Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 04-07-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
" Ilmu yang hakiki itu ialah yang memberi keyakinan bahawa maksiat itu racun yang membunuh dan bahawa akhirat itu lebih utama daripada kehidupan dunia."
-- Imam Al-Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: wyd1014
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43135

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 61
Ahli: 0
Jumlah: 61

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 2 hari yang lalu
wyd1014: 11 hari yang lalu
haykal77: 19 hari yang lalu
Kakngah: 19 hari yang lalu
lidah-penghunus: 20 hari yang lalu

Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Lagi kes murtad seperti siti fatimah

Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Lagi kes murtad seperti siti fatimah

Please Mendaftar To Post

Oleh Lagi kes murtad seperti siti fatimah

Kaisi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.07.2004
Ahli No: 9907
Posting: 233
Dari: KB - The Islamic City

japan   avatar

posticon Posting pada: 19-08-08 21:34

Bapa dua anak keluar Islam

KUANTAN - Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan semalam membatalkan status Islam seorang mualaf, Or Boon Hua atau nama Islamnya Jeffrey Or Abdullah, 36, selepas lelaki itu memfailkan permohonan untuk keluar dan mengesahkan sebagai bukan Islam di mahkamah itu 1 September 2006.

Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, Datuk A. Rahman Md. Yunus berkata, setelah mendengar semua keterangan termasuk empat saksi yang dipanggil, pemohon jelas tidak mengamalkan ajaran Islam malah pada masa yang sama masih terikat dan mengamalkan ajaran agama Buddha .

Katanya, tertuduh yang mendaftarkan pengislamannya di Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) 20 Januari 1994 mengakui memeluk Islam semata-mata untuk berkahwin dengan bekas isterinya namun tidak pernah mempelajari dan mengamalkan ajaran Islam dalam tempoh perkahwinan itu.

“Selepas ikatan perkahwinan mereka berakhir 27 November 2001, pemohon telah kembali kepada ajaran asal termasuk berkunjung ke tokong, makan bab*, minum arak, berjudi dan mengamalkan perbuatan yang bertentangan dengan hukum Islam,” kata beliau.

Pemohon yang mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan dengan bekas isterinya juga mengakui tidak pernah mempercayai ajaran Islam dan terus mengamalkan ajaran Buddha walaupun selepas bergelar penganut Islam.

Dalam keputusannya semalam, Datuk A. Rahman berkata, adalah tidak wajar menahan seseorang mualaf keluar Islam apabila mereka jelas tidak mempercayai dan mengamalkan ajaran suci itu.

Dalam keterangan empat saksi yang dipanggil sebelum ini, rata-rata mengakui dan mengetahui pemohon hidup sebagai seorang Cina beragama Buddha selain menyembah berhala, menyimpan patung Buddha dan selalu menyembah di dalam dan di luar rumah.

Malah mereka juga memberitahu pemohon tidak pernah memaklumkan tentang pengislamannya sebaliknya hanya memberitahu telah keluar daripada Islam dan kembali kepada ajaran asal.

Dalam tempoh itu juga Datuk A. Rahman memaklumkan, pemohon tidak pernah ke masjid, bersembahyang, puasa atau membaca Al-Quran sekali gus tidak menampakkan dia sebagai Muslim seperti mana yang dinyatakan dalam keterangan saksi yang dipanggil.

Keputusan untuk keluar daripada Islam ini pernah dinyatakan kepada seorang pegawai daripada MUIP di mana pemohon nekad berbuat demikian walaupun dinasihatkan supaya menimbangkan keputusannya itu.

Dalam keputusannya semalam, Datuk A. Rahman mengisytiharkan Jeffrey telah keluar daripada Islam dan status agamanya sebagai Islam yang tertera pada kad pengenalan dibatalkan.

Pelaksanaan keputusan itu berkuat kuasa selepas 14 hari bagi memberi peluang kepada mana-mana pihak untuk membuat bantahan atau rayuan berhubung keputusan yang dibuat mahkamah itu semalam.

Terdahulu, Datuk A. Rahman menegur badan dakwah supaya memainkan peranan aktif membimbing saudara baru dan tidak membiarkan mereka terkapai-kapai selepas memeluk Islam.

“Ada kalanya mereka memeluk Islam semata-mata untuk berkahwin namun apabila berlaku perceraian, ada kemungkinan mereka yang masih cetek ilmu agama akan kembali kepada ajaran asal (murtad) justeru ini semua pihak perlu mengambil inisiatif memastikan golongan ini kekal pengislamannya,” kata beliau.

Beliau terkilan dan sedih dengan keputusan Jeffrey untuk keluar Islam namun beliau sempat menasihati lelaki itu supaya menimbangkan kembali keputusannya itu dan berharap suatu hari nanti dia akan kembali kepada Islam.

-----------------
moshi-moshi....
watashi wa kaisi desu...
from the sister city of kasaoka city okayama...hehee..
senegara dengan Doraemon,Ultraman etc

Bookmark and Share

  Member Information For KaisiProfil   Hantar PM kepada Kaisi   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 19-08-08 21:45

memang boleh menang kat dia lah....kan boleh dirujuk pada kes siti fatimah tempohari ....nak kata apa lagi ....kita pakat-pakat sengeh saja lah...
teruknya perundangan malaysia ....batil sebatil-batilnya.....sebegini hebat Islamku dihina .....tak ada sapa boleh buat apa-apa .... sapa nak jawab kat Allah nanti ni ??

masih adakah lagi Abu Bakar di abad ini ??...

Bookmark and Share

  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

Kaisi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.07.2004
Ahli No: 9907
Posting: 233
Dari: KB - The Islamic City

