Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 26-09-2018  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Semua masalah boleh diselesaikan dengan cemerlang, asalkan kita menumpukan pada penyelesaian, bukan pada masalah. Allah SWT menyertakan penyelesaian untuk setiap masalah.
-- Kang Razzi Armansur

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: Swarig123
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43060

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 26
Ahli: 0
Jumlah: 26




  Yang Masuk Ke Sini
IbnuKhaldun: 2 hari yang lalu
al-biruni03: 3 hari yang lalu
Swarig123: 11 hari yang lalu
marul: 14 hari yang lalu
mfy87: 28 hari yang lalu


Jejak Mahasiswa
Topik: harap kawan-kawan dapat membantu


Carian Forum

Moderator: Admin, istisafa
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jejak Mahasiswa
    »» harap kawan-kawan dapat membantu

Please Mendaftar To Post


Oleh harap kawan-kawan dapat membantu

mhafiz_biz
Warga Rasmi
Menyertai: 25.06.2008
Ahli No: 33793
Posting: 8

blank   avatar


posticon Posting pada: 09-10-08 18:56


saya student UIA..kos engineering...saya ada masalah...saya malas nak study...tolong sangat-sangat...kawan-kawan..bagaimana nak ada mood untuk study...smne nak study dengan betul..dan segala yang berkaitan..please...tolong saya....

Bookmark and Share

  


  Member Information For mhafiz_bizProfil   Hantar PM kepada mhafiz_biz   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 09-10-08 21:44


aisey... masalah malas nak study ye....

student engineering... bukan benda yang pelik lah kan. huhu.

minat tak sebenarnya bidang engineering ni?

Bookmark and Share

  


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

Nurizmi
WARGA SETIA
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20156
Posting: 539
Dari: utara...

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 09-10-08 22:22


assalamualaikum...

hmm..memang lumrah rasanya kalau kita tiba-tiba tak ada mood nak study..malas..tension..macam-macam lagi..
normal lah tu bagi seorang student..lebih-lebih lagi bila brhadapan dengan kerja-kerja atau asgment yang melambak..

ana nak kongsi lah...sebagai pringatan untuk ana sendiri as a student..

sebenarnya...apa-apa pun..kembali semula pada niat kita untuk study..untuk apa kita study? untuk apa kita bersusah payah bersengkang mata sampai lwt mlm buat asgment...apa yang kita nak capai sebenarnya??..cuba muhasabah semula..


hmm..jadikan lah usaha kita mnuntut ilmu sebagai suatu ibadah..niatkanlah semata-mata kerana Allah..

tanamkan dalam hati yang 'aku study ni bukan Sekadar nak dapat result yang terbaik..bukan skdar nak dapat kerjaya yang best..tapi aku lakukan semua ni kerana Allah Taala' dan semoga ilmu yang aku pelajari ini akan ku guna untuk agama islam.."..

cuba lihat tuntutan menuntut ilmu ni bukan Sekadar untuk pulangan dunia..tetapi untuk akhirat sana..

ingatlah..Allah akan permudahkan jalan bagi orang-orang yang sentiasa inginkan kebaikan..

kalau kita gagal..teruskan lagi..

banyakkan doa..dan yang penting semangat...

INGAT..!!! MUJAHID tak boleh PUTUS ASA...takkan LEMAH HANYA KERANA KECEWA dengan TUNTUTAN DUNIA SEMATA..BANGKITLAHH!!!

Bookmark and Share

  


  Member Information For NurizmiProfil   Hantar PM kepada Nurizmi   Pergi ke Nurizmi's Website   Quote dan BalasQuote

mhafiz_biz
Warga Rasmi
Menyertai: 25.06.2008
Ahli No: 33793
Posting: 8

blank   avatar


posticon Posting pada: 09-10-08 22:31


memang saya minat engineering..best belajar..tapi macam banyak benda kena catch up..satu lagi, di uia ni pelik sikit dr u lain...student engin kena balaj subjek economic, BM,BI,agama,fiqh,dan macam-macam lagi...memang bagus, tapi macam banyak saja...
thanks nurizm kerana bagi sokongan...harap ada kawan-kawan lagi dapat beri tips dan nasihat

Bookmark and Share

  


  Member Information For mhafiz_bizProfil   Hantar PM kepada mhafiz_biz   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 09-10-08 22:47


jangan paksa diri untuk study.. study smart.. jangan study hard.. insyaAllah berjaya.. saya pun malas juga dulu-dulu.. hehe.. :D


