Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Keep your friends close, and your enemies closer
-- Sun-Tzu

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 187
Ahli: 0
Jumlah: 187




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: lepas kawin nanti abang....


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» lepas kawin nanti abang....

Please Mendaftar To Post


Oleh lepas kawin nanti abang....

MohdZakri
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.10.2003
Ahli No: 4163
Posting: 76
Dari: Bandar Baru Bangi

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 12-11-08 21:10


"lepas kawin nanti abang berhentilah merokok"
"dah dapat anak seorang nanti abang berhentilah merokok"

1-apa pandangan lelaki
2-apa pandangan wanita
3-layak ke jadi calon suami ?

Bookmark and Share

    


  Member Information For MohdZakriProfil   Hantar PM kepada MohdZakri   Pergi ke MohdZakri's Website   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 12-11-08 21:20


Pada 12-11-08 21:10 , MohdZakri posting:

!!! QUOTE !!!

"lepas kawin nanti abang berhentilah merokok"
"dah dapat anak seorang nanti abang berhentilah merokok"

1-apa pandangan lelaki
2-apa pandangan wanita
3-layak ke jadi calon suami ?


1- Apa pandangan lelaki: Susah sebenarnya nak berhenti merokok.. perlu mujahadah yang tinggi.. jangan bertangguh-tangguh.. nanti ayat tu bertambah "nanti dah dapat cucu abang berhentilah merokok".. "nanti dapat cicit abang berhentilah merokok".. awat tak cakap macam ni saja "nanti abang dah mati abang berhentilah merokok".. sekurang-kurangnya tak lah menipu..

2- Apa pandangan wanita: Saya lelaki.. :-D

3- Untuk jadi calon suami, dah tentu layak.. sama ada nak diterima atau tidak tu, terpulang kepada calon isterinya lah..


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

NisaAdDeen
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.02.2008
Ahli No: 32631
Posting: 92
Dari: ulu kinta,perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 12-11-08 21:25


Salam...ana tak tau lah pandangan lelaki..sebab ana ni wanita, tapi yang pasti bagi lelaki yang merokok meng mereka masih mengatakan bahawa tindkan mereka itu betul, sungguhpun k'jn dah hrmkan merokok di tempat awam malahn di kaki lina..

Bagi ana sebagai seorang wanita, ANA MEMANG BENCI ORANG LELAKI MEROKOK!salah satu syarat sebagai calon suami ana, masti sihat dari gejala rokok..ana memang xthn bau asap rokok, hmpir2 ana dapat lelah..papa ana pun dah lama brhnti, meng bukan perkara yang mudh, tapi tak musthil ,semuanya terltk pada pangkal hati dan niat...kalau lelaki itu sayangkan seseorang wanita, tambhn pula isteri sendiri, tak perlu tunggu lepas kahwin ke, lepas dapat anak ke..baru nak berhnti..baik elakkan dari awal...takkan nak tunggu orang yang disayangi MATI baru nak berhnti...tak jth ego anda sebagai lelaki jika ada kawan-kawan yang cbr untuk mrokok...sht cbrn biar bertmpt...
Waallahu'alam...

Afwan, bagi yang terasa especially perokok...

Bookmark and Share

    


  Member Information For NisaAdDeenProfil   Hantar PM kepada NisaAdDeen   Quote dan BalasQuote

umar_khalil
WARGA SETIA
Menyertai: 14.01.2008
Ahli No: 32313
Posting: 1204

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 12-11-08 22:40


Pada 12-11-08 21:10 , MohdZakri posting:

!!! QUOTE !!!

"lepas kawin nanti abang berhentilah merokok"
"dah dapat anak seorang nanti abang berhentilah merokok"

1-apa pandangan lelaki
2-apa pandangan wanita
3-layak ke jadi calon suami ?




no komen.....yang isteri,,kan sentiasa bagi semangat kat suami bagi berhenti...ok lagi dapat suami perokok,,dr dapat suami kaki perempuan..mana nak?