japan   avatar

posticon Posting pada: 19-08-08 22:09

Sekilas Fakta & Keputusan kes Siti Fatimah
Sebelum kita melihat hukum syarak ke atas apa yang berlaku, kita perlu memahami reality kes siti fatimah ini terlebih dahulu dan hujah-hujah yang dibawa oleh semua pihak. Pada 10 Julai 2006, Siti Fatimah telah memfailkan permohonannya terhadap MAIPP selaku defendan, untuk keluar dari Islam. Menurut pernyataan tuntutannya, beliau tidak pernah yakin dengan ajaran Islam dan hanya memeluk agama itu sekadar untuk mencukupkan syarat bagi membolehkannya berkahwin dengan seorang lelaki warga Iran bernama Ferdoun Ashanian pada 16 September 2004. Siti Fatimah, yang pernah bekerja sebagai tukang masak, memfailkan permohonan itu selepas ditinggalkan suaminya yang menghilangkan diri tanpa sebarang sebab. Dalam tuntutannya juga, beliau menyatakan bahawa sepanjang memeluk agama Islam, dia masih lagi menyembah berhala Tok Pek Kong, berhala Kuang Tin mana dan berhala Ti Kong (Dewa Langit) mengikut ajaran agama asalnya, Buddha dan memakan daging khinzir. Berdasarkan sejumlah fakta yang dikemukakan, dengan hujah peguam dan saksi yang telah meyakinkan beliau, maka hakim Othman Ibrahim berpuas hati yang plaintif tidak mengamalkan ajaran Islam sejak memeluk agama itu pada 25 Julai 1998. Hakim lalu membenarkan permohonan Siti Fatimah Tan Abdullah untuk mendapatkan pengisytiharan keluar daripada agama Islam (murtad). Beliau juga turut memerintahkan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) membatalkan sijil memeluk Islam wanita itu. Untuk menukar status dalam kad pengenalan, Siti Fatimah diminta menguruskannya dengan Jabatan Pendaftaran Negara kerana itu di luar bidang kuasa mahkamah syariah. Hakim Othman Ibrahim dalam pada itu melahirkan rasa kesal dan mengkritik MAIPP kerana lalai dengan tanggungjawab mereka dalam menjaga kebajikan mualaf.
Berdasarkan apa yang dihujahkan oleh peguam Ahmad Jailani, kita dapat simpulkan bahawa terdapat sekurang-kurangnya tiga persoalan/perbahasan penting yang berlaku dalam kes ini. Pertama: permohonan ini bukannya untuk ‘keluar dari Islam’ tetapi untuk ‘menentukan status agama’ Siti Fatimah. Kedua: Siti Fatimah bukan seorang Muslim walaupun telah bersyahadah, kerana dia hanya bersyahadah (untuk masuk Islam) secara ‘formaliti’ untuk membolehkan dia berkahwin dengan orang Islam. Ketiga: Siti Fatimah tidak dikatakan Islam kerana dia sentiasa mempraktikkan ajaran agama asalnya (Buddha) sama ada sebelum atau selepas syahadah (pengisytiharan masuk Islam).
Menjawab Beberapa Persoalan Dan Kekeliruan
Persoalan Pertama: Berdasarkan satu wawancara yang disiarkan di Internet , Ahmad Jailani mengakui yang memohon murtad adalah haram di dalam Islam dan beliau tidak akan bersetuju dengan perkara ini. Beliau juga yakin bahawa hukuman bagi si murtad adalah bunuh dan beliau tidak akan menyokong jika permohonan adalah untuk murtad. Tetapi di dalam kes ini, ia adalah permohonan ‘untuk menentukan status agama’, sebab itulah beliau sanggup mengambilnya. Sekali dengar, ada logiknya dengan hujah yang dikemukakan, namun umum mengetahui bahawa peguam memang pandai bermain kata-kata. Kita akan dapat tahu apakah permohonan sebenar di dalam kes ini jika kita dapat melihat Pernyataan Tuntutan (Statement of Claim) yang difailkan oleh Ahmad Jailani, namun berdasarkan laporan media, memang salah satu dari permohonan itu adalah untuk mengisytiharkan bahawa si plaintif (Siti Fatimah) telah keluar dari Islam (murtad). Jika benar sekalipun sebagaimana didakwa Jailani, persoalannya adalah, apakah bezanya antara “permohonan mengisytiharkan diri sebagai bukan Islam” dengan “permohonan untuk keluar dari Islam”? Bukankah itu hanya ‘mainan’ kata-kata/istilah perundangan yang sememangnya bersifat terpusing-pusing? Pokoknya, permohonan itu dibuat oleh Ahmad Jailani SETELAH terdapat bukti bahawa Siti Ftaimah telah memeluk Islam dan kini memohon untuk keluar dari Islam (memohon murtad). Jadi, hakikatnya di sini adalah “permohonan untuk mengisytiharkan agama Siti Fatimah (Buddha)” adalah permohonan untuk mensahkan bahawa Siti Fatimah telah murtad. Jadi, ia sebenarnya tidak ada bezanya.
Persoalan Kedua: Ahmad Jailani menegaskan bahawa Siti Fatimah bukanlah seorang Islam walaupun dia telah mengucap syahadah. Ini kerana syahadah yang diucap itu hanyalah untuk memenuhi syarat bagi membolehkan dia berkahwin dengan seorang Muslim. Inilah pendapat dan hujah peguam yang mewakili si murtad ini. Dengan hujah ini jugalah beliau berani menyatakan bahawa ‘ini bukan permohonan murtad’ kerana Siti Fatimah tidak pernah pun masuk Islam. Peguam ini juga menyatakan bahawa keIslaman seseorang itu perlu disertai niat dan semasa mengucapkan syahadah, jelas bahawa Sitii Fatimah tidak memahami kalimah ini, jadi dia bukanlah seorang Islam. Jailani tidak menolak kemungkinan yang Siti Fatimah berbohong bahawa dia tidak memahami kalimah syahadah yang dia ucapkan. Yang peliknya, Jailani dalam masa yang sama, menyatakan bahawa Siti Fatimah faham bahawa ‘kesan’ dari syahdatain adalah dia akan menjadi seorang Islam. Jadi, persoalan hukum syarak yang perlu diselesaikan di sini adalah, apakah seseorang itu telah beragama Islam setelah mengucap syahadatain?
Untuk menjawab persoalan dan kekeliruan ini marilah kita merujuk kepada dua pusaka agung yang ditinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Terdapat beberapa riwayat yang jelas yang menerangkan kepada kita tentang ‘status keIslaman’ seseorang, setelah dia mengucap syahadah. Ibnu Katsir di dalam menafsirkan Surah al-Nisa’ (4) ayat 92-94 menjelaskan dengan panjang lebar tentang asbabunuzul dan makna ayat-ayat tersebut. Menurut Imam Ibn Katsir, dari Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam, ayat 92-93 dari surat al-Nisa ini diturunkan mengenai Abu Darda’, salah seorang sahabat nabi yang telah membunuh seorang lelaki kafir yang mengucap syahadah di saat Abu Darda’ mengangkat pedang (untuk membunuhnya). Abu Darda’ tidak menghiraukan syahadah lelaki itu lalu dibunuhnya juga. Dan apabila dia menceritakan kepada Rasulullah akan apa yang telah berlaku (dengan tambahan keterangan) bahawa lelaki itu mengucap sekadar untuk menghindari dirinya dari dibunuh, lalu Rasulullah bersabda “Hal syaqaqta ala qalbihi?” (“apakah kamu telah membedah hatinya?”) .
Dari Abdullah bin Umar bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah mengutus Khalid Al-Walid kepada suku Bani Khuzaimah mengajak mereka masuk Islam. Mereka tidak menyatakan dengan tegas “aslamna” (“kami telah masuk Islam”) tetapi hanya menyatakan “sabar’na sabar’na” (“kami telah bertukar agama”). Oleh Khalid Al-Walid, dibunuhnya suku tersebut. Apabila sampai berita pembunuhan itu kepada Rasulullah, baginda bersabda seraya mengangkat kedua tangannya, “Allahumma inni abra’a ilaika mimma sana’a Khalid” (“Ya Allah aku berlepas diri kepada Engkau darip apa yang dilakukan oleh Khalid”). Kemudian Rasulullah mengutus Ali bin Abu Talib untuk membayar diyat kepada keluarga yang dibunuh oleh Khalid itu . Imam Ibnu Katsir juga mengutip Riwayat Ahmad, Bukhari dan Bazzar, tentang Miqdad bin Aswad yang diutus dalam sebuah sariyah (peperangan yang tidak diikuti Rasul), lalu beliau membunuh seorang penggembala kambing yang mengucapkan syahadah. Setelah dipanggil ke hadapan Rasulullah, baginda bersabda, “Wahai Miqdad, apakah engkau membunuh seseorang yang mengucapkan syahadah, apakah jawapan engkau besok tentang lah ilaha illallah itu?” .
Demikianlah beberapa riwayat yang sahih tentang status seorang yang mengucapkan syahadah yang mana mereka sesungguhnya dikira telah masuk Islam, walau untuk tujuan apa sekalipun syahadah tersebut diucapkan, sama ada untuk menyelamatkan diri dari dibunuh dalam medan perang atau untuk mengelakkan harta dari menjadi ghanimah (rampasan perang). Jadi faktor ‘niat’ bukanlah menjadi syarat sah atau tidak keIslaman seseorang itu, walaupun faktor niat memang boleh mensahkan ibadah seseorang, namun berdasarkan riwayat di atas, ia tidak terpakai di dalam Kes ‘masuk Islam’. Satu perkara yang pasti yang tidak diperselisihkan di sini adalah, Siti Fatimah sememangnya telah mengucap dua kalimah syahadah, beliau sendiri mengakuinya, juga terdapat saksi dan terdapat bukti bertulis (Sijil Memeluk Islam). Siti Fatimah memang mengakui bahawa dia telah memeluk Islam untuk berkahwin. Di dalam pernyataan tuntutannya ke mahkamah (yang biasanya disediakan oleh peguam), ada menyebut dengan jelas bahawa “sepanjang memeluk Islam, beliau tidak pernah mengamalkan ajaran Islam…” yang bermaksud, beliau (dan peguam beliau) mengakui bahawa beliau (Siti Fatimah) telah ‘memeluk Islam’. Agak pelik Kenapa keIslaman Siti Fatimah dipertikaikan sendiri oleh peguam yang menyediakan pernyataan tuntutan tersebut! Apa yang jelas dari segi hukum syarak adalah bahawa ternyata Tan Ean Huang telah memeluk Islam dan adalah seorang Islam (sebelum murtad). Tidak kira apa niat atau tujuan dia memeluk Islam, yang pastinya apabila dia telah mengucap syahadatain, maka dia telah menjadi seorang Muslim. Inilah ketentuan syarak ke atas orang yang mengucap kalimah suci ini.
Persoalan Ketiga: Antara isu yang menjadi tulang belakang dalam kes ini adalah ‘perbuatan’ Siti Fatimah setelah dia mengucap syahadah. Menurut wawancara dengan Ahmad Jailani, Hakim bersetuju dengan hujah beliau bahawa semasa mengucap dua kalimah syahadah itu, plaintif (Siti Fatimah) sebenarnya tidak masuk Islam. Ini kerana berdasarkan zahir fakta tidak ada satu pun bukti yang menunjukkan dia mengamalkan (ajaran) Islam. Setelah mengucap syahadah, Siti Fatimah tidak pernah mengamalkan ajaran Islam, malah langsung tidak berubah dan tetap menyembah berhala, memakan bab* dan meminum arak. Satu kemungkinan yang wujud di sini adalah Tan Ean Huang ini berbohong kepada peguamnya dan juga kepada mahkamah tentang ‘perbuatannya’. Untuk menang kes, kita tahu bahawa orang Islam pun sanggup berbohong, apatah lagi orang kafir/murtad. Namun, jika dia tidak berbohong sekalipun, isu yang kita perlu putuskan di sini ialah berhubung soal ‘akidahnya’ yang baru memeluk Islam. ‘Tidak mengamalkan ajaran Islam’ tidaklah menjadikan seseorang itu kafir, seperti memakan bab* atau meminum arak. Begitu juga jika seseorang itu berzina, mencium perempuan ajnabi, membunuh orang tanpa hak, mencuri, menerapkan hukum sekular dan sebagainya tidak menjadikan seseorang itu kafir. Akidahnya tidak gugur dengan hanya melakukan perbuatan tersebut. Ia hanya menjadikan seseorang itu berdosa kerana telah melakukan keharaman. Berbeza halnya dengan seorang Muslim yang ‘meyakini’ (dari segi akidah) bahawa berzina adalah halal, minum arak adalah halal atau menerapkan hukum kufur/sekular adalah halal. Di sini akidahnya boleh gugur.
Adapun perbuatan Siti Fatimah yang dikatakan balik ke rumah dan menyembah berhala, maka perbuatan ini sahajalah yang perlu dibawa untuk membuktikan yang dia telah kembali ke agama asal (murtad). Apabila dia telah mengakui dengan jelas bahawa dia telah menyembah berhala Buddha, maka tidak diragukan lagi bahawa dia sekarang telah murtad (keluar dari Islam). Ini kerana dia merupakan seorang yang telah pun bersyahadah sebelumnya. Jadi, dengan kata lain, permohonan sebenarnya adalah agar mahkamah ‘mengesahkan’ bahawa beliau telah keluar dari Islam. Pokok persoalan di sini bukan lagi untuk ‘menentukan status agama’ kerana berdasarkan keterangannya sendiri, kita sudah tahu bahawa dia telah kembali kepada agama Buddha (telah murtad). Jadi, tugas mahkamah dalam kes ini sebenarnya bukanlah untuk ‘mengesahkan’ atau memberi pengiktirafan bahawa dia bukan lagi seorang Islam. Di dalam Islam, fungsi mahkamah di dalam kes ini adalah untuk mengarahkan agar si murtad bertaubat dan jika enggan (setelah diberi tempoh waktu tertentu), maka tugas hakim sekarang adalah menjatuhkan hukum Allah ke atasnya berdasarkan sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam “Barangsiapa yang menukar agamanya, hendaklah kamu bunuh akan dia” . .
Keputusan mahkamah yang hanya ‘mensahkan’ agama si murtad, memerintahkan MAIPP agar membatalkan Sijil Memeluk Islam dan meminta si murtad pergi sendiri memadamkan perkataan Islam dalam kad pengenalannya adalah bertentangan langsung dengan hadis Rasulullah. Ini hanyalah keputusan berdasarkan hukum rekaan manusia di Pulau Pinang yang diputuskan menurut Enakmen Aturcara Mal 2004, bukannya keputusan yang disandarkan kepada ketetapan dari Allah dan Rasul di dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Jadi, bagaimana mungkin ada orang Islam yang boleh memuji dan menilainya sebagai ‘tepat’? Apakah parameter yang digunakan untuk membuat penilaian sebegini, akal atau wahyu? Yang turut menyedihkan kita ialah ‘perangai’ pihak MAIPP hanya datang sekali sahaja ke mahkamah sepanjang perbicaraan. MAIPP ditegur keras oleh mahkamah kerana tidak mengambil berat dalam membimbing saudara-saudara baru kepada Islam. Teguran oleh hakim Othman Ibrahim itu ada asasnya dan inilah yang kita mahukan, kerana teguran itu didasarkan kepada Islam. MAIPP sepatutnya menjalankan amanah yang diserahkan kepada mereka dengan baik, namun yang berlaku adalah sebaliknya. Di samping ‘memberi teguran’ yang baik, kita juga mengharapkan agar hakim syari’e di seluruh Malaysia dapat menerima teguran yang baik. Hakim syari’e perlu sedar bahawa mereka memutuskan hukum bukan berdasarkan apa yang Allah turunkan dan mereka perlu insaf bahawa mereka memutuskan hukum bukan berdasarkan apa yang Rasulullah perintahkan.
Hakim syari’e perlu sedar bahawa adalah haram bagi mereka untuk berhukum dengan hukum yang dibuat oleh manusia. Mereka wajib menjadi hakim yang memutuskan sebagaimana Rasulullah memutuskan (berdasarkan hukum wahyu). Mereka perlu bertaubat dari dosa-dosa mereka dan mereka perlu bangkit untuk merubah hukum kufur sekular yang ada pada hari ini dan menggantikannya dengan hukum Allah. Kita tidak mahu lagi hidup di dalam sistem sekular yang hanya menjadikan seseorang itu ‘Muslim’ hanya berdasarkan sekeping sijil, kemudian jika dia ingin keluar dari Islam, maka boleh dibenarkan dan sijil tersebut dibatalkan. Ramai di kalangan umat Islam yang mendakwa bahawa kita tidak ada pilihan lain kecuali mengikut sahaja undang-undang yang sedia ada. Kita manfaatkan undang-undang kufur yang sedia ada untuk kebaikan Islam, hujah mereka. Hujah ini bukan sahaja keliru, malah bercanggah dengan Islam. Yang benarnya ialah kita dilarang (haram) untuk berhukum dengan hukum kufur dan kita wajib berjuang untuk menggantikannya dengan hukum Islam. Kita tidak dituntut untuk memanfaatkan sistem kufur, tetapi kita dituntut untuk menukarnya kepada sistem Islam.
Suatu yang haram itu haram untuk dimanfaatkan dan wajib diganti dengan yang halal, bahkan ‘jalan’ yang menuju kepada yang haram pun adalah haram (al-wasilatul ilal haram, haram). Kaedah syarak juga menyebut bahawa ridha bil kufr, al-kufr (redha dengan kekufuran itu adalah satu kekufuran). Peguam syari’e yang mengendalikan kes ini nampaknya gagal memahami bahawa murtad itu adalah satu kesalahan di bawah hudud, sepertimana mencuri atau berzina. Jika beliau faham dan meletakkan bahawa murtad adalah satu kesalahan/keharaman, maka tentunya beliau tidak akan membuat permohonan yang menjadi wasilah (jalan) menuju keharaman. Di dalam Islam ‘kesalahan’ itu adalah sesuatu yang wajib dihukum, bukan dipohon. Contohnya, jika seseorang mengaku telah berzina di hadapan peguam, apakah peguam itu dibolehkan mewakili penzina tersebut di mahkamah untuk mendapatkan pengisytiharan/pengesahan mahkamah bahawa dia telah berzina atau dia adalah seorang penzina? Begitu juga jika seseorang itu telah mengaku mencuri, apakah peguam dibolehkan mewakili pencuri tadi untuk mendapatkan pengisytiharan/pengesahan mahkamah bahawa, ya benar dia telah mencuri dan dia sekarang adalah seorang pencuri? Apakah hakim itu pula, setelah mendengar pengakuan salah dan bukti-bukti, dibolehkan mengeluarkan ‘pengesahan’ bahawa, ya benar sifulan bin sifulan adalah seorang pencuri, penzina atau pemurtad?
Inilah yang gagal difahami oleh peguam dan juga hakim yang mengendalikan kesini, bahawa, baik berzina atau mencuri, apatah lagi murtad, semua itu adalah ‘kesalahan’ yang wajib dihukum di mahkamah, bukannya untuk ‘dipohon’ atau ‘disahkan’. Fungsi mahkamah bukannya untuk ‘mensahkan’ kesalahan, tetapi untuk ‘menghukum’ kesalahan. Cara untuk memartabatkan Islam bukannya dengan ‘berjaya’ mengheret orang kafir ke Mahkamah Syariah (sebagaimana yang dibanggakan peguam dalam kes ini), tetapi adalah dengan cara berhukum dengan hukum Islam. Kita perlu sedar di sini bahawa mahkamah syariah yang ada bukanlah mahkamah Islam dan bukanlah mahkamah yang berhukum dengan hukum Islam. Kewujudan dan bidang kuasanya itu sendiri adalah ditentukan sepenuhnya oleh hukum sekular buatan manusia. Berjaya membawa seorang kafir ke mahkamah syariah yang memutuskan hukum bukan dengan Kitabullah dan Sunnah RasulNya bukanlah satu kejayaan di dalam memartabatkan Islam, malah ia menjadi jalan menuju keharaman.
Khatimah
Wahai kaum Muslimin! Walau apa pun alasan yang diberikan oleh hakim di dalam penghakimannya atau oleh peguam di dalam mempertahankan tindakannya mewakili si murtad Tan Ean Huang ini, yang pasti, perbuatan mereka telah berjaya menggembirakan orang-orang kafir, baik di dalam negeri mahupun di luar negara. Apa yang dilakukan Ahmad Jailani tentunya akan dapat menarik ramai lagi golongan murtad di Malaysia untuk menggunakan ‘khidmat’ beliau yang telah ‘berjaya’ memberi kemenangan selesa kepada si murtad. Dan golongan kafir di seluruh dunia, khususnya kuffar Barat pun akan ‘tabik’ kepada beliau kerana ‘berjaya’ membuktikan bahawa Islam menjamin kebebasan beragama, khususnya bagi sesiapa yang ingin keluar dari Islam. Niat baik beliau di dalam mewakili golongan terlaknat ini tentunya akan dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh golongan kuffar untuk ‘menjulang’ Islam sebagai agama yang membawa kebebasan, sebagaimana agama-agama lainnya. Mungkin selepas ini akan bermunculanlah kes Siti Fatimah Tan II, Siti Fatimah Tan III dan seterusnya. Agama Islam akan terus terhina kerana sikap segelintir umat Islam itu sendiri yang sentiasa ‘berkompromi’ dengan hukum kufur dan mengambil sikap ‘memperjuangkan’ Islam di dalam bingkai kekufuran serta mengambil pendekatan matlamat menghalalkan cara. Disebabkan kekeliruan dalam berfikir dan ditambah dengan tugas/hidup seharian yang bergelumang dengan sistem kufur, menyebabkan hakim yang ikhlas dan peguam yang baik pun tidak dapat menghakimi perkara-perkara berasaskan hukum-hakam Islam. Sepatutnya peguam syari’e, hakim syari’e dan umat Islam keseluruhannya tampil ke hadapan untuk menyatakan pendirian menolak undang-undang selain undang-undang Allah Subhanahu wa Ta’ala dan masing-masing bekerja sama berjuang untuk mencampakkan sistem kufur-sekular yang ada dan menggantikannya dengan sistem Khilafah. Inilah yang sewajibnya dilakukan oleh kaum Muslimin, bukannya terus memperhambakan diri berkhidmat dan tunduk patuh serta pasrah kepada hukum Jahiliyyah yang ada.

