ada satu pun dari ayat-ayat tersebut menunjukkan bahawa rijs membawa maksud najis.

“Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, perjudian, berhala dan menilik nasib itu adalah perbuatan rijs (keji) termasuk amalan syaitan, maka jauhilah perbuatan-perbuatan tersebut agar kamu mendapat keberuntungan!”. (al-Maidah, 5: 90)

“Begitulah Allah menimpakan rijs (siksa) kepada orang-orang yang tidak beriman”. (al-An’am, 6: 125)

“Kerana sesungguhnya mereka itu adalah rijs (najis) dan tempat mereka adalah Jahanam”. (at-Taubah, 9: 95)

“Maka jauhilah olehmu berhala-berhala yang rijs (najis) itu dan jauhilah perkataan-perkataan dusta”. (al-Haj, 22: 30)

- Ketika khamar dalam ayat itu disebutkan bersama dengan berjudi dan mengundi nasib, maka ini merupakan indikasi (petunjuk) yang kuat yang memalingkan makna rijs kepada selain makna najis. Demikian juga dalam firman-Nya:

“Maka berpalinglah dari mereka (orang-orang yang kafir/ingkar); Kerana sesungguhnya mereka itu adalah rijs (najis) dan tempat mereka adalah Jahanam”. (at-Taubah, 9: 95)

Kerana ada dalil-dalil shahih yang menunjukkan bahwa tubuh orang musyrik itu tidak najis.

- Ayat-ayat (dalil-dalil) yang menunjukkan pengharaman khamar tidak pun menunjukkan kenajisannya, tetapi benda yang najis sudah pasti adalah benda yang haram, dan benda yang haram belum tentu ia membawa maksud kepada najis fizikalnya. Sebagai contohnya, diharamkan memakai sutera dan emas bagi lelaki, padahal kedua-duanya benda yang suci menurut syar’i dan ijma’.

- Kata rijs pada ayat tersebut diikat dengan perkataan “termasuk amalan syaitan”. Maka, ia adalah rijs amali (perbuatan yang najis), yang bererti sangat buruk, diharamkan atau dosa. Bukanlah bererti najis ‘aini, sehingga meletakkan keududukan (hukum) benda-benda yang disebutkan dalam ayat tersebut sebagai najis.

2 - Dalam hadis tersebut disebutkan, daripada Anas radhiyallahu ‘anhu, “Rasulullah memerintahkan seseorang untuk mengumumkan: “Ketahuilah sesungguhnya khamar telah diharamkan.” “Aku pun keluar rumah dan menumpahkannya sehingga mengalir di jalan-jalan kota Madinah.” (Hadis Riwayat Bukhari, 2332. Muslim, 1980)

Dalam hadis yang lain, yang mengisahkan tentang seorang laki-laki yang membawa dua buah kantung air terbuat dan kulit yang di dalamnya terisi khamar. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Sesungguhnya Allah mengharamkan meminumnya dan mengharamkan menjualnya.” Maka laki-laki itu membuka penutup dua kantung itu lalu menumpahkannya hingga habis isinya.” (Hadis Riwayat Muslim, 1206)

Seandainya khamar itu najis, pastilah Rasulullah memerintahkan untuk menyiramkan air pada tanah yang terkena khamar tersebut untuk mensucikannya. Sebagaimana Rasulullah memerintahkan untuk menuangkan air pada air kencing seorang Arab badui sebagaimana dalam suatu hadis. Dan tentunya, Rasulullah akan memerintahkan mereka untuk menjauhinya.

Dan kalaulah khamar itu najis, tentulah Rasulullah memerintahkan pemilik dua kantung air itu untuk mencucinya.

3 - Perlulah difahami bahawa hukum asal setiap sesuatu itu adalah suci. Tidak dapat dipindahkan hukumnya kecuali dengan dalil yang sahih, dan dalam hal ini tidak ada dalil yang menunjukkan kenajisannya. Maka tetaplah ia pada hukum asalnya.

Wallahu a’lam.

