Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kita adalah kaum yang dimuliakan oleh Allah dengan Islam, jikalau kita mencari kemuliaan selain dari kemuliaan yang diberi oleh Allah, maka Allah akan menghinakan kita
-- -- Pesan Saidina Umar semasa pembukaan Kota Baitul Maqdis

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 131
Ahli: 0
Jumlah: 131




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 11 jam, 51 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Hebahan Aktiviti
Topik: Iftar bersama Hizbut Tahrir di Surau Pandan,KL (11 Ramadhan)


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Hebahan Aktiviti
    »» Iftar bersama Hizbut Tahrir di Surau Pandan,KL (11 Ramadhan)

Please Mendaftar To Post


Oleh Iftar bersama Hizbut Tahrir di Surau Pandan,KL (11 Ramadhan)

pemburu_harimau
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2008
Ahli No: 33850
Posting: 559
Dari: Di kawasan yang ada Harimau

blank   avatar


posticon Posting pada: 11-09-08 13:54


TARIKH:
11 Ramadhan @ 11/09/08 (Khamis)

PROGRAM:
Iftar Ramadhan Anjuran HTM KL

TEMPAT:
Surau Pandan, KL

SEMUA DIJEMPUT HADIR ya..........
BAGI YANG INGIN MENGENALI HIZBUT TAHRIR DENGAN LEBIH
DEKAT LAGI..... :welcome:


--------------------------------------------------
PROGRAM IFTAR TERDAHULU.....


Pada 6 Ramadhan 1429H, bersamaan 6 September 2008, syabab Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) beserta dengan AJK Surau An Nur Subang Suria mengadakan Majlis Iftar Ramadhan secara bersama- sama dengan ahli qaryah surau. Meskipun hujan lebat di petang hari tersebut menyebabkan ramai yang terkandas dan tersangkut dalam kesesakan lalulintas di Bandar Baru Sungai Buloh, namun ia tetap tidak mematahkan semangat para peserta dan AJK majlis untuk meneruskan program seperti yang dirancangkan. Program bermula apabila dilaungkan azan Maghrib menandakan masuknya waktu berbuka. Para qaryah surau dan syabab HTM sama- sama menikmati juadah ringan berupa kurma dan minuman, sebelum menunaikan solat Maghrib secara berjamaah. Selesai solat Maghrib, jamuan berat disediakan untuk semua peserta majlis iftar tersebut. Selain itu, pemeran Khilafah turut diadakan oleh para syabab HTM dan sambutan daripada penduduk setempat sangat menggalakkan.

Selesai solat Isyak dan tarawikh berjamaah yang diimami oleh Imam Surau, Imam Ali, tazkirah ringkas diadakan. Tazkirah tersebut dipengerusikan oleh Timbalan Presiden HTM, Ustaz Umar Hussien dan penyampai tazkirah pula ialah Ustaz Ahmad Mustafa dan Dr. Muhammad. Dalam tazkirah tersebut, kedua- dua penyampai menegaskan bahawa pentingnya bagi umat Islam melaksanakan seluruh aturan Islam secara kaffah, dan bukannya hanya ibadah puasa di bulan Ramadhan sahaja. Selain itu, mereka turut menegaskan bahawa umat Islam wajib bersatu di bawah satu entiti politik agung bagi seluruh umat Islam, iaitu Khilafah.

Program berakhir lebih kurang pada pukul 11.15 malam dan sedikit jamuan moreh disediakan. Di sini, HTM ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam majlis ini, terutamanya kepada Pengerusi Surau An Nur, En Subhi, AJK Surau, Ustaz Ahmad dan Tuan Imam Hj Mokhtar serta seluruh ahli qaryah Surau An Nur. Semoga kesedaran yang diperoleh daripada majlis seumpama ini akan dapat diteruskan disurau- surau atau masjid- masjid lain dan seterusnya menjadi momentum kepada seluruh umat Islam, khususnya di Malaysia agar bersama- sama berjuang dalam mengembalikan kehidupan Islam dengan menegakkan Khilafah.


/

/

/

/

/

/


-----------------
Harimau adalah makhluk Tuhan,
Kenapa mahu memburu harimau yang comel ini?



    


  Member Information For pemburu_harimauProfil   Hantar PM kepada pemburu_harimau   Quote dan BalasQuote

RIYADHUS_SALIHIN
Warga 1 Bintang
Menyertai: 10.09.2008
Ahli No: 34902
Posting: 21
Dari: Taman Orang2 soleh

blank   avatar


posticon Posting pada: 11-09-08 14:44


Walau sedikit ruang yang dapat HT membuat program,namun sambutan nampak menarik.umat sedang bangkit;pemikiran,perasaan,cara hidup ke arah ISLAM...TAKBIR! TAKBIR! TAKBIR!

Bookmark and Share

    


  Member Information For RIYADHUS_SALIHINProfil   Hantar PM kepada RIYADHUS_SALIHIN   Quote dan BalasQuote

marul
WARGA SETIA
Menyertai: 04.09.2007
Ahli No: 30924
Posting: 650
Dari: Seremban

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 11-09-08 16:13


mantop...bagus2...banyakkan lagi program HT..perjuangkan islam....bagi kesedaran kat semua umat islam...Allahuakhbar!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For marulProfil   Hantar PM kepada marul   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 12-09-08 00:28


Pemburu Harimau, enta tukang hidang juadah ke? hehe...

bagaimana update iftar surau pandan pula...

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

pemburu_harimau
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2008
Ahli No: 33850
Posting: 559
Dari: Di kawasan yang ada Harimau

blank   avatar


posticon Posting pada: 13-09-08 10:44


Pada 12-09-08 00:28 , wuzaraa posting:

!!! QUOTE !!!

Pemburu Harimau, enta tukang hidang juadah ke? hehe...

bagaimana update iftar surau pandan pula...


heheh...
orang lain yang tolong hidangkan untuk ana...

ok... UPDATE iftar surau pandan dah disiarkan dalam
mykhilafah.com

----------------------------------------------------------------

Majlis Iftar Ramadhan syabab HTM bersama ahli qaryah Surau Al Mutmainnah Pandan Perdana        

Pada 11 Ramadhan 1429H bersamaan 11 September 2008, majlis iftar anjuran syabab Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) diadakan di Surau Al Mutmainnah, Pandan Perdana. Majlis yang bermula dengan majlis bebuka puasa beramai- ramai menyaksikan para jamaah berbuka puasa beramai- ramai dengan ”nasi dulang” beserta minuman. Selepas itu, para peserta mendirikan solat Maghrib berjamaah. Pameran Khilafah turut diadakan selepas itu di mana dapat disaksikan pengunjung berpusu-pusu hendak meyaksikan pameran tersebut. Para syabab HTM tidak jemu- jemu menerangkan satu persatu bahan pameran kepada para pengunjung.

Program iftar diteruskan dengan solat Isyak dan tarawikh. Antara solat tarawikh dan witir, diselangi dengan slot tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Ustaz Umar Hussien dari HTM. Dalam tazkirah tersebut, beliau mengingatkan kepada para hadirin bahawa umat Islam merupakan umat yang mulia pada suatu ketika dahulu. Di mana salah satu contohnya ialah, banyak futuhat (pembukaan) dilakukan oleh kaum muslimin di bulan Ramadhan. Para generasi terdahulu tidak pernah membezakan antara kewajipan berpuasa dengan kewajipan melaksanakan hukum- hukum Islam yang lain seperti jihad. Oleh itu, beliau menggesa agar umat Islam bangkit semula, kembali ke posisi sebaik- baik umat sebagaimana yang sepatutnya.

