Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Semua masalah boleh diselesaikan dengan cemerlang, asalkan kita menumpukan pada penyelesaian, bukan pada masalah. Allah SWT menyertakan penyelesaian untuk setiap masalah.
-- Kang Razzi Armansur

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 200
Ahli: 0
Jumlah: 200




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 12 jam, 46 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Hebahan Aktiviti
Topik: SEMINAR KRISIS EKONOMI GLOBAL


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Hebahan Aktiviti
    »» SEMINAR KRISIS EKONOMI GLOBAL

Please Mendaftar To Post


Oleh SEMINAR KRISIS EKONOMI GLOBAL

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 08-11-08 18:30


Assalamualaikum wrt.



HALAQAH DIRASIYYAH

Krisis Ekonomi Global :

(Mengapa dan Bagaimana)

&

ISLAM

Sebagai Penyelesaian Tunggal.



Tarikh

15hb November 2008 (sabtu, 8.30 pagi)

Tempat

Dewan Cempaka Kompleks PKNS Bangi, Selangor

Aktiviti

Seminar (2 kertaskerja akan dibentangkan), Pameran, Jualan Buku, tayangan multimedia dll



Semua dijemput hadir & masuk adalah percuma



Sebarang pertanyaan sila hubungi

seminarbangi@...

www.mykhilafah.com



anjuran bersama

Ikatan Intelektual Nusantara

&

Hizbut Tahrir Malaysia



--
manusia itu mulia dengan ISLAM
ISLAM tetap Mulia tanpa manusia

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

pemburu_harimau
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2008
Ahli No: 33850
Posting: 559
Dari: Di kawasan yang ada Harimau

blank   avatar


posticon Posting pada: 11-11-08 02:00


Assalamu'alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh

Tuan/Puan yang dihormati,

Ikatan Intelektual Nusantara dengan kerjasama Hizbut Tahrir Malaysia akan menganjurkan 'Seminar Krisis Ekonomi Global : ISLAM Penyelesaian Tunggal' pada 15hb Nov 2008 bersamaan 17 Zulkaedah 1429H, pukul 8.30 pagi bertempat di Dewan Cempaka, Kompleks PKNS, Bangi, Selangor.

Tujuan :- Memperjelaskan mengapa, bagaimana dan punca Krisis Kewangan dan Ekonomi Dunia yang berlaku hari ini, disamping memperjelaskan satu-satunya alternatif yang mampu mengatasi krisis ini iaitu ISLAM (Sistem Eknonomi Islam). Semoga dengan adanya seminar seperti ini umat Islam dapat melihat isu ini dengan lebih jelas dan mencari penyelesaian bersesuaian dengan pandangan Islam dan seterusnya meningkatkan kesedaran umat Islam untuk kembali kepada kehidupan Islam yang sebenar secara kaffah/menyeluruh.


Seminar : - 2 speaker telah dijemput khas dimana speaker 1 (seorang pakar ekonomi) akan menjelaskan punca dan sebab berlakunya krisis ekonomi/kewangan global (mengapa dan bagaimana). Manakala speaker 2 (pakar ekonomi Islam) akan membentangkan bagaimana ISLAM (sistem ekonomi Islam) merupakan alternatif tunggal sebagai penyelesaian yang hakiki.

Semoga kehadiran tuan/puan ke seminar ini mendapat ganjaran dan keredhaan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala

Assalamu'alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh


/


-----------------
Harimau adalah makhluk Tuhan,
Kenapa mahu memburu harimau yang comel ini?



    


  Member Information For pemburu_harimauProfil   Hantar PM kepada pemburu_harimau   Quote dan BalasQuote

pemburu_harimau
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2008
Ahli No: 33850
Posting: 559
Dari: Di kawasan yang ada Harimau

blank   avatar


posticon Posting pada: 11-11-08 02:06


Dimanakah PKNS Bangi tu??

