Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bulan tak jatuh ke riba, sebaliknya manusia menjatuhkan diri ke atas bulan
-- Kang Razzi Armansur

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 236
Ahli: 0
Jumlah: 236




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Pendatang Indonesia penjenayah paling ramai


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Pendatang Indonesia penjenayah paling ramai

Please Mendaftar To Post


Oleh Pendatang Indonesia penjenayah paling ramai

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 12-09-08 09:33


Saya nak bangkitkan isu ni kat ukhwah. Akhir-akhir ni dah makin menjadi-jadi kes jenayah oleh golongan pendatang ni. Bebaru ni kes pecah rumah dan pembunuhan seorang wanita di Shah Alam oleh orang2 Indon, yang disyaki ada kaitan dengan bekas org gajinya yang baru diberhentikan. Bagi yang tak menyedari isu ini di berita, sila baca.



===

Trend jenayah ganas membimbangkan

Oleh ASSIM HASSAN

KUALA LUMPUR 11 Sept. – Kematian seorang suri rumah yang ditikam dan dikelar penjenayah di rumahnya di Shah Alam kelmarin adalah antara kes yang menunjukkan trend jenayah pecah rumah melibatkan kekerasan dan bunuh semakin membimbangkan kebelakangan ini.

Allahyarham Raja Noriana Raja Ahmad, 41, dari D’Kayangan, Seksyen 13, Shah Alam adalah mangsa terbaru trend penjenayah ganas itu yang akan direkodkan polis dalam statistik kematian akibat kes pecah rumah.

Tidak seperti dalam kes-kes seumpamanya beberapa tahun sebelumnya, kini penjenayah kes pecah rumah makin agresif dan bersenjatakan pistol automatik dan semiautomatik selain pisau serta parang.


Buktinya, pada 2 September lalu, enam orang yang ditembak mati iaitu empat di Lebuh Raya Persekutuan, Shah Alam dan dua lagi di Changlun, Kedah adalah penjenayah berbahaya yang diburu polis kerana terlibat banyak kes jenayah samun bersenjata dan pecah rumah di Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.

Mengikut statistik pula, 33,599 kes pecah rumah dilaporkan pada 2007 meningkat 4,727 kes berbanding 28,872 kes pada 2006, manakala sehingga sembilan bulan pertama 2008, polis tidak menolak kemungkinan angkanya akan terus meningkat.

Menyedari peningkatan kes pecah rumah dan trend menggunakan kekerasan termasuk membunuh, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman, Datuk Mohd. Bakri Mohd. Zinin yang ditemui Utusan Malaysia semalam, mengakui ia suatu cabaran kepada pasukan polis.

Jelasnya, penjenayah sekarang terutama melibatkan penjenayah warga asing merupakan golongan yang kejam, rakus dan begitu berani bertindak liar di luar jangkaan polis dan mangsa, iaitu tidak sama seperti penjenayah dahulu.

Beliau tidak menolak kemungkinan kumpulan penjenayah yang aktif di negara ini mempunyai hubungan dengan kumpulan lain di negara asal mereka.

“Trend penjenayah termasuk dalam kes pecah rumah sekarang ialah mengikat, mendera dan seterusnya membunuh mangsa, malah ada yang sanggup mencincang dan membakar mangsa bagi menghapuskan bahan bukti.

“Tindakan mereka ini kejam dan polis akan sentiasa meningkatkan prestasi serta kecekapan dalam menangani cabaran berdepan dengan penjenayah,” katanya.

Berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi kes pecah rumah, Selangor merekod jumlah tertinggi pada 2007 iaitu 8,798 kes pada 2007 diikuti Kuala Lumpur (3,846 kes), Johor (3,205 kes), Kedah (2,356) dan Sarawak (2,233 kes).

Ditanya mengenai kes-kes jenayah pecah rumah yang semakin meningkat, Mohd. Bakri mengulangi bahawa ia banyak dipengaruhi oleh sikap dan kecenderungan golongan penjenayah menjadi lebih agresif.

Menurutnya, pada masa yang sama, para penjenayah ingin mengaut untung serta habuan dengan cara yang mudah dan lumayan walaupun terpaksa mengorbankan nyawa mangsa.

“Penjenayah tidak kira sama ada perbuatan mereka betul atau tidak, asalkan dapat duit dengan mudah dan banyak,” katanya.

