Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bulan tak jatuh ke riba, sebaliknya manusia menjatuhkan diri ke atas bulan
-- Kang Razzi Armansur

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 159
Ahli: 0
Jumlah: 159




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 15 jam, 41 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Cerpen
Topik: ~Allah selamatkan hambanya dengan Cinta~


Carian Forum

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» ~Allah selamatkan hambanya dengan Cinta~

Please Mendaftar To Post


Oleh ~Allah selamatkan hambanya dengan Cinta~

farfenna
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.10.2008
Ahli No: 35349
Posting: 153
Dari: melaka

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 29-10-08 02:08


Mata ku pejam~lantas aku terbangun~
"ah,jam sudah lewat menunjukkan pukul 4 pagi"
ku bangun dari tidurku.berjalan lemah menuju bilik mandi.aku terus mengambil wuduk.solat tahajjud kudirikan,solat taubat ku sembahkan terhadapNya.

selesai sudah kewajipanku.aku baring di tempat pembaringanku.
"apa yang aku mimpi tadi?sehingga aku terbangun ni?" hati ku terdetik.
kukira,ku ingati kembali.aku bermimpi melihat seorang gadis menangis.gadis yang ku kenal,yang pernah mengisi hati ini.sendu tangisnya begitu menyayat hati ku.
"ah,mengapa kau menangis?kiranya kau sudah bahagia kini,disamping dia,tunangmu"
hatiku memujuk jiwaku yang mula bertanya sepi.

perjalanan hidup seperti biasa,norma norma dan kewajipan ditempuhi dan di lalui tenang.pekerjaanku sebagai hotelier begitu mencabar.apakan daya,ini rezeki.

hari ni cuti.aku keluar bersama rakan baikku.Haiqal.
"apa cerita kau farisy?aku berdiam diri.aku berkata"eh,malam minggu lepas aku mimpikan si Anessa lah."
"apa yang kau mimpikan dia tu?kau kena ingat,dia tunangan orang.lupakan saja.ramai lagi perempuan kat dunia ni."
aku terdiam,canggung tanpa kata.destinasi sudah tiba.aku keluar dari kereta haiqal.
"haus ni,mari minum dulu,kering tekak aku ni."kami duduk di sebuah gerai melayu.aku memesan teh tarik.
"kau dari dulu,teh tarik teh tarik.sudah tak ada air lain ke?aku tergelak."nak buat macam mana,dah memang air aku suka"
sedang aku berbual dangan haiqal,aku ternampak Anuar,rakan sekolahku bersama Haiqal."Anuar!jeritku.Anuar datang pada ku."apa khabar kau?soalan cepumas di kalangan rakan rakanku,ku lontarkan pada dia."kau bila mahu kawin?"kami tergelak gembira.
sedang aku dan rakan rakan ku berbual mesra,aku teringat anuar ini saudara Anessa.mulut gatalku bertanya pada Anuar.
"apa khabar saudara kau Anessa?bila langsung perkahwinan dia?"Anuar berkata"kau tu lah,orang ada kampung masa cuti balik kampung,tapi kau tidak,cuti ke apa ke tak pernah nak balik kampung.Anessa tidak jadi kahwin,dia sudah bebas."
aku terdiam.Haiqal memandang aku.aku hanya tunduk,tiada kata.


pagi yang cerah,sinar mentari yang menyinar menyapa lembut wajahku.aku terpesona dengan keindahan alam.bunyi kicauan burung burung menghiasi deriaku.
adikku perempuan ku sedang membaca buku.
"Nurul,apa no hp kak anessa kau?"adikku memndang ku atas bawah,pelik agaknya.
masakan tidak,Anessa sering berhubung dengan adikku tika dia masih belajar hingga ke alam pekerjaan.sering bertanya khabar diriku,menyampaikan salam untukku,dari adik perempuan ku ini.sehinggalah berita pertunangan anessa menyentap hatiku.lantas aku buang anessa jauh dari hatiku ini.

"Assalamualaikum.Apa khabar awak disana?saya teman lama awak.Farisy al Fansuri."
paparan message telefon ku buat Anessa.
lagu bunyi guitar kedengaran dari telefonku.tandanya ada message.
"wa'alaikumussalam.saya sihat alhamdulillah.ya,masih ingat lagi pada diri farisy-NurAnessa"
aku tersenyum.hatiku terdetik"apa aku sudah jatuh cinta pada dia?ah,hanya mainan perasaan ini."

aku khabarkan pada Anessa,aku ingin kerumahnya.melawat dia sekeluarga.akhirnya,entah kekuatan apa yang menyelinap di hati aku ini,aku gagahi kerumahnya.aku sampai kerumah Anessa.salam ku beri.Anessa menyambut ku tenang.
masyaAllah,aku telah jatuh cinta lagi buat kali ke berapa ratus kali pada Anessa ini.keluarganya menyambut aku gembira,terasa kecil diri aku ini.
Anessa melayan aku,hidangan tersedia rapi,buat diri aku.aku memandang lemah Anessa.

