Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Wang bukan segala-galanya tetapi hampir segalanya memerlukan wang!
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 173
Ahli: 0
Jumlah: 173




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 7 jam, 37 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Kaki Jiwang Karat!!
Topik: Insan yang baik hanyalah untuk mereka yang baik..bagaimanakah yang sebaliknya?????


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Kaki Jiwang Karat!!
    »» Insan yang baik hanyalah untuk mereka yang baik..bagaimanakah yang sebaliknya?????

Please Mendaftar To Post


Oleh Insan yang baik hanyalah untuk mereka yang baik..bagaimanakah yang sebaliknya?????

nithtah_hujannah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 13.08.2008
Ahli No: 34427
Posting: 89
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 10-11-08 09:29


Assalammualaikum..

benarkah wanita yang baik hanyalah untuk lelaki yang baik?? dan sebaliknya??


bagaimana pula sekiranya ada insan yang tidak baik,namun ingin mencari pasangan yang baik bagi membimbing dirinya ke arah jalan yang benar, adakah dia layak untuk berdampingan dengan insan yang baik itu?? dan bagaimanakah pula pandangan anda terhadap insan yang baik, yang sudi menerima insan yang tidak baik untuk menjadi teman hidupnya, dan nawaitunya untuk membimbing insan itu menuju keredhaan Allah semata-mata.......

Setiap manusia tidak lepas dari melakukan kesilapan.. ada yang mengambil jalan pintas untuk terus bergelumang dengan dosa yang dilakukan sebelum ini, dan ada pula yang ingin bertaubat..Allah pastinya menerima taubat seseorang itu sekiranya dia melakukannya dengan bersungguh2 atau pun taubat nasuha.. Namun, pada manusia yang lain, dapatkah mereka menerima seseorang insan yang telah melakukan pelbagai kesilapan dan dosa dalam di dalam hidup mereka??


p/s= kepada forumer sekalian, sekiranya ada pendapat, dont segan silu untuk menyatakan pendapat anda sekalian.. moga menjadi iktibar kita semua..

wassalammmm.... :kelip: :kelip:

Bookmark and Share

    


  Member Information For nithtah_hujannahProfil   Hantar PM kepada nithtah_hujannah   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 10-11-08 10:13


“Wahai manusia, sesungguhnya kami ciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan, dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku, supaya kamu saling kenal mengenali. Sesungguhnya yang paling mulia di sisi Allah, adalah yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal” – (Al Hujurat, ayat 13).


-----------------
Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.


Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 11-11-08 19:30


Assalamualaikum
copy paste dari simpanan artikel saya..baca dan fahamkan..jika tak faham, tanya sesiapa yang berkenaan..