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

  


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

lamyanunalif_mursyidah
WARGA SETIA
Menyertai: 02.02.2006
Ahli No: 22391
Posting: 1128
Dari: Pahang+kelantan=tmn melewar

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 09-10-08 22:53


Pada 09-10-08 22:31 , mhafiz_biz posting:

!!! QUOTE !!!

memang saya minat engineering..best belajar..tapi macam banyak benda kena catch up..satu lagi, di uia ni pelik sikit dr u lain...student engin kena balaj subjek economic, BM,BI,agama,fiqh,dan macam-macam lagi...memang bagus, tapi macam banyak saja...
thanks nurizm kerana bagi sokongan...harap ada kawan-kawan lagi dapat beri tips dan nasihat


salam'alaik..
ana pun student uia..sem satu tahun satu..
memang betul banyak juga subjek yang rasanya tak perlu diambil tapi kena ambil..
tapi bila fikir-fikir balik memang ada gunanya subjek2 yang 'tak perlu diambil' tu..
kalau ana..ana suka ke tak suka ke..malas ke..ana sokmo ingatkan balik diri ana apa tujuan ana masuk U..HARAPAN KELUARGA pun kena ingat juga..

wallahu'alam

p/s:er..tak pandai bagi nasihat..tatau lah yang ditaip tu nasihat ke tak..


-----------------
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


  


  Member Information For lamyanunalif_mursyidahProfil   Hantar PM kepada lamyanunalif_mursyidah   Pergi ke lamyanunalif_mursyidah's Website   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 09-10-08 23:06


saya pun student engineering jugak dulu... adakalanya datang rasa malas tu.. (saya pun kena belajar economics jugak. huhu)

nak merajinkan diri, hanya dengan mewujudkan suasana belajar pada diri sendiri.. contohnya, pergi study di meja study yang selesa. seperti di bilik2 tutorial, bilik bacaan atau library (saya tak berapa suka library. mengantuk jeq). boleh study group dengan kawan-kawan. tak study group pun, duduk saja lah satu meja dan mentelaah sama-sama. tak paham boleh rujuk kat kawan-kawan terus.

nak mendisiplinkan diri, buat To-Do List tentang apa benda yang perlu ditelaah. tutorial mana yang kena siapkan. assignment mana due date paling hampir. subjek mana yang lemah. so, kenalpasti apa keperluan diri.

sediakan calendar atau planner. update segala rancangan harian, mingguan dan bulanan. jadikan ia sebagai reminder agar diri kita tak terlupa tarikh2 penting dan perkara2 yang perlu kita lakukan. huhu.. make sure kita dapat urus diri kita dengan baik dan teratur. bila kita susun semua perkara dengan teratur, perkara yang banyak tu tak adalah nampak macam terlalu banyak.

kalau waktu betul-betul bosan dan betul-betul tak dapat merajinkan diri, jangan paksa... pergi lah berehat... main game... bersukan... pergi makan... pergi jalan-jalan... sembang2 dengan kawan... baca buku atau majalah yang santai dan merilekskan minda.. tak pun pergi tidur dulu. bila dah senang hati dan mood dah ada, bukaklah buku dan mula study. :).

try lah.. insya Allah dapat mewujudkan minat untuk study.. :)


-----------------



Bookmark and Share

  


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 09-10-08 23:21


Dik... satu hari adik ada 24jam.. seminggu 7 hari sebulan 30 hari dan seterusnya.. semuanya bukan 100% untuk study saja.. bahagikan masa dengan baik untuk study.. gunakan masa study tu sepenuhnya.. then yang lain-lain tu gunakan sepenuhnya untuk tujuan lain.. masalah timbul malas nak study sebab terlalu memaksa diri untuk study.. celik mata saja terus nak terkam buku.. tu tindakan bodoh.. sebab u not prepared for it.. ingat ni dik.. study seminit yang berkesan, beribu kali lebih berfaedah dari study 10jam yang tak berkesan.. bila kita paksa diri untuk study, sampai terjejas masa rehat, masa jalan-jalan dan masa suka-suka kita.. itu menyebabkan otak jadi beku dan hati jadi malas, mood pun tak datang.. :-)


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

  


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

mhafiz_biz
Warga Rasmi
Menyertai: 25.06.2008
Ahli No: 33793
Posting: 8

blank   avatar


posticon Posting pada: 10-10-08 01:22


thank you semua yang bagi nasihat...insyaAllah saya try buat terbaik... ;-)