satu satunya gadis solehah yang benar benar buat aku hilang ego,satu satunya gadis yang mampu menundukkan aku.hadirkan aku seribu gadis didepanku,aku kan berjalan megah.hadirkan Anessa di depanku,aku kan berjalan tunduk dan sayu.
tidak berani aku pandang,tatap wajahnya.lantas,aku teringat mimpiku tempoh hari."apa yang telah berlaku pada kau Annesa?hingga mengalir air matamu?setiap titisan air matamu,menyentap kalbu ku ini?apa halangan,apa dugaan yang kau terima hingga kau menangis?tapi sayang,kata kata ini hanya bermain di hatiku ini sahaja.tidak berani aku bertanya.

kami berbual mesra,cerita sejak zaman kecil hingga ke alam dewasa kami bualkan.sememangnya aku dan Anessa mengenali sejak berumur 2 tahun lagi."apa kau sudah berpunya Anessa?ah,terpacul soalan ini dari mulut aku.
"kini,saya sedang berkawan dengan seorang lelaki.kami bahagia.insyAllah..Farisy,sebenarnya sudah tiada cinta di hati saya untuk awak.saya anggap awak sebagai seorang sahabat"
aku tunduk sayu mendengarnya.tiada kata mampu ku katakan pada Anessa.aku hormat keputusan dia.salam ku beri,ku minta izin keluarganya.aku kembali,pulang ke rumah.

"sakitnya,ya Allah,mengapa aku ini,dugaan apa yang kau timpa padaku ini?selamatkan aku Tuhanku"
sejak aku tahu Anessa sudah bebas,dan kini dia sedang mengenali hati budi seorang lelaki,jiwaku tidak tenteram.setiap hari aku terkenang memori lalu,sejak zaman sekolah aku dengan Anessa,hinggalah kini.
bondaku memandang aku.aku kira bondaku tahu aku tidak berapa tenang sejak aku tahu Anessa sudah bahagia.manakan mungkin aku mengelak penderitaan aku dari bonda,kerna dari perut dialah aku disemadikan 24 tahun dulu.

sejak pertemuan itu,hanya sekali sekala aku bertukar message,bertanya khabar pada dia.dan,sudah terlambat bagi aku untuk menyatakan perasaan aku.apa yang aku minta pada Anessa,dirikan istikharah,minta pada Allah.kerna Dia maha berkuasa.aku masih lagi mengharap pada Anessa..

"sahaja aku berpuasa pada esok hari,pada tahun ini kerana Allah Ta'ala"niaatku malam ini.bermakna sudah 3 kali puasa sejak pertemuan aku dengan Anessa.bermakna sudah 3 tahun aku menunggu Anessa..malam ramadhan aku lalui dengan penuh syukur.aku dirikan istikharah." Ya Allah,berilah aku petunjuk hidayahMu,hadirkan tanda dan cahaya keimanan buat diriku,berilah aku petunjuk,haruskah aku menunggu Anessa,sebagai ibu untuk anak anaku,sebagai teman ku disana,sebagai tongkat dirinya,sebagai pemberat bahu ku ini."
aku titipkan doa pada Allah,saban malam,ratusan malam aku dirikan istikharah,tidak mampu aku bilang lagi.

malam ini malam syawal~indahnya bersama kaum keluarga di kampung.hadirnya aku di kampung bermakna aku kan teringat Anessa.aku memandang bintang bintang di langit.hati dan jiwaku tidak tenteram.lantas,kudirikan solat di bawah embun malam,di bawah sinaran bintang bintang,sapaan angin malam mengiri zikir zikir memuji Allah yang maha Esa.aku berfikir~mengapa Allah memberikan aku petunjuk tentang Anessa.mengapa Allah hadirkan Anessa buat aku,mengapa Allah meletakkan hatiku pada Anessa,walau Anessa tidak halal bagi aku,hanya kesakitan aku alami.semuanya ada hikmah.jika tidak aku sengsara,tidak mungkin aku mencarimu ya Allah.
"ya Allah,ku mohon ampunkan dosa dosaku,terima taubatku,ku minta berikan Anessa jodoh dari kalangan lelaki yang soleh,yang mampu membimbing dia dunia akhirat,aku pegang janjimu,sesunggunya lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.aku tidak minta dijodohkan dengan dia,aku minta beri dia kebahagiaan dari lelaki yang soleh,sesungguhnya aku tidak layak untuk dia,aku insan yang berdosa.."

pagi syawal menjelma.aku mengucap syukur dan gembira.terdetik di hati aku"bagaimana Anessa sekarang ini,apakah dia gembira,apakah dia sihat.bagaimana dia di syawal yang mulia ini."
aku tersenyum riang melayan karenah sepupu sepupuku.terdengar bunyi lagu hari raya dari telefonku.ada panggilan.paparan screen menunjukkan panggilan dari Anessa.
"Assalamulaikum"Anessa memberi salam."apa khabar awak Farisy?saya ingin beraya kerumah awak.sudikah awak terima kedatangan saya ini?
"wa'alaikumusslam.saya sihat alhamdulillah.sila beraya di rumah saya ini."ku jawab pada Anessa.
aku terdiam,dugaan apa ini ya Allah..