*** Lelaki Yang Baik Untuk Wanita Yang Baik ***
Setiap manusia menginginkan pasangan yang baik dalam kehidupan ini. Justeru itulah, fenomena dalam masyarakat kita memperlihatkan kebanyakan wanita atau lelaki baik akan berumahtangga dengan pasangan yang baik juga dalam kehidupan mereka.
Perkahwinan antara wanita atau lelaki baik dengan pasangan baik dikira sebagai sesuatu yang wajar dan amat bertepatan dengan keadaan kerana seseorang yang baik sudah sepatutnya berpasangan dengan yang baik juga. Jika diqiaskan kepada rupa, ia boleh diibaratkan sebagai "pertemuan bagai pinang yang dibelah dua." Di dalam al-Quran,Surah an-Nur; ayat 26; Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:
"Perempuan-perempuan jahat untuk laki-laki jahat, laki-laki jahat untuk perempuan-perempuan jahat pula, perempuan-perempuan baik untuk laki-laki baik, laki-laki baik untuk perempuan-perempuan baik pula. Mereka itu (orang-orang baik) terlepas dan tuduhan yang mereka katakan, untuk mereka ampunan dan rezeki yang mulia."
Bagaimanapun, fenomena dalam masyarakat kita juga memperlihatkan, sesetengah manusia baik sama ada wanita atau lelaki tidak pula bertemu jodoh dengan pasangan yang baik. Disebabkan keadaan itu, rumahtangga mereka juga sering kelihatan tidak bahagia dan sesetengahnya turut musnah. Kenapa kejadian seperti itu berlaku? Sedangkan di dalam Surah an-Nur; ayat 26, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud,
"Wanita baik untuk lelaki baik dan lelaki baik untuk wanita baik."
Pada sesetengah pihak, ayat 26 dalam Surah an-Nur itu difahamkan sebagai janji Allah kepada setiap hambaNya yang akan menjodohkan seseorang yang baik dengan pasangan yang baik juga. Sedangkan pada dasar dan hakikatnya, malahan dalam sebarang keadaan, tempat dan masa, Allah s.w.t. tidak sekali-kali memungkiri janjiNya kepada setiap hambaNya.
Dengan kewujudan perkahwinan seseorang yang baik sama ada wanita atau lelaki dengan pasangan yang tidak baik, sesetengah pihak turut bertanya, apakah pula hikmah yang terselit di sebalik ketentuan Allah terhadap jodoh seseorang yang baik dengan yang tidak baik itu?
Yang sebenarnya ayat tersebut bukanlah menyentuh Qada dan Qadar Allah terhadap jodoh seseorang. Dengan kata lain, ia juga bukanlah merupakan janji Allah kepada manusia baik yang akan dijodohkan dengan pasangan yang baik. Sebaliknya, ayat berkenaan merupakan peringatan Allah kepada setiap hambaNya atau kepada umat Islam agar memilih manusia yang baik untuk dijadikan pasangan hidup masing-masing. Untuk memahami ayat tersebut dengan mendalam, setiap umat Islam perlu mengetahui sebab-sebab atau latar belakang penurunan ayat berkenaan oleh Allah s.w.t. Ayat itu sebenarnya diturunkan oleh Allah ekoran terdapat tuduhan atau fitnah terhadap isteri Rasulullah, Siti Aisyah yang kononnya melakukan perbuatan jahat dengan seorang lelaki.
Ekoran fitnah itu, ada umat Islam yang mempercayainya. Sedangkan yang sebenarnya, Siti Aisyah itu wanita yang amat baik dan amat suci yang tidak pernah melakukan perbuatan sedemikian, malahan tidak pernah sedikitpun pun terniat melakukannya. Disebabkan peristiwa itulah, Allah s.w.t. menurunkan ayat itu. Ia merupakan penjelasan Allah mengenai kedudukan sebenarnya mengenal fitnah itu yang tidak benar dan tidak berasas sama sekali.
Selanjutnya setiap umat Islam juga perlu memahami dengan mendalam firman Allah dalam Surah an-Nur; ayat 3 yang bermaksud:
"Laki-laki berzina tiada berkahwin melainkan dengan perempuan berzina pula, atau perempuan musyrik. Perempuan berzina tiada berkahwin, melainkan dengan laki-laki berzina pula atau laki-laki musyrik. Yang demikian itu diharamkan atas orang-orang yang beriman."
Ayat tersebut tidak bermaksud lelaki yang berzina hanya mesti berkahwin dengan wanita yang berzina dan wanita yang berzina hanyalah boleh berkahwin dengan lelaki yang berzina sahaja. Jumhur ulama mengatakan, hukum ayat itu telah dimansukhkan oleh Allah s.w.t. Ia dimansukhkan oleh Allah dengan ayat 32-33 dalam Surah an-Nur juga yang bermaksud kahwinilah wanita di kalangan kamu, dengan terjemahan penuhnya yang bermaksud:
