Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
" Jika anda berada dalam jamuan di rumah orang hendaklah menjaga perangai dan menjaga mata; dalam solat menjaga hati; dan dalam pergaulan menjaga lidah."
-- Imam Al-Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 229
Ahli: 0
Jumlah: 229




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 7 jam, 24 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: Ucapan Yang sunat diucapkan kepada pengantin baru


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Ucapan Yang sunat diucapkan kepada pengantin baru

Please Mendaftar To Post


Oleh Ucapan Yang sunat diucapkan kepada pengantin baru

rdwira
WARGA SETIA
Menyertai: 22.09.2007
Ahli No: 31169
Posting: 999
Dari: KL

uganda   avatar


posticon Posting pada: 15-11-08 12:51


Sebenarnya apakah ucapan yang paling baik untuk mempelai-mempelai yang baru mendirikan rumahtangga?

Di dalam sebuah hadith, telah diriwayatkan bahawa Aqil Ibnu Ali Abi Talib .a. telah menikahi seorang wanita dari kalangan Bani Jusham. Lalu orang ramai datang dan berkata, "Semoga berbahagia dan ramai anak."

Mendengar yang demikian Aqil berkata, "Janganlah kamu mengatakan demikian, kerana sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah melarang yang demikian."

Mereka lalu bertanya, "Jika demikian, apakah yang patut kami katakan wahai Abu Yazid?"

Aqil menjawab, "Katakan (Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu). Begitulah yang diperintahkan kepada kita".

Di dalam sebuah hadith riwayat Imam Bukhari, diceritakan Rasullulah s.a.w. ternampak kesan Sufrah (sejenis wangian berwarna kuning) di baju Abdul Rahman Bin Auf .a. lalu beliau bertanya, "Apakah ini?"

Abdul Rahman .a. menjawab, "saya telah mengahwini seorang wanita dan telah membayar mas kahwin seberat sebiji kurma."

Rasulullah s.a.w. bersabda, " (semoga kamu diberkati). Adakan walimah walaupun dengan seekor kibash"

Menurut Abu Hurairah .a. apabila mendoakan seseorang yang baru berkahwin, Rasulullah s.a.w. akan berkata, "(Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikkan.)"

Menurut Imam Nawawi di dalam Al-Azkar adalah disunatkan kita mengucapkan seperti ucapan-ucapan Rasulullah s.a.w. di atas. Menurut beliau lagi, adalah makruh kita mengucapkan "Semoga berbahagia dan banyak anak."

Mana tidaknya, kehidupan pasangan yang diberkatiNya sudah tentu gembira dan bahagia. Sedangkan kehidupan pasangan yang gembira dan bahagia, belum tentu mendapat keberkatanNya.

sumber : http://www.tokeikedai.net.my/forum/viewtopic.php?f=14&t=10830


-----------------
http://sukatolong.wordpress.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For rdwiraProfil   Hantar PM kepada rdwira   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 15-11-08 13:49


Pada 15-11-08 12:51 , rdwira posting:

!!! QUOTE !!!



Menurut Abu Hurairah .a. apabila mendoakan seseorang yang baru berkahwin, Rasulullah s.a.w. akan berkata, "(Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikkan.)"



alhamdulilah..thanks for this info..so cuti sekolah ini banyak kenduri kahwin...boleh lah pratikkan ucapan ini... :malu:

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

insyirah_hr
WARGA SETIA
Menyertai: 08.08.2006
Ahli No: 25700
Posting: 1249
Dari: Kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 15-11-08 15:13


emmm....mak pun pernah ingatkan macam tu kat saya....