-----------------
moshi-moshi....
watashi wa kaisi desu...
from the sister city of kasaoka city okayama...hehee..
senegara dengan Doraemon,Ultraman etc

Bookmark and Share

  Member Information For KaisiProfil   Hantar PM kepada Kaisi   Quote dan BalasQuote

fikrul_mustanir
WARGA SETIA
Menyertai: 03.11.2006
Ahli No: 27196
Posting: 744
Dari: The Future Khilafah State

blank   avatar

posticon Posting pada: 20-08-08 00:10

Pada 19-08-08 21:45 , myhoney posting:

!!! QUOTE !!!

memang boleh menang kat dia lah....kan boleh dirujuk pada kes siti fatimah tempohari ....nak kata apa lagi ....kita pakat-pakat sengeh saja lah...
teruknya perundangan malaysia ....batil sebatil-batilnya.....sebegini hebat Islamku dihina .....tak ada sapa boleh buat apa-apa .... sapa nak jawab kat Allah nanti ni ??

masih adakah lagi Abu Bakar di abad ini ??...

Besar 'pahala' peguam Ahmad Jailani dapat ya...dia lah pencetus 'sunnah' yang diikuti dalam kes murtad terbaru ini. :roll:

Bookmark and Share

  Member Information For fikrul_mustanirProfil   Hantar PM kepada fikrul_mustanir   Quote dan BalasQuote

fikrul_mustanir
WARGA SETIA
Menyertai: 03.11.2006
Ahli No: 27196
Posting: 744
Dari: The Future Khilafah State

blank   avatar

posticon Posting pada: 20-08-08 01:10

Salam,

Saya ada terdengar berita bahawa peguam Ahmad Jailani ni ahli PAS...ada sesiapa yang boleh konfirm?

Kalau benar lah dia ni ahli PAS...ana minta lah saudara-saudara ana dalam PAS mengusulkan kepada kepimpinan supaya beliau ni ditarik balik keahliannya atau dikenakan tidakan disiplin...sebab beliau telah mencemarkan nama-baik PAS sebagai sebuah parti Islam yang bertanggung jawab untuk membela dan menjaga Islam.

Wasalam.

Bookmark and Share

  Member Information For fikrul_mustanirProfil   Hantar PM kepada fikrul_mustanir   Quote dan BalasQuote

zam_rizal
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 31
Posting: 1535
Dari: :: Terengganu/Selangor ::

Terengganu   avatar

posticon Posting pada: 20-08-08 01:10

Inilah akibatnya kalau memeluk Islam semata-mata kerana nak penuhi syarat untuk berkahwin, bukan kerana nak mengenal dan mendekati Allah dan ugama Islam. Kalau niat dah salah, semuanya akan jadi tak betul.

-----------------
:: Salam Persaudaraan Untuk Semua :) ::

Bookmark and Share

  Member Information For zam_rizalProfil   Hantar PM kepada zam_rizal   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  

posticon Posting pada: 20-08-08 06:50

Mufti Perlis dah bagitahu,
     Biar saja orang nak murtad, jangan dibunuh. senang kita nak beza golongan munafiq.
sedangkan nabi bersabda, "man baddala dinahu faktuluhu",

Inilah geng2 pengahancur Islam bersama ahmad jailani.

ka al'am bal hum adhallu (al a'raf:179)
berhukum dengan taghut (an nisa:60)

Kalau peguam tu ahli gerakan Islam, bacullah gerakan islam tersebut jika tak membuangnya sehingga ia bertaubat nasuha.

wuzara
http://jemaah-islam.blogspot.com

Bookmark and Share

  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 20-08-08 09:36

Pada 20-08-08 01:10 , fikrul_mustanir posting:

!!! QUOTE !!!

Salam,

Saya ada terdengar berita bahawa peguam Ahmad Jailani ni ahli PAS...ada sesiapa yang boleh konfirm?

Kalau benar lah dia ni ahli PAS...ana minta lah saudara-saudara ana dalam PAS mengusulkan kepada kepimpinan supaya beliau ni ditarik balik keahliannya atau dikenakan tidakan disiplin...sebab beliau telah mencemarkan nama-baik PAS sebagai sebuah parti Islam yang bertanggung jawab untuk membela dan menjaga Islam.

Wasalam.

hamboii pepandai saja fikrul mustanir ni .... masa dia mengendalikan kes tu bukan dia bekerja atas kapasiti dia sebagai ahli pas ...tapi sebagai peguam ...jenuh lah kalau seorang ahli pas buat salah semuanya nak dikira aibkan jemaah dan kena tarik keahlian ...fuh !

-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)

Bookmark and Share

  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  

posticon Posting pada: 20-08-08 11:17

Pada 20-08-08 09:36 , myhoney posting:

Itulah bezanya antara dakwah kepada kekuasaan dengan dakwah kepada Islam.

Kalau dakwah nak dapat dapat kekuasaan/negara, ahli kita langgar hukum Islam pun kita tak buat apa, asalkan dia sokong kita. Jaga hati, takut hilang sokongan, undi.

Tetapi kalau dakwah kepada Islam, kita akan pastikan ahli kita menjaga hukum Islam. Perlanggaran perkara2 pokok agama, ma'belum minaddin biadharurah, seperti solat, puasa, riba, murtad, undang-undang perlu diambil tindakan. Apa ertinya pendakwah yang sarat dengan riba, menyokong permohonan murtad, tak solat, berjudi....

Hizbut Tahrir ada ribuan/ratusan ribu ahli di seluruh dunia dan HT menjaga perkara ini tetapi tidak tajassus.Kerana sesungguhnya dakwah ini untuk menegakkan kembali Islam, dakwah kepada Islam. Negara itu hanya method untuk menerapkan Islam. Kesalahan fatal jika sesebuah jemaah membiarkan ahlinya terus menerus melakukan kemaksiatan.

fikir-fikirkan... apakah kita dakwah kepada Islam atau dakwah untuk kekuasaan.

wuzara
http://jemaah-islam.blogspot.com

Bookmark and Share

  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 20-08-08 13:52

Pada 20-08-08 11:17 , wuzaraa posting:

pertamanya tolong jelaskan maksud yang ini :

Hizbut Tahrir ada ribuan/ratusan ribu ahli di seluruh dunia dan HT menjaga perkara ini tetapi tidak tajassus.

wahai wuzara....mana anda tahu tiada teguran untuk Jalani ??
Dari cerita seorang teman saya yang juga peguam di Penang, Jalani buat tindakan tidak melalui perbincangan atau merujuk kepada Jemaah, dia guna fikiran dia seorang saja ... tu lah natijahnya. dan dia sudah pun ditegur oleh rakan-rakan nya dalam persatuan peguam Islam. Soalnya dia dah bertaubat atau tidak ...tu dia dengan Allah lah.

Habis HT nak suruh dia dilucutkan keahlian ke ?..lepas tu nak suruh dia masuk mana pulaK ? ...masuk UMNO...HT...Tabligh ...JIM....ngeh3....kan lucu tu...

Habis nak letak mana dengan saranan supaya " hendaklah kamu tetap bersama Jamaah Islam dan kepimpinan mereka "....

Dia dah salah ... tegurlah ... maybe pulaukan dia sat, macam Ka'ab dipulaukan dulu ... entah ....

-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)

Bookmark and Share

  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

fikrul_mustanir
WARGA SETIA
Menyertai: 03.11.2006
Ahli No: 27196
Posting: 744
Dari: The Future Khilafah State

blank   avatar

posticon Posting pada: 20-08-08 15:49

!!! QUOTE !!!

Dari cerita seorang teman saya yang juga peguam di Penang, Jalani buat tindakan tidak melalui perbincangan atau merujuk kepada Jemaah, dia guna fikiran dia seorang saja ... tu lah natijahnya. dan dia sudah pun ditegur oleh rakan-rakan nya dalam persatuan peguam Islam. Soalnya dia dah bertaubat atau tidak ...tu dia dengan Allah lah.

Salam,

Alhamdulillah jika beliau telah ditegur. Ini kerana kesilapan yang beliau buat adalah amat besar dampaknya kepada kaum muslimin dan kemulian Islam itu sendiri.

Dalam hal ini saya cadangkan beliau untuk membuat pengumuman kepada umum (melaui sidang akhbar misalnya) bahawa keputusan mahkamah syariah penang dan pembelaan beliau dalam kes fatimah tan itu satu kesilapan dan bertentangan dengan hukum Islam. Ini perlu untuk memperbaiki keadaan, lebih-lebih lagi 'sunnah' yang dimulakan oleh beliau itu telah mula diikuti dengan adanya kes kedua seperti yang disebutkan di atas.

Jika beliau enggan berbuat demikian, maka di sinilah datangnya peranan parti untuk menggunakan penggarauh yang ada padanya untuk memberi tekanan kepada beliau sama ada dalam bentuk tindakan disiplin atau sebagainya.

Taubat sahaja tanpa sebarang tindakan perbaikan (islah) terhadap kerosakan yang telah ditimpakan atas kaum muslimin dan syiar Islam adalah batil dan tertolak.

wasalam. :-)

Bookmark and Share

  Member Information For fikrul_mustanirProfil   Hantar PM kepada fikrul_mustanir   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  

posticon Posting pada: 20-08-08 16:43

!!! QUOTE !!!

Pada 20-08-08 13:52 , myhoney posting:

pertamanya tolong jelaskan maksud yang ini :

Hizbut Tahrir ada ribuan/ratusan ribu ahli di seluruh dunia dan HT menjaga perkara ini tetapi tidak tajassus.

wahai wuzara....mana anda tahu tiada teguran untuk Jalani ??
Dari cerita seorang teman saya yang juga peguam di Penang, Jalani buat tindakan tidak melalui perbincangan atau merujuk kepada Jemaah, dia guna fikiran dia seorang saja ... tu lah natijahnya. dan dia sudah pun ditegur oleh rakan-rakan nya dalam persatuan peguam Islam. Soalnya dia dah bertaubat atau tidak ...tu dia dengan Allah lah.