Mohd. Bakri menegaskan, peningkatan statistik dan kecenderungan penjenayah menggunakan kekerasan kes-kes pecah rumah bukan menggambarkan kegagalan polis.

“Pelbagai usaha telah dilakukan oleh polis dalam membanteras jenayah di negara ini, kita melihat ini sebagai cabaran yang perlu dihadapi polis dengan bersungguh-sungguh terutama apabila penjenayah kini menggunakan senjata berbahaya.

“Kita juga berharap orang ramai akan bekerjasama akrab dengan polis dengan memberi banyak maklumat bagi membolehkan usaha mengurangkan kegiatan jenayah lebih berkesan,” katanya.

Sementara itu, Mohd. Bakri memberitahu, sebagai usaha mengurangkan kes-kes jenayah pecah rumah, polis kini kini giat meningkatkan rondaan di sekitar kawasan perumahan.

“Walaupun ia tidak menjanjikan pengurangan kadar jenayah pecah rumah kepada tahap sifar, tetapi kita yakin kekerapan rondaan dan operasi tentunya dapat membantu mengawal jenayah itu,” katanya.




===

Lagi berita.

Pendatang Indonesia penjenayah paling ramai

KUALA LUMPUR 11 Sept. - Pendatang Indonesia merupakan rakyat asing yang paling banyak terlibat dalam kes jenayah di negara ini pada tahun lalu dan kebelakangan ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, statistik polis mendapati pada tahun 2007, 1,984 pendatang Indonesia terlibat dalam keseluruhan kes jenayah yang dilaporkan di negara ini.

Menurutnya, daripada jumlah itu, 61 orang warga Indonesia terlibat dalam kes pecah rumah pada 2006 dan ia meningkat kepada 134 orang bagi tahun 2007.

"Polis memandang serius penglibatan warga asing termasuk rakyat Indonesia dalam kes-kes jenayah di negara ini.

"Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana warga asing yang terbabit dalam kes jenayah tanpa mengira negara asal mereka," katanya.

Menurut Mohd. Bakri, warga Filipina pula kedua paling ramai terlibat dalam kes jenayah pecah rumah iaitu 30 orang pada 2006 dan meningkat mendadak kepada kepada 121 orang pada 2007.

"Perlu diingat, penjenayah warga asing sekarang tidak sama seperti penjenayah dahulu, mereka juga semakin berani dan agresif melakukan sesuatu aktiviti jenayah.

"Malah dalam sesetengah kes, mereka bukan saja bersenjatakan parang atau pisau tetapi turut memiliki senjata api... mereka semakin berbahaya," jelasnya.


Mengikut statistik Bukit Aman, kadar jenayah pecah rumah meningkat 4,727 kes kepada 33,599 kes pada 2007 berbanding 28,872 kes pada 2006.

Selangor mencatatkan jumlah kes pecah rumah paling tinggi pada tahun 2006 dan 2007 iaitu daripada 6,769 kes meningkat kepada 8,798 kes.

Pada 2006, Johor pada kedudukan kedua dengan 3,461 kes dan jumlahnya menurun kepada 3,205 pada tahun lalu manakala Kuala Lumpur mencatat 3,335 kes pada 2006 dan naik kepada 3,846 kes pada 2007.

Sementara itu, Mohd. Bakri menegaskan, pihak polis sedang menggiatkan usaha untuk membanteras jenayah pecah rumah terutama yang melibatkan warga asing di negara ini.

"Kita akan terus menerus membanteras kegiatan pecah rumah yang melibatkan warga asing.

"Kita juga akan bekerjasama dengan Interpol untuk mengesan penjenayah terbabit yang melarikan diri ke luar negara," ujarnya.


Sumber: Utusan.



==




Sudahlah pendatang Indonesia ni yang paling selalu menyesakkan ibu kota, jenayah pun mereka juga....

Tension!... dulu tak macam ni pun.. hu~


p/s: KL dah macam Jakarta. serious!!