Rujukan: Disunting semula dari Kitab Shahih Fiqh Sunnah, Abu Malik Kamal as-Sayyid Salim, Pustaka at-Tazkia, Jilid. 1.

source: http://fiqh-sunnah.blogspot.com/2008/06/103-adakah-khamar-arak-itu-najis.html

Bookmark and Share

    


  Member Information For azzakProfil   Hantar PM kepada azzak   Pergi ke azzak's Website   Quote dan BalasQuote

azzak
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2007
Ahli No: 31036
Posting: 491
Dari: klang, selangor

malaysia  


posticon Posting pada: 29-11-08 02:05


Adakah Alkohol Najis

DIkirim oleh mohd masri di Januari 27, 2008

Para pembaca yang semoga dirahmati Allah, khomr (segala sesuatu yang memabukkan) adalah haram sebagaimana yang telah ditegaskan oleh Allah dan Rasul-Nya. Tapi terdapat sedikit isykal (kemusykilan) di antara kita, apakah alkohol (yang termasuk salah satu bentuk khomr) najis ataukah tidak? Apakah kita boleh menggunakan alkohol (selain untuk diminum), seperti digunakan untuk campuran minyak wangi dan ubat-ubatan atau yang lainnya?

Alkohol Tidaklah Najis

Sebahagian kaum muslimin berdalil tentang najisnya alkohol dari firman Allah yang ertinya, “Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khomr, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah najis termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.” (Al Maa’idah: 90). Yaitu dari perkataan ‘adalah najis’.

Pendapat yang benar, makna kata najis di atas bukanlah najis secara hakiki tetapi najis secara maknawi (najis pada makna di dalamnya). Dimaknakan demikian kerana judi, berhala, undian pada ayat tersebut tidaklah dikatakan najis secara hakiki. Maka alkohol (khomr) boleh disentuh (tidak najis), sebagaimana juga berhala dan lainnya.

Bahkan terdapat dalil tentang sucinya alkohol dalam hadits dari sahabat Abu Sa’id Al Khudri, bahawa ketika ayat pelarangan khomr itu turun, para sahabat menumpahkan khomr-khomr mereka di jalan-jalan kota Madinah (hari. Muslim)

Syaikh Al Albani rohimahulloh mengatakan, “Dalam hadits ini terdapat faedah penting yaitu isyarat tentang sucinya khomr sekalipun haram hukumnya. Sebab seandainya khomr tidak suci, tentu para sahabat tidak akan menuangkannya di jalan-jalan dan tempat lalu banyak orang, tetapi mereka akan membuangnya ke tempat yang jauh sebagaimana layaknya barang-barang najis lainnya. (Lihat Irwa’ul Gholil).

Daripada kaedah fiqhiyyah dapat juga dibuktikan bahawa alkohol tidaklah najis. Sebagaimana Syaikh Ibnu Utsaimin rohimahulloh juga mengatakan, “Tidak ada dalil yang menunjukkan najisnya dzat khomr. Dan jika tidak ada dalil yang menunjukan demikian maka dzat khomr adalah suci kerana (kaedah mengatakan) asal segala sesuatu adalah suci dan tidak setiap yang haram itu najis, sebagaimana racun itu haram namun tidak najis. (Fatawa Syaikh Utsaimin, no 210). Jika telah jelas bahawa dzat alkohol tidaklah najis, maka tidaklah wajib untuk mencuci sesuatu yang terkena alkohol.