Habis HT nak suruh dia dilucutkan keahlian ke ?..lepas tu nak suruh dia masuk mana pulaK ? ...masuk UMNO...HT...Tabligh ...JIM....ngeh3....kan lucu tu...

Habis nak letak mana dengan saranan supaya " hendaklah kamu tetap bersama Jamaah Islam dan kepimpinan mereka "....

Dia dah salah ... tegurlah ... maybe pulaukan dia sat, macam Ka'ab dipulaukan dulu ... entah ....

Maksud saya, HT dengan kapasitinya sebagai jemaah Islam berusaha memastikan ahlinya melakukan perbuatan selari dengan tuntutan syara’.

Pertama, pengkaji/darisin (belum ahli) HT dibina dalam halaqah umum, halaqah pra murakazah, 3 kitab awal dan kitab pembentukan nafsiah. Mereka juga dipastikan benar-benar telah menjadikan halal dan haram sebagai standard perbuatan mereka, Islam sebagai titik sentral hidup mereka barulah mereka diterima menjadi ahli. Melalui halaqah murakazah yang wajib dhadiri setiap minggu dalam kumpulan kecil tidak melebihi 5 orang, musyrif akan menyampaikan pentarbiahan dan dalam masa yang sama memantau perkembangan mad’unya tadi sejauh mana dia telah mengikatkan diri dengan hukum syara’.

Secara umumnya, setelah mengikuti 3 kitab awal tadi dan mengikatkan diri dengan hukum syara’ barulah seorang darisin tadi qasam untuk menjadi ahli Hizbut Tahrir. Selepas itu ada 20kitab lagi yang perlu diikuti setiap minggu, Oleh itu, Hizbut Tahrir dapat memastikan suasana keimanan dalam Hizb(rujuk Kitab Takatul Hizbi) hasil keterikatan ahli2nya dengan hukum Islam tanpa perlu melakukan spy/tajassus. Sekiranya walaupun setelah dibina sebegitu rupa masih lagi dengan sengaja melakukan kesalahan yang maklum minaddin biaddharurah, maka seseorang ahli itu boleh diambil tindakan hatta dibuang.

Suasana ini insyaAllah memang dirasai perbezaannya terutama jika seseorang syabab tersebut sebelumnya dari gerakan Islam lain sebelum bersama HT. Dan Hizb tidak akan menyembunyikan kebenaran semata untuk menjaga hati atau takut pengkaji itu lari. Dan saya sendiri alami ada sesetengah individu yang mengakui kebenaran HT tetapi tak sanggup bersama kerana masih lagi mahu memohon pinjaman riba, terlibat saham kontra dsbnya.

Sesungguhnya kami tidak akan mencampur adukkkan Islam dengan yang bathil, menyembunyikan kebenaran semata untuk menjaga hati penyokong dsbnya kerana dakwah kami adalah dakwah kepada Islam bukan dakwah untuk khilafah. Saya harap penjelasan ini menjawab persoalan myhoney.

Jadi kepada sesiapa berminat, jom ikuti halaqah hizbut tahrir. Datang halaqah pentarbiahan saja dulu, belum jadi ahli. Sekiranya telah mengikuti mana-mana gerakan, kaji dengan jujur dan ikhlas kekuatan dalilnya. Setelah habis 3 kitab barulah buat keputusan jadi ahli atau tidak. Jadi jelas Hizbut Tahrir bukan jemaah sembrono yang dengan sembarangan menerima ahli walhal ia masih mengekalkan diri dengan kemaksiatan.

Satu lagi bentuk pemikiran yang saya sendiri pegang sebelum bersama Hizbut Tahrir. Dulu saya diajar, ”kewajipan untuk bersama gerakan Islam”.

Tetapi apabila mengikuti halaqah HT, saya diajar kewajipan untuk melaksanakan hukum syara, sama ada dalam kapasiti individu, jemaah atau negara. Untuk kapasiti individu seperi solat, melepaskan diri dari riba,aurat, puasa sama ada ada jemaah/negara atau tidak, kita tetap wajib melaksanakannya. Manakala ada perkara yang memerlukan negara untuk melaksanakannyaa seperti hudud, jihad ibtida’i, maka kewajipan bagi kita mengusahakan kewujudan negara tadi. Manakala ada juga kewajipan yang memerlukan jemaah Islam seperti menegakkan kembali negara Islam. Menegakkan negara Islam tidak mungkin dilakukan dengan bersendirian, ia memerlukan jemaah. Maka dakwah dalam bentuk jemaah tadi wajib hukum keberadaannyaa.

Jadi perlu diperhalusi, kewajipannya adalah berdakwah secara jemaah bukan sekadar menganggotai jemaah sahaja sedangkan dakwah sambil lewa, tarbiah tonggang langgang, hukum hakam pun tak berapa jaga. Hizbut Tahrir tidak akan membenarkan perkara ini berlaku, setiap syabab dengan pembinaan yang diberikan mempunyai dorongaan ruhiyah untuk berdakwah dan menjaga hukum syara.

Jadi saya harap ukhti myhoney dan sahabat2 lain juga jelas, bahawa kewajipannya adalah BERDAKWAH secara berjemaah, bukan sekadar menganggotai jemaah Islam.

wuzara
http://jemaah-islam.blogspot.com

Bookmark and Share

  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar

posticon Posting pada: 21-08-08 01:36

Pada pandangan saya, inilah kesan apabila kita terlibat dalam sistem yang rosak ini. Orang yang menginginkan kebaikan juga boleh terjerat dan berbuat sesuatu yang merugikan usaha dakwah dan islah itu sendiri...

-----------------------

P/s: yang ni off-topic sedikit.

Antara yang menyebabkan diri saya lebih hampir dengan HT ialah apabila saya melihat perjalanan proses pentarbiyahannya yang teliti dan komprehensif.
Bukannya nak masuk bakul dan angkat sendiri. Sekadar menyatakan pandangan peribadi saya terhadap tarbiyah HT.

Kemudian dalam halaqah kita bukan sekadar mendengar dan terima bulat-bulat sahaja. Bahkan kita digalakkan untuk bertanya dan mengkritik (secara positif-lah). Buat makluman, masa awal-awal dulu saya ni memang jenis yang kuat bertanya dan 'menentang'. Silap-silap boleh confuse jadinya; "Ini halaqah ke mujadalah ni?"

Bila kenang balik, saya pasti akan tersenyum sendirian. Mujurlah tak ada orang berhampiran. Kalau tak orang akan tanya, "Gilo apo?"

hehe

Bookmark and Share

  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

pemburu_harimau
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2008
Ahli No: 33850
Posting: 559
Dari: Di kawasan yang ada Harimau

blank   avatar

posticon Posting pada: 21-08-08 06:10

Pada 20-08-08 00:10 , fikrul_mustanir posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 19-08-08 21:45 , myhoney posting:

!!! QUOTE !!!

memang boleh menang kat dia lah....kan boleh dirujuk pada kes siti fatimah tempohari ....nak kata apa lagi ....kita pakat-pakat sengeh saja lah...
teruknya perundangan malaysia ....batil sebatil-batilnya.....sebegini hebat Islamku dihina .....tak ada sapa boleh buat apa-apa .... sapa nak jawab kat Allah nanti ni ??

masih adakah lagi Abu Bakar di abad ini ??...

Besar 'pahala' peguam Ahmad Jailani dapat ya...dia lah pencetus 'sunnah' yang diikuti dalam kes murtad terbaru ini. :roll:

Hidup lagi ke Ahmad Jailani sekarang ni??

/

kalau dulu permohonan murtad Lina Joy...
umat islam bersatu melawan kes murtad..
ahli PAS, JIM, ABIM semuanya berkumpul di depan mahkamah..

tapi kes Fatimah Tan...
umat islam bukan nak bersatu menentang kes murtad..
tapi membiarkan orang murtad...
Ahmad Jailani membela Fatimah Tan untuk murtad..
ahli-ahli PAS tidak berdemonstrasi macam kes Lina Joy dulu..
sebab Ahmad Jailani ni orang PAS....

sekarang... di Pahang... Jeffery Or Abdullah pulak murtad...
Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, Datuk A. Rahman
Md. Yunus membenarkan Jeffery Or Abdullah murtad...

memang celaka betul Peguam Ahmad Jailani dan Datuk A. Rahman
yang membolehkan orang murtad... bukannya menghukum
orang murtad!!

-----------------
Harimau adalah makhluk Tuhan,
Kenapa mahu memburu harimau yang comel ini?

  Member Information For pemburu_harimauProfil   Hantar PM kepada pemburu_harimau   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 21-08-08 10:05

Pada 20-08-08 16:43 , wuzaraa posting:

!!! QUOTE !!!

Maksud saya, HT dengan kapasitinya sebagai jemaah Islam berusaha memastikan ahlinya melakukan perbuatan selari dengan tuntutan syara’.

Pertama, pengkaji/darisin (belum ahli) HT dibina dalam halaqah umum, halaqah pra murakazah, 3 kitab awal dan kitab pembentukan nafsiah. Mereka juga dipastikan benar-benar telah menjadikan halal dan haram sebagai standard perbuatan mereka, Islam sebagai titik sentral hidup mereka barulah mereka diterima menjadi ahli. Melalui halaqah murakazah yang wajib dhadiri setiap minggu dalam kumpulan kecil tidak melebihi 5 orang, musyrif akan menyampaikan pentarbiahan dan dalam masa yang sama memantau perkembangan mad’unya tadi sejauh mana dia telah mengikatkan diri dengan hukum syara’.

Secara umumnya, setelah mengikuti 3 kitab awal tadi dan mengikatkan diri dengan hukum syara’ barulah seorang darisin tadi qasam untuk menjadi ahli Hizbut Tahrir. Selepas itu ada 20kitab lagi yang perlu diikuti setiap minggu, Oleh itu, Hizbut Tahrir dapat memastikan suasana keimanan dalam Hizb(rujuk Kitab Takatul Hizbi) hasil keterikatan ahli2nya dengan hukum Islam tanpa perlu melakukan spy/tajassus. Sekiranya walaupun setelah dibina sebegitu rupa masih lagi dengan sengaja melakukan kesalahan yang maklum minaddin biaddharurah, maka seseorang ahli itu boleh diambil tindakan hatta dibuang.

patutlah sesiapa yang masuk HT, pasti akan berkeras dengan pendapat jemaah sendiri, dan boleh dengan sewenang2 menolak pendapat jemaah lain atau ulama' lain :berfikir:

boleh saya tau, apa nama 3 kitab itu? Al-Quran, al-Sunnah dan al-Ijma` kah? atau lain-lain?

bermakna, kalau level ulama' sekalipun, tapi kalau tak cair dan tak setuju dengan 3 kitab itu, mereka dilarang menyertai HT dalam menegakkan khilafah? di sini, ada elemen "wajib bertaqlid" kepada 3 kitab tersebut untuk menyertai HT.

wuzaraa sebut perkara ni sebagai satu "kelebihan" jemaahnya, tapi bagi saya wuzaraa telah membentangkan satu "kelemahan yang jelas" sebab ahli HT wajib bertaqlid dengan 3 kitab tersebut, mereka wajib setuju dengan pandangan jemaah sendiri!

maaf ye admin sebab off-topic, tapi tak perlu lah nak direndahkan jemaah lain di sini dengan meninggi2kan jemaah sendiri, lagi-lagi dalam kes murtad ni... setakat ahli Pas, sesiapa pun boleh register beb! wuzaraa, fikrul dan pemburu nak jadi ahli Pas, tak ada masalah...

tapi kalau nak bergiat dalam Pas, itu kes lain, bukan semua orang boleh :jangan:

wassalam.

-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|

Bookmark and Share

  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 21-08-08 10:17

Pada 20-08-08 16:43 , wuzaraa posting:

!!! QUOTE !!!

!!! QUOTE !!!

Pada 20-08-08 13:52 , myhoney posting:

pertamanya tolong jelaskan maksud yang ini :

Hizbut Tahrir ada ribuan/ratusan ribu ahli di seluruh dunia dan HT menjaga perkara ini tetapi tidak tajassus.

wahai wuzara....mana anda tahu tiada teguran untuk Jalani ??
Dari cerita seorang teman saya yang juga peguam di Penang, Jalani buat tindakan tidak melalui perbincangan atau merujuk kepada Jemaah, dia guna fikiran dia seorang saja ... tu lah natijahnya. dan dia sudah pun ditegur oleh rakan-rakan nya dalam persatuan peguam Islam. Soalnya dia dah bertaubat atau tidak ...tu dia dengan Allah lah.

Habis HT nak suruh dia dilucutkan keahlian ke ?..lepas tu nak suruh dia masuk mana pulaK ? ...masuk UMNO...HT...Tabligh ...JIM....ngeh3....kan lucu tu...

