Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 18-04-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Air yang mengapungkan kapal, air juga yang menenggelamkan kapal
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 66
Ahli: 0
Jumlah: 66




  Yang Masuk Ke Sini
Kang: 11 hari yang lalu
lidah-penghunus: 13 hari yang lalu
muslimin23: 22 hari yang lalu


Jejak Kerjaya
Topik: Cacing Menjana Pendapatan


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafiz_along_83
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jejak Kerjaya
    »» Cacing Menjana Pendapatan

Please Mendaftar To Post


Oleh Cacing Menjana Pendapatan

lemochi_adachi
WARGA SETIA
Menyertai: 10.10.2008
Ahli No: 35332
Posting: 420
Dari: SABAK BERNAM

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 21-11-08 18:19


Kebanyakan kita bila sebut sahaja cacing dah geli geleman, tapi tahu kah anda telah ramai ushawan yang menternak cacing telah berjaya menjadikan ia sumber pendapatan dan satu perniagaan yang menguntungkan.

Modal memulakan penternakan cacing kalau di kirakan tidak lah besar mana. Pertama sekali anda perlu menyediakan rumah cacing. Besarnya rumah cacing ini bergantung kepada berapa banyak induk cacing yang hendak anda masukkan.

Rumah cacing anda boleh bina sendiri dengan menggunakan beberapa bekas plastik tidak telus cahaya saiz nya 2' tak 2' tak 1' lebih kurang. Jika anda menggunakan tiga pastikan dua darinya di tebuk bahagian bawahnya. Bekas yang dibawah sekali cuma tebuk satu lubang bagi memasang valve. Aturkan bekas tersebut bertingkat masukan keratan bahan buangan saperti kertas,rumput,daun-daun jerami padi dan bahan buangan yang terdapat disekitar rumah anda.Bahan ini hendaklah sentiasa lembab,kemudian masukkan lebih kurang 1000 ekor cacing.Bekas yang ketiga anda tambahkan lagi dengan bahan buangan organic yang sama.Tutup bekas ketiga dan pastikan anda menebuk lubang yang halus untuk memastikan perjalanan udara di dalam bekas tersebut..

Biarkan cacing memakan segala sampah sarap didalam bekas tersebut dan pastikan dari masa semasa sampah tersebut di tambah dan juga pastikan ianya sentiasa lembab.....hasilnya anda akan dapat "worm Tea" "worm Casting dan baja kompos.
Worm tea dijual pada harga RM10 apa liter baja kompos a RM1 apa kilo dan cacing dijual pada harga RM300 hingga RM450 perkilo.....selamat mencuba.


-----------------
"Hari ini adalah realiti impian kelmarin, impian hari ini adalah reliti besok hari..."


Bookmark and Share

    


  Member Information For lemochi_adachiProfil   Hantar PM kepada lemochi_adachi   Quote dan BalasQuote

sasuke-kun
WARGA SETIA
Menyertai: 21.09.2004
Ahli No: 11297
Posting: 525
Dari: klate-jepun

Kelantan  


posticon Posting pada: 21-11-08 18:26


pernah juga kawan ajak join masuk bisnes ternak cacing
tapi modal mahal sangat....hampir rm3000
tapi betul ke pulangan lumayan
ingat nak cuba jugak

Bookmark and Share

    


  Member Information For sasuke-kunProfil   Hantar PM kepada sasuke-kun   Quote dan BalasQuote

shimaku
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2008
Ahli No: 34002
Posting: 783
Dari: ~Below Da Wind Go To KL~

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 21-11-08 19:30


Pada 21-11-08 18:26 , sasuke-kun posting:

!!! QUOTE !!!

pernah juga kawan ajak join masuk bisnes ternak cacing
tapi modal mahal sangat....hampir rm3000
tapi betul ke pulangan lumayan
ingat nak cuba jugak


:kelip: pulangan menternak cacing ni memang lumayan.. saya ada terdengar dalam rancangan Wanita Hari Ini pasal menternak cacing tidak memakan kos yang tinggi tambahan pula cacing tidak akan ada riskio di serang penyakit jadi tak perlu susah-susah dalam menjaganya.. sebenarnya topik ni tak silap dah ada kan..apa pun ni info tambahan bagi mereka yang berminat :

Berita Harian: Permintaan cacing di pasaran semakin tinggiTekno Tani: Permintaan cacing di pasaran semakin tinggi

Oleh Faizatul Farhana Farush Khan
Berita Harian, 11 Apr 2008

RAMAI beranggapan cacing tanah adalah sejenis haiwan yang bukan saja menggelikan, malah cuma sesuai dijadikan makanan burung dan umpan ikan.

Bagaimanapun, tanggapan mereka dibuktikan salah oleh pengusaha cacing tanah, Azlinda Ros Abdul Aziz, 35, apabila menjadikannya sebagai sumber yang dapat menjana pendapatan lumayan.