Alkohol Sebagai Campuran Dalam Ubat

Adapun mencampurkan sebahagian ubat dengan sedikit alkohol maka hal ini tidaklah menjadikan haramnya ubat-ubat tersebut jika campurannya sedikit, di mana tidak tampak bekasnya setelah tercampur. Hal ini merupakan pendapat para ulama. Alkohol juga begitu penting dalam bidang farmasi dan pengubatan, sebagaimana perkataan Syaikh Muhammad Rasyid Ridho rohimahulloh dalam fatawa beliau -yang dinukil oleh Syaikh Ibnu Utsaimin rohimahulloh- mengatakan, “Kesimpulannya bahawasanya alkohol adalah dzat yang suci dan mensucikan dan merupakan dzat yang sangat penting dalam bidang farmasi dan pengubatan, kedoktoran, serta pabrik-pabrik. Dan alkohol menjadi campuran dalam ubat-ubatan yang sangat banyak sekali. Pengharaman penggunaan alkohol bagi kaum muslimin (sebagai campuran ubat -pen) akan menghalangi mereka untuk menjadi ahli (pakar) pada bidang ilmu dan projek. Dan hal ini merupakan sebab terbesar keunggulan orang-orang kafir atas kaum muslimin dalam bidang kimia, farmasi, kedoktoran, pengubatan, dan industri. Dan pengharaman penggunaan alkohol boleh jadi merupakan sebab terbesar meninggalnya orang-orang yang sakit dan yang terluka atau menyebabkan lama sembuhnya penyakit mereka atau semakin parah sakit mereka.”

Minyak wangi yang Mengandung Alkohol

Bagaimana hukum menggunakan minyak wangi yang mengandung alkohol? Pertanyaan ini telah dijawab oleh Syaikh Al Albani rohimahulloh. Beliau mengatakan, “Minyak wangi-minyak wangi yang mengandung alkohol yang bukan minyak tidaklah najis, namun boleh jadi hukumnya adalah haram. Hukumnya haram jika peratusan alkohol pada minyak wangi-minyak wangi tersebut besar hingga menjadikan minyak wangi-minyak wangi tersebut suatu cairan yang memabukan, maka jika demikian jadilah minyak wangi tersebut memabukan (khomr) dan masuklah ia dalam keumuman hadits-hadits yang melarang dari jual beli dan pembuatan khomr. Maka tidaklah boleh bagi kaum muslimin jika demikian untuk menggunakan minyak wangi tersebut kerana jenis penggunaan apapun terhadap minyak wangi ini telah masuk dalam keumuman firman Allah, “Dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran.” (Al Maa’idah: 2). Dan sabda Nabi shollAllahu ‘alaihi wa sallam, “Allah melaknat khomr pada sepuluh perkara, peminumnya, penuangnya, yang meminta untuk dituangkan, yang membawanya, yang dibawakan untuknya, yang menjualnya, yang membelinya.” (Al-Hadits). Oleh kerananya kami menasihati untuk menjauhi perdagangan minyak wangi-minyak wangi yang mengandung alkohol terlebih lagi jika tertulis dalam labelnya bahawa kandungan alkoholnya 60% atau 70 %, maknanya yaitu memungkinkan untuk mengubah minyak wangi tersebut menjadi minuman yang memabukan walaupun tidak najis secara dzatnya.” (Fatawa Al-Madinah Al-Munawwaroh no. 23).

***

Sumber: Buletin At-Tauhid
Tingkat pembahasan: Dasar
Penulis: Abu Isma’il M. Abduh Al Ambony

http://muslim.or.id/ertikel/fiqh-dan-muamalah/menjawab-kerancuan-seputar-alkohol.html

sumber: http://soaljawab.wordpress.com/2008/01/27/adakah-alkohol-najis/

Bookmark and Share

    


  Member Information For azzakProfil   Hantar PM kepada azzak   Pergi ke azzak's Website   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 29-11-08 07:42


salam...

Alkohol ada banyak jenis, methanol, etanol,propanol, heksanol, buthanol dll.

alkohol yang mana satu?

methanol mana ada dalam liquor, mati lah kalau campur liquor.

etanol adalah alkohol yang biasa terdapat dalam liquor, ia murah kerana boleh dihasilkan melalui penapaian. Ia juga terdapat dalam durian. jadi bagaimana ye. Bagaimana pula hukum etanoat yang terhasil dari etanol?

Majlis Fatwa Kebangsaan berpandangan alkohol yang terhasil dari tumbuhan adalah halal manakala yang dihasilkan dari haiwan adalah haram.

bagaimana pandangan anda?