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

budakbesar
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.05.2005
Ahli No: 16407
Posting: 98
Dari: labuan

Sabah  


posticon Posting pada: 12-09-08 09:53


innalillah...

sedih sangat. tau tak kalau org indon kat indon ni, sangat-sangat lah membenci malaysia.
pasal lagu rasa sayang pun nak demo sana sini!

kalau cerita nirmala bonat pulak, lagi lah!
seolah-olah nirmala tu jadi hero mereka!
dulu awal-awal datang indon (belajar), semua kawan-kawan indon, termasuk lah pensyarah sebok dok kutuk malaysia pasal perempuan itu.

ni mereka bermaharajalela jadi penjenayah kat negara kita, pernah tak kita demo2?

tuduh kita curi lagu rasa sayang lah, batik lah, ambalat lah, sipadan lah,.

marah sebab jurulatih karate mereka kena pukul lah,

marah nirmala kena dera lah


kami yang studi kat indon ni lagi lah tension...

Bookmark and Share

    


  Member Information For budakbesarProfil   Hantar PM kepada budakbesar   Quote dan BalasQuote

hid_uniten
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.09.2005
Ahli No: 18744
Posting: 252
Dari: :: bumi Allalh ::

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 12-09-08 10:01


sekarang ni kita kena hati-hati..

kat mana-mana saja ada penjenayah..kalau kat rumah 2 pasang alarm dan cctv lagi baik.. once ada org masuk, alarm 2 bunyi macam siren polis..jiran pun kena ambil berat juga.cepat-cepat report polis kalau ternampak sesuatu yang mcurigakan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For hid_unitenProfil   Hantar PM kepada hid_uniten   Pergi ke hid_uniten's Website   Quote dan BalasQuote

eira
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2341
Posting: 182
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 12-09-08 10:02


betul tu. kalau p kl rasanya tak payah p indon dah. memang dah macam indon pun. huhu. ish2

mengerikan betul peristiwa pmbunuhan baru neyh tu. org indon datang sini buat macam tempat dia. tak bersyukur lasum. terutama org gaji a.k.a bibik. bila da lama menetap kat sini. mula larh buat perangai. adus lah

Bookmark and Share

    


  Member Information For eiraProfil   Hantar PM kepada eira   Quote dan BalasQuote

wafa_mawaddah
WARGA SETIA
Menyertai: 10.10.2003
Ahli No: 4175
Posting: 845
Dari: mardhatillah

Johor   avatar


posticon Posting pada: 12-09-08 10:17


susah nak cakap....
walaupon mereka tak disukai...
tapi...kenapa cerita2 di TV, cerita indon..??
kenapa lagu2 yang berkumandang...lagu2 indon...??
kenapa pekerja2 yang ada....dr indon???
so, tak mustahil...penjenayah paling hebat pun dr indon...

pening... :-?

tapi jangan judge semua org indonesia sebegitu...ada di kalangan mereka yang lebih baik dr kita walaupon datang ke Malaysia..
dan ada di kalangan dr Malaysian sendiri lebih teruk dan lebih penjenayah daripada mereka...

fikir-fikirkan...dan renung2kan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For wafa_mawaddahProfil   Hantar PM kepada wafa_mawaddah   Pergi ke wafa_mawaddah's Website   Quote dan BalasQuote

addinulhuda
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2007
Ahli No: 31217
Posting: 664
Dari: ~bumi bertuah~

Johor   avatar


posticon Posting pada: 12-09-08 10:19


erm memang makin menjadi2 pun..betul cakap eira tu..tak payah pergi indon dah..bukan setakat kat K.L kat kampung ana pun sama..kalau naik bus tu..mesti muka mereka yang memenuhkan bus tu...menyebok saja..lepas itu buat jahat kat negara org..pancung kepala nanti baru tau..nak kerja tu buat lah kerja..ni tak...eee...grammm nyeee...huhuhu

Bookmark and Share

    


  Member Information For addinulhudaProfil   Hantar PM kepada addinulhuda   Pergi ke addinulhuda's Website   Quote dan BalasQuote

fakrurrazi
Warga Rasmi
Menyertai: 12.09.2008
Ahli No: 34930
Posting: 2

blank   avatar


posticon Posting pada: 12-09-08 10:47


kalau fikir jenayah tu berlaku kat sedara terdekat kita, mesti marah sangat-sangat kan..
cuba kita semua pakat2 cari idea macam mana nak elakkan dari terkena bala seperti inni, dugaan seperti ini...oleh itu, selalulah berdoa kepada Allah semoga harta benda, nyawa kita sentiasa dilindungi....
jangan tinggal sembahyang! bersederhana dalam hidup...
susah wOo jadi kaya tapi ancaman teruk, pekate kalau kita kaya tapi tak payah tunjuk kat orang lain...hidup sederhana tapi duit banyak...kan best macam tu, nak apa pun tak jadi masalah...sekian

Bookmark and Share

    


  Member Information For fakrurraziProfil   Hantar PM kepada fakrurrazi   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 12-09-08 11:03


Pada 12-09-08 09:33 , syahidatul posting:

!!! QUOTE !!!