Habis nak letak mana dengan saranan supaya " hendaklah kamu tetap bersama Jamaah Islam dan kepimpinan mereka "....

Dia dah salah ... tegurlah ... maybe pulaukan dia sat, macam Ka'ab dipulaukan dulu ... entah ....

Maksud saya, HT dengan kapasitinya sebagai jemaah Islam berusaha memastikan ahlinya melakukan perbuatan selari dengan tuntutan syara’.

Pertama, pengkaji/darisin (belum ahli) HT dibina dalam halaqah umum, halaqah pra murakazah, 3 kitab awal dan kitab pembentukan nafsiah. Mereka juga dipastikan benar-benar telah menjadikan halal dan haram sebagai standard perbuatan mereka, Islam sebagai titik sentral hidup mereka barulah mereka diterima menjadi ahli. Melalui halaqah murakazah yang wajib dhadiri setiap minggu dalam kumpulan kecil tidak melebihi 5 orang, musyrif akan menyampaikan pentarbiahan dan dalam masa yang sama memantau perkembangan mad’unya tadi sejauh mana dia telah mengikatkan diri dengan hukum syara’.

Secara umumnya, setelah mengikuti 3 kitab awal tadi dan mengikatkan diri dengan hukum syara’ barulah seorang darisin tadi qasam untuk menjadi ahli Hizbut Tahrir. Selepas itu ada 20kitab lagi yang perlu diikuti setiap minggu, Oleh itu, Hizbut Tahrir dapat memastikan suasana keimanan dalam Hizb(rujuk Kitab Takatul Hizbi) hasil keterikatan ahli2nya dengan hukum Islam tanpa perlu melakukan spy/tajassus. Sekiranya walaupun setelah dibina sebegitu rupa masih lagi dengan sengaja melakukan kesalahan yang maklum minaddin biaddharurah, maka seseorang ahli itu boleh diambil tindakan hatta dibuang.

Suasana ini insyaAllah memang dirasai perbezaannya terutama jika seseorang syabab tersebut sebelumnya dari gerakan Islam lain sebelum bersama HT. Dan Hizb tidak akan menyembunyikan kebenaran semata untuk menjaga hati atau takut pengkaji itu lari. Dan saya sendiri alami ada sesetengah individu yang mengakui kebenaran HT tetapi tak sanggup bersama kerana masih lagi mahu memohon pinjaman riba, terlibat saham kontra dsbnya.

Sesungguhnya kami tidak akan mencampur adukkkan Islam dengan yang bathil, menyembunyikan kebenaran semata untuk menjaga hati penyokong dsbnya kerana dakwah kami adalah dakwah kepada Islam bukan dakwah untuk khilafah. Saya harap penjelasan ini menjawab persoalan myhoney.

Jadi kepada sesiapa berminat, jom ikuti halaqah hizbut tahrir. Datang halaqah pentarbiahan saja dulu, belum jadi ahli. Sekiranya telah mengikuti mana-mana gerakan, kaji dengan jujur dan ikhlas kekuatan dalilnya. Setelah habis 3 kitab barulah buat keputusan jadi ahli atau tidak. Jadi jelas Hizbut Tahrir bukan jemaah sembrono yang dengan sembarangan menerima ahli walhal ia masih mengekalkan diri dengan kemaksiatan.

Satu lagi bentuk pemikiran yang saya sendiri pegang sebelum bersama Hizbut Tahrir. Dulu saya diajar, ”kewajipan untuk bersama gerakan Islam”.

Tetapi apabila mengikuti halaqah HT, saya diajar kewajipan untuk melaksanakan hukum syara, sama ada dalam kapasiti individu, jemaah atau negara. Untuk kapasiti individu seperi solat, melepaskan diri dari riba,aurat, puasa sama ada ada jemaah/negara atau tidak, kita tetap wajib melaksanakannya. Manakala ada perkara yang memerlukan negara untuk melaksanakannyaa seperti hudud, jihad ibtida’i, maka kewajipan bagi kita mengusahakan kewujudan negara tadi. Manakala ada juga kewajipan yang memerlukan jemaah Islam seperti menegakkan kembali negara Islam. Menegakkan negara Islam tidak mungkin dilakukan dengan bersendirian, ia memerlukan jemaah. Maka dakwah dalam bentuk jemaah tadi wajib hukum keberadaannyaa.

Jadi perlu diperhalusi, kewajipannya adalah berdakwah secara jemaah bukan sekadar menganggotai jemaah sahaja sedangkan dakwah sambil lewa, tarbiah tonggang langgang, hukum hakam pun tak berapa jaga. Hizbut Tahrir tidak akan membenarkan perkara ini berlaku, setiap syabab dengan pembinaan yang diberikan mempunyai dorongaan ruhiyah untuk berdakwah dan menjaga hukum syara.

Jadi saya harap ukhti myhoney dan sahabat2 lain juga jelas, bahawa kewajipannya adalah BERDAKWAH secara berjemaah, bukan sekadar menganggotai jemaah Islam.

wuzara
http://jemaah-islam.blogspot.com

WOW ! ekslusifnya wuzara .... ideal betul... solid....perfect ...sebegini ketat ke syarat nak 'diktiraf ' sebagai ahli HT ? ...lebih ketat dari syarat seorang kafir nak jadi muslim rasanya . Mengucap dua kalimah syahadah dah konfirm muslim...tak amal Islam ke.... buat maksiat ke .... tak amar maaruf ke ...statusnya masih lagi muslim.... HT kira hebat jugak 'filtering system' dia ni....

ruh yang ada dalam HT tu wuzara, ada kami rasakan dalam Pas juga .... berlangsung juga juga dalam pas.....jadi yang tu sama ... tak dok beza.... pentarbiyyahan ahli memang berlangsung....sama ada secara langsung atau tidak langsung.....kalau pun bukan atas nama Jamaah, bukankah kita secara pribadi pun memang kena sentiasa berusaha meningkatkan keilmuan dan sahsiah kita sebagai muslim ??...jadi yang ' tak cukup tarbiyyah' tu tak bolehlah salahkan jemaah kerana tak tarbiyyah diarang... diri sendiri yang patut disalahkan

cuma sebagai jamaah yang paling tua di Malaysia, keahliannya memang cukup ramai dan pelbagai. Pelbagai jenis watak manusia ada di dalamnya. Kadang-kadang kelemahan ahli dijadikan senjata oleh pihak lain untuk menilai sebagai lemahnya Pas ... saya dah biasa dah yang ni .... ada orang pas yang merokok, tak sembahyang ke, maka Pas juga yang dikatakan jamaah tak syumul ... letih dah nak komen yang ni...he.he.he

Saya faham ummat Islam adalah umat yang satu ... menjadi ahli kepada jamaah Islam tak perlu pun catatan pada dokumen atau buat pengumuman kuat-kuat.... kalaupun proses ini dibuat, sekadar memudahkan urusan duniawi sahaja.
Saya sendiri secara dokumen pun tak pernah daftar sebagai ahli pas...dan tak pernah ada mana-mana pimpinan pas pun yang declare kata saya 'adalah' ahli pas. Tapi secara roh dan gerak kerjanya, saya faham saya adalah penyokong dan pendokong pas.....tu saja wuzara weh..

Pengiktirafan dan kebersamaan kita dengan jemaah muslimin ni Allah yang nilaikan ... yang nak bagi pahala adalah Allah, bukan presiden pas...ngeh3...maaf ye...

-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)

Bookmark and Share

  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

Kaisi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.07.2004
Ahli No: 9907
Posting: 233
Dari: KB - The Islamic City

japan   avatar

posticon Posting pada: 21-08-08 12:04

Kategori : Akidah    
Tajuk :
Masalah Wanita Yang Memeluk Agama Islam Telah Kembali Kepada Agama Asalnya Dan Minta Ditukarkan Semula Kepada Nama Asalnya (sebelum Islam)
Isu :

Keputusan :

“Hukum wanita itu adalah Murtad dan hendaklah disuruh “Istitab” (Taubat dalam masa tiga hari). Dan jika masih juga tidak berbuat demikian, mengikut hukum Islam hendaklah dibunuh, tetapi kerana undang-undang Islam tidak dijalankan sepenuhnya di negara ini maka ianya tidak boleh dijalankan. Mengikut pendapat Imam Abu Hanifah orang itu hendaklah dipenjara hingga mati. Manakala masalah nama pula, jika telah keluar Islam maka hilanglah tanggungjawab Islam pada perkara ini”.

Oleh : Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis

Bookmark and Share

  Member Information For KaisiProfil   Hantar PM kepada Kaisi   Quote dan BalasQuote

Wawa_83
WARGA SETIA
Menyertai: 20.12.2004
Ahli No: 13173
Posting: 817
Dari: SeLaNgOR - My LoVeLy with ALLAH's LoVe..!

Selangor  

posticon Posting pada: 21-08-08 12:10

Takutnya .. kalau ALLAH SWT bagi Kifarah kat Malayia ..jadi macam Palestin.. Ya ALLAH, Na'uzubillah ..

Bookmark and Share

  Member Information For Wawa_83Profil   Hantar PM kepada Wawa_83   Quote dan BalasQuote

Ulfah_AzZahra
Warga 3 Bintang
Menyertai: 13.07.2008
Ahli No: 34018
Posting: 77
Dari: Kajang

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 21-08-08 12:30

Salam buat semua:-

         Inilah akibatnya hukum-hukum Islam terabai angkara penganutnya sendiri. Natijahnya, fitnah ini berleluasa sehingga membabitkan orang Islam itu sendiri yang menangani kes murtad ni.... .".......Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat ini) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri “. Hadith Riwayat Ibnu Majah.

Bookmark and Share

  Member Information For Ulfah_AzZahraProfil   Hantar PM kepada Ulfah_AzZahra   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  

posticon Posting pada: 22-08-08 06:52

!!! QUOTE !!!

WOW ! ekslusifnya wuzara .... ideal betul... solid....perfect ...sebegini ketat ke syarat nak 'diktiraf ' sebagai ahli HT ? ...lebih ketat dari syarat seorang kafir nak jadi muslim rasanya . Mengucap dua kalimah syahadah dah konfirm muslim...tak amal Islam ke.... buat maksiat ke .... tak amar maaruf ke ...statusnya masih lagi muslim.... HT kira hebat jugak 'filtering system' dia ni....

Salam..

Tiada yang ekslusifnya, bukankan kewajipan kita sebagai hamba Allah untuk taat segala perintah dan larangangan?!! Sebagai jemaah Islam, menjadi kewajipan bagi kita mendakwahkan Islam. Menyiapkan jemaah itu dengan ahli2 yang benar-benar menjaga agamanya. Adalah satu kesalahan fatal sekiranya, sebuah gerakan tidak benar-benar menjaga keterikatan ahlinya terhadap hukum Allah. Mereka dibiarkan kekal dalam maksiat asalkan mereka masih lagi menyokong gerakan tersebut atau menjadi ahli gerakan tersebut.

Inikah kriteria sebuah jemaah yang nak memperjuangkan Islam? Melaung untuk menegakkan Islam, negara Islam dsbnya tetapi ahli sendiri tidak dijaga hukum hakamnya? Jika begitulah sifatnya, Allah telah memberi amaran kepada kita

”Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan)kebaikan, sedang kamu melupakan (kewajipan) dirimu sendiri, padahal kamu membaca al Kitab? Maka tidakkah kamu berfikir? (Al Baqarah 44)

Wahai orang 2 yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat? Amat besar kebencian disisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan. (Ash Shaf:2-3)

Dari Usamah bin Zaid, aku mendeng Rasulullah bersabda:
Pada hari kiamat kelak, seseorang akan dibawa keluar dan dimasukkan ke dalamaku neraka, lalu isi perutnya terurai keluar, dia melilitkannya seperti himar mililitnya.......aku dahulu telah memerintahkan kalian kepada kemakrufan tetapi aku tidak melaksanakannya. Aku mencegah kalian melakukan kemunkaran sementara aku melakukannya,” (Mutafaq ’alaih)

Sepatutnyalah kita gentar dengan ancaman2 Allah tersebut. Dakwah ini adalah dakwah kepada melaksanakan Islam, bukan dakwah kepada jemaah atau negara.

