Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 21-09-2019  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kita bergerak ke arah apa yang difokus
-- Dari filem Kung Fu Panda

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: mengintaisyurga
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43096

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 42
Ahli: 0
Jumlah: 42




  Yang Masuk Ke Sini
IbnuKhaldun: 13 hari yang lalu
alongmina: 17 hari yang lalu
muslimin23: 22 hari yang lalu
kasih_kekasih: 27 hari yang lalu
budakbesar: 33 hari yang lalu
azemi: 37 hari yang lalu


Sirah dan Tokoh Islam
Topik: Serban Biru?


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Sirah dan Tokoh Islam
    »» Serban Biru?

Please Mendaftar To Post


Oleh Serban Biru?

panglima_azam
Warga 3 Bintang
Menyertai: 19.09.2008
Ahli No: 35073
Posting: 139
Dari: pertemuan antara 3 benua lautan

Kedah  


posticon Posting pada: 11-10-08 11:26


Selain daripada keterangan dari setiap agama besar di dunia ini, terdapat pula sekumpulan peramal yang terkenal di dunia yang turut meramalkan kedatangan Imam Mahdi atau seorang pemimpin yang bertaraf dunia, yang akan turun untuk menjalankan pemerintahan yang sangat adil, pada zaman ini, pada abad ini, kurun ini dan alaf ini.

Memang meramal sesuatu ramalan adalah sesuatu yang buruk, boleh mendatangkan impak besar kepada akidah kita.

Namun ramalan yang bertepatan maksudnya dengan perkhabaran hadis-hadis, berita-berita dari asar para sahabat .a, kasyaf para wali dan firasat para mukmin tidak salah jika disebutkan kerana keterangan mereka ini sebenarnya membantu menjelaskan lagi maksud hadis-hadis, asar-asar, kasyaf-kasyaf dan firasat-firasat itu. Hal ini sebenarnya tidak menjejaskan iman kita jika betul cara dan tempatnya.

Sebahagian mereka ini adalah peramal semata-mata, manakala sebahagian lagi adalah orang-orang besar bagi agama masing-masing, yang telah mencapai taraf kasyaf pula, iaitu menurut pandangan agama mereka.

Antara peramal yang bertaraf antarabangsa yang amat terkenal pada hari ini adalah Michel ada Nostredame atau Nostradamus, suatu nama yang hampir sudah tidak perlu diperkenalkan lagi, kerana sudah begitu terkenalnya. Ramalan-ramalannya sudah umum tersebar dan bukan sedikit pula yang sudah menjadi kenyataan. Antara ramalannya yang amat menggoncangkan dunia Barat ialah bahawa seorang pemimpin baru bertaraf dunia akan muncul, Islam akan kembali menguasai dunia pada alaf baru ini, dan seterusnya memerangi Kristian – Eropah.

Ramalannya bahawa seorang pemimpin baru beragama Islam akan muncul dan seterusnya menguasai seluruh dunia adalah berdasarkan ramalan beliau seperti berikut :

——————————————————————

In the year 1999 and seven months

from the sky will come the great King of Terror.

He will bring back to life the King of the Mongols;

Before and after, war reigns.

——————————————————————

Pada tahun 1999, bulan tujuh

dari langit akan turun seorang Raja Agung.

Dia akan menghidupkan kembali Khalifah

sejak itu dan seterusnya, perang meletus.

——————————————————————-

Tempat muncul pemimpin tersebut adalah di sebuah negara di sebelah Timur bukan di negara Arab atau di sebelah Barat, berdasarkan ramalan berikut:

——————————————————————-

From the three water signs (seas) will be born a man

Who will celebrate Thursday as his feast day

His renown, praise, reign, and power will grow

On land and sea, bringing trouble to the East

——————————————————————-

Dari pertemuan tiga laut, akan lahir seorang lelaki

Yang merayakan hari Khamis

Namanya, kemuliaan, jajahan dan kuasanya naik

Di darat dan laut, menggoncangkan seluruh Timur.

* Pertemuan tiga laut itu mungkinkah bermaksud sebuah SEMENANJUNG?

——————————————————————

Pemimpin berkenaan akan memimpin pasukan tenteranya yang besar jumlahnya untuk menyerang dan menakluki Eropah, dan dibantu oleh seluruh umat Islam.

——————————————————————-

One who the infernal gods of Hannibal

Will cause to be reborn, terror of all mankind

Never more horror nors the newspapers tell of worse in the pasti

Then will come to the Romans through Babel (Iraq)

——————————————————————-

Dialah dewa pembunuh manusia

Membangkitkan ketakutan kepada manusia

Tidak terbayangkan sebelumnya kengerian ini

Kemudian mendatangi Barat melalui Iraq.

——————————————————————

* Mungkin ini sebabnya para pembuat dasar Amerika beria-ia menakluk Iraq dan berkubu di situ kerana diprekdisikan bahawa Eropah serta dunia Kristian akan mula diserang di situ.

Pemimpin berkenaan memerangi, mengalahkan dan memasuki Eropah dengan memakai serban biru, membawa undang-undang Islam untuk diamalkan seluruh penduduk Eropah, dan peristiwa besar inilah yang amat menakutkan setiap hati pemimpin Kristian dan Yahudi.

——————————————————————

This King will enter Europe wearing a blue turban,

He is one that shall cause the infernal gods of Hannibal to live again

He will be the terror of mankind

Never more horror

——————————————————————-

Raja ini memasuki Eropah memakai serban biru

Dia menjadi dewa pembunuh seluruh manusia

Dia menakutkan seluruh kemanusiaan (sikafir)

Tiada lagi yang lebih menakutkan.