Selesai solat witir, sedikit jamuan moreh disediakan untuk para jemaah. Di kesempatan ini juga, HTM ingin mengucapkan jutaan pernghargaan kepada Pengerusi Surau Al Mutmainnah, Hj Sunaini Yusop dan AJK surau, serta kepada semua yang terlibat dalam majlis ini. Harapan kami, agar program ini mampu sedikit sebanyak menyedarkan masyarakat sekeliling tentang peri pentingnya Islam diterapkan dalam segenap aspek kehidupan.

/

/

/

/

/

/

/

/

/


-----------------
Harimau adalah makhluk Tuhan,
Kenapa mahu memburu harimau yang comel ini?



    


  Member Information For pemburu_harimauProfil   Hantar PM kepada pemburu_harimau   Quote dan BalasQuote

irashahirah
WARGA SETIA
Menyertai: 08.10.2005
Ahli No: 19675
Posting: 407
Dari: jay bee

Johor   avatar


posticon Posting pada: 13-09-08 16:49


nak tanya sikit
apa maksud hizbut tahrir?

Bookmark and Share

    


  Member Information For irashahirahProfil   Hantar PM kepada irashahirah   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 14-09-08 09:01


Pada 13-09-08 16:49 , irashahirah posting:

!!! QUOTE !!!

nak tanya sikit
apa maksud hizbut tahrir?


Hizbut Tahrir membawa makna Parti Pembebasan.

irashahirah boleh dapatkan penjelasan lanjut di www.mykhilafah.com

Dibawah ini saya sertakan artikel Rasmi Mengenai Hizbut Tahrir.

MENGENAL HIZBUT TAHRIR

KATA PENGANTAR



Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Hizbut Tahrir diasaskan pada tahun 1953 di Al Quds (Baitul Maqdis), Palestin. Gerakan yang menitik beratkan perjuangan membangkitkan umat di seluruh dunia untuk mengembalikan semula kehidupan Islam melalui tegaknya kembali Khilafah Islamiyah ini dipelopori oleh Syeikh Taqiyuddin An-Nabhani, seorang ulama alumni Al Azhar Mesir, dan pernah menjadi hakim di Mahkamah Syariah di Palestin.


Hizbut Tahrir kini telah berkembang ke seluruh negara Arab di Timur Tengah, termasuk di Afrika seperti Mesir, Libya, Sudan dan Algeria. Juga ke Turki, United Kingdom, Perancis, Jerman, Austria, Belanda, dan negara-negara Eropah lainnya hingga ke Amerika Syarikat, ke Rusia, Uzbekistan, Tajikistan, Kirgistan, Pakistan, Malaysia, Indonesia, hingga ke Australia.


Hizbut Tahrir masuk ke Indonesia pada dekad tahun 1980-an dengan merintis dakwah di kampus-kampus besar di seluruh Indonesia. Pada era 1990-an idea-idea dakwah Hizbut Tahrir merambah ke masyarakat, melalui berbagai aktiviti dakwah di pejabat, perusahaan, dan kediaman. Akhirnya Hizbut Tahrir telah masuk ke Malaysia pada hujung tahun 1990-an (awal millenium).


Maka sudah tiba masanya bagi seluruh pemuda-pemudi Malaysia, bergabung bersama Hizbut Tahrir untuk berjuang bagi kesatuan dan persatuan kaum Muslimin di bawah bendera Lailahaillallah Muhammadurrasulullah, termasuk Anda!.


Wassalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Hizbut Tahrir


Hizbut Tahrir adalah sebuah parti politik yang berideologi Islam. Politik merupakan kegiatannya dan Islam adalah ideologinya. Hizbut Tahrir bergerak di tengah-tengah umat dan bersama-sama mereka berjuang untuk menjadikan Islam sebagai permasalahan utamanya serta membimbing mereka untuk mendirikan kembali sistem kekhilafahan dan menegakkan hukum yang diturunkan Allah dalam realiti kehidupan.


Hizbut Tahrir merupakan organisasi politik, bukan organisasi kerohanian (seperti tarekat), bukan badan ilmiah (seperti lembaga agama atau badan penelitian), bukan institusi pendidikan (akademik), dan bukan pula pertubuhan sosial (yang bergerak di bidang sosial dan kemasyarakatan). Idea-idea Islam menjadi jiwa, inti dan sekaligus rahsia kewujudan kelompoknya.


Latar Belakang Hizbut Tahrir

Hizbut Tahrir didirikan dalam rangka memenuhi seruan Allah SWT:

"(Dan) hendaklah ada di antara kalian segolongan umat (jamaah) yang menyeru kepada kebaikan (mengajak memilih kebaikan, iaitu memeluk Islam), memerintahkan kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran. Merekalah orang-orang yang beruntung." (TMQ Surah Ali-Imran : 104)

Hizbut Tahrir bermaksud membangkitkan kembali umat Islam dari kemerosotan yang amat parah, membebaskan umat dari idea-idea, sistem perundangan, dan hukum-hukum kufur serta membebaskan mereka dari cengkaman dominasi dan pengaruh negara-negara kafir. Hizbut Tahrir bermaksud juga membangun kembali Daulah Khilafah Islamiyyah di muka bumi, sehingga hukum yang diturunkan Allah SWT dapat diterapkan kembali.



Tujuan Hizbut Tahrir

Hizbut Tahrir bertujuan melanjutkan kehidupan Islam dan mengembang dakwah Islam ke seluruh penjuru dunia. Tujuan ini bererti mengajak kaum muslimin kembali hidup secara Islami dalam Darul Islam dan masyarakat Islam. Di mana seluruh kegiatan kehidupannya diatur sesuai dengan hukum-hukum syara'. Pandangan hidup yang akan menjadi pedoman adalah halal dan haram, di bawah naungan Daulah Islamiyah, iaitu Daulah Khilafah, yang dipimpin oleh seorang Khalifah yang diangkat dan dibai'at oleh kaum muslimin untuk didengar dan ditaati agar menjalankan pemerintahan berdasarkan Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya, serta mengembang risalah Islam ke seluruh penjuru dunia dengan dakwah dan jihad.
Di samping itu Hizbut Tahrir bertujuan membangkitkan kembali umat Islam dengan kebangkitan yang benar, melalui pola pemikiran yang cemerlang. Hizbut Tahrir berusaha untuk mengembalikan posisi umat seperti masa kejayaan dan keemasannya seperti dulu, di mana umat akan mengambil alih kendali negara-negara dan bangsa-bangsa di dunia ini. Negara Khilafah akan kembali menjadi negara nombor satu di dunia sebagaimana yang terjadi pada masa silamnya ­ yakni memimpin dunia sesuai dengan hukum-hukum Islam.