“Trend penjenayah termasuk dalam kes pecah rumah sekarang ialah mengikat, mendera dan seterusnya membunuh mangsa, malah ada yang sanggup mencincang dan membakar mangsa bagi menghapuskan bahan bukti.

trend yang paling advanced sekarang adalah menghapuskan bahan bukti dengan menggunakan BOM! :sopan:


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 12-09-08 11:05


Pada 12-09-08 10:01 , hid_uniten posting:

!!! QUOTE !!!

sekarang ni kita kena hati-hati..

kat mana-mana saja ada penjenayah..kalau kat rumah 2 pasang alarm dan cctv lagi baik.. once ada org masuk, alarm 2 bunyi macam siren polis..jiran pun kena ambil berat juga.cepat-cepat report polis kalau ternampak sesuatu yang mcurigakan..

betul betul betul! ;-)

saya setuju, sebab lepas tengok kejadian di shah alam tu, memang rasa bila ada rumah nanti memang kena pasang penggera dan cctv, baru penjenayah takut nak masuk.

p/s: teringat selogan BN: 'Selamat, Aman, Makmur' :berfikir:


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  


posticon Posting pada: 12-09-08 12:41


masalah ini berpunca dr kerajaan... kerajaan kurang tegas thadap pendatang terutama tanpa izin. kalau kita tengok sekarang ramai org kita di anak tirikan, cuba tengok sekitar kotarayasiapa yang ramai berniaga di kaki 5 kalau bukara warga indon, kalau org kita niaga, cepat-cepat saja dbkl datang angkut.tapi bila mereka boleh pejam mata. lagi satu kerajaan sibuk nak banteras pendatand di malaysia timur tapi kat semenanjung ni lagi ramai tanpa izin tapi tak ada apa tindakkan.Sepatutnya kerajaan boleh arah kan angkatan tentera pergi gempur setiap lokasi pendatang macam mana yang di buat waktu komunis dulu. dari duduk bayar gaji tentera tapi tak ada kerja bagilah mereka kerja. majikkan pun stu masalah juga, suka gajikan pdatang sebab gaji murah... so orang-orang kita mula dipingirkan secara pelahan2... kalau pergi sekitar kotaraya, macam dah macam kat indon, dengan pakaian yang selekehnya.... bila dah ramai-ramai macam-macam boleh berlaku. bukan indon saja, philiphine,bangla, dan awang hitam (negro) sekarang dah mula berani mengganggu orang-orang tempatan.. tapi kerajaan boleh pejam mata lagi....... pelik...pelik...

Bookmark and Share

    


  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

eira
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2341
Posting: 182
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 12-09-08 23:41


tu lah.. betul. betul. betul!

kerajaan patut mulakan peranan dr terus berlaku keadaan macam sekarang. org indon bertmh disebabkan penawaran dr org kita sendiri bertambah. mereka tau nak untung lebih saja. bukan nak tolong org melayu sendiri. tapi anak melayu pun salah juga. terlalu memilih kerja. aduhai~

Bookmark and Share

    


  Member Information For eiraProfil   Hantar PM kepada eira   Quote dan BalasQuote

Al-Mashoori
WARGA SETIA
Menyertai: 12.07.2006
Ahli No: 25170
Posting: 483
Dari: Bandar Baru Gaza

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 13-09-08 00:25


Hmmm... Makin lama makin teruk perangai mat-mat indon ini! Harap-harap tak jadi macam tragedi serangan Balai Polis Batu Pahat yang diketuai oleh pendatang asing 80an dulu tak berulang....


-----------------
zwani.com myspace graphic comments


Bookmark and Share

    


  Member Information For Al-MashooriProfil   Hantar PM kepada Al-Mashoori   Quote dan BalasQuote

saidatul_aisyah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 02.07.2008
Ahli No: 33897
Posting: 34
Dari: Bidor

Perak   avatar


posticon Posting pada: 13-09-08 01:01


erm....geram...memang geram...dah menumpang tueh buat lah cara menumpang...ini tak...buat macam negara sdr...betul kata wafa...kenapa lah negara kita ini aula sangat dengan indon ini...semua cerita indon,lagu indon...berlambak2 dah...terasa macam lost identiti pula...confius sekarang ini dok malaysia ke indon...geram pula bila anak buah dah pandai cakap indon...sudah nya nanti kita punya bahasa pun dah jadi bahasa indon...nauzubillah..minta jauh lah...oleh tueh...sayangi lah malaysia ini...kita kasi sekat awang hitam and indon ini....jangan kasi masuk langsung...sekat mana-mana pendatang yang ada pontential jadi jahat...huhuhu...macam mana tueh?apa anda fikir?

