Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Betapa banyak lukisan tiruan Mona Lisa, tetapi orang ramai masih lagi berusaha nak melihat lukisan Mona Lisa yang asli.
-- Louis Amstrong

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 235
Ahli: 0
Jumlah: 235




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 17 jam, 38 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Suara Hatiku
Topik: Pernah Teraniaya? Saya Pun!


Carian Forum

Moderator: Administrator, zulman
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Suara Hatiku
    »» Pernah Teraniaya? Saya Pun!

Please Mendaftar To Post


Oleh Pernah Teraniaya? Saya Pun!

alexanderwathern
Warga 3 Bintang
Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10501
Posting: 103
Dari: Perak

Perak  


posticon Posting pada: 29-10-08 14:35


Sudah dua belas tahun saya kekal dengan pekerjaan sekarang. Sebelumnya saya pernah bekerja di kilang basikal selama lebih kurang tiga jam, bekerja sebagai buruh kasar membina bangunan selama dua bulan lebih, sambung belajar, menjadi buruh kasar semula lebih kurang dua bulan, di kilang membuat patung tokong selama satu hari, di kilang membungkus makanan tentera lebih kurang dua bulan dan di kilang kain selama setahun lebih. Kemudiannya saya sambung belajar lalu mendapat pekerjaan sekarang.


Tahun pertama dengan pekerjaan sekarang, saya sekadar melaluinya untuk mencari pengalaman. Masuk tahun kedua, saya mula rajin menampal bahan-bahan dakwah termasuklah bahan-bahan daripada jemaah yang saya anggotai. Di mana ada tempat kosong berhampiran laluan orang ramai, biasanya adalah apa-apa bahan dakwah yang saya tampal. Orang pun sedia maklum, jika ada apa-apa tempelan baru yang berhubung-kait dengan agama, tidak lain kerja si Alex. Semakin lama semakin banyak. Di surau, kantin, pintu-pintu, tiang-tiang, dinding-dinding... tidak ada sebarang gangguan. Semuanya berjalan lencar selama lebih kurang 9 tahun. Namun kini, sudah lebih kuran dua tahun saya tidak menampal apa-apa. Dakwah sampingan itu dimusnahkan oleh seorang wanita, rakan sejawat.



Suatu hari, saya ke satu tempat yang biasa saya menampal. Dari jauh kelihatan ada dua tiga artikel dakwah terdahulu. Di bahagian bawahnya masih kosong. Saya pun melekatkan bahan dakwah terbaru di situ. Nak tahu apa jadi?



Kononnya di tempat saya menampal bahan terbaru itu ada satu helaian pengumuman yang dilekatkan oleh wanita teman saya ini. Saya difitnah mengoyak pengumuman yang dilekatkannya lalu menggantikannya dengan bahan dakwah saya. Padahal saya tidak pernah melihat pun tempelan yang dimaksudkan, entah benar ada entah tidak. Agaknya ada orang melihat saya melekatkan risalah dakwah di situ. Apabila teman saya ini buat bising, orang yang melihat itu pun agaknya berkata, “Ada nampak Encik Alex menampal sesuatu tadi, jangan-jangan dia yang koyak kertas puan tak?”



Dengan pantasnya nama saya sampai kepada majikan. Kenalah masuk mengadap. Biasalah, mulut teman saya ini memang begitu. Menurut rakan-rakan sejawat yang lain, jika dia ini tidak puas hati dengan sesiapa, dengan pantasnya dia akan mengadu kepada pihak atasan dengan wajah seakan-akan tertekan dan dianiaya.



Dalam dirinya sentiasa ada perasaan syak terhadap orang lain. Dirasakan orang lain hendak menjatuhkan dirinya, padahal dia takut dengan bayang-bayang sendiri. Barulah saya tahu serba-sedikit perangainya. Terima kasih kepada kawan-kawan atas maklumat-maklumat yang diberikan.



Sesekali fitnah melanda, walaupun tidak sebesar mana, terasa benar maruah diri kita menjunam. Tidak ada untungnya saya mengoyak apa-apa kertas tempelannya, bahkan saya masih ingat beberapa kali kertas-kertas tempelannya yang jatuh ditiup angin saya kutip dan gamkan. Tapi saya yakin, dia tidak pernah pun berbuat begitu kepada bahan-bahan dakwah yang saya lekatkan.



