Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 25-08-2019  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
5,000 tahun dulu Confusius berkata, "Belajar!"; 1,500 tahun dahulu ayat Quran pertama ialah, "Baca!"
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: NurLiyanaNajwa
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43095

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 39
Ahli: 0
Jumlah: 39




  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 3 jam, 10 minit yang lalu
budakbesar: 6 hari yang lalu
azemi: 10 hari yang lalu
Firdaus15: 17 hari yang lalu
NurLiyanaNajwa: 20 hari yang lalu
secureofficemovers: 21 hari yang lalu
Naqiu: 27 hari yang lalu
nawfaa79: 28 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Diskaun tol 10 peratus


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Diskaun tol 10 peratus

Please Mendaftar To Post


Oleh Diskaun tol 10 peratus

lemochi_adachi
WARGA SETIA
Menyertai: 10.10.2008
Ahli No: 35332
Posting: 420
Dari: SABAK BERNAM

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 19-11-08 13:18


Assalamualaikum

KUALA LUMPUR: Pengguna Lebuhraya Utara-Selatan dan lebuh raya Elite yang menggunakan laluan berkenaan sekitar jam 12 tengah malam hingga 7 pagi bakal menikmati diskaun bayaran tol 10 peratus berkuat kuasa awal tahun depan.

Namun diskaun 10 peratus itu diberikan kepada pemilik kenderaan kelas 1 iaitu kenderaan kelas ringan seperti kereta dan van.

Menurut Pengarah Urusan Plus Expressways Berhad, Noorizah Abd Hamid, disamping tawaran potongan harga, syarikat itu turut mengumumkan tiga insentif lain yang bakal memberi nilai tambah kepada pengguna.

“Terdapat tiga insentif utama boleh dinikmati pengguna dalam Insentif Perjalanan Plus.


“Insentif pertama: Pengguna kenderaan ringan (Kelas 1) yang menggunakan lebuh raya di antara jam 12 tengah malam dan 7 pagi boleh menikmati diskaun bayaran tol sebanyak 10 peratus.

“Insentif kedua: Diskaun tambahan sebanyak 10 peratus kepada pengguna kenderaan ringan (Kelas 1) yang menggunakan lebuh raya di antara jam 12 tengah malam sehingga 7 pagi pada musim perayaan.

“Diskaun tol terkumpul dalam insentif 2 itu akan diberikan dalam mana-mana 6 hari di antara 7 hari sebelum dan 7 hari selepas satu musim perayaan seperti Aidilfitri dan Deepavali,” katanya selepas majlis pelancaran program berkenaan di Kementerian Kerja Raya, semalam.

Kata Noorizah lagi , dalam Insentif ketiga, pengguna yang menggunakan sistem bayaran tol elektronik dengan bayaran terkumpul minimum sebanyak RM200 setiap bulan bakal menikmati rebat sebanyak 5 peratus dan ia terbuka kepada pengguna berdaftar dengan Program Loyalti Plus yang akan dilancarkan sedikit masa lagi.

Menurut Noorizah, program itu sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) Plus memberi insentif kepada orang ramai menggunakan lebuh raya di luar waktu puncak.

“Sebagai contoh, melalui Insentif Pertama, pemandu menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan dari Plaza Tol Jalan Duta ke Plaza Tol Ipoh Selatan hanya perlu membayar tol sebanyak RM23.80 berbanding RM26.50 yang dikenakan sekarang,” katanya.

Selain daripada itu, melalui Insentif Kedua, pengguna memandu pada luar waktu puncak pada musim cuti perayaan boleh menikmati diskaun tol terkumpul hampir 20 peratus sekiranya mereka menggunakan sekitar waktu yang ditetapkan.

Bookmark and Share

  


  Member Information For lemochi_adachiProfil   Hantar PM kepada lemochi_adachi   Quote dan BalasQuote

lemochi_adachi
WARGA SETIA
Menyertai: 10.10.2008
Ahli No: 35332
Posting: 420
Dari: SABAK BERNAM

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 19-11-08 13:20


12 tengah malam hingga 7 pagi saya dah tidur tak dapat rasa lah diskaun 10% tu...

