Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 19-02-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Layang-layang naik ke udara kerana menentang angin bukan kerana mengikut arah angin

-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: sarashanee
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43127

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 44
Ahli: 0
Jumlah: 44

  Yang Masuk Ke Sini
sarashanee: 4 hari yang lalu
CikIzzah1992: 6 hari yang lalu
Qiamulail: 22 hari yang lalu

Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Anwar menang dalam kalah

Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Anwar menang dalam kalah

Please Mendaftar To Post

Oleh Anwar menang dalam kalah

biru-putih
Warga 3 Bintang
Menyertai: 10.07.2006
Ahli No: 25137
Posting: 135

blank  

posticon Posting pada: 27-08-08 14:02

Seberang Jaya -- Akhirnya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menang kerusi Parlimen Permatang Pauh walupun gagal dalam misi menghilangkan wang deposit calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah.

Anwar, 61, memperolehi 31,195 undi sementara calon Barisan Nasional (BN) Datuk Arif Shah Omar Shah, 51, mendapat 15,524 undi.

Ternyata misi bersungguh Anwar dengan mengerahkan seluruh jentera PKR seluruh negara termasuk dari rakan pakatannya DAP dan Pas untuk menghilangkan wang deposit calon BN tidak kesampaian.

Malah pilihanraya kecil Permatang Pauh mencatatkan sejarah pilihanraya kecil terburuk dalam sejarah negara dengan menyaksikan pelbagai insiden ganas termasuk 71 laporan polis yang membabitkan pelbagai kes termasuk ugutan bunuh.

Dalam tempoh 10 hari berkempen, jentera BN khususnya Wanita dan Puteri bukan sahaja dihalang berkempen tetapi turut diancam dengan pelbagai cara termasuk disembur dengan racun serangga.

Malah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika melawat peti undi Jalan Semilang semalam juga dilontar air botol.

Ternyata tindakan Anwar untuk bertarung di dalam kandangnya sendiri tepat walaupun sebelum ini dikatakan mahu bertanding di Parlimen Bandar Tun Razak atau Kulim/Bandar Baharu.

Hakikatnya juga walaupun dilemparkan pelbagai dakwaan kononnya sistem demokrasi di negara ini sudah mati sama sekali tidak berasas.

Kemenangan Anwar juga membuktikan tiada manipulasi dari segi perjalanan demokrasi di negara ini seperti sering yang dilemparkan.

Bookmark and Share

  Member Information For biru-putihProfil   Hantar PM kepada biru-putih   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar

posticon Posting pada: 27-08-08 14:07

Assalamualaikum wbt dan salam ukhwahfillah,

teman ada satu saja ungkapan nak diucapkan, "...Pemikiran ini pemikiran 50-an..."

p/s

ini lah kata-kata Professor Shamsul Amri Baharuddin (UKM) malam tadi masa mengulas kata-kata Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.

erm, ubah lah pemikiran UMNO tu...

Bookmark and Share

  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

sirat82
WARGA SETIA
Menyertai: 17.04.2006
Ahli No: 24251
Posting: 869
Dari: Puncak Jalil

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 27-08-08 14:14

14 Mac 2008 - Umno menang dalam kalah.
Pada PRU yang lepas, UMNO telah memenangi PRU walaupun kalah dalam mengkalkan kerusi yang sedia ada disamping KALAH TERUK di kelantan dalam misi untuk menawan kelantan.
Ibarat yang dikejar tak dapat yang dikendong tapi tidak dijaga berciciran.
Malah PRU lepas telah mencatatkan sejarah yang terburuk sepanjang BN memerintah negara.
ps:- sama saja lah pun kalau macam tu....

-----------------
Wahai orang2 beriman, berselawatlah ke atas nabi muhammad....
Arahan hanya kepada orang yang beriman

Bookmark and Share

  Member Information For sirat82Profil   Hantar PM kepada sirat82   Quote dan BalasQuote

pemburu_harimau
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2008
Ahli No: 33850
Posting: 559
Dari: Di kawasan yang ada Harimau

blank   avatar

posticon Posting pada: 27-08-08 14:25

Pada 27-08-08 14:02 , biru-putih posting:

!!! QUOTE !!!

Seberang Jaya -- Akhirnya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menang kerusi Parlimen Permatang Pauh walupun gagal dalam misi menghilangkan wang deposit calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah.

UMNO yang sekular pun banyak songeh jugak? :sopan:
anda diam-diam sajalah puak UMNO...

-----------------
Harimau adalah makhluk Tuhan,
Kenapa mahu memburu harimau yang comel ini?

  Member Information For pemburu_harimauProfil   Hantar PM kepada pemburu_harimau   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 27-08-08 14:32

Pada 27-08-08 14:02 , biru-putih posting:

!!! QUOTE !!!

Seberang Jaya -- Akhirnya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menang kerusi Parlimen Permatang Pauh walupun gagal dalam misi menghilangkan wang deposit calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah.

Ternyata misi bersungguh Anwar dengan mengerahkan seluruh jentera PKR seluruh negara termasuk dari rakan pakatannya DAP dan Pas untuk menghilangkan wang deposit calon BN tidak kesampaian.

urm... Datuk Arif Shah Omar Shah pula? kalah dalam kalah ek...? :sopan:

p/s: BN nak jugak patah-patah perkataan 'Anwar kalah' tak kira lah kut tang mana.. hehe.

macam-macam.

-----------------

Bookmark and Share

  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

hid_uniten
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.09.2005
Ahli No: 18744
Posting: 252
Dari: :: bumi Allalh ::

NegeriSembilan   avatar

posticon Posting pada: 27-08-08 14:45

biasala 2 bila umno yang kalah, macam-macam dkatanye..

cb kalau umno yang menang..ini kemenangan tok org melayu,huhu..

Bookmark and Share

  Member Information For hid_unitenProfil   Hantar PM kepada hid_uniten   Pergi ke hid_uniten's Website   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar

posticon Posting pada: 27-08-08 15:07

Pada 27-08-08 14:45 , hid_uniten posting:

!!! QUOTE !!!

biasala 2 bila umno yang kalah, macam-macam dkatanye..

cb kalau umno yang menang..ini kemenangan tok org melayu,huhu..

aduh macam tu pula ke?.

-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln

Bookmark and Share

  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar

posticon Posting pada: 27-08-08 15:19

Tahniah DSAI! Basmi rasuah sehingga ke akar umbi di bumi Malaysia yang makmur ni.

Wallahuta'ala a'lam bissawab

Bookmark and Share

  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

zulmi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 22.02.2006
Ahli No: 22909
Posting: 134
Dari: Bandar Baru Nilai

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 27-08-08 15:23

betul tu, kadang-kadang tu bila tengok keganasan sepanjang kempen di Permatang Pauh, nak percaya pun susah, jangan kalian lupa, ketua polis Penang sekarang adalah org yang sama memainkan peranan menimbulkan provokasi di peristiwa Batu Buruk di Terengganu sebelum PRU yang lalu, setakat nak report sampai 100x pun boleh, masa isu bersih dulu, akhbar harian kata 4000 peserta sahaja yang joint, tapi kenyataan ketua polis negara 4000 polis dikerahkan, mana satu yang betul ni, so janganlah hairan dengan propaganda org yang dah nazak ni, takbir!!!

-----------------
regards:
zulmi
"SAYA DOAKAN KITA SEMUA, BAHAGIA, KAYA, BERJAYA DAN DIRAHMATI SENTIASA"

Bookmark and Share

  Member Information For zulmiProfil   Hantar PM kepada zulmi   Pergi ke zulmi's Website   Quote dan BalasQuote

marul
WARGA SETIA
Menyertai: 04.09.2007
Ahli No: 30924
Posting: 648
Dari: Seremban

NegeriSembilan   avatar

posticon Posting pada: 27-08-08 15:51

8-) assalamualaikum...

Da menang..Alhamdulillah..
macam-macam lah org tak suka dia cakap..itulah..inilah..semua tak kena..
Anwar menang..liputan pun tak ada..semua lambat dapat tau..tapi kat TV lah..sebab TV memang harta benda mereka...

kami ni dapat keptusan pakai mesej saja.. awal-awal lagi dah tau..
kalau "dia" yang menang..50 kali keluar kat TV..Anwar menang..susahnya nak keluar siaran langsung... :-|

Harap lepas ni ada perubahan dalam politik Malaysia...InsyaAllah..
perubahan yang lebih baik....

p/s: mcmnana lah perasaan izam tu ye...kalau lah dapat tengok muka dia :-D

-----------------
Assalamualaikum...salam ukhwahfillah...
www.marul-nashirassunnah.blogspot.com/

Bookmark and Share

  Member Information For marulProfil   Hantar PM kepada marul   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida

Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....

egypt   avatar

posticon Posting pada: 27-08-08 15:57

SAlam alaik..
ALHamdulillah.. ALLAh kabulkan doa..munajat antum yang memohon dariNYA..

biasalah.. kalau kalah dipertikai.. kalau menang diUngkit..
manusia memang suka bagi alasan.. cari alasan...
dari cari penyelesaian..

insyaallah.. kita sama-sama bantu untuk pulihkan kembali
wajah MALAYSia ni... tiap yang berlaku ada hikmahnya..
jOm.. reformasi diri.. ;)

Bookmark and Share

  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

zam_rizal
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 31
Posting: 1535
Dari: :: Terengganu/Selangor ::

Terengganu   avatar

posticon Posting pada: 27-08-08 17:06

Hehehe...pernah tak dengar ungkapan ni- " Kalau dah kalah tu buatlah cara dah kalah" :D :D

UMNO/BN kena sedar dan terima hakikat bahawa mereka sudah kalah dan telah ditolak oleh rakyat dengan majoriti yang besar. Diulangi, DENGAN MAJORITI YANG BESAR :D

TERIMALAH HAKIKAT... :)

Wassalam...

Bookmark and Share

  Member Information For zam_rizalProfil   Hantar PM kepada zam_rizal   Quote dan BalasQuote

swordofdeen
WARGA SETIA
Menyertai: 11.06.2003
Ahli No: 1307
Posting: 632
Dari: Somewhere on this earth

Terengganu   avatar

posticon Posting pada: 27-08-08 17:42

Pada 27-08-08 14:02 , biru-putih posting:

!!! QUOTE !!!

Malah pilihanraya kecil Permatang Pauh mencatatkan sejarah pilihanraya kecil terburuk dalam sejarah negara dengan menyaksikan pelbagai insiden ganas termasuk 71 laporan polis yang membabitkan pelbagai kes termasuk ugutan bunuh.

