Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 17-02-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika perjuangan itu adalah kerana perut, nilai perjuangan itu sama dengan apa yang keluar dari perut.
-- Imam Syafie

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: sarashanee
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43127

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 31
Ahli: 0
Jumlah: 31




  Yang Masuk Ke Sini
sarashanee: 2 hari yang lalu
CikIzzah1992: 4 hari yang lalu
Qiamulail: 20 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: Sindrom Terowong Karpal


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Sindrom Terowong Karpal

Please Mendaftar To Post


Oleh Sindrom Terowong Karpal

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 19-11-08 08:01


/

/

/

Sindrom ini selalu menyerang mereka yang banyak melakukan kerja menggunakan tangan seperti komputer, menjahit, dan menulis. Ketika itu tangan anda hanya boleh diletakkan pada satu posisi dan sakit serta berasa kebas apabila digerakkan. Kesakitan biasanya bermula dari pergelangan tangan dan rasa kebas menular pada jari telunjuk, tengah dan ibu jari. Bagaimanapun, ada yang berasa kebas hingga ke lengan.

Apa itu terowong karpal?

Ia sebenarnya satu ‘terowong’ yang terletak di pergelangan tangan kita. Lantai terowong ini membabitkan tulang kecil dan ligamen yang merentasi pergelangan tangan. Ligamen otot dari lengan yang menggerakkan jari akan melalui terowong ini dan dalam terowong ini juga ada saraf tengah yang memberi deria sentuh dan membolehkan tangan bergerak. Apabila saraf besar tertekan dalam pergelangan tangan masalah akan berlaku. Ini kerana saraf itu mengawal deria sentuh pada ibu jari, jari telunjuk dan hantu. Malah, ia juga mengawal otot pada pangkal ibu jari.

Terowong ini sebenarnya hanya muat-muat untuk menempatkan saraf median dan beberapa tendon. Sebarang aktiviti atau masalah (seperti artritis) yang menyempitkan terowong ini akan menyebabkan edaran darah ke saraf. Ini sebabnya kita akan berasa kebas dan sakit pada jari.Penyakit ini boleh dihidapi oleh semua orang tanpa peringkat umur, tetapi ia lebih kerap terjadi kepada kaum wanita dengan nisbah 3:1 berbanding lelaki. Walaupun penyakit ini tidak berbahaya, anda perlu merehatkan tangan anda apabila berasa kebas. Pada peringkat awal ia tidak menunjukkan pekara nyata, tetapi lama kelamaan pergelangan tangan boleh membengkak, hilang sensitiviti terhadap sentuhan, kebas dan terasa seperti dicucuk-cucuk.

Faktor risiko

Walaupun punca sebenar sindrom ini tidak diketahui, saintis percaya beberapa faktor risiko boleh menyebabkannya seperti:-

1) Jantina dan Umur
2) Obesiti
3) Genetik
4) Merokok

Antara cara yang boleh diambil untuk mengatasi sindrom ini ialah:-

1) Elak melakukan pergerakan seperti menggenggam tangan terlalu kuat.

2) Memakai kain pembalut pergelangan tangan untuk mengekalkan kedudukan asalnya ketika berehat, terutama pada waktu malam.

3) Orang yang mengalami masalah retensi air dalam badan (termasuk pesakit kencing manis) boleh mengambil ubat diuretik jika pergelangan tangan menjadi bengkak.

Antara simptom Sindrom Terowong Karpal ialah:-

1) Kebas dan sakit pada ibu jari, jari telunjuk dan tengah.
2) rasa kebas dan sakit boleh menular hingga ke lengan, terutama jika tanda awal tidak dihiraukan.
3) Biasanya ia hanya berlaku pada sebelah tangan, terutama tangan yang banyak membuat kerja.
4) Ia bukan masalah serius, kecuali jika sukar memegang barang.


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 19-11-08 08:38


Ya Allah,ngerinya prof daeng.. terkezut tengok gambar begini pagi2.. hehe. tengok tajuk,tak faham apa pun.. bila klik,oh begini rupanya... thanks daeng..

Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 19-11-08 10:12


/

/

Antara kaedah yang betul bagi mengelakkan sebarang masalah yang berkaitan dengan Sindrom Terowong Karpal


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 19-11-08 17:11


macam-macam sindrom ada dalam dunia ini..kenapa pelik saja nama sindrom ini..ish2..anyway thanks for sharing

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 19-11-08 17:13


Hafeezul, memang pelik sebab ada Terowong. ehe...
Dari istilah Perubatannya disebut CTS (Carpal Tunnel Syndrome). Dan dari masalah-masalah sebegini tercetusnya bidang Kejuruteraan Manusia ataupun dipanggil Ergonomik.


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 20-11-08 14:43


uhuk... ismi ingatkan karpal tu.. ada kaitan dengan karpal *****...
minta maaf...
hmm.. banyak keburukan komputer ni.. adess.. tapi, banyak jugak kebaikannya...
jadi, belajarlah mengunakannya dengan betul dan bijaksana.. okies...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 20-11-08 17:05


kenapa ismi? teringat dan terkenangkan Karpal Singh ke? syahdunye...
Bukan keburukan komputer tu, tapi kita yang tak reti nak guna cara yang betul untuk menggunenye...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 25-11-08 11:56


hmm... idakla terkenang... cumanye teringat saja adeang..

teringat dedolu. rancangan 3R agaknya kalau tak salah..
mereka ada cakap tentang penggunaan komputer..
seeloknya, gunakan skrin pelindung.. yang duduk depan skrin komputer... untuk menjaga mata.. nak2 pada mereka yang duduk 28jam mengadap komputer...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 25-11-08 12:23


Assalamualaikum
28 jam?? :berfikir: oklah tu daripada 48 jam..maknanya dia ada lagi 20 jam berehat...14 jam sehari..kira okla.. :sopan:

P/S : adeang tu adik P.D ke?? :sopan:



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 25-11-08 16:39


erkk.. 28jam tu menandakan laaammmaaaaaa dia duduk ngadap komputer.. macam ada orang tu...tak kesahla duduk surfing ke, buat bajet ke, apdet bajet ke, menaip ke.. asalkan ianya bermaksud duduk ngadap komputer sambil merenung...

hepp...:jangan: suki saja tambah jadi 48jam... :jangan:

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 25-11-08 23:24


Assalamualaikum
mana ada dalam dunia ni 28 jam...huhu :sopan: yang paling lama pun 25 jam, itupun jenama jam saja..huhu..makanya, kiranya dia habiskan 14 jam jeq lah...dalam 2 hari baru 28 jam..dengan keseluruhan jumlah jamnya ialah 48 jam..

karpal singh pun tamo.. :-D



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.116884 saat. Lajunya....