Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
.....dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.
-- Yusuf: 12

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 184
Ahli: 0
Jumlah: 184




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 21 jam, 8 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: kopiah raihan-tak sah solat?


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» kopiah raihan-tak sah solat?

Please Mendaftar To Post


Oleh kopiah raihan-tak sah solat?

amancalledboy
Warga 3 Bintang
Menyertai: 06.07.2008
Ahli No: 33940
Posting: 128
Dari: bumi Allah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 16-09-08 10:40


Assalamualaikum

saya ad terima 1 emel...tapi saya still lagi was2..saya cetek ilmu agama ni..nak ty sahabat2 yang arif..minta tolong jelas kan..

p/s:-saya paste kan emel yang saya dapat..

semalam saya menemani sepupu saya berkunjung ke rumah tuan guru beliau di Banting, Selangor.
sepupu saya ni seorang hafiz (orang yang menghafal Al-Quran) yang kini menuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir.

kami pergi bertiga, bersama rakan sepupu saya, Mohd Nazir yang juga seorang hafiz.
lepas solat fardhu zohor di masjid At-Taqwa Banting, kami pun berangkat ke rumah tuan guru.
tuan guru tersebut bernama Ustaz Misnan, beliau merupakan pengetua Markas Tahfiz Selangor.

kebetulan rakan sepupu saya memakai kopiah yang ada bonjol dia atasnya (orang panggil kopiah tu kopiah raihan)..
sesampainya di rumah beliau,ustaz misnan bertanya kepada nazir...'di Mesir tak ada orang tegur kamu pakai kopiah tu?'
nazir menjawab..'tak ada ustaz..Kenapa? '
'kopiah tu dah jatuh najis..tak boleh di pakai buat solat...'
kami bertiga terkejut dengan kenyataan ustaz misnan..kami bertanya Kenapa boleh sampai jatuh najis pulak..?
ustaz misnan menjelaskan ilmu fiqh berkaitan perkara tersebut..

ustaz misnan menjelaskan bahawa kopiah jenis itu diperbuat daripada bulu kambing yang diimport dari Australia .
semasa mereka mendapatkan bulu kambing,mereka tak sembelih pun kambing tu..just shave saja bulu kambing tu hidup2..
mengikut hukum fiqh, bulu binatang yang belum disembelih jika tertanggal dari badan binatang tersebut, dianggap sebagai bangkai..
kalau bangkai, dah tentulah hukumnya jatuh najis jika di bawa bersolat..
ustaz misnan juga memiliki kopiah jenis itu..lalu dia buat demo dengan membakar kopiahnya dengan lighter..memang bau rambut terbakar..sahlah itu memang bulu kambing..

maka dengan itu, bukan setakat bulu kambing,kalau ada bulu kucing atau burung yang melekat pada pakaian, hendak lah dibersihkan bebelum bersolat.
tidak perlu dibasuh pakaian itu..cukup sekadar menyingkirkan bulu binatang itu dari melekat pada pakaian,itu saja..tak susah.

mungkin ramai yang tahu tentang ini..sekadar berkongsi.

Bookmark and Share

    


  Member Information For amancalledboyProfil   Hantar PM kepada amancalledboy   Quote dan BalasQuote

mizie_hafiz80
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3144
Posting: 928
Dari: Malaysia

saudiarabia  


posticon Posting pada: 16-09-08 10:50


Memang tak sah... Tu pun kalau ada tahi cicak kat atas kopiah tu... :-D


-----------------
Kerbau adalah kerbau... Lembu adalah lembu... Kambing adalah kambing... Dan..., Aku adalah aku...


Bookmark and Share

    


  Member Information For mizie_hafiz80Profil   Hantar PM kepada mizie_hafiz80   Quote dan BalasQuote

guelderose
Warga 4 Bintang
Menyertai: 30.05.2006
Ahli No: 24616
Posting: 336
Dari: Ayer Keroh

Kelantan  


posticon Posting pada: 16-09-08 11:46


betul ke?hmm..bagaimana agaknya kalau baju bulu biri2 tu macam mana pula?