Dalam tempoh 10 hari berkempen, jentera BN khususnya Wanita dan Puteri bukan sahaja dihalang berkempen tetapi turut diancam dengan pelbagai cara termasuk disembur dengan racun serangga.

Malah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika melawat peti undi Jalan Semilang semalam juga dilontar air botol.

1. Memali?

2. Kampung Berembang?

3. Tembak menembak di Pantai Batu Buruk Kuala Terengganu?

4. Kes altantuya - ke mana arah tuju kes ini? Dah dapat tangkap penjenayahnya di sebaliknya?

5. Tahanan-tahanan ISA?

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
And the list goes on...

Bookmark and Share

  Member Information For swordofdeenProfil   Hantar PM kepada swordofdeen   Pergi ke swordofdeen's Website   Quote dan BalasQuote

fishah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.01.2006
Ahli No: 22182
Posting: 234
Dari: teluk intan

Perak   avatar

posticon Posting pada: 27-08-08 18:17

Alhamdulillah... akhirnya terjawab juga persoalan mana menang dan mana kalah. roomate saya tak sama fikiran dengan saya...iktu dia lah, yang penting saya sokong yang mana betul:-)

Bookmark and Share

  Member Information For fishahProfil   Hantar PM kepada fishah   Quote dan BalasQuote

wafie
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15378
Posting: 517
Dari: Sabak Bernam Selangor

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 27-08-08 20:03

alhamdulillah segala puji bagi allah dan muhammad s.a.w diatas kemenangan yang berpihak pada pakatan.nampaknya doa rakyat yang teraniaya dimakbulkan.alhamdulillah sekali lagi.

Bookmark and Share

  Member Information For wafieProfil   Hantar PM kepada wafie   Quote dan BalasQuote

wafie
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15378
Posting: 517
Dari: Sabak Bernam Selangor

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 27-08-08 20:04

isnyaallah kemenangan dan kejayaan lain akan menyusul tak lama lagi dengan izin allah.

Bookmark and Share

  Member Information For wafieProfil   Hantar PM kepada wafie   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar

posticon Posting pada: 27-08-08 20:12

Anwar Ibrahim insyaAllah akan mengangkat sumpah (bukan sumpah laknat ye) sebagai ahli Parlimen hari esok. Hal ini disahkan oleh Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin. Pembentangan Bajet 2009 dijangka panas.

Lihat ucapan speaker--->http://www.youtube.com/watch?v=E19vWNEj6_I

Anwar angkat sumpah MP esok
Aug 27, 08 12:21pm malaysiakini.com

kemaskini 7:25pm Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengumumkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim, ahli parlimen baru Permatang Pauh, akan mengangkat sumpah esok.

Beliau mengesahkan telah menerima surat daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pagi ini berhubung keputusan pilihanraya kecil itu yang memihak kepada penasihat PKR.

Pandikar Amin menambah, Anwar telah dimaklumkan tentang majlis mengangkat sumpah pagi esok.

Anwar kembali ke dewan yang mulia itu selepas 10 tahun apabila meraih kemenangan besar malam tadi dengan menewaskan calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah sebanyak 15,671 undi.

Mantan menteri kewangan itu, akan terus dilantik sebagai ketua pembangkang selepas mengangkat sumpah, berdepan dengan rakan kabinet lamanya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam pembentangan Bajet 2009, Jumaat.

Ketua Whip PKR, Mohd Azmin Ali dilaporkan berkata surat memaklumkan kesepakatan PAS dan DAP melantik Anwar Anwar mengetuai ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat kepada yang dipertua dewan 4 petang tadi.

Kemunculan bekas timbalan perdana menteri ini paling dinanti-nantikan oleh banyak pihak, khususnya selepas ura-uranya merancang pembentukan kerajaan baru menjelang 16 September ini.

Lebih ramai pelawat termasuk bukan penyokong PKR dijangka ke bangunan Parlimen esok untuk mengikuti secara dekat langkah pertama Anwar ke Dewan Rakyat.

Permulaan sesi sidang dewan ke-12 selepas pilihanraya umum Mac lalu menyaksikan kunjungan pelbagai pihak, termasuk aktivis dan penulis blog, apabila buat pertama kali pembangkang mempunyai 82 ahli parlimen.

Mengulas kehadiran orang ramai, Pandikar Amin dilaporkan berkata keselamatan bangunan itu tidak akan diperketatkan dan "macam biasa."

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar memberi jaminan tidak ada tambahan anggota polis atau sekatan jalan raya bagi menghadapi situasi itu.

-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket

Bookmark and Share

  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

tasbih_30
WARGA SETIA
Menyertai: 27.02.2006
Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK

congo  

posticon Posting pada: 27-08-08 20:33

biru-putih ni memang pelik..tak boleh terima hakikat... BN kalau tak kerah media dan tak sekat kebebasan media tak mungkin boleh memrintah lagi...
p/s - jangan jadi tuli

Bookmark and Share

  Member Information For tasbih_30Profil   Hantar PM kepada tasbih_30   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar

posticon Posting pada: 27-08-08 20:56

Sepotong firman Allah buat yang masih dibayangi 'dosa' silam, inginkan perubahan kepada negara tetapi masih canggung dengan perubahan positif dek rasa hati yang tiada yakinnya ia kepada Qada' & Qadar Illahi..

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai pemerintahan! Engkaulah yang memberi pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang mencabut pemerintahan daripada sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkau juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau jualah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan.Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. Ali 'Imran:26

Salah dan Betul adalah permainan yang direka sang Maha Bijaksana Allah s.w.t untuk menguji iman hamba-hamba-Nya, tetapi Kehendak Allah s.w.t lah yang menentukan 'haqnya' sesuatu 'Betul atau 'Salah' pilihan manusia.

Kemenangan telah diberikan oleh-Nya kepada yang Haq, kini terpulang kepada DSAI untuk menjalankan Haq Allah s.w.t untuk menyuburkan & mendaulatkan Islam, membawa Ad-deen kedalam hidup rakyat, dan mencuci 'dosa' 51 tahun Malaysia...

-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket

Bookmark and Share

  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

unanjaga
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.08.2008
Ahli No: 34507
Posting: 190
Dari: Batu Pahat,Johor

Johor   avatar

posticon Posting pada: 27-08-08 21:43

Apa yang jelas dan pasti,sokongan terhadap BN telah semakin merosot...ini lah kekuatan suara rakyat.Dan Umno kena belajar dari hari ini untuk menerima erti kekalahan.Dan BN juga kena menerima hakikat yang satu masa nanti ia akan menjadi pembangkang pula.

Bookmark and Share

  Member Information For unanjagaProfil   Hantar PM kepada unanjaga   Pergi ke unanjaga's Website   Quote dan BalasQuote

nur_eiman
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.03.2006
Ahli No: 23130
Posting: 113
Dari: Kedah

Kedah  

posticon Posting pada: 27-08-08 22:16

Malah pilihanraya kecil Permatang Pauh mencatatkan sejarah pilihanraya kecil terburuk dalam sejarah negara dengan menyaksikan pelbagai insiden ganas termasuk 71 laporan polis yang membabitkan pelbagai kes termasuk ugutan bunuh.

Dalam tempoh 10 hari berkempen, jentera BN khususnya Wanita dan Puteri bukan sahaja dihalang berkempen tetapi turut diancam dengan pelbagai cara termasuk disembur dengan racun serangga.

Malah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika melawat peti undi Jalan Semilang semalam juga dilontar air botol.

memang pilihanraya kali ini teruk sangat. saya yang bekerja di sini pun tak sangka berlaku begini.
tapi salah najib juga, dia menyibuk sangat kat kawasan ini.. orang2 sini marah lah..
apa-apa pun alhamdulillah anwar dapat kembali ke parlimen. akhirnya ada jugak wakil pembangkang ke parlimen.

TAKBIR!!! ALLAHUAKBAR!!!

-----------------
ISLAM itu indah..tiada agama yang boleh menandinginya..
JANGAN biarkan kesucian ISLAM terus dicemari..

Bookmark and Share

  Member Information For nur_eimanProfil   Hantar PM kepada nur_eiman   Quote dan BalasQuote

AmrinHakeem
Warga 5 Bintang
Menyertai: 29.04.2008
Ahli No: 33363
Posting: 386
Dari: GreenyEarth

Selangor  

posticon Posting pada: 27-08-08 22:19

Pada 27-08-08 22:16 , nur_eiman posting:

!!! QUOTE !!!

memang pilihanraya kali ini teruk sangat. saya yang bekerja di sini pun tak sangka berlaku begini.
tapi salah najib juga, dia menyibuk sangat kat kawasan ini.. orang2 sini marah lah..

betul.. cuba duduk dulu tengok keadaan yang sebenarnya kat situ.
baru lah kita tau macam mana. kalau tak boleh fikir rasional juga memang otak dah beku lah nampak gayanya :lol:

ini tak, asyik nak percaya akhbar arus perdana saja.. dia yang dapat untung kita dapat kelentong :lol:

Bookmark and Share

  Member Information For AmrinHakeemProfil   Hantar PM kepada AmrinHakeem   Quote dan BalasQuote

cahaya_hatiku
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.09.2007
Ahli No: 31094
Posting: 217
Dari: serambi mekah...

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 27-08-08 22:50

tahniah dan syukur alhamdulillah...
akhirnya pkr menang juga...
Bn sekadar untuk barang naik...
bila naik..baru naik...berapa naik...
banyak naik... :lol:

Bookmark and Share

  Member Information For cahaya_hatikuProfil   Hantar PM kepada cahaya_hatiku   Quote dan BalasQuote

RijaludDeen
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.10.2006
Ahli No: 27105
Posting: 305
Dari: Perak..

Perak   avatar

posticon Posting pada: 27-08-08 23:04

Assalamualaikum...

Rasulullah s.a.w bersabda:

"Kecintaan terhadap sesuatu akan menghasilkan buta dan tuli" (Hadith Riwayat Ibnu Majah)

Kalau dah sayang sangat kat parti tu, kalah ke, apa ke, tetap nak menang jugak...cari jugak point2 nak salahkan org yang da menang tu..

Allahua'lam..