Bookmark and Share

    


  Member Information For umar_khalilProfil   Hantar PM kepada umar_khalil   Quote dan BalasQuote

muslimah89
Warga 2 Bintang
Menyertai: 16.12.2005
Ahli No: 21194
Posting: 42
Dari: a.keroh, melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 12-11-08 22:46


selalu dah dengar...nak seribu daya, taknak seribu dalih...
memang bukan seng nak berhenti merokok tu...tapi boleh saja sebenarnya...
banyak dah cara-cara untuk berenti smoking ini...cuba lah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah89Profil   Hantar PM kepada muslimah89   Quote dan BalasQuote

muslimah89
Warga 2 Bintang
Menyertai: 16.12.2005
Ahli No: 21194
Posting: 42
Dari: a.keroh, melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 12-11-08 22:49


untuk dikongsi...

Assalamu'alaikum wrth. wbrth.

Terasa terpanggil untuk memberikan sedikit pandangan. Saya menghormati pandangan saudara-saudara kita sama ada yang mengatakan merokok itu haram ataupun makruh. Cuma di sini saya ingin mengajak saudara-saudara kita yang masih merokok supaya menyelami hakikat daripada perbuatan kita yang telah ketagih rokok sekian lama. Terus terang saya membuat pengakuan
saya dahulupun seorang perokok yang agak kuat juga - sehari paling kurang dua kotak. Saya mula merokok dari umur 15 tahun hingga 23 tahun. Namun alhamdulillah setelah mendapat kesedaran dan kefahaman Islam melalui proses tarbiah Islamiah yang jelas dalam tempoh tidak sampai 6 bulan saya telah berjaya membuang tabiat merokok yang sangat merugikan itu. Saya akui bukan senang nak membuang tabiat ini tetapi untuk melawan tabiat ini apa yang saya lakukan setiap hari ialah:

1. Saya berkata-kata dengan rokok tersebut, apakah kebaikan yang telah engkau berikan kepadaku? Rokok menjawab(nafsu saya) = Dapat kepuasan, ilham, rasa tenang (kononnya).
Tapi yang jelas saya mendapati duit saya habis dengan sia-sia, kesihatan terjejas, gigi banyak yang rosak, mulut berbau dan dipandang serong pula oleh orang yang tidak merokok. Sehari demi sehari saya merasakan alangkah baiknya jika wang (rezeki yang Allah berikan) itu saya gunakan untuk benda-benda yang berfaedah. Mulai dengan mengurangkan menghisap daripada 2 kotak kepada 1 kotak sehari, kemudian berjaya kurangkan lagi dengan membeli kotak kecil sahaja. Akhirnya cuba hisap hanya selepas makan sahaja. Kemudian saya cuba hisap sorok-sorok macam baru-baru belajar hisap rokok ketika berusia 15 tahun. Saya hanya hisap ketika
berada dalam bilik air, waktu nak buang air besar. Dalam pada itu saya renungkan juga kata-kata nasehat dari beberapa orang sahabat antaranya ada yang berkata. "Kalau nak berhenti hisap rokok kenalah rasa bahawa kita lebih hebat daripada rokok, kalau dengan rokok pun kita dah kalah, di manakah letaknya kehebatan kita sebagai manusia ? Kita kata kita nak berjihad di jalan Allah dan ada sesetengah sahabat kita itu boleh bermujahadah keluar 3 hari dalam seminggu, 1 bulan ataupun 40 hari meninggalkan anak-isteri untuk keluar berdakwah dan bermujahadah. Tapi
sedih sekali anak-isteri boleh tinggal, rokok tak boleh tinggal. Maknanya kita tewas dengan rokok, fikiran dan perasaan kita dikuasai oleh rokok, kita bergantung kepada rokok untuk menceriakan kehidupan harian kita. Di mana yang kita mengatakan Allahus Samad (Allah tempat kita bergantung) ???