——————————————————————–

Anak murid Wali Songo yang amat terkenal di Pulau Jawa, Sabdopalon, turut menyebutkan bahawa Imam Mahdi akan dibaiat oleh sembilan tokoh Wali Ghausul Alam yang diketuai oleh seseorang dari Malaysia yang disebutkan sebagai Syeikh Malaya. Beliau menyebutkan bahawa,

“Imam Mahdi datang dengan pakaian serba putih dibantu oleh Rijalu’llah Ghaib atau juga disebut Wali Ghosul’alam sembilan yang di antaranya adalah Malaya yang turun dari tanah Arab.”

Salah seorang Wali Songo iaitu Sunan Gunung Jati, turut membuat ramalan berdasarkan kasyaf dari Allah bahawa kebangkitan Islam kali kedua ini akan dipimpin oleh seorang tokoh yang memakai serban. Dia dikatakan amat berpegang teguh pada sorban kanjeng (ekor serban) Nabi Muhammad s.a.w. Yang dimaksudkan dengan sorban kanjeng itu adalah pemimpin umat yang terakhir, sesuai dengan kedudukan ekor serban yang terletak di hujung sekali. Sorban kanjeng juga bermaksud mengikut benar-benar setiap sunnah yang diamalkan oleh baginda Rasulullah s.a.w. semasa hayatnya dahulu.

Peramal dari Jawa yang disebut sebagai Pangeran Wijil, yang mengarang Kitab Rangka Jayabaya, turut membuat ramalan bahawa pemimpin yang dimaksudkan itu lahir di Makkah, memakai serban yang berlambang bunga tujuh cabang, orangnya selalu kesandung kesampar. Dia tidak pernah diduga akan menjadi pemimpin umat manusia pada suatu hari nanti. Dikatakan lebih lanjut lagi bahawa sebelum raja baru ini muncul akan berlaku huru-hara dan kerusuhan. Dan raja itulah yang akan menjadi orang tengah atau pengaman di antara pihak yang bergaduh itu.

Tanpa diduga-duga, orang ramai pun bersetuju melantiknya sebagai pemimpin mereka kerana jasanya yang amat besar itu dan keupayaannya yang menakjubkan itu.

Bookmark and Share

  


  Member Information For panglima_azamProfil   Hantar PM kepada panglima_azam   Quote dan BalasQuote

Asward_hafiz
WARGA SETIA
Menyertai: 02.05.2004
Ahli No: 8743
Posting: 597
Dari: Kuantan pahang

Pahang  


posticon Posting pada: 11-10-08 18:26


Assalamualaikum

Kenapa ada ramalan macam ni??
betul ke tidak salah kalau percaya???
bukan ke imam mahdi tu satu perkara ghaib yang langsung kita semua tidak tahu macam mana rupanya,pakaian nya atau dari malaya kah dia??

semua ni berkaitan dengan akidah,bahaya nya kalau tersalah kepercayaan itu...

macam mana ye?? :berfikir:


-----------------
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Bookmark and Share

  


  Member Information For Asward_hafizProfil   Hantar PM kepada Asward_hafiz   Pergi ke Asward_hafiz's Website   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 12-10-08 00:14


saya cuba berada d tengah2, menolaknya tidak, menerima bulat2 apatahlagi.. tapi dengan akal yang sihat bersumberkan dr pelbagai kajian, ramalan, qaul, dalil dan pgtahua yang pernah saya ketahui dan pelajari, saya seakan2 lebih untuk mmpercayainya berbanding untuk menolaknya.. sebenarnya tidak salah untuk meramal dengan syarat ada sumber.. bukan keraa nak menjangkaui ilmu allah, tapi allah sendiri da berfirman untuk meminta kita selalu berfikir.. bila berfkir tentunya melibatkan pelbagai proses yang antaranya menganalisis dan membuat hipotesis.. dan belum tentu hipotesis tu benar-benar terjadi, naun ia tidak pula bersalahan dengan akidah.. selagi mana belum terjadi tak perlulah diyakini.. sekadar ambil pengetahuan dan melakukan apa-apa yang patut. contoh, uaca dramalkan hujan lebat dan banjir kilat, jadi secara logiknya walaupun belum tentu terjadi kita tetap akan bersedia apa-apa yang patut untuk mengelakkan kemusnahan harta benda..atau paling kurang pun angkat kain d jemuran dll.. so..tak salah meramal dan terpulang untuk kita menerima or menolak..tapi jangan pula mengaitkannya dengan akidah.. selagi mana tak bercanggah dengan syariat maka jangan sesekali menuduh sesiapa yang menerimanya tergelincir imannya..wallahu'alam..

Bookmark and Share

  


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

panglima_azam
Warga 3 Bintang
Menyertai: 19.09.2008
Ahli No: 35073
Posting: 139
Dari: pertemuan antara 3 benua lautan

Kedah  


posticon Posting pada: 12-10-08 01:15


assalamualaikum

ana sokong dengan kenyataan syemarly tu... niat ana berkongsi ilmu ini adalah semata-mata untuk kita semua membuat persediaan dengan memperlengkapkan diri dengan ilmu Tauhid...

kajian itu perlu dibuat sebelum kita mengatakan sama ada kenyataan ini benar @ salah...

kita tidak tahu sama ada pemuda bani tamim itu dr malaya @ tidak tapi.. sudah dinyatakan di dalam ayat di atas..

'Jika kamu melihat mahupun mendengar akan kemunculan pemuda itu, maka kamu pergilah kepadanya walau merangkak di dalam salji sekalipun...

Bookmark and Share

  


  Member Information For panglima_azamProfil   Hantar PM kepada panglima_azam   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.094787 saat. Lajunya....