-----------------
"Put Our Trust In ALLAH"

Bookmark and Share

  Member Information For RijaludDeenProfil   Hantar PM kepada RijaludDeen   Pergi ke RijaludDeen's Website   Quote dan BalasQuote

solskjaer
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2004
Ahli No: 10725
Posting: 2644
Dari: manchester united

saudiarabia  

posticon Posting pada: 27-08-08 23:13

Pada 27-08-08 20:33 , tasbih_30 posting:

!!! QUOTE !!!

biru-putih ni memang pelik..tak boleh terima hakikat... BN kalau tak kerah media dan tak sekat kebebasan media tak mungkin boleh memrintah lagi...
p/s - jangan jadi tuli

bukan kira tuli saudara...kita ada pendapat dan pandangan masing-masing...jangan cakap sesuka hati saja...kalau saudara boleh kutuk mengutuk,keluarkan pelbagai artikel tentang BN,mengapa orang lain tak boleh mengeluarkan tentang PR?

p/s: sekadar berlaku adil..tak menyokong mana-mana pihak..

Bookmark and Share

  Member Information For solskjaerProfil   Hantar PM kepada solskjaer   Pergi ke solskjaer's Website   Quote dan BalasQuote

fikrul_mustanir
WARGA SETIA
Menyertai: 03.11.2006
Ahli No: 27196
Posting: 744
Dari: The Future Khilafah State

blank   avatar

posticon Posting pada: 28-08-08 00:42

Kemenangan PKR bukan kemenangan Islam!        

PERMATANG PAUH 27 Ogos 2008 - Sudah tentu pihak pembangkang bergembira dengan kemenangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di dalam Pilihan raya kecil Permatang Pauh semalam. Menurut ramai penganalisis, kemenangan PKR sudah pun dijangka. Bahkan sebelum masuk bertanding pun, Barisan Nasional (BN) sendiri sudah menjangka akan kesukaran calon mereka, Datuk Arif Shah Omar Shah untuk mencapai kemenangan.

Manakala kekalahan teruk calon daripada Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) iaitu Hanafi Mamat juga sudah dijangka. AKIM sendiri sebagai sebuah parti yang sebelumnya tidak pernah diketahui kewujudannya hampir tidak mendapat sokongan berdasarkan jumlah undi yang sangat kecil diterimanya dan penyertaannya di dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh banyak menimbulkan tanda tanya. Tidak kurang yang mendakwa bahawa AKIM hanyalah calon ‘tajaan’ UMNO untuk memecahbelahkan undi pembangkang.

PKR sudah menang dan tidak siapa dapat menafikan kemenangan ini. Persoalannya adalah, apakah yang akan berlaku selepas ini? Jika dilihat daripada asas penubuhan PKR, ia adalah parti yang jelas tidak berlandaskan kepada matlamat untuk menegakkan Islam mahupun Negara Islam. Matlamat yang selalu disampaikan oleh PKR adalah untuk menegakkan keadilan, namun keadilan yang bagaimanakah yang didambakan? Sesungguhnya tidak akan ada keadilan dan tidak akan dinamakan keadilan sedikit pun jika hukum Allah tidak dilaksanakan! Keadilan hanya akan berlangsung apabila hukum-hakam Islam diterapkan, menggantikan hukum sekular yang dianuti pada hari ini. Keadilan hanya akan dikecapi apabila syariat Islam diterapkan secara kaffah dan semua manusia diperintah dengan hukum Allah. Jika menerapkan sebahagian hukum Islam dan sebahagian sistem kufur itu pun sudah menjadikan manusia itu hina, apatah lagi jika hukum kufur sekular diterapkan sepenuhnya seperti yang ada hari ni. Firman Allah SWT,

“Apakah kamu beriman hanya kepada sebahagian dari Kitab dan kufur dengan sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu di antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan dikembalikan kepada azab seksa yang pedih. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.” (TMQ Al-Baqarah (2):85)

Kerajaan UMNO/BN terkenal zalim. Kenaikan harga minyak, tol, barang makanan, pelbagai bil perkhidmatan dan pelbagai jenis cukai yang menindas, riba PTPTN, rasuah di kalangan orang atasan, penyelewengan di dalam pembinaan kemudahan asas rakyat, ketirisan dan kebocoran di dalam mengagihkan kekayaan negara dan pelbagai bentuk kezaliman lagi telah menyebabkan undi penduduk Permatang Pauh tidak berganjak, malah sebahagian lainnya telah berpindah kepada PKR. Mereka mengharapkan dengan kehadiran Anwar Ibrahim di dalam Parlimen, maka segala bentuk kezaliman tersebut akan terhapus. Namun, sayangnya, sokongan rakyat ini tidak akan diterjemah oleh Anwar Ibrahim dengan menerapkan Islam, kerana Islam bukanlah agenda Anwar? Dilihat dari segi komposisi anggota Majlis Tertinggi PKR sendiri pun yang terdiri dari orang Islam dan orang kafir, ini sendiri sudah menjawab ke mana hala tuju Anwar dengan PKR.

Bagi golongan yang fanatik kepada Anwar, maka mereka terus menyifatkan bahawa kemenangan Anwar adalah kemenangan rakyat. Walhal, jauh panggang dari api, suara Anwar bukanlah mewakili suara seluruh rakyat Malaysia. Golongan Islam yang ikhlas memperjuangkan tegaknya agama Allah tidak pernah berpihak kepada Anwar, kecuali golongan yang cuba meraih ‘manfaat’ sahaja yang sanggup menempel dengan Anwar. Justeru, kemenangan Anwar di Permatang Pauh, walaupun disifatkan sebagai kemenangan rakyat, ia bukanlah kemenangan Islam. Anwar tidak membawa agenda Islam, apatah lagi agenda Negara Islam. Anwar ada agenda tersendiri dalam usahanya melangkah menuju Putrajaya, namun sayang, Islam tidak dibawanya bersama.

Kemenangan Islam hanya akan tercapai apabila hukum Allah dan Rasul diterapkan di dalam kehidupan. Kemenangan Islam hanya akan dinikmati apabila Al-Quran dan Sunah menjadi undang-undang negara. Dengan kemenangan Anwar Ibrahim menjadi ahli Parlimen Permatang Pauh dengan tidak menjadikan Islam sebagai agendanya, dan jika agenda sekularlah yang akan terus dibawa oleh Anwar, maka kemenangan Anwar hanyalah merupakan kemenangan kepada sekular, bukannya kemenangan kepada Islam. Sesungguhnya hanya dengan mewujudkan Daulah Khilafah dan membai’ah seorang Khalifah untuk menerapkan hukum berdasarkan Kitabullah dan Sunah RasulNya, maka hanya dengan ini sahajalah kemenangan Islam akan tercapai.

www.mykhilafah.com

Bookmark and Share

  Member Information For fikrul_mustanirProfil   Hantar PM kepada fikrul_mustanir   Quote dan BalasQuote

pemburu_harimau
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2008
Ahli No: 33850
Posting: 559
Dari: Di kawasan yang ada Harimau

blank   avatar

posticon Posting pada: 28-08-08 08:58

Pada 28-08-08 00:42 , fikrul_mustanir posting:

!!! QUOTE !!!

Kemenangan PKR bukan kemenangan Islam!        

PKR sudah menang dan tidak siapa dapat menafikan kemenangan ini. Persoalannya adalah, apakah yang akan berlaku selepas ini? Jika dilihat daripada asas penubuhan PKR, ia adalah parti yang jelas tidak berlandaskan kepada matlamat untuk menegakkan Islam mahupun Negara Islam. Matlamat yang selalu disampaikan oleh PKR adalah untuk menegakkan keadilan, namun keadilan yang bagaimanakah yang didambakan? Sesungguhnya tidak akan ada keadilan dan tidak akan dinamakan keadilan sedikit pun jika hukum Allah tidak dilaksanakan! Keadilan hanya akan berlangsung apabila hukum-hakam Islam diterapkan, menggantikan hukum sekular yang dianuti pada hari ini. Keadilan hanya akan dikecapi apabila syariat Islam diterapkan secara kaffah dan semua manusia diperintah dengan hukum Allah. Jika menerapkan sebahagian hukum Islam dan sebahagian sistem kufur itu pun sudah menjadikan manusia itu hina, apatah lagi jika hukum kufur sekular diterapkan sepenuhnya seperti yang ada hari ni. Firman Allah SWT,

“Apakah kamu beriman hanya kepada sebahagian dari Kitab dan kufur dengan sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu di antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan dikembalikan kepada azab seksa yang pedih. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.” (TMQ Al-Baqarah (2):85)

www.mykhilafah.com

semoga ulamak-ulamak dan ahli-ahli PAS sedar akan perkara ini..
apakah PAS masih lagi mahu bersama-sama KEADILAN?

Hukum Islam tidak akan tertegak kalau kita lihat cara perjuangan
ANWAR sekarang ni...

-----------------
Harimau adalah makhluk Tuhan,
Kenapa mahu memburu harimau yang comel ini?

  Member Information For pemburu_harimauProfil   Hantar PM kepada pemburu_harimau   Quote dan BalasQuote

marul
WARGA SETIA
Menyertai: 04.09.2007
Ahli No: 30924
Posting: 648
Dari: Seremban

NegeriSembilan   avatar

posticon Posting pada: 28-08-08 10:48

Pada 27-08-08 20:33 , tasbih_30 posting:

!!! QUOTE !!!

biru-putih ni memang pelik..tak boleh terima hakikat... BN kalau tak kerah media dan tak sekat kebebasan media tak mungkin boleh memrintah lagi...
p/s - jangan jadi tuli

memang BN control media...
kalau nak adil dan saksama..bagi lah satu siaran untuk keadilan dan pas...
tengok pulak bagaimana?... :-|
kalau sampai guna media untuk tabur fitnah dan sampai satu Malaysia (org yang tak faham) percaya..Sanggup ke tanggung dosa...
:berfikir:

-----------------
Assalamualaikum...salam ukhwahfillah...
www.marul-nashirassunnah.blogspot.com/

Bookmark and Share

  Member Information For marulProfil   Hantar PM kepada marul   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar

posticon Posting pada: 28-08-08 10:54

Rakyat jelak kempen melampau BN - Nik Aziz

KOTA BHARU, 27 Ogos (Hrkh) - PAS menyifatkan kemenangan calon Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil Permatang Pauh semalam membuktikan rakyat sudah jelak dengan kempen politik melampau Barisan Nasional (BN).

Mursyidul Am, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, rakyat menolak calon BN walaupun pelbagai serangan dihala terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim terutamanya tuduhan liwat kali kedua.

“Zaman Umno dan BN menggunakan kempen politik melampau sudah berlalu kerana rakyat hari ini tidak sama berbanding zaman sebelum merdeka,” katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara Ladang Rakyat dan Panmont Height Sdn Bhd bagi melaksanakan projek tanaman pokok jatropha (jarak) dan nanas.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, rakyat Malaysia termasuk penduduk bukan Islam kini mendekati perjuangan yang didokong PAS kerana mementingkan keadilan dan kesejahteraan rakyat.

