Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kita tidak belajar dari kejayaan-kejayaan kita. Kita belajar dari kegagalan-kegagalan kita.
-- John Naisbitt

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 222
Ahli: 0
Jumlah: 222




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Tak dapat diskaun, wanita maki amil...


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Tak dapat diskaun, wanita maki amil...

Please Mendaftar To Post


Oleh Tak dapat diskaun, wanita maki amil...

Al-Mashoori
WARGA SETIA
Menyertai: 12.07.2006
Ahli No: 25170
Posting: 483
Dari: Bandar Baru Gaza

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 25-09-08 22:09


KUALA LUMPUR: Hanya kerana permintaannya mendapatkan diskaun ketika membayar zakat tidak dipenuhi, seorang wanita bertindak luar batasan apabila dia sanggup memaki hamun amil bertugas di Stesen Sentral Kuala Lumpur (KL Sentral) di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, wanita terbabit pada mulanya berkunjung ke kaunter pembayaran zakat sebelum meminta diskaun 10 peratus daripada jumlah sepatutnya dibayar kepada amil bertugas.

Namun, selepas diberikan keterangan dan permintaannya itu ditolak amil berkenaan, wanita terbabit tiba-tiba mengamuk dan memaki hamun petugas kaunter zakat itu.

Adegan 15 minit itu menarik perhatian puluhan pengunjung KL Sentral yang terdengar kecohan.


Wartawan Harian metro turut mendapat rakaman video yang sempat dirakam seorang pengunjung yang secara kebetulan berada di kawasan itu untuk membayar zakat.

Dalam rakaman video kira-kira dua minit itu, seorang wanita berusia lingkungan 30-an berbaju coklat dan berseluar hitam mengeluarkan perkataan bodoh dan mendakwa petugas kaunter zakat terbabit menipunya berulang kali dengan suara yang kuat.

Wanita terbabit dilihat duduk berhadapan amil yang hanya mendiamkan diri walaupun pelbagai perkataan kesat dilemparkan kepadanya.

Ketika itu, dua anggota polis yang kebetulan membuat rondaan turut berada di lokasi berkenaan dan selepas beberapa minit ‘mengamuk’ wanita terbabit ditenteramkan petugas keselamatan KL Sentral sebelum dia beredar dari kaunter itu.

Sebelum itu, wanita terbabit turut meminta anggota polis menahan petugas kaunter zakat berkenaan kerana mendakwa lelaki itu menipunya.

Difahamkan, wanita terbabit meminta diskaun 10 peratus ketika hendak membayar zakat fitrah, namun amil yang bertugas enggan melayan permintaan itu.

Saksi kejadian, Saifull Lah Ahtee, 30, berkata dia yang berniaga di kawasan itu tiba-tiba terdengar teriakan wanita terbabit yang duduk di kaunter hanya beberapa meter dari gerainya.

“Saya segera bergegas ke situ dan mendapati seorang amil zakat fitrah yang menjalankan tanggungjawabnya dimarahi wanita terbabit.

“Saya yang kehairanan kemudian bertanyakan kepada pengunjung lain di situ dan terkejut apabila mereka mendakwa wanita itu mula berang selepas permintaannya mengurangkan bayaran zakat ditolak amil terbabit,†katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Pengurus Pemasaran dan Perhubungan Awam Malaysia Resources Corporation Berhad (MRCB), Norhayati Kudri, mengesahkan kejadian itu, namun mendakwa keadaan di stesen berkenaan terkawal dan menyifatkannya kes terpencil.

“Saya dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh kakitangan beberapa minit selepas kekecohan itu dan bergegas ke situ serta cuba menenangkan wanita terbabit.

“Saya yakin wanita itu tidak berniat jahat...dia mungkin tidak dapat mengawal emosi ketika kejadian,†katanya.

Menurutnya, wanita terbabit mula mengeluarkan kata-kata yang kurang menyenangkan selepas permintaannya bagi mendapatkan diskaun bayaran zakat ditolak amil itu.

“Beberapa pegawai yang cuba menenangkan wanita itu terpaksa membiarkannya kerana dia bertindak agresif ketika didekati,†katanya.

Norhayati berkata, ketenangan amil berkenaan yang hanya mendiamkan diri ketika wanita terbabit menghamburkan kata-kata kesat membuktikan kredibilitinya sebagai seorang yang penyabar dan sesuai dengan tugasnya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali, ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai insiden berkenaan.