Bookmark and Share

    


  Member Information For insyirah_hrProfil   Hantar PM kepada insyirah_hr   Pergi ke insyirah_hr's Website   Quote dan BalasQuote

nurlynn
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18638
Posting: 460
Dari: Rumahku

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 15-11-08 20:52


ohh.. syukran for the info..
selalu saja ucap selamat pengantin baru semoga kekal bahagia sehingga akhir hayat..
kena tukar ucapan ni..Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurlynnProfil   Hantar PM kepada nurlynn   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida

Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....

egypt   avatar


posticon Posting pada: 15-11-08 21:35


** syukran rdwira..
macam tak ada bahasa arab.
ana tambah sikit ye..memang simpan dalam pendrive..hiihi..

Kaum jahiliyah selalu menggunakan kata-kata Birafa' Wal Banin, ketika mengucapkan selamat kepada kedua mempelai. Ucapan Birafa' Wal Banin (semoga mempelai murah rezeki dan ramai anak) dilarang oleh Islam.

    Dari Al-Hasan, bahawa 'Aqil bin Abi Thalib nikah dengan seorang wanita dari Jasyam. Para tamu mengucapkan selamat dengan ucapan jahiliyah: Birafa' Wal Banin. 'Aqil bin Abi Thalib melarang mereka seraya berkata: "Janganlah kalian ucapkan demikian !. Kerana Rasulullah shallallhu 'alaihi wa sallam melarang ucapan demikian". Para tamu bertanya:"Lalu apa yang harus kami ucapkan, wahai Abu Zaid ?".


'Aqil menjelaskan:

    "Ucapkanlah: Barakallahu lakum wa Baraka 'Alaiykum" ( Mudah-mudahan Allah memberi kalian keberkahan dan melimpahkan atas kalian keberkahan). Demikianlah ucapan yang diperintahkan Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam". (Hadis Shahih Riwayat Ibnu Abi Syaibah, Darimi 2:134, Nasa'i, Ibnu Majah, Ahmad 3:451, dan lain-lain).

    Do'a yang biasa Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam ucapkan kepada seorang mempelai ialah: "Baarakallahu laka wa baarakaa 'alaiyka wa jama'a baiynakumaa fii khoir"

    Do'a ini berdasarkan hadis shahih yang diriwayatkan dari Abu Hurairah: 'Ertinya: Dari Abu hurairah, bahawasanya Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam jika mengucapkan selamat kepada seorang mempelai, beliau mengucapkan do'a: (Baarakallahu laka wabaraka 'alaiyka wa jama'a baiynakuma fii khoir) yang bermaksud; Mudah-mudahan Allah memberimu keberkahan, Mudah-mudahan Allah mencurahkan keberkahan atasmu dan mudah-mudahan Dia mempersatukan kamu berdua dalam kebaikan". (Hadis Shahih Riwayat Ahmad 2:38, Tirmidzi, Darimi 2:134, Hakim 2:183, Ibnu Majah dan Baihaqi 7:148).

Bookmark and Share

    


  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

Strawberry_Ungu
WARGA SETIA
Menyertai: 13.05.2007
Ahli No: 29927
Posting: 1053
Dari: Johor

Johor  


posticon Posting pada: 15-11-08 21:56


Barakallahu lakuma wa barak’ alaikuma wa jam’a bainakuma fil khair wa razaqakuma zurriyatan tayyibatan tanfua’ul islam wal muslimin..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Strawberry_UnguProfil   Hantar PM kepada Strawberry_Ungu   Pergi ke Strawberry_Ungu's Website   Quote dan BalasQuote

daboyz8
Warga 1 Bintang
Menyertai: 27.02.2007
Ahli No: 28935
Posting: 37
Dari: Melaka.....JayBee(kerja kat sini....!!)

Melaka  


posticon Posting pada: 16-11-08 00:28


alhamdulillah, thnx pada mereka yang memberi ilmu ini.. insyaAllah, sama-sama lah kita ingat-mengingati dan mengamalkannya..

Bookmark and Share

    


  Member Information For daboyz8Profil   Hantar PM kepada daboyz8   Quote dan BalasQuote

nahdatul_adawiyah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5697
Posting: 79

Selangor  


posticon Posting pada: 17-11-08 23:25


urm.. betul..betul..betul.. semoga selepas ini kita sama-sama m'amalkan amalan Rasulullah ni. kita jdkn ia trend masa kini. :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For nahdatul_adawiyahProfil   Hantar PM kepada nahdatul_adawiyah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.109161 saat. Lajunya....