Bookmark and Share

  


  Member Information For mhafiz_bizProfil   Hantar PM kepada mhafiz_biz   Quote dan BalasQuote

hid_uniten
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.09.2005
Ahli No: 18744
Posting: 252
Dari: :: bumi Allalh ::

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 10-10-08 09:52


Pada 09-10-08 23:06 , syahidatul posting:

!!! QUOTE !!!

saya pun student engineering jugak dulu... adakalanya datang rasa malas tu.. (saya pun kena belajar economics jugak. huhu)

nak merajinkan diri, hanya dengan mewujudkan suasana belajar pada diri sendiri.. contohnya, pergi study di meja study yang selesa. seperti di bilik2 tutorial, bilik bacaan atau library (saya tak berapa suka library. mengantuk jeq). boleh study group dengan kawan-kawan. tak study group pun, duduk saja lah satu meja dan mentelaah sama-sama. tak paham boleh rujuk kat kawan-kawan terus.

nak mendisiplinkan diri, buat To-Do List tentang apa benda yang perlu ditelaah. tutorial mana yang kena siapkan. assignment mana due date paling hampir. subjek mana yang lemah. so, kenalpasti apa keperluan diri.

sediakan calendar atau planner. update segala rancangan harian, mingguan dan bulanan. jadikan ia sebagai reminder agar diri kita tak terlupa tarikh2 penting dan perkara2 yang perlu kita lakukan. huhu.. make sure kita dapat urus diri kita dengan baik dan teratur. bila kita susun semua perkara dengan teratur, perkara yang banyak tu tak adalah nampak macam terlalu banyak.

kalau waktu betul-betul bosan dan betul-betul tak dapat merajinkan diri, jangan paksa... pergi lah berehat... main game... bersukan... pergi makan... pergi jalan-jalan... sembang2 dengan kawan... baca buku atau majalah yang santai dan merilekskan minda.. tak pun pergi tidur dulu. bila dah senang hati dan mood dah ada, bukaklah buku dan mula study. :).

try lah.. insya Allah dapat mewujudkan minat untuk study.. :)



betul-betul..saya buat begitu dulu time jadi student..saya ni jenis dkira study ikut mood..bila rasa senang ht saja saya study..bila rasa tak ada mood, buat benda lain..macam baca buku ke dan yang seumpama dengannya..



Bookmark and Share

  


  Member Information For hid_unitenProfil   Hantar PM kepada hid_uniten   Pergi ke hid_uniten's Website   Quote dan BalasQuote

umar_khalil
WARGA SETIA
Menyertai: 14.01.2008
Ahli No: 32313
Posting: 1204

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 10-10-08 09:59


Pada 09-10-08 18:56 , mhafiz_biz posting:

!!! QUOTE !!!

saya student UIA..kos engineering...saya ada masalah...saya malas nak study...tolong sangat-sangat...kawan-kawan..bagaimana nak ada mood untuk study...smne nak study dengan betul..dan segala yang berkaitan..please...tolong saya....



org malas ni,,,camno nak dibuek yo.....sonang cakap macam ni lah ha...

PAKSO DIRI,,JANGAN MANJO DIRI....bebaskan dr kamu di zon selesa....da senang sangat lah tu...malas nak usaha dan malas nak bejaya.... :-P ....

bkaitan dengan mood pula....xknl maka tak cinta,,,,macam mana nak datang mood tu kalau tak ada cinta dengan ilmu 2?kan ada disiplin lah dalam apa pun nak buat...kat luar 2,,ramai tau org nak masuk uia tapi tak dapat masuk study kat uia 2....tapi anta sia2kan peluang,.,,,,resign dan bagi org lain(kalau dibolehkan).....hehehehe

take note kesedaran dalam mnuntut ilmu.....jangan main-main tau...kasihan adik ni.....belajar bersyukur ye dengan nikmat yang Allah kurniakan...

selamatr mencuba....



Bookmark and Share

  


  Member Information For umar_khalilProfil   Hantar PM kepada umar_khalil   Quote dan BalasQuote

murtabakdaging
Warga Rasmi
Menyertai: 18.07.2008
Ahli No: 34071
Posting: 9
Dari: Kota Kinabalu

Sabah  


posticon Posting pada: 25-10-08 09:37


Pada 09-10-08 23:21 , Meow posting:

!!! QUOTE !!!