Patutlah secara tiba-tiba saja kelakuannya apabila berhadapan dengan saya jadi lain macam. Biasanya jika terserempak, saya ukir sedikit senyum dan kadang-kala menundukkan kepala sekali. Jarang sangat saya menyapa orang perempuan. Dan dia pun biasanya mengukir sedikit senyuman.



Tapi beberapa kali kemudiannya apabila bertembung secara tidak sengaja, dia buat-buat cari barang dalam beg tangan, ataupun cepat-cepat melihat telefon bimbit, ataupun buat tergesa-gesa seolah-olah sedang menguruskan sesuatu yang sangat penting ataupun jikalau masih jauh, dia akan berubah ke lorong lain. Saya mula syak sesuatu. Selepas dipanggil mengadap, barulah saya faham mengapa dia berkelakuan pelik begitu.



Dalam kalangan pekerja-pekerja lelaki nama wanita ini memang menjadi sebutan. Oleh kerana saya seorang yang berat mulut, saya lebih banyak menjadi pendengar saja di mana-mana pun. Biasa terdengar beberapa orang ustaz mempertikai cara dia berpakaian. Pakaiannya hebat-hebat dan berwarna yang menarik perhatian lelaki. Bibirnya juga ditabarrujkan, kata mereka. Saya senyum sajalah. Ada benarnya juga makluman mereka itu.



Di kantin pula pernah juga mendengar cerita beberapa orang rakan sejawat lelaki yang lebih tua tentang suami wanita ini yang kena ‘queen control’. Waktu itu dia belum bermasalah dengan saya. Seperti biasa, saya lebih banyak menjadi pendengar. Namun ketika mendengar cerita ini, saya terfikir juga. Patutlah setiap kali terjumpa wanita ini dengan suaminya, suaminya nampak macam mengikut saja, nampak seakan-akan terkongkong. Tapi tak tahulah kalau-kalau perawakannya memang begitu. Wallahualam. Itu cakap-cakap orang. Mungkin mereka tahu apa yang saya tidak tahu. Boleh jadi apa yang mereka cakap itu benar, boleh jadi juga tidak.



Yang sedihnya, sudah lebih kurang dua tahun bahan-bahan dakwah yang biasa menjadi tontonan sebahagian daripada 800 orang warga tempat kerja ini tidak berganti. Saya menunggu juga untuk melihat kalau-kalau dia mampu menempel apa-apa bahan dakwah KHUSUS TENTANG AGAMA sebagai menggantikan bahan-bahan saya. Setakat ini, saya belum terjumpa walau sehelai. Jika ada, maksudnya saya yang terlepas pandang.

bersambung...

Bookmark and Share

    


  Member Information For alexanderwathernProfil   Hantar PM kepada alexanderwathern   Quote dan BalasQuote

alexanderwathern
Warga 3 Bintang
Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10501
Posting: 103
Dari: Perak

Perak  


posticon Posting pada: 29-10-08 14:36


Yang ditampalnya beberapa helai setahun tidak lain adalah promosi tidak langsung tentang kerja dan jasanya di tempat ini. Apa saja dokumen bertulis yang melibatkan dirinya, biasanya namanya akan disertakan walaupun kadang-kadang di tempat-tempat yang dirasakan tidak perlu. Pernah beberapa orang pekerja wanita berbual-bual sesama mereka lalu terkeluar kata-kata, “Pantang ada tempat kosong aih, semua nak letak nama dia. Tahulah dia yang buat.... punyalah nak promosi diri.” Mereka tidak perasan saya mendengar. Maklumlah, jika ada keluangan masa, saya lebih banyak diam dan membaca daripada berbual di tempat kerja.



Pekerja pejabat memang sudah lama ‘berbulu’ dengannya. Jika ada apa-apa urusan antara pihak atasan dengan kami, biasanya pekerja pejabat yang menjadi pengantara terutamanya yang meilbatkan jadual ganti. Apabila ada pekerja lain tidak hadir, kerja-kerjanya pada hari itu akan digantikan oleh beberapa pekerja lain secara bergilir-gilir, rasa seorang sikit. Tapi antara yang paling bermasalah tidak lain si wanita inilah. Sering pekerja yang membawa arahan itu merungut dan mengutuknya kerana terlalu banyak karenah. Kaang-kadang para pekerja itu yang jadi mangsa ketidakpuasan hatinya. Padahal mereka hanya tukang bawa. Kita terima surat saman, posmen pula yang menerima rungutan kita. Selaraskan cara begini dengan agama Islam?