Bagaimanapun, beliau berkata hanya orang yang tidak waras sahaja yang akan bertindak sedemikian.

:-o Nampak gaya tak lama lagi mungkin ada promosi raya zakat fitrah diskaun 10% !!!


-----------------
zwani.com myspace graphic comments


Bookmark and Share

    


  Member Information For Al-MashooriProfil   Hantar PM kepada Al-Mashoori   Quote dan BalasQuote

Penama
Deleted User


posticon Posting pada: 26-09-08 09:14


huhuh berapa hengget lah sangat nak baya tu sampai nak mintak2 diskaun...

isk isk... pergi main boling....lepak mamak pun da berapa banyak habis...tak kisah...
ni yang beberapa hengget dan pun berkira...isk isk

Bookmark and Share

    


  Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 26-09-08 09:20


entah apa-apa entah.. zakat yang wajib tu pun nak minta diskaun.. buat malu saja. nampak sangat memang jenis payah nak keluar duit ni. pada amil itu,syabas diucapkan sebab tak layan perempuan itu.. banyak bersabar lah ye... bulan puasa pun nak ngamuk2.. tengah-tengah org pula itu.

Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

bintanghati2008
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.07.2008
Ahli No: 34147
Posting: 217
Dari: kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 26-09-08 09:25


assalammualaikum

Kenapa perempuan tu nak minta diskaun? memang lah zakat dah naik tapi itu untuk orang yang memerlukan. tak salah kalau keluar lebih. kasihan kat amil tu. nasib baik dia seorang penyabar kalau tak...

Bookmark and Share

    


  Member Information For bintanghati2008Profil   Hantar PM kepada bintanghati2008   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 26-09-08 09:30


bintanghati2008,
kadang-kadang org ni tak paham konsep zakat tu sendiri sebab tu boleh minta diskaun. manusia ni macam-macam perangai pelik

Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

bintanghati2008
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.07.2008
Ahli No: 34147
Posting: 217
Dari: kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 26-09-08 09:33


assalammualaikum

perempuan tu bukan budak sekolah rendah...tah-tah budak sekolah rendah pun tahu konsep zakat. zaman sekarang, kalau bab kebajikan memang tak boleh pakai...cuba kalau bab shopping...dia lah nombor satu.. try tanya perempuan itu...waktu beli baju raya, dia ada minta diskaun tak? hehehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For bintanghati2008Profil   Hantar PM kepada bintanghati2008   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  


posticon Posting pada: 26-09-08 09:34


pelik manusia sekarang ni, kalau tiap-tiap bulan boleh bayar astro, streamyx, zakat yang setahun sekali pun nak bkira

Bookmark and Share

    


  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

imni_1612
Warga 4 Bintang
Menyertai: 10.09.2008
Ahli No: 34904
Posting: 336
Dari: Kuala Lumpur

Perak   avatar


posticon Posting pada: 26-09-08 09:52


zakat pun orang boleh buat main-main..:cry:
padahal zakat tu kan menyucikan harta kita jugak:cry:
mana perginya tanggungjawab terhadap agama..??

Bookmark and Share

    


  Member Information For imni_1612Profil   Hantar PM kepada imni_1612   Quote dan BalasQuote

Haslan
WARGA SETIA
Menyertai: 06.09.2004
Ahli No: 10945
Posting: 402
Dari: banting

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 26-09-08 09:57


aduhai nak kurangkan zakat fitrah yang hanya bernilai Rm 5.20?

tak logik betullah mereka ni...ingat ada sale ke boleh diskaun2?

Bookmark and Share

    


  Member Information For HaslanProfil   Hantar PM kepada Haslan   Quote dan BalasQuote

aimanshukri
Warga Rasmi
Menyertai: 06.09.2008
Ahli No: 34810
Posting: 17
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 26-09-08 10:12


benda ni bukan nya kena bayar tiap-tiap hari,sedangkan keperluan harian yang minah ini beli setiap hari pun dia tak minta diskaun,,waras lah sikit dalam buat permintaan,,

Bookmark and Share

    


  Member Information For aimanshukriProfil   Hantar PM kepada aimanshukri   Quote dan BalasQuote

ardani
WARGA SETIA
Menyertai: 24.06.2008
Ahli No: 33778
Posting: 451
Dari: queensland lake

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 26-09-08 10:15


entah nyee.
mungkin makcik 2 ada masalah agaknya..
selepas ini cadangan untuk ppz lah...naikkan zakat jadi RM10..lepas itu kasi diskaun sampai jadi RM 5.20 lek..heheheh

Bookmark and Share

    


  Member Information For ardaniProfil   Hantar PM kepada ardani   Quote dan BalasQuote

qudwah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2005
Ahli No: 18903
Posting: 1899
Dari: TERENGGANU

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 26-09-08 10:27


uish...tak patut betullah dia marah amil tu...zakat kena lah bayar...kenapa pulak nak minta diskaun...tak patut...