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 29-11-08 08:27


Dalam istinbath hukum, tahqiqul manath(kajian realiti) adalah sangat penting. Kesilapan dalam tahqiqul manath ibarat kesilapan doktor mengdiagnosa penyakit.

sayangnya, kesan dari sistem sekular hari ini jarang sekali ulama' yang memahami sains dan jarang sekali teknokrat yang faqih fiddin. salah satunya dalam masalah alkohol ini.Generalisasi alkohol jelas menunjukkan ketidakfahaman ulama' yang mengeluarkan fatwa dalam hal ini.

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

sasuke-kun
WARGA SETIA
Menyertai: 21.09.2004
Ahli No: 11297
Posting: 525
Dari: klate-jepun

Kelantan  


posticon Posting pada: 29-11-08 11:26


kadang-kadang konfius juga
masa nak sembahyang ana pakai perfume...
kadang-kadang tak
anyway thanks for da info

Bookmark and Share

    


  Member Information For sasuke-kunProfil   Hantar PM kepada sasuke-kun   Quote dan BalasQuote

nur_awatif174
Warga 2 Bintang
Menyertai: 10.03.2008
Ahli No: 32840
Posting: 62
Dari: bangi,selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 29-11-08 11:41


bagus info ini...
perkara yang menjadi keraguan itu sebaiknya kita tingglkn...lebih baik...pakai lah perfume yang tak ada alkohol...kan senang...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_awatif174Profil   Hantar PM kepada nur_awatif174   Quote dan BalasQuote

qhal
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.09.2004
Ahli No: 11344
Posting: 385
Dari: (((Selangor)))

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 29-11-08 12:59


kalau tak silap ana...alkohol boleh terhasel dari 2 cara yang berbeza..
1 dari cara penapaian tumbuhan
2 dari prosess penyaringan petrolieum

kira kebnayakan dari produk2 minyak wangi yang dijual di pasaran sekarang dipercayai mggunakan alkohol dari cara no 2....sebab mgken juga alkohol dari cara no 1 agak mahal dari segi penyediaanya..

itu dari segi theory nya lah...mgken kena tanya dengan sesiapa yang lebh pakar dalam hal ini....

Bookmark and Share

    


  Member Information For qhalProfil   Hantar PM kepada qhal   Quote dan BalasQuote

nur_awatif174
Warga 2 Bintang
Menyertai: 10.03.2008
Ahli No: 32840
Posting: 62
Dari: bangi,selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 29-11-08 13:46


oooo...begitu ye....kiranya kebanyakkn perfume sekarang dibt dengan cara demikian ye....satu info yang baik...baru ni saya tahu....

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_awatif174Profil   Hantar PM kepada nur_awatif174   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 29-11-08 16:11


rasanya dalam topik2 lama da banyak kali dibincangkan..papun tak pela...tak kisah pun..benda bermanfaat kan...papun saya berpegang pada kenyataan bahawa perfume yang dipakai sama ada dalam solat mahupun diluarnya adalah harus untuk dipakai..ia bukan najis..pensabitan haram adalah disebabkan zatnya yang memabukkan..berbalik pada isu, jika org yang pakai minyak wangi beralkohol tu mabuk tandanya haram lah...tapi pernah ke ada org macam tu? ia hanya bersabit dengan pemakanan saja...wallahua'lam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

fikrul_mustanir
WARGA SETIA
Menyertai: 03.11.2006
Ahli No: 27196
Posting: 744
Dari: The Future Khilafah State

blank   avatar


posticon Posting pada: 29-11-08 16:49


Salam,

Saya lebih condong kepada pendapat yang kedua, iaitu alkahol itu tidak najis. Sebab perkataan 'rijjs' itu adalah kata kinayah (kiasan) kepada amalan syaitan.

Namun hukum memanfaatkan alkohol dari khamar adalah haram kerana ia adalah benda yang diharamkan oleh Allah SWT. Misalnya, penggunaannya sebagai kandungan dalam minyak wangi.