-----------------
pregnancy


Bookmark and Share

    


  Member Information For guelderoseProfil   Hantar PM kepada guelderose   Quote dan BalasQuote

hyekal
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.01.2006
Ahli No: 21857
Posting: 235
Dari: bndar diRaja

Perak   avatar


posticon Posting pada: 17-09-08 07:37


assalamualaikum,
minta dalil berkenaan bulu binatang mmbawa kepada batalnya solat...
kerana saya pun pernah dengar tentang pkara ini, cuma belum dapat dalil jelas ttgnya lagi..

begitu juga dalil tentang bulu binatang trsbut adalah bangkai.

Allahu jazikum bikher.. amin

Ps: mizie, thi cicak ada khilaf yang mengatakan ia bukan najis yang boleh mmbatalkn solat.. :)
:)


-----------------
Wallahua'lam.
isLam terbina atas lima perkara,tetapi
mujtamak terbina atas SATU kesepakatan..


Bookmark and Share

    


  Member Information For hyekalProfil   Hantar PM kepada hyekal   Quote dan BalasQuote

sunan-faqih
Warga 5 Bintang
Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2338
Posting: 366
Dari: ::Hulu Klang, Selangor::

Perak   avatar


posticon Posting pada: 17-09-08 08:31


Ana copy paste dari Laman Blog Fiqh Sunnah - Bab Pembahagian Najis

!!! QUOTE !!!

Termasuk juga dalam kategori bangkai ialah apa yang diambil daripada sesuatu yang masih hidup berdasarkan hadis Abi Waqid al-Laitsi katanya:

Rasulullah s. a. w telah tiba di kota Madinah. Ketika itu, baginda melihat orang ramai sedang memegang ketiak kambing dan bonggol unta. Sabda baginda: Sesuatu yang dipotong darjada binatang ketika hidup, ia termasuk bangkai. (Hadis riwayat Abu Daud, al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad dan al-Hakim. Beliau mensahihkannya dan dipersetujul oleh al-Zahabi. Al-Albani mensahihkannya dalam Sahih Sunan Abu Daud)

Al-Khattabi .h berkata:

Inilah hukum bagi daging binatang dalam keadaan anggotanya itu masih bercantum dengan badannya (diambil ketika masih hidup). Tetapi, TIDAK termasuk bulu yang dicukur, rambut dan sebagainya. Begitu juga masalah anjing yang dilepaskan lalu membaham sedikit daging binatang yang diburu itu sebelum disembelih atau panah yang dilepaskan mengenai sebahagian anggota buruan lalu jatuh bersama panah dalam keadaan dia masih hidup. Semua itu haram dimakan kerana jelas menunjukkan ia termasuk binatang yang masih hidup. Ini kerana, daging yang diambil dari binatang yang masih hidup dikira sebagai bangkai.†(Rujuk Ma’alim al-Sunan, jil. 4, masa. 272)


Juga hadis:

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ
تُصُدِّقَ عَلَى مَوْلَاةٍ لِمَيْمُونَةَ بِشَاةٍ فَمَاتَتْ فَمَرَّ بِهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ هَلَّا أَخَذْتُمْ إِهَابَهَا فَدَبَغْتُمُوهُ فَانْتَفَعْتُمْ بِهِ فَقَالُوا إِنَّهَا مَيْتَةٌ فَقَالَ إِنَّمَا حَرُمَ أَكْلُهَا

“Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas Radiallahuanhuma beliau berkata:

Hamba sahaya milik Maimunah .a diberi sedekah seekor kambing, lalu kambing itu mati. Tidak berapa lama Rasulullah sallallahu Alaihi Wasallam berjalan melintasi bangkai kambing itu. Baginda bersabda:

“Mengapa tidak kamu ambil kulitnya, kemudian kamu samak supaya kamu dapat memanfaatkannya.â€Mereka berkata: “Ia sudah menjadi bangkai.†Baginda bersabda: “Yang haram itu hanyalah memakannya.†(Hadis riwayat Muslim).