Segala tempelan dan usaha dakwah sampingan yang pernah saya lakukan dulu adalah sebagai tambahan kepada kerja sebenar. Memanglah dalam melaksanakan kerja sebenar itu kita berdakwah juga, tetapi itu kerja bergaji. Kerja bergaji semua orang buat, yang orang tidak mahu buat adalah kerja yang tidak bergaji. Oleh kerana kita dibayar gaji untuk melakukan kerja itu, kita pun buatlah. Kalau tak ada gaji? Kalau tak ada orang atas menilai? Kalau tak ada masuk dalam pemarkahan?



Setinggi manakah keikhlasan kita dalam memberi khidmat?



Kita bekerja sebagai pekerja di pejabat pos contohnya, memanglah kerja itu pun sudah ada dakwahnya. Tapi kerja itu kerja bergaji. Alanglah baiknya jika selain daripada menjadi pekerja pejabat pos, dia juga melakukan kerja-kerja dakwah tidak bergaji dengan menulis bahan tentang agama dan menghantarnya ke majalah-majalah. Ataupun melatih orang-orang lain menjadi pendakwah juga. Melakukan kerja-kerja dakwah tidak bergaji dapat membuktikan lagi ketulusan kita berkhidmat kerana Allah.



Sekiranya kita tidak mahu buat kerja-kerja dakwah tambahan, janganlah menghalang orang lain yang mahu buat. Apa yang kamu lakukan, adalah untuk periuk nasi, kemasyhuran dan keselesaan kamu. Untuk dipandang orang terutamanya pihak atasan. Untuk menambah markah dan nilai diri di mata mereka. Tapi apa yang saya buat (yang telah kamu halang itu), adalah untuk memberi serba-sedikit pemahaman agama kepada orang lain dan melatih anasir-anasir yang mampu sebagai pendakwah pula. Saya tidak akan naik pangkat ataupun naik gaji kerana dakwah sampingan itu, tak masuk pun dalam pemarkahan penilaian prestasi tahunan, keluar duit lagi adalah. Jadi, untuk apa dicemburukan?



Hairan, pekerja bukan Islam juga ramai di tempat ini, tetapi belum pernah saya bermasalah dengan salah seorang daripada mereka sepanjang 12 tahun berkhidmat. Sebaliknya yang mengaku beragama Islam pula yang mendatangkan masalah. Patutlah bangsa Melayu Muslim ketinggalan dan ada kalanya terhina. Pastinya d tempat-tempat lain pun ada yang berperangai begini.



Jauh bezanya antara orang yang bekerja untuk periuk nasi, dengan orang yang bekerja untuk periuk nasi DAN untuk dakwah tidak bergaji yang tidak termasuk dalam penilaian majikan.



Jika saya mahu lebihan gaji, pangkat dan nilai diri, lebih baik saya sambung belajar ataupun masuk ke bilik boss (ataupun berhadapan dengan boss di mana-mana) setiap minggu sebagaimana yang dilakukan sebahagian orang. Tapi bukan itu yang saya cari. Seingat saya, purata mungkin setahun dua tiga kali saja masuk bilik boss. Masuk pun kerana dipanggil. Berjumpa boss secara sukarela pun jika saya ada hal penting yang memerlukan cuti.



Boleh jadi dia menyangkakan apa yang saya usahakan ini adalah untuk mendapat lebihan nilai pada pandangan pihak atasan sebagaimana yang diusahakannya, lalu dia terasa tercabar. Bertanya dulu kepada kita tidak pernah. Apa yang sampai ke telinganya itulah yang diadukan. Mendengar sebelah pihak lalu buat keputusan, ini bukan cara Islam. Sepatutnya bincanglah dulu, tanyalah dulu benar ataupun tidak. Kemudian barulah buat pertimbangan untuk tindakan seterusnya.



Begitulah kehidupan ini. Sebenarnya, dia tidak faham apa sebenarnya yang saya dan rakan-rakan usahakan. Jika suatu hari nanti dia faham, dia pasti akan termalu sendiri dan tidak mustahil akan menyatakan sokongan pula. Lain kali, datang tanya dulu, baru ambil tindakan seterusnya.



Semoga saya, dia dan kita semua mendapat petunjuk Allah dan membuang sifat-sifat mazmumah dalam diri.


MAC 2008

Abu Zulfiqar 'Alexanderwathern'

http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/
http://alexanderwathern.blogspot.com

Bookmark and Share

    


  Member Information For alexanderwathernProfil   Hantar PM kepada alexanderwathern   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.090558 saat. Lajunya....