Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 15-10-2019  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya
-- Hukama'

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: mengintaisyurga
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43096

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 39
Ahli: 0
Jumlah: 39




  Yang Masuk Ke Sini
tereturubuzu: 7 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 18 hari yang lalu


Al-Quran dan Hadis
Topik: Kaya Maklumat, Tetapi Tapislah..


Carian Forum

Moderator: Administrator, ABg_IMaM, ibnu_musa
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Al-Quran dan Hadis
    »» Kaya Maklumat, Tetapi Tapislah..

Please Mendaftar To Post


Oleh Kaya Maklumat, Tetapi Tapislah..

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 01-09-08 00:45


"Senang saja nak tahu jawapan, carik saja dalam google search nanti adalah tu..."

Internet - dunia tanpa sempadan yang tiada batasan dalam hubungan antara yang dekat dan yang jauh. Begitulah juga dengan apa sahaja yang dipanggil sebagai maklumat.

Di sini anda mudah hendak mencari apa sahaja isu terkini yang tidak terbilang jumlahnya. Banyak perkara yang boleh disimpan, diterima, diluahkan dan dibuang.

Kemungkinan - anda akan berhadapan dengan maklumat yang palsu, yang memberikan provokasi, yang menarik minat, yang merayu, yang memberi kesedaran, dan ada kalanya juga boleh memberikan kesusahan serta kemusnahan sekiranya tiada alat penapis iaitu ILMU PENGETAHUAN DAN IMAN.

Di dalam Internet ini, sekiranya saya memerlukan jawapan dari persoalan agama saya akan memastikannya ia tidak lari dari mazhab syafie dan asya'irah sebagaimana yang telah dipersetujui oleh majoriti ulamak ahlu sunnah wal jama'ah. Oleh itu, apapun persoalan agama yang didahulukan adalah dari mazhab syafie dan sekiranya ada situasi yang tidak dapat dielakkan maka barulah melihat kepada mazhab lain pula. Begitulah dari soal aqidah, saya mengikut pendapat khalaf yang salaf. Iaitu dari aliran asya'irah. Sebab saya yakin dengan pasti ia adalah aqidah ahlu sunnah wal jama'ah sebagaimana yang telah dipelajari sejak dari sekolah agama dahulu. Semuanya ada disertakan dalil dan hujjah dari al Quran dan Hadith serta syarah dan pandangan dari ulamak muktabar.

Di Malaysia ini umumnya mufti di seluruh negara adalah mengikut mazhab syafie dan aliran asya'irah (kecuali mufti perlis). Saya percaya mengikut ijmak ulamak dan majoriti muslimin adalah wajib. Maklumlah, di kala ini pelbagai serangan ideologi dan fahaman telah menyusup masuk di dalam minda para pelajar terutamanya mereka yang kurang didikan asas dalam perkara aqidah. Begitu juga dengan profesional dan ada juga dari negara lain yang menyebarkan fahaman yang pelik dan ganjil dari pendapat majoriti ulamak seluruh dunia dari dahulu hinggalah sekarang.

Mengenai Hadith

Eloklah sebelum bertanya tentang hadith ini apa darjatnya sahih atau tidak, siapa perawinya ?. Anda belajar dahulu apa erti hadith. Kemudian belajarlah juga darjat hadith melalui ulumul hadith. Di sana ada diterangkan mengenai darjat hadith dari segi matannya - sama ada ia adalah sahih, hasan atau dhoief. Di situ juga anda akan diajar mengenai kekuatan hadith-hadith tersebut serta kebolehan beramal dengannya. Bukan apa.. supaya tidaklah dengan kejahilan diri - terus mengatakan hadith ini dhoief ia sama sahaja dengan maudhuk, kendian mengatakan pula hadith dhoief tertolak terus. Sedangkan para ulamak hadith membolehkan beramal dengannya dengan syarat-syarat tertentu. Hadith dhoief juga boleh naik tarafnya kepada hadith hasan sekiranya banyak hadith lain yang menyokong hadith tersebut.

Anda juga akan didedahkan dengan darjat hadith melalui sanad - seperti Hadith Mutawattirah, hadith gharib dan hadith ahad.

Ingatlah - hadith juga ada yang dinasakhkan, dimansukhkan, ada yang umum dan ada juga yang khusus.