Bookmark and Share

    


  Member Information For qudwahProfil   Hantar PM kepada qudwah   Quote dan BalasQuote

darkside
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.09.2008
Ahli No: 35022
Posting: 106

blank   avatar


posticon Posting pada: 26-09-08 10:56


KEDEKUT TAK BERTEMPAT...... saya rasa muka perempuan tu tebal kulit buaya agaknya.. sebab tu tak segan nak mengamuk.. pasal minta diskaun zakat pula tu.....

sah kulit buaya..... huhuhuuuu

Bookmark and Share

    


  Member Information For darksideProfil   Hantar PM kepada darkside   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 26-09-08 12:00


Assalamualaikum
huh..pengajaran buat orang yang beriman...
betul kata eniliana..bayar setahun sekali pun nak berkira..beli benda lain yang mahal² langsung tak kisah...

umat Islam masa kini...menggerunkan imannya...huhu..



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  


posticon Posting pada: 26-09-08 12:17


rasanya zakat paling tinggi kat pahang rm7.30, tak ada pula dengar kes macam tu kat Pahang

Bookmark and Share

    


  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

wawa0605
Warga Rasmi
Menyertai: 09.10.2005
Ahli No: 19690
Posting: 15
Dari: kuala lumpur

france   avatar


posticon Posting pada: 26-09-08 13:17


saya rasa zakat yang paling tinggi kat kelantan RM7.60...
ingatkan baju saja org minta diskaun...zakat pun ada..

Bookmark and Share

    


  Member Information For wawa0605Profil   Hantar PM kepada wawa0605   Quote dan BalasQuote

zam_rizal
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 31
Posting: 1535
Dari: Terengganu+Selangor

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 26-09-08 21:27


Aih...nak bayar zakat pun nak diskaun jugak ke..siap maki lagi Kalau tak dapat..time beli baju raya beratus2 ringgit tak ada pula nak maki2 begitu Kalau tak dapat diskaun...pelik dah dunia ni... :roll:


-----------------
:: Salam Persaudaraan Untuk Semua :) ::


Bookmark and Share

    


  Member Information For zam_rizalProfil   Hantar PM kepada zam_rizal   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 26-09-08 22:31


haa..semua nak diskaun..agaknya baru lepas serbu sale kat mana-mana..lagi-lagi dekat-dekat nak raya ni harga runtuh..tu yang akal jadi tak waras sampai zakat yang da cukup minima ni pun nak di diskaun kan...pelek..pelek..

Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

mazri
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.07.2008
Ahli No: 34011
Posting: 118
Dari: Bumi Darul Sunnah

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 26-09-08 22:46


Memang tak rasional punya manusia. Bayar zakat yang tak sampai RM10 ni pun nak minta diskaun ke? Bukannya boleh jadi miskin pun. Kalau nak sangat dapat diskaun, pergilah minta diskaun masa nak beli baju raya. Lagi bagus apa.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mazriProfil   Hantar PM kepada mazri   Pergi ke mazri's Website   Quote dan BalasQuote

Franz
Warga 1 Bintang
Menyertai: 31.01.2005
Ahli No: 14009
Posting: 26
Dari: rumah Sewa @ Kolej 13..uhuks

Sabah  


posticon Posting pada: 28-09-08 07:28


hem..zakat kena diskaun..uhu..macam sale saja..
tapi dari satu sudut.. kita andaikan makcik tu tak faham tentang konsep zakat seperti sahabat 2 tahu.. blur..bingung..

in da other hand, amil tu memang da 'choosen one'..(hehehe) semoga kesabarannya mendapat gnjaran Ilahi.. (Innallaha ma'as sobirin)..