"Dan kahwinlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan hamba sahaya lelaki dan perempuan yang soleh. Kalau mereka miskin, nanti Allah akan memberikannya kekayaan dari kemurahanNya dan Allah itu luas pemberiannya dan Maha Tahu. Orang-orang yang tiada memperoleh belanja, hendaklah menjaga kehormatan (jangan berzina), sehingga Allah memampukan mereka dengan kurniaNya. Hamba-hambamu yang menuntut mukatabah (kemerdekaan dengan pembayaran wang), hendaklah kamu terima, jika kamu ketahui bahawa ada kebajikan pada mereka. Berikanlah kepada mereka harta Allah, yang diberikanNya kepadamu. Janganlah kamu paksa hamba-hambamu berzina, jika mereka menghendaki kesucian, supaya kamu mendapat harta benda waktu hidup di dunia. Barang siapa memaksa mereka, maka Allah sesudah paksaannya itu Pengampun lagi Penyayang.
Dengan pemansukhan itu bermakna ayat itu sudah tidak lagi menuntut umat Islam sama ada lelaki atau perempuan yang berzina hanya boleh berkahwin dengan yang berzina sahaja, tidak dengan yang baik.
Sebaliknya ia telah menjadi umum. Lelaki yang baik dibolehkan berkahwin dengan wanita yang berzina, perempuan yang berzina dibolehkan berkahwin dengan lelaki yang baik, perempuan yang baik dibolehkan berkahwin dengan lelaki yang berzina atau lelaki yang berzina juga boleh berkahwin dengan wanita yang baik. Jadi maknanya, jodoh pertemuan seseorang itu di tangan Allah, tetapi kita diminta berusaha memilih pasangan yang baik, yang soleh atau solehah. Kalau seseorang itu mendapat jodoh dengan pasangan yang kurang baik, pasangannya yang baik itu mestilah berusaha membaiki perangai pasangannya yang kurang baik itu,
Berhubung dengan perubahan perangai seseorang yang kurang baik menjadi baik apabila berkahwin dengan orang yang baik pula, kalau seseorang yang kurang baik atau tidak baik sama ada lelaki atau wanita berkahwin dengan orang yang baik, tidak pula boleh dikatakan perangainya akan pasti berubah menjadi baik sejajar dengan kedudukan pasangannya sebagai orang yang baik. Tetapi pengaruh persekitaran dari orang yang baik mungkin mempengaruhi individu dari tidak baik kepada baik. Inilah kekuatan agama yang ada pada diri seseorang yang mampu untuk menarik pasangannya mentaati Allah dan RasulNya.
Dalam Islam, seseorang yang baik dengan menilai baik hubungannya dengan Allah dan hubungannya dengan manusia. Kalau orang yang baik itu ada kekuatan agama seperti yang dimaksudkan tadi diharuskan dia berkahwin dengan orang yang kurang baik itu, untuk tujuan menyelamatkan orang berkenaan sama ada lelaki atau perempuan dan terus hanyut dalam kesesatan atau kemaksiatan. Ini adalah dakwah.
Dalam Islam, kalau seseorang tu telah bertaubat, kita disuruh menerima orang yang sudah bertaubat itu. Kalau tidak, berdosa. Sebab dalam Islam, orang yang sudah bertaubat itu dikira sudah bersih. Tetapi terdapat juga kejadian di mana masyarakat tidak menerima orang yang telah bertaubat.
Inilah silapnya sesetengah anggota masyarakat kita. Orang yang sudah bertaubat pun dikatakan masih jahat juga. Banduan-banduan yang sudah keluar dan penjara yang sudah bertaubat itu sepatut diterima baik oleh masyarakat. Bohsia dan bohjan, penagih dadah dan sesiapa sahaja yang bersalah dan kemudian yang sudah bertaubat sepatutnya kita terima mereka dan didik mereka ke arah Islam. Tetapi sesetengah anggota masyarakat kita tidak juga mahu menerimanya. Akibatnya, ia mendatangkan kesan buruk pula kepada orang berkenaan dan kepada masyarakat. Firman Allah Ta'ala yang bermaksud :
"Dan orang-orang yang apabila berbuat kejahatan atau menganiaya dirinya, (kemudian) mereka ingat akan Allah, lalu mereka meminta ampun atas dosanya. Dan tiadalah yang mengampunkan kecuali Allah. Mereka tiada berkekalan di atas dosanya itu sedang mereka mengetahui." ( Ali Imran : 135 )
"Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertaubat dan mengasihi orang yang mensucikan dirinya." ( Al BaQarah : 222 )
Wallahu a'lam...