2. Saya berfikir, melihat dan mendapati kebanyakan syarikat-syarikat pengeluar rokok seperti Dunhill, Saleem, Malboro, Benson & Hedges dan sebagainya. inilah syarikat yang banyak menaja rancangan-rancangan yang merosakkan dan melalaikan umat manusia dari mengingati Allah terutama generasai Islam sekarang ini. Syarikat ini sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk menaja program-program hiburan seperti Saleem Cool Planet, Bola Sepak Dunhill dll. yang pada pandangan saya memang mendapat sambutan hangat daripada kalangan generasi muda masakini terutama orang-orang melayu yang beragama Islam. Secara halus sebenarnya mereka telah berjaya menyesatkan umat Islam daripada landasan syarak dan tanpa disedari saya
merupakan salah seorang penyumbang dan pemberi saham kepada tujuan tersebut bila mana saya masih terus merokok. Bila kita membeli rokok, syarikat yang menjual rokok mendapat keuntongan dan daripada keuntongan tersebutlah mereka menaja program-program hiburan yang melalaikan sehingga akhirnya menjerumuskan anak-anak muda kita ke lembah maksiat. Daripada kefahaman seperti inilah saya mendapat kekuatan untuk terus meninggalkan tabiat membeli dan menghisap rokok kerana saya merasa sangat malu dan tidak mahu menjadi seorang Islam yang membantu orang kafir untuk menjahanamkan umat Islam yang lain.

Akhir sekali kepada yang masih merokok, jihad anda sekarang ialah berhenti merokok, kalau ini tak mampu anda lakukan jangan harap anda boleh lakukan perkara-perkara yang lebih besar lagi yang dituntut oleh Islam. Mungkin ada yang takut pada kesan-kesan sampingan bila nak
berhenti merokok tapi percayalah takutkan azab Allah itu adalah lebih utama. Mahukah anda disenaraikan sebagai salah seorang pemberi saham kepada kerja-kerja yang merosakkan umat Islam?? Jangan membazirkan rezeki yang Allah berikan untuk tujuan yang rendah dan hina. Katakan kepada diri anda saya akan berhenti merokok, saya mesti berhenti merokok dan saya wajib berhenti merokok. Semoga Allah memberi pertolongan dan kekuatan kepada saudaraku sebagaimana Dia telah memberi pertolongan dan kekuatan kepadaku sebelum ini dalam menghentikan tabiat merokok yang sungguh sia-sia ini.

Yang benar dari Allah dan yang salah dan silap daripada saya sendiri. Mohon keamponan dari Allah dan kemaafan daripada saudaraku semua.
Wallahu a'lam, wabillahi taufiq, wassalamu 'alaikum wrth.

Membina Ummah Berilmu & Bermaklumat.

Assalamualaikum (buat)

Saya ingin respond sedikit tentang halal atau haramnya rokok.Memang benar seperti kata Norizan , tentang hukum kita kena serahkan kepada para ulama, tidak boleh pakai logik semata.Namun begitu ulama'-ulama' muktabar sebelum mengeluarkan sesuatu fatwa, mereka terlebih dahulu
mengkaji secara mendalam dari segi syara' maupun wake' (realiti). Saya dapati sahabat kita yang memulakan diskusi ini, telah menyebut beberapa ulama Islam kini menjelaskan merokok (dalam kontek hari ini) adalah HARAM . Contohnya fatwa dari Dr Yusuf Qardhawi. Diantara hujjah beliau: "Janganlah kamu membunuh diri kamu,kerana sesungguhnya Allah Maha Belaskasih kepadamu" (An Nisa':29) ":Janganlah kamu mencampakkan diri kamu kepada kebinasaan" (Surah2:29)
"Dari kaedah ini kami berpendapat sesungguhnya rokok(tembakau) selama hal itu dinyatakan merbahaya kepada kesihatan, maka menghisap rokok hukumnya haram,apatah lagi doktor pakar perubatan telah membuktikan merokok memang merbahaya.Walaupun ditakdirkan rokok itu tidak jelas merbahayanya, tetapi jelas tabiat membuang-buang wang (membazir) suatu perkara yang ditegah oleh Islam.Larangan ini diperkuatkan lagi, kera wang tersebut amat diperlukan untuk diri dan keluarganya sendiri." (Petikan "Halal dan Haram Dalam Islam " olih Dr Yusuh Qardhawi.)