Kata beliau Umno seharusnya mengambil iktibar daripada kesilapan pilihan raya umum sebelum ini.

“Sekarang sudah ramai rakyat yang berpelajaran tinggi, di mana berpuluh ribu setiap tahun mereka tamat belajar. Sudah tentu mereka dapat membuat pilihan antara benar dengan yang batil.

“Sudahlah, zaman Umno guna perjuangan kebangsaan dah habis dah..,” ujarnya.

Menurutnya juga Allah Taala menurunkan al-Quran untuk dijadikan perlembagaan hidup manusia, namun kerana ada kepentingan dunia perundangan itu diketepikan oleh pemerintah di negara ini. - mj _

Salmah Mat Husain

Bookmark and Share

  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 28-08-08 11:09

Macam - macam ada...

Tahniah kepada DSAI dan para penyokongnya. Takziah kepada yang kalah... :bunga: :bunga: :bunga: :bunga: :bunga:

-----------------

Hargai semasa ada....

Bookmark and Share

  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

alwalid
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2004
Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar

Perak   avatar

posticon Posting pada: 28-08-08 12:36

Anwar to be sworn in as MP today

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim, who won the Permatang Pauh by-election on Tuesday, will be sworn in as a Member of Parliament at the Dewan Rakyat today.

Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia said the swearing-in ceremony would take place right after the daily bacaan doa, before Question Time, according to the Standing Orders.

-thestar online-

Bookmark and Share

  Member Information For alwalidProfil   Hantar PM kepada alwalid   Pergi ke alwalid's Website   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar

posticon Posting pada: 28-08-08 12:51

Pada 28-08-08 12:36 , alwalid posting:

!!! QUOTE !!!

Anwar to be sworn in as MP today

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim, who won the Permatang Pauh by-election on Tuesday, will be sworn in as a Member of Parliament at the Dewan Rakyat today.

Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia said the swearing-in ceremony would take place right after the daily bacaan doa, before Question Time, according to the Standing Orders.

-thestar online-

oh hari ni.maknanya malam ni kita boleh tengok berita ya.

-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln

Bookmark and Share

  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar

posticon Posting pada: 28-08-08 13:10

bagus lah kalau menang.sekurangnya pak lelah tak tidur sangat dalam majlis parlimen tu.harap-harap boleh lah kemukakan isu berkenaan kedaulatan negara dari cengkaman penjajahan ekonomi oleh negara luar.hanya tinggal petronas saja lagi yang masih lagi selamat di bawah kawalan malaysia.kalau tak,tunggu sajalah nanti kita beribu negarakan negara lain.mohon dijauhkan.

perompakan petronas

-----------------

= think Islam , think Globally , think Reality =

Bookmark and Share

  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

biru-putih
Warga 3 Bintang
Menyertai: 10.07.2006
Ahli No: 25137
Posting: 135

blank  

posticon Posting pada: 28-08-08 13:24

!!! QUOTE !!!

biasalah.. kalau kalah dipertikai.. kalau menang diUngkit..
manusia memang suka bagi alasan.. cari alasan...
dari cari penyelesaian..

Setuju…. Kalau Anwar kalah masa itu tentu juga akan dipertikai. Manakala kalau BN menang macam-macam juga akan diungkit…..

!!! QUOTE !!!

Malah pilihanraya kecil Permatang Pauh mencatatkan sejarah pilihanraya kecil terburuk dalam sejarah negara dengan menyaksikan pelbagai insiden ganas termasuk 71 laporan polis yang membabitkan pelbagai kes termasuk ugutan bunuh.

Dalam tempoh 10 hari berkempen, jentera BN khususnya Wanita dan Puteri bukan sahaja dihalang berkempen tetapi turut diancam dengan pelbagai cara termasuk disembur dengan racun serangga.

Malah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika melawat peti undi Jalan Semilang semalam juga dilontar air botol.

1. Memali?

2. Kampung Berembang?

3. Tembak menembak di Pantai Batu Buruk Kuala Terengganu?

4. Kes altantuya - ke mana arah tuju kes ini? Dah dapat tangkap penjenayahnya di sebaliknya?

5. Tahanan-tahanan ISA?

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
And the list goes on...

Alahai si Mamat ni…. Kita sekarang cerita zaman di Pewrmatang Pauh daa…. Bukan zaman jepun dulu…cerita tu dah basi daaa….

!!! QUOTE !!!

Kemenangan telah diberikan oleh-Nya kepada yang Haq, kini terpulang kepada DSAI untuk menjalankan Haq Allah s.w.t untuk menyuburkan & mendaulatkan Islam, membawa Ad-deen kedalam hidup rakyat, dan mencuci 'dosa' 51 tahun Malaysia...

Hehehe… boleh percaya ke beliau nak mendaulatkan Islam? Masalahnya kena sokongan juga daripada menteri2 kabinet nanti…sedangkan menteri2 itu ramai daripada dikalangan orang2 bukan melayu…so macam mana nak dapat sokongan daripada orang-orang yang tak faham Islam…apatah lagi ada yang sekor dua tu menentang Islam…So kalau kalau Anwar jadi PM pun sama juga dengan PM sekarang kannnn…? Islam tetap tak dapat dilaksanakan secara kaffah….

!!! QUOTE !!!

Rasulullah s.a.w bersabda:

"Kecintaan terhadap sesuatu akan menghasilkan buta dan tuli" (Hadith Riwayat Ibnu Majah)

Kalau dah sayang sangat kat parti tu, kalah ke, apa ke, tetap nak menang jugak...cari jugak point2 nak salahkan org yang da menang tu..

Hmmmm….bagus hadis tu…..tapi bagaimana pula dengan anda semua yang sayang sangat kat PKR, DAP dan yang sewaktu dengannnya…? Saya percaya…. kalau kekalahan itu berlaku dalam PR, situasi yang sama akan berlaku juga daripada orang2 anda… betul tak…?

!!! QUOTE !!!

bukan kira tuli saudara...kita ada pendapat dan pandangan masing-masing...jangan cakap sesuka hati saja...kalau saudara boleh kutuk mengutuk,keluarkan pelbagai artikel tentang BN,mengapa orang lain tak boleh mengeluarkan tentang PR?

Betul tu… saya setuju….orang2 PR ni memang nampak buruk saja pada BN tanpa nampak yang baik. Apatah lagi mengenang jasa2 yang tidak terhitung dari dulu, kini dan selamanya…..

!!! QUOTE !!!

apakah PAS masih lagi mahu bersama-sama KEADILAN?

fikir-fikirkanlah….kalau dah nampak PKR pun tolak Islam, lebih baik join Umno kan bagus…dalam Umno ramai ulamak2…uztaz2 seperti ustaz Firdaus, Nakhaie, Hanafi, Amran Kasimin dan lain-lain lagi . Semua ni ni hebat2 hafal Quran lagi macam ustaz Firdaus. Anda semua hafal apa nak pertikaikan beliau..? Pun begitu dengan ustazah2 seperti ustazah Masitah dan lain-lain lagi yang tidak menzahirkan diri. Mufti2 pun ada seperti Mufti Wilayah dan sebagainya. Tapi join dengan PKR apa yang ada? Ada ulamak ke…agaknya ulamak dalam semak seperti Anwar yang pernah menghalalkan banyak nombor ekor pada satu ketika dulu semasa beliau duduk dalam kerajaan BN..?
haaa… ini ke orangnya yang jadi PM nanti akan mendaulatkan Islam..?

!!! QUOTE !!!

Hukum Islam tidak akan tertegak kalau kita lihat cara perjuangan
ANWAR sekarang ni...

Wallahu ‘alam… tapi bila dengar ceramahnya nak bela rakyat, bela Islam, Bela Hindu, bela Cina, bela Kadazan, Iban dan lain-lain lagi… pun begitu kata nak bela juga masjid…surau…kuil…tokong dan banyaklah lagi beliau nak bela daaa…tunggu dan lihatlah….asal jangan banyak lagi bela bab* dan buat banyak kuil dan tokong sudahlah….

!!! QUOTE !!!

Kemenangan PKR bukan kemenangan Islam!        

PKR sudah menang dan tidak siapa dapat menafikan kemenangan ini. Persoalannya adalah, apakah yang akan berlaku selepas ini? Jika dilihat daripada asas penubuhan PKR, ia adalah parti yang jelas tidak berlandaskan kepada matlamat untuk menegakkan Islam mahupun Negara Islam. Matlamat yang selalu disampaikan oleh PKR adalah untuk menegakkan keadilan, namun keadilan yang bagaimanakah yang didambakan? Sesungguhnya tidak akan ada keadilan dan tidak akan dinamakan keadilan sedikit pun jika hukum Allah tidak dilaksanakan! Keadilan hanya akan berlangsung apabila hukum-hakam Islam diterapkan, menggantikan hukum sekular yang dianuti pada hari ini. Keadilan hanya akan dikecapi apabila syariat Islam diterapkan secara kaffah dan semua manusia diperintah dengan hukum Allah. Jika menerapkan sebahagian hukum Islam dan sebahagian sistem kufur itu pun sudah menjadikan manusia itu hina, apatah lagi jika hukum kufur sekular diterapkan sepenuhnya seperti yang ada hari ni. Firman Allah SWT,

“Apakah kamu beriman hanya kepada sebahagian dari Kitab dan kufur dengan sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu di antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan dikembalikan kepada azab seksa yang pedih. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.” (TMQ Al-Baqarah (2):85)

www.mykhilafah.com

So, pesan saya kalau matlamatnya sama juga dengan Umno maka tidak ada sebab marilah kita ramai-ramai berhijrah kepada Umno. Sebaimana yang dijelaskan diatas tadi bahawa dalaman Umno lebih baik daripada dalaman PKR. Dalam Umno ada ahli2 agama yang terkenal dan hebat lagi bertauliah untuk memberi pendapat dan pandangan berdasarkan Al-Quran dan Al-Hadis.

Sekian, dimaklumkan dari bulletin Ukhwah….