Annesa tiba dirumah keluarga ku di kampung.keluarga ku menyambut gembira kedatangan Anessa.seluruh ahli keluarga ku tahu aku menaruh hati pada Anessa.terbit rasa malu pada kaum keluargaku.aku mengucap syukur pada Allah,sekurang kurangnya Allah memperkenankan doa ku untuk melihat Anessa di syawal yang mulia.aku tenang melihat Anessa..

"bagaimana istikharahmu Anessa?apa petunjukNya?"Anessa memandang aku sayu.."Farisy,saya belum mampu memberi jawapnnya.saya harap awak bersabar dengan ketentuanNya."
"sudah 3 tahun Anessa,sudah saya dirikan istikharah,jawapanNya hanya ada pada diri awak.tiada pada saya"Annesa lemah tanpa kata.aku hormat keputusan dia.


aku berjalan tenang.kupanjatkan doa pada Dia.kehidupan seharianku lalui dengan tabah dan sabar.
"Farisy,saya mohon maaf.sudah tiada jodoh antara kita.Allah maha kuasa,hanya Dia yang mampu memberikan yang terbaik buat kita.saya bukan jodoh awak.carilah kebahagian awak.lupakan saya.."
paparan message yang aku terima dari Anessa.hasil isthikarah dia.lantasku balas.
"Anessa,saya bukan menagih cinta awak,cukuplah beritahu saya apa petunjuk Dia pada awak.ingin benar saya tahu Anessa"
NurAnessa terus berdiam diri..menyepi..
"berikan sedikit simpati,hulurkan secebis kata,titipkan kebenaran kepada hati ini yang mencari kebebasan.hati ini ingin pulang pada yang Hak.bukan cinta yang di minta,hanyalah petunjuk Dia.bebaskan hati ini.."

Terasa lemah jasad ini.diri ini kembali,sujud pada yang Satu.desiran angin mengiringi zikir zikir memuji Allah yang Esa.kedengaran nun jauh disana suara alam turut bersama diri ku berzikir memuji Allah.Ah~indahnya alam,nikmatnya cinta ini padamu ya Allah..andai aku mampu memegang tanganmu Anessa di syurga kelak,di hadapan Dia~ bersama menuju ke alam yang abadi.andai aku mampu lafazkan suaraku di telingamu"Cintailah Allah kerana Dia yang Esa selayaknya untuk dicintai,Cintailah Rasulullah kerna baginda menunjukkan jalan yang benar,cintailah dirimu sebagaimana aku mencintai dirimu kerana agamamu"..

hingga kini,Anessa berdiam diri..bermakna insan yang bernama Farisy Al Fansuri masih terikat dengan ujian Allah yang maha kuasa..terima kasih ya Allah..kerana menyelamatkan aku dengan cinta..aku kembali padamu..




Dari Anas bin Malik .a:Nabi SAW bersabda" orang belum dapat merasakan kemanisan iman,sampai dia dapat mencintai orang lain yang hanya kerana Allah saja:sampai ia lebih suka ditempatkan kedalam api daripada kembali pada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya:dan sampai ia mencintai Allah dan RasulNya lebih daripada yang lainnya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For farfennaProfil   Hantar PM kepada farfenna   Pergi ke farfenna's Website   Quote dan BalasQuote

fhr_ms
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.09.2008
Ahli No: 34758
Posting: 74
Dari: JOHOR

Johor  


posticon Posting pada: 29-10-08 09:28


menarik cerpen ni.. kadang-kadang buat saya terharu.. :-(
tapi, pucuk pangkalnya, semuanya adalah ketentuaNya.. :kelip:


-----------------
DIA sentiasa bersama dirimu..('',)


Bookmark and Share

    


  Member Information For fhr_msProfil   Hantar PM kepada fhr_ms   Quote dan BalasQuote

farfenna
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.10.2008
Ahli No: 35349
Posting: 153
Dari: melaka

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 30-10-08 02:57


terima kasih~hanya secebis rasa ditulis di sini.

Bookmark and Share

    


  Member Information For farfennaProfil   Hantar PM kepada farfenna   Pergi ke farfenna's Website   Quote dan BalasQuote

smile_roses
WARGA SETIA
Menyertai: 21.09.2003
Ahli No: 3694
Posting: 895
Dari: Bumi Allah

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 20-11-08 13:32


terharu.. moga farisy tabah :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For smile_rosesProfil   Hantar PM kepada smile_roses   Pergi ke smile_roses's Website   Quote dan BalasQuote

lemochi_adachi
WARGA SETIA
Menyertai: 10.10.2008
Ahli No: 35332
Posting: 420
Dari: SABAK BERNAM

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 20-11-08 13:41


bagus cerpen ini..terharu dibuat nya....apa pun good

Bookmark and Share

    


  Member Information For lemochi_adachiProfil   Hantar PM kepada lemochi_adachi   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.66572 saat. Lajunya....