Dr Reed Tuckson, seorang bekas Pegawai Kesihatan Kanan di daerah Colombia USA mengatakan ," Kita tahu bahawa tabiat merokok salah satu-satunya faktur penting yang boleh dicegah kematian di Amerika Syarikat, ia membunuh 390,000 orang setahun iaitu lebih seribu orang sehari.Sudah tentu kita rasa terhina oleh syarikat rokok yang menggunakan kira-kira berbillion dollars US untuk tujuan propaganda,hiburan,pergaulan bebas remaja dan sex untuk menipu dan memutarbelit fikiran orang-orang Amerika. Semua ini kita tidak perlu.MENGHISAP ROKOK BUKAN SUATU KEPERLUAN ASAS,BUKAN UNTUK BERSERONOK-SERONOK ATAU SUKA-SUKA. tetapi tabiat merokok menyebakkan ketagihan dan memusnahkan tisu paru-paru secara perlahan..Syarikat rokok sentiasa mencari rekrut-rekrut baru bagi membentuk satu barisan
MAUT...!Mereka bukan saya mempengaruhi kanak-kanak tetapi juga wanita dan dikalangan orang miskin.HANYA SEDIKIT YANG MENYEDARI HAKIKAT INI. SEGOLONGAN KECIL HIDUP DENGAN PENUH KEMEWAHAN (SYARIKAT-SYARIKAT ROKOK) SEMENTARA SEBAHAGIAN BESAR MANUSIA DIDUNIA INI HIDUP MENDERITA AKIBAT DARI BAHAYA ROKOK".
Seorang Doktor Amerika merasai betapa besarnya bahaya rokok.Saya rasa kita Ummat Islam harus LEBIH sensitif dengan perkara ini. Hari-hari kita berdakwah,memerangi kemungkaran,nak tegakkan Daulah Islam ,menentang habis-habisan konset maksiat yang ditaja oleh syarikat rokok
Dinegara kita dan sebagainya. Namun jika terus merokok bermakna setiap sen yang kita curahkan untuk rokok, bermakna kita turut membantu, memberi saham dan menyokong Syarikat Rokok untuk memusnahkan remaja Islam kita.Kini ditambahkan lagi peristiwa murtad. " Goverment Environmental Study (USA) melapurkan didalam New York Time bahawa setiapa sedutan asap rokok mengandungi 4,700 kompaun kimia dan 43 bahan "carcinogenic" (bahan yang boleh menyebabkan kanser). Banyak lagi fakta-fakta ygtidak dapat saya sampaikan didalam diskusi
ini. Cuma sebagai kesimpulan: Kepada netters yang masih merokok.kita cuba ikhtiar berhenti merokok (Tapi bagaimana...?)Yakinlah Allah Maha Penyayang.Usaha saudara untuk berhenti merokok merupakan satu jihad. Kita ingin menjadi Ummat Contoh.Sudah tentu sesuatu yang lebih indah seandainya kita berjuang untuk menegakkan Islam dengan memperbanyakkan amal, meninggalkan yang makruh, apatah lagi perkara yang haram mesti dijauhkan.Berdakwah tanpa rokok ditangan.Tentu lebih indahkan...!Maaf seandainya ada kesilapan atau kekasaran. Dari saudaramu se Islam


Saya tertarik dengan pandangan beberapa orang rakan-rakan mengenai isu apakah merokok itu haram atau makruh. Bagaimanapun, dalam soal hukum, eloklah kita serahkan kepada alim ulamak untuk memberikan pendapat bersandarkan sumber-sumber yang sahih mengikut ketetapan Islam. Hukum-hakam bukan boleh main agak-agak. Hukum merokok tak boleh nak disamakan dengan hukum pandu kereta atau makan gula. Kalau hukum pakai logik semata-mata, mungkin ada orang yang sesat berhujah buat apa basuh kaki sewaktu mengambil air sembahyang. Kita pakai stokin dan pakai kasut. Kaki kita masih bersih. Taklah macam zaman Nabi dulu, mana ada kasut yang hebat macam kasut kita. Entah-entah pakai kasut selipar sahaja, sebab itu kena basuh kaki apabila ambil air sembahyang. Tak basuh kaki, jimat air. Lagi pun sekarang negara menghadapi masalah air. Itu kalau ikut logik akal semata-mata. Kalau ikut hukum, wajiblah. Tak basuh kaki, tak sah. Begitu juga, simpan janggut itu sunnah nabi. Kita tak boleh guna logik bahawa Nabi simpan janggut kerana Nabi tak ada pisau cukur. Itu logik akal semata-mata. Jadi, dipendekkan cerita, apa kata kalau kita minta para ulamak dan ilmuan Islam untuk memberikan pandangan bersandarkan sumber-sumber yang sahih? Jangan pakai agak-agak atau agaknya-agaknya atau "seperti yang saya dengar dari pak cik saya" sahaja. Sandarkan dengan hujah yang nyata.
Silakan dengan segala hormatnya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah89Profil   Hantar PM kepada muslimah89   Quote dan BalasQuote

swordofdeen
WARGA SETIA
Menyertai: 11.06.2003
Ahli No: 1307
Posting: 632
Dari: Somewhere on this earth

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 12-11-08 22:57


Pada 12-11-08 21:10 , MohdZakri posting:

!!! QUOTE !!!