Dik... satu hari adik ada 24jam.. seminggu 7 hari sebulan 30 hari dan seterusnya.. semuanya bukan 100% untuk study saja.. bahagikan masa dengan baik untuk study.. gunakan masa study tu sepenuhnya.. then yang lain-lain tu gunakan sepenuhnya untuk tujuan lain.. masalah timbul malas nak study sebab terlalu memaksa diri untuk study.. celik mata saja terus nak terkam buku.. tu tindakan bodoh.. sebab u not prepared for it.. ingat ni dik.. study seminit yang berkesan, beribu kali lebih berfaedah dari study 10jam yang tak berkesan.. bila kita paksa diri untuk study, sampai terjejas masa rehat, masa jalan-jalan dan masa suka-suka kita.. itu menyebabkan otak jadi beku dan hati jadi malas, mood pun tak datang.. :-)



setuju sangat!
kalau nak buat sesuatu mesti ada plan
tak boleh juga kalau nak study memanjang
adalah sangat tidak boleh kalau nak rehat memanjang
biasa lah jadi student letih sikit
baru best masa graduasi nanti
semua penat tu rasa berbaloi

kalau nak kepuasan hati masa konvokesyen, jangan malas study ;-)


-----------------
Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.


Bookmark and Share

  


  Member Information For murtabakdagingProfil   Hantar PM kepada murtabakdaging   Pergi ke murtabakdaging's Website   Quote dan BalasQuote

angahfarah
Warga Rasmi
Menyertai: 08.10.2008
Ahli No: 35303
Posting: 12
Dari: johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 25-10-08 09:55


salam..

ana setuju sangat-sangat dengan pdgn sahabat-sahabat di atas..
ana juga bekas stdt engineering di UTM (kursus mekanikal)...
memang banyak nak kena belajar dalam tempoh yang singkat...
apa yang penting..kita kena yakin dengan usaha yang kita lakukan..perasaan malas memang kadang-kadang datang..cuma kena kuat kita atasinya..insyaAllah..hasilnya akan kita dapat kelak..

ilmu penting untuk kita..jangan mudah putus asa..

Bookmark and Share

  


  Member Information For angahfarahProfil   Hantar PM kepada angahfarah   Pergi ke angahfarah's Website   Quote dan BalasQuote

jash
Warga 3 Bintang
Menyertai: 28.12.2004
Ahli No: 13362
Posting: 83
Dari: ::JB-kat::

bosnia_herzegovina   avatar


posticon Posting pada: 25-10-08 10:08


assalamualaikum...

rasanya banyak nasihat dan tips berguna yang da diberi...
jash pun ex-engineering student, alhamdulillah sekarang bergelar engineer di sebuah company di selatan tanah air...

pernah satu ketika, rasa give up nak belajar, punca yang paling teruk, rasa rindu kat umi tersayang sampai rasa tak boleh buat apa-apa da... tapi alhamdulillah, semangat & motivasi dr keluarga tersayang terutama umi tak pernah luput... umi sentiasa di sisi tika diri mula terkeluar dr landasan sebenar...

lagi satu, kita perlu ada motivasi diri untuk terus memajukan diri sendiri... seperti kata Meow "kita perlu ada waktu untuk rehat, main-main etc"... yang penting jangan sampai lupa niat kita berada di U...

Kepada mhafiz_biz, jash doakan semoga sentiasa berjaya di dunia & akhirat...
u can do it bro! :)

Bookmark and Share

  


  Member Information For jashProfil   Hantar PM kepada jash   Quote dan BalasQuote

owl_UM
WARGA SETIA
Menyertai: 23.04.2007
Ahli No: 29697
Posting: 1654
Dari: Kuala Lumpur

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 25-10-08 10:37


By: mhafiz_biz

!!! CODE !!!


saya student UIA..kos engineering...saya ada masalah...saya malas nak study...
tolong sangat-sangat...kawan-kawan..bagaimana nak ada mood untuk study...smne
nak study dengan betul..dan segala yang berkaitan..please...tolong saya....
memang saya minat engineering..best belajar..tapi macam banyak benda kena catch
up..satu lagi, di uia ni pelik sikit dr u lain...student engin kena balaj subjek
economic, BM,BI,agama,fiqh,dan macam-macam lagi...memang bagus, tapi macam
banyak saja...


