Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bangkai akan menarik pemakan bangkai, tong sampah akan menarik sampah. Kebaikan akan menarik kebaikan; keburukan akan menarik keburukan
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 140
Ahli: 0
Jumlah: 140




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 18 jam, 41 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Sirah dan Tokoh Islam
Topik: khalifah arrasyidin(nota tingkatan empat)


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Sirah dan Tokoh Islam
    »» khalifah arrasyidin(nota tingkatan empat)

Please Mendaftar To Post


Oleh khalifah arrasyidin(nota tingkatan empat)

umar_khalil
WARGA SETIA
Menyertai: 14.01.2008
Ahli No: 32313
Posting: 1204

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 20-11-08 10:58


ana da chek kat topik sebelum2 ni,,so tak ada lagi topic ni,,secara ringkasnya boleh disampaikan,,tapi maybe ramai tak tahu tentang hal ini..sama-sama kita kongsi..

PENGENALAN RINGKAS 4 KHULAFAK AR-RASYIDIN



a.     KHALIFAH ABU BAKAR ( memerintah dari 11 H – 13 H )

·         Nama sebenar; abdullah bin abi qahafah

·         Dilahirkan 2 tahun selepas kelahiran rasulullah

·         Keturunan bani tamim

·         Orang pertama memeluk islam

·         Digelar as-siddiq kerana mengakui kebenaran rasulullah dalam peristiwa israk mikraj

·         Berhijrah bersama rasulullah ke madinah dan berada bersama baginda ketika di gua thur

b.     KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB (memerintah dari 13 H – 23 H )

·         Nama sebenar; umar bin al-khattab bin naufal

·         Lahir 13 tahun selepas kelahiran rasulullah

·         Keturunan bani adi

·         Digelar al-faruk kerana dapat membezakan antara kebenaran dan kebatilan

·         Beliau berhijrah secara terang dengan mencabar orang quraisy hendak membunuhnya

c.     KHALIFAH USMAN BIN AFFAN (memerintah dari 23 H – 35 H )

·         Dilahirkan 5 tahun selepas kelahiran rasulullah

·         Berketurunan bani umaiyah

·         Digelar zu an-nurain kerana mengahwini 2 puteri rasulullah

d.     KHALIFAH ALI BIN ABI TALIB

·         Nama sebenar; ali bin abi talib bin abdul mutallib bin hasyim

·         Dilahirkan pada tahun ke-10 sebelum kerasulan nabi muhammad

·         Merupakan kanak-kanak pertama memeluk islam

·         Didoakan dengan " karramallahu wajhah " yang bermaksud orang yang dimuliakan wajahnya oleh Allah kerana tidak pernah menyembah berhala







CARA PERLANTIKAN SETIAP KHALIFAH



a.     PERLANTIKAN KHALIFAH ABU BAKAR

·         Berlaku perselisihan pendapat mengenai siapa yang layak menggantikan tempat rasulullah selepas kewafatan baginda

·         Orang ansar telah mengadakan perjumpaan sesama mereka dan mencadangkan saad bin abi ubadah menjadi khalifah

·         Orang muhajirin termasuk abu bakar dan umar telah bergegas ke tempat perjumpaan tersebut setelah mendengar perjumpaan dan agenda yang dijalankan

·         Setelah berlaku perbincangan, abu bakar memberi ucapan dan mencadangkan umar atau abu ubaidah dipilih untuk menjawat jawatan khalifah

·         Kedua-dua yang dicadangkan telah membantah pencalonan tersebut, lantas umar berjabat tangan untuk baiah kepada abu bakar as-siddiq bagi menjawat jawatan khalifah dan diikuti oleh umat islam lain

b.     PERLANTIKAN KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB

·         Ketika abu bakar jatuh sakit, beliau merasa bimbang akan berlaku perpecahan dan melemahkan perpaduan

·         Abu bakar berpendapat bahawa orang yang paling layak ialah umar bin al-khattab

·         Beliau meminta pandangan beberapa orang sahabat tentang cadangan tersebut

·         Usman bin affan telah menulis wasiat atas permintaan abu bakar as-siddiq, dan memperdengarkannya kepada beliau dan orang ramai berkenaan cadangan tersebut.