"lepas kawin nanti abang berhentilah merokok"
"dah dapat anak seorang nanti abang berhentilah merokok"

1-apa pandangan lelaki
2-apa pandangan wanita
3-layak ke jadi calon suami ?


Pertamanya saya lelaki..tapi saya menjawab persoalan di atas dulu sebelum bagi pandangan:

"lepas kawin nanti abang berhentilah merokok"
-"Kalau macam tu lambat lah kita kawin bang, bang duduk asyik habis duit beli rokok saja..baik simpan buat hantaran saya"

"dah dapat anak seorang nanti abang berhentilah merokok"
- "ish, abang ini...kalau macam tu abang tak sayang saya dan anaklah ye. sebelum dapat anak, banyaknyer racun2 rokok abang masuk dalam kandungan dan dalam saya"

Agak2nya boleh isteri dia jawab begini?



1- Apa pandangan lelaki : Bagi saya alasan semata-mata. Tetapi ada orang yang menggunakan alasan itu utnuk betul-betul tingglkan rokok, so kita support. Ada yang hanya buat alasan..ye lah, nak pikat bini..belakang merokok lagi..saya bukan perokok, tapi kawan-kawan saya ramai yang buat macam tu terang-terang depan kami..kat rumah kata berenti..katy belakang meroko lai..hai..ingat bini tu tak reti? nak bau busuk mulut setiap hari

2- Saya bukan perempuan

3 - tak ada pula dalam hukum kata tak boleh kahwin. tapi Kalau ikut my family -REJECT

No offense to perokok. Saya hanya benci ROKOK. bukan perokok. So pikir2lah

allahu'alam

Bookmark and Share

    


  Member Information For swordofdeenProfil   Hantar PM kepada swordofdeen   Pergi ke swordofdeen's Website   Quote dan BalasQuote

jebat_86
Warga 3 Bintang
Menyertai: 31.10.2008
Ahli No: 35674
Posting: 121

blank   avatar


posticon Posting pada: 12-11-08 23:30


-Kenapa nak tunggu lepas kahwin atau lepas dapat anak baru nak berhenti merokok???
-maknanya berhentinya dia dari merokok bukanlah secara ikhlas.
-jadi kepada wanita-wanita di luar sana, pilihlah yang tidak merokok...
-kepada lelaki pun sama jugak..
-namun kalau dah dapat yang perokok, berikan perangsang supaya dia menghentikan tabiat merokok itu ikhlas..:D

Bookmark and Share

    


  Member Information For jebat_86Profil   Hantar PM kepada jebat_86   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 12-11-08 23:31


Pada 12-11-08 21:10 , MohdZakri posting:

!!! QUOTE !!!

"lepas kawin nanti abang berhentilah merokok"
"dah dapat anak seorang nanti abang berhentilah merokok"

1-apa pandangan lelaki
2-apa pandangan wanita
3-layak ke jadi calon suami ?


"lepas kawin nanti baru abang nak berenti merokok? :-?

selagi abang tak berenti merokok, selagi tu tak nak kawin dengan abang.. jadi calon bakal suami pun tak nak :P. goodbye :bye:."

p/s: rasa-rasa ayat di atas dah jawab semua tak? :sopan:


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 12-11-08 23:58


kerana nak test rokok dan nak hilangkan tension lah konon, ..dah mula tak henti2 hisap da..ada masa luang saja ada saja yang berasap..tengah taip ni pun baru saja matikan puntung rokok(sebab dah habis dah dimatikan...haha)...bila lagi nak stop ni ye....pasal topik tu...tak pula berjanji dengan sesiapa...hehhe...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 13-11-08 02:22


itu hanya kata-kata manis, kata-kata indah a.k.a.....JANJI KOSONG & MENIPU seorang lelaki.....jangan mudah sangat terpedaya & cair ye.

patutnya kaum hawa perlu bertegas dengan lelaki yang merokok....BERHENTI MEROKOK SEBELUM NIKAH....ini sepatutnya dijadikan syarat untuk berumahtangga.....ibu bapa pihak perempuan sepatutnya memainkan peranan dalam menggalakkan healthy life style dalam rumahtangga anak-anak mereka.