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

Wawa_83
WARGA SETIA
Menyertai: 20.12.2004
Ahli No: 13173
Posting: 817
Dari: SeLaNgOR - My LoVeLy with ALLAH's LoVe..!

Selangor  


posticon Posting pada: 11-11-08 20:03


memang best artikel ni .. Semoga ALLAH SWT merahmati kita semua .. Amin :-)

P/S : Setuju dengan pendapat STS dan Zulman .. Erm, adakalanya prancangan ALLAH SWT tu terlalu cantik untuk kita (manusia) menilainya .. and Sometimes, kita perlu pasrah but...!! Keep thinking .. always .. ALLAH LOVE U ALL .. I can feel it even i always did a big mistakes in my life .. Wawa memang banyak sangat buat dosa besar .. tapi ALLAH SWT sentiasa bagi peluang dan prtolongn untuk Wawa berubah ke arah kbaikan .. thank you ALLAH SWT, I LOVE U SO....VRY MUCH..!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For Wawa_83Profil   Hantar PM kepada Wawa_83   Quote dan BalasQuote

immad

Menyertai: 18.09.2004
Ahli No: 11221
Posting: 968
Dari: minal mahdi ila lahdi(UIAM)

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 12-11-08 00:06


huhu..syahdu baca tulisan akhi ni..lantaklah..nak juga menyemak kat sini..malas nka buka baruu....lantaklah nak kata jiwang ke apa ke..tapi ada pengajran dari story dia

buat muslimin dan muslimat...


__________________________________________________

Menghargai Kasih

Adakalanya, apabila bertemu dengan teman atau saudara-mara, ramai yang
menegur wajah anak sulung saya mirip wajah ibunya. Dengan kulit cerahnya,
matanya dan segalanyalah, sering dikaitkan dengan ibunya. Terasa juga di
hati saya. "Macam mana dengan aku. Aku kan ayahnya?" gerutu saya di dalam
hati. Takkanlah tidak ada sedikitpun rupa fizikal Naqibah yang mirip kepada
saya?

Tetapi bila ada orang yang mengatakan Naqibah mirip ayahnya, hati saya
kembang bagaikan dipam-pam. Ah… Ini semua mainan perasaan. Sama ada mirip
ibunya atau mirip saya, ayahnya, itu tidak penting. Yang penting anak itu
anak kami dan amat manja dengan kami. Lagipun, bukankah anak sebagai
pengerat kasih sayang? Sememangnya terbukti, anak-anak kami menjadi lambang
keikhlasan kami mencintai antara satu sama lain.

Kadangkala saya terfikir, sedangkan apabila orang menyebut Naqibah hanya
mirip ibunya, tercetus satu perasaan kurang enak di benak saya. Bagaimana
pula agaknya keadaan orang yang ditakdirkan berpisah dengan pasangannya?
Yang anaknya dipelihara oleh bekas teman hidupnya yang lagi satu.
Contohnya, bagaimana perasaan seorang ibu apabila anaknya dipelihara oleh
bekas suaminya.

Manakala dia hanya berpeluang untuk menjenguk anaknya sebulan sekali. Tentu
mengecewakan. Apatah lagi apabila bekas pasangannya itu berkahwin lain dan
anak-anaknya pula semakin rapat dengan 'ayah atau ibu baru' mereka. Tentu
menyedihkan. Tentu wujud perasaan seakan-akan anak itu akan dirampas kasih
sayangnya dari mereka. Maka kerana itulah perceraian sesuatu yang perlu
dielakkan pada setiap masa.

Seperti kata khadi selepas upacara pernikahan dan pembacaan taklik, lebih
baik perkataan cerai itu dibuang terus dari otak seorang lelaki. Jangan
sekali-kali terfikir untuk melafazkannya. Begitu juga sang isteri. Jangan
sekali-sekali cuba ucapkan "Ceraikan saya". Kerana impaknya bukan kecil.
Banyak. Terlalu banyak. Bukan setakat kepada diri pasangan yang bercerai,
tetapi juga kepada anak-anak dan ibu bapa mereka.

Tetapi ada yang berkata, kalau sudah tidak sehaluan, bagaimana lagi hendak
hidup bersama? Ya… benar juga. Tetapi, saya juga sering bertanya kepada
diri saya sendiri, pernahkan saya sehaluan dengan pasangan saya? Saya tidak
pasti apakah yang orang lain maksudkan dengan sahaluan tetapi bagi saya,
sehaluan bererti kita bersedia untuk membuat keputusan yang sama dan
berpendirian yang sama pada hampir setiap masa.