Bookmark and Share

  Member Information For biru-putihProfil   Hantar PM kepada biru-putih   Quote dan BalasQuote

alwalid
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2004
Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar

Perak   avatar

posticon Posting pada: 28-08-08 13:27

Kerajaan benar surcaj 30 peratus tiket bas

KUALA LUMPUR: Kerajaan membenarkan pengusaha bas ekspres dan henti-henti mengenakan surcaj 30 peratus ke atas tiket sempena Aidilfitri berkuatkuasa 15 September hingga 15 Oktober depan.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar, berkata kerajaan membenarkannya kadar sujcaj itu bagi membantu pengusaha mengurangkan kos operasi.

ni persoalannya bagaimana????

rakyat kalah dalam menang BN
rakyat kalah dalam menang pengusaha bas
rakyat kalah dalam menang politik rasuah
rakyat kalah dalam menang politik kotor
rakyat kalah dalam menang media massa yang berat sebelah.....
rakyat kalah dalam menang GLC

-----------------
"Let Allah be the ruler over your hearts"

Bookmark and Share

  Member Information For alwalidProfil   Hantar PM kepada alwalid   Pergi ke alwalid's Website   Quote dan BalasQuote

songkok_aji02
WARGA SETIA
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 593
Posting: 532
Dari: KL / JB

Johor  

posticon Posting pada: 28-08-08 13:30

jadi siapa yang betul? tahniah DSAI

Bookmark and Share

  Member Information For songkok_aji02Profil   Hantar PM kepada songkok_aji02   Quote dan BalasQuote

iftihakim
Warga 2 Bintang
Menyertai: 13.02.2005
Ahli No: 14332
Posting: 52
Dari: kelantan

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 28-08-08 14:03

Alhamdulillah....tahniah buat DSAI.tak lupa juga kepada tenaga penggerak yang berjuang habis habisan........TAKBIR!!!!

Bookmark and Share

  Member Information For iftihakimProfil   Hantar PM kepada iftihakim   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  

posticon Posting pada: 28-08-08 14:14

!!! QUOTE !!!

So, pesan saya kalau matlamatnya sama juga dengan Umno maka tidak ada sebab marilah kita ramai-ramai berhijrah kepada Umno. Sebaimana yang dijelaskan diatas tadi bahawa dalaman Umno lebih baik daripada dalaman PKR. Dalam Umno ada ahli2 agama yang terkenal dan hebat lagi bertauliah untuk memberi pendapat dan pandangan berdasarkan Al-Quran dan Al-Hadis.

Sekian, dimaklumkan dari bulletin Ukhwah….

apa guna ada ramai ahli agama kalau president umno sendiri melanggar fatwa mufti, anak bini tak tutup aurat. Ada ahli agama sekadar wayang saja ke?
negara dah 51 tahun merdeka, dah lebih 51 tahun bagi kat umno, islam tak juga didaulatkan oleh pemimpin umno, so yang not kalau kita cuba yang baru mana tau islam boleh didaulatkan... hari2 makan nasi boring juga nak tukar makan pizza...macam tu juga dah lama kerajaan BN memerintah , nak rasa juga kerajaan baru.ada sama dengan PM kita yang ke 5, lebih banyak cakap dari action tak seperti pm kita yang ke 4.

Bookmark and Share

  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

fikrul_mustanir
WARGA SETIA
Menyertai: 03.11.2006
Ahli No: 27196
Posting: 744
Dari: The Future Khilafah State

blank   avatar

posticon Posting pada: 28-08-08 15:23

Pada 28-08-08 13:10 , trouver_99 posting:

!!! QUOTE !!!

bagus lah kalau menang.sekurangnya pak lelah tak tidur sangat dalam majlis parlimen tu.harap-harap boleh lah kemukakan isu berkenaan kedaulatan negara dari cengkaman penjajahan ekonomi oleh negara luar.hanya tinggal petronas saja lagi yang masih lagi selamat di bawah kawalan malaysia.kalau tak,tunggu sajalah nanti kita beribu negarakan negara lain.mohon dijauhkan.

perompakan petronas

Salam,

Bagaimana itu boleh berkemungkinan terjadi kepada PETRONAS? Sebab ia ditubuhkan berdasarkan asas yang salah, iaitu, Akta Syarikat yang mengikut acuan sistem ekonomi kapitalis.

Oleh itu tidak mustahil ia akan dikuasai oleh pihak asing kerana kekuatan modal yang ada pada mereka.

Wasalam.

Bookmark and Share

  Member Information For fikrul_mustanirProfil   Hantar PM kepada fikrul_mustanir   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar

posticon Posting pada: 28-08-08 15:25

Anwar kini rasmi Ketua Pembangkang
Aug 28, 08 11:15am malaysiakini.com

dikemaskini Selepas 10 tahun tidak menjejakkan kaki ke Dewan Rakyat, mantan timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini secara rasmi dilantik sebagai Ketua Pembangkang.

Ahli parlimen Permatang Pauh itu, yang baru memenangi kerusi tersebut dua hari lalu, mengangkat sumpah jam 10.05 pagi tadi, sejurus selepas bacaan doa di dewan yang mulia itu.Anwar, 61, mengangkat sumpah di hadapan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia di Dewan Rakyat.

Katanya, Anwar juga akan diberikan segala keistimewaan yang dinikmati oleh seorang ketua pembangkang.

/

Anwar yang berbaju Melayu biru tua, kemudian melangkah duduk di kerusi betul-betul berdepan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Kerusi itu dulu diduduki isterinya yang mewakili kawasan parlimen yang sama - acara mengangkat sumpah Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak lama selepas pilihanraya umum lalu dihadiri Anwar sebagai pasangan seorang anggota Dewan Rakyat.

Sebaik sahaja upacara mengangkat sumpah itu selesai, Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Eric E. Majimbun dari BN - sebelum mengajukan soalan pertama - sempat mengucapkan tahniah kepada Anwar yang berjaya memenangi pilihanraya kecil Permatang Pauh, dan pemilihan beliau sebagai ketua pembangkang.

Ucap tahniah

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abd Aziz pula sebelum menjawab soalan pertama, turut mengucapkan tahniah kepada Anwar.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga berharap Anwar dapat sama-sama menyumbang kepada amalan demokrasi di negara ini.

Ketika diminta mengulas pelantikan Anwar sebagai ketua pembangkang, Najib berkata, beliau berkata:

"Sebagai ketua pembangkang (di Parlimen), kita harap beliau akan menyumbang dengan baik kepada perjalanan amalan demokrasi dan membantu kita dalam usaha kita memajukan lagi negara kita," katanya ketika diminta mengulas mengenai pelantikan Anwar sebagai ketua pembangkang di Parlimen hari ini.

/

Bercakap kepada media selepas menghabiskan masa kira-kira 10 minit di Dewan Rakyat, Anwar berkata beliau merasa terharu dapat kembali ke Parlimen selepas 10 tahun.

"Selepas segala yang saya harungi sepanjang tempoh itu, sekarang saya merasa terharu dapat kembali (ke Dewan Rakyat), ia adalah hak saya," katanya.

Penasihat PKR itu memenangi kerusi parlimen tersebut dengan majoriti 15,671 undi Selasa lalu. Beliau mendapat 31,195 undi, mengalahkan calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah, 51, yang memperolehi 15,524 undi. Hanafi Mamat, 61, dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) mendapat 92 undi dan hilang wang pertaruhan.

Pilihanraya kecil itu diadakan berikutan peletakan jawatan ahli parlimennya, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada 31 Julai lalu bagi memberi laluan kepada suaminya itu bertanding di situ.

Dalam pilihanraya umum Mac lalu, Dr Wan Azizah menewaskan calon BN, Datuk Pirdaus Ismail dengan majoriti 13,398 undi. Parlimen Permatang Pauh dikuasai PKR sejak pilihanraya umum 1999 dan sebelum itu dimenangi Anwar atas tiket BN sejak 1982.

Anwar, yang juga mantan timbalan perdana meneri dilucutkan dari jawatan dalam kerajaan pada tahun 1998, berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa dan liwat.

-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket

Bookmark and Share

  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar

posticon Posting pada: 28-08-08 15:40

Rakaman upacara mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen:

--->http://www.youtube.com/watch?v=1vSUjiEzfUM

-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket

Bookmark and Share

  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

aniq_MN
Warga Rasmi
Menyertai: 21.01.2007
Ahli No: 28289
Posting: 1
Dari: sabah

Sabah   avatar

posticon Posting pada: 28-08-08 15:41

Assalamua'laikum..:-)

tahniah kepada penduduk permatang pauh yang bijak memilih dan tahniah juga kepada DSAI kerana bjya mengharungi fitnah2 yang dilemparkan.diharap DSAI dapat menjalankan tugasnya dengan baik dan jangan lupakan jasa2 org yang banyak membantu dalam PR kecil P.Pauh..

Bookmark and Share

  Member Information For aniq_MNProfil   Hantar PM kepada aniq_MN   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar

posticon Posting pada: 28-08-08 15:44

Pada 28-08-08 15:41 , aniq_MN posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamua'laikum..:-)

tahniah kepada penduduk permatang pauh yang bijak memilih dan tahniah juga kepada DSAI kerana bjya mengharungi fitnah2 yang dilemparkan.diharap DSAI dapat menjalankan tugasnya dengan baik dan jangan lupakan jasa2 org yang banyak membantu dalam PR kecil P.Pauh..

bila pula budget 2009 akan dibentangkan?.

-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln

Bookmark and Share

  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar

posticon Posting pada: 28-08-08 15:47

KUALA LUMPUR (Reuters) - Malaysia’s opposition leader Anwar Ibrahim took another step towards his goal of bringing down the government and implementing ambitious reforms when he rejoined parliament on Thursday after a decade’s absence.

angktsmph

-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln

Bookmark and Share

  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

alongmina
Warga 3 Bintang
Menyertai: 30.05.2006
Ahli No: 24619
Posting: 116
Dari: Bukit Mertajam/Kulim

PulauPinang   avatar

posticon Posting pada: 28-08-08 16:00

Alhamdulillah syukur..ana rasa bangga terlibat dengan sejarah ini..menjadi pengundi permatang pauh..semoga harapan baru Malaysia terlaksana dengan jayanya..amin..Allahuakhbar!!!

Bookmark and Share

  Member Information For alongminaProfil   Hantar PM kepada alongmina   Pergi ke alongmina's Website   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar

posticon Posting pada: 28-08-08 16:05

mari berkongsi gambar dan sajak menarik ni.kreatif saja bloggers buat

a

Wahai UMNO yang pernah ku cintai.
Itu dulu, jadi sejarah kini.
Kerana hati ku telah engkau lukai
Lantaran kealpaan engkau sendiri

Pembangunan negara tidak kau peduli
Rakyat miskin tidak engkau hampiri.

Kerana gelojohnya tidak terperi.
Khazanah negara habis kau joli.

