Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Allah SWT memberikan kita dua telinga, dua mata, satu mulut dan otak di tengah antaranya, mesti bersebab. Dengar dan lihat kanan kiri, timbang dengan otak.
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 264
Ahli: 0
Jumlah: 264




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 9 jam, 21 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Sampaikan
Topik: Keselamatan Pulang Berhari Raya


Carian Forum

Moderator: Administrator, limah
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Sampaikan
    »» Keselamatan Pulang Berhari Raya

Please Mendaftar To Post


Oleh Keselamatan Pulang Berhari Raya

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 20-09-08 07:22


Assalamualai kum wbt dan salam ukhwahfillah

Suasana balik kampung terasa lagi. Warga2 perantau di kota akan pulang berhari raya di kampung masing-masing. Ada yang balik dengan bas, kereta dan motor. Tidak kurang juga dengan kapal terbang dan kereta api. Saya mengambik peluang di sini mengucapkan selamat berhari raya di kampung.

"Selamat Pulang Ke Kampung, Ingatlah Orang Yang Tersayang"

Sejajar dengan itu, suka saya berkongsikan sedikit tip dan pedoman kepada kita agar kepulangan kita ke kampung selamat. Kebanyakan tip-tip dan panduan ini berdasarkan Pihak Berkuasa Malaysia seperti Lembaga Lebuhraya Malaysia, Polis, JPJ dan lain-lain

Mohd Zubairy Shamsudin
Jurutera Keselamatan dan Kesihatan Persekitaran


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 20-09-08 07:25


8 Petua Keselamatan Jalan Raya

Rancang perjalanan anda terlebih dahulu. Jika anda letih, mengantuk, mabuk atau tidak fokus, tangguhkan perjalanan anda.

Sentiasa ikut had laju yang ditentukan.

Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.

Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning dan beri keutamaan kepada pejalan kaki.

Elakkan daripada mengekori kenderaan lain pada sepanjang masa kerana ini sering menjadi punca kemalangan yang serius.

Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika teragak-agak.

Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan sahaja biadap tetapi membahayakan semua pengguna.

Elakkan mencelah di antara kenderaan kerana ini membahayakan keselamatan anda dan orang lain.


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 20-09-08 07:27


Jangan ekori kenderaan depan

Jangan ekori kenderaan di depan ataupun memandu terlampau hampir. Sebagai pemandu, anda tidak mungkin dapat bertindak mengelakkan pelanggaran dalam keadaan kecemasan.

Jika anda di lorong laju, dan pemecutan kereta anda dihalang oleh kereta yang lebih lambat, anda hanya perlu pancarkan lampu depan kereta anda untuk menandakan hak kelancaran perjalanan anda.

Jangan sekali-kali mengekori seseorang pemandu lain kerana ingin menakutkannya - kerana ini akan menjadikannya terasa cemas ataupun membawa keretanya dengan lebih perlahan lagi.

Mengekori kereta depan cuma membahayakan diri anda serta orang lain - jadi elakkan daripada mengikuti kereta depan terlampau dekat.


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 20-09-08 07:29


Keselamatan Penunggang Motosikal

Hendak mencelah atau sayangkan nyawa?

Perbuatan bertukar-tukar lorong dan memotong keluar masuk trafik disifatkan sebagai mencelah-celah.

Membawa motosikal secara mencelah-celah amat merbahaya, Malah pemandu motosikal profesional tidak mengesyorkan perangai sebegini di jalan raya.

Keadaan di jalan raya yang tidak menentu, serta tindakan pengguna jalan raya yang lain tidak boleh diramal memang menambah lagi bahaya perbuatan mencelah-celah ini.

Ingat: motosikal anda hanya diimbangkan atas sepasang roda, dan maka itu amat mudah tumbang. Sebiji batu, lopak bertakung, malah keadaan jalan yang berminyak pun boleh menyebabkan anda hilang kawalan.