Hizbut Tahrir bertujuan pula untuk menyampaikan hidayah (petunjuk syari'at) bagi umat manusia, memimpin umat Islam untuk menentang kekufuran beserta segala idea dan peraturan kufur, sehingga Islam dapat menyelimuti bumi.



Kegiatan Hizbut Tahrir

Kegiatan Hizbut Tahrir adalah mengembang dakwah Islam untuk mengubah keadaan masyarakat yang rosak menjadi masyarakat Islam. Hal ini dilakukan dengan mengubah idea-idea rosak yang ada menjadi idea-idea Islam, sehingga idea‑idea ini menjadi pendapat umum di tengah-tengah masyarakat serta menjadi persepsi bagi mereka. Selanjutnya persepsi ini akan mendorong mereka untuk merealisasikan dan menerapkannya sesuai dengan tuntutan Islam.

Juga dengan mengubah perasaan yang dimiliki anggota masyarakat menjadi perasaan Islam yakni redha terhadap apa yang diredhai Allah, marah dan benci terhadap apa yang di murkai dan dibenci oleh Allah serta mengubah hubungan/interaksi yang ada dalam masyarakat menjadi hubungan/interaksi yang Islami, yang berjalan sesuai dengan hukum-hukum dan pemecahan-pemecahan Islam.


Hizbut Tahrir telah muncul dan berkembang, kemudian menyebarluaskan aktiviti dakwahnya di negeri-negeri Arab, mahupun sebagian besar negeri-negeri Islam lainnya.


Seluruh kegiatan yang dilakukan Hizbut Tahrir bersifat politik. Maksudnya adalah bahawa Hizbut Tahrir memperhatikan urusan-urusan masyarakat sesuai dengan hukum-hukum serta pemecahannya secara syar'ie. Kerana yang dimaksud politik adalah mengurus dan memelihara urusan-urusan masyarakat sesuai dengan hukum-hukum Islam dan pemecahan-pemecahannya.


Kegiatan-kegiatan yang bersifat politik ini nampak jelas dalam aktivitinya dalam mendidik dan membina umat dengan tsaqafah Islam, meleburnya dengan Islam, membebaskannya dari aqidah-aqidah yang rosak, pemikiran-pemikiran yang salah serta persepsi-persepsi yang keliru, sekaligus membebaskannya dari pengaruh idea-­idea dan pandangan-pandangan kufur.


Kegiatan politik ini nampak juga dalam aspek pertarungan pemikiran (ash shiro'ul fikri) dan dalam perjuangan politiknya (al kifahus siyasi). Pertarungan pemikiran terlihat dalam penentangannya terhadap idea-idea dan peraturan-peraturan kufur. Hal itu nampak pula dalam penentangannya terhadap idea-idea yang salah, aqidah-aqidah yang rosak atau persepsi-persepsi yang keliru dengan cara menjelaskan kerosakannya, menampakkan kekeliruannya, dan menjelaskan ketentuan hukum Islam dalam masalah tersebut.


Adapun perjuangan politiknya, terlihat dari penentangannya terhadap kaum kafir imperialis untuk memerdekakan umat dari belenggu dominasinya, membebaskan umat dari cengkaman pengaruhnya, serta mencabut akar-akarnya yang berupa pemikiran, kebudayaan, politik, ekonomi, mahupun ketenteraan dari seluruh negeri-negeri Islam.


Perjuangan politik ini juga nampak jelas dalam kegiatannya menentang para penguasa, mengungkap pengkhianatan dan persekongkolan mereka terhadap umat, melancarkan kritikan, mengawasi dan membetul mereka serta berusaha menggantinya tatkala mereka mengabaikan hak-hak umat, tidak menjalankan kewajibannya terhadap umat, melalaikan salah satu urusan umat atau menyalahi hukum-hukum Islam.


Seluruh kegiatan politik itu dilakukan tanpa menggunakan cara-cara kekerasan samaada fizikal/senjata sesuai dengan jejak dakwah yang dicontohkan Rasulullah SAW.


Jadi kegiatan Hizbut Tahrir secara keseluruhan adalah kegiatan yang bersifat politik, baik sebelum mahupun sesudah mengambil alih pemerintahan (melalui umat).


Kegiatan Hizbut Tahrir bukan di bidang pendidikan, kerana ia bukanlah madrasah (sekolah). Begitu pula seruannya tidak hanya bersifat nasihat-nasihat dan petunjuk-petunjuk. Kegiatan Hizbut Tahrir bersifat politik, iaitu dengan cara mengemukakan idea-idea (konsep-­konsep) Islam beserta hukum-hukumnya untuk dilaksanakan, dikembang dan diterapkan dalam kenyataan hidup dan pemerintahan.


Hizbut Tahrir mengembang dakwah Islam agar Islam dapat diterapkan dalam kehidupan dan agar Aqidah Islamiyyah menjadi dasar negara, dasar perlembagaan dan sistem perundangan kerana Aqidah Islamiyah adalah aqidah aqliyah (aqidah yang menjadi dasar pemikiran) dan aqidah siyasiyah (aqidah yang menjadi dasar politik) yang melahirkan aturan untuk memecahkan masalah manusia secara keseluruhan, baik di bidang politik, ekonomi, budaya, sosial, dan lain-lain.


Metod Dakwah Hizbut Tahrir
Metod yang ditempuh Hizbut Tahrir dalam mengembang dakwah adalah hukum-hukum syara' yang diambil dari thariqah (metod) dakwah Rasulullah SAW, sebab thariqah itu wajib diikuti. Sebagaimana firman Allah SWT:


Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagi kalian, (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan kedatangan Hari Kiamat, dan dia banyak menyebut Allah (dengan membaca zikir dan mengingat Allah)." (TMQ Surah Al Ahzab : 21)

"Katakanlah: `Jika kalian (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosa kalian." (TMQ Surah Ali Imran : 7)

Dan banyak lagi ayat lain yang menunjukkan wajibnya mengikuti perjalanan dakwah Rasulullah SAW, menjadikan beliau suri teladan dan mengambil ketentuan hukum dari beliau.

Berkenaan kaum muslimin yang waktu ini hidup di Darul Kufur ketika ini kerana diterapkan atas mereka hukum-hukum kufur yang tidak diturunkan Allah SWT maka keadaan negeri mereka serupa dengan Makkah ketika Rasulullah SAW diutus (menyampaikan risalah Islam). Oleh itu fasa Makkah wajib dijadikan sebagai tempat berpijak dalam mengembang dakwah dan meneladani Rasulullah SAW.


Dengan mendalami sirah Rasulullah SAW di Makkah hingga beliau berhasil mendirikan Daulah Islamiyah di Madinah, akan nampak jelas beliau menjalani dakwahnya dengan beberapa peringkat yang sangat jelas ciri-cirinya. Beliau melakukan kegiatan-kegiatan tertentu yang nampak dengan nyata tujuan-tujuannya. Dari sirah Rasulullah SAW inilah Hizbut Tahrir mengambil method dakwah dan tahapan-tahapannya, beserta kegiatan-kegiatan yang harus dilakukannya pada seluruh tahapan ini, kerana Hizbut Tahrir mencontohi kegiatan-kegiatan yang dilakukan Rasululah SAW dalam seluruh tahapan perjalanan dakwahnya.