Tetapi saya seorang lelaki dan isteri saya seorang wanita. Bagaimana
agaknya kami hendak sehaluan? Sememang dari azalinya kami berbeza. Bukan
setakat kami, bahkan boleh dikatakan semua orang. Pandangan seorang lelaki
berbeza dengan pandangan seorang perempuan. Jadi dari mana agaknya datang
perkataan sehaluan itu? Sedangkan hakikat menyatakan, corak pemikiran
lelaki dan wanita sentiasa berbeza.

Sebenarnya, apa yang berlaku adalah sikap toleransi. Inilah sifap yang
cukup jelas kelihatan pada pasangan yang sedang asyik dilamun cinta.
Contohnya, seorang wanita sanggup berhabisan demi mendapatkan jersi
bolasepak pasukan kesayangan teman lelakinya. Atau sang lelaki yang sanggup
berjalan berjam-jam demi menemankan teman wanitanya yang hendak membeli
sehelai sapu tangan.

Sayangnya, sikap toleransi sebegini kian lama kian pupus sebaik mendirikan
rumah tangga. Ianya berpunca dari sikap kita sendiri yang sentiasa
mengharapkan pasangan kita memahami apa sebenarnya yang kita inginkan.
Tanpa sedikitpun kita peduli apa sebenarnya yang pasangan kita mahukan dari
kita. Kita sibuk mengubah pasangan kita mengikut acuan yang kita suka tanpa
mengubah diri kita untuk bersesuaian dengan acuannya.

Saya tidak mahu mengatakan diri saya baik. Sebagai lelaki, saya tidak
nafikan tebalnya sifat ego dalam diri saya. Melihat arahan dan permintaan
saya yang tidak dilaksanakan bukanlah perkara yang boleh menggembirakan
saya. Namun, apabila saya bawa bertenang, berfikir dengan akal yang waras
dan dengan iman, akhirnya saya akan dapati, saya sebagai suami yang
keterlaluan mengharapkan sesuatu dari isteri saya.

Sebenarnya, kita perlu tanamkan dalam diri kita perasaan untuk menghargai
pasangan kita. Harus sentiasa percaya, bahawa dialah pasangan kita yang
terbaik. Mungkin dia bukan yang terbaik tetapi dialah yang terbaik untuk
kita. Malah mungkin kita juga perlu yakinkan di dalam diri bahawa betapa
beruntungnya kita memiliki pasangan sepertinya dibandingkan dengan
kelemahan-kelemahan yang wujud pada diri kita.

Mungkin, pada satu ketika, kita akan melihat orang lain jauh lebih hebat
dari pasangan kita. Bagi lelaki, akan bertemu dengan perempuan yang lebih
jelita, yang bentuk tubuhnya lebih menggiurkan, lebih bersopan-santun,
lebih berbudi-bahasa, lebih beragama dan lebih dari segala segi. Tetapi,
satu perkara yang perlu kita ingati. Bersediakah wanita ini berkorban lebih
dari apa yang isteri kita pernah korbankan sehingga ke hari ini?

Saya sering katakan kepada anak saya. "Naqibah, jadilah seperti ibu. Ayah
bangga berkahwin dengan ibumu. Ibumulah yang terbaik untuk ayah." Anak saya
mungkin masih kecil dan masih belum faham apa yang saya katakan. Tapi
insyaAllah saya akan ulangkan berterusan. Supaya satu hari nanti, apabila
hati saya ini terniat untuk mengkhianati kasih sayang kami, anak itu akan
mengulangkan apa yang pernah saya lafazkan ini.

Kerukunan rumah tangga itu antaranya terletak kepada sifat saling
menghargai. Hargailah pasangan sendiri dan insyaAllah, pasangan kita juga
akan menghargai kita. Bukan saya hendak mengajar kerana saya sendiri masih
terlalu mentah di alam rumah tangga. Apa yang saya coretkan di sini adalah
sebagai peringatan buat diri saya sendiri. Supaya kita boleh saling
ingat-mengingati.