BOIKOT LELAKI yang MEROKOK....TOLAK PINANGAN PEROKOK!!!

p/s: sememangnya benci rokok & orang yang berlagak poyo dengan merokok....nak bunuh diri bunuhlah diri seorg2...jangan libatkan orang lain....orang lain tak mahu jadi 2nd hand smoker....isteri2 dan anak-anak tak mahu jadi 2nd hand smokers.....ada faham????

Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 13-11-08 06:43


betul betul betul,

sekarang ni ada teknologi yang boleh merokok tanpa perlu membeli berulang-ulang kotak rokok.dinamakan e-cigarettes.siap ada bateri lagi.

e-rokok.
http://ecigaretteblog.com/

/


-----------------

= think Islam , think Globally , think Reality =


Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

adieq85
Warga 5 Bintang
Menyertai: 27.08.2008
Ahli No: 34673
Posting: 358
Dari: dari Kuantan merantau ke Bangi

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 13-11-08 07:44


Pada 12-11-08 21:10 , MohdZakri posting:

!!! QUOTE !!!

"lepas kawin nanti abang berhentilah merokok"
"dah dapat anak seorang nanti abang berhentilah merokok"

1-apa pandangan lelaki
2-apa pandangan wanita
3-layak ke jadi calon suami ?


1-pandangan lelaki tak tahula..saya perempuan..kadang saya cakap juga kat abang-abang saya..jawapan mereka nak hilangkan mengantuk bawa kereta dan macam-macam alasan lagi..:-)

2-pandangan saya..tak perlu nak tunggu satu-satu perkara baru nak berhenti merokok..kalau kita nak orang lelaki tu berhenti merokok, berilah sokongan pada dia..guna psikologi lah..bantu dia sikit demi sedikit untuk berhenti..kalau kita tak bantu, tak beri sokongan atau memaksa dia berhenti..mereka lagi tension..lagi tak berhenti..:-)

3-layak tak layak tu, terpulang pada individu wanita tu sendiri..calon suami pilihan dia macammana..kalau saya memangla tak nak dan tak suka lelaki yang merokok..bau asap tu tak tahan..sesak nafas jadinya..tapi kalau dah dapat tu, takkan nak tolak atau tinggalkan lelaki tu semata-mata kerana dia merokok..kalau dia baik dan memenuhi ciri-ciri seorang suami yang baik, baik terima saja..bukannya dia hisap dadah atau buat perkara jahat yang lain pun..tu ye lah kena tolak..pasal merokok tu, kalau dah jadi pasangan dia..slow2 lah bantu dia berhenti..kadang lelaki ni kalau dah sayang kat seorang perempuan tu, sanggup berhenti merokok kerana perempuan tu.. :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For adieq85Profil   Hantar PM kepada adieq85   Quote dan BalasQuote

itqaan_muslim
Warga 5 Bintang
Menyertai: 02.08.2006
Ahli No: 25573
Posting: 353
Dari: tronoh

Kelantan  


posticon Posting pada: 13-11-08 09:43


Tabiat merokok memang susah nak stop..
kalau yang belum merokok tu jangan gatal2 tangan nak cuba...

ak ana pun merokok...
sebeluh pergi haji hari tu nak niat dah nak bhenti...
daripada sebatg sehari ke sbatag smmgu...
alhamdulillah dapat lah berhenti sebelum pergi haji...
tapi
2 bulan selepas balik dari mekah hisap pula...
pahit mulut lah,letih lah..
macam-macam alasan..

memang susah nak berhenti merokok
nasib baik ana ada lelah...
Kalau tak tak tau lah..
mungkin merokok juga agaknya.....hehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For itqaan_muslimProfil   Hantar PM kepada itqaan_muslim   Pergi ke itqaan_muslim's Website   Quote dan BalasQuote

imni_1612
Warga 4 Bintang
Menyertai: 10.09.2008
Ahli No: 34904
Posting: 336
Dari: Kuala Lumpur

Perak   avatar


posticon Posting pada: 13-11-08 10:52


imni pun tak suka orang merokok..:-(
sama macam pendapat nisaaddeen..calon suami mestilah bukan seorang perokok..lagipun bukan kah membeli rokok ni membazir..buang duit saja..geram sangat kat kawan-kawan yang merokok..hissh tak suka betul lah..dulu ayah imni pun merokok juga tapi lepas kawin berhenti dah..sebenarnya boleh berhenti merokok ni..cuma kena ada semangat dan kekuatan dulu..kalau ikutkan hati Mati..jadi fikirlah yang terbaik untukk diri masing-masing..