Bookmark and Share

  


  Member Information For lemochi_adachiProfil   Hantar PM kepada lemochi_adachi   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 19-11-08 16:29


hampir ke semua rakyat marhaen sudah tidur masa ni.yang tak tidur orang2 yang berkunjung ke kelab malam,disko dan pub

Bookmark and Share

  


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

syah_apium
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.06.2003
Ahli No: 1424
Posting: 415
Dari: malaysia

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 19-11-08 18:03


dipetik dari harakahdaily.net

Tempoh diskaun bukti BN tidak ikhlas bantu rakyat

Saidah Hairan
Wed | Nov 19, 08 | 11:44:45 am MYT
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Hrkh) - Diskaun 10 peratus dengan tempoh tujuh jam bermula tengahmalam hingga pagi keatas pengguna lebuhraya Utara- Selatan dan Elite membuktikan kerajaan BN memang tidak ikhlas untuk membantu meringankan bebanan rakyat.

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor, Ustaz Sallehen Mokhyi berkata, jika kerajaan BN mahu mengurangkan bebanan rakyat dengan bayaran tol mengapa ditetapkan pada waktu tengah malam sedangkan pengguna lebuhraya banyak di waktu siang.

Beliau menegaskan jika pemberian diskaun diberikan pada waktu malam ada beberapa andaian iaitu kerajaan menggalakkan rakyat untuk keluar malam hingga pagi.

Satu sudut lain pula katanya, kerajaan tidak bersedia untuk membantu meringankan bebanan rakyat.

"Kita sokong penurunan tol tersebut tetapi kerajaan sepatutnya boleh menurunkan tol lebih daripada itu tanpa memberi had waktu tertentu," tegasnya.

Menurut beliau, waktu tengah malam biasanya hanya lori besar dan bas ekspress dan pemotongan diskaun itu hanya dapat dinikmati oleh pihak tertentu sahaja.

Beliau mempersoalkan tindakan kerajaan kerana ketika menaikkan tol tidak ditentukan masa tetapi apabila penurunan tol Kenapa mesti tertakluk pada masa.

Sementara itu Ketua Muslimat Selangor, Wan Hasrina Wan Hassan menegaskan memang tidak rasional cadangan kerajaan dengan memberi tempoh tertentu kerana di waktu malam kurang pengguna lebuh raya.

Menurut beliau, jika kerajaan prihatin untuk menjaga kebajikan rakyat dengan keadaan ekonomi merundum sepatutnya penurunan itu tidak ada had masa.

"Sebab tempoh 12 tengahmalam hingga 7 pagi penggunaan lebuh raya terhad hanya kenderaan berat manakala pengguna awam kurang," tegasnya.

Beliau berkata, kerajaan BN memang tidak ikhlas hanya sekadar mahu mengambil hati kerana orang-orang tertentu sahaja yang boleh merasai nikmat pemotongan tol.

Wan Hasrina yang juga Timbalan Dewan Muslimat PAS Pusat berharap kerajaan dapat mengkaji semula cadangan tersebut jika benar-benar prihatin dengan rakyat.

Sementara itu Naib Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Salleh Sani Al-Hafiz setuju dengan pemotongan tol tersebut tetapi hanya segelintir rakyat saja yang dapat manfaatnya.

Ini kerana katanya, masa yang dihadkan itu menggambarkan seolah-olah pemberian kerajaan BN tidak ikhlas.

"Jika hendak ringankan bebankan rakyat, berilah masa yang ramai orang menggunakan lebuh raya iaitu waktu pagi hingga malam," katanya.

Beliau berkata jika waktu tengahmalam itu waktu orang tidur bukan untuk berjalan sebagaimana yang dituntut dalam Islam.

"Kita tidak menafikan ada faedah tetapi ia tidak sempurna kerana tidak semua rakyat dapat menikmati pemotongan tersebut," tegasnya.