Berdasarkan sirah Rasulullah SAW tersebut, Hizbut Tahrir menetapkan method perjalanan dakwahnya dalam 3 (tiga) tahapan berikut :


Pertama, Tahapan Pembinaan dan Pengkaderan (Marhalah At Tatsqif), yang dilaksanakan untuk membentuk kader-kader yang mempercayai pemikiran dan metod Hizbut Tahrir dalam rangka pembentukan kerangka tubuh parti.

Kedua, Tahapan Berinteraksi dengan Umat (Marhalah Tafa'ul Ma'a Al Ummah), yang dilaksanakan agar umat turut memikul kewajiban dakwah Islam hingga umat menjadikan Islam sebagai permasalahan utamanya, agar umat berjuang untuk mewujudkannya dalam realiti kehidupan.
Ketiga, Tahapan Pengambil alihan Kekuasa­an (Marhalah Istilaam Al Hukm), yang dilaksana­kan untuk menerapkan Islam secara menyeluruh dan mengemban risalah Islam ke seluruh dunia.


Landasan Pemikiran Hizbut Tahrir

Hizbut Tahrir telah melakukan pengkajian, penelitian dan pengkajian terhadap umat, termasuk kemerosotan yang dideritanya. Kemudian membandingkannya dengan keadaan yang ada pada masa Rasulullah SAW, masa Khulafa ar-Rasyidin dan masa generasi Tabi'in. Selain itu juga merujuk kembali sirah Rasulullah SAW, dan tata cara mengembang dakwah yang beliau lakukan sejak permulaan dakwahnya, hingga beliau berhasil mendirikan Daulah Islamiyah di Madinah. Dipelajari juga perjalanan hidup betiau di Madinah. Tentu saja, dengan tetap merujuk kepada Kitabullah, Sunnah Rasul-Nya, serta apa yang ditunjukkan oleh dua sumber tadi, iaitu Ijmak Sahabat dan Qiyas. Selain itu juga tetap berpedoman pada ungkapan-ungkapan mahupun pendapat-pendapat para Sahabat, Tabi'in, dan imam-imam dari kalangan Mujtahidin.


Setelah melakukan kajian secara menyeluruh itu, maka Hizbut Tahrir telah memilih dan menetapkan idea-idea, pendapat-pendapat dan hukum-hukum yang berkaitan dengan fikrah dan thariqah. Semua idea, pendapat dan hukum yang dipilih dan ditetapkan Hizbut Tahrir hanya berasal dari Islam. Tidak ada satupun yang bukan dari Islam. Bahkan tidak dipengaruhi oleh sesuatu yang tidak bersumber dari Islam.


Hizbut Tahrir telah memilih dan menetapkan idea-idea, pendapat-pendapat dan hukum-hakam tersebut sesuai dengan perkara-perkara yang diperlukan dalam perjuangannya iaitu untuk melaksanakan kembali kehidupan Islam serta mengembang dakwah Islam ke seluruh penjuru dunia iaitu dengan mendirikan Daulah Khilafah dan mengangkat seorang Khalifah. Idea-idea, pendapat-pendapat dan hukum-hukum tersebut telah dihimpun dalam pelbagai buku, booklet, maupun nasyrah-nasyrah yang diterbitkan dan disebarluaskan kepada umat. Buku-buku itu, antara lain:
1. Nizhamul Islam (Peraturan Hidup dalam Islam)


2. Nizhamul Hukmi fil Islam (Sistem Pemerintahan dalam Islam)


3. Nizhamul Iqtishadi fil Islam (Sistem Ekonomi dalam Islam)


4. Nizhamul Ijtimo'iy fil islam (Sistem Pergaulan dalam Islam)


5. At-Takattul al-Hizbiy (Pembentukan Parti Politik)


6. Mafahim Hizbut Tahrir (Pokok-pokok Pikiran Hizbut Tahrir)


7. Daulatul Islamiyah (Negara Islam)


8. Al-Khilafah (Sistem Khilafah)


9. Syakhshiyah Islamiyah - 3 jilid (Membentuk Keperibadian Islam)


10. Mafahim Siyasiyah li Hizbit Tahrir (Pokok­pokok Pikiran Politik Hizbut Tahrir)


11. Nadharat Siyasiyah li Hizbit Tahrir (beberapa Pandangan Politik Hizbut Tahrir)


12. Kai nothing Hudimatil Khilafah (Persekongkolan Meruntuhkan Khilafah)


13. Siyasatu al-Igtishadiyah al-Mutsla (Politik Ekonomi yang Agung)


14. A1-Amwal fi Daulatil Khilafah (Sistem Kewangan Negara Khilafah)


15. Nizhamul 'Uqubat fil Islam (Sistem Sanksi Peradilan dalam Islam)


16. Ahkamul Bayyinat (Hukum-Hukum Pembuktian)


17. Mugaddimatu ad-Dustur (Pengantar Undang-undang Dasar Negara Islam)



Dan banyak lagi buku-buku, booklet, mahu­pun nasyrah yang dikeluarkan oleh Hizbut Tahrir, baik yang berkaitan dengan idea maupun politik.

Keanggotaan


Hizbut Tahrir menerima keanggotaan setiap orang Islam, baik laki-laki mahupun wanita tanpa memperhatikan lagi adakah mereka keturunan Arab atau bukan, berkulit putih ataupun hitam. Hizbut Tahrir adalah sebuah parti untuk seluruh kaum muslimin dan menyeru mereka untuk mengembang dakwah Islam serta mengambil dan menetapkan seluruh aturan-aturan Islam, tanpa memandang lagi kebangsaan, warna kulit, maupun madzhab mereka. Hizbut Tahrir melihat semuanya dari pandangan Islam.


Cara mengikat individu-individu ke dalam Hizbut Tahrir adalah dengan memeluk Aqidah Islamiyyah, matang dalam Tsaqafah Hizbut Tahrir serta mengambil dan menetapkan idea-idea dan pendapat-pendapat Hizbut Tahrir. Dia sendirilah yang mengharuskan dirinya menjadi anggota Hizbut Tahrir, setelah sebelumnya ia melibatkan dirinya dengan (pembinaan dan aktiviti dakwah) Hizbut Tahrir ketika dakwah telah berinteraksi dengannya dan ketika dia telah mengambil dan menetapkan idea-idea serta Mafahim Hizbut Tahrir. Jadi ikatan yang dapat mengikat anggota Hizbut Tahrir adalah Aqidah Islamiyyah dan Tsaqafah Hizbut Tahrir yang terlahir dari aqidah ini. Halaqah-halaqah (pembinaan) wanita dalam Hizbut Tahrir terpisah dengan halaqah laki-laki. Yang memimpin halaqah-halaqah wanita adalah para suami, mahramnya atau para wanita.

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

mizie_hafiz80
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3144
Posting: 928
Dari: Malaysia

saudiarabia  


posticon Posting pada: 14-09-08 10:48


Pada 13-09-08 16:49 , irashahirah posting:

!!! QUOTE !!!

nak tanya sikit
apa maksud hizbut tahrir?

Owh... Maksudnya masak lemak siput sedut... Heheheheh


-----------------
Kerbau adalah kerbau... Lembu adalah lembu... Kambing adalah kambing... Dan..., Aku adalah aku...