Wahai UMNO sedarlah diri.
Rakyat tidak perlukan kau lagi
Jangan kau buat tak mengerti

Negara tergadai, maruah kau hancuri.
Akibat gelagat kaum kau sendiri

Bukan RAKYAT inginkan simpati.
Cuma pilu kepada apa yang terjadi.

Esok lusa mungkin aku kan mati
Nasib bangsa ku masih belum pasti.

Kecewa hati ku tidak terperi.
Tanahair ku susut hari demi hari.

Wahai RAKYAT. Aku susun sepuluh jari
Perjuangan murni ini jangan kita cemari

Ayuh !! bangkit kita bentuk Kerajaan Rakyat
Kita berjuang sehingga UMNO menjadi mayat

PAKATAN RAKYAT bakal tegak berdiri
Memerdekakan rakyat di negara sendiri
Salam Perjuangan Sofi Yassin 26082008 Permatang Pauh

sumber:kerajaanrakyat.com

-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln

Bookmark and Share

  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

Penama
Deleted User

posticon Posting pada: 28-08-08 17:33

lah gamba ni lagi....dah post kat topik lain dah gambar tu dah lah...
rasa macam tak suka pula poster2 macam ni... seperti anwar di perbadutkan...

Bookmark and Share

  Quote dan BalasQuote

anis_zulaikha

Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya

NegeriSembilan   avatar

posticon Posting pada: 28-08-08 18:45

dah agak dah posting ni dibuka oleh biru putih.. lain kali ubah lah kale... belang2 ke... kale cekelat ke...

hehehehe...

nak tegelak... biasa lah org dah kalah :lol: :lol:

Bookmark and Share

  Member Information For anis_zulaikhaProfil   Hantar PM kepada anis_zulaikha   Quote dan BalasQuote

gooku
Warga 4 Bintang
Menyertai: 01.12.2006
Ahli No: 27562
Posting: 269

blank  

posticon Posting pada: 28-08-08 19:05

pagi tadi..dengan lajunye Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen..tapi sumpah pasal kes liwatnye bila agaknya ia nak angkat sumpah(sumpah penafian)..kalau lah ada ulama cakap jangan angkat sumpah sebagai ahli parlimen..mahukah ia ikut??

Bookmark and Share

  Member Information For gookuProfil   Hantar PM kepada gooku   Pergi ke gooku's Website   Quote dan BalasQuote

RuMaishaaa

Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 749
Posting: 1276
Dari: Kg.Batu Muda, KL

Terengganu   avatar

posticon Posting pada: 28-08-08 19:18

Tahniah kepada pengundi yang bijaksana, petugas yang bersengkang mata!

Yang rugi adalah mereka yang hanya bercakap dan menulis berapi-api, mengutuk kawan dan lawan. Langsung tak meghargai pendapat dan pandangan satu sama lain.

Keputusan sudah diketahui. Kalau masih berdegar-degar dan berapi-api di sini pun masih merugikan umat.

Waktu sekarang bukan nak mengutip dan meng"copy-paste" artikel semata-mata, bukan waktunya lagi mencari silap lawan..bukan waktunya juga membanggakan pihak sendiri.. tapi waktu sekarang waktu untuk bekerja untuk Islam.

Waktu untuk ajak semua orang kembali kepada Islam, waktu untuk membantu rakyat yang masih kelaparan.

Secara teori, semua orang boleh membentangkan banyak-banyak artikel tentang kemurnian Islam, boleh bahas isu parti ni tak relevan dan sebagainya, tapi ada tak yang praktikkannya dalam seharian?Berdakwah pada tulisan semata-mata, ramai yang boleh buat.

Di ambang ramadhan seterusnya syawal, masih ramai yang tak cukup makan minum. Cuba lah check saudara-saudari..tak kiralah apa bangsa, apa agama..masih ramai yang melarat. Baik ikut serta komuniti cawangan masing-masing untuk cari derma, hulurkan bantuan. Takpun imarahkan program bersama penduduk kampung sendiri supaya hidupkan surau atau masjid. Ajar budak-budak mengaji atau fardhu ain, kan lebih baik!Lebih banyak pahala.

Kalau kat kg saya sekarang, masing-masing sedang sibuk menghantar kupon untuk cari derma fakir, program bersama rakyat bersusun, tak perlu nak tunggu dari parti mana, semua boleh turun padang membantu!

p/s-akhir-akhir ni bosan tengok respon isu-isu politik di sini. Berulang-ulang dan hanya nak ajak orang ikut kata sendiri saja. pelik!

Bookmark and Share

  Member Information For RuMaishaaaProfil   Hantar PM kepada RuMaishaaa   Quote dan BalasQuote

irashahirah
WARGA SETIA
Menyertai: 08.10.2005
Ahli No: 19675
Posting: 407
Dari: jay bee

Johor   avatar

posticon Posting pada: 28-08-08 19:18

saya tak berpihak kat mana-mana pihak...though.. saya tak sokong lansung dengan penyokong2 pkr yang suka mengkasari orang semasa kempen di permatang pauh.. macam tu ke sikap orang Islam? Tolonglah buang2 sikap taksub kat parti pemimpin dan sebagainya nya... Kerana seorang nak bermush2 dengan orang lain??? betul kah kemenangan Anwar bermaksud kemenangan Islam dan kekalahan Anwar juga kekalahan Islam...? Kmenagan Islam bukan bergantung pada Anwar sahaja.. tapi bergantung pada semua umat Islam.. to all Muslim.. harap-harap jangan lah bermush2.. berdengki hanya sebab agenda politik.. hidup lah dengan sederhana.. jangan terlalu taksub pada sesuatu perkara...

Bookmark and Share

  Member Information For irashahirahProfil   Hantar PM kepada irashahirah   Quote dan BalasQuote

irashahirah
WARGA SETIA
Menyertai: 08.10.2005
Ahli No: 19675
Posting: 407
Dari: jay bee

Johor   avatar

posticon Posting pada: 28-08-08 19:20

sedih sangat tengok Malaysia sekarang ini.. sedih tengok orang Melayu semua tak ada jati diri....

Bookmark and Share

  Member Information For irashahirahProfil   Hantar PM kepada irashahirah   Quote dan BalasQuote

gooku
Warga 4 Bintang
Menyertai: 01.12.2006
Ahli No: 27562
Posting: 269

blank  

posticon Posting pada: 28-08-08 19:51

Bagi golongan yang fanatik kepada Anwar, maka mereka terus menyifatkan bahawa kemenangan Anwar adalah kemenangan rakyat. Walhal, jauh panggang dari api, suara Anwar bukanlah mewakili suara seluruh rakyat Malaysia. Golongan Islam yang ikhlas memperjuangkan tegaknya agama Allah tidak pernah berpihak kepada Anwar, kecuali golongan yang cuba meraih ‘manfaat’ sahaja yang sanggup menempel dengan Anwar. Justeru, kemenangan Anwar di Permatang Pauh, walaupun disifatkan sebagai kemenangan rakyat, ia bukanlah kemenangan Islam. Anwar tidak membawa agenda Islam, apatah lagi agenda Negara Islam. Anwar ada agenda tersendiri dalam usahanya melangkah menuju Putrajaya, namun sayang, Islam tidak dibawanya bersama.

Kemenangan Islam hanya akan tercapai apabila hukum Allah dan Rasul diterapkan di dalam kehidupan. Kemenangan Islam hanya akan dinikmati apabila Al-Quran dan Sunah menjadi undang-undang negara. Dengan kemenangan Anwar Ibrahim menjadi ahli Parlimen Permatang Pauh dengan tidak menjadikan Islam sebagai agendanya, dan jika agenda sekularlah yang akan terus dibawa oleh Anwar, maka kemenangan Anwar hanyalah merupakan kemenangan kepada sekular, bukannya kemenangan kepada Islam.

Sesungguhnya hanya dengan mewujudkan Daulah Khilafah dan membai’ah seorang Khalifah untuk menerapkan hukum berdasarkan Kitabullah dan Sunah RasulNya, maka hanya dengan ini sahajalah kemenangan Islam akan tercapai.

“Apakah kamu beriman hanya kepada sebahagian dari Kitab dan kufur dengan sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu di antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan dikembalikan kepada azab seksa yang pedih. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.”

Bookmark and Share

  Member Information For gookuProfil   Hantar PM kepada gooku   Pergi ke gooku's Website   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar

posticon Posting pada: 28-08-08 20:17

Pada 28-08-08 19:18 , irashahirah posting:

!!! QUOTE !!!

saya tak berpihak kat mana-mana pihak...though.. saya tak sokong lansung dengan penyokong2 pkr yang suka mengkasari orang semasa kempen di permatang pauh.. macam tu ke sikap orang Islam? Tolonglah buang2 sikap taksub kat parti pemimpin dan sebagainya nya... Kerana seorang nak bermush2 dengan orang lain??? betul kah kemenangan Anwar bermaksud kemenangan Islam dan kekalahan Anwar juga kekalahan Islam...? Kmenagan Islam bukan bergantung pada Anwar sahaja.. tapi bergantung pada semua umat Islam.. to all Muslim.. harap-harap jangan lah bermush2.. berdengki hanya sebab agenda politik.. hidup lah dengan sederhana.. jangan terlalu taksub pada sesuatu perkara...

hepp silap tu.selalu yang mengkasari orang tu adalah polis2 dan orang yang diupah menyamar untuk mengenakan DSAI.DSAI sentiasa beri kerjasama kepada sesiapa pun asalkan niat baik

oh ya ada jemputan solat hajat dari DSAI

Saudara/i dijemput hadir ke majlis solat maghrib dan solat hajat di rumah Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini. Marilah kita memohon pertolongan Allah S.W.T di dalam menghadapi segala rintangan untuk Malaysia yang Merdeka.

Pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

p/s----->saya ada simpan surah yasin hadiah dari DSAI hehehehe

-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln

Bookmark and Share

  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

irashahirah
WARGA SETIA
Menyertai: 08.10.2005
Ahli No: 19675
Posting: 407
Dari: jay bee

Johor   avatar

posticon Posting pada: 28-08-08 20:35

Pada 28-08-08 20:17 , Rashdin posting:

:-?