Rujukan:


Allahua'lam


-----------------
SEKRETARIAT K-FIQH
Layari www.k-fiqh.com
Like our page www.facebook.com/kfiqh


Bookmark and Share

    


  Member Information For sunan-faqihProfil   Hantar PM kepada sunan-faqih   Pergi ke sunan-faqih's Website   Quote dan BalasQuote

pejuang_terakhir
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2007
Ahli No: 30837
Posting: 533
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 17-09-08 08:43


yang ana belajor bulu binatang yang haram di makan saja najis bila bercerai waktu hidup.binatang yang halal tak ada lah pulak....selepas itu apa yang ana belajor dari kitab bidayatul mubtadi,bulu binatang yang berpelepah tidak najis bila bercerai selepas itu pulak lagi,bulu kucing pulak dimaafkan kerana ia adalah binatang yang berdamping dan manja jadi sukar untuk dielakkan....contohnya,andai masa kita solat jemaah kat masdid selepas itu tiba-tiba datang kucing gesel2 badan dia kat kita selepas itu lekatla bulu dia kat kita,jadi adakah kita perlu hentikan solat tersebut.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For pejuang_terakhirProfil   Hantar PM kepada pejuang_terakhir   Quote dan BalasQuote

sunan-faqih
Warga 5 Bintang
Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2338
Posting: 366
Dari: ::Hulu Klang, Selangor::

Perak   avatar


posticon Posting pada: 17-09-08 08:52


Berikut adalah jawapan dari JAKIM mengenai status bulu kucing :

Soalan : saya ada memelihara kucing di rumah saya..adakah sah sembahyang saya,jika kain sembahyang atau sejadah terdapat bulu kucing.Adakah bulu kucing ini dikategorikan sebagai najis?

Jawapan : Sah solat saudari kerana bulu kucing bukan najis..

sumber : http://baheis.islam.gov.my/web/musykil.nsf

Terdapat juga didalam riwayat yang lain, dimana seorang wanita membawa makanan hareesa kepada A'isyah ra. dan mendapati beliau sedang bersolat. A'isyah telah mengisyaratkan kepadanya agar dia meletakkan barangan tersebut dibawah. Kemudan seekor kucing datang dan makan sedikit darinya. Apabila A'isyah selesai bersolat, beliau makan makanan yang telah makan oleh kucing tersebut dan berkata :

إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : "إِنَّهَا لَيْسَتْ بِنَجَسٍ إِنَّمَا هِيَ مِنْ الطَّوَّافِينَ عَلَيْكُمْ وَقَدْ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَوَضَّأُ بِفَضْلِهَا
"'Rasulullah bersabda : Kucing bukanlah najis, malah dia adalah diantara mereka yang biasanya berada dikeliling kamu". Aku melihat Rasulullah melakukan wudhu' dengan air yang telah diminum oleh kucing" .

Bacaan lanjut beserta syarah:
Persoalan mengenai bulu kucing yang tertanggal


-----------------
SEKRETARIAT K-FIQH
Layari www.k-fiqh.com
Like our page www.facebook.com/kfiqh


Bookmark and Share

    


  Member Information For sunan-faqihProfil   Hantar PM kepada sunan-faqih   Pergi ke sunan-faqih's Website   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 17-09-08 10:50


Assalamualaikum
huh...lega...lega...diberi jawapan beserta dengan dalilnya...maklumlah...saya ni tak berapa tahu..bimbang juga...sebab saya memang suka pakai kopiah raihan tu..kalau tak..kenalah cari kopiah lain nampaknya.. 8-)



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

amancalledboy
Warga 3 Bintang
Menyertai: 06.07.2008
Ahli No: 33940
Posting: 128
Dari: bumi Allah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 17-09-08 11:24


salam..
syukran..tu lah..lega...baru nak bercita2 pakai kopiah raihan time raya ni.. :-D

nanti saya nak copy dalil2 tadi dan bagi kat member saya yang anta emel di hari itu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For amancalledboyProfil   Hantar PM kepada amancalledboy   Quote dan BalasQuote

hajime_kindaichi
WARGA SETIA
Menyertai: 24.12.2003
Ahli No: 5955
Posting: 575
Dari: Bumi Allah