-----------------
ukhwah itu indah bila dihubungkan melalui silaturrahim

layari http://ibnusyah.blogspot.



  


  Member Information For syah_apiumProfil   Hantar PM kepada syah_apium   Quote dan BalasQuote

lemochi_adachi
WARGA SETIA
Menyertai: 10.10.2008
Ahli No: 35332
Posting: 420
Dari: SABAK BERNAM

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 19-11-08 19:56


Pada awalnya rakyat Malaysia khususnya pengguna yang sering menggunakan lebuhraya PLUS menarik nafas lega apabila ura-ura pemilik konsesi lebuhraya itu bercadang menurunkan kadar tol.

Namun, apabila kadar baru tol itu ( diskaun) selama setahun mulai tahun depan bermula 1 Januari 2009 ramai yang merasa pelik dan tertanya-tanya dengan langkah PLUS yang dianggap tidak praktikal.

Dalam hal ini,PLUS seolah-olah bersandiwara dalam membantu mengurangkan beban pengguna lebuhraya berkenaan. Saya tidak nafikan, ia menggurangkan sedikit beban tetapi berapa kerat pengguna yang mendapat manafaat? Langkah PLUS ini bakal mengundang isu lain jika kita perhalusi untuk jangka masa setahun tempoh diskaun yang diberikan. Di antara isunya ialah :

1. Tidak ramai pengguna yang berulang alik ke tempat kerja pada waktu malam. Untuk makluman pihak PLUS, waktu bekerja adalah bermula dari 8.00 pagi - 5.00 petang. Adakah pengguna kena tunggu pada waktu malam untuk balik ke rumah baru dapat diskaun berkenaan?

2. Diskaun pada waktu malam akan mendorong pengguna untuk menggunakan lebuh raya pada waktu malam terutama bagi perjalanan jauh. Memandu di waktu malam, pengguna lebih terdedah kepada risiko seperti mengantuk dan jarak pemandangan terhad yang boleh mengundang kemalangan.

3. Kadar diskaun hanya untuk kenderaan kelas 1 adalah tidak praktikal bagi membantu pengguna berjimat cermat dan pemulihan ekonomi negara khususnya bagi pengguna pengangkutan awam dan pengendali syarikat pengangkutan. Bermakna tidak ada inisiatif kepada syarikat bas ekspres dan syarikat lori. Sekali gus mereka sukar untuk mengkaji mengurangkan kadar tambang dan mengurangkan kos pengangkutan.

4.Memandu pada waktu malam, terutama kepada wanita yang memandu bersendirian bakal menimbulkan masalah keselamatan diri dan terdedah kepada pelbagai kemungkinan.

Namun begitu, kadar diskaun ini mungkin memberi sedikit faedah terutama pada musim perayaan iaitu pemandu terutama warga kota gemar untuk pulang beraya dan bercuti dengan memandu di waktu malam. Walau bagimanapun faktor di atas masih tetap mempengaruhi.

Ajal maut memang di tangan Allah, tetapi manusia perlu berhati-hati dengan tidak mendedahkan diri kepada musibah.Pandu Cermat Jiwa Selamat. Jangan biarkan orang tersayang menyambut anda pulang dengan tangisan.

Bookmark and Share

  


  Member Information For lemochi_adachiProfil   Hantar PM kepada lemochi_adachi   Quote dan BalasQuote

alwalid
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2004
Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 19-11-08 22:48


salam alaik....
di suatu sudut yang lain saya melihat dengan diskaun pada waktu malam.....diharap lebih banyak kenderaan berat seperti lori dann bas bergerak pada waktu malam berbanding waktu siang...sekaligus memberikan ruang yang lebih kepada pengguna kenderaan yang lain.....penggalakan ini adalah untuk kurangkan kesesakan pada siang hari serta salah satu usaha kerajaan untuk jana ekonomi kerana berlaku pengurangan kos pengangkutan (harap2lah)seterusnya kurang harga barang dan kos sara hidup...membolehkan rakyat berbelanja lebih......