Bookmark and Share

  Member Information For irashahirahProfil   Hantar PM kepada irashahirah   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar

posticon Posting pada: 28-08-08 20:47

ya ada apa masalah irashairah.ada salah ke posting saya

Bookmark and Share

  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

Penama
Deleted User

posticon Posting pada: 28-08-08 20:48

Pada 28-08-08 15:44 , Rashdin posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 28-08-08 15:41 , aniq_MN posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamua'laikum..:-)

tahniah kepada penduduk permatang pauh yang bijak memilih dan tahniah juga kepada DSAI kerana bjya mengharungi fitnah2 yang dilemparkan.diharap DSAI dapat menjalankan tugasnya dengan baik dan jangan lupakan jasa2 org yang banyak membantu dalam PR kecil P.Pauh..

bila pula budget 2009 akan dibentangkan?.

aikk???? bukan main hebat lagi pasal politik... belanjawan bentang bila pun tak tahu???????

esok lah wahai adik rashdin yang hebatttt.... :sopan:

Bookmark and Share

  Quote dan BalasQuote

irashahirah
WARGA SETIA
Menyertai: 08.10.2005
Ahli No: 19675
Posting: 407
Dari: jay bee

Johor   avatar

posticon Posting pada: 28-08-08 20:48

tak ada apa en rashdin.. thanks for the info..

Bookmark and Share

  Member Information For irashahirahProfil   Hantar PM kepada irashahirah   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar

posticon Posting pada: 28-08-08 21:03

Pada 28-08-08 20:48 , eniliana posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 28-08-08 15:44 , Rashdin posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 28-08-08 15:41 , aniq_MN posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamua'laikum..:-)

tahniah kepada penduduk permatang pauh yang bijak memilih dan tahniah juga kepada DSAI kerana bjya mengharungi fitnah2 yang dilemparkan.diharap DSAI dapat menjalankan tugasnya dengan baik dan jangan lupakan jasa2 org yang banyak membantu dalam PR kecil P.Pauh..

bila pula budget 2009 akan dibentangkan?.

aikk???? bukan main hebat lagi pasal politik... belanjawan bentang bila pun tak tahu???????

esok lah wahai adik rashdin yang hebatttt.... :sopan:

ooo esok ya?.bolehlah tengok macam mana gamatnya dewan huhuhu

-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln

Bookmark and Share

  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

lebai_y2k
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.09.2003
Ahli No: 3792
Posting: 176
Dari: Pokok Sena

Kedah   avatar

posticon Posting pada: 28-08-08 21:12

Pada 28-08-08 08:58 , pemburu_harimau posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 28-08-08 00:42 , fikrul_mustanir posting:

!!! QUOTE !!!

Kemenangan PKR bukan kemenangan Islam!        

PKR sudah menang dan tidak siapa dapat menafikan kemenangan ini. Persoalannya adalah, apakah yang akan berlaku selepas ini? Jika dilihat daripada asas penubuhan PKR, ia adalah parti yang jelas tidak berlandaskan kepada matlamat untuk menegakkan Islam mahupun Negara Islam. Matlamat yang selalu disampaikan oleh PKR adalah untuk menegakkan keadilan, namun keadilan yang bagaimanakah yang didambakan? Sesungguhnya tidak akan ada keadilan dan tidak akan dinamakan keadilan sedikit pun jika hukum Allah tidak dilaksanakan! Keadilan hanya akan berlangsung apabila hukum-hakam Islam diterapkan, menggantikan hukum sekular yang dianuti pada hari ini. Keadilan hanya akan dikecapi apabila syariat Islam diterapkan secara kaffah dan semua manusia diperintah dengan hukum Allah. Jika menerapkan sebahagian hukum Islam dan sebahagian sistem kufur itu pun sudah menjadikan manusia itu hina, apatah lagi jika hukum kufur sekular diterapkan sepenuhnya seperti yang ada hari ni. Firman Allah SWT,

“Apakah kamu beriman hanya kepada sebahagian dari Kitab dan kufur dengan sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu di antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan dikembalikan kepada azab seksa yang pedih. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.” (TMQ Al-Baqarah (2):85)

www.mykhilafah.com

semoga ulamak-ulamak dan ahli-ahli PAS sedar akan perkara ini..
apakah PAS masih lagi mahu bersama-sama KEADILAN?

Hukum Islam tidak akan tertegak kalau kita lihat cara perjuangan
ANWAR sekarang ni...

Assalamualaikum.Memang benar,kemungkinan besar hukum Islam tidak juga terlaksana,tapi sekurang-kurangnya satu langkah untuk menjatuhkan kerajaan yang zalim dah terlaksana.Kalau lah kita biar UMNO menang dan PAS tak masuk pilihanraya seperti cadangan sesetengah orang,sapa nak jaga Islam?UMNO?Tok sah mimpi lah..Nak pelingkup kefahaman Islam ada lah..

-----------------
Sesungguhnya solatku,amalku,hidup dan matiku adalah kerana ALLAH

Bookmark and Share

  Member Information For lebai_y2kProfil   Hantar PM kepada lebai_y2k   Quote dan BalasQuote

marul
WARGA SETIA
Menyertai: 04.09.2007
Ahli No: 30924
Posting: 648
Dari: Seremban

NegeriSembilan   avatar

posticon Posting pada: 29-08-08 08:35

:-D assalamualaikum...

harap lepas ni rasuah makin banyak dibanteras...
sapa buat..sumbat saja dalam ISA..dulu habis ustz2 kena sumbat dalam ISA sebab pejuangkan hak islam..

erk,org yang kuarkan fatwa bukan-bukan,tak disumbat pula dalam ISA tu ye.

:berfikir:

Finally,DSAI dah menang..harap beliau dapat merobah politik Malaysia nanti...Buktikan DSAI!! :-D

-----------------
Assalamualaikum...salam ukhwahfillah...
www.marul-nashirassunnah.blogspot.com/

Bookmark and Share

  Member Information For marulProfil   Hantar PM kepada marul   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 29-08-08 10:37

Pada 28-08-08 19:05 , gooku posting:

!!! QUOTE !!!

pagi tadi..dengan lajunye Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen..tapi sumpah pasal kes liwatnye bila agaknya ia nak angkat sumpah(sumpah penafian)..kalau lah ada ulama cakap jangan angkat sumpah sebagai ahli parlimen..mahukah ia ikut??

ada orang tak faham-faham lagi kes sumpah atau mubahalah ni :berfikir:

dia nak sumpah ke tidak, itu hak dia, hukumnya harus, bukan wajib, ini bukan li`an dik, bukan isteri dia tuduh dia zina.

sepatutnya, kalau si saiful tu tak dapat kemuka bukti langsung, silap-silap; dia boleh kena had... sebab ni isu hudud bro, sama ada liwat atau qazaf, mana boleh sumpah2... ops nak sumpah boleh tapi bukan untuk pembuktian, sumpah boleh diterima pakai untuk qisas dan takzir, tapi bukan hudud, itu kena faham :jangan:

harap faham ye, tak perlu nak besar2kan lagi tentang mubahalah ni, Dr. Asri sendiri yang cadang saiful mubahalah, akui yang DSAI boleh pilih sendiri nak sumpah ke tak, tak ada orang yang berhak desak dia bersumpah :jangan:

harap faham ye, orang dah senyap dah isu ni, jangan kita pula yang tak habis-habis nak besarkan isu ni.

wassalam.

-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|

Bookmark and Share

  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 29-08-08 10:41

Pada 27-08-08 14:07 , Daeng_Jati posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum wbt dan salam ukhwahfillah,

teman ada satu saja ungkapan nak diucapkan, "...Pemikiran ini pemikiran 50-an..."

p/s

ini lah kata-kata Professor Shamsul Amri Baharuddin (UKM) malam tadi masa mengulas kata-kata Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.

erm, ubah lah pemikiran UMNO tu...

biasalah tu DJ, pemikiran lapuk... :sopan:

orang dah menang besar, yang kalahnya adalah BN, sebab depa kata BN yang akan menang di permatang pauh! tapi bukan saja kalah, tapi lagi teruk kalah, dengan majoriti lagi BESAR!!!

wassalam.

p/s: biru-putih, terimalah hakikat ye :sopan:

-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|

Bookmark and Share

  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

azemi
WARGA SETIA
Menyertai: 16.01.2004
Ahli No: 6494
Posting: 681
Dari: K.pilah Somban

Pahang   avatar

posticon Posting pada: 29-08-08 12:23

"Aduh, malunya den..penat berkempen ke hulu ke hilir..org panggil den najib altantuya saja.huhu.."..(pokjib)..

Utusan Meloya, Berita Hairan, TV3 Suku, RTM dan lain-lain juga patut rasa MALU..anda telah menyerang peribadi DS Anwar dengan dahsyat sekali..tetapi anda lupa, ada kuasa yang lebih hebat daripada propaganda anda..Dialah Yang Maha membolak balikkan hati-hati manusia..sesungguhnya hanya kepada Allah kita meminta dan alhamdulillah, Dia telah memperkenankan permintaan hamba2Nya..ramai org berkata "suatu keajaiban berlaku.."..serangan dahsyat dan bertubi2 ke atas DS Anwar dan PR menggunakan media2 yang TAK TAHU MALU itu, tidak mampu mengubah pendirian majoriti rakyat..

Tahniah orang-orang Permatang..anda memang hebat, anda memang bijak..org bagi kita ambil, bila mengundi hang pandai2 lah.hehe..

Adikku biru_putih, ada pilihan yang lebih baik..buat apa masih berdalih2..selagi UMNO-BN tidak mereformasi sistemnya, tnggulah akibat kepada mereka dalam PRU akan datang..

Bookmark and Share

  Member Information For azemiProfil   Hantar PM kepada azemi   Pergi ke azemi's Website   Quote dan BalasQuote

tasbih_30
WARGA SETIA
Menyertai: 27.02.2006
Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK

congo  

posticon Posting pada: 30-08-08 00:43

rakyat perlukan satu alternatif untuk bebaskan diri dari cengkaman BN...

rakyat mahu pimpinan yang telus dan bebas...

rakyat perlu belajar mengubah kerajaan agar kerajaan mampu bekerja untuk rakyat...

sekali dah buat lain kali senang nak buat...

Bookmark and Share

  Member Information For tasbih_30Profil   Hantar PM kepada tasbih_30   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar

posticon Posting pada: 30-08-08 21:54

Kalah di Permatang Pauh, BN dimakan sumpah sendiri          

Irwan Muhammad Zain, Harakah

Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar menyifatkan kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh akibat dimakan sumpah yang dijaja oleh mereka sendiri.

Mahfuz berkata demikian, ketika diminta mengulas kemenangan besar yang diperolehi oleh Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam pilihan raya kecil yang diadakan semalam.

"Di Permatang Pauh BN asyik bersumpah dan Najib juga sering saja bersumpah ketika berkempen dan akibatnya mereka kalah teruk," kata beliau.

Beliau turut menegaskan bahawa rakyat Permatang Pauh yang mewakili rakyat Malaysia keseluruhannya telah menolak budaya politik fitnah yang menjadi amalan Umno-BN.