Pandai guna Google Earth?
PKNS Bangi di 2°57'43.17"dan, 101°45'22.87"E

majlis ilmu ni.... rugi tak datang...
Di sampaikan oleh Pakar Ekonomi dan Pakar Ekonomi Islam...
Masuk percuma pulak tuuu...

EKONOMI SOSIALIS-KOMUNIS DAH RUNTUH,
EKONOMI KAPITALIS DAH HANCUR...

EKONOMI ISLAM KIAN MENYINAR.....

BAGAIMANAKAH EKONOMI ISLAM TU???

Mari datang beramai-ramai ya....


-----------------
Harimau adalah makhluk Tuhan,
Kenapa mahu memburu harimau yang comel ini?



    


  Member Information For pemburu_harimauProfil   Hantar PM kepada pemburu_harimau   Quote dan BalasQuote

pemburu_harimau
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2008
Ahli No: 33850
Posting: 559
Dari: Di kawasan yang ada Harimau

blank   avatar


posticon Posting pada: 11-11-08 12:02


jangan lupa datang ya...
ajak kawan-kawan... mak ayah... pensyarah-pensyarah...

cakap kepada mereka...
"ini majlis ilmu yang mesti kita hadiri"

siapa nak datang?
insyaALLAH... ana datang....


-----------------
Harimau adalah makhluk Tuhan,
Kenapa mahu memburu harimau yang comel ini?



    


  Member Information For pemburu_harimauProfil   Hantar PM kepada pemburu_harimau   Quote dan BalasQuote

hid_uniten
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.09.2005
Ahli No: 18744
Posting: 252
Dari: :: bumi Allalh ::

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 11-11-08 15:29


quite interesting tapi tak dapat nak join..ada hal pada hari 2..apa-apa pun, selamat mmeriahkn program..:-D

Bookmark and Share

    


  Member Information For hid_unitenProfil   Hantar PM kepada hid_uniten   Pergi ke hid_uniten's Website   Quote dan BalasQuote

pemburu_harimau
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2008
Ahli No: 33850
Posting: 559
Dari: Di kawasan yang ada Harimau

blank   avatar


posticon Posting pada: 11-11-08 17:11


Pada 11-11-08 15:29 , hid_uniten posting:

!!! QUOTE !!!

quite interesting tapi tak dapat nak join..ada hal pada hari 2..apa-apa pun, selamat mmeriahkn program..:-D


tak apa... kalau anta tak dapat datang...
bagitau orang lain di UNITEN tu...

kalau anta free hari lain..
kita boleh minum-minum di kedai mamak seksyen 15 bangi...
boleh sembang di kedai mamak FARIS MAJU ke, AMEERALI ke...

roger...


-----------------
Harimau adalah makhluk Tuhan,
Kenapa mahu memburu harimau yang comel ini?



    


  Member Information For pemburu_harimauProfil   Hantar PM kepada pemburu_harimau   Quote dan BalasQuote

Muddathsir787
WARGA SETIA
Menyertai: 20.10.2007
Ahli No: 31449
Posting: 943
Dari: Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 11-11-08 18:13


Jazakallah..

Insya-ALLAH.. Nengoklah kalau masa tak cemburukan ana..

Tak janji..
Sebab kawan kahwin..

Hmm..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Muddathsir787Profil   Hantar PM kepada Muddathsir787   Quote dan BalasQuote

pemburu_harimau
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2008
Ahli No: 33850
Posting: 559
Dari: Di kawasan yang ada Harimau

blank   avatar


posticon Posting pada: 12-11-08 09:19


Pada 11-11-08 18:13 , Muddathsir787 posting:

!!! QUOTE !!!

Jazakallah..

Insya-ALLAH.. Nengoklah kalau masa tak cemburukan ana..

Tak janji..
Sebab kawan kahwin..

Hmm..


laaaaaaa...
pergi tempat kawan kawin tu waktu petang...
ni majlis ni pada jam 8.00 pagi hingga 1.30 tengahari saja....

ajak kawan-kawan lain datang....
majlis ilmu ni...