Bookmark and Share

    


  Member Information For FranzProfil   Hantar PM kepada Franz   Quote dan BalasQuote

Nil
WARGA SETIA
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20136
Posting: 435
Dari: Temerloh

Pahang  


posticon Posting pada: 28-09-08 12:27


Pada 26-09-08 10:15 , ardani posting:

!!! QUOTE !!!

entah nyee.
mungkin makcik 2 ada masalah agaknya..
selepas ini cadangan untuk ppz lah...naikkan zakat jadi RM10..lepas itu kasi diskaun sampai jadi RM 5.20 lek..heheheh


Hehehe, nak tergelak lah pulak cadangan ardani ni, hehe...tapi boleh jugak ye

Bookmark and Share

    


  Member Information For NilProfil   Hantar PM kepada Nil   Quote dan BalasQuote

alwalid
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2004
Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 28-09-08 14:24


Pada 26-09-08 09:14 , eniliana posting:

!!! QUOTE !!!

huhuh berapa hengget lah sangat nak baya tu sampai nak mintak2 diskaun...

isk isk... pergi main boling....lepak mamak pun da berapa banyak habis...tak kisah...
ni yang beberapa hengget dan pun berkira...isk isk


haah
tu kalau buat cek list untuk raya berapa habis tak pasal2 malu berguling2 huhuhuhuhu

p/s: seframe boling pun dah 8 hengget (tengok tempat lah)....eniliana ni selalu main ke??????huhuhuhu


-----------------
"Let Allah be the ruler over your hearts"


Bookmark and Share

    


  Member Information For alwalidProfil   Hantar PM kepada alwalid   Pergi ke alwalid's Website   Quote dan BalasQuote

lebai_y2k
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.09.2003
Ahli No: 3792
Posting: 176
Dari: Pokok Sena

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 29-09-08 01:52


apa pun tahniah kepada amil tu,sabar betul dia...kalau sstgh org,kena maki depan org ramai,"meletup" juga...

Bookmark and Share

    


  Member Information For lebai_y2kProfil   Hantar PM kepada lebai_y2k   Quote dan BalasQuote

unanjaga
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.08.2008
Ahli No: 34507
Posting: 190
Dari: Batu Pahat,Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 29-09-08 09:52


Dunia manusia ini pasti akan kita temui kecelaruan iman nya,lalu bila mana ia terjadi akan kita lihat ada sebahagian manusia itu akan begitu berkira dengan urusan wang ringgit,berharap kita tak termasuk dalam golongan yang mendewakan wang ringgit dalam saat kehidupan ini...iman yang bernadikan pada cinta dunia yang melampui batas.

Bookmark and Share

    


  Member Information For unanjagaProfil   Hantar PM kepada unanjaga   Pergi ke unanjaga's Website   Quote dan BalasQuote

akhie_muzam
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.11.2004
Ahli No: 12458
Posting: 210
Dari: ukm, kelate

Kelantan  


posticon Posting pada: 29-09-08 13:38


Mungkin masalahnya dalam masalah ini adalah mak cik tu ada masalah... hehehe...

Bookmark and Share

    


  Member Information For akhie_muzamProfil   Hantar PM kepada akhie_muzam   Quote dan BalasQuote

rdwira
WARGA SETIA
Menyertai: 22.09.2007
Ahli No: 31169
Posting: 999
Dari: KL

uganda   avatar


posticon Posting pada: 29-09-08 13:46


deteled .. ampunn... tersalah ID .. ni lah jadi nya kalau asek merembat laptop org :lol:

~~ eniliana


-----------------
http://sukatolong.wordpress.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For rdwiraProfil   Hantar PM kepada rdwira   Quote dan BalasQuote

Penama
Deleted User


posticon Posting pada: 29-09-08 13:57


Pada 28-09-08 14:24 , alwalid posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 26-09-08 09:14 , eniliana posting:

!!! QUOTE !!!

huhuh berapa hengget lah sangat nak baya tu sampai nak mintak2 diskaun...

isk isk... pergi main boling....lepak mamak pun da berapa banyak habis...tak kisah...
ni yang beberapa hengget dan pun berkira...isk isk


haah
tu kalau buat cek list untuk raya berapa habis tak pasal2 malu berguling2 huhuhuhuhu

p/s: seframe boling pun dah 8 hengget (tengok tempat lah)....eniliana ni selalu main ke??????huhuhuhu



isk isk.. off topic:

saya tak reti main boling.... saya cuma selalu jadi dayang (hulurkan air) saja waktu raja dihati(asben) nak main boling... :-P



Bookmark and Share

    


  Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 29-09-08 16:04


masyaALLAH sampai hati perempuan tu memaki amil dengan perkataan2 bodoh semua...apa lah salah amil itu...bukan duit untuk dia pun...apa nak jadi lah zaman ini....

masyarakat semakin rosak!!!! dah hilang akal ke??