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 17-09-08 14:39


boleh saja lah.. kalau tak boleh kenapa pulak raihan tu pakai

Bookmark and Share

    


  Member Information For hajime_kindaichiProfil   Hantar PM kepada hajime_kindaichi   Quote dan BalasQuote

areyien
Warga 4 Bintang
Menyertai: 11.07.2008
Ahli No: 34006
Posting: 168
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 17-09-08 14:45


Pada 17-09-08 14:39 , hajime_kindaichi posting:

!!! QUOTE !!!

boleh saja lah.. kalau tak boleh Kenapa pulak raihan tu pakai


betul...betul...betul...hehe :-D :-D


-----------------
Insan yang mulia ialah insan yang selalu mengakui kelemahannya.


Bookmark and Share

    


  Member Information For areyienProfil   Hantar PM kepada areyien   Quote dan BalasQuote

Amrizal
WARGA SETIA
Menyertai: 20.04.2004
Ahli No: 8529
Posting: 854
Dari: Bumi Allah nan Indah

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 19-09-08 12:21


Assalamualaikum

Saya dapat ni dari website mufti Brunai,,

Tidak najis jawapannya..



        BULU BINATANG - ADAKAH NAJIS ?

        (BILANGAN 152)


        Bismillah, Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu
        `Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah

    Islam menggalakkan penganutnya untuk sentiasa menjaga kebersihan, baik pada tubuh badan, pakaian dan lain-lain, lebih-lebih lagi ketika menunaikan ibadah seperti sembahyang. Bukan sahaja bersih daripada benda-benda najis malahan juga bersih daripada sebarang kekotoran. Pengertian kotor dan najis itu adalah berbeza pada pandangan syarak kerana setiap yang kotor itu tidak semestinya najis dan setiap yang najis pula adalah kotor. Umapamanya pakaian yang terkena lumpur,kuah kari atau kopi adalah kotor tetapi ia tidak najis.

    Berbalik kepada tajuk di atas iaitu bulu binatang adakah ia najis ataupun tidak? Apabila dilihat perihal bulu di zaman sekarang, memang banyak dimanfaatkan oleh manusia seperti dijadikan pakaian, alas, perhiasan, berus dan sebagai nya. Masalah yang timbul adakah ia boleh digunakan ataupun tidak dan adakah sah sembahyang ketika memakainya.

    Bulu binatang itu ada yang datangnya daripada binatang yang halal dimakan dagingnya dan binatang yang tidak halal dimakan dagingnya. Binatang itu pula ada yang disembelih dan ada juga yang mati bukan kerana disembelih (bangkai). Maka IRSYAD HUKUM kali ini meninjau lebih lanjut ketetapan hukum syarak mengenai perkara tersebut.

    

    BINATANG YANG HALAL DIMAKAN DAGINGNYA

    

    Bulu binatang yang halal dimakan seperti unta, lembu, kambing, arnab, ayam dan sebagainya, jika terpisah dari badannya sama ada dicabut, tercabut atau sebagainya ketika binatang itu hidup atau mati kerana disembelih maka adalah ia suci (tidak najis). Firman Allah Subhanahu Wata’ala yang tafsirnya :

    â€œDan (ia juga menjadikan bagi kamu) dari berjenis-jenis bulu binatang-binatang ternak itu, pelbagai perkakas rumah dan perhiasan (untuk kamu menggunakannya) hingga ke suatu masa.†(Surah An-Nahl ayat 80).

    Jika bulu binatang tersebut terpisah sesudah ia menjadi bangkai maka bulu binatang berkenaan adalah najis.