Mungkin ada yang berkata. Aku telah banyak berkorban untuk pasangan aku
tetapi tidak ada yang pernah dihargainya. Saya tidak boleh komen tentang
itu. Manusia diciptakan dalam pelbagai bentuk dan sifat. Saya tidak kata
kesemua manusia itu pasti bersifat mulia. Tidak Allah ciptakan neraka itu
untuk dibiarkan kosong. Pasti ada penghuninya. Tetapi yang penting,
berusaha dan bertawakkal kepada Allah…

Sesungguhnya, Allah telah mencurahkan kasih sayangNya terhadap kita lebih
dari pasangan kita. Namun kita masih juga gagal menghargai kasih dariNya.
Masih ingkar terhadap suruhanNya. Maka apabila pasangan kita gagal
menghargai apa yang kita lakukan terhadapnya, wajarkah kita menyalahkan
dia? Sedangkan kita sendiri pada dasarnya, gagal menghargai kasih yang
lebih besar dan lebih hebat nilainya…..


http://abunaqibah.blogspot.com/2007_03_01_archive.html

Bookmark and Share

    


  Member Information For immadProfil   Hantar PM kepada immad   Quote dan BalasQuote

Mulya
WARGA SETIA
Menyertai: 10.09.2007
Ahli No: 31000
Posting: 1015
Dari: SELANGOR DARUL EHSAN

indonesia  


posticon Posting pada: 12-11-08 19:42


salam...ALLAH maha mengetahui...ALLAH tau apa yang kita perlukan...
dan allah memberikan apa yang kita perlukan..bukan apa yang kita pinta..
ayat yang mengatakan "lelaki yang baik untuk perempuan yang baik" itu perlu ditafsirkan dari berbagai sudut...
lelaki yang baik itu lelaki seperti siapa...perempuan yang baik itu juga seperti apa...
kata "baik"tu maknanya apa...setiap manusia yang ingin mentaati allah..itu adalah yang baik...

kita hanya mampu melihat yang zahir saja..sedangkan allah mengetahui yang tersembunyi. orang yang kita lihat tidak baik..,boleh jadi dia adalah makhluk yang baik...orang yang kita anggap baik..,boleh jadi dia adalah makhluk yang tidak baik.."
sahabat dan teman hidup yang baik itu, jika kita bersamanya..,kita akan semakin dekat kepada ALLAH...insyaallah..

wallahu'ala...

Bookmark and Share

    


  Member Information For MulyaProfil   Hantar PM kepada Mulya   Pergi ke Mulya's Website   Quote dan BalasQuote

NisaAdDeen
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.02.2008
Ahli No: 32631
Posting: 92
Dari: ulu kinta,perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 13-11-08 00:13


Salam...

artikel2 dari sahabat-sahabat bnykmmbntu ana yang tengah bermslh ni..huhuhuhu

Bookmark and Share

    


  Member Information For NisaAdDeenProfil   Hantar PM kepada NisaAdDeen   Quote dan BalasQuote

afina010587
Warga 4 Bintang
Menyertai: 04.01.2008
Ahli No: 32202
Posting: 215
Dari: tanjung malim

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 13-11-08 00:45


salam...
jodoh ni rahsia Allah swt...
doa saja yang tebaik.... kalau dapat yang biasa-biasa tu bukan sebab kita tak baik atau sebagainya, just untuk melengkapi rumah tangga.. kalau kedua-duanya jahat macam mana dengan anak-anak dan rumahtangga kan. kalau kedua-duanya baik alhamdulillah... kalau sowang baik sowang biasa-biasa. melengkapi lah apa yang kurang......

Bookmark and Share

    


  Member Information For afina010587Profil   Hantar PM kepada afina010587   Quote dan BalasQuote

basyir_muslimah
Warga Rasmi
Menyertai: 30.08.2008
Ahli No: 34718
Posting: 7
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 14-11-08 01:25


salam alaik
jodoh pertemuan semua ni ALLAH yang tentukan so kita kena terimalah mungkin ada hikmah disebaliknya
bersangka baiklah pada sesuatu perkara kerana itu adalah sifat yang mulia

Bookmark and Share

    


  Member Information For basyir_muslimahProfil   Hantar PM kepada basyir_muslimah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.114815 saat. Lajunya....