Oleh |
Ketuanan Melayu atau Ketuanan Rakyat - Itu sahajakah pilihan yang ada? |
ghazi
WARGA SETIA Menyertai: 25.08.2007 Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang
|
Posting pada: 13-08-08 06:03
Dipetik daripada http://muhammadghazi.wordpress.comSebelah pihak menyeru supaya orang-orang Melayu bersatu dalam mempertahankan ketuanan Melayu daripada dicabar mana-mana pihak. Di pihak yang lain pula menyerukan ketuanan rakyat dan memperjuangkan bangsa Malaysia. Kini rakyat Malaysia, khususnya orang-orang Melayu tersepit antara kedua-dua seruan tersebut. Yang mana satu harus didokong? Persoalannya sekarang, adakah itu sahaja pilihan yang terhidang di hadapan kita? “Al-Islamu ya’alu wa lah yu’lah ‘alaih (Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya).†al-Hadis (maaf sebab tak dapat kemukakan sumber hadis tersebut secara detail. Adakah ketuanan Melayu yang dicari-cari sehingga mengetepikan Islam selaku deen yang diturunkan Allah sebagai rahmat ke seluruh alam (tanpa mengira bangsa)? Ataupun kita selaku umat Islam tergamak mengagung-agungkan ketuanan rakyat yang akhirnya akan mengorbankan kedudukan Islam di tempat yang tertinggi seperti mafhum hadis di atas? Tidak mustahil akan ada yang akan membantah hakikat ini. Pihak yang memerjuangkan ketuanan Melayu pasti akan menghujahkan bahawa mereka turut memperjuangkan Islam, kerana majoriti orang-orang Melayu menganut agama Islam (Lina Joy si murtad tidak termasuk dalam keumuman (generalisation) ini). Itu di satu sudut, namun bagaimana pula dengan nasib saudara Islam kita yang bukan berbangsa Melayu? Adakah mereka itu akan dipinggirkan dan hak mereka dinafikan? Dan ingatkah kita kepada hadis baginda saw ini? †Bukan dari golongan aku sesiapa yang menyeru kepada assabiyah dan bukan daripada golongan aku sesiapa yang mati atas jalan assabiyah.†Di pihak yang menyeru kepada ketuanan rakyat pula, tidak mustahil mereka akan menyatakan bahawa “kita hidup dalam masyarakat majmuk, perlulah saling menghormati dan berkompromi demi kesejahteraan bersamaâ€. Ya, kita harus saling menghormati, namun untuk berkompromi dalam hal-hal yang tidak sepatutnya dikompromikan itu merupakan suatu yang ditegah oleh Islam. Sedarlah bahawa masyarakat Madinah ketika di zaman Nubuwwah terdiri daripada masyarakat majmuk. Namun, tidak pula baginda saw berkompromi dan menerapkan sistem yang neutral seperti sistem sekular. Daulah Madinah berhukum dengan hukum Allah dan dalam masa yang sama hak-hak non-Muslim (ahlu zimmah) tidak pula dinafikan. Mereka tidak dilayan seperti warganegara kelas kedua. Mereka menikmati hak secara adil. Bahkan Nabi saw sendiri menjamin keselamatan dan kesejahteraan mereka. Sabda baginda saw; “Barangsiapa yang menyakiti ahli zimmah, sesungguhnya dia menyakitiku dan barangsiapa yang menyakitiku, dia menyakiti Allah†Justeru, mengapa harus diperjuangkan ketuanan Melayu mahupun ketuanan rakyat? Sedangkan apa yang sewajarnya (baca: wajib) diperjuangkan dan didokong oleh umat Islam di Malaysia khususnya dan di seluruh dunia amnya ialah KETUANAN ISLAM. Sedarlah umat, hanya dengan Islam sahaja kemuliaan akan dikembalikan. Ayuh, tinggalkanlah perjuangan yang sia-sia dan lari daripada petunjuk yang telah digariskan oleh Allah swt dan Rasul-Nya. Wallahu’alam… ----------------- Buah Cempedak di Luar Pagar, Ambil Galah Tolong Jolokkan, Saya Budak Baru Belajar, Kalau SalahTolong Tunjukkan.
|
LinCikedot
WARGA SETIA Menyertai: 03.09.2006 Ahli No: 26163
Posting: 811
Dari: Atap Rumbia
|
Posting pada: 13-08-08 12:53
assalamualaikum..boleh tak saudara ghazi terangkan secara ringkas tentang konsep ketuanan melayu tu sebab hamba agak kabur dengan konsep ketuanan melayu dalam erti kata yang sebenar.