Apa tidaknya, cacing tanah mempunyai nutrien dan protein lebih tinggi berbanding kacang soya dan mampu dijadikan baja berkualiti serta sebagai bahan dalam penghasilan kosmetik.

Berdasarkan hakikat itu, Azlinda dengan bermodalkan RM50,000, bertekad memulakan perniagaan penternakan cacing tanah secara kecil-kecilan pada 2000, mendirikan bangsal serta membeli peralatan.

Selepas 2006, perniagaannya berkembang maju berikutan permintaan tinggi daripada orang ramai dan syarikat pertanian yang ingin menternaknya serta permintaan syarikat kosmetik bagi kegunaan produknya itu.

Kini ibu tunggal dengan dua anak itu mampu tersenyum bangga kerana beliau berjaya menubuhkan syarikat sendiri, AZR Agro Centre di Banting, Selangor dan bergelar usahawan muda bergelar pengarah urusan.

Berkelulusan dalam bidang Biologi Alam Sekitar dari Universiti Sains Malaysia (USM), Azlinda berkata, cacing tanah mempunyai keistimewaannya tersendiri antaranya dapat menghasilkan baja dengan 17 nutrien yang sangat baik untuk penanaman tumbuhan dan produk kosmetik.

“Bagi pesawah padi misalnya, mereka hanya memperoleh tujuh tan metrik jika menggunakan baja biasa, tetapi dengan penggunaan baja dicampur cacing tanah, mereka mampu memperoleh sehingga 10 tan metrik.

“Dalam bidang kosmetik pula, protein yang ada dalam cacing tanah boleh menambahkan kualiti produk terbabit dan dapat tahan lebih lama,” katanya.

Azlinda berkata, cacing tanah tidak memerlukan belanja yang besar untuk diternak kerana ia hanya makan jerami padi yang kebiasaannya dibuang.

Bagaimanapun, katanya, cacing tanah mempunyai banyak musuh, terutama ayam serta burung yang menjadikannya sumber makanan dan kerana itu, ia perlu dijaga rapi.

Beliau berkata, bidang penternakan cacing tanah belum dikenali secara komersial dan Selangor adalah satu-satunya negeri yang mengiktiraf kepentingannya.

Sehubungan itu, kata beliau, syarikatnya membuka peluang kepada orang ramai terutama masyarakat Melayu untuk turut serta dalam menternak cacing tanah bagi mendapatkan pendapatan sampingan.

“Individu terutama suri rumah digalakkan menceburi bidang ini. Apa yang perlu dilakukan mereka ialah hanya membeli cacing tanah dan menternaknya sebelum ia dibeli semula pihak syarikat.

“Harga yang dikenakan ialah RM450 sekilogram dan selepas mereka menternaknya sehingga tempoh matang kira-kira enam bulan, syarikat ini akan membelinya semula dengan harga satu apa empat daripada harga pasaran,” katanya.

Azlinda berkata, syarikatnya sedar ada individu berminat menceburinya, tetapi terpaksa melupakan hasrat mereka kerana tidak mempunyai modal mencukupi.

Bagi membantu mereka mengatasi masalah itu, kata beliau, syarikatnya sedia membantu mereka mendapatkan modal dengan cara mengadakan seminar serta menjemput pegawai bank bagi meyakinkan pihak bank terbabit mengenai potensi perniagaan itu.

Azlinda berkata, syarikatnya biasa menganjur seminar dalam tempoh dua bulan sekali bagi memberi peluang kepada peserta mengetahui segala selok-belok bidang itu termasuk cara pembelian, penjagaan, penjualan dan kaedah mendapatkan keuntungan.

AZR Agro Centre menyediakan perkhidmatan menjual, membeli, mengedar, membekal, memasarkan, memborong, memproses, import, eksport dan khidmat nasihat berkenaan pertanian serta industri asas tani.

Usaha syarikat itu selaras saranan kerajaan yang mahu menukarkan penggunaan baja kimia kepada baja organik menjelang 2010 berikutan kos penghasilannya yang lebih murah dan tidak mencemarkan alam.


;-) Yang ni link untuk maklumat yang lebih lanjut :
http://www.azragrocentre.com

Bookmark and Share

    


  Member Information For shimakuProfil   Hantar PM kepada shimaku   Pergi ke shimaku's Website   Quote dan BalasQuote

achuyah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.02.2005
Ahli No: 14384
Posting: 138
Dari: qlate

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 21-11-08 21:27


chu nak tahu apakah hukumnya kalau kita ternak cacing ni?/ dari sudut agama bagaimana ye?...ada sesiapa boleh bgtahu.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For achuyahProfil   Hantar PM kepada achuyah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.095265 saat. Lajunya....