soal keikhlasan tu memang kita semua dah tau, mereka memang tak ikhlas....kerajaan turunkan tol sebab nak galakkan pelancongan dalam negeri secara tak langsung memnyuruh rakyat berbelanja untuk tingkatkan kecairan dalam market malaysia...seiring dengan usaha kerajaan kurangkan harga minyak dan turunkan peratus simpanan KWSP.......

salah satu cara pemimpin kerajaan untuk bail out dalam keadaan ekonomi yang getir ni.....gunekan wang rakyat lah...taktik lapuk yang tak lekang dek hujan.........

p/s: kesan ekonomi gawat akan mula terasa di malaysia bermula tahun depan, buat masa ni belum lagi..sebab tu kita semua kena lah merancang dari sekarang......

Bookmark and Share

  


  Member Information For alwalidProfil   Hantar PM kepada alwalid   Pergi ke alwalid's Website   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3081
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 19-11-08 23:55


ni namanya memperbodoh-bodohkan rakyat..memang tidak ikhlas dalam memberi sesuatu kepada rakyat..mengapa begitu kedekutnya kerajaan...PLUS untung berbilion2.tetapi inilah hadiah yang memperbodoh-bodohkan rakyat...

Bookmark and Share

  


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

alwalid
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2004
Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 20-11-08 00:07


Pada 19-11-08 23:55 , muslimin23 posting:

!!! QUOTE !!!

ni namanya memperbodoh-bodohkan rakyat..memang tidak ikhlas dalam memberi sesuatu kepada rakyat..mengapa begitu kedekutnya kerajaan...PLUS untung berbilion2.tetapi inilah hadiah yang memperbodoh-bodohkan rakyat...


ni lah yang dikatakan serampang tiga mata, untuk jana ekonomi (masuk poket kerajaan juga), untuk cover kononnyer kerajaan prihatin , untuk plus untung (masuk poket kerajaan lagi)............

siapa kata pemimpin negara tak bijak?????

persoalannya bila masanya rakyat akan meng 'out-bijak'kan pemimpin negara yang sememangnya terkenal begitu licik????

sama-sama kita fikirkan dan praktikkan........


-----------------
"Let Allah be the ruler over your hearts"


Bookmark and Share

  


  Member Information For alwalidProfil   Hantar PM kepada alwalid   Pergi ke alwalid's Website   Quote dan BalasQuote

gooku
Warga 4 Bintang
Menyertai: 01.12.2006
Ahli No: 27562
Posting: 269

blank  


posticon Posting pada: 20-11-08 01:17


ini semua untuk kemudahan kaki disco nak berjalan malam

Bookmark and Share

  


  Member Information For gookuProfil   Hantar PM kepada gooku   Pergi ke gooku's Website   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 20-11-08 12:23


assalamualaikum
better MTD yang menguruskan highway pantai Timur turut serta beri diskaun

Bookmark and Share

  


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

mimi_eniliana
WARGA SETIA
Menyertai: 27.10.2008
Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka

Perak   avatar


posticon Posting pada: 20-11-08 12:33


Pada 19-11-08 22:48 , alwalid posting:

!!! QUOTE !!!

salam alaik....
di suatu sudut yang lain saya melihat dengan diskaun pada waktu malam.....diharap lebih banyak kenderaan berat seperti lori dann bas bergerak pada waktu malam berbanding waktu siang...sekaligus memberikan ruang yang lebih kepada pengguna kenderaan yang lain.....penggalakan ini adalah untuk kurangkan kesesakan pada siang hari serta salah satu usaha kerajaan untuk jana ekonomi kerana berlaku pengurangan kos pengangkutan (harap2lah)seterusnya kurang harga barang dan kos sara hidup...membolehkan rakyat berbelanja lebih......


maaf walid... saya betulkan sikit.. diskaun ini hanya pada kenderaan kelas pertama.. yakni..
kenderaan awam.. @ kereta...
lori2, bas2 dan segala kenderaan berat lain tiada diskaun...