Bookmark and Share

    


  Member Information For mizie_hafiz80Profil   Hantar PM kepada mizie_hafiz80   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 14-09-08 12:15


Pada 14-09-08 10:48 , mizie_hafiz80 posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 13-09-08 16:49 , irashahirah posting:

!!! QUOTE !!!

nak tanya sikit
apa maksud hizbut tahrir?

Owh... Maksudnya masak lemak siput sedut... Heheheheh



this is not good and we should learn to respect others ... please


-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)


Bookmark and Share

    


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

fikrul_mustanir
WARGA SETIA
Menyertai: 03.11.2006
Ahli No: 27196
Posting: 744
Dari: The Future Khilafah State

blank   avatar


posticon Posting pada: 14-09-08 12:41


Pada 14-09-08 10:48 , mizie_hafiz80 posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 13-09-08 16:49 , irashahirah posting:

!!! QUOTE !!!

nak tanya sikit
apa maksud hizbut tahrir?

Owh... Maksudnya masak lemak siput sedut... Heheheheh



Hehehehe...ini sikurang ajar mana pula yang tersesat ke sini? :-)

Semoga Allah memberi kecerdikan dalam memahami makna sebenar HT kepada anda. :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For fikrul_mustanirProfil   Hantar PM kepada fikrul_mustanir   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 14-09-08 15:22


Dalam saya'b al Iman, Imam baihaqi meriwayatkan sebuah hadith hasan Mursal berkenaan orang yang mengejek/mengolok2 orang lain.

Panjang hadith ini. Dipendekkan, diakhirat kelak orang yang suka mengejek/mengolok2 orang lain akan dibukakan pintu syura dan dipanggil masuk kedalamnya. Lalu ia berlari, tetapi apabila sampai pintu syurga tertutup. Begitulah ia berlakub erulang kali.

Bayangkan betapa seksa dan kecewanya jika itulah yang berlaku. Semoga kita semua terselamat dari azab begitu, amin.

wuzara

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar


posticon Posting pada: 14-09-08 19:56


Semoga ia menjadi iktibar buat kita semua...

By the way, khabarnya minggu ni pun akan dianjurkan lagi iftar. Kalau ada maklumat, harap dapat hebahkan... Selalunya tahu-tahu saja dah selesai buat... Teringin jugak nak datang, kalau tiada aral melintang...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

gooku
Warga 4 Bintang
Menyertai: 01.12.2006
Ahli No: 27562
Posting: 269

blank  


posticon Posting pada: 15-09-08 22:36


syabas, syabab KL...syabab lain teringin juga nak buat.
insya Allah..tahun depan mudah-mudahan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For gookuProfil   Hantar PM kepada gooku   Pergi ke gooku's Website   Quote dan BalasQuote

pemburu_harimau
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2008
Ahli No: 33850
Posting: 559
Dari: Di kawasan yang ada Harimau

blank   avatar


posticon Posting pada: 15-09-08 23:56


UPDATE 3:
Iftar Ramadhan Anjuran Hizbut Tahrir Malaysia (KL)
Ceramah :Nuzul Al Quran - Membumikan Syariat, Melangitkan Al Quran

TARIKH: 17 Ramadhan @ 17/09/08 (Rabu)

TEMPAT: Surau Jalan Kenanga off jalan San Peng


----------------------------------------------------------------

UPDATE 4:
Iftar Ramadhan Anjuran Hizbut Tahrir Malaysia (Bangi)

TARIKH: 18 Ramadhan @ 18/09/08 (Khamis)

TEMPAT: Surau Al-Islah, Kajang Mewah,
Bandar Baru Bangi

--------------------------------------------------------------

Bagi warga UKHWAH yang ingin mengenali Hizbut Tahrir dengan
lebih dekat... boleh datang ya... pada 17 ramadhan atau
18 ramadhan

kami ada buat pameran mengenai khilafah semasa majlis tersebut...


-----------------
Harimau adalah makhluk Tuhan,
Kenapa mahu memburu harimau yang comel ini?



    


  Member Information For pemburu_harimauProfil   Hantar PM kepada pemburu_harimau   Quote dan BalasQuote

pemburu_harimau
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2008
Ahli No: 33850
Posting: 559
Dari: Di kawasan yang ada Harimau

blank   avatar


posticon Posting pada: 17-09-08 09:44


Pada 15-09-08 23:56 , pemburu_harimau posting:

!!! QUOTE !!!

UPDATE 3:
Iftar Ramadhan Anjuran Hizbut Tahrir Malaysia (KL)
Ceramah :Nuzul Al Quran - Membumikan Syariat, Melangitkan Al Quran

TARIKH: 17 Ramadhan @ 17/09/08 (Rabu)

TEMPAT: Surau Jalan Kenanga off jalan San Peng

--------------------------------------------------------------

Bagi warga UKHWAH yang ingin mengenali Hizbut Tahrir dengan
lebih dekat... boleh datang ya... pada 17 ramadhan atau
18 ramadhan

kami ada buat pameran mengenai khilafah semasa majlis tersebut...



JANGAN LUPA MALAM INI ya.... :welcome:


-----------------
Harimau adalah makhluk Tuhan,
Kenapa mahu memburu harimau yang comel ini?



    


  Member Information For pemburu_harimauProfil   Hantar PM kepada pemburu_harimau   Quote dan BalasQuote

hurun_ein
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 18.10.2003
Ahli No: 4470
Posting: 317
Dari: utm, skudai

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 17-09-08 11:35


Assalamualaikum

wah, HT ada program...ana nak sangat kenal HT ini.. :berfikir:
tapi program tu jauhla...tak ada ke yang area2 UTM Skudai saja...

boleh tak ana tanya sikit?

!!! QUOTE !!!

Hizbut Tahrir merupakan organisasi politik, bukan organisasi kerohanian (seperti tarekat), bukan badan ilmiah (seperti lembaga agama atau badan penelitian), bukan institusi pendidikan (akademik), dan bukan pula pertubuhan sosial (yang bergerak di bidang sosial dan kemasyarakatan). Idea-idea Islam menjadi jiwa, inti dan sekaligus rahsia kewujudan kelompoknya.


kalau diteliti, PAS juga merupakan organisasi politik, juga menurutnya memperjuangkan ISlam... apa pandangan Hizbut Tahrir dengan PAS?
:-D


-----------------
ana..ukhtukum fil Islam..


Bookmark and Share

    


  Member Information For hurun_einProfil   Hantar PM kepada hurun_ein   Pergi ke hurun_ein's Website   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 17-09-08 12:30


Assalamualaikum
kepada hurun_ein...rasanya banyak percambahan ilmu telah berlaku dalam ukhwah ini antara PAS dengan HT...kena rajin² cek...

to mizie..please hav a good respect to others..make a joke shouldn't be as you think you like it to be... :jangan:



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar


posticon Posting pada: 17-09-08 12:50


Salam, Surau Jalan Kenanga off Jalan San Peng tu di mana ye? Boleh beritahu landkmark nak ke sana? Insya Allah saya akan pergi dengan syabab.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida

Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....

egypt   avatar


posticon Posting pada: 17-09-08 12:54


salam ramadhan..
dah masuk pertengahan dah kita puasa.
huhuu.. mampukah kurasai nikmat hingga penghujung ramadhan?

alamak.. dah lepas ye iftar mlm tadi..erm, di bangi.. lama tak jumpa adikku nan seorang tu.. ss dah pulang ke kg sitiawan..yeahh..eheh..

buat mizie..harap bersopan dalam topik sahabat yang buka..
kalau nak melawak, biar kena dengan tempat ye.

ok.. selamat beriftar.. ;)

Bookmark and Share

    


  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar


posticon Posting pada: 17-09-08 12:57


Salam Hurun Ein, di Johor juga ada syabab-syabab dan nisa' HT. Kalau benar-benar berminat, bolehlah PM wuzaraa atau lain-lain.