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 35
Posting: 1798

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 30-09-08 22:16


rasanya lah... kankankan

makcik ni ingat dia tengah kautim barang jual kat bazar ramadhan

tak pun dia baru perasan dia tak cukup duit nak beli tiket balik kg...

tak pun dia tersilap bawa beg tangan & nak buat tambang balik tak lepas

tak pun dia tengah 'bulan mengambang' emosi tak stabil lah manjang

tak pun amil tu tak jelaskan betul-betul pasal zakat ni kat dia- maklum baru cuba nak bayar sendiri kali pertama

rasanya lah....

** baik sangka saja....

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurkamarProfil   Hantar PM kepada nurkamar   Pergi ke nurkamar's Website   Quote dan BalasQuote

Ustadz
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2006
Ahli No: 25025
Posting: 774
Dari: Kandang Kambing

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 02-10-08 17:33


na'uzubillah..zaman sekarang ni terlalu banyak 'option' yang diberikan sampai perkara agama pun nak tawar menawar..taubatlah kita semua..akhir zaman ni semakin banyak orang-orang bodoh dan semakin sedikit para ulama'..

Bookmark and Share

    


  Member Information For UstadzProfil   Hantar PM kepada Ustadz   Pergi ke Ustadz's Website   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 03-10-08 23:26


Pada 29-09-08 13:46 , rdwira posting:

!!! QUOTE !!!

deteled .. ampunn... tersalah ID .. ni lah jadi nya kalau asek merembat laptop org :lol:

~~ eniliana



Assalamualaikum

lorr..watpenye kak eni tak delete jeq terus..huhu..tak payah tetulih lagi deleted..kelakar lah pulak... :lucu:



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

nurzakiah
Warga Rasmi
Menyertai: 06.10.2008
Ahli No: 35252
Posting: 13
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 08-10-08 09:36


tak patut betul perempuan 2 minta diskaun..berapa ringgit lah sangat zakat 2...lainlah Kalau miskin...benda lain yang lebih mhal dr zakat 2 tak apa pula nak beli.

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurzakiahProfil   Hantar PM kepada nurzakiah   Quote dan BalasQuote

Penama
Deleted User


posticon Posting pada: 08-10-08 11:25


Pada 03-10-08 23:26 , sayatetapsaya posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 29-09-08 13:46 , rdwira posting:

!!! QUOTE !!!

deteled .. ampunn... tersalah ID .. ni lah jadi nya kalau asek merembat laptop org :lol:

~~ eniliana



Assalamualaikum

lorr..watpenye kak eni tak delete jeq terus..huhu..tak payah tetulih lagi deleted..kelakar lah pulak... :lucu:



er..dah try tapi tak boleh... ada button edit saja... tak ada button delete... dah tu lepas edit letak perkataan -deleted saja...dia tuntut sekurang2nya 10 patah perkataan... isk isk ..tu yang keluar ayat hikmat tu



Bookmark and Share

    


  Quote dan BalasQuote

izzahtulsakinah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 28.11.2006
Ahli No: 27515
Posting: 112
Dari: Selangor

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 08-10-08 16:06


erm..teruk-teruk ingat ini pusat membeli belah agaknya..ada diskaun..setahun hanya sekali saja..tu baru zakat fitrah dah minta diskaun.macammaner pulak dengan zakat harta.nak diskaun jugak ke?.

seorang muslim yang beramal dengan ilmu dapat membezakan dirinya dengan muslim yang kurang ilmu.

Bookmark and Share

    


  Member Information For izzahtulsakinahProfil   Hantar PM kepada izzahtulsakinah   Pergi ke izzahtulsakinah's Website   Quote dan BalasQuote

triptofana
WARGA SETIA
Menyertai: 22.02.2005
Ahli No: 14611
Posting: 639
Dari: sElaNgoR

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 08-10-08 16:16


macam-macam perangai orang zaman sekarang ni....
nampak sangat tak ikhlas bayar zakat, siap minta diskaun lagi!

Bookmark and Share

    


  Member Information For triptofanaProfil   Hantar PM kepada triptofana   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.134775 saat. Lajunya....