    Adapun anggota yang lain selain bulunya jika di potong atau dipisahkan dari badannya ketika binatang itu masih hidup ia dihukumkan sebagai bangkai, sebagaimana disebutkan dalam hadis daripada Abu Sa’id Al-Khudri Radiallahuanhu yang maksudnya :

    Bahawasanya Rasulullah Sallalahahu Alaihi Wasallam pernah ditanya mengenai potongan bonggol-bonggol unta dan ekor-ekor kambing. Baginda bersabda : “Apa yang dipotong daripada yang hidup adalah bangkai.†(Hadis riwawat Al-Hakim)

    Hadis ini ditakhshishkan oleh dalil Al-Quran yang telah disebutkan di atas di mana bulu bianatang yang halal dimakan itu jika terpisah ketika binatang itu hidup adalah suci. Demikian juga halnya dengan anggota yang terpisah daripada manusia, ikan atau belalang ia adalah suci.

    BINATANG YANG TIDAK HALAL DIMAKAN DAGINGNYA

    Jika bulu binatang yang tidak halal dimakan seperti kucing, monyet, musang dan sebagainya, terpisah daripada badannya ketika binatang itu masih hidup, maka bulu tersebut adalah najis apatah lagi sesudah binatang tersebut mati. Demikianlah juga anggota-anggotanya yang lain jika bercerai daripada binatang itu adalah dikira bangkai. (Mughni Al-Muhtaj, Kitab Ath-Thaharah, Bab An-Najasah ayat 1/115).

    

    SYAK PADA KESUCIAN BULU BINATANG

    Ada kalanya kita terjumpa bulu binatang dan kita tidak mengenali sama ada bulu binatang itu suci atau najis. Maka, jika terjadi syak, adakah bulu yang terpisah dari binatang itu datangnya dari yang suci ataupun yang najis, maka bulu itu di hukumkan suci kerana menurut hukuman asal adalah suci, dan telah berlaku syak pada kenajisannya sedang hukum asal adalah tidak najis. (Mughni Al-Muhtaj, Kitab Ath-Thaharah, Bab An-Najasah ayat 1/115). Sebagai contoh baju yang diperbuat daripada bulu binatang sedang tidak diketahui sama ada bulu tersebut datangnya daripada binatang yang halal dimakan ataupun sebaliknya atau ia daripada binatang yang disembelih ataupun bangkai, maka dalam hal ini baju tersebut adalah suci.

    

    BULU PADA ANGGOTA YANG TERPOTONG

    Bulu yang ada pada anggota binatang yang tidak halal dimakan yang terpotong ketika binatang itu masih hidup adalah najis apatah lagi sesudah mati, seperti ekor kucing yang terpisah atau terpotong. Kerana ekor yang terpotong itu bangkai, maka bulu yang ada pada ekor itu juga adalah najis.

    Demikian juga halnya dengan bulu yang ada pada anggota binatang yang halal dimakan yang terpotong ketika hidup ataupun mati tanpa disembelih adalah najis, seperti ekor kerbau yang berbulu dan terpisah atau terpotong. Kerana ekor kerbau itu terpotong ketika ia hidup atau terpotong setelah ia mati bukan kerena disembelih adalah bangkai, maka bulu ekor itu juga adalah najis.

    Jika dicabut bulu binatang yang halal dimakan ketika hidup sehingga tercabut bersama-samanya akar bulu tersebut dan melekat padanya sesuatu yang basah daipada bulu itu seperti darah atau sebagainya, maka bulu itu mutanajjis (yang terkena najis atau bercampur najis). Akan tetapi ia boleh menjadi suci jika dibersihkan. (Mughni Al-Muhtaj, Kitab Ath-Thaharah, Bab An-Najasah ayat 1/115).

    

    PENGGUNAAN BULU BINATANG

    Daripada penjelasan sebelum ini, mana-mana bulu yang dicabut daripada bangkai aatau dicabut daripada binatang yang tidak boleh dimakan dagingnya adalah najis. Maka setiap penggunaan kesemua benda-benda yang najis, menurut pendapat yang sahih adalah tidak harus memanfaatkannya sama ada dibuat pakaian atau perhiasan di badan melainkan jika ada darurat. Sementara penggunaan selain daripada pakaian atau perhiasan badan adalah diharuskan jika najis itu bukan datangnya daripada anjing dan bab*.