Perbuatan mencelah-celah tidak akan membawa anda ke tempat yang dituju dengan lebih cepat. Malahan ia membahayakan orang lain. Bersabarlah. Jangan asyik bertukar-tukar lorong.


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 20-09-08 07:31


Selingan Kempen Keselamatan Jalan Raya

" PANDU, TUNGGANG DAN JALAN DENGAN SELAMAT "

" BERHATI-HATI DAN BERTIMBANG rasa DI JALAN RAYA "


Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 20-09-08 07:32


Berhenti ketika Merah

Merah maksudnya berhenti; kepada ramai penunggang motosikal ia amat melecehkan, kononnya membazir masa. Mereka ini tidak sedar bahawa lampu merah itu sebenarnya pelindung mereka.

Ramai penunggang motosikal mati katak kerana enggan berhenti ketika lampu bertukar merah. Jangan menyumbang nyawa anda kepada statistik ini.

Walaupun tiada kenderaan lain di jalan raya, selalu ingat bahawa perbuatan tidak berhenti di lampu merah adalah suatu kesalahan di sisi undang-undang.

Jadi, perlahankan motosikal ketika lampu kuning dan berhenti ketika ia merah. Bersabar seminit dua, dan lanjutkan hidup anda.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 20-09-08 07:34


sesiapa yang ada tip2 boleh lah berkongsi bersama. dan juga sesiapa yang ingin bercerita tentang pengalaman masing-masing juga dialu2kan. Terutama yang balik ke kampung dengan motorsikal. rasanya ramai yang akan pulang ke kampung dengan konvoi bermotorsikal.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 20-09-08 10:31


Assalamualaikum
tips yang berguna dari saya...berdasarkan pengalaman..

cuba elakkan mengembara pada waktu petang..terutama dah dekat maghrib...sebab otak time tu memang sangat low pitch...terlalu mudah untuk mengantuk...silap² 'hilang dalam ramai' nanti...pernah saya memandu...masa tu dekat 170km/j jugak, siap nyanyi kuat² lagi dalam kereta (kononnya taknak mengantuk lah ni..jangan tiru perbuatan yang tak elok ni.. :jangan: ) tapi tetap ada seseken dua seken tu saya terlelap..memang bahaya...jadi, cubalah elakkan memandu di waktu petang...



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 20-09-08 10:36


memang berguna tip yang daeng jati bagi ni.. saya seorang pemandu yang agak slow sikit sebab saya memang tak suka bawa laju2.. sabtu depan saya akan memulakan perjalanan pulang ke kampung sesudah subuh kerana itu waktu yang tak berapa jem.. tapi tak tahu lah juga musim2 raya ni.. bawa kereta seorang-seorang tidur kena cukup.. badan kena rehat lebih awal.. doakan perjalanan pergi dan balik selamat ke destinasi.. insyaAllah

Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

areyien
Warga 4 Bintang
Menyertai: 11.07.2008
Ahli No: 34006
Posting: 168
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 20-09-08 10:54


erm kalau kita balik kampung naik bas, boleh tak kita bagi driver bas tu baca dulu tips dari daeng ini...hehe...
mungkin ada sesetangah driver bas yang tak tahu tips jaga keselamatan di jalan raya... :-D


-----------------
Insan yang mulia ialah insan yang selalu mengakui kelemahannya.


Bookmark and Share

    


  Member Information For areyienProfil   Hantar PM kepada areyien   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 20-09-08 10:59


Pada 20-09-08 10:54 , areyien posting:

!!! QUOTE !!!

erm kalau kita balik kampung naik bas, boleh tak kita bagi driver bas tu baca dulu tips dari daeng ini...hehe...
mungkin ada sesetangah driver bas yang tak tahu tips jaga keselamatan di jalan raya... :-D



kalau driver tu sporting moting tak mengapa lah areyien... kalau yang tak sporting ni yang payah sikit. silap haribulan kita yang kena marah sebab memandai nasihat kat dia..



Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 22-09-08 13:09


hmm... pemandu berhemah namaya tu daeng... :sopan:
jangan jadi pemandu berhemo dah lah ek... :jangan:

hmm.. kalau untuk perjalanan jauh, sebolehnya carila teman untuk balik sekali.. supaya, bila teman nak berburak...
dan si peneman, janganlah pula asik nak pergi ziarah sedara-mara di bulan (tidur lah tu gamaknya).. tolong2lah segarkan kawan.. agar lancar pemanduannya...

p/s: ingatlah orang yang anda dan mereka sayang..:kelip:

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 22-09-08 13:33


Satu pedoman yang hendak pulang bermotorsikal, pastikan anda semua membawa tiub tayar spare dan alatan nak menukar tayar. Jangan lupakan pam mudah alih, ini adalah satu alatan paling penting untuk penunggang motorsikal.

Selain itu, ketika hujan lebat seeloknya berhenti dahulu kerana kenderaan besar seperti kereta tidak dapat melihat secara efektif para penunggang motorsikal.

Sekiranya hujan rintik2 dan sederhana, pastikan anda mengendalikan motor dengan baik kerana jalan tar berada ditahap kelicinan yang maksima ketika hujan yang sedikit. Ini adalah kerana ketika jalan tar basah dek sebabkan hujan yang sedikit, minyak2 yang ada di jalan akan basah dan licin tetapi tidak mengalir, amat merbahaya kepada penunggang motorsikal.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

sadiqah

Menyertai: 14.04.2005
Ahli No: 15800
Posting: 684
Dari: Tawau_KL_tawau_pjaya

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 22-09-08 13:34


erm, kena bagitau dengan pilot MAS ni..

Bookmark and Share

    


  Member Information For sadiqahProfil   Hantar PM kepada sadiqah   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 22-09-08 14:06


Pada 22-09-08 13:34 , sadiqah posting:

!!! QUOTE !!!

erm, kena bagitau dengan pilot MAS ni..


:lucu: :lucu: :lucu:
jangan lupa suruh dia bawa tayar eroplen spare sekali..nanti tak boleh mendarat kalau tayarnya pancit...

macam mana nak bawa tiub spare eh..macam tak muat jeq bawah seat motor tu..ke nak buat macam vespa tu...



yang tayar dia ubuh kat belakang tu..huhu... :-D malu eden..malu..takpun bawa jeq tayar spare kat celah pinggang tu..macam ni..



co-pilot suka pergi mulan..tak dapat nak elak...tak sayang sungguh mereka pada pilot mereka tu... :sopan:

P/S : kalau dah memang trebelnye pergi sensowang, nak cawi teman kat mana ek.. :berfikir: ambil kat stesen bas lah agaknya..cari sesiapa yang tertinggal bas..hoho... :-P



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 22-09-08 14:15


Pemeriksaan Asas Kereta

1.Pemeriksaan Keliling Kenderaan

Kedudukan Kenderaan
Kerosakan Kenderaan
Kebocoran
Roda Dan Rim
Tayar
Tangki Minyak

2.Pemeriksaan Ruang Enjin

Periksa Paras Minyak Enjin
Kebocoran
Sistem Elektrik
Brek

3.Memeriksa Ruang Memandu

Pintu
Brek Meletak Kenderaan (Hand Brake)
Lampu-lampu Amaran
Peralatan Keselamatan Dab Kecemasan
Cermin

4.Semasa Kenderaan Tidak Bergerak

Hidupkan Enjin
Peralatan Dan Penunjuk Paras
Penunjuk Paras Minyak
Hos
Lampu Isyarat
Stereng
Brek Dan Lain-lain


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 22-09-08 14:23


kalau tayar kereta tu bocor,agak bahaya tak kalau kita just tampal saja? rasanya kalau nak tukar tayar baru,mahu kena beratus2 jugak ni..

Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 22-09-08 14:25


Assalamualaikum
tengok jenis tayar..jika tayar tubeless..macam kebanyakan kereta dan motor sekarang..tampal jeq...kalau nak tukar..tunggu time bunga tayar dah betul² (agak-agak) botak..baru tukar..jangan tukar macam tu jeq..membazir...



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 22-09-08 14:30


Pada 22-09-08 14:25 , sayatetapsaya posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum
tengok jenis tayar..jika tayar tubeless..macam kebanyakan kereta dan motor sekarang..tampal jeq...kalau nak tukar..tunggu time bunga tayar dah betul² (agak-agak) botak..baru tukar..jangan tukar macam tu jeq..membazir...




thanks sayatetapsaya.. saya sebenarnya confius jugak samaada nak tukar atau tak.. rasanya tunggu lah agak-agak botak,baru tukar kan...



Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 22-09-08 14:38


Assalamualaikum
tengoklah dulu jenis tayar tu ye..kalau jenis bertiub...better tukar..tapi rasanya kalau tayar kereta sekarang..memang tubeless..satu lagi, sebelum memandu pulang..pastikan angin tayar mencukupi..kalau tak, bahaya dan boleh mengakibatkan kemalangan...P.D tak terangkan secara detail mengenai ni..dia hanya terangkan mengenai kebocoran jeq..apapun, kebocoran tayar adalah sejenis kebocoran yang perlu diberi perhatian jugak..bukan kebocoran minyak atau air radiator semata...

P/S : nak tukar tayar memang tak murah..hari tu saya tukar tayar kereta saya..habis RM500... :cry:



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

PUTERI_FUZA
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.07.2003
Ahli No: 1975
Posting: 201
Dari: Perth, Australia

australia  


posticon Posting pada: 22-09-08 14:43


kepada semua pemandu, memandulah dengan berhemah...
ingat lah orang tersayang..

Bookmark and Share

    


  Member Information For PUTERI_FUZAProfil   Hantar PM kepada PUTERI_FUZA   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 22-09-08 14:53


lagi satu, jangan lah nak berlagak beli tayar dari eropah, memang tak sesuai langsung tayar sana dengan sini...


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 22-09-08 14:59


Pada 22-09-08 14:53 , Daeng_Jati posting:

!!! QUOTE !!!

lagi satu, jangan lah nak berlagak beli tayar dari eropah, memang tak sesuai langsung tayar sana dengan sini...



kereta produa saja daeng.. :malu: tak berbaloi nak tukar tayar cap eropah itu.. :-D ..



Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 23-09-08 20:04


hmm.. jazakumullahu khair daeng.. nanti lagi setahun ismi prektikkan ye.. :sopan:

uhukk... halesolurun_84... hmm.. barang buatan Malaysia juga bermutu... :sopan:

p/s: hmm..bukan co-pilot tu tak sayang pilotnya.. cumanya terlebih sayang, tu yang co-pilot tu menziarah sanak sedara di mulan.. nak agih2kan kasih sayang,,, :sopan::kelip:

p/s lagi: hepp..:jangan: tinggal bas ni sensitip.. jangan disebut... :jangan:

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 24-09-08 14:10


Assalamualaikum
uhuk....baru ku teringat..ada orang tu pernah kena tinggal dengan bas :sopan:

P/S : iyakah terlebih sayang..kiranya kalau pilot pergi sensama lebih baik lah kan..tu namanya..sayang menyayang kan... :jangan: lagi satu jangan pakai tayar buatan Mydin...huhu..walaupun dia buatan Malaysia..dia akan membuatkan rakyat Malaysia merana...

selingan jeq...

P/S lagi : halesolurun pakai tayar mahal sikit tak mengapa...yang penting, selamat sihat walafiat sampai ke tempat destinasi...cumanya jangan lah beli yang mahal sangat..hm..teringat semalam bila tanya engineer saya, berapa rege sejibik tayar ni..dia kata..RM1500 :-o mak aih..tayar jenis : Potenza..saiz : 17" gila kentang...