·         Orang ramai bersetuju dengan cadangan melantik umar selepas kewafatan abu bakar

c.     PERLANTIKAN KHALIFAH USMAN BIN AFFAN

·         Setelah umar ditikam oleh abu lu'luah yang beragma majusi, beberapa orang sahabat telah berjumpa umar dan mendesak agar dilantik penggantinya

·         Umar telah mencalonkan 6 orang sahabat antaranya ali bin abi talib dan usman

·         Abdul rahman bin auf yang dicadangkan telah menarik diri dan berjanji untuk menjalankan pemilihan dan temu bual bersama orang ramai untuk memilih ali atau usman yang lebih layak menjadi khalifah

·         Setelah orang ramai memilih usman yang layak menjadi khalifah terlebih dahulu dan dituruti oleh ali, abdul rahman mengumumkan perlantikan tersebut dan diikuti oleh para sahabat lain

d.     PERLANTIKAN KHALIFAH ALI BIN ABI TALIB

·         Selepas pembunuhan usman bin affan negara islam menjadi kucar kacir dan tidak stabil

·         Puak-puak pemberontak telah meminta ali untuk mengambil alih jawatan khalifah

·         Ali enggan pada mulanya untuk menerima jawatan tersebut tetapi menerimnya setelah melihat negara islam dalam keadaan yang kucar-kacir

·         Orang ramai telah memberi baiah kepada ali kecuali puak-puak umaiyah yang diketuai oleh muawiyah bin abi sufyan






BUKTI KEPIMPINAN KHULAFAK AR-RASYIDIN DALAM PERNTADBIRAN NEGARA



·         Mereka menjadi rujukan umat islam kerana mereka adalah antara yang terapat dengan rasulullah dan menerima didikan terus dari rasulullah

·         Mereka dapat menyelesaikan masalah yang timbul di zamannya dengan baik seperti saidina abu bakar yang dapat menumpaskan golongan enggan membayar zakat dan golongan nabi-nabi palsu

·         Rakyat diperintah secara adil dan menjalankan undang-undang berdasarkan al-quran dan sunnah

·         Mereka lebih mengutamakan akhirat dari dunia hingga tidak memerlukan pengawal peribadi semasa mentadbir negara

·         Rakyat berpeluang menyuarakan pandangan kerana mereka bersifat terbuka



DASAR PENTADBIRAN KHULAFAK AR-RASYIDIN



·         Undang-undang dan perlembagaan negara berdasarkan al-quran dan al-hadis

·         Khalifah mempunyai kuasa membuat keputusan berdasarkan pandangan ahli majlis syura dan ijtihad

·         Khalifah merupakan ketua negara

·         Rakyat wajib mentaati pemerintah yang taat kepada syariat Allah dan rasulnya

·         Rakyat boleh memberi pandangan dan teguran kepada pemimpin mengikut saluran yang betul dll






SUMBANGAN DAN JASA KHULAFAK AR-RASYIDIN



a.     KHALIFAH ABU BAKAR

·         Mendaulatkan kerajaan islam madinah daripada nacman golongan murtad, gerakan nabi palsu dan golongan yang tidak membayar zakat

·         Membebaskan negeri-negeri dibawah pengaruh rom dan parsi

·         Mengumpul tulisan-tulisan al-quran

b.     KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB

·         Menyusun pnetadbiran majlis syura

·         Menubuhkan beberapa jabatan bagi melicinkan pentadbiran negara

·         Menyusun undang-undang tanah negara

·         Mengisytiharkan kalendar mengikut tahun hijrah

·         Menubuhkan pasukan polis dan tentera laut

c.     KHALIFAH USMAN BIN AFFAN

·         Menyumbang harta dan kekayaan untuk pertahanan negara

·         Mengumpul dan membukukan al-quran dalam satu naskhah

·         Membesarkan angakatan tentera darat dan laut yang memberi kesan kepada peluasan kuasa ean wilayah

d.     KHALIFAH ALI BIN ABI TALIB

·         Menerima jawatan khalifah ketika negara dalam keadaan tidak tenteram



KEMAJUAN YANG DICAPAI SEMASA PEMERINTAHAN KHULAFAK AR-RASYIDIN



a.     Sosial

                                                 i.     Maysarakat yang terdiri dari perlbagai bangsa dan agama hidup dalam keadaan harmoni bebas mengamalkan ajaran masing-masing tetapi patuh dengan sistem pentadbiran islam

                                                 ii.     Pendidikan diambil berat oleh khulafak. Masjid dijadikan pusat pendidikan. " kuttab " didirikan disekitar masjid oleh golongan kaya. Guru-guru dilantik dari kalangan yang mampu mengajar al-quran, menulis, membaca dan mengajarbidang-bidang tertentu seperti sirah, seni lukis, dan syair