Ya - anda juga perlu mempelajari tentang jarh wa at ta'dil - iaitu mengenai kecacatan dan keadilan perawi. Opss... dengan hanya belajar hadith bukan bermakna anda sudah boleh mengeluarkan hukum sepertimana para mujtahid (iaitu ulamak yang sudah boleh mengeluarkan hukum). Belajar hadith dan menguasainya cuma satu dari cabang ilmu sebelum melayakkan diri menjadi mujtahid.

Mengenai Feqh

Zaman ini ramai benar yang ingin bercakap mengenai hukum halal dan haram. Yang lagi hebat - ada yang kata ambil sahaja al Quran dan hadith sahih maka sudah cukup. Sedangkan para ulamak mujtahid yang pakar dalam feqah - mereka ini telah menguasai kriteria seorang mujtahid iaitu :

1. Islam dan bersifat adil

2. Mengetahui tentang al Quran beserta makna-maknanya dari sudut bahasa dan Syariat

3. Mengetahui hadith beserta makna-maknanya dari sudut bahasa dan syariat

4. Mampu mengetahui tentang masalah-masalah ijmak serta tempat-tempat berlaku ijmak. Hal tersebut supaya mereka tidak mengeluarkan fatwa yang bertentangan dengannya.

5. Mengetahui tentang al Qiyas iaitu merangkumi tentang illah, hikmah, kemaslahatan masyarakat serta uruf.

6. Mengetahui bahasa Arab dengan baik dan sempurna. hal ini supaya dapat mentafsirkan al Quran dan Hadith dengan baik serta dalam istinbat hukum

7. Mengetahui nasikh dan mansukh daripada Al Quran dan Hadith

8. Mengetahui usul fiqh kerana ia merupakan asas dalam berijtihad dan istinbat hukum.

9. Mempunyai kefahaman yang baik dan benar supaya mampu untuk membezakan antara pendapat yang benar dengan pendapat yang salah. Iaitu mempunyai kecerdikan serta kemahiran dalam ilmu pengetahuan yang dalam.

10. Baligh. Iaitu cukup umur dan sempurna akal pemikiran.

11. Mengetahui dalil akal dan kehujahannya.

12. Mengetahui nas dan dalil yang berkaitan dengan hukum hakam sekurang-kurangnya, biarpun tidak menghafaznya.

13. Mengetahui sebab nuzul, ayat serta datang hadith atau asbab wurud hadith serta syarat mutawattir dan Ahad.

Oleh kerana itu, para ulamak tidak berwenang untuk mengeluarkan hukum itu halal, ini haram, itu bid'ah sesat dan sebagainya. Sebab perlu diingat banyak perkara yang perlu diperhatikan sebelum mengeluarkan sesuatu hukum. ALlahu ALLah.. para ulamak yang takutkan ALlah, mereka ini berhati-hati di dalam menanggapi sesuatu permasalahan dengan teliti. Takut-takut leher mereka sendiri akan dijerut oleh hukuman yang bukan haq.

"Katakanlah! Apakah kamu menyetahui apa-apa yang Allah telah turunkan untuk kamu daripada rezeki, kemudian dijadikan sebagian daripadanya itu, haram dan halal; katakanlah apakah Allah telah memberi izin kepadamu, ataukah memang kamu hendak berdusta atas (nama) Allah?"(Yunus: 59)

Dan firman Allah juga:

"Dan jangan kamu berani mengatakan terhadap apa yang dikatakan oleh lidah-lidah kamu dengan dusta; bahwa ini halal dan ini haram, supaya kamu berbuat dusta atas (nama) Allah, sesungguhnya orang-orang yang berani berbuat dusta atas (nama) Allah tidak akan dapat bahagia." (an-Nahl: 116)

Persoalannya di sini - Mengapa tidak bertanya dengan yang lebih tahu (pakar) tentang permasalah feqh agar diri yang tidak berkelayakan tidaklah mengeluarkan pernyataan yang mendustakan ALlah dan Rasul-Nya?. Sebagaimana seorang pesakit yang memerlukan ubat - tentulah ia akan berjumpa dengan doktor bagi mengetahui akan sakitnya serta ubat-ubatan sebagai usaha untuk menyembuhkan penyakitnya itu dengan izin ALlah. Dan bukan dengan jalan memandai-mandai sehingga membahayakan diri dan orang lain. Sebagaimana perintah ALlah menyuruh kita bertanya dengan orang yang berpengetahuan yang lebih faham :