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 24-09-08 14:24


thanks to all.. semalam saya dah tukar tayar + servis sikit-sikit... jumlah rm700.. tu ada dalam pakej..huh agak berpeluh jugak lah tu.. lepas saja servis kereta semalam ada mamat mana entah pakai satria GTI itam duduk cucuk2 kereta saya.. angin saja tau..

Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 24-09-08 14:40


halesolurun, lain kali kalau ada kerete cucuk belakang tu, cuba buat-buat brek.... tengok apa reaksi dia. Itu saja cara nak ajo urang yang kurang ajo kat jalan raya ni. Tak pun pikio saja lah, yang dia nak terberanak

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 24-09-08 14:43


Pada 24-09-08 14:10 , sayatetapsaya posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum
uhuk....baru ku teringat..ada orang tu pernah kena tinggal dengan bas :sopan:

siapakah gerangan orang itu ye...? :berfikir:

saya kalau setakat tertinggal bas sekolah tu dah biasa lah zaman dulu-dulu, tapi kena tinggal bas masa balik raya tak pernah :jangan:

malang betul ye siapa yang kena tinggal tu, uhuk uhuk

p/s: kalau nak selamat, sangat-sangat selamat, tak payah lah balik raya, senang saja... ok tak? ;-)


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  


posticon Posting pada: 24-09-08 16:16


sebut pasal tayar ni, maybe ramai yang tak tau. tayar ni ada hayat nya iaitu 4 tahun dr tarikh keluar kilang bukan tarikh kita beli.... nak tau tarikh pengeluaran rujuk pada tayar. ada tulis contoh (kalau tak silap, dah lupa) 1204. 12 bmaksud mggu ke 12 dalam tahun 2004. tapi ramai yang pakai sampai tyr botak. nak tahu tayar botak senang saja, letak syiling 20sen di celah bunga tayar kalau dah boleh nampak pkataan sen, maknanya kena tukar lah tu.

bagi yang nak jalan jauh stanby air mineral dalam kereta, manalh tau kot2 radiator ada masalah. yang penting servi kenderan sebelum bertolak..

Bookmark and Share

    


  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 24-09-08 17:26


bila sebut pasai tayar ni, teringat teman dengan konsep Resonan yang mana dengan ada 2 gelombang yang sehaluan bila bergabung akan menjadikan gelombang yang beso contohnya Tsunami. Bagi konsep tayar pula, bila kita bawa laju dan ada bonggol di jalan raya, kereta akan melambung tinggi dek sebabkan Resonan berkenaan. Konsep Fizik gelombang heheheheheh

oleh itu bawaklah kereta dan motor dengan hati-hati. Yang naik bas tu, jika kalian duduk belakang sekali akan merasekan pantulan daya yang kuat, kalau ada bonggol ke apa ke, kome yang duduk belakang rasa gegaran yang maksima heheheheheh

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 24-09-08 17:29


Dan sesiapa yang menaiki bas pastikan kalian mengikat atau mengukuhkan kedudukan (Secure) beg2 anda sebaik mungkin sekiranya ingin meletakkan beg di atas bagasi atas bas, ditakuti sekirenye bas membelok secara tiba-tiba ataupun mengejut, beg2 tadi tidak terjatuh dari bagasi tersebut. Ni adalah kerene ditakuti beg2 berat kita akan menghempap urang yang duduk di bawahnye. Boleh bawa kecederaan yang teruk kalau tak bernasib baik