    Apa yang dimaksudkan dengan darurat itu ialah, seperti terjadinya peperangan yang mengejut atau takut atas terjadi sesuatu pada dirinya kerana kepanasan atau kesejukan ataupun sebagainya, lalu tiada pakaian lain selain yang najis, maka harus dipakai pakaian itu kerana darurat kecuali dipakai ketika sembahyang. (Mughni Al-Muhtaj, Kitab As-Shalah, Bab Ma Yukrah Lubsuhu Wa Ma lah Yukrah, Fashal Fi At-Tahalli Bi Al-Fidhah ayat 4/387).

    Oleh itu, dapatlah difahami bahawa setiap penggunaan bulu binatang yang najis sama ada dijadikan pakaian atau perhiasan di badan adalah tidak diharuskan oleh syarak melainkan jika ada darurat.

    

    HUBUNGANYA DENGAN SEMBAHYANG

    Menurut hukum syarak syarat sah mengerjakan sembahyang itu hendaklah bersih daripada segala najis baik pada pakaian, tubuh badan dan tempat sembahyang.

    Oleh itu, jika terdapat bulu binatang yang hukumkan najis pada pakaian atau badan maka sembahyang itu tidak sah kerana menanggung sesuatu yang najis. Kecuali jika bulu yang najis itu sedikit, seperti sehelai atau dua helai, kerana ia dimaafkan. Melainkan bulu anjing atau bab* kerana ia tetap najis walaupun hanya sedikit. (AL-Feqh Al-Islami Wa Adilatuh ayat 1/175).

    Apakah yang harus dilakukan oleh orang yang sedang sembahyang mendapati ada bulu najis pada pakaiannya? Menurut Ashhab Asy Syafi’e, apabila orang yang sedang sembahyang itu mendapati ada najis yang kering pada pakaian atau badannya, maka pada saat itu juga hendaklah dia mengibas najis tersebut. Jika dia mendapati najis yang basah pula hendaklah dia segera menanggalkan atau mencarik pakaiannya yang bernajis itu tanpa menyentuh najis tersebut. Adapun jika dia tidak segera menanggalkan atau mengibas pakaian yang bernajis itu maka batal sembahyangnya.

    Pakaian yang terkena bulu yang najis hendaklah terlebih dahulu dibersihkan. Cara membersihkannya ialah jika bulu itu kering dan pakaian atau anggota badan yang tersentuh bulu itu juga kering adalah memadai dengan menanggalkan najis itu sama ada dengan mengibas, mengibar atau menyapunya. Adapun jika bulu itu basah ataupun pakaian atau anggota badan yang terkena najis itu sahaja yang basah maka hendaklah ditanggalkan najis itu dan dibersihkan dengan air yang suci disekitar yang terkena najis. (Fath Al-‘Allam, Kitab Ath-Thararah, Bab Izalah An-Najasah ayat 1/347).

    Oleh kerana persoalan memakai pakaian daripada bulu itu adalah berkaitan dengan persoalan hukum najis, maka perlulah kita berhati-hati dalam memilih dan memanfaatkannya supaya pakaian yang dipilih itu diyakini diperbuat daripada bulu yang suci dan boleh kita guna pakai seperti ketika sembahyang dan sebagainya.

Sumber : http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/2003/ic7_2003.htm


-----------------

Koleksi Busana



    


  Member Information For AmrizalProfil   Hantar PM kepada Amrizal   Pergi ke Amrizal's Website   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 14-10-08 15:49


Alhamdulillah bagus maklumat dan pengetahuan yang diberikan.
Moga diberi pahala pada sesiapa yang menyebarkannya..


-----------------
Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.


Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 15-10-08 10:15


BismiLLah,

Persoalan mengenai bulu ini sama ada ia menjadi najis adalah khilaf ulamak. Jika anda tidak mahu menggunakan terpulang. Tetapi sekiranya anda mahu berhati-hati agar dapat memastikan solat anda lebih yakin. Maka bolehlah mengambil pendapat yang berhati-hati juga sebagaimana mufti brunei nyatakan.

WaLLahua'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.420678 saat. Lajunya....