HT di Johor pun sering juga anjurkan program.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

salmanfarees
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.10.2006
Ahli No: 26728
Posting: 79
Dari: New Zealand

newzealand   avatar


posticon Posting pada: 17-09-08 13:06


Menarik HT ni. Bolehkah ahli-ahli HT memberikan saya sedikit penjelasan apakah matlamat akhir HT ni ditubuhkan? Adakah HT berhasrat untuk suatu hari nati mentadbir negara ini dan bolehkah diterangkan adakah telah disediakan 'road map'atau strategi / metodologi untuk mencapai matlamat tersebut. Diharap jawapan tersebut mampu memberi saya pemahaman lebih baik mengenai HT.

Bookmark and Share

    


  Member Information For salmanfareesProfil   Hantar PM kepada salmanfarees   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar


posticon Posting pada: 17-09-08 14:00


salmanfarees, HT tidak berhasrat untuk mentadbir negara, kerana itu bukannya peranan parti politik yang sebenarnya. Ketika ketiadaan khilafah, peranan parti politik ialah untuk berusaha menegakkannya semula. Namun tak bermakna aspek lain dalam Islam diabaikan.

Kemudian setelah wujudnya khilafah, parti politik berperanan sebagai badan yang memuhasabah pemerintah (i.e. Khalifah dan wali). HT tak berjuang untuk memerintah, sebaliknya untuk mengembalikan sistem Islam yang syumul. Sekiranya khalifah yang dibaiat oleh umat itu merupakan ahli HT, maka beliau wajib keluar daripada HT. Bukannya seperti sistem sekarang ni, di mana Perdana Menteri juga merupakan Presiden sebuah parti politik. Tak mustahil lah polisi negara cenderung memihak kepada parti tersebut.

Saya bukanlah mewakili HT, pandangan saya ni pun merupakan pandangan peribadi sahaja. Kalau anda berminat, jemputlah berjumpa dengan syabab HT untuk mendengar penjelasan sebaiknya. Insya Allah penjelasan kasar mengenai 'road map' akan diberikan. Kalau nak bincang secara detail, akan mengambil masa yang agak panjang.

Mungkin boleh hadir program iftar malam ini sebagai permulaan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 17-09-08 15:20


Salam...

Banyak juga perkara yang diutarakan menarik perhatian saya untuk memberi pandangan, terutama yang berkaitan dengan Hizbut Tahrir. Persoalan2 yang ditimbulkan persis dengan persoalan yang diajukan kepada saya dalam medan dakwah sebenar.

InsyaAllah, nanti free saya cuba jawab persoalan yang dikemukakan oleh hurun ein dan salmanfarees. sekarang ni sibuk sikit...

Selamat berpuasa.

wuzara

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

pemburu_harimau
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2008
Ahli No: 33850
Posting: 559
Dari: Di kawasan yang ada Harimau

blank   avatar


posticon Posting pada: 19-09-08 07:38


IFTAR, PAMERAN KHILAFAH DAN CERAMAH BERSAMA
HIZBUT TAHRIR MALAYSIA...

TARIKH: 19 RAMADHAN / 19 SEPTEMBER (JUMAAT)
TEMPAT: School of Tahfiz Al-Quran and Arabic Malaysia (STAM),
Sungai Ramal Dalam, SELANGOR.


Sesiapa yang ingin mengenali Hizbut Tahrir dengan lebih dekat...
boleh datang ya....


-----------------
Harimau adalah makhluk Tuhan,
Kenapa mahu memburu harimau yang comel ini?



    


  Member Information For pemburu_harimauProfil   Hantar PM kepada pemburu_harimau   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 20-09-08 00:54


Assalamualaikum wbt…

Sekejap saja rasanya, kita sudah sampai 10 malam terakhir ramadhan. Masa berlalu pantas, semoga kita semua berada didalam rahmatNya.

Pertamanya, terima kasih saya ucapkan kepada hurun ein,sayatetapsaya, salmanfarees dan sahabat2 yang lain atas pandangan dan pertanyaan yang diutarakan. Sebagai ahli Hizbut Tahrir saya terpanggil untuk memberi sedikit komentar.

Walaupun soalan2nya pendek, tetapi kerana ia menyangkut persoalan metodologi dakwah, sukar untuk saya jawab secara pendek. Oleh itu, saya bahagikan jawapan ini kepada bebarapa siri.

Saya pohon para sahabat sabar membacanya. Semoga Allah membuka mata hati dan fikiran kita untuk melihat kebenaran sekiranya apa yang saya sampaikan ini perkara yang hak. Kita berdoa juga supaya Allah memperbetulkannya supaya saya tidak silap dan sahabat-sahabat tidak salah faham, insyaAlah.

Untuk mengetahui secara umum tentang Hizbut Tahrir, sila ke laman rasmi Hizbut Tahrir Malaysia, www.mykhilafah.com . Sebahagiannya telah saya copy pastekan diatas.

Berkenaan pertanyaan yang dikemukakan oleh ukhti hurun ein, sekiranya berminat insyaAllah ada aktiviti muslimah Hizbut Tahrir di UTM dan kawasan sekitarnya. Saya sendiri dulu berjumpa Hizb semasa di UTM. InsyaAllah saya akan minta zaujah saya uruskan sekiranya saudari berminat.

Pendirian HT kepada semua gerakan Islam termasuk PAS adalah gerakan sahabat. Pada penelitian saya, pada dasarnya banyak persamaan antara PAS dan HT, iaitu untuk mengembalikan kehidupan Islam. Walaubagaimana pun terdapat juga perbezaan pandangan. Antaranya PAS berusaha mengembalikan Islam di Malaysia manakala HT berusaha untuk mengembalikan semula daulah khilafah Islamiah yang akan menyatukan seluruh ummat Islam dibawah payung 1 negara Islam. Begitu juga dengan metodologi dakwah.

InsyaAllah metodologi dakwah Hizbut Tahrir akan saya ulas pada diri kedua.

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 22-09-08 11:52


Siri 2 (sambungan dari siri 1)

Seterusnya, berkenaan pertanyaan akhi Salmanfarees berkenaan metodologi dakwah Hizbut Tahrir. Suka ingin saya jelaskan, HT berpendirian bahawa matlamat HT adalah mengembalikan kehidupan Islam. Manakala penegakan Daulah Khilafah Islamiah adalah sebagai method untuk mengembalikan kehidupan Islam tersebut.

Metodologi dakwah HT adalah menempuh 3 fasa dakwah Rasulullah.