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Fattul_Bari
Warga 3 Bintang
Menyertai: 23.09.2008
Ahli No: 35124
Posting: 100
Dari: NEGERI PASIR DUA BUTIR

turkey   avatar


posticon Posting pada: 24-09-08 17:36


selamat pulang ke kampung kepada warga ukhwah.jangan mengantuk bila memandu pastikan insan tersayang menemani anda supaya banyak berbual ketika memandu.AWAS! Tangan jangan merayap,membahayakan pemandu lain...huhuhuhuhu!
:lucu: :lucu: :lucu: :lucu: :lucu:

Bookmark and Share

    


  Member Information For Fattul_BariProfil   Hantar PM kepada Fattul_Bari   Quote dan BalasQuote

amira_aqilah
WARGA SETIA
Menyertai: 28.11.2005
Ahli No: 20523
Posting: 900
Dari: planet bumi

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 24-09-08 17:41


jadinya..berhati2lah di jalan raya, udara, laut dan sebagainya..

Bookmark and Share

    


  Member Information For amira_aqilahProfil   Hantar PM kepada amira_aqilah   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 11-09-09 08:06


As salamualaikum wbt dan Salam Ukhwahfillah

Suasana balik kampung kian terasa kembali, oleh itu bersamalah kita mengikuti pedoman-pedoman berikut.

Sebarang tambahan amat dialu-alukan


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 11-09-09 10:40


Selamat balik kampung dengan selamat..
pandu cermat jiwa selamat..

tahun ni,agak tergesa2 juga nak balik kampung..
tak dapat cuti lama... :-(



Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 11-09-09 10:47


Pada 24-09-08 14:24 , halesolurun_84 posting:

!!! QUOTE !!!

thanks to all.. semalam saya dah tukar tayar + servis sikit-sikit... jumlah rm700.. tu ada dalam pakej..huh agak berpeluh jugak lah tu.. lepas saja servis kereta semalam ada mamat mana entah pakai satria GTI itam duduk cucuk2 kereta saya.. angin saja tau..

Baru sekarang teman tau Kenapa satria GTI tu cucuk2 belakang, rupanya kerana kereta perodua tu mempunyai eksos yang beso yang mengajak lumber, sebab tu dia kejo..


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 11-09-09 10:52


SEBELUM PERJALANAN

Pelan Pengurusan Perjalanan

• Mengenal pasti jalan yang digunakan serta lokasi untuk berehat
• Makan dan rehat secukupnya sebelum perjalanan
• Elakkan pemanduan pada malam hari dan mulakan perjalanan anda pada awal pagi
• Periksa kenderaan anda sebelum perjalanan
• Pastikan anda membawa bersama “Peti Kecemasan” ketika dalam perjalanan.

PERMULAAN PERJALANAN

Pakai Tali Pinggang Keselamatan

• Pastikan pemandu and penumpang telah memakai tali pinggang dengan sempurna sebelum mulakan perjalanan.
• Selaraskan tempat duduk, cermin pemandangan belakang, and cermin sisi kenderaan bersesuaian dengan pemanduan dan jarak perjalanan anda

DALAM PERJALANAN

Semasa dalam pemanduan, pastikan;

• Tidak menggunakan telefon bimbit (menghantar atau membaca teks SMS. atau mengunakan telefon bimbit tanpa “hand free”.
• Memandu pada tahap kelajuan yang telah ditetapkan.
• Sesuaikan kelajauan mengikut keadaan (cuaca, jalanraya dan sebagainya)

SEMASA KECEMASAN

Semasa kecemasan atau kemuskilan hubungi;

• PLUSLine = 1800-88-0000
• AAM = 1800-88-0808
• TALIAN KECEMASAN = 999


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Prof_Muslim

Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 17-09-09 08:33


Selamat Pulang ke Kampung dan berhati-hati untuk semua warga Ukhwah yang khususnya akan membuat pemanduan.

Salam Asa Salamah...


-----------------


::> Produk Halal Tanggungjawab Bersama


Bookmark and Share

    


  Member Information For Prof_MuslimProfil   Hantar PM kepada Prof_Muslim   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.133276 saat. Lajunya....