Walahu'alam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For fikrul_mustanirProfil   Hantar PM kepada fikrul_mustanir   Quote dan BalasQuote

sayang_semuanya
WARGA SETIA
Menyertai: 23.03.2007
Ahli No: 29304
Posting: 486
Dari: Pasir Ris

singapore   avatar


posticon Posting pada: 01-12-08 15:31


kalau alkohol yang di maksud kan sebagai arak, memang lah haram untuk dio pakai..

kalau alkohol untuk perubatan, yang bersihkan luka, dan alkohol yang digunakan dalam perfumes, tak salah untuk pakai dan di bawa kan kepada solat, solat tetapi sah..

sebab, mengikut kaljian saintafik, perfumes yang mengandungi alkohol, dan di spray kan ke tubuh atau baju yang kita pakai, alkohol akan hilang, dan yang melekat hanya bau nya sahaja.. sebab, tubuh kita mempunyai hawa yang panas...

wallahu a'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For sayang_semuanyaProfil   Hantar PM kepada sayang_semuanya   Quote dan BalasQuote

azzak
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2007
Ahli No: 31036
Posting: 491
Dari: klang, selangor

malaysia  


posticon Posting pada: 01-12-08 15:40


Pada 01-12-08 15:31 , sayang_semuanya posting:

!!! QUOTE !!!

kalau alkohol yang di maksud kan sebagai arak, memang lah haram untuk dio pakai..

kalau alkohol untuk perubatan, yang bersihkan luka, dan alkohol yang digunakan dalam perfumes, tak salah untuk pakai dan di bawa kan kepada solat, solat tetapi sah..

sebab, mengikut kaljian saintafik, perfumes yang mengandungi alkohol, dan di spray kan ke tubuh atau baju yang kita pakai, alkohol akan hilang, dan yang melekat hanya bau nya sahaja.. sebab, tubuh kita mempunyai hawa yang panas...

wallahu a'lam


cikgu kimia saya pun pernah cakap benda yang sama, nama dia Cikgu Nazimah,...



Bookmark and Share

    


  Member Information For azzakProfil   Hantar PM kepada azzak   Pergi ke azzak's Website   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 01-12-08 17:01


Sekadar berkongsi ilmu yang saya belajar zaman sekolah menengah dulu..

Alkohol terdiri daripada berbagai-bagai jenis iaitu Ethanol atau ethyl alkohol, Buthanol, methanol dan lain-lain lagi.

1) Setiap minuman arak mengandungi alkohol. Alkohol dari proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis, tetapi alkohol yang dibuat bukan melalui proses pembuatan arak maka hukumnya tidak najis dan tidak haram diminum.

~ Perlu difahami bahawa alkohol yang terdapat di dalam arak adalah Denatured Ethanol. Denatured Ethanol mempunyai sifat memabukkan dan jika diminum ia tidak menyebabkan kematian. Dan denatured ethanol ini, yang terhasil dari proses penapaian arak hukumnya haram diminum dan ia adalah najis. Bermakna jika setitik arak tumpah ke baju kita, hukumnya najis dan tidak sah solat. Denatured ethanol juga tidak bersifat penstabil dan tidak sesuai digunakan di dalam minyak wangi.

~ Ethanol yang terhasil dari proses sulingan pula adalah dipanggil Absolute Ethanol a.k.a Pure Ethanol. Ethanol jenis ini bersifat penstabil, menyebabkan kematian jika diminum dan tidak mempunyai sifat memabukkan. Ethanol jenis ini hukumnya harus dipakai dan tidak najis. Minyak wangi menggunakan Pure Ethanol untuk menstabilkan dan mengekalkan bau minyak wangi hukumnya tidak najis dipakai.


3) Minuman yang dibuat bukan untuk dijadikan arak atau bukan yang memabukkan dan tidak sama caranya dengan proses arak adalah halal diminum.

4) Alkohol yang terjadi sampingan dalam proses pembuatan makanan tidak najis dan halal dimakan.

5) Ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah dimaafkan.


Kesimpulannya,

1) Alkohol yang dihukumkan haram diminum dan najis adalah Denatured Ethanol yang terdapat di dalam semua jenis arak.

2) Minyak wangi yang menggunakan alkohol adalah harus dan tidak najis untuk dipakai di dalam solat.

3) Alkohol yang terhasil dari proses pembuatan makanan (contohnya tapai) adalah tidak najis dan tidak haram dimakan.



Wallahua'lam...


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.13547 saat. Lajunya....