|
ghazi
WARGA SETIA Menyertai: 25.08.2007 Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang
|
Posting pada: 15-08-08 09:17
waalaikumussalam, saya rasakan ada baiknya jika persoalan LinCikedot ini dijawab oleh pendokong-pendokong idealisme tersebut sendiri. Mungkin biru-putih atau yang lainnya boleh tolong jawabkan. Bukannya mengelak dan tak mahu menjawab, tapi ada baiknya kita baca sendiri penjelasan daripada pihak yang memperjuangkannya. Kalau mengikut kefahaman saya (betulkan kalau tersilap); konsep ketuanan Melayu ini memperjuangkan hak-hak istimewa orang-orang Melayu-Islam selaku bumiputera i.e. penduduk asal Tanah Melayu seperti yang termaktub dalam kontrak sosial. Point yang utama ialah kontrak sosial yang dimeterai sewaktu penubuhan Malaysia dahulu. Dalam masa yang sama, ketuanan Melayu juga mempertahankan institusi beraja dan juga keistimewaan Islam sebagai agama rasmi negara. Ringkasnya, konsep ini memperjuangkan hak-hak orang Melayu. Walaupun terdapat kebaikan daripada konsep ini (seperti memelihara kemuliaan Islam), namun di satu sudut yang lain terdapat kebatilan iaitu memperjuangkan assabiyah/nasionalisme Melayu. Atas sebab itulah saya kurang bersetuju dengan ketuanan Melayu, dan sewajarnya digantikan dengan ketuanan Islam sebagaimana yang termaktub dalam hadis 'Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya'. Wallahu'alam...
|
ghazi
WARGA SETIA Menyertai: 25.08.2007 Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang
|
Posting pada: 15-08-08 09:19
Eh, bila fikir balik, rasanya secara tak langsung saya dah pun menjawab persoalan Cik LinCikedot kita ni... Apapun, kita nantikan pandangan biru-putih dan rakan-rakan pula, andainya mereka sudi...
|
LinCikedot
WARGA SETIA Menyertai: 03.09.2006 Ahli No: 26163
Posting: 811
Dari: Atap Rumbia
|
Posting pada: 15-08-08 12:24
Terima kasih saudara ghazi di atas penjelasan itu. Dalam konsep nasionalisme, isme itu sendiri adalah ideologi iaitu kefahaman terhadap sesuatu konsep yang diperjuangkan. Jika konsep perjuangan itu sendiri belum dapat difahami dengan jelas dan baik oleh masyarakat kita, bagaimana pula kita hendak memperjuangkan konsep tersebut. Satu lagi, jika kefahaman itu berbeza bagaimana kita nak membentuk sebuah negara bangsa yang maju. oleh itu saya sokong pendapat saudara dengan meletakkan Islam sebagai teras perpaduan dan kemajuan kaum melayu-islam kerana perjuangan konsepnya adalah berlandaskan Islam yang sememangnya benar. (Sila betulkan kalau tersilap) -----------------
|
adam_muslimin
WARGA SETIA Menyertai: 20.10.2006 Ahli No: 27068
Posting: 714
Dari: tawau@iium
|
Posting pada: 15-08-08 19:07
assalamualaikum...daripada pengetahuan ana yang cetek ini... banyak yang memperjuangkan melayu atas dasar bangsa sahaja... kalau tengok balik sejarah lama kita dapat lihat dahulunya apabila dikatakan tentang melayu secara automatiknya dimasukkan islam itu sekali.. sebab dalam pemikiran...islam=melayu , melayu=islam.... jadi apabila memperjuangkan melayu maka islam itu diangkat juga... tapi dilihat segelintir golongan sekarang...tinggal nama saja lah melayu.... hilang sinar2 islamnya... p/s: kurang suka apabila dengar perjuangan atas dasar bngsa semata-mata...
|
ghazi
WARGA SETIA Menyertai: 25.08.2007 Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang
|
Posting pada: 16-08-08 01:23
Salam, saya melihat antara punca yang menyebabkan wujud salah faham "Islam=Melayu, Melayu=Islam" adalah kerana perlembagaan negara ini sendiri yang menetapkan identiti Melayu,iaitu beragama Islam dan mengamalkan kebudayaan Melayu. (betulkan kalau tersilap). Rasanya Malaysia saja satu-satunya negara yang menetapkan identiti sesebuah kaum berdasarkan perlembagaannya. Bagi saya, tak salah kalau nak cintakan sesama bangsa. Cuma jangan sampai berjuang demi bangsa sehingga mengetepikan syarak... Saya sayang kat anak-anak bangsa saya sendiri, tapi saya tak berjuang sehingga menafikan hak-hak bangsa lain, apatah lagi yang seakidah dengna saya... Wallahu'alam...
|
Muslimah85
Warga 1 Bintang Menyertai: 19.05.2003 Ahli No: 547
Posting: 25
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 28-09-08 16:33
pendapat saya kita kena bersatu padu dengan semua kaum untuk menjadi negara maju, tak guna berbalah sesama rakyat saya menyokong ketuanan rakyat bukan ketuanan melayu dan islam perlu diletakkan di hadapn sebagai asas dalam mentadbir negara pemimpin perlu dari kalangan islam, dan sistem perlembagaan sedia ada (sistem sultan) perlu diteruskan supaya majorti org islam yang memimpin negara setiap bangsa dalam negara septutnya diberi keadilan keistimewaan dan pertolongan tidak harus diberikn pada melayu sahaja tanpa mengira yang dah sedia kaya atau miskin ini berkait dengan DEB, di mana seharusnya pertolongan diberikn kepada yang memerlukan-mereka yang miskin tak kira kaum- tapi of course melayu paling rmi miskin so perlu lebih bantuan, dan cina dan india miskin juga perlu perhatian Islam pun mengajar keadilan Kesimpulannya, Islam mesti diletakkan sebagai dasar, bukan kaum
|