Ekonomi Kapitalis kita dah belajar...
Ekonomi Sosialisme kita dah belajar..

Bangaimana sistem ekonomi Islam menunggu masa
untuk menyinari dunia??

mai dengar laaaa.....


-----------------
Harimau adalah makhluk Tuhan,
Kenapa mahu memburu harimau yang comel ini?



    


  Member Information For pemburu_harimauProfil   Hantar PM kepada pemburu_harimau   Quote dan BalasQuote

rdwira
WARGA SETIA
Menyertai: 22.09.2007
Ahli No: 31169
Posting: 999
Dari: KL

uganda   avatar


posticon Posting pada: 12-11-08 09:40


siapa pembentang kertas kerja tersebut ye ? boleh lah maklumkan sekali...maybe ada peminat mereka.. mereka akan turut serta ke nanti

Bookmark and Share

    


  Member Information For rdwiraProfil   Hantar PM kepada rdwira   Quote dan BalasQuote

pemburu_harimau
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2008
Ahli No: 33850
Posting: 559
Dari: Di kawasan yang ada Harimau

blank   avatar


posticon Posting pada: 12-11-08 12:35


Pada 12-11-08 09:40 , rdwira posting:

!!! QUOTE !!!

siapa pembentang kertas kerja tersebut ye ? boleh lah maklumkan sekali...maybe ada peminat mereka.. mereka akan turut serta ke nanti


hehehe...
insya ALLAH... anta akan tahu jugak nanti siapa orang nya...

datang lah....


-----------------
Harimau adalah makhluk Tuhan,
Kenapa mahu memburu harimau yang comel ini?



    


  Member Information For pemburu_harimauProfil   Hantar PM kepada pemburu_harimau   Quote dan BalasQuote

mimi_eniliana
WARGA SETIA
Menyertai: 27.10.2008
Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka

Perak   avatar


posticon Posting pada: 12-11-08 12:43


lah..kena datang baru tahu ke?

beritahu pembentang tu bukan apa... dapat menarik lagi lebih yang datang ..yalah kalau mereka tokoh yang dikenali ramai... tentu ada peminat tersendiri

Bookmark and Share

    


  Member Information For mimi_enilianaProfil   Hantar PM kepada mimi_eniliana   Pergi ke mimi_eniliana's Website   Quote dan BalasQuote

pemburu_harimau
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2008
Ahli No: 33850
Posting: 559
Dari: Di kawasan yang ada Harimau

blank   avatar


posticon Posting pada: 12-11-08 12:52


Pada 12-11-08 12:43 , mimi_eniliana posting:

!!! QUOTE !!!

lah..kena datang baru tahu ke?

beritahu pembentang tu bukan apa... dapat menarik lagi lebih yang datang ..yalah kalau mereka tokoh yang dikenali ramai... tentu ada peminat tersendiri


buat masa ini,
HT tidak menonjolkan "tokohnya"...
seperti gerakan islam yang lain...

Hizbut Tahrir lebih mementingkan penyampaiannya...
bila orang mendengar ucapan anggota hizbut tahrir...
mereka akan mengenali orangnya...


-----------------
Harimau adalah makhluk Tuhan,
Kenapa mahu memburu harimau yang comel ini?



    


  Member Information For pemburu_harimauProfil   Hantar PM kepada pemburu_harimau   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 12-11-08 18:25


Alhamdulillah, setakat ini HT lebih menonjol sebagai sebuah Parti Politik berbanding ketokohan sesetengah individu di dalamnya.

Sebagai parti Islam, yang perlu menonjol adalah fikrah Islamnya berbanding ketokohan individu tertentu. Kerana ummat seringkali tertipu dengan title, susuk luaran, pakaian dsbnya berbanding fikrah Islam yang sepatutnya menjadi kepimpinan berfikir.