Mungkin ada yang tidak senang dengan penulisan2 saya, tak mengapalah. Seandainya ada yang tak setuju, nyatakanlah secara baik. Nescaya akan saya jawab dengn secara baik. Tetapi jika menyerang saya dengan memfitnah saya, mengolok-olokkkan dan meremehkan, maka saya berlepas tangan dari golongan sebegini.
Allah berfirman:
Wahai orang2 yang beriman janganlah kamu mengolok-olok kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka lebih baik... (al Hujurat:9)
Sabda Nabi saw:
... seseorang layak dinilai sebagai orang yang jahat jika ia meremehkan saudaranya yang Muslim... (hari Muslim)

wuzara
http://jemaah-islam.blogspot.com

Bookmark and Share

  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

jutawanmuslimah
WARGA SETIA
Menyertai: 07.12.2005
Ahli No: 20900
Posting: 1561
Dari: UPM

Selangor  

posticon Posting pada: 22-08-08 10:19

boleh tak nak bagi pendapat sikit..em kita mengajak org pada islam, bukan jemaah..

wallahua'lam

Bookmark and Share

  Member Information For jutawanmuslimahProfil   Hantar PM kepada jutawanmuslimah   Quote dan BalasQuote

gooku
Warga 4 Bintang
Menyertai: 01.12.2006
Ahli No: 27562
Posting: 269

blank  

posticon Posting pada: 22-08-08 16:25

Pada 21-08-08 06:10 , pemburu_harimau posting:

!!! QUOTE !!!

/

kalau dulu permohonan murtad Lina Joy...
umat islam bersatu melawan kes murtad..
ahli PAS, JIM, ABIM semuanya berkumpul di depan mahkamah..

tapi kes Fatimah Tan...
umat islam bukan nak bersatu menentang kes murtad..
tapi membiarkan orang murtad...
Ahmad Jailani membela Fatimah Tan untuk murtad..
ahli-ahli PAS tidak berdemonstrasi macam kes Lina Joy dulu..
sebab Ahmad Jailani ni orang PAS....

sekarang... di Pahang... Jeffery Or Abdullah pulak murtad...
Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, Datuk A. Rahman
Md. Yunus membenarkan Jeffery Or Abdullah murtad...

memang celaka betul Peguam Ahmad Jailani dan Datuk A. Rahman
yang membolehkan orang murtad... bukannya menghukum
orang murtad!!

setuju...kenyataan ini.

akhirnya memurtadkan orang Islam dijayakan oleh orang Islam sendiri..dari ahli parti label Islam...dan meninggalkan hukum yang menghukum orang murtad..patut lah orang cina suka pangkah kau orang banyak-banyak...ini lah umpan kau orang dengan mengorbankan hukum syarak demi kepentingan agenda politik kauorang.

-----------------
http://gooku1.fotopages.com

Bookmark and Share

  Member Information For gookuProfil   Hantar PM kepada gooku   Pergi ke gooku's Website   Quote dan BalasQuote

fikrul_mustanir
WARGA SETIA
Menyertai: 03.11.2006
Ahli No: 27196
Posting: 744
Dari: The Future Khilafah State

blank   avatar

posticon Posting pada: 24-08-08 12:18

!!! QUOTE !!!

Habis nak letak mana dengan saranan supaya " hendaklah kamu tetap bersama Jamaah Islam dan kepimpinan mereka "....

Salam,

Mungkin yang dimaksudkan oleh myhoney itu adalah saranan (khitab) yang terkandung dalam hadis di bawah:-

Dituturkan oleh Imam Bukhari dan Muslim dari Hudzaifah al-Yamaniy ra, bahwasanya beliau ra berkata;

كَانَ النَّاسُ يَسْأَلُونَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الْخَيْرِ وَكُنْتُ أَسْأَلُهُ عَنْ الشَّرِّ مَخَافَةَ أَنْ يُدْرِكَنِي فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّا كُنَّا فِي جَاهِلِيَّةٍ وَشَرٍّ فَجَاءَنَا اللَّهُ بِهَذَا الْخَيْرِ فَهَلْ بَعْدَ هَذَا الْخَيْرِ مِنْ شَرٍّ قَالَ نَعَمْ قُلْتُ وَهَلْ بَعْدَ ذَلِكَ الشَّرِّ مِنْ خَيْرٍ قَالَ نَعَمْ وَفِيهِ دَخَنٌ قُلْتُ وَمَا دَخَنُهُ قَالَ قَوْمٌ يَهْدُونَ بِغَيْرِ هَدْيِي تَعْرِفُ مِنْهُمْ وَتُنْكِرُ قُلْتُ فَهَلْ بَعْدَ ذَلِكَ الْخَيْرِ مِنْ شَرٍّ قَالَ نَعَمْ دُعَاةٌ إِلَى أَبْوَابِ جَهَنَّمَ مَنْ أَجَابَهُمْ إِلَيْهَا قَذَفُوهُ فِيهَا قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ صِفْهُمْ لَنَا فَقَالَ هُمْ مِنْ جِلْدَتِنَا وَيَتَكَلَّمُونَ بِأَلْسِنَتِنَا قُلْتُ فَمَا تَأْمُرُنِي إِنْ أَدْرَكَنِي ذَلِكَ قَالَ تَلْزَمُ جَمَاعَةَ الْمُسْلِمِينَ وَإِمَامَهُمْ قُلْتُ فَإِنْ لَمْ يَكُنْ لَهُمْ جَمَاعَةٌ وَلَا إِمَامٌ قَالَ فَاعْتَزِلْ تِلْكَ الْفِرَقَ كُلَّهَا وَلَوْ أَنْ تَعَضَّ بِأَصْلِ شَجَرَةٍ حَتَّى يُدْرِكَكَ الْمَوْتُ وَأَنْتَ عَلَى ذَلِكَ

”Orang-orang bertanya kepada Rasulullah saw tentang kebaikan. Sedangkan aku bertanya kepada beliau saw mengenai keburukan, karena khawatir keburukan itu akan menimpaku. Aku bertanya, ”Ya Rasulullah, sesungguhnya, kami dahulu berada di masa jahiliyyah dan keburukan. Lalu, Allah mendatangkan kepada kami kebaikan ini. Lantas, apakah setelah kebaikan ini akan datang keburukan? Nabi saw menjawab, ”Ya”. Saya bertanya lagi,”Apakah setelah keburukan itu akan ada kebaikan? Nabi saw menjawab, ”Ya, dan di dalamnya terdapat ”dakhan” (kotoran). Aku bertanya, ”Apa kotorannya?” Beliau menjawab, ”Kaum yang memberi petunjuk bukan dengan petunjukku; yang mana kamu mengenal mereka, dan kamu akan mengingkari”. Aku bertanya lagi, ”Apakah setelah kebaikan itu akan datang keburukan lagi? Nabi saw menjawab, ”Ya, orang-orang yang mengajak ke pintu-pintu neraka. Siapa saja yang menerima ajakan mereka menuju pintu-pintu neraka, mereka akan melemparkannya ke dalam neraka”. Aku bertanya lagi, ”Ya Rasulullah, beritahukanlah sifat-sifat mereka kepada kami”. Nabi saw menjawab, ”Mereka memiliki kulit yang sama dengan kita, dan berbicara dengan bahasa-bahasa kita”. Aku bertanya lagi, ”Apa yang engkau perintahkan kepada kami, jika hal itu menimpaku? Nabi saw menjawab, ”Tetapilah jama’at al-Muslimiin dan imam mereka”. Aku bertanya, ”Lalu, bagaimana jika mereka tidak memiliki jama’ah dan imam”. Nabi saw bersabda, ”Jauhilah semua firqah tersebut, meskipun engkau harus menggigit akar pohon, hingga kematian menjemputmu, sedangkan engkau tetap dalam keadaan seperti itu”.(hari. Imam Bukhari dan Muslim)

Menurut apa yang saya faham maksud 'jama'at al-Muslimin' (جَمَاعَةَ الْمُسْلِمِينَ ) itu adalah Daulah Islam dan imam mereka (إِمَامَهُمْ ) adalah Khalifah mereka.

Oleh itu adalah salah memahami maksud saranan di atas sebagai kutlah, firkah, kelompok, thaaifah atau parti Islam dan amir atau ketua parti mereka.

Wallahu'alam.

Wasalam.

Bookmark and Share

  Member Information For fikrul_mustanirProfil   Hantar PM kepada fikrul_mustanir   Quote dan BalasQuote

pemburu_harimau
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2008
Ahli No: 33850
Posting: 559
Dari: Di kawasan yang ada Harimau

blank   avatar

posticon Posting pada: 25-08-08 12:17

Pada 21-08-08 10:05 , ibnu_musa posting:

!!! QUOTE !!!

patutlah sesiapa yang masuk HT, pasti akan berkeras dengan pendapat jemaah sendiri, dan boleh dengan sewenang2 menolak pendapat jemaah lain atau ulama' lain :berfikir:

boleh saya tau, apa nama 3 kitab itu? Al-Quran, al-Sunnah dan al-Ijma` kah? atau lain-lain?

bermakna, kalau level ulama' sekalipun, tapi kalau tak cair dan tak setuju dengan 3 kitab itu, mereka dilarang menyertai HT dalam menegakkan khilafah? di sini, ada elemen "wajib bertaqlid" kepada 3 kitab tersebut untuk menyertai HT.

wuzaraa sebut perkara ni sebagai satu "kelebihan" jemaahnya, tapi bagi saya wuzaraa telah membentangkan satu "kelemahan yang jelas" sebab ahli HT wajib bertaqlid dengan 3 kitab tersebut, mereka wajib setuju dengan pandangan jemaah sendiri!

maaf ye admin sebab off-topic, tapi tak perlu lah nak direndahkan jemaah lain di sini dengan meninggi2kan jemaah sendiri, lagi-lagi dalam kes murtad ni... setakat ahli Pas, sesiapa pun boleh register beb! wuzaraa, fikrul dan pemburu nak jadi ahli Pas, tak ada masalah...

tapi kalau nak bergiat dalam Pas, itu kes lain, bukan semua orang boleh :jangan:

wassalam.

memang Ibnu_musa, budak pengajian Islam UM ini langsung tidak
sensitif kes murtad umat Islam di Pulau Pinang dan sekarang
di Kuantan..

yang di"highlight"nya adalah PAS...HT..PAS...HT...
Ibnu_Musa langsung tidak menyentuh pasal murtadnya
Jeffery Or Abdullah... dan Hakim mahkamah tinggi syariah Kuantan
membenarkan beliau murtad...

Mana sensitiviti umat islam sekarang dalam kes murtad?

-----------------
Harimau adalah makhluk Tuhan,
Kenapa mahu memburu harimau yang comel ini?

  Member Information For pemburu_harimauProfil   Hantar PM kepada pemburu_harimau   Quote dan BalasQuote

pemburu_harimau
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2008
Ahli No: 33850
Posting: 559
Dari: Di kawasan yang ada Harimau

blank   avatar

posticon Posting pada: 25-08-08 12:33

!!! QUOTE !!!

MEMORANDUM MENGENAI ISU MURTAD, PERTUKARAN AGAMA DAN KEDUDUKAN ISTIMEWA ISLAM DI MALAYSIA

DISERAHKAN KEPADA YAB DATUK SERI ABDULLAH AHMAD BADAWI, PERDANA MENTERI MALAYSIA DAN MAJLIS RAJA-RAJA

29 SEPTEMBER 2006

Islam sebagai Agama Persekutuan mempunyai kedudukan istimewa di Malaysia. Hal ini diperuntukkan dengan jelas dalam Perkara 3, 11(4), 12 (2), 121 ( 1A) dan Jadual Ke-9 Perlembagaan Persekutuan. Walaupun begitu, akhir-akhir ini terdapat usaha-usaha pihak-pihak tertentu yang cenderung untuk mencabar kedudukan istimewa Islam di negara ini. Usaha-usaha yang dilakukan secara agresif, terancang dan mendapat sokongan daripada badan-badan antarabangsa ini dilakukan dengan:

·        Menggesa kerajaan agar menubuhkan Suruhanjaya Antara Agama (Interfaith Comission) yang antara kesannya membolehkan individu-individu bukan Islam yang menganggotai Suruhanjaya tersebut mencampuri urusan dalaman agama Islam.

·        Menggesa Parlimen agar memansuhkan Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan yang memberi kuasa ekslusif kepada mahkamah syariah untuk mendengar kes-kes berkenaan hal ehwal Islam di negara ini.

·        Menubuhkan Kumpulan Artikel 11 yang memperjuangkan hak kebebasan beragama melampau termasuk hak seorang individu Muslim untuk murtad atas dasar hak asasi manusia sejagat.

·        Menyokong permohonan Saudari Azlina Jailani @ Lina Joy untuk murtad dan memansuhkan perkataan ‘ Islam’ dalam kad pengenalannya.

Kumpulan yang mempertikaikan kedudukan istimewa Islam ini menggunakan pelbagai cara untuk mencapai matlamat mereka. Antaranya :

·        Menampilkan tokoh-tokoh politik, ahli akademik dan pengamal undang-undang yang berpengaruh untuk mempromosi fahaman mereka.