AAHAAH... One more weird person. Amiik engineering, minat engineering tapi
rasa malas nak study... HURM, nasihat saya, cuba timbulkan rajin tuue melalui
minat. Kalau dah minat, mesti ada rasa nak explore dan habiskan lebih, lebih
dan lebih masa untuk study... I dont know what you call that but I call it
enthusiasm. Perasaan teruja, ingin tahu dan kagum terhadap ilmu ataupun benda-
benda baru yang dilihat kemudian dipelajari (EERR... I mean, after it was been
proved scientifically in other word, experimented). Dan secara perlahan-lahan,
kekaguman, takjub terhadap ilmu baru itu akan memberi makna betapa besar dan
luasnya ilmu Allah... Saya beri contoh, katakanlah saudara mhafiz_biz mengambil
jurusan electrical engineering, takkanlah tak rasa apa-apa apabila melihat
lighting and wiring of buildings ataupun electrical control of industrial
machinery.


    
Engineer apa kejadaaahhhnya kalau melihat benda-benda sebegitu tetapi
dalam otak tiada keinginan untuk berfikir, HOW IT WORKS? HOW IT WORKS?
HOW IT WORKS?
Jurutera yang malas berfikir, sorry to say - but for me
he or she is going to bring the disaster to the world and humanity!!! Saudara
mesti malu dengan diri sendiri sekiranya tidak menyempurnakan what have been
assigned and what you have to accomplish...

Bookmark and Share

  


  Member Information For owl_UMProfil   Hantar PM kepada owl_UM   Quote dan BalasQuote

_norlidahashim_
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.09.2008
Ahli No: 34749
Posting: 105
Dari: kemaman

Terengganu  


posticon Posting pada: 26-10-08 10:05


saya setuju dengan nurizmi..semua ni kembali pada NIAT kita..kalau dulu saya pun alami masalah yang same, tapi lepas muhasabah diri, niat belajar dibetulkan, alhamdulillah, saya dapat apa yang saya cari..

menuntut ilmu kerana Allah, belajar, berusaha(jangan terlalu memaksa diri) dan berserah pada Allah untuk menentukannya..kerana Dia adalah penentu yang terbaik untuk kita...dan Alhamdulillah, saya tak pernah kecewa dengan setiap keputusan exam yang saya dapat..alhamdulillah dah kerja pun :-) ..

percayalah, lebih manis rasanya sesuatu yang kita dapat kalau Allah, tempat kita berserah segalanya...walaupun ia sekecik2 nikmatNya...

Bookmark and Share

  


  Member Information For _norlidahashim_Profil   Hantar PM kepada _norlidahashim_   Quote dan BalasQuote

mujahadah_solehah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 26.10.2008
Ahli No: 35601
Posting: 49
Dari: UKM, Bangi

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 26-10-08 17:57


salam..
Baru- baru ini, pada hari khamis lepas ada mendengar motivasi daripada Ustaz Khaeril Anuar Darus daripada KUIS. Ustaz memperkenalkan "3K to be an excellent student".
1st K- Kenali Diri
2nd K- Kebolehan IQ
3rd K- Kejernihan Emosi

Apa yang ingin dikongsi ialah kebolehan IQ..tahukah sahabat2..hasil kajian bijak pandai dari pelbagai agama dan negara. Sebenarnya, kita hanya mememerlukan

IQ = 20%
EQ = 80%
SQ =???

Pasti sahabat2 dapat lihat apabila IQ + EQ = 100%.maka, tertanya2 berapa % SQ kita? jawapannya ialah.............infniti..Kenapa? SQ ialah semangat/ motivasi kita.Disimpulkan bahawa, pergantungan kita kepada Allah tidak boleh tidak putus. maksudnya, seseorang itu perlulah bergantungan kepada Allah swt..selepas ia berusaha..
maka, sahbat..sebenarnya tidak ada seorang manusia pun yang Allah ciptakan tanpa kelebihan. gunakanlah kelebihan sebaiknya, tutuplah kelemahan kita dengan kelebihan yang diberikan.
Yang pastinya, sebagai hamba Allah...sentiasa RENEW niat kita. TOP-UP..iman dan amalan kita. Pasti Allah beri KREDIT dan BONUS kepada kita. wallahua'alam

Bookmark and Share

  


  Member Information For mujahadah_solehahProfil   Hantar PM kepada mujahadah_solehah   Pergi ke mujahadah_solehah's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.105223 saat. Lajunya....