Sabda Nabi saw., “Akan datang kepada kalian masa yang penuh dengan tipudaya; ketika itu orang-orang akan mempercayai kebohongan dan mendustakan kebenaran. Mereka mempercayai para pengkhianat dan tidak mempercayai para pembawa kebenaran. Pada masa itu, ruwaybidhah akan berbicara.” Mereka bertanya, “Apakah itu ruwaybidhah?” Rasulullah berkata, “Ruwaybidhah adalah orang-orang bodoh (yang berbicara) tentang urusan umat.” (Hadith Riwayat Ibnu Majalah dari Abu Hurairah ra.).

saya ada hasrat nak datang pasal saya turut bentang berkenaan krisis ini, tapi di tempat lain. Tapi tak pasti lagi, pasal masa benar mencemburui.

Kepada sahabat-sahabat di sini, saya jemputlah datang kepada yang berkelapangan. Juga kepada yang selalu berbeza pandangan dengan kami disini. Apa kata dengar sendiri pandangan HT tentang isu ini kerana selama ini mungkin sekadar baca SN.

InsyaAllah saudara2 akan lebih faham bagaimana fikrah Hizbut Tahrir.

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar


posticon Posting pada: 13-11-08 05:06


Insya Allah saya akan datang... PH & wuzara datang ke? Boleh borak-borak lepas program nanti...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 14-11-08 09:14


rasanya saya tak dapat datang, pagi sabtu tu saya ada meeting.

ghazi, PH dan sesiapa yang lain, kalau dapat power point pembentangan tu boleh tak emailkan kepada saya. kalau boleh sabtu tu selepas habis seminar, kalau boleh lah. membantu pembentangan saya yang dah hampir sangat.

email saya [email protected]

jzkk

wuzara
http://jemaah-islam.blogspot.com

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 17-11-08 09:13


Salam...

alhamdulillah ana dimaklumkan seminar tersebut berlangsung dengan jayanya. Walaupun isu yang diutarakan adalah topik yang agak berat, sambutan hadirin adalah menggalakkan. Malah sesi soal jawab berlarutan hingga satu setengah jam. yelah, tidak banyak pihak yang dapat mengulas isu ini mengikut perspektif Islam.

ghazi, PH tak payah email slide2 tu. Pasal pembentang pertama (mengulas ekonomi kapitalisme) sudi nak emailkan kepada saya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar


posticon Posting pada: 17-11-08 13:08


Salam, maaf wuzara. Ana tak perasan request anta masa hari tu. Enta kena bentang pasal ekonomi kapitalisme ke? Siapa audience? Kalau umum, ana rasa mungkin perlu diedit terlebih dahulu, sebab info yang dibentangkan tu agak mendalam. Tetapi bentuk penyampaiannya menarik, memang tak mengantuk. Cuma dahi saya sahaja yang berkerut sedikit... hehe.. Maklumlah, pengetahuan asas ekonomi saya pun tak begitu kukuh...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar


posticon Posting pada: 17-11-08 13:11


Rumusan yang saya dapat setelah pulang (take-home message) daripada seminar tersebut;

1. Penyelesaian Islam hendaklah diterapkan secara kaffah. Penyelesaian melalui perbankan Islam yang berasaskan model kapitalisme, ataupun penggantian matawang kepada dinar dan dirham tanpa perubahan secara kaffah tidak akan dapat memulihkan keadaan bahkan tak mustahil boleh menyebabkan umat hilang kepercayaan terhadap penggunaan matawang berasaskan emas dan perak.

2. Krisis ekonomi hari ini disebabkan oleh pengamalan gharar (dan gharar ‘ala gharar), riba’ yang berleluasa, kecelaruan aspek kepemilikan, dan juga penggunaan matawang fiat yang tidak mempunyai nilai intrinsik. Kapitalisme melahirkan jurang yang besar antara yang kaya dan yang miskin lantaran “trickling effect”, di mana sebahagian besar kekayaan (90%) hanya berlegar dalam 5% populasi, sedangkan 10% lagi kekayaan diagih-agihkan kepada 95% daripada populasi.