“Terdapat tiga insentif utama boleh dinikmati pengguna dalam Insentif Perjalanan Plus.


“Insentif pertama: Pengguna kenderaan ringan (Kelas 1) yang menggunakan lebuh raya di antara jam 12 tengah malam dan 7 pagi boleh menikmati diskaun bayaran tol sebanyak 10 peratus.

“Insentif kedua: Diskaun tambahan sebanyak 10 peratus kepada pengguna kenderaan ringan (Kelas 1) yang menggunakan lebuh raya di antara jam 12 tengah malam sehingga 7 pagi pada musim perayaan.

Insentif ketiga, pengguna yang menggunakan sistem bayaran tol elektronik dengan bayaran terkumpul minimum sebanyak RM200 setiap bulan bakal menikmati rebat sebanyak 5 peratus dan ia terbuka kepada pengguna berdaftar dengan Program Loyalti Plus yang akan dilancarkan sedikit masa lagi.

Bookmark and Share

  


  Member Information For mimi_enilianaProfil   Hantar PM kepada mimi_eniliana   Pergi ke mimi_eniliana's Website   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 20-11-08 12:33


tak merasa lah diskaun nampak gayanya.. ish ish ish.. ruang untuk mat2 rempit pulak.. mat rempit berkereta bukan moto..

lagi satu tak silap saya,kenderaan lori,bas express dan taxi memang dah separuh harga kan.. saja tanya.. :berfikir:



Bookmark and Share

  


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 20-11-08 12:35


baiknya diskaun tersebut di buka untuk tempoh waktu siang...
bila malam 12 hingga 7 pagi...maka pengguna akan banyak travel waktu malam...

Bookmark and Share

  


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

dr_nik
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.09.2007
Ahli No: 31081
Posting: 206
Dari: KL

blank   avatar


posticon Posting pada: 22-11-08 22:04


Kenapa lah baik sangat bagi diskaun lepas 12 tengah malam? Macam tak ikhlas saja...

Bookmark and Share

  


  Member Information For dr_nikProfil   Hantar PM kepada dr_nik   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 22-11-08 22:48


nasib baik lah laluan utama saya ke kampus dan tempat kerja melaui hiway yang tak ada tol..iyalah..antara putrajaya-sepang-bangi..mana ada tol kan...lagi-lagi ada pulak jalan dalam..huhu...so...saya tak berapa nak kisah lah pasal penurunan tol tu..cumenye harap ERL kl sentral-klia dapat lah diturunkan jugak..tu adalah pilihan kedua saya Kalau saya malaz nak drive ke sekitar lembah klang...huhu...

Bookmark and Share

  


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

MatBoo
Warga 3 Bintang
Menyertai: 25.11.2008
Ahli No: 36066
Posting: 98

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 25-11-08 18:11


hmm.. time org tidur baru nak bagi diskaun?
apa lah nasib rakyat marhaen ni ek..

sedih tol pemimpin kita ni "pandai" sangat...

Bookmark and Share

  


  Member Information For MatBooProfil   Hantar PM kepada MatBoo   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 25-11-08 18:37


nanti ramai lah yang akan bersengkang mata travel memalam semata-mata nak dapat diskkaun tol...hope depa berhati-hati lah..risau juga Kalau sumthing bad happen on the road..iyalah..gelap2 pula tu...

Bookmark and Share

  


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

MatBoo
Warga 3 Bintang
Menyertai: 25.11.2008
Ahli No: 36066
Posting: 98

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 25-11-08 19:11


tapi perjalanan malam ni kita akan rasa dekat saja... sekejap saja dah sampai..

macam mana pun, kena lah berhati-hati tak kira malam atau siang..