·        Menggunakan mahkamah dan saluran perundangan untuk mentafsir peruntukan Perlembagaan mengikut kehendak mereka dan pada masa yang sama mengemukakan hujah-hujah yang langsung mengenepikan pertimbangan fakta sejarah dan kedudukan sosiopolitik negara ini.

·        Menampilkan pensejarahan semula kemerdekaan negara ini dengan mengenepikan elemen kontrak sosial yang mengiktiraf kedudukan istimewa Islam di negara ini.

·        Mempengaruhi media massa tertentu agar menyiarkan laporan yang negatif terhadap dasar dan amalan agama Islam di negara ini.

·        Menganjurkan rapat umum dan ‘road show’ bagi menyebarluas pandangan serong mengenai Islam kepada rakyat berbilang kaum di negara ini.

Tindakan kelompok ini mempertikai kedudukan istimewa Islam dan menuntut perubahan terhadap perkara-perkara asas yang membentuk keluhuran perlembagaan negara adalah amat dikesali. Kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan adalah berasaskan kontrak sosial antara kaum-kaum utama di negara ini ketika negara berada di ambang kemerdekaan 49 tahun lalu. Mengabaikan faktor ini seolah-olah cuba untuk mengubah kenyataan sejarah tentang perjanjian murni yang menjadi asas kepada keharmonian hidup masyarakat berbilang kaum dan agama di Malaysia.

Justeru, PEMBELA bagi pihak seluruh umat Islam di Malaysia dengan ini menyeru agar:

1. Kerajaan pimpinan YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memandang serius usaha pihak-pihak tertentu yang menjurus ke arah mempertikaikan kedudukan istimewa Islam di sisi Perlembagaan Persekutuan dan menggalakkan penyelewengan akidah di kalangan umat Islam di negara ini.

2. Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu mengambil sikap tegas dan adil dalam mempertahankan kedudukan istimewa Islam di negara ini selaras dengan peranan mereka sebagai ketua agama Islam di bawah Perlembagaan Persekutuan.

3. Parlimen meminda Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan dengan memasukkan peruntukan yang jelas menyatakan bahawa amalan agama di kalangan masyarakat Islam di negara ini adalah tertakluk kepada undang-undang. Peruntukan ini bertujuan mengelakkan tafsiran yang terlalu liberal terhadap hak kebebasan beragama di bawah Perkara 11 sehingga mengenepikan tuntutan Syari’at Islam dan undang-undang negara.

4. Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan-Kerajaan Negeri yang belum meluluskan undang-undang untuk mengawal atau menyekat penyebaran dakyah agama dan kepercayaan di kalangan umat Islam di negara ini selaras dengan peruntukan di bawah Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan dituntut agar segera berbuat demikian.

5. Kerajaan Persekutuan mempertahankan Perkara 121(1A) yang memperuntukkan bidangkuasa ekslusif mahkamah shariah untuk mengadili kes-kes berkaitan agama Islam sepertimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan.

6. Sebarang pertikaian mengenai status agama individu Muslim hendaklah dirujuk ke Mahkamah Syariah sebagai forum yang paling sesuai untuk memutuskan hal-hal berkaitan agama Islam. Untuk tujuan ini, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan mengenai bidangkuasa Mahkamah Syariah perlu diperkemaskan dengan menyatakan secara jelas bahawa hal-hal berkaitan status agama seorang individu Muslim berada di bawah bidangkuasa mahkamah syariah.

7. Sebarang percubaan untuk merombak dan menghakis kedudukan istimewa Islam dalam Perlembagaan dan sistem perundangan negara hendaklah dihentikan segera. Mana-mana ketidakpuasan hati berkenaan dengan amalan dan pelaksanaan undang-undang Islam di negara ini harus disalurkan ke meja rundingan dengan pihak-pihak yang berotoriti. Pendekatan knonfrontasi melalui “road show” dan perang di kamar mahkamah hanya akan mengakibatkan ketegangan hubungan antara agama dan mengancam ketenteraman masyarakat.

8. Pihak media, termasuklah media arus perdana dan media alternatif, mengambil pendirian tegas dan tidak berpihak dalam menangani isu-isu berkaitan Islam. Tindakan sesetengah media mempelopori pandangan bahawa Malaysia adalah negara sekular dan amalan Islam adalah hak peribadi adalah amat dikesali. Pandangan tersebut tidak mewakili perspektif Islam arus perdana di negara ini. Pihak media juga harus bersikap profesional dan beretika dalam menyiarkan laporan dan analisa mengenai Islam.

9. Kerajaan mengambil tindakan proaktif dalam menggalakkan dialog dan persefahaman antara agama. Usaha ini perlu dilakukan secara ikhlas untuk mewujudkan kerukunan hubungan antara agama, bukannya cubaan untuk merombak kepercayaan asas dan nilai-nilai murni agama tertentu.

10. Sebarang usaha dan tindakan yang diambil dalam menyelesaikan kemelut mengenai isu sensitif agama di negara ini haruslah berlandaskan prinsip kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan serta tidak cenderung untuk menimbulkan kekeruhan hubungan antara kaum dan agama.

Dulu... umat-islam bersatu melawan kes murtad..
Umat Islam daripada NGO-NGO berkumpul depan mahkamah
supaya keputusan mahkamah tidak memihak kepada Lina Joy
menggugurkan "Islam" pada kad pengenalannya...

sekarang...lepas kes Ahmad Jailani (Pemuda PAS) membela Fatimah
Tan murtad.... orang boleh murtad sesuka hati...
dan yang terbaru di kuantan...

bayangkan pada masa akan datang...
remaja melayu dikalangan skinhead, mat rempit, bohsia, punk
minta murtad dengan mahkamah guna alasan tak amalkan
cara hidup islam, merempit, seks bebas, tak sembahyang,
tak puasa.... dengan itu murtad akan berlaku dengan berleluasa!!

-----------------
Harimau adalah makhluk Tuhan,
Kenapa mahu memburu harimau yang comel ini?

  Member Information For pemburu_harimauProfil   Hantar PM kepada pemburu_harimau   Quote dan BalasQuote

alwalid
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2004
Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar

Perak   avatar

posticon Posting pada: 25-08-08 12:48

sedar tak sedar, akibat terlalu banyak isu yang dimainkan dalam arus media negara menybebkan kita lalai lalu terlepas pandang hal-hal yang seperti ini.....
memang tak dapat dinafikan orang BN memang terror dalam bab meng'chaos'kan suasana di Malaysia, bukti jelas dilihat dalam Muktamar Pas baru-baru ni......

cukup hebat orang UMNO putar belit alam, sampai Muktamar Pas tak pernah pernah sengap.......takla sampai bercakaran tapi paling gamat jika nak dibandingkan dengan muktamar2 yang lalu......

persoalannya adakah kita mampu melihat dengan mata hati kita????????

Bookmark and Share

  Member Information For alwalidProfil   Hantar PM kepada alwalid   Pergi ke alwalid's Website   Quote dan BalasQuote

pemburu_harimau
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2008
Ahli No: 33850
Posting: 559
Dari: Di kawasan yang ada Harimau

blank   avatar

posticon Posting pada: 25-08-08 12:57

Pada 25-08-08 12:48 , alwalid posting:

!!! QUOTE !!!

sedar tak sedar, akibat terlalu banyak isu yang dimainkan dalam arus media negara menybebkan kita lalai lalu terlepas pandang hal-hal yang seperti ini.....
memang tak dapat dinafikan orang BN memang terror dalam bab meng'chaos'kan suasana di Malaysia, bukti jelas dilihat dalam Muktamar Pas baru-baru ni......

cukup hebat orang UMNO putar belit alam, sampai Muktamar Pas tak pernah pernah sengap.......takla sampai bercakaran tapi paling gamat jika nak dibandingkan dengan muktamar2 yang lalu......

persoalannya adakah kita mampu melihat dengan mata hati kita????????

apa lah...
sembang pasal Muktamar PAS? UMNO belit putar ALAM?

apa kaitannya dengan kes Murtad di Kuantan ni?

-----------------
Harimau adalah makhluk Tuhan,
Kenapa mahu memburu harimau yang comel ini?

  Member Information For pemburu_harimauProfil   Hantar PM kepada pemburu_harimau   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar

posticon Posting pada: 25-08-08 21:31

Pada 21-08-08 10:05 , ibnu_musa posting:

!!! QUOTE !!!

patutlah sesiapa yang masuk HT, pasti akan berkeras dengan pendapat jemaah sendiri, dan boleh dengan sewenang2 menolak pendapat jemaah lain atau ulama' lain :berfikir:

boleh saya tau, apa nama 3 kitab itu? Al-Quran, al-Sunnah dan al-Ijma` kah? atau lain-lain?

bermakna, kalau level ulama' sekalipun, tapi kalau tak cair dan tak setuju dengan 3 kitab itu, mereka dilarang menyertai HT dalam menegakkan khilafah? di sini, ada elemen "wajib bertaqlid" kepada 3 kitab tersebut untuk menyertai HT.

wuzaraa sebut perkara ni sebagai satu "kelebihan" jemaahnya, tapi bagi saya wuzaraa telah membentangkan satu "kelemahan yang jelas" sebab ahli HT wajib bertaqlid dengan 3 kitab tersebut, mereka wajib setuju dengan pandangan jemaah sendiri!

Salam, ibnu_musa. Do you want us to go through all these all over again? I don't think it's wise doing so. We've been through this before, right? However, if you insist, perhaps we can discuss this in another topic, since this issue does not correspond to the topic.

-----------------
Buah Cempedak di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan,
Saya Budak Baru Belajar,
Kalau SalahTolong Tunjukkan.

Bookmark and Share

  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 11-09-08 15:52

Pada 25-08-08 12:17 , pemburu_harimau posting:

!!! QUOTE !!!

memang Ibnu_musa, budak pengajian Islam UM ini langsung tidak
sensitif kes murtad umat Islam di Pulau Pinang dan sekarang
di Kuantan..

yang di"highlight"nya adalah PAS...HT..PAS...HT...
Ibnu_Musa langsung tidak menyentuh pasal murtadnya
Jeffery Or Abdullah... dan Hakim mahkamah tinggi syariah Kuantan
membenarkan beliau murtad...

Mana sensitiviti umat islam sekarang dalam kes murtad?

iyakah, bukan ke anda2 yang highlight kes murtad ni dan kaitkan dengan Pas?

come on, sesiapa pun boleh jadi ahli Pas, PH pun boleh kalau nak, just pergi daftar bawa IC, lepas tu bila PH buat hal, terus orang lain condemn dan salahkan Pas, begitu?

tentang peguam tu, maybe dia ikut pandangan Dr. Asri agaknya, makin lama makin parahlah isu ni...

wassalam.

-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|

Bookmark and Share

  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

fikrul_mustanir
WARGA SETIA
Menyertai: 03.11.2006
Ahli No: 27196
Posting: 744
Dari: The Future Khilafah State

blank   avatar

posticon Posting pada: 12-09-08 10:57

!!! QUOTE !!!

come on, sesiapa pun boleh jadi ahli Pas, PH pun boleh kalau nak, just pergi daftar bawa IC, lepas tu bila PH buat hal, terus orang lain condemn dan salahkan Pas, begitu?

Kenapa PAS tak boleh disalahkan?...Dah tahu perkara sebegini boleh merosakkan nama parti...Kenapa dok mudah saja terima tah sapa-sapa boleh jadi ahli? Memang patut pun parti tersebut dipersalahkan sebab dari peringkat awal cara penerimaan ahli pun dah tak betul.

!!! QUOTE !!!

tentang peguam tu, maybe dia ikut pandangan Dr. Asri agaknya, makin lama makin parahlah isu ni...

Kenapa kena taklid pada Dr. Asri? Mungkin peguam tersebut tak dapat nak ikut pendapat parti dia dalam isu ni sebab parti dia tiada pendapat berkaitan dengannya. Atau mungkin parti dia mempunyai pendapat yang sama dengan Dr. Asri.

Bookmark and Share

  Member Information For fikrul_mustanirProfil   Hantar PM kepada fikrul_mustanir   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  

posticon Posting pada: 12-09-08 17:49

Tak sama dakyah kepada kekuasaan dengan dakwah kepada Islam.

dakyah nak kuasa, ahli khianati Islam pun tak mengapa asal dia sokong kita.

dakwah kepada Islam, sama-sama kita menjaga Islam.