Bookmark and Share

    


  Member Information For imni_1612Profil   Hantar PM kepada imni_1612   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 13-11-08 10:54


Pada 13-11-08 10:52 , imni_1612 posting:

!!! QUOTE !!!

imni pun tak suka orang merokok..:-(
sama macam pendapat nisaaddeen..calon suami mestilah bukan seorang perokok..lagipun bukan kah membeli rokok ni membazir..buang duit saja..geram sangat kat kawan-kawan yang merokok..hissh tak suka betul lah..dulu ayah imni pun merokok juga tapi lepas kawin berhenti dah..sebenarnya boleh berhenti merokok ni..cuma kena ada semangat dan kekuatan dulu..kalau ikutkan hati Mati..jadi fikirlah yang terbaik untukk diri masing-masing..
hehe,...macam mana kekuatan tu ye? :malu:


-----------------
Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari)


Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 13-11-08 11:11


dah dia niat begitu..bagus lah...percaya saja lah...tak payah lah serkap jarang..kalau dia xberhenti..pujuk lah lagi...yang pasti ini bukan kerja senang lah agaknya...huuhuhu

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 13-11-08 12:02


Pada 13-11-08 02:22 , naruto-san posting:

!!! QUOTE !!!

ini sepatutnya dijadikan syarat untuk berumahtangga.....ibu bapa pihak perempuan sepatutnya memainkan peranan dalam menggalakkan healthy life style dalam rumahtangga anak-anak mereka.

BOIKOT LELAKI yang MEROKOK....TOLAK PINANGAN PEROKOK!!!


Betul tu...

Katakan TIDAK kepada benda-benda yang mengarut lagi menyusahkan!

Ingatlah orang tersayang...Anda mampu mengubahnya...


-----------------
DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...


Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

sitishairah
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2007
Ahli No: 29948
Posting: 513
Dari: Gombak

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 13-11-08 15:04


salam..


sebelum rasa nak tersuka kat seseorang tu..selidik lah dulu merokok ke tak..kalau smoker..kita just kawan saja lah ek..

tak tahan bau asap rokok..org yang hidu lagi teruk natijahnye dr org yang hisap..janji2 'manis' itu hnyalah khayalan belaka..sebelum dapat boleh lah..dah dapat nanti..faham-faham saja lah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For sitishairahProfil   Hantar PM kepada sitishairah   Quote dan BalasQuote

imni_1612
Warga 4 Bintang
Menyertai: 10.09.2008
Ahli No: 34904
Posting: 336
Dari: Kuala Lumpur

Perak   avatar


posticon Posting pada: 13-11-08 15:15


Pada 13-11-08 10:54 , sya_ryn posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 13-11-08 10:52 , imni_1612 posting:

!!! QUOTE !!!

imni pun tak suka orang merokok..:-(
sama macam pendapat nisaaddeen..calon suami mestilah bukan seorang perokok..lagipun bukan kah membeli rokok ni membazir..buang duit saja..geram sangat kat kawan-kawan yang merokok..hissh tak suka betul lah..dulu ayah imni pun merokok juga tapi lepas kawin berhenti dah..sebenarnya boleh berhenti merokok ni..cuma kena ada semangat dan kekuatan dulu..kalau ikutkan hati Mati..jadi fikirlah yang terbaik untukk diri masing-masing..
hehe,...macam mana kekuatan tu ye? :malu:



maksud kekuatan kat sini..kena ada mental dan fizikal yang mantap lah..kalau diri dan hati tak kuat..mudah saja kena pengaruh dengan kawan-kawan..payah juga nak berhenti merokok ni..:-)


-----------------
::teruskan kejayaan menuju keunggulan::