Malah kata beliau, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Presiden Umno telah meminta pengundi di Permatang Pauh agar menolak budaya politik fitnah dan seruan Perdana Menteri itu disahut oleh mereka dengan memberikan kemenangan kepada calon yang mewakili Pakatan Rakyat.

"Abdullah minta rakyat tolak budaya politik fitnah tetapi beliau sendiri tidak menunjukkan kesungguhan untuk membanteras amalan kotor yang dibawakan oleh jentera kempen BN yang diketuai oleh Najib," tambah beliau lagi.

Kemenangan besar calon Pakatan Rakyat juga kata beliau membuktikan bahawa rakyat negara ini sudah menolak politik yang tidak beretika yang dibawa oleh BN dan parti yang semakin parah itu terpaksa menerima hakikat bahawa mereka semakin ditolak oleh rakyat.

Mahfuz juga menjelaskan bahawa suasana baru diperolehi dalam pilihan raya kecil ini kerana pengundi menggunakan kematangan mereka untuk memilih calon yang layak dan tidak menggunakan emosi.

"Lebih penting lagi kemenangan Anwar membuktikan harapan rakyat untuk melihat perubahan landskap politik di negara ini," kata Mahfuz.

Justeru itu kata beliau, adalah wajar bagi pemimpin yang bermaruah agar segera berundur.

"Abdullah dan Najib sudah sewajarnya meletakan jawatan kerana keduanya telah terbukti gagal," kata beliau.

Mengulas mengenai kenyataan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia bahawa majlis angkat sumpah ahli Parlimen Permatang Pauh tidak perlu disegerakan, Mahfuz berkata tindakan tersebut merupakan salah satu langkah yang diambil BN untuk memastikan Anwar tidak berjaya ke Parlimen.

"Langkah pertama mereka dengan segala fitnah terhadap Anwar sudah gagal dan kita lihat mereka sedang berusaha untuk menggunakan langkah kedua bagi menghalang Anwar dari memasuki Parlimen," kata beliau.

Beliau menjelaskan, jika sekiranya Anwar tidak dibenarkan mengangkat sumpah minggu ini, kemungkinan untuk Anwar tidak akan mengangkat sumpah langsung akan berlaku.

Kata beliau, pertuduhan liwat terhadap Anwar akan didengar pada September nanti dan besar kemungkinan Anwar tidak dibenarkan ikat jamin maka Penasihat KeADILan itu akan dipenjara sementara menunggu selesai perbincaraan dan ianya akan memakan masa yang lama dan akan mengagalkan usaha membentuk sebuah kerajaan baru.

"Kita melihat ada kecenderungan ke arah itu dan kita juga bimbang jika Anwar dinafikan haknya untuk mengangkat sumpah secepat mungkin," jelas Mahfuz.

Mahfuz juga berpendapat tiada alasan untuk melambat-lambatkan majlis angkat sumpah Anwar selaku ahli parlimen kerana jika laporan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) kepada speaker dijadikan alasan ianya tidak masuk akal kerana keputusan yang dikeluarkan oleh SPR pada malam 27 Ogos sudah boleh diterima pakai.

"Selaku speaker, Pandikar Amin harus bertindak wajar agar beliau dilihat berwibawa dan tidak berat sebelah," tegas beliau.

Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub menyifatkan kemenangan besar KeADILan dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh sebagai satu amanah besar rakyat terhadap Anwar khasnya dan Pakatan Rakyat amnya.

Beliau juga berkata kemenangan Anwar merupakan ujian besar yang harus digalas oleh Pakatan Rakyat dan seharusnya memikirkan bagaimana cara untuk mengisi kemenangan tersebut.

"Rakyat telah memberikan Pakatan Rakyat amanah yang besar dan kita tidak boleh berbangga dengan kemenangan tersebut hingga lupa tanggungjawab kita yang masih belum tercapai," jelas beliau.

Beliau juga menjelaskan bahawa harapan rakyat untuk melihat perubahan dalam landskpa politik tanahair harus segera dilaksanakan agar tidak dikatakan hanya tahu menabur janji semata-mata.

Salehuddin juga berharap agar prosedur untuk Anwar mengangkat sumpah selaku ahli parlimen dipermudahkan dan tiada alasan untuk speaker melengah-lengahkan perkara tersebut.

"Saya berharap agar urusan mengangkat sumpah bagi membolehkan Anwar berada di Parlimen dipermudahkan," kata beliau.

Beliau turut menjelaskan bahawa kehadiran Anwar di Parlimen bukan hanya ditunggu oleh ahli parlimen Pakatan Rakyat tetapi turut dinantikan oleh rakyat negara ini.

Dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh semalam, Anwar mendapat 31,195 undi, manakala calon BN Dato' Arif Shah Omar Shah meraih 15,524 undi.

Sementara Hanafi Mamat, calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) memperolehi 92 undi sahaja dan hilang wang pertaruhan.

Majoriti undi mantan Timbalan Perdana Menteri itu lebih tinggi daripada yang diperolehi isterinya Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam Pilihan raya Umum ke-12 pada 8 Mac lepas. - mks.

malaysia today

Bookmark and Share

  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

swordofdeen
WARGA SETIA
Menyertai: 11.06.2003
Ahli No: 1307
Posting: 632
Dari: Somewhere on this earth

Terengganu   avatar

posticon Posting pada: 31-08-08 17:21

Pada 28-08-08 13:24 , biru-putih posting:

!!! QUOTE !!!

!!! QUOTE !!!

Alahai si Mamat ni…. Kita sekarang cerita zaman di Pewrmatang Pauh daa…. Bukan zaman jepun dulu…cerita tu dah basi daaa….

Basi atau tidak, tiada tindakan yang telah diambil kepada mereka yang bersalah. Jadi, biru putih boleh jawab, kenaap BN dan UMNO tak ambil tindakan?

Jawapan:_______________

Dan jika ada jawapan di atas, sila jelaskan apa tindakan yang telah diambil dalam paling kurang item no 1 hingga item 5 yang saya senaraikan.

Right? :lucu: :lucu: :lucu: :lucu:

Bookmark and Share

  Member Information For swordofdeenProfil   Hantar PM kepada swordofdeen   Pergi ke swordofdeen's Website   Quote dan BalasQuote

hanafirazali
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.09.2006
Ahli No: 26499
Posting: 327
Dari: negeri sembilan dan perak

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 02-09-08 13:04

TG Haji Hadi telah menegaskan kalau PR berjaya menubuhkan kerajaan pada 16 Sept... seperti yang dirancangkan.... PAS tidak kiah siapa yang akan jadi PM... Yang PAS akan tetap perjuangkan hukum dan undang-undang Islam mestilah/ wajib dilaksanakan... jika tidak PAS akan keluar daripada PR... Ana rasa sahabat2 dah jelas kan... boleh tengok dalam siasah atau harakah... sekarang ni kita masih boleh bekerjasama dalam PR... lebuh aula kita bantu kemenangan DSAi daripada bersekongkol dengan BN...jadi... ana tetap yakin dengan perjuangan PAS... cuma kita doakan hasrat dan impian untuk melaksanakan undang-undang Islam akan tercapai... AllahuAkbar...

Bookmark and Share

  Member Information For hanafirazaliProfil   Hantar PM kepada hanafirazali   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar

posticon Posting pada: 02-09-08 15:19

Pada 02-09-08 13:04 , hanafirazali posting:

!!! QUOTE !!!

TG Haji Hadi telah menegaskan kalau PR berjaya menubuhkan kerajaan pada 16 Sept... seperti yang dirancangkan.... PAS tidak kiah siapa yang akan jadi PM... Yang PAS akan tetap perjuangkan hukum dan undang-undang Islam mestilah/ wajib dilaksanakan... jika tidak PAS akan keluar daripada PR... Ana rasa sahabat2 dah jelas kan... boleh tengok dalam siasah atau harakah... sekarang ni kita masih boleh bekerjasama dalam PR... lebuh aula kita bantu kemenangan DSAi daripada bersekongkol dengan BN...jadi... ana tetap yakin dengan perjuangan PAS... cuma kita doakan hasrat dan impian untuk melaksanakan undang-undang Islam akan tercapai... AllahuAkbar...

DSAI kena berhati-hati yang amat sangat dalam hal ini

-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln

Bookmark and Share

  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

akis_zamani
Warga 2 Bintang
Menyertai: 22.06.2007
Ahli No: 30351
Posting: 55
Dari: P44: Permatang Pauh

uk   avatar

posticon Posting pada: 02-09-08 17:37

moga kerajaan pakatan rakyat baru berjaya dibentuk. insyaAllah

Bookmark and Share

  Member Information For akis_zamaniProfil   Hantar PM kepada akis_zamani   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar

posticon Posting pada: 02-09-08 23:16

Pada 02-09-08 17:37 , akis_zamani posting:

!!! QUOTE !!!

moga kerajaan pakatan rakyat baru berjaya dibentuk. insyaAllah

AMIN.mudah-mudahan dimakbulkan

-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln

Bookmark and Share

  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

PUTERI_FUZA
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.07.2003
Ahli No: 1975
Posting: 201
Dari: Perth, Australia

australia  

posticon Posting pada: 03-09-08 09:53

Nawaitu penting...
yang penting jujur dan amanah dalam menjalankan tanggungjawab...
amanah Allah...
tingkatkan prestasi, elakkan kontrovesi...

Bookmark and Share

  Member Information For PUTERI_FUZAProfil   Hantar PM kepada PUTERI_FUZA   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar

posticon Posting pada: 06-09-08 23:01

Pada 03-09-08 09:53 , PUTERI_FUZA posting:

!!! QUOTE !!!

Nawaitu penting...
yang penting jujur dan amanah dalam menjalankan tanggungjawab...
amanah Allah...
tingkatkan prestasi, elakkan kontrovesi...

sekarang ni skandal dah lagi banyak dan prestasi pun tak boleh harap.lepas tu duit asyik hilang saja masuk kocek siapa pun tak tahu.

-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln

Bookmark and Share

  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar

posticon Posting pada: 06-09-08 23:53

Pada 27-08-08 14:45 , hid_uniten posting:

!!! QUOTE !!!

biasala 2 bila umno yang kalah, macam-macam dkatanye..

cb kalau umno yang menang..ini kemenangan tok org melayu,huhu..

kemenangan untuk melayu?Kenapa pula kemenangan orang melayu?.macam rasist saja?.

-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln

Bookmark and Share

  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 

Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.

Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri

Loading: 0.211058 saat. Lajunya....