Pertama, fasa pembinaan(tatsqif) kutlah terawal hizbut tahrir. Ini meniru fasa 3 tahun pertama dakwah Rasulullah sehingga turun wahyu yang bermaksud,

“Maka sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala apa yang diperintahkan kepadamu dan berpalinglah dari orang-orang yang musyrik. Sesungguhnya Kami memelihara kamu daripada (kejahatan) orang-orang yang memperolok-olokkan (kamu), yaitu orang-orang yang menganggap adanya tuhan yang lain disamping Allah, maka mereka kelak akan mengetahui (akibat-akibatnya)” .


Fasa kedua, adalah fasa tafaul(interaksi) dimana disini berlaku perjuangan siasah Rasulullah saw. Hizbut tahrir menempuh fasa dakwah ini dengan meniru thariqah yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah. Hizbut Tahrir menempuh kifah siyasi(perjuangan politik) dengan mendedahkan idea2 kufur yang diterapkan hari ini, perancangan2 pemerintah dan kafir barat sebagaimana yang rasulullah lakukan dalam nas2 Al Quran dibawah.

1)    menyerang kekufuran meraka

“Mereka (orang-orang musyrik) menjadikan jin itu sebagai sekutu bagi Allah, padahal Allah Yang menciptakan jin-jin itu. Mereka berbohong—dengan mengatakan bahwa Allah mempunyai anak laki-laki dan perempuan—tanpa mendasarkannya pada ilmu pengetahuan. Mahasuci Allah dan Mahatinggi dari sifat-sifat yang mereka nisbatkan.” (QS al-An‘am : 100).

“Katakanlah, “Siapakah Tuhan langit dan bumi.”Katakanlah, “Allah.”Katakanlah, “Patutkah kalian menjadikan pelindung-pelindung kalian dari selain Allah, padahal mereka tidak menguasai kemanfaatan dan tidak (pula) kemudaharatan bagi diri mereka sendiri?”Katakanlah, “Adakah sama orang yang buta dan yang dapat melihat atau samakah antara keadaan gelap-gulita dan terang-benderang? Apakah mereka menjadikan beberapa sekutu bagi Allah yang dapat menciptakan sesuatu seperti ciptaannya sehingga kedua ciptaan itu serupa menurut pandangan mereka?” Katakanlah, “Allah adalah Pencipta segala sesuatu. Dialah Allah, Zat Yang Maha Esa lagi Mahaperkasa.” (QS ar-ra‘d : 16).

2)    sistem sosial meraka
“Apabila seseorang dari mereka diberi khabar dengan (kelahiran) anak perempuan, merah-padamlah mukanya dan dia sangat marah. Dia menyembunyikan diri dari orang banyak karena buruknya berita yang disampaikan kepadanya. Apakah dia akan memeliharanya dengan menanggung kehinaan ataukah akan menguburnya dalam tanah. Ketahuilah, alangkah buruknya yang mereka tetapkan itu. (QS an-Nahl : 58-59).

“Janganlah kalian memaksa budak-budak wanita kalian untuk melakukan pelacuran—sedangkan mereka sendiri menginginkan kesucian—dengan tujuan untuk meraih keuntungan duniawi. (QS an-danű :33).

“Janganlah kalian membunuh anak-anak kalian hanya karena takut miskin. Kami-lah yang akan memberikan rezeki kepada kalian dan kepada mereka. Janganlah kalian mendekati perbuatan yang keji, baik secara nyata maupun secara sembunyi-sembunyi. Jangan pula kalian membunuh jiwa yang telah diharamkan oleh Allah, melainkan karena suatu sebab yang dibenarkan. Yang demikian itu diperintahkan oleh Tuhan kalia kepada kalian agar kalian berfikir”. (QS al-An‘âm : 151).

3)    Menyerang sistem ekonomi mereka

Apa yang kalian berikan berupa riba untuk tujuan menambah harta-kekayaan manusia tidaklah menambah apa pun di sisi Allah. Sedangkan apa yang kalian berikan berupa zakat yang kalian kehendaki semata-mata karena Allah, maka yang seperti itulah yang dilipatgandakan (pahalanya). (QS ar-Rum : 39).

“Celakalah orang-orang yang gemar mengurangi timbangan. Mereka itu, apabila menerima takaran dari orang lain, ingin dilebihkan. Sebaliknya, apabila menakar atau menimbang untuk orang lain, mereka menguranginya”. (QS al-Muthafifîdan : 1-3).

4)    Al Quran juga menyerang adat istiadat jahiliah

“Mereka mengatakan, “Binatang dan tanaman yang terlarang ini tidak boleh dimakan, kecuali bagi oang yang kami kehendaki—menurut anggapan mereka.”“Ada binatang ternak yang terlarang untuk ditunggangi dan binatang yang tidak mereka sebut nama Allah sewaktu menyembelihnya, semata-mata untuk membuat kedustaan. Kelak, Allah akan membalas mereka karena apa yang mereka dustakan itu. Mereka juga mengatakan, “Apa yang ada dalam perut binatang ternak ini adalah khusus untuk lelaki kami dan diharamkan atas wanita kami.” Akan tetapi, jika yang ada di dalam perut itu dilahirkan dalam keadaan mati, lelaki dan wanita itu sama-sama tidak memakannya. Kelak, Allah akan membalas mereka. Sesungguhnya Allah Mahabijak dan Mahatahu. (QS al-An‘âm : 138-139).

5)    Menyerang dan mengolokkan pemimpin-pemimpin kufar

“Binasalah kedua tangan Abi Lahab…” (QS. Al Lahab : 1).

Tentang penguasa Bani Makhzum, Walid bin Al Mughirah, Allah SWT berfirman:
“Biarkanlah Aku bertindak terhadap orang yang Aku telah menciptakannya sendirian. Dan Aku jadikan baginya harta benda yang banyak”. (QS Al Muddattsir : 11-12).

Terhadap Abu Jahal, Allah SWT berfirman:
“Ketahuilah, sungguh jika dia tidak berhenti niscaya Kami tarik ubun-ubunnya, yaitu ubun-ubun yang mendustakan lagi durhaka” (QS Al Alaq : 15-16).

Ayat-ayat quran diatas diturunkan dalam fasa di Makkah. Diajarkan Rasulullah kepada para sahabat dan mereka serukan kepada kafir Quraisy. Setelah dokongan ummat semakin kuat, rasulullah melakukan usaha thalabun nusrah untuk mendapatkan kekuasaan.

Nama-nama kabilah yang pernah didatangi Rasulullah saw dan menolak adalah, (1) Banu ‘Aamir bin Sha’sha’ah, (2) Bani Muharib bin Khashfah, (3) Bani Fazaarah, (4) Ghassan, (5) Bani Marah, (6) Bani Hanifah, (7) Bani Sulaim, (8) Bani ‘Abas, (9) Bani Nadlar, (10) Bani Baka’, (11) Bani Kindah, (12) Kalab, (13) Bani Harits bin Ka’ab, (14) Bani ‘Adzrah, (15) Bani Hadlaaramah.