فَسۡـَٔلُوٓاْ أَهۡلَ ٱلذِّكۡرِ إِن كُنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ (٤٣;)

Oleh itu bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahui. (Surah An Nahl : 43)

Jangan lupa, belajarlah juga tentang bagaimana beradab dengan khilaf ulamak - Anda boleh merujuknya di sini

:http://mufti.penang.gov.my/khilaf.pdf

Supaya tidaklah dengan kejahilan anda menghukum pendapat ulamak muktabar sebagai bid'ah sesat, terkeluar dari ahlu sunnah wal jama'ah dan segala macam pertuduhan yang lain yang menimbulkan permusuhan, perbalahan bahkan murka dari ALlah ta'ala.

Mengenai Tauhid

Jika anda tersilap langkah mungkin sahaja anda keliru dengan orang yang menyamakan ALlah dan makhluk-Nya. Lalu mengatakan dengan bersungguh-sungguh ALlah ada tangan, kaki, duduk dan sebagainya. Sedangkan mereka yang terdahulu (salafiyyin) mereka tidak membicarakan lansung mengenai zat ALlah, dan menyerahkan maknanya bulat-bulat kepada-Nya.

Dan mungkin lebih jauh lagi, terpengaruh pula dengan fahaman jabariyah, qodiyani, bahaiyyah, murji'ah, qadariyyah, ayah pin, ajaran guru kahar, rasul perempuan dan fahaman yang menyebabkan aqidah di dalam merbahaya yang memungkin jatuh kepada daerah terkeluar dari Islam..

Dan mungkin juga ada yang mengatakan pengajian sifat 20 adalah dari unsur falsafah - sedangkan pengajian sifat 20 inilah yang memerangi fahaman muktazilah. Kasihannya sebarang penuduhan yang dibuat datangnya dari mereka yang tidak mendalami secara khusus sifat 20 ini ataupun belajar sedikit kemudian merasa ia terlalu susah. Lalu terus keluar dan menyebarkan pada masyarakat bahawa sifat 20 susah untuk dipelajari dan membuang masa (sedangkan ia tidak faham bahawa yang paling asas adalah belajar sifat 20 yang asas itu sahaja, manakala untuk belajar lebih mendalam terpulanglah dengan inisiatif diri sendiri).

Rupa-rupanya - setiap sifat ALlah yang telah digali dari al Quran oleh Abu Hasan Al Asy'hari dan Abu Mansur Al Maturidiyyah mempunyai hujjah dan dalilnya dari al Quran bagi mematahkan hujjah para pemikir yang hanya menggunakan akal serta pendokong kristian dan pendapat mereka yang athies.

Anda boleh lihat senarai ulamak asya'irah di sini :

http://mukhlis101.multiply.com/journal/item/200

ALlahu ALlah..


Duduk di alam internet.. jari jemari mudah menekan papan kekunci. Mungkin ada perasaan gopoh, ingin mudah dan cepat, mencari kelainan, perasaan ingin tahu dan bermacam lagi. Di dalam diri buatlah satu pertahanan diri yang terdiri dari ILMU, IMAN dan AKHLAQ. Agar diri kita tidak tersasar jauh atas kehendak lautan ilmu yang tidak terbatas tetapi berdiri atas kejahilan menapisnya.

sumber : http://jarumemas.blospot.com


-----------------
.:Hidup Ini Mencari Mati Yang Sempurna:.
http://jarumemas.blogspot.com

http://jomfaham.blogspot.com


Bookmark and Share

  


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

Uwaimir
Warga 2 Bintang
Menyertai: 12.07.2003
Ahli No: 2288
Posting: 57

saudiarabia  


posticon Posting pada: 01-09-08 15:00


Bismillahirrahmanirrahim.

Benar internet menyediakan pelbagai maklumat dan maklumat-maklumat tersebut perlu ditapis terlebih dahulu apalagi jika ianya bersangkutan dengan hal-hal berkaitan agama.

Menjadikan mazhab Al-Imam Al-Syafi'i(rhm) dan aliran Asya'irah sebagai kata putus dan penapis mutlak kepada setiap maklumat hanya akan menyemarakkan sifat "aku betul" dan "selain aku tentu salah belaka", juga membuka pintu untuk senantiasa bertelagah sesama umat Islam..