3. Kerisauan terhadap jumlah emas dan perak yang terhad (apabila matawang ditukar kepada dinar dan dirham) tidak akan timbul sekiranya hukum mengenai kanzul mal diterapkan. Kanzul mal haram hukumnya, baik di kalangan yang miskin mahupun yang kaya.

Dalam sistem Islam, kalau simpan duit banyak-banyak di bank (tanpa tujuan) haram hukumnya dan boleh dikenakan hukuman oleh negara. Bahkan tiada gunanya pun kalau simpan dalam bank di bawah sistem Islam, kerana riba’ diharamkan. Maka duit tersebut tidak akan ‘beranak’.

Melainkan jika disimpan dengan tujuan tertentu seperti untuk menunaikan haji, membeli rumah, kereta, ataupun untuk menampung pengajian anak-anak dan sebagainya.

4. Dalam khilafah, bank tetap akan wujud, tetapi dengan peranan yang berbeza. Bank tidak lagi menjadikan duit sebagai komoditi perdagangan. Peranan bank seperti yang dicadangkan oleh salah seorang panelis antara lain, 1) sebagai badan menguruskan tatacara pembayaran hutang-hutang yang sedia ada dalam sistem sebelumnya (termasuklah hutang negara dengan negara luar ataupun badan-badan seperti IMF), dan 2) sebagai ‘broker’ bagi mengaturkan urusan antara pemodal dan juga pengusaha (maka, dari sini bank akan dapat menjana pendapatan khilafah tanpa bergantung kepada urusan peminjaman wang yang disertakan ‘bunga’), dan ada beberapa lagi tapi saya tak ingat…

Mungkin tak begitu mendalam dan terperinci... Maklumlah, saya tak menguasai ilmu perekonomian dengan mendalam... Jika salah, tolong betulkan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

fikrul_mustanir
WARGA SETIA
Menyertai: 03.11.2006
Ahli No: 27196
Posting: 744
Dari: The Future Khilafah State

blank   avatar


posticon Posting pada: 18-11-08 15:50


Salam,

Berikut adalah foto-foto disekitar seminar tesebut:-

/

/

/

/

/

Bookmark and Share

    


  Member Information For fikrul_mustanirProfil   Hantar PM kepada fikrul_mustanir   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 18-11-08 16:06


semoga kita tidak menjadi orang yang menyatakan itu kufur, itu haram tetapi masih memberi penyelesaian yang bathil apatah lagi mencampur aduk antara Islam dan kekufuran.

Kerana ekonommi ini suatu cabang kehidupan yang rumit, rencam dan kompleks. Mustahil dilaksanakan tanpa political will khilafah Islamiah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

fikrul_mustanir
WARGA SETIA
Menyertai: 03.11.2006
Ahli No: 27196
Posting: 744
Dari: The Future Khilafah State

blank   avatar


posticon Posting pada: 18-11-08 17:03


...dan bukan sahaja political will itu sahaja yang penting...pemikiran sistem ekonomi Islam yang jelas dan jernih juga adalah penting.

Setengah dari kita memahami sistem ekonomi Islam itu adalah sistem perbankan Isam dan kewangan...sedangkan sistem ekonomi Islam tu adalah lebih luas yang merangkumi sistem pengaggihan kekayaan, jaminan terhadap keperluan asas, bentuk-bentuk & sebab-sebab kepemilikan dan sebagainya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For fikrul_mustanirProfil   Hantar PM kepada fikrul_mustanir   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar


posticon Posting pada: 18-11-08 19:49


Salam FM, enta datang ke atau upload daripada syabab lain? Ana ada masa pagi tu... Entah-entah kita dah pernah bersua... Selama ni cuma berforum dan dengar suara saja...

Ohya, boleh tolong check rumusan saya tu? Kalau ada salah tolong betulkan... Ataupun mungkin ada penambahan... Insya Allah

Bookmark and Share

    


  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.108344 saat. Lajunya....