Akhirnya kabilah dari Yathrib menerima tawaran Rasulullah sehinggalah berlakunya bye’atul aqbah 1 dan 2 yang membawa hijrah ke Madinah dan tertegaknya negara Islam yang pertama di Madinah pada tanggal 1 Hijrah. Inilah juga yang dilakukan oleh hizbut Tahrir di peringkat akhir fasa kedua untuk mendapat kekuasaan.

Fasa ketiga, penerapan hukum Islam oleh institusi negara sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah semenjak tertegaknya negara Islam. Posisi Hizbut Tahrir tidaklah sama dalam sistem demokrasi hari ini yang mana parti yang menang pilihanraya akan menjadi parti pemerintah.

Sekiranya HT berjaya menegakkan khilafah sekalipun, Hizbut Tahrir bukanlah parti pemerintah kerana khilafah diperintah oleh khalifah bersama struktur pemerintahannya. Hizbut Tahrir dan gerakan2 Islam lain seperti PAS, Jemaati Islami, Tabligh dsbnya akan meneruskan usaha dakwah dan memuhasabah pemerintah.

(Bersambung siri ke 3)

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar


posticon Posting pada: 22-09-08 12:14


Salam, wuzaraa. Boleh tolong huraikan tentang proses talabun nusrah? Rasanya masih ramai lagi yang belum jelas mengenainya, dan bagaimana ia akan dilaksanakan pada zaman ni...

Antaranya;
1. Siapakah ahlu quwwah?
2. Adakah sama talabun nusrah dengan coup d'etat?
3. Adakah talabun nusrah boleh dicapai melalui gerakan massa (seperti reformasi)?
4.... (terbuka kepada persoalan tambahan...)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar


posticon Posting pada: 22-09-08 12:19


Hehe, saya 'merampas' tempat ph selaku reporter majlis iftar....
Jangan marah ye ph...

*****

Pada 19 Ramadhan 1429H bersamaan dengan 19 September 2008, syabab Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) mengadakan majlis iftar Ramadhan di School of Tahfiz and Arabic Malaysia (STAM) di Sg. Ramal Dalam, Kajang. Program bermula seawal 5.45 petang dengan tayangan video “ Ila Mata “ yang disaksikan oleh para pelajar, guru-guru dan juga ibubapa dengan penuh khusyuk selama 45 minit. Setelah itu para hadirin disajikan pula dengan pameran Khilafah. Pameran Khilafah tersebut mengisahkan tentang Zaman Pembentukan Daulah Khilafah, Zaman Kebangkitan Daulah Khilafah, Zaman Kejatuhan Daulah Khilafah, Zaman Kesengsaraan Dunia Tanpa Khilafah dan Zaman Kebangkitan Semula Daulah Khilafah di seluruh dunia yang menyeru dengan satu seruan agar Khilafah yang kedua kalinya didirikan semula. Selain itu, pemeran buku- buku tsaqafah Islam juga turut diadakan.

Apabila azan Maghrib berkumandang ke udara tanda masuknya waktu berbuka puasa, para syabab dan para hadirin disajikan pula dengan jamuan iftar Ramadhan yang ringan dan berat secara serentak. Selesai sahaja sholat Maghrib secara berjamaah, para jamaah diperdengarkan pula dengan tazkirah ringkas daripada Presiden HTM iaitu Al Fadhil Ustaz Abdul Hakim Othman yang bertajuk “Al Quran Sebagai Panduan Hidup”. Dalam tazkirah tersebut, beliau mengingatkan tentang peri penting dan wajibnya bagi umat Islam mengembalikan hukum- hukum yang terkandung di dalam Al- Quran agar diterapkan di dalam kehidupan sehari-harian dan bukan sekadar untuk dibaca sahaja. Dengan kata lain menjaga pelaksanaan hukum-hukum Al-Quran secara total dan tidak hanya menjaga “fizikal” Al-Quran semata-mata. Tambah beliau lagi, umat Islam perlu meletakkan Al Quran di tempat yang sepatutnya iaitu sebagai qiyadah fikriyah, sesuai dengan sifat Al Quran tersebut sebagai petunjuk, penjelas dan pembeza bagi yang hak dan batil.

Selesai sahaja tazkirah, sholat Isyak pun didirikan dan setelah itu diikuti pula dengan sholat tarawikh yang dipimpin oleh guru STAM. Pameran Khilafah disambung semula selepas sholat tarawikh dengan sambutan dan respon daripada para hadirin yang amat menggalakkan. Di akhir pameran sedikit cendera mata daripada HTM telah disampaikan oleh Presiden HTM kepada pihak STAM. Majlis berakhir sekitar pukul 10.30 malam dan jamuan moreh disediakan untuk semua yang hadir. Di kesempatan ini, HTM ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pengetua STAM dan Pengerusi PIBG STAM kerana memberi keizinan dan kerjasama kepada syabab HTM mengadakan pameran Khilafah dan tazkirah. Tidak dilupakan juga jutaan terima kasih daripada HTM kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini. Diharap kerjasama sebegini dapat terus disemai, agar ukhwah Islam semakin erat dan kesedaran Islam di kalangan umat semakin tersebar luas.

sumber: mykhilafah.com

P/s: siapalah agaknya insan yang tengah asyik dengan kameranya dalam gambar tu ye..?

he he


-----------------
Buah Cempedak di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan,
Saya Budak Baru Belajar,
Kalau SalahTolong Tunjukkan.


Bookmark and Share

    


  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 23-09-08 11:08


Siri 3 (akhir)

Apa yang saya jelaskan diatas adalah sedikit penjelasan tentang thariqah dakwah yang ditempuh oleh Hizbut Tahrir. Hizbut Tahrir membuka kepada semua ummat Islam untuk datang ke halaqah-halaqah pentarbiahan yang dianjurkan oleh Hizbut Tahrir. Dalam pentarbiahan tersebut akan dijelaskan secara terperinci, bukan saja soal thariqah dakwah malah banyak khazanah tsaqafah Islam yang lain.

Syabab hizbut tahrir di seluruh dunia menggunakan kitab-kitab yang sama, perbezaannya hanyalah bahasa penghantar. Bahasa asalnya adalah bahasa arab yang kemudian diterjemah ke banyak bahasa. Dakwah hizbut ini adalah dakwah global yang merentas sempadan assobiyah, geo politik dan mazhab.
Kini Hizbut Tahrir telah sampai di Malaysia. Ayuh bersama Hizbut Tahrir mengembalikan kehidupan Islam dengan menegakkan kembali khilafah Islamiah. Kepada sesiapa sahabat portal ukhwah yang berminat mengetahui lebih lanjt tentang Hizbut Tahrir boleh hubungi saya atau syabab2 HT yang lain. Semoga mendapat pencerahan.

”.... kemudian akan kembali khilafah dengan minhaj kenabian.” (hadith Riwayat Imam Muslim)


Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

hurun_ein
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 18.10.2003
Ahli No: 4470
Posting: 317
Dari: utm, skudai

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 30-09-08 13:26


:-) salam sahabat2... syukran ila akh wuzaraa atas expalanation nya...insyaAllah banyak lagi nak kena ana study... :berfikir:


-----------------
ana..ukhtukum fil Islam..


Bookmark and Share

    


  Member Information For hurun_einProfil   Hantar PM kepada hurun_ein   Pergi ke hurun_ein's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.115198 saat. Lajunya....