                                                iii.     Para khulafak menjaga kebajikan setiap rakyat tanpa mengira bangsa dan agama. Sebagai contoh, pegawai khas dilantik untuk memantau ketua-ketua wilayah supaya sentiasa tidak membebankan rakyat

                                                iv.     Para khulafak tidak memilih pangkat dan kedudukan dlanm menguatkuasakan undang-undang

                                                 v.     Pelbagai kemudahan awam diwujudkan seperti baitul mal untuk menyimpan harta kerajaan, bandar-bandar baru dibangunkan, sistem saliran dan empangan diadakan untuk memajukan sektor pertanian

b.     Ekonomi

                                                 i.     Negara mempunyai banyak kawasan pertanian yang subur pada zaman umar dan usman

                                                 ii.     Harta negara kiat meningkat hasil dari zakat, jizyah, ghanimah, fai'e, usyur dll

                                                iii.     Jabatan khas ditubuhkan untuk memastikan cukai dipungut dengan lebih sistematik

c.     Peluasan kawasan

                                                 i.     Negara islam kian meluas dari setiap pemerintahan khulafak

                                                 ii.     Negara islam meluas hingga ke utara afrika, turkistan dan hingga ke pulau cyprus






KESAN POSITIF DARIPADA KEPIMPINAN DAN PEMERINTAHAN KHULAFAK AR-RASYIDIN



a.     Corak kepimpinan

·         Pemimpin negara merupakan ketua agama yang mendaulatkan syariat islam

b.     Sifat pemimpin

·         Pemimpin negara yang dipilih adalah dari kalangan yang berakhlak dan berwawasan memajukan negara

c.     Pertahanan

·         Diberi keutamaan bagi memastikan negara bebas dari ancaman luar

d.     Ekonomi

·         Dasar ekonomi digubal secara adil untuk rakyat

e.     Sosial

·         Ilmu pengetahuan diberi perhatian untuk rakyat

·         Rakyat dilayan sama rata

·         Kebajikan rakyat dijaga terutama golongan fakir miskin


AKIBAT YANG TIMBUL SEMASA UMAT ISLAM DAHULU MEMBELAKANGKAN PEMERINTAHAN KHULAFAK AR-RASYIDIN



a.     Negara islam selepas khulafak ar-rasyidin dipimpin oleh khulafak secara warisan

b.     Keadaan huru hara pada zaman usman dan ali akibat meluasnya perbuatan fitnah dan sikap bermusuhan sesama sendiri

c.     Orang munafik memecahbelakan umat islam

d.     Timbul perpecahan aliran fikiran seperti ahli sunnah, syiah dan khawarij yang meruntuhkan perpaduan umat islam






PERKARA-PERKARA YANG PERLU DICONTOHI DARI KEJAYAAN PIMPINAN KHULAFAK AR-RASYIDIN



a.     Menjalankan urusan kehidupan dengan akidah yang benar

b.     Patuh kepada syariat islam dan sanggup berjihad mempertahankan kesucian agama islam

c.     Mendalami ilmu pengetahuan yang banyak seperti khulafak ar-rasyidin yang mahir dalam ilmu agama dan pentadbiran

d.     Melaksanakan sistem syura dalam mencari keputusan dan mementingkan perpaduan ramai bukan perpaduan puak sahaja

e.     Membela golongan miskin dan mencari sumber-sumber kewangan untuk memajukan pentadbiran negara

f.        Rakyat diberi hak untuk mengamalkan agama masing-masing asalkan tidak menggangu pentadbiran yang berteras kepada syariat

pergi.     Dakwah perlu dijalankan oleh individu dan kerajaan bagi memerangi syirik dan kekufuran



Bookmark and Share

    


  Member Information For umar_khalilProfil   Hantar PM kepada umar_khalil   Quote dan BalasQuote

Hasrulllah92
Warga 2 Bintang
Menyertai: 20.08.2006
Ahli No: 25933
Posting: 49
Dari: ATAS BUMIE

Pahang  


posticon Posting pada: 20-11-08 12:51


Assalamualaikum

alhamdulilah...boleh tolong ana &D nota PQS ni....

hehe :terliur: :terliur:

tambah lagi..memang ana tak berapa ok bab ni :welcome:

:-D :-D


-----------------
cari lah ALLAH bila bermasalah dan jangan lupa ALLAH bila dah selesai..


Bookmark and Share

    


  Member Information For Hasrulllah92Profil   Hantar PM kepada Hasrulllah92   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.111002 saat. Lajunya....