Bookmark and Share

    


  Member Information For saidatul_aisyahProfil   Hantar PM kepada saidatul_aisyah   Pergi ke saidatul_aisyah's Website   Quote dan BalasQuote

halwa_halwa
Warga 1 Bintang
Menyertai: 12.09.2008
Ahli No: 34942
Posting: 31
Dari: black water

Johor   avatar


posticon Posting pada: 13-09-08 12:53


assalamualaikum...
MasyaAllah...Inalillah
betul-betul ana pun semua juga berpendapat bahawa kedatangan warga asing ke Malaysia menaikkan statistik jenayah...
sebab ana duduk kat Johor...lagi ramai warga asing kat bagaimana diambil sebagai tenaga buruh kat kilang-kilang...

Bookmark and Share

    


  Member Information For halwa_halwaProfil   Hantar PM kepada halwa_halwa   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  


posticon Posting pada: 13-09-08 15:28


kadang-kadang pelik juga bila tengok warga asing boleh jadi security guard kat tempat ttentu. kalau itu pun mereka dah boleh kerja, apa lagi kerja yang anak tempatan dapat buat? lagi satu, salah org kita juga. contohnya di pasar borong selayang, orang-orang kita sanggup beli sayur yang di jual di tepi jalan oleh warga mymmar walaupun sayur tu di kutip dalam tong sampah... kita terlalu pemurah sangat.

Bookmark and Share

    


  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

budakbesar
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.05.2005
Ahli No: 16407
Posting: 98
Dari: labuan

Sabah  


posticon Posting pada: 13-09-08 17:39


mari lah cek website penuh provokatif ni

http://www.malingsia.com/

entah apa-apa ntahh.
asyik nak mengeji saja kerja mereka ni...

tapi jangan ter-provok sudah lah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For budakbesarProfil   Hantar PM kepada budakbesar   Quote dan BalasQuote

zam_rizal
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 31
Posting: 1535
Dari: Terengganu+Selangor

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 29-09-08 02:00


Kepada warga Indonesia yang nak datang ke sini untuk mencari rezeki yang halal mengikut cara dan jalan yang betul serta menghormati rakyat dan negara ini, itu kita alu2kan kerana rezeki Allah itu ada di mana-mana :)

Tapi kepada pendatang yang datang ke sini hanya untuk menyusahkan rakyat dan negara ini, golongan inilah yang kita harus perangi habis-habisan. Harap pihak berkuasa dapat bertindak dengan setegas2nya trhadap golongan ini.

Ramai rakyat Malaysia dah brasa takut berada dalam negara sendiri...Pelik tapi benar..

Bookmark and Share

    


  Member Information For zam_rizalProfil   Hantar PM kepada zam_rizal   Quote dan BalasQuote

Fattul_Bari
Warga 3 Bintang
Menyertai: 23.09.2008
Ahli No: 35124
Posting: 100
Dari: NEGERI PASIR DUA BUTIR

turkey   avatar


posticon Posting pada: 29-09-08 15:06


Dalam ISLAM tiada istilah pendatang tanpa izin.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Fattul_BariProfil   Hantar PM kepada Fattul_Bari   Quote dan BalasQuote

pulu
WARGA SETIA
Menyertai: 27.01.2005
Ahli No: 13934
Posting: 697
Dari: Gorontalo

indonesia   avatar


posticon Posting pada: 05-10-08 22:31


Hmm... yahh... namanya orang bisa sahaja khilaf atau memang sedang kerasukan setan, di sini juga ada orang Malaysia tertangkap jual Narkoba/dadah, ada juga yang tertangkap illegal logging waduh! Hutan Indonesia digunduli orang Malaysia.


So... Minal Aidin Walfaidzin :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For puluProfil   Hantar PM kepada pulu   Pergi ke pulu's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.126816 saat. Lajunya....