Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 16-12-2018  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Tak semestinya melakukan apa yang anda sukai tetapi menyukai apa yang anda lakukan
-- Kang Razzi Armansur

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: Tayu
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43072

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 35
Ahli: 0
Jumlah: 35




  Yang Masuk Ke Sini
Gorodkovie: 1 hari, 11 jam, 10 minit yang lalu
Tayu: 3 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 9 hari yang lalu
muslimiman: 11 hari yang lalu
SaLaFiaN: 13 hari yang lalu
Bubnowie: 16 hari yang lalu
tereturubuzu: 19 hari yang lalu
khalifah: 24 hari yang lalu
RedPetunia: 24 hari yang lalu
kaze: 28 hari yang lalu
Daeng_Jati: 30 hari yang lalu


Jejak Mahasiswa
Topik: Modul program bertaraf ijazah diperkenalkan


Carian Forum

Moderator: Admin, istisafa
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jejak Mahasiswa
    »» Modul program bertaraf ijazah diperkenalkan

Please Mendaftar To Post


Oleh Modul program bertaraf ijazah diperkenalkan

lemochi_adachi
WARGA SETIA
Menyertai: 10.10.2008
Ahli No: 35332
Posting: 420
Dari: SABAK BERNAM

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 24-11-08 12:06


MODUL program kejuruteraan bertaraf ijazah berasaskan pendidikan teknologi tinggi Jepun berjaya dibangunkan Yayasan Pelajaran Mara (YPM) sebagai persiapan awal memastikan penawaran berterusan program Japanese Associate Degree (JAD) sekiranya Dana Pinjaman Pendidikan Tinggi (DPPT) dihentikan pada 2015.

Pembangunan modul itu hasil penambahbaikan JAD di bawah DPPT khususnya DPPT III yang menggunakan pendekatan pengajian 3+2 iaitu tiga tahun di Malaysia dan dua tahun lagi di Jepun.

Pengurus Projek DPPT, Normawati Mahat, berkata modul di bawah Pelan Akademik Program JAD dicadangkan perunding tempatan, Yayasan Ilmuwan yang dilantik YPM untuk menjalankan kajian pemasaran tempatan dan antarabangsa, pelan peralihan pengajaran program JAD serta penyelidikan bagi penyesuaian pengisian kurikulum ijazah berkenaan.

Katanya, modul merangkumi kurikulum dan pengisian mata pelajaran membolehkan pelajar mengikuti pengajian peringkat ijazah selama empat tahun di negara ini.

“Bagaimanapun, pelajar yang berhasrat mengikuti pengajian di Jepun masih berpeluang berbuat demikian dengan memilih komponen kedua iaitu meneruskan pengajian tahun empat di mana-mana 15 universiti terkemuka Jepun.

“Uniknya modul ini mengkehendaki pelajar berkenaan menyiapkan projek penyelidikan kejuruteraan sebelum layak dianugerahkan ijazah,” katanya kepada Berita Harian.

Normawati menjelaskan, mereka terpilih bagaimanapun perlu mengikuti program bahasa Jepun dan asas kejuruteraan di Pusat Persediaan Bahasa dan Asas Sains Kejuruteraan sebelum meneruskan pengajian peringkat ijazah.

Katanya, YPM sudah memulakan perbincangan dengan pihak universiti di Jepun mengenai pelan terbaru itu sebelum mendapatkan kelulusan dan pengiktirafan Agensi Kelayakan Malaysia.

“Sekiranya berjaya, penawaran program berkenaan akan bermula pada 2010 dengan pengajian bahasa Jepun serta asas kejuruteraan elektrik dan elektronik serta kejuruteraan mekanikal.

“Kita mengekalkan penggunaan bahasa Jepun sebagai pengantar kerana ia sejajar sistem pendidikan negara itu yang mementingkan kualiti pengajaran dan pembelajaran serta menetapkan piawaian tinggi dalam program pendidikannya,” katanya.

Mengulas lanjut, Normawati berkata, pihaknya masih dalam proses pemilihan institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan terbaik dan bersesuaian untuk program berkenaan.

Katanya, pemilihan IPT sesuai mengambil kira keupayaan institusi terbabit menyediakan kemudahan pembelajaran bertaraf antarabangsa termasuk penginapan, bilik kuliah, akses internet.

“YPM mempunyai keupayaan dari segi tenaga pengajar berpendidikan universiti Jepun, makmal dan peralatan memenuhi piawaian antarabangsa, bahan bantu mengajar mencukupi, selain kurikulum serta silibus setaraf universiti Jepun.

“Cabaran sekarang adalah mengenal pasti IPT yang mampu bekerjasama menawarkan program itu, selain boleh berkongsi misi dan visi YPM dalam memastikan kejayaan perkongsian kepakaran serta teknologi antara kedua-dua negara,” katanya.


-----------------
"Hari ini adalah realiti impian kelmarin, impian hari ini adalah reliti besok hari..."


Bookmark and Share

  


  Member Information For lemochi_adachiProfil   Hantar PM kepada lemochi_adachi   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.093585 saat. Lajunya....