Demikian juga dari aliran Salafiyyin, siapa yang enggan mengambil ilmu kecuali hanya dari ulama Salafi tentulah hal ini juga akan menyebabkan berlakunya fenomena "aku betul dan "selain aku tentu salah belaka"...juga membuka pintu untuk senantiasa bertelagah sesama umat Islam.

Ambillah ilmu dari semua para ulama rabbani, yang berdiri di atas manhaj salaf mahupun khalaf. Mereka semua adalah orang-orang yang mewakafkan usia demi meninggikan kalimat-Nya.

Adapun pihak yang perlu ditinggalkan adalah pihak yang mengisi usianya hanya untuk menyeru agar meninggalkan salah satu dari dua kelompok umat Islam ini!

Bacalah..dan bacalah...Tinggalkan khabar-khabar burung biarpun ianya meniti di bibir teman akrabmu, tokoh yang dikagumi atau terhidang enak di website2 kegemaran. Sungguh Nabi SAW telah meninggalkan buat kita penapis mutlak yang menjadi kata pemutus :"Aku tinggalkan kepada kalian dua perkara yang kalian tidak akan tersesat selama-lamanya selagi kalian berpegang teguh kepada keduanya yaitu Kitabullah dan Sunnahku" (H/ Al Imam Malik dalam al Muwaththa', al Hakim dalam al Mustadrak dan disepakati kesahihannya oleh al Hafiz Az-Dzahabi).

Sekiranya kita bercakap berkenaan sesuatu perkara, pastikan kita mengetahuinya dengan baik. Kegagalan berbuat demikian hanya menzalimi diri sendiri dan orang lain. Misalnya kita ingin berbahas berkenaan Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab, sebaiknya kita menela'ah karya magnum opusnya-kitab Tauhid. Sekiranya kita gagal berbuat demikian, natijah akhirnya kita hanya berjaya menjadi penyambung lidah pemfitnah dan termasuk orang-orang yang zalim.

Demikian juga jika ingin berbincang berkenaan tokoh-tokoh yang lain. Tanya dirimu - sejauhmana diri telah mengenalinya, apakah karya-karya tokoh tersebut termasuk yang menjadi kitab-kitab yang pernah dikaji? Atau sebenarnya hanya mendengar dari khabar-khabar burung atau mendapat maklumat dari website2 kegemaran tanpa kajian dan analisa! Dengan hujjah : Ahh ini website kegemaranku! Tentunya semuanya benar lagi sahih!

Termasuk yang menambah kecintaanku kepada Syeikh Syua'ib Al-Arna'ut adalah nasihatnya kepada golongan yang anti kepada orang-orang yang menisbatkan diri mereka kepada salaf(secara manhaj-nya) agar menela'ah kitab-kitab karya mereka. Sekiranya mereka menela'ah tentulah mereka mengetahui bahawa tuduhan2 yang dilemparkan adalah tidak benar sama sekali!

Demikian juga bertambah kekagumanku kepada Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi yang menyeru agar golongan Salafiyyin juga jangan mengabaikan karya2 pihak lain...Semoga Allah swt merahmati semua ulama kaum muslimin sepanjang zaman. Ya Allah ampunilah kami...

Bookmark and Share

  


  Member Information For UwaimirProfil   Hantar PM kepada Uwaimir   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 01-09-08 15:23


!!! QUOTE !!!


Menjadikan mazhab Al-Imam Al-Syafi'i(rhm) dan aliran Asya'irah sebagai kata putus dan penapis mutlak kepada setiap maklumat hanya akan menyemarakkan sifat "aku betul" dan "selain aku tentu salah belaka", juga membuka pintu untuk senantiasa bertelagah sesama umat Islam..


Silalah lihat dan baca pernyataan saya kembali - dimana saya ada menyebutkan sebagai kata putus. Saya menyebutkan mengikut mazhab syafie dan aliran asya'irah saya yakin dan pasti (ini adalah berdasarkan apa yang saya fahami)

Anda fahamilah sendiri keseluruhan artikel yang saya bawa. Dan jangan ambil sedikit-sedikit sahaja.

Insya ALlah - saya memang ada mempelajari tauhid uluhiyyah rububiyyah dan asma' wa assifah semasa belajar usuluddin dahulu. :)

dan saya juga mempelajari kontranya pembahagian tauhid ini. Yang penting ramai ulamak muktabar mengikut aliran asya'irah dan almaturidiyyah.