Bookmark and Share

    


  Member Information For imni_1612Profil   Hantar PM kepada imni_1612   Quote dan BalasQuote

amyra_myra
WARGA SETIA
Menyertai: 12.10.2003
Ahli No: 4282
Posting: 584
Dari: Taiping night safari

Perak   avatar


posticon Posting pada: 15-11-08 20:39


hmm memang susah sebab dah addicted kan.. tapi boleh cuma kena kuat semangat sikit saja... hmm kan kat hosp kerajaan ada clinic quit smoking...bagi sesiapa yang nak berhenti boleh lah pergi klinik ni... berhenti sebelum terlambat k..

Bookmark and Share

    


  Member Information For amyra_myraProfil   Hantar PM kepada amyra_myra   Quote dan BalasQuote

Farishah
WARGA SETIA
Menyertai: 24.04.2005
Ahli No: 16036
Posting: 808
Dari: depan komputer

somalia  


posticon Posting pada: 16-11-08 01:49


Pada 12-11-08 22:40 , umar_khalil posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 12-11-08 21:10 , MohdZakri posting:

!!! QUOTE !!!

"lepas kawin nanti abang berhentilah merokok"
"dah dapat anak seorang nanti abang berhentilah merokok"

1-apa pandangan lelaki
2-apa pandangan wanita
3-layak ke jadi calon suami ?




no komen.....yang isteri,,kan sentiasa bagi semangat kat suami bagi berhenti...ok lagi dapat suami perokok,,dr dapat suami kaki perempuan..mana nak?




dua-dua tknk...


-----------------
strong minds talk about ideas, weak minds talk about people.


Bookmark and Share

    


  Member Information For FarishahProfil   Hantar PM kepada Farishah   Quote dan BalasQuote

alwalid
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2004
Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 16-11-08 02:02


Pada 12-11-08 21:10 , MohdZakri posting:

!!! QUOTE !!!

"lepas kawin nanti abang berhentilah merokok"
"dah dapat anak seorang nanti abang berhentilah merokok"

1-apa pandangan lelaki
2-apa pandangan wanita
3-layak ke jadi calon suami ?


patut sebelum kahwin dah stop .....Kenapa mesti dah dapat nak baru nak berenti.........
tu pun kalau berenti.......takkan nak tunggu anak bini mati kena kanser paru2 baru nak berenti?????

p/s: awak fikir lah sendiri


-----------------
"Let Allah be the ruler over your hearts"


Bookmark and Share

    


  Member Information For alwalidProfil   Hantar PM kepada alwalid   Pergi ke alwalid's Website   Quote dan BalasQuote

sayang_semuanya
WARGA SETIA
Menyertai: 23.03.2007
Ahli No: 29304
Posting: 486
Dari: Pasir Ris

singapore   avatar


posticon Posting pada: 17-11-08 18:05


kalau boleh, nasihat kan suami lah, mengapa harus dia berhenti rokok...

mengikut kajian, orang yang terkena asap rokok, lebih merbahaya dari orang yang menghisap rokok.. kesannya, amat merbahaya kan juga...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sayang_semuanyaProfil   Hantar PM kepada sayang_semuanya   Quote dan BalasQuote

lailasuhaila
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.09.2008
Ahli No: 35134
Posting: 351
Dari: my heart...

Sarawak   avatar


posticon Posting pada: 17-11-08 18:29


betul tu, org yang terkena asap rokok lagi bahaya...lemas nya asap rokok...katakan tak nak pada ROKOK...

Bookmark and Share

    


  Member Information For lailasuhailaProfil   Hantar PM kepada lailasuhaila   Quote dan BalasQuote

muhamad_azrul86
WARGA SETIA
Menyertai: 02.08.2006
Ahli No: 25571
Posting: 611
Dari: KoTa TiNggi BaNDaR Ada SejaRaH

Johor   avatar


posticon Posting pada: 29-11-08 00:21


Alhamdulillah terlepas dari gejala macam ni....
moga-moga berterusan lah...
nanti susah nak dapat zaujah yang baik-baik..he2

Bookmark and Share

    


  Member Information For muhamad_azrul86Profil   Hantar PM kepada muhamad_azrul86   Pergi ke muhamad_azrul86's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.122763 saat. Lajunya....