Bookmark and Share

  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar

posticon Posting pada: 13-09-08 06:20

Pada 25-08-08 12:48 , alwalid posting:

!!! QUOTE !!!

sedar tak sedar, akibat terlalu banyak isu yang dimainkan dalam arus media negara menybebkan kita lalai lalu terlepas pandang hal-hal yang seperti ini.....
memang tak dapat dinafikan orang BN memang terror dalam bab meng'chaos'kan suasana di Malaysia, bukti jelas dilihat dalam Muktamar Pas baru-baru ni......

cukup hebat orang UMNO putar belit alam, sampai Muktamar Pas tak pernah pernah sengap.......takla sampai bercakaran tapi paling gamat jika nak dibandingkan dengan muktamar2 yang lalu......

persoalannya adakah kita mampu melihat dengan mata hati kita????????
asyik nak salahkan umno saja, kalau parti dia yang disalahkn pandai pula berdolak dalik. apa kaitan pula dengan murtad ni?.. peguam islam tu yang backup org murtad tu dr parti mana? memanglah kena salahkan individu tu, dahtu nak biar saja dia terus dengan membela org murtad? pihak org tu tak ada ke cara nak handle ?.. :jangan:

-----------------
Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari)

Bookmark and Share

  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

pemburu_harimau
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2008
Ahli No: 33850
Posting: 559
Dari: Di kawasan yang ada Harimau

blank   avatar

posticon Posting pada: 13-09-08 10:25

Pada 11-09-08 15:52 , ibnu_musa posting:

!!! QUOTE !!!

iyakah, bukan ke anda2 yang highlight kes murtad ni dan kaitkan dengan Pas?

come on, sesiapa pun boleh jadi ahli Pas, PH pun boleh kalau nak, just pergi daftar bawa IC, lepas tu bila PH buat hal, terus orang lain condemn dan salahkan Pas, begitu?

tentang peguam tu, maybe dia ikut pandangan Dr. Asri agaknya, makin lama makin parahlah isu ni...

wassalam.

Pada 12-09-08 10:57 , fikrul_mustanir posting:

!!! QUOTE !!!

Kenapa PAS tak boleh disalahkan?...Dah tahu perkara sebegini boleh merosakkan nama parti...Kenapa dok mudah saja terima tah sapa-sapa boleh jadi ahli? Memang patut pun parti tersebut dipersalahkan sebab dari peringkat awal cara penerimaan ahli pun dah tak betul.

Pemburu Harimau:

Benar kata Fikrul Mustanir...
Peguam Syarie Ahmad Jailani tu kan orang PAS...
Kenapa PAS tak ambil tindakan terhadap beliau?
kerana sayangkan satu undi Ahmad Jailani...
PAS terus diam membisu dengan kes murtad ni...

apa jenis perjuangan PAS macam ni??
PAS nak bela Islam...
atau nak bela Individu seperti Ahmad Jailani?
ibnu_musa oii... :berfikir: :jangan:

-----------------
Harimau adalah makhluk Tuhan,
Kenapa mahu memburu harimau yang comel ini?

  Member Information For pemburu_harimauProfil   Hantar PM kepada pemburu_harimau   Quote dan BalasQuote

pemburu_harimau
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2008
Ahli No: 33850
Posting: 559
Dari: Di kawasan yang ada Harimau

blank   avatar

posticon Posting pada: 13-09-08 10:30

Pada 13-09-08 06:20 , sya_ryn posting:

!!! QUOTE !!!

asyik nak salahkan umno saja, kalau parti dia yang disalahkn pandai pula berdolak dalik. apa kaitan pula dengan murtad ni?.. peguam islam tu yang backup org murtad tu dr parti mana? memanglah kena salahkan individu tu, dahtu nak biar saja dia terus dengan membela org murtad? pihak org tu tak ada ke cara nak handle ?.. :jangan:

sama saja Parti PAS dan UMNO dalam kes ni...
sama-sama tak terap hukum ALLAH...

Parti PAS senyap sebab Ahmad Jailani yang membela si murtad
tu adalah ahli PAS...

Parti UMNO pulak sekular... tak terap hukum ALLAH...
UMNO terapkan hukum penjajah!!

kalian tak ada kesedaran mengenai kewajipan setiap muslim
untuk terapkan hukum ALLAH...
wahai ahli PAS, UMNO, Keadilan??

-----------------
Harimau adalah makhluk Tuhan,
Kenapa mahu memburu harimau yang comel ini?

  Member Information For pemburu_harimauProfil   Hantar PM kepada pemburu_harimau   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 13-09-08 15:21

Pada 12-09-08 10:57 , fikrul_mustanir posting:

!!! QUOTE !!!

!!! QUOTE !!!

come on, sesiapa pun boleh jadi ahli Pas, PH pun boleh kalau nak, just pergi daftar bawa IC, lepas tu bila PH buat hal, terus orang lain condemn dan salahkan Pas, begitu?

Kenapa PAS tak boleh disalahkan?...Dah tahu perkara sebegini boleh merosakkan nama parti...Kenapa dok mudah saja terima tah sapa-sapa boleh jadi ahli? Memang patut pun parti tersebut dipersalahkan sebab dari peringkat awal cara penerimaan ahli pun dah tak betul.

mengapa sempitkan fikiran anda sebegitu rupa ....Peguam jalani tu sapa ? ahli pas...berapa no ahlinya...apa jawatannya...setakat mana penglibatannya dengan pas ? ada awak terbaca mana-mana statementnya yang dibuat atas nama pas ? anda bercakap macam anda akrab benar denganjalani dan tahu serba serbi tentang dia. apa kata kalau dia sekadar penyokong saja ??.. tak pernah mendaftar sebagai ahli ?....Saya setuju dia silap dalam pengendaliannya tentang kes siti fatimah walau apa pun niat baik yang dibawa olehnya....tapi saya tekankan bahawa dia bekerja atas kapasiti diri dia sebagai peguam bukan ahli pas. kalau awak jenis yang tak tahu letih mencari 'lemahnya pas dan hebatnya HT' maka awak boleh habiskan masa awak menyelongkar dan menyelidik kat luar sana betapa berlambak kesalahan yang dilakukan oleh orang pas untuk awak suggestkan supaya dikenakan tindakan ke atas mereka. Maaf....saya memang akui lemahnya sistem penapisan keahlian pas sebagaimana tuduhan anda bahawa dari awal lagi cara penerimaan ahli pun dah tak betul...mungkin ahli Ht elit semuanya kerana hebatnya pengambilan ahli yang dilakukan....tahniah ! dan fikrul mustanir serta pemburu harimau adalah contoh ahli HT yang baik saya kira.

!!! QUOTE !!!

tentang peguam tu, maybe dia ikut pandangan Dr. Asri agaknya, makin lama makin parahlah isu ni...

!!! QUOTE !!!

Kenapa kena taklid pada Dr. Asri? Mungkin peguam tersebut tak dapat nak ikut pendapat parti dia dalam isu ni sebab parti dia tiada pendapat berkaitan dengannya. Atau mungkin parti dia mempunyai pendapat yang sama dengan Dr. Asri.

bulan puasa dik...mengapa memancing saudara kita kepada perdebatan yang tak menguntungkan kedua-dua pihak. Saya yakin anda cukup matang untuk menilai tulisan di atas apatah lagi untuk membaca maksud sebenar dari IM....astaghfirullah...mudah-mudahan Allah mengampunkan kita semua...

-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)

Bookmark and Share

  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar

posticon Posting pada: 14-09-08 20:06

Oklah rasanya dah terlebih dos ni... Nanti membahayakan 'kesihatan' pula... Harap kita berbalik kepada perbincangan mengenai hukum syarak dan juga tuntutannya sahaja. Pokoknya sekarang, hukum syarak mengenai isu murtad sudah tidak terlaksana lagi di negara umat Islam. Maka sudah menjadi kewajipan bagi kita semua, tanpa mengira dari harakah mana sekalipun untuk berusaha menerapkannya secara syumuliah...

Sekadar teguran, khususnya kepada diri sendiri.

Bookmark and Share

  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 15-09-08 15:55

Pada 12-09-08 10:57 , fikrul_mustanir posting:

!!! QUOTE !!!

!!! QUOTE !!!

come on, sesiapa pun boleh jadi ahli Pas, PH pun boleh kalau nak, just pergi daftar bawa IC, lepas tu bila PH buat hal, terus orang lain condemn dan salahkan Pas, begitu?

Kenapa PAS tak boleh disalahkan?...Dah tahu perkara sebegini boleh merosakkan nama parti...Kenapa dok mudah saja terima tah sapa-sapa boleh jadi ahli? Memang patut pun parti tersebut dipersalahkan sebab dari peringkat awal cara penerimaan ahli pun dah tak betul.

!!! QUOTE !!!

tentang peguam tu, maybe dia ikut pandangan Dr. Asri agaknya, makin lama makin parahlah isu ni...

Kenapa kena taklid pada Dr. Asri? Mungkin peguam tersebut tak dapat nak ikut pendapat parti dia dalam isu ni sebab parti dia tiada pendapat berkaitan dengannya. Atau mungkin parti dia mempunyai pendapat yang sama dengan Dr. Asri.

sebelum taip tu tak terfikir ke kalau kata-kata anda di atas tu salah, free2 dapat dosa di bulan pahala ni? anda lemparkan tuduhan atas dasar "mungkin", anda ni memang suka fitnah orang ye...?

susah nak fahamkan orang2 yang macam ni, nak kira senang macam ni lah, saya guna style mengajar budak tadika pula... :sopan:

ahli dalam Pas ni lebih kurang dengan anda2 ni juga jadi pengkaji HT, level lebih kurang lah, maksudnya siapa2 pun boleh jadi... yang suka lempar fitnah, mencarut dan suka guna bahasa kasar pun boleh jadi pengkaji HT kan? :sopan:

kalau yang bergiat dalam Pas tu yang maybe sama level dengan apa yang dikatakan ahli dalam HT, tu dah lain, tanya lah orang2 Pas sendiri sebab saya tak tau apa istilah yang digunakan.

jangan samakan proses pemgambilan ahli Pas dengan HT ye, istilah "ahli" dalam Pas dengan ahli dalam HT tak sama ye... Pas tak ada suruh khatam dulu 3 kitab baru boleh jadi ahli, kalau setakat ahli tu level masyarakat awam saja, tak ada apa-apa kuasa pun dalam parti, setakat bagi cadangan tu boleh lah, tapi keputusan di tangan parti dan pemimpin atasan.

p/s: harap kalau dah faham tu janganlah buat-buat tak faham! :sopan:

-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|

Bookmark and Share

  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 15-09-08 16:00

Pada 20-08-08 01:10 , fikrul_mustanir posting:

!!! QUOTE !!!

Salam,

Saya ada terdengar berita bahawa peguam Ahmad Jailani ni ahli PAS...ada sesiapa yang boleh konfirm?

Kalau benar lah dia ni ahli PAS...ana minta lah saudara-saudara ana dalam PAS mengusulkan kepada kepimpinan supaya beliau ni ditarik balik keahliannya atau dikenakan tidakan disiplin...sebab beliau telah mencemarkan nama-baik PAS sebagai sebuah parti Islam yang bertanggung jawab untuk membela dan menjaga Islam.

Wasalam.

boleh saya tau, dari mana anda dapat maklumat ni? khabar angin saja ke, sebab anda sebut "saya ada terdengar bahawa dot dot dot..."

kalau terbukti dia memang ahli Pas, anda yakin Pas tak ambil apa-apa tindakan kepada dia? anda2 semua ni ada selidik ke tak sebelum tuduh macam-macam kat Pas?

p/s: nasihat saya kepada semua: hindari fitnah dan penyebar fitnah, lebih-lebih lagi di bulan puasa ini.

-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|

Bookmark and Share

  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

hanafirazali
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.09.2006
Ahli No: 26499
Posting: 327
Dari: negeri sembilan dan perak

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 15-09-08 16:18

Assalamualaikum... gamat jugak isu ni ye... takkan sebab nila setitik rosak susu sebelanga... Kenapa kita yang berjuang dalam jemaah masing-masing mesti nak bertekak... the problem cannot be solved.. kepada HT... ana ingatkan jangan suka buat tuduhan melulu... come on... be realistic ok... jom kita sama-sama berjuang terapkan islam dalam negara ni... bukan condem each other... anda meluaskan lagi jurang antara pas dan HT... ana tak nampak titik persamaan yang wujud... sebenarnya kamu ni tak mngenali pas dengan sepenuhnya...

Bookmark and Share

  Member Information For hanafirazaliProfil   Hantar PM kepada hanafirazali   Quote dan BalasQuote

Prof_Muslim

Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar

posticon Posting pada: 15-09-08 16:30

Kalau lihat sekarang dah kurang informasi pasal Siti Fatimah tetapi pasal HT dan PAS....

Selalu macam ini, kalau bila kaitkan dasar jemaah dan topiknya tidak dapat difahami kiranya orang lain untuk menilai setelah membaca.

Bookmark and Share

  Member Information For Prof_MuslimProfil   Hantar PM kepada Prof_Muslim   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 

Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.

Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri

Loading: 0.16452 saat. Lajunya....