Selamat belajar menapis ilmu.

Terima kasih di atas maklumat.


-----------------
.:Hidup Ini Mencari Mati Yang Sempurna:.
http://jarumemas.blogspot.com

http://jomfaham.blogspot.com


Bookmark and Share

  


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

sunan-faqih
Warga 5 Bintang
Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2338
Posting: 366
Dari: ::Hulu Klang, Selangor::

Perak   avatar


posticon Posting pada: 04-09-08 07:18


Uuu..sensitif benar dengan perkataan tersebut..dia tak maksudkan saudara wahai pemilik jarum emas..dia sebut secara umum. Sebagai mana dia sebut quote di bawah ini secara umum. Ringkasnya, dia maksudkan mana-mana pihak pun janganlah ta'asub..itu saja..

!!! QUOTE !!!


Demikian juga dari aliran Salafiyyin, siapa yang enggan mengambil ilmu kecuali hanya dari ulama Salafi tentulah hal ini juga akan menyebabkan berlakunya fenomena "aku betul dan "selain aku tentu salah belaka"...juga membuka pintu untuk senantiasa bertelagah sesama umat Islam.

Anda BACALAH sendiri keseluruhan artikel yang 'dia' bawa. Dan jangan nampak yang sedikit-sedikit sahaja. :-D hehe

Bookmark and Share

  


  Member Information For sunan-faqihProfil   Hantar PM kepada sunan-faqih   Pergi ke sunan-faqih's Website   Quote dan BalasQuote

didad
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.07.2003
Ahli No: 1966
Posting: 114
Dari: penang

Selangor  


posticon Posting pada: 04-09-08 08:18


salam...

aku ingin nak celah sikit.terebih dahulu terima kasih kepada anak_pejuang yang banyak memberikan ilmu anda untuk dikongsi..

cuma aku nak bagi pendapat, bahawa anda yang mendapat menuntut ilmu islam dengan mendalam dan formal perlulah bersikap lebih toleran dengan keadaan semasa.bukan semua forumner di sini dapat peluang belajar dan memahami secara detail tentang hadith dan AlQuran.

apa kata anda beri pro and kontra dalam apa-apa yang dibahaskan supaya aku orang2 yang jahil ni dapat menilai dengan lebih terbuka maslahat dalam post2 anda.

lagi 1 pada pendapat aku, anda perlu terima perbezaan yang orang lain pegang sebagai hujah.namun aku setuju kalau anda punya hujah yang lebih baik.tapi tak semestinya anda perlu ubah pegangan pendapat orang lain.perbezaan itu sekadar percambahan ilmu...

Bookmark and Share

  


  Member Information For didadProfil   Hantar PM kepada didad   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 04-09-08 10:17


:) - Artikel di atas sebenarnya mengajak untuk mendidik, jika anda baca dengan betul-betul dan hati yang terang.

Kerana itu saya sebutkan bagaimana caranya untuk mengetahui tentang tauhid, kendian tentang al Quran, hadith begitu juga tentang feqh.

Ramai sekarang ini bila bercakap - mereka akan kata tunjukkan dalil dahulu.. Bagi yang berkata begini, kemudian masih belum lagi belajar atau sedikit belajar tentangnya. Lebih elok sebelum kata demikian - kita belajar dahulu asas-asas tersebut.

Ya Sunan Faqih, saya juga sudah mengucapkan terima kasih kepada sahabat yang mengoreksi artikel saya tersebut. Oleh itu, saya tidak memanjangkan perkara tersebut. Disebabkan beliau lebih bersifat mendidik di dalam berkata :)

Selidikilah sama-sama ya sesuatu fakta.. biar ada penapis :)

WaLLahua'lam


-----------------
.:Hidup Ini Mencari Mati Yang Sempurna:.
http://jarumemas.blogspot.com

http://jomfaham.blogspot.com


Bookmark and Share

  


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

hanafirazali
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.09.2006
Ahli No: 26499
Posting: 327
Dari: negeri sembilan dan perak

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 04-09-08 11:07


assalamualaikum... ana nak bagi cadangan... jom kita pergi mengaji pondok...

Bookmark and Share

  


  Member Information For hanafirazaliProfil   Hantar PM kepada hanafirazali   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.09354 saat. Lajunya....