Bookmark and Share

  


  Member Information For MatBooProfil   Hantar PM kepada MatBoo   Quote dan BalasQuote

wafie
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15378
Posting: 517
Dari: Sabak Bernam Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 05-12-08 22:28


Diskaun Tol 10 peratus tingkat risiko kemalangan – Persatuan Pengguna
Khamis, 20 November 2008 • Kategori: Berita Semasa, Berita Utama, Ekonomi

KUALA LUMPUR, 20 NOVEMBER (sekolah) - Tindakan PLUS mengenakan diskaun sebanyak 10 peratus kepada pengguna Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) akan meningkatkan risiko kemalangan Jalan Raya pada waktu malam.

Menurut Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) S.M Mohamed Idris berkata, kemungkinan wujud pengguna yang sanggup pulang lewat dari pejabat semata-mata mahu berjimat tanpa mempedulikan risiko kemalangan.

Tambahnya lagi, anggaran PLUS yang menyebut sebanyak 800,000 kenderaan yang melalui Lebuh Raya Utara Selatan dengan 10 peratus adalah di waktu tengah malam. Pertambahan volum trafik dan keletihan mampu menyumbang kepada peningkatan kemalangan jalan raya.

Malaysia adalah antara negara yang mencatat kemalangan tertinggi di dunia dan pada tahun 2006 sahaja sejumlah 6,287 kematian.

S.M Mohamed turut memetik Statistik dari Polis Di Raja Malaysia (PDRM) yang menyatakan dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini seramai 163 remaja terbunuh dalam kemalangan jalan raya dan 15.4 peratus daripadanya dari kalangan pembonceng dan penunggang motosikal.

“Kemajuan negara akan terjejas dalam tempoh jangka panjang kerana kehilangan tenaga kerja produktif di kalangan remaja akibat kemalngan jalan raya,”


-----------------



Bookmark and Share

  


  Member Information For wafieProfil   Hantar PM kepada wafie   Quote dan BalasQuote

wafie
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15378
Posting: 517
Dari: Sabak Bernam Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 05-12-08 22:31


Kadar Tol Tidak Praktikal - Hee Loy Sian
Rabu, 19 November 2008 • Kategori: Berita Semasa, Berita Utama, Nasional, Parlimen

KUALA LUMPUR,19 NOVEMBER (sekolah)- Pemberian diskaun oleh syarikat PLUS Expressways Berhad kepada pengguna Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Lebuhraya ELITE disifatkan tidak praktikal oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian.

Loy yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) KeADILan berkata, Menteri Kerjaraya dalam sidang parlimen lalu pernah berjanji untuk mengurangkan kadar tol dan bukannya pemberian diskaun.

“Pemberian diskaun seharusnya turut diberi kepada pengguna pengangkutan berat seperti bus express kerana ianya mampu mengurangkan kadar inflasi yang meningkat sejak kenaikan harga minyak tiga bulan lalu”. Katanya.

Menurut Loy, syarikat itu mengaut untung yang banyak memandangkan bilangan pengguna lebuhraya yang semakin meningkat dan kebanyakan pengguna dan golongan makan gaji tidak menggunakan lebuhraya pada waktu tersebut.

Semalam, syarikat PLUS Expressways Berhad mengenakan diskaun 10 peratus kepada kenderaan ringan (Kelas 1) yang menggunakan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Lebuhraya ELlITE tetapi terhad antara 12 malam sehingga 7pagi sahaja.

Loy turut mendesak Kementerian Kerja Raya mendedahkan perjanjian konsesi tol sepertimana yang dijanjikan, dan dokumen perjanjian tersebut seharusnya dapat diperoleh secara percuma dan bukan membeli, kerana rakyat berhak untuk mengetahui kandungan perjanjian yang melibatkan kepentingan umum tersebut.


-----------------



Bookmark and Share

  


  Member Information For wafieProfil   Hantar PM kepada wafie   Quote dan BalasQuote

amira_aqilah
WARGA SETIA
Menyertai: 28.11.2005
Ahli No: 20523
Posting: 900
Dari: planet bumi

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 05-12-08 22:47


bumi mengecut diwaktu malam..begitu juga dengan tol...hehe..

Bookmark and Share

  


  Member Information For amira_aqilahProfil   Hantar PM kepada amira_